DIMENSIKOOP. Jadual 2: Bilangan Koperasi Sekolah Berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERKHIDMATAN RAJA SEHARI

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

KATERING DAN PENYAJIAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Remeh Tetapi Penting!

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Objektif korporat yang digariskan berupaya meletakkan FELCRA Berhad di landasan tepat untuk menjadi agensi pembangunan yang bersifat global dan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

No. Keahlian. Gambar. Nama Pemohon. No. KP (baru) Nama Syarikat / Nama Perniagaan. Alamat Pejabat. Poskod. Syarikat. Telefon Bimbit (HP)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

SENARAI TUGAS GURU BESAR

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Kurikulum Kebangsaan

GARIS PANDUAN KELAB KEWANGAN PELAJAR SEKOLAH

Anggota Lembaga Koperasi Adik Kakak Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu Berhad (KODIKA)

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN BILANGAN 2 TAHUN 2012

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

TAJUK Program Sekolah Integrasi. DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Sekolah-Sekolah

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH TAHUN 2010

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

GARIS PANDUAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2017

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN. Pengenalan kepada Entiti Perniagaan. 2.1 a) Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Koperasi Pengangkutan

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Zairon Mustapha, Unit Sukan & Kokurikulum, PKB

PENYELARASAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG PERINGKAT SEKOLAH PENGELOLA ZON/NEGERI

AMALAN BAHASA MELAYU

Transkripsi:

DIMENSIKOOP DIMENSI KOOP Koperasi Sekolah: Menelusuri Matlamat Penubuhannya Juliana Md Yusof Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Pengenalan Gerakan koperasi sekolah yang telah bertapak di Malaysia sejak 1968 dilihat semakin berkembang seiring dengan penubuhan koperasi di setiap sekolah menengah. Secara umum, masyarakat melihat koperasi sekolah diwujudkan hanya untuk menjalankan urus niaga peralatan dan kelengk apan sekolah sebagai memenuhi keperluan pelajar sekolah. Sungguhpun begitu, tujuan penubuhan koperasi sekolah mempunyai matlamat dan objektif yang lebih besar manfaatnya sehingga dapat melahirkan barisan pelapis koperator yang berkualiti. Sejarah Penubuhan Koperasi Sekolah Idea penubuhan koperasi sekolah dicetuskan pada 38 tahun 1953 semasa Persidangan Kerjasama Malaya apabila satu usul telah diluluskan hasil persetujuan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertanian yang menggalakkan penubuhan koperasi sekolah. Walau bagaimanapun, tiada tindakan susulan yang diambil bagi merealisasikan usul tersebut sehingga pada tahun 1968, Profesor Diraja Ungku Aziz membangkitkan semula idea penubuhan koperasi sekolah. Sebagai merealisasikan idea tersebut, sembilan buah sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai peneraju untuk menubuhkan koperasi di sekolah masing-masing. Koperasi-koperasi tersebut didaftarkan di bawah Bab 53 Akta Koperasi. Koperasi sekolah peneraju tersebut disenaraikan pada Jadual 1.

Jadual 1: Senarai Koperasi Peneraju yang Ditubuhkan Pada Tahun 1968 Bil Koperasi Peneraju Negeri 1 Koperasi Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan Berhad Pahang 2 Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad Pahang 3 Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad Terengganu 4 Koperasi Sekolah Menengah Padang Midin Berhad Terengganu 5 Koperasi Sekolah Menengah Zainab Berhad Kelantan 6 Koperasi Sekolah Menengah Dr Burhanuddin Berhad Perak 7 Koperasi Sekolah Menengah Tengku Menteri Berhad Perak 8 Koperasi Sekolah Menengah Dato Jaafar Berhad Johor 9 Koperasi Sekolah Menengah Iskandar Shah Berhad Melaka Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia Seterusnya, tujuh tahun selepas itu koperasi sekolah di Malaysia Timur ditubuhkan. Ia bermula dengan pendaftaran koperasi sekolah pertama di negeri Sarawak pada tahun 1976 iaitu Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad. Pada tahun yang sama, koperasi sekolah pertama negeri Sabah ditubuhkan iaitu Koperasi Sekolah Menengah Menggatal Berhad. Perkembangan pesat gerakan koperasi sekolah pada awal penubuhannya telah membawa kepada penggabungan koperasi sekolah yang dikenali sebagai Koperasi Nasional Sekolah (KNS). Fungsi utamanya adalah mengedarkan keperluan koperasi sekolah, meringankan beban pelajar dan menjadi pendorong kepada penubuhan koperasi sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada tahun 1988, pendaftaran KNS dibatalkan kerana gagal menjalankan fungsinya. Kegagalan KNS tidak melemahkan gerakan koperasi sekolah. Dari tahun ke tahun, penubuhan dan pendaftaran koperasi sekolah terus bertambah mengikut negeri. Kedaikedai buku yang beroperasi di sekolah telah ditukarkan kepada penubuhan koperasi sekolah. Penubuhan koperasi sekolah mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat siaran yang dikeluarkan sebanyak dua kali iaitu KP 8591 Jld.II(22) bertarikh 8 Mei 1976 yang mengiktiraf kegiatan koperasi sekolah sebagai aktiviti kokurikulum dan KP (BS) 8586/303/(57) bertarikh 20 April 1989 yang menggalakkan penubuhan koperasi sekolah yang berupaya membentuk keperibadian dalam kalangan warga sekolah. Sehingga tahun 2014, terdapat 2,301 buah koperasi sekolah ditubuhkan di Malaysia. Jadual 2 menunjukkan bilangan koperasi sekolah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2013 dan 2014. Jadual 2: Bilangan Koperasi Sekolah Berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Bilangan Koperasi 2014 2013 Johor 259 250 Kedah 177 173 Kelantan 158 156 Melaka 81 79 Negeri Sembilan 120 116 Pahang 192 193 Perak 243 241 Perlis 31 31 Pulau Pinang 134 132 Sabah 208 201 Sarawak 181 177 Selangor 267 266 Terengganu 149 149 Wilayah Persekutuan 101 97 Jumlah 2,301 2,261 Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia 39

Tujuan Penubuhan Koperasi Sekolah Gerakan koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu aktiviti ko kurikulum sekolah kerana faedah dan kepentingan aktiviti yang dilaksanakan secara langsung dapat merealisasikan matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu: adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Justeru, penubuhan koperasi sekolah yang berlandaskan matlamat, jati diri dan perundangan koperasi berupaya menyediakan persekitaran sosial yang sihat iaitu melahirkan masyarakat yang sempurna, kreatif, progresif, bertanggungjawab dan berketerampilan. Sungguhpun gerakan koperasi sekolah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko kurikulum yang boleh disertai oleh para pelajar, ia dianggap unik berbanding kegiatan ko kurikulum lain kerana: i. Berupaya menarik seluruh warga sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan jantina sebagai anggota; ii. Menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran dalam bilik darjah; iii. Memberi pengalaman dan pendedahan kemahiran urus niaga; dan iv. Gerakan koperasi sekolah dilindungi oleh perundangan iaitu Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007), Peraturan-peraturan Koperasi 2010 serta Undang-undang Kecil (UUK) koperasi sekolah. Ciri-ciri unik yang terdapat pada gerakan koperasi sekolah berbanding kegiatan kokurikulum yang lain dijangka berupaya melahirkan pelajar sekolah yang memenuhi matlamat utama FPN. Selain memenuhi matlamat FPN, Kementerian Pendidikan Malaysia menyenaraikan tujuan penubuhan koperasi sekolah seperti berikut: i. Memajukan kepentingan sosioekonomi anggota menurut prinsip koperasi. ii. Mengamalkan sikap dan amalan berjimat cermat. iii. Mengamalkan cara hidup masyarakat secara demokratik. iv. Mengamalkan prinsip berdikari. v. Memberi pengalaman mentadbir, mengurus, membuat keputusan dan memimpin khususnya kepada pemimpin-pemimpin koperasi dalam kalangan pelajar. vi. Menyertai dan mengalami urusan perniagaan. vii. Memberi sokongan kepada sekolah segala usaha yang memberi faedah kepada pelajar. Tambahan lagi, Profesor Diraja Ungku Aziz juga menyatakan tujuan penubuhan koperasi sekolah sebagai: i. Membentuk amalan jimat cermat dan berdikari. ii. Membantu dalam mewujudkan suasana latihan amali bagi mempraktikkan teknik pengurusan dan perdagangan. iii. Menyemai sifat serta unsur demokrasi dalam kalangan generasi muda. iv. Menggalakkan sikap bekerjasama serta saling membantu antara satu sama lain. v. Mengasuh bakat kepimpinan dalam kalangan generasi muda. Aktiviti Koperasi Sekolah Kebanyakan koperasi sekolah menjalankan aktiviti bersifat kepenggunaan. Merujuk kepada Fasal 8, Undang-undang Kecil Seragam Koperasi Sekolah, koperasi bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: i. Menjual peralatan persekolahan serta lain-lain keperluan kepada anggota; ii. Mengadakan aktiviti kelas tambahan atau 40

tuisyen atau kelas komputer untuk faedah kepada anggota; iii. Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih; iv. Menyertai usaha sama dan menjadi anggota kepada koperasi lain; dan v. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan mendapat kebenaran pengetua dan kelulusan mesyuarat agung. Anggota koperasi melalui Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) koperasi berhak untuk menentukan jenis dan aktiviti koperasi masing-masing. Aktiviti yang dijalankan boleh ditambah atau dibatalkan dengan memohon pindaan Undang-undang Kecil (UUK) daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Berdasarkan kepada aktiviti umum yang disenaraikan oleh Fasal 8 UUK, terdapat dua kategori aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah iaitu aktiviti bercorak ekonomi dan aktiviti bercorak sosial. Aktiviti Ekonomi Koperasi Sekolah Aktiviti ekonomi yang menjadi fokus kebanyakan koperasi sekolah adalah aktiviti berdasarkan jualan tunai seperti bahan dan alatan keperluan murid iaitu buku tulis, buku rujukan serta alat tulis. Selain itu, makanan serta minuman ringan seperti keropok dan air kotak juga dijual di kedai koperasi. Pemilihan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi sekolah bergantung kepada modal, keperluan, jenis sekolah dan kerjasama anggotanya. Pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi sentiasa mencari kaedah meningkatkan penglibatan anggota terhadap aktiviti ekonomi koperasi. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak akan berjaya sekiranya anggota yang terdiri daripada kalangan pelajar tidak menyokong aktiviti koperasi dengan sekurang-kurangnya bertindak sebagai pembeli di kedai koperasi. Selain kedai koperasi yang menjual barang keperluan pelajar, terdapat juga koperasi sekolah yang menjalankan perkhidmatan kantin, kelas komputer dan penyewaan tempat letak kereta. Jadual 3 menunjukkan contoh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh koperasi mengikut jenis sekolah. Jadual 3: Contoh Kegiatan Ekonomi di Koperasi Sekolah Sekolah Menengah Harian (Tiada Asrama) Kedai Buku Perkhidmatan Fotostat Kafe siber Penyewaan tempat letak kereta Sekolah Menengah Harian (Ada Asrama) Kedai Buku Perkhidmatan Fotostat Kafe siber Penyewaan tempat letak kereta Pertanian Dobi Peralatan Asrama Kedai Gambar Kantin Sekolah Berasrama Penuh Kedai Buku Perkhidmatan Fotostat Kafe siber Penyewaan tempat letak kereta Pertanian Dobi Peralatan Asrama Kedai Gambar Kantin 41

Aktiviti Sosial Koperasi Sekolah Kebanyakan koperasi sekolah merancang aktiviti sosial dalam dua bentuk iaitu kebajikan dan pendidikan. Antara aktiviti yang ditawarkan merangkumi bantuan kewangan, penyediaan gelanggang permainan petanq, kemudahan tempat bacaan, kolam ikan, kem motivasi, hari sukan sekolah dan perayaan hari guru. Aktiviti sosial seumpama ini, mempertahankan konsep koperasi iaitu menolong diri sendiri. Tambahan lagi, setiap tahun sambutan hari koperasi sekolah yang diadakan juga adalah sebahagian daripada aktiviti bercorak sosial. Acara-acara yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga koperasi antaranya kuiz, sukaneka, pertandingan lukisan, pertandingan menulis karangan serta penganugerahan AJK koperasi yang dikenal pasti telah berkhidmat dengan cemerlang. Di samping itu, bagi memenuhi prinsip koperasi ketujuh iaitu prihatin terhadap masyarakat, koperasi sekolah juga melaksanakan aktiviti bercorak sosial dengan memberi sumbangan kepada organisasi atau badan yang memerlukan bantuan berbentuk material atau kewangan seperti rumah kebajikan, masjid dan persatuan kebajikan. Melahirkan Koperator Berkualiti Kefahaman terhadap Peranan Sebagai Anggota Koperasi Umum mengetahui, gerakan koperasi seharusnya berpegang teguh kepada nilai serta prinsipprinsip koperasi. Pegangan ini tidak terkecuali bagi koperasi sekolah yang mana nilai serta prinsip yang diamalkan akan meningkatkan keutuhan jati diri koperasi. Sehubungan itu, gerakan koperasi sekolah adalah sebagai platform untuk melatih serta membimbing para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai anggota koperasi. Pelajar perlu diberi kefahaman tentang peranan mereka dalam gerakan koperasi yang dianggotai. Menurut Ahmad Marzuki Ismail (2004), bimbingan dan penerangan tentang konsep dan Sebagai merealisasikan idea tersebut, sembilan buah sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai peneraju untuk menubuhkan koperasi di sekolah masing-masing. falsafah koperasi kepada semua anggota koperasi sekolah akan meningkatkan kefahaman dan seterusnya memantapkan peranan pelajar sebagai anggota koperasi. Melalui kefahaman tersebut, pelajar akan memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab untuk menyumbang kepada kejayaan koperasi sekolah mereka. Pengetua dan para guru yang terlibat secara langsung atau tidak dengan urusan pentadbiran serta pengurusan koperasi sekolah perlu meletakkan diri mereka sebagai pembimbing dalam gerakan koperasi sekolah bagi melahirkan anggota yang proaktif dan komited untuk memajukan koperasi mereka. Rajah 1 menunjukkan peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar selaku anggota koperasi. Usaha berterusan anggota yang terdiri daripada pelajar untuk memajukan koperasi adalah sebagai latihan untuk mempersiapkan mereka sebagai koperator yang berpengetahuan dan berkemahiran apabila mereka menganggotai koperasi dewasa setelah mengakhiri alam persekolahan. Di samping itu, para pelajar juga seharusnya diberi pendedahan terhadap hak dan tanggungjawab selaku anggota koperasi bagi memantapkan jati diri koperasi dalam diri mereka. Pemahaman mereka terhadap peranan, hak dan tanggungjawab merupakan penggerak penglibatan diri secara langsung dan berfokus. Hal yang demikian akan mendorong pelajar untuk menjadi warga koperator yang sentiasa berusaha untuk menyumbang kepada koperasi yang dianggotainya bagi menikmati hak mereka selaku anggota. Jadual 4 menunjukkan hak dan tanggungjawab pelajar sebagai anggota koperasi. 42

Peranan Anggota Pendukung Ideologi Pemilik Penanggung Modal Pengguna Memahami konsep koperasi Mempelajari falsafah dan prinsip koperasi Berkongsi hak milik dengan anggota lain. Mengawal perjalanan koperasi Membendung penyelewengan koperasi Menyumbang modal yuran dan modal saham Mengamalkan konsep menolong diri sendiri Melanggan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi Memperoleh peluang pendididkan dan latihan Memperoleh faedah daripada keuntungan melalu dividen dan rebat Menikmati faedah sosial seperti kegiatan kebajikan Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004 Rajah 1: Peranan Pelajar Sebagai Anggota Koperasi Sekolah Jadual 4: Hak dan Tanggungjawab Anggota Koperasi Hak dan Tanggungjawab Hak Peribadi Hak Kewangan Tanggungjawab Peribadi Tanggungjawab Kewangan Peranan Anggota Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Mengemukakan usul Mencalon dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Mengetahui perjalanan koperasi sekolah Menggunakan kemudahan koperasi sekolah Membuat keputusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah Menikmati kemudahan dan perkhidmatan Memperoleh ganjaran dividen, bonus dan rebat Mendapatkan kembali sumbangan modal selepas berhent Menyertai kegiatan ekonomi dan sosial Sukarela berkhidmat tanpa memikirkan ganjaran Sedia berkhidmat jika diperlukan Kesetiaan terhadap koperasi Membuat sumbangan modal seperti yang dinyatakan dalam UUK Bersedia menambah modal saham sekiranya diminta oleh pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi Membuat pertaruhan khas Membuat simpanan tetap Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004 43

Penglibatan Anggota Dalam Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi Sekolah Koperasi sekolah sebagai batu loncatan dalam melahirkan anggota koperasi kelas pertama seharusnya ditadbir dan diuruskan sebagai koperasi yang menitikberatkan pengamalan nilai dan prinsip koperasi dalam merealisasikan matlamat penubuhan koperasi sekolah. Anggota koperasi sekolah yang terdiri daripada pelajar harus diberi pendedahan dan pengalaman mentadbir koperasi. Rajah 2 menunjukkan sistem pentadbiran koperasi sekolah. Sebagai permulaan, mereka perlu diberikan kefahaman tentang pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. Melalui pendedahan tersebut mereka akan mengetahui tentang fungsi, kewajipan, perjalanan mesyuarat dan tindakan selepas mesyuarat. Seterusnya, anggota koperasi yang terdiri daripada para pelajar hendaklah diberi pengalaman untuk mentadbir koperasi. Mereka perlu diberi galakan untuk mengambil peluang bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Bagi tujuan bimbingan, latihan dan tunjuk ajar tentang pentadbiran koperasi, anggota koperasi yang terpilih untuk memegang jawatan perlu diberi peluang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi, Naib Setiausaha, Naib Bendahari atau ALK biasa. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang terdiri daripada guru-guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya dan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN - Anggota LEMBAGA (Guru & Pelajar) PENGERUSI (Pengetua) JAWATAN KUASA AUDIT DALAMAN (Guru & Pelajar) Naib Pengerusi (Guru & Pelajar) BENDAHARI (Guru) PENOLONG BENDAHARI (Pelajar) SETIAUSAHA (Guru) PENOLONG SETIAUSAHA (Pelajar) JAWATAN KUASA KECIL Ketua: Guru Ahli: Pelajar Rajah 2: Sistem Pentadbiran Koperasi Sekolah Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004 44

LEMBAGA JAWATAN KUASA KERJA Pengerusi Setiausaha Bendahari JAWATAN KUASA KECIL Belian Jualan Akaun Keanggotaan Pendidikan Kebajikan Kedai Buku Pelancongan Kafe Siber Rajah 3: Struktur Pengurusan Koperasi Sekolah Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004 memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pentadbir koperasi seperti mana diamanahkan oleh anggota koperasi sekolah. Antara bentuk bimbingan yang boleh diberikan termasuk mempengerusikan mesyuarat, mencatat minit mesyuarat, menyedia akaun bagi urus niaga dan membuat perancangan aktiviti koperasi. Selain diberi peluang memegang jawatan sebagai ALK, anggota koperasi yang terdiri daripada pelajar pula berpeluang mendapat pendedahan sebagai ahli Jawatankuasa Audit Dalaman. Melalui jawatan ini, mereka bertanggungjawab memastikan perjalanan koperasi perlu mengikut objektif dan matlamat koperasi. Serta memastikan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam mentadbir dan mengurus koperasi tidak berlaku. Mereka yang memegang jawatan ini berpeluang memahami peranan, tanggungjawab, kuasa dan fungsi, memahami teknik-teknik pengauditan, mengenali dan memahami akaun koperasi serta menulis laporan audit. Pengalaman melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Jawantankuasa Audit Dalam akan melatih anggota untuk menitikberatkan aspek kawalan dalaman sesebuah organisasi yang dipimpin kelak. Pendedahan dan pengalaman yang diperoleh pelajar selaku anggota koperasi tidak terbatas kepada aspek pentadbiran. Pelajar juga perlu diberi peluang untuk menguruskan segala aktiviti koperasi sama ada berbentuk ekonomi atau sosial. Kebiasaannya, guru ALK akan membimbing dan memberi peluang para pelajar untuk menguruskan operasi harian seperti kedai buku koperasi, perkhidmatan fotostat dan kafe siber. Rajah 3 menunjukkan salah satu struktur pengurusan yang diguna pakai oleh sesetengah koperasi sekolah. Selain mendapat pengalaman menguruskan operasi harian koperasi, pelajar berpeluang mempelajari ilmu pengurusan perniagaan. Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz dalam kertas kerja Pembangunan Koperasi Sekolah Dari Segi Nasional dan Antarabangsa, terdapat dua tujuan penting dalam pengurusan koperasi sekolah, iaitu: Penglibatan anggota dalam kegiatan koperasi dari segi mengambil keputusan dasar besar dan kecil; dan Mengurus dengan bijak supaya koperasi tidak mengalami kerugian dan anggota serta sekolah mendapat sebanyak mungkin perkhidmatan. 45

Penubuhan jawatan kuasa kecil yang terdiri daripada guru dan pelajar akan memberi peluang kepada mereka yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran koperasi untuk terlibat dengan koperasi secara langsung. Penglibatan mereka dalam pengurusan operasi harian serta portfolio lain seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 mampu menyumbang pengalaman menguruskan sebuah aktiviti perniagaan bersaiz kecil. Pengalaman ini akan memupuk semangat keusahawanan dalam diri anggota yang terlibat dan seterusnya mereka akan mampu menguruskan perniagaan yang bersaiz lebih besar apabila menyertai gerakan koperasi dewasa setelah tamat persekolahan. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli jawatan kuasa kecil, para pembimbing perlu memastikan mereka mengamalkan konsep bekerjasama dan tolong-menolong sesama mereka. AJK perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah bagi memupuk budaya kerja yang berkualiti dalam kalangan AJK. Mereka juga berpeluang melibatkan diri dalam mesyuarat jawatankuasa yang membincangkan pencapaian aktiviti, permasalahan serta cadangan untuk menambah baik operasi aktiviti yang melibatkan jawatankuasa mereka. Kesimpulan Gerakan koperasi sekolah yang ditubuhkan di hampir semua sekolah menengah kerajaan di Malaysia bukan sahaja diiktiraf sebagai salah satu kegiatan kokurikulum yang dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Bahkan, gerakan koperasi sekolah dapat menyiapkan para pelajar untuk menjadi koperator yang berkualiti melalui pendedahan dan pengalaman berkoperasi yang diperoleh mereka melalui penglibatan pelajar sama ada sebagai anggota, ALK dan ahli jawatankuasa portfolio yang diwujudkan. Guru pembimbing yang memegang jawatan di koperasi bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta peluang kepada para pelajar yang terlibat dengan koperasi secara langsung atau sebaliknya untuk memainkan peranan masing-masing. Seterusnya, melalui bimbingan tersebut para pelajar akan mendapat kemahiran dan pengalaman berkoperasi yang akan diguna pakai apabila mereka menganggotai koperasi lain setelah menamatkan persekolahan. DK Rujukan A. Aziz, Ungku.(Dis,1999). Kaedah betul mengamal prinsip koperasi oleh koperasi. Pelancar, p.p 20-21. Ahmad Marzuki., & Ismail. (2004). Pelajar dalam gerakan koperasi sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Marzuki., & Ismail.(2004). Jati diri dalam gerakan koperasi sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hajah Jamilah. Din., Noranita. Mohd Nor., Rosidah. Rashid., & Muhammad Yusuf. Ibrahim. (2012). Monograf Penyelidikan: Analisis Kompetensi Anggota Lembaga Koperasi Sekolah Dalam 100 Buah Sekolah- Sekolah Gred A. Selangor: Maktab Koperasi Malaysia. 46