PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; OM4 OM5 Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia. PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 2
BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia. 2 Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia. 3 4 5 6 Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat. PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 3
ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR 1 Menyatakan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri dan kekeluargaan dengan betul. 2 Menghuraikan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan dan alam sekitar dengan betul dan tepat. 3 Mengaplikasi nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul. KOGNITIF 4 Menganalisis nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri, alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul dan tepat. 5 6 Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia dan demokrasi dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan. Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia serta keamanan dan keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan secara tekal dan berterusan. PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 4
ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR 1 Menerima dan menunjukkan persetujuan bagi nilai berikut dengan baik: Amanah PENGHAYATAN / PENGAMALAN NILAI 2 Menyempurnakan kerja / memberi respons bagi nilai berikut dengan jelas dan baik: Toleransi Rasional 3 Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan baik apabila disuruh: PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 5
4 Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan rela hati dan tertib: Rasional 5 Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam pelbagai situasi: 6 Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi: Rasional PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 6