TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA PENGGUNAAN. Skop

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

KETENTUAN PENGGUNAAN Situs Web TomTom

WARANTI TERHAD. (i) membaiki bahagian yang rosak pada Peranti BlackBerry tanpa mengenakan bayaran kepada ANDA untuk bahagian baharu atau yang dibaiki;

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

5) Dasar Pembatalan Perkakasan 6) Lesen, Hakcipta & Kerahsiaan

Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA DAN SYARAT. Bahagian A: Peraturan Umum. 1. Pengenalan

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Terma dan Syarat Am. TomTom International B.V. De Ruijterkade 154, 1011 AC Amsterdam, Belanda, dan mana-mana sekutu (bersama-sama, TomTom )

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma dan Syarat Am untuk Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Peniaga Sewa Beli Sahaja) Efektif dari 19 Jun 2015

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

TERMA & SYARAT PERADUAN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Polisi Privasi. Pengenalan

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR PENGGUNAAN KAD PERNIAGAAN ATM AMBANK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Terma and Syarat Am untuk Perbankan

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

SELFIE & HASHTAG #COMFORTHIJABI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

AmOnline Rakuten Shop & Win Promotion

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

6. Perihal Perkhidmatan Laman ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

Terma and Syarat Am untuk Perbankan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

AGRONetBIZ Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Perbankan Internet Perniagaan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Transkripsi:

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom 1 Skop Terma Penggunaan ini berkenaan penggunaan Laman Web TomTom dan mengandungi hak, obligasi dan sekatan anda sewaktu menggunakan Laman Web TomTom. Dengan meneruskan penggunaan Laman Web TomTom ini, anda menerima dan terikat oleh semua Terma Penggunaan ini dan sebarang pindahan dan tambahan kepadanya. TomTom boleh menukar Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan berkuat kuasa setelah ia disiarkan pada Laman Web TomTom. Sila semak Laman Web TomTom dari semasa ke semasa. Penggunaan Laman Web TomTom oleh anda secara berterusan adalah disifatkan sebagai penerimaan Terma yang disemak oleh anda 2 TAKRIFAN Peranti Terbina Dalam Sebarang produk yang terbina dalam ke dalam kenderaan dan dijual melalui pihak ketiga kepada anda. Produk Sebarang perkakasan, item dan aksesori, termasuk tetapi tidak terhad pada: Semua peranti navigasi(tidak termasuk Peranti Terbina Dalam) Peranti sukan Item dan aksesori yang disertakan Terma dan Syarat Terma dan Syarat Am TomTom sebagaimana yang didapati di www.tomtom.com/legal. Terma Penggunaan Terma Penggunaan Laman Web TomTom ini Bahan Pihak Ketiga 1

Kandungan, perisian, kod, data, maklumat, kefungsian, kandungan lain dan algoritma berlesen atau sebaliknya disediakan oleh pihak lain selain daripada TomTom. Kandungan TomTom Semua maklumat, teks, fail, skrip, grafik, fotos, bunyi, muzik, video, ciri interaktif, kefungsian atau bahan serupa yang lain, disediakan oleh TomTom. Laman Web TomTom Semua laman web yang disediakan oleh TomTom, yang boleh diakses oleh anda tanpa pendaftaran terlebih dahulu atau log masuk, termasuk tetapi tidak terhad pada: www.tomtom.com Www.routes.tomtom.com Www.places.tomtom.com Pengguna Mana-mana pengguna Laman Web TomTom. 3 ULASAN AM SILA BACA TERMA PENGGUNAAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN WEB TOMTOM. Laman Web TomTom adalah laman yang dikendalikan oleh sama ada TomTom Inc. jika anda menetap di AS atau Kanada, atau TomTom International BV jika anda menetap di tempat lain. JIka anda menetap di A.S. atau Kanada, Terma Penggunaan ini disertai antara anda dengan TomTom Inc., sebuah syarikat Massachusetts 24 New England Executive Park # 410, Burlington, MA 01803, USA, Nombor Syarikat (nombor ID): 571139414; ; sekiranya tidak, Terma Penggunaan ini disertai antara anda dengan TomTom International B.V. sebuah syarikat persendirian dengan liabiliti terhad, dengan ibu pejabat korporatnya di Amsterdam, alamat pendaftarannya di De Ruijterkade 154 (1011 AC) Amsterdam, Negara Belanda dan berdaftar dalam daftar perdagangan Dewan Perniagaan di Negara Belanda di bawah nombor 34076599, dan memegang nombor VAT NL 8007.65.679.B.01. (dalm mana-mana keadaan "TomTom"). Dengan mengakses atau menggunakan Laman Web TomTom, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini, dan undang-undang yang berkuat kuasa, tanpa mengira sama ada anda ada akaun berdaftar dengan TomTom atau tidak. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan, tolong jangan guna Laman Web TomTom ini. Terma tambahan, termasuk Terma dan Syarat 2

[www.tomtom.com/legal], mungkin berkuat kuasa ke atas pembelian melalui Laman Web TomTom dan anda boleh diminta untuk menerima secara jelas terma tambahan tersebut. Terma tambahan berkenaan mungkin sebagai tambahan kepada Terma Penggunaan ini atau, setakat yang yang ia tidak konsisten dengan kandungan atau hasrat Terma Penggunaan ini, terma tambahan tersebut akan mengatasi Terma Penggunaan ini. Anda bersetuju bahawa sebarang notis, persetujuan, pendedahan atau komunikasi lain yang TomTom hantar kepada anda secara elektronik apabila anda menggunakan Laman Web TomTom akan memenuhi sebarang keperluan komunikasi undangundang. Meskipun anda telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan ketepatan maklumat pada Laman Web TomTom, TomTom tidak menanggung sebarang tanggungjawab baginya. Laman Web TomTom dan Kandungan TomTom disediakan sebagaimana yang ada dan sebagaimana yang tersedia. Kami mungkin mengemas kini Laman Web TomTom dari semasa ke semasa, dan boleh menukar Kandungan TomTom pada bila-bila masa. Laman Web TomTom mungkin mengandungi rujukan kepada Kandungan TomTom yang khusus yang mungkin tidak tersedia atau hendaklah menjadi tersedia pada bila-bila masa di negara tertentu. Sila hubungi wakil tempatan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. 4 SEKATAN PENGGUNAAN Anda boleh menggunakan Laman Web TomTom dan Kandungan TomTom hanya bagi tujuan yang sah di sisi undang-undang sahaja. Anda bersetuju untuk tidak menukar atau memadamkan sebarang notis hak milik daripada bahan yang dimuat turun, dicetak atau sebaliknya diperoleh melalui Laman Web TomTom. Anda bersetuju untuk tidak mengubah suai, menyalin, menterjemah, menyiarkan, melaksanakan, memaparkan, mengedar, meletakkan bingkai, menghasilkan semula, menerbitkan semula, memuat turun, memaparkan, menyiarkan, menghantar atau menjual sebarang kandungan yang tersedia melalui Laman Web TomTom. Anda tidak boleh: (i) mengubah suai, meminda, menyunting, menggabung atau sebaliknya menukar hasil carian daripada format atau urutan yang ia disampaikan kepada anda melalui Laman Web TomTom, termasuk, mengubah suai, meminda, menyunting, atau sebaliknya menukar sebarang tanda dagangan yang dipaparkan sebagai sebahagian daripada hasil carian; (ii) menggabungkan, meletakkan bersama atau mencantumkan hasil carian dengan sebarang hasil perkhidmatan carian yang lain termasuk Carian TempatanGoogle; (iii) menjual pada, mengkomersilkan, sindiket atau sebaliknya memperoleh sebarang hasil pendapatan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau membenarkan mana-mana pihak ketiga menerbitkan hasil pendapatan daripada hasil carian; (iv) mengendalikan sebarang tindakan yang akan mencegah, menghalang, mengherotkan atau sebaliknya mengganggu keupayaan TomTom untuk mengira sebarang hasil pengiklanan yang dijana daripada hasil carian ini. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman Web TomTom dalam cara yang mungkin mengganggu hak pihak ketiga. 3

Anda bersetuju untuk tidak menggunakan sebarang perlombongan data, robot, pengikisan (termasuk pengikisan skrin) atau kaedah mengumpul data yang serupa. Anda bersetuju untuk tidak mengambil tindakan yang mungkin mengkompromi keselamatan Laman Web TomTom, mengakibatkan Laman Web tidak boleh diakses oleh orang lain atau sebaliknya merosakkan Laman Web TomTom atau Kandungan TomTom. TomTom berhak untuk menggantung atau menamatkan akses anda kepada Laman Web TomTom jika TomTom percaya - menurut budi bicara tunggalnya - anda telah melanggar Terma Penggunaan ini. 5 HARTA INTELEKTUAL Semua harta intelektual dalam dan kepada Laman Web TomTom adalah milik TomTom, gabungannya dan pelesennya, yang termasuk (tanpa had) bahan yang dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, atau undang-undang paten. Semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan dan nama perdagangan (cth., nama TomTom dan logo dua tangan) dimiliki, didaftarkan dan/atau dilesenkan oleh TomTom N.V. dan anggota gabungannya. Semua kandungan pada Laman Web TomTom adalah usaha kolektif di bawah undang-undang Amerika Syarikat dan/atau Belanda dan undangundang hak cipta lain dan adalah hak proprietari TomTom. Hak cipta terpelihara. Tiada sesuatu pun dalam Terma Penggunaan ini adalah ditafsirkan sebagai memberi sebarang lesen hak harta intelektual kepada anda. Perisian yang disediakan, contohnya dengan memuat turun atau mengalir daripada atau melalui Laman Web TomTom adalah dilesenkan tertakluk pada terma perjanjian lesen yang berkenaan atau terma lain yang berkuat kuasa. Melainkan sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian lesen yang berkuatkuasa atau sebarang terma lain, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, perisian ini disediakan untuk kegunaan Laman Web TomTom sahaja dan sebarang penyalinan, penghasilan semula atau pengedaran semula lanjut perisian ini dilarang secara jelas. Waranti, jika ada, berhubung perisian yang berkenaan hendaklah hanya berkenaan sebagaimana yang ditetapkan secara jelas dalam perjanjian lesen yang berkuat kuasa. TomTom adalah dengan ini, secara jelas menafikan semua representasi dan waranti lanjut dalam apa jua jenis, sama ada tersurat atau tersirat, berhubung perisian ini. 6 PRIVASI DAN KUKI Pernyataan privasi kami [www.tomtom.com/legal], yang dimasukkan ke dalam Terma Penggunaan ini melalui rujukan ini, menghuraikan secara lebih lanjut pengumpulan dan penggunaan maklumat pada Laman Web TomTom dan penggunaan kuki. Jika anda ingin membaca dengan lebih lanjut tentang cara TomTom mengendalikan maklumat yang berkaitan dengan anda dan penggunaan kuki oleh TomTom, sila lihat pernyataan privasi TomTom di laman web tomtom.com/legal/privacy kami. 4

7 Laman Web Pihak Ketiga Laman Web TomTom boleh mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga, semata-mata untuk kemudahan anda. TomTom tidak mengendors, memantau atau mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web pihak ketiga ini, yang mempunyai terma penggunaan dan dasar privasi yang berasingan. Jika anda menggunakan pautan ini, anda akan meninggalkan laman web kami. TomTom tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau dasar laman web pihak ketiga dan anda mengkases laman web pihak ketiga berkenaan atas risiko anda sendiri. 8 PERKHIDMATAN DAN AKSES MUDAH ALIH Jika Laman Web TomTom mengandungi ciri-ciri yang tersedia kepada peranti mudah alih tertentu atau melalui sambungan tertentu menerusi peranti mudah alih tersebut (sebagai contoh penambatan (tethering)) anda mengakui dan bersetuju bahawa kadar dan bayaran pembawa anda dikenakan, termasuk dalam hal tertentu, bayaran penambatan tambahan. Bukan semua perkhidmatan mudah alih akan berfungsi dengan semua pembawa atau Produk. 9 PENANGGUNGAN KERUGIAN Anda bersetuju untuk menanggung kerugian, mempertahankan, dan memastikan TomTom, sekutunya, pegawai, pengarah, kakitangan, ejen, pemberi lesen dan pembekalnya tidak dimudaratkan dan terhadap semua tuntutan, kerugian, liabiliti, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk, tanpa had, fi guaman yang berbangkit daripada atau berkaitan dalam apa jua cara dengan penggunaan Laman Web TomTom oleh anda, perlakuan anda berhubung para pengguna Laman Web TomTom yang lain, atau sebarang pelanggaran Terma Penggunaan, apa-apa undangundang atau hak mana-mana pihak ketiga. 10 PENAFIAN WARANTI Laman Web TomTom, termasuk Kandungan TomTom dan Bahan Pihak Ketiga yang didapati pada Laman Web TomTom ini disediakan "sebagaimana yang ada" dan tanpa apa jua jenis waranti. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undangundang, TomTom menafikan semua waranti, sama ada tersurat atau tersirat, tentang operasi Laman Web TomTom dan Kandungan TomTom. TomTom tidak memberi waranti atau membuat sebarang representasi tentang keselamatan Laman Web TomTom. Anda mengakui sebarang maklumat yang dihantar boleh dipintas oleh pihak ketiga yang tidak diberi keizinan dan TomTom tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan sebarang hasil khusus daripada penggunaan Laman Web TomTom. TomTom tidak membuat representasi atau waranti bahawa Laman Web TomTom tidak akan diganggu atau bebas daripada ralat, bahawa sebarang kecacatan akan dibetulkan, atau bahawa Laman Web TomTom atau pelayan yang menyediakan Laman Web TomTom adalah bebas daripada virus atau apa-apa yang lain yang memudaratkan. 5

Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, TomTom tidak membuat sebarang waranti atau representasi berhubung penggunaan Kandungan TomTom di Laman Web TomTom dari segi betulnya, ketepatannya, kecukupannya, kebergunaannya, kebolehpercayaannya atau sebaliknya. Anda memahami dan bersetuju bahawa anda memuat turun atau sebaliknya memperoleh Kandungan TomTom atas risiko anda sendiri, dan bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi penggunaannya dan sebarang kerosakan kepada peranti anda yang digunakan untuk mengakses Laman Web TomTom, kehilangan data atau apa jua kemudaratan jenis lain yang mungkin terhasil. TomTom berhak untuk menukar sebarang dan semua Kandungan TomTom Content dan item lain yang digunakan atau terkandung dalam Laman Web TomTom pada bila-bila masa tanpa notis. Sesetengah negeri tidak membenarkan had atau pengecualian pada waranti, jadi pengehadan di atas mungkin tidak berkenaan bagi anda. 11 HAD LIABILITI Tiada sesuatu pun dalam Terma Penggunaan ini mengecualikan atau mengehadkan liabiliti TomTom untuk kematian atau kecederaan peribadi yang berpunca daripada kecuaian, atau penipuan atau salah representasi yang bersifat menipu, atau berhubung waranti tersirat dalam seksyen 12 hingga 15 Akta Penjualan Barangan 1979 atau Akta Perlindungan Pengguna 1987 atau hak anda yang sah di sisi undangundang berhubung produk yang rosak atau produk yang tidak seperti yang digambarkan atau bagi sebarang liabiliti lain yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa. Tertakluk pada perkara yang dinyatakan di atas, setakat yang dibenarkan sepenuhnya dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, TomTom mahupun sekutu, pembekal dan/atau subkontraktor tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk apa-apa ganti rugi langsung, khusus, sampingan, tidak langsung atau terhasil, termasuk sebarang kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, gangguan perniagaan, ganti rugi sama ada dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian), pelanggaran kewajipan statutori atau sebaliknya yang berbangkit di bawah atau berhubung: Penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses Laman Web TomTom; Penggunaan atau pergantungan pada mana-mana Kandungan TomTom yang dipaparkan pada Laman Web TomTom; kehilangan data atau maklumat, atau yang serupa yang mengakibatkan daripada akses, penggunaan, atau ketidakupayaan untuk mengakses atau penggunaan Laman Web TomTom termasuk Kandungan TomTom; atau Perlakuan Pengguna lain (sama ada dalam talian atau luar talian) atau kehadiran di acara TomTom. Meskipun jika TomTom telah dinasihatkan tentang kemungkinan ganti rugi tersebut. Anda menanggung keseluruhan tanggungjawab untuk pengguna Laman Web TomTom dan Kandungan TomTom oleh anda. Satu-satunya remedi anda 6

terhadap TomTom untuk penggunaan Laman Web TomTom ialah untuk berhenti menggunakan Laman Web TomTom. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi yang disebabkan oleh virus, serangan penafian perkhidmatan yang disebarkan atau bahan yang memudaratkan dari segi teknologi yang boleh menjangkiti peralatan komputer anda, atur cara komputer, data atau bahan proprietari lain disebabkan oleh penggunaan Laman Web TomTom oleh anda atau muat turun sebarang Kandungan TomTom oleh anda atau sebarang pautan ke mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya. Dengan yang demikian, jika TomTom didapati bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian yang dalam apa jua cara berhubung dengan (ketidakupayaan anda untuk) mengakses dan/atau menggunakan Laman Web TomTom, liabiliti agregat TomTom di bawah Laman Web TomTom untuk manamana satu atau lebih tuntutan tidak boleh melebihi US$350.00. Undang-undang yang berkuat kuasa tidak boleh membenarkan had atau pengecualian liabiliti atau ganti rugi sampingan atau yang terhasil, jadi, had atau pengecualian di atas tidak berkenaan bagi anda. Had dan pengecualian liabiliti yang berbeza mungkin berkenaan bagi liabiliti yang berbangkit hasil daripada bekalan Produk(-produk) kepada anda, yang akan ditetapkan dalam Terma dan Syarat [www.tomtom.com/legal]kami. 12 Undang-undang yang berkuat kuasa dan mahkamah yang berwibawa Jika anda bermastautin di A.S. atau Kanada, anda bersetuju bahawa Terma Penggunaan ini dan Kandungan TomTom ditadbir dalam semua sudut undangundang Negeri New York, Amerika Syarikat tanpa mengira pilihan peruntukan undang-undang dan semua pertikaian, tuntutan, dan prosiding undang-undang yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada Terma Penggunaan atau Kandungan TomTom yang berkenaan hendaklah diselesaikan secara individu, tanpa merujuk pada mana-mana bentuk tindakan kelas, dan secara eksklusif dalam mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat. Jika anda menetap di luar A.S. atau Kanada, semua pertikaian, tuntutan dan prosiding undang-undang yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada Terma Penggunaan atau Kandungan TomTom hendaklah tertakluk pada undang-undang Belanda, tanpa mengira sebarang konflik prinsip undang-undang yang akan terhasil dalam penguatkuasaan undang-undang mana-mana bidang kuasa lain dan hendaklah diselesaikan secara eksklusif oleh mahkamah Amsterdam, Negara Belanda. P.B.B. 1980 Konvensyen berhubung Kontrak bagi Penjualan Barangan Antarabangsa tidak berkenaan kepada Laman Web TomTom atau Terma Penggunaan ini dan adalah dengan ini dinafikan secara jelas. 7

13 PELBAGAI Melainkan sebagaimana yang dilarang oleh undang-undang yang berkuat kuasa, sebarang kuasa tindakan atau tuntutan yang anda mungkin ada berhubung Laman Web TomTom hendaklah bermula dalam tempoh satu (1) tahun selepas tuntutan atau kuasa tindakan berbangkit. Kegagalan TomTom untuk menegaskan dan menguatkuasakan pelaksanaan manamana Terma Penggunaan ini secara ketat tidak akan disifatkan sebagai penepian mana-mana peruntukan atau hak. Perlakuan antara pihak-pihak mahupun amalan perdagangan tidak akan mengubah suai mana-mana Terma Penggunaan ini. TomTom boleh menyerahkan haknya dan menugaskan kewajipannya di bawah Terma Penggunaan ini kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda. 14 KEBOLEHASINGAN Jika mana-mana peruntukan dalam Terma Penggunaan ini didapati tidak sah, yang selebihnya hendaklah terus boleh dikuatkuasakan. Jika mana-mana peruntukan dalam Terma Penggunaan ini disifatkan sebagai tidak sah di sisi undang-undang, batal atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan tersebut disifatkan sebagai boleh diasingkan dan peruntukan yang selebihnya masih sah dan boleh dikuatkuasakan. 15 Soalan dan ulasan Sekiranya anda ada sebarang soalan, cadangan, aduan atau ulasan berkenaan Laman Web TomTom atau Terma Penggunaan ini, atau jika anda ingin menghubungi TomTom atas apa jua sebab, sila berbuat demikian dengan menghantar e-mel melalui http://www.tomtom.com/support. *** 8