Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

dokumen-dokumen yang mirip
Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TALKING POINT PRESIDEN ANGKASA. SEMINAR CHANGE START WITH ME 30 SEPTEMBER 2017, AUDITORIUM ANGKASA Bismillahirahmanirahim

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

UCAPAN. Program Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2016

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Yang Berbahagia Dato Prof Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan. Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kepenggunaan

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Yang Berbahagia, Naib Presiden Silterra, En. Munawir Ab Ghani

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM


DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MESYUARAT KONSORTIUM KOPERASI TERNAKAN IKAN NEGERI PAHANG BERHAD

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Transkripsi:

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor. Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan, 1. Saya ingin mulakan dengan mengajak hadirin sekalian memanjatkan setinggitinggi rasa syukur kepada Allah SWT. Serta marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. 2. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Ihsan Johor atas jemputan pada hari ini. Saya amat menghargainya. 3. Dan saya menganggap acara pada hari ini sebagai penting dan sangat 4. Ini kerana, dewasa ini, kita dapat melihat bahawa semangat dan amalan kesukarelaan semakin pudar. Semakin suram dan tenggelam. Seolah-olah bangsa dan masyarakat kita ini sudah tidak prihatin, atau seperti tidak pernah diajar untuk memberi perhatian terhadap mereka di sekeliling kita. 5. Lihat sahaja masyarakat di sekeliling kita. Kesemuanya hidup nafsi nafsi. 6. Kita seakan hidup dan bergerak sendirian. Seperti sudah tidak dijalin erat oleh semangat kekitaan yang dahulunya mengikat dan menjadi citra masyarakat kita. 7. Perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Ia tidak seharusnya dibiarkan berterusan. 8. Jadi, kepentingan semangat dan amalan sukarelawan ini, khususnya di kalangan belia, mesti kita disuburkan kembali. Dengan pelbagai cara dan pendekatan. Dan kita mesti melakukannya bersama-sama. 9. Hari ini, saya ingin menyentuh 3 alasan ringkas, mengapa pergerakan kesukarelawanan seperti Ihsan Johor ini amat penting untuk Johor. 1

10. Pertama, melakukan kebaikan adalah citra bangsa yang berkemajuan. 11. Masyarakat dan anak muda kita mesti diajar menjadi agen yang peka dalam meneliti isu sosial di sekitar mereka, dan seterusnya tergerak untuk menyelesaikannya. 12. Persoalannya, bagaimanakah untuk kita menyemarakkan kesedaran ini? Dan apakah jalan yang terbaik? 13. Saya percaya, antara inisiatif terbaik adalah dengan mempelbagaikan gerakan dan pertubuhan sivil seperti Ihsan Johor ini. 14. Ini kerana, pertubuhan seperti ini akan mampu memberi satu mesej besar kepada masyarakat bahawa kita ini punya tanggungjawab kepada masyarakat. Kita ini punya peranan yang harus dimainkan dalam membantu menyelesaikan sebarang masalah dan isu yang didepani oleh orang di sekeliling. 15. Kerana, tidak ada masyarakat atau mana-mana negeri yang mempunyai kesejahteraan hidup yang baik jika anggotanya saling bersikap individualistik. 16. Jadi, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaanlah yang harus membantu kita. Membantu kita untuk menyedarkan seramai mungkin masyarakat di luar sana tentang fungsi sosial mereka. Fungsi yang melangkaui kitaran hidup peribadi dan kerjaya. 17. Kerana, biar setinggi mana pun kejayaan dan kedudukan kita, akhirnya, erti sebenar kehidupan kita adalah pada sejauh manakah kita memberi semula kepada masyarakat. 18. Jika kita lihat ada kekurangan di mana-mana dalam masyarakat kita, kita mesti bingkas, kita mesti cerdas. Bangun dan bantu mereka. Bukannya bungkam, bukannya diam dan bukannya pendam. 19. Dan yang lebih penting, masyarakat kita perlu dipimpin untuk mempercayai bahawa melakukan kebaikan itu, adalah ciri-ciri bangsa yang mempunyai kemajuan pemikiran. 2

20. Biar kita di Johor ini terkenal sebagai masyarakat moden dan maju, namun ringan tangan, ringan tulang. Suka membantu. Penuh dan sarat dengan rasa empati dan prihatin terhadap masyarakat. 21. Kedua, erti hidup adalah pada memberi dan setiap pemberian itu 22. Bila kita bercakap tentang kesukarelaan, salah tanggapan yang sering dibangkitkan adalah, ia mesti besar, meriah, ramai dan berskala mega. 23. Persepsi ini nyata terpesong dan perlu kita ubah segera. Sebenarnya, dalam kerja-kerja kesukarelaan, saiz tidak pernah menjadi isu. Kecil atau besar inisiatif kita, selagi ikhtiar tersebut menjurus kepada penambahbaikan golongan sasar, ia adalah mustahak dan 24. Pergerakan seperti Ihsan Johor mesti menjadi golongan paling terkehadapan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa setiap sumbangan, setiap pertolongan dan setiap pemberian kepada masyarakat adalah bernilai dan 25. Jadi selepas ini, saya harap, dengan melihat kesungguhan Ihsan Johor ini, masyarakat kita khususnya golongan belia yang lain akan lebih terdorong untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja amal kepada masyarakat. 26. Tidak kiralah apa pun bentuknya, besar atau kecil usahanya. Kerana sesungguhnya, setiap pemberian kita kepada mereka yang berada dalam lingkungan kita adalah 27. Ketiga, kita mahu menyampaikan mesej kepada semua orang, bahawa masalah mana-mana anggota dalam masyarakat kita adalah masalah kita. 28. Sebenarnya masih terlalu ramai di luar sana yang memerlukan kita. 29. Mereka terjatuh dalam hidup bukan kerana mereka terlepas dan terputus daripada kasih sayang Tuhan. 30. Tetapi takdir mereka yang kurang baik itu sebenarnya adalah satu peringatan dari Tuhan kepada kita yang berkelebihan. Lebih harta benda, lebih tenaga kudrat, lebih dengan limpahan peluang untuk berbakti. 3

31. Saya selalu percaya, apabila ada segelintir masyarakat kita yang ditimpa masalah atau musibah, kita yang bernasib baik inilah yang sebenarnya sedang diuji. Integriti dan rasa keinsanan kita yang sedang dihakimi Tuhan. 32. Sama ada kita akan memilih untuk menjadi tangan yang menghulurkan bantuan untuk meringankan beban orang lain. Atau sekadar tangan yang hanya memeluk tubuh, yang pegun tanpa belas dan rasa ihsan untuk membantu. 33. Pada saya, malulah kalau belia dan anak-anak muda kita di luar sana, yang sihat dan kuat memilih untuk sekadar hidup dan menjadi tua tanpa meninggalkan apa-apa bakti kepada masyarakat. 34. Ia adalah tragedi terbesar dalam masyarakat dan bangsa kita. Kerana, seperti kata pendeta HAMKA, kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan juga hidup. 35. Jadi, marilah kita keluar dari kepompong keselesaan. Bantulah seramai mungkin anggota masyarakat. Hadirin-hadirat yang saya muliakan, 36. Sebenarnya, kesukarelawanan bukanlah sesuatu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Kerana, tugas Kerajaan Negeri adalah sekadar untuk memastikan masyarakat berfungsi dengan baik. 37. Akan tetapi, kita tetap memberikan fokus yang besar kepada perkara ini. 38. Matlamatnya mudah. Kita mahu kesukarelawanan ini menjadi sesuatu yang besar dan dibudayakan di Johor. Bukan sekadar sesuatu yang dilakukan secara semberono dan bermusim. 39. Biar ia menjadi gaya hidup, biar ia menjadi sesuatu yang cool untuk anak-anak muda kita dan semua pihak. 40. Semua pihak di Johor mesti memikirkan apakah kebaikan manusiawi yang boleh mereka sumbangkan ke masyarakat dan kepada negeri Johor. Semua pihak mesti tampil ke hadapan dan menyumbang. 4

41. Kita mahu Johor menjadi negeri yang dipacu dan digerakkan oleh masyarakatnya dan bukan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. A state driven by society. 42. Dan yang lebih penting, kita mahu Johor menjadi sebuah negeri yang dicirikan oleh sistem nilai yang baik. Negeri yang berdiri atas ketinggian akal budi. Negeri yang makmur dengan kebaikan dan kesejahteraan. 43. Untuk itu, pada tahun hadapan, kita akan memperkenalkan satu lagi agenda besar. Iaitu, a year of giving. Kita akan memastikan Johor dan masyarakatnya subur dengan kemurahan hati dan sumbangan dari semua pihak kepada mereka yang memerlukan. 44. Bagi terus menyemarakkan aktiviti dan semangat kesukarelawanan seperti ini, dan sebagai tanda sokongan padu serta tanda terima kasih di pihak Kerajaan Negeri atas usaha yang besar dan murni ini, saya dengan ini berbesar hati mengumumkan sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM0.5 juta kepada Pertubuhan Ihsan Johor. 45. Semoga sumbangan ini akan membantu melancarkan perjalanan dan operasi Ihsan Johor. 46. Dan saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan para pemberi sumbangan. 47. Akhir sekali, saya mengucapkan selamat maju jaya buat anda semua di Pertubuhan Ihsan Johor. 48. Dan dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya dengan ini merasmikan pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor. 49. Sekian terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 5