PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

dokumen-dokumen yang mirip
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

AKTA PILIHAN RAYA 1958

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Undang-Undang Malaysia

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Undang-Undang Malaysia

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

Undang-Undang Malaysia

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Undang-Undang Malaysia

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

ETIKA MESYUARAT AGUNG

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Transkripsi:

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Menteri di bawah Seksyen 3(5) Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968 membuat peraturanperaturan yang berikut: Nama. 1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Jawatankuasa Pangkat Maktab Kerjasama Malaysia 1999 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 27 Ogos 1999. Tafsiran. 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - Pihak Berkuasa Berkanun ertinya Pihak Berkuasa Maktab Kerjasama Malaysia; Jawatan ertinya jawatan-jawatan yang diwujudkan di Maktab Kerjasama Malaysia; kenaikan pangkat ertinya peningkatan secara hakiki dari satu Tingkatan/Gred ke suatu Tingkatan/Gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan pegawai yang berkenaan; Ketua Jabatan Maktab Kerjasama Malaysia atau mana-mana pegawai yang ditetapkan sedemikian oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Berkanun atau mana-mana Pihak Berkuasa yang mempunyai kuasa melantik Ketua Jabatan tersebut dari semasa ke semasa; Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ertinya: (a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah Sistem Saraan Baru; dan (b) Kumpulan Gaji A di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976. Kumpulan Sokongan I ertinya: (a) Kumpulan Sokongan daripada Gred-gred yang berikut di bawah Sistem Saraan Baru: A4, A5, A12, B4, B5, C4, C5, E4, E5, F4, F5, F10, F11, G4, G5, G6, J4, J5, KP4, KP5, N4, N5, N6, Q4, Q5, Q6, S4, S4-1, S5, S5-3, U4, U5, U6, U7, U7-1, U8, W4, W5, W6 dan W6-3. (Mengikut mana yang berkenaan dengan Pihak Berkuasa Berkanun) A6, A7, A7-3, B6, B7, B7-3, C6, C7, E6, E7, E7-3, F6, F7, G7, G8, J6, J6-1, J7, J7-3, KP6, KP7, KP8, N7, N7-1, N8, N8-3, N9, N9-2, N9-3, Q7, Q8, Q8-2, R1, R2, R3, R6-1, R6-14, S6, S7, S7-3, U8, U8-1, UB1, UB1-18, U9, U10, U11, U12, W7, W8 dan W8-3. 1

(Mengikut mana yang berkenaan dengan Pihak Berkuasa Berkanun) (b) Kumpulan Gaji B di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (c) Kumpulan Gaji C di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 Kumpulan Sokongan II ertinya: (a) Kumpulan sokongan daripada Gred-gred yang berikut di bawah Sistem Saraan Baru: A8, A9, A10, A11, B8, B9, C8, C9, E8, E9, F8, F9, G9, G10, G11, G11-8, J8, J9, KP9, KP10, KP10-3, N10, N11, N11-1, N11-2, N11-3, N11-4, N11-9, N12, N12-1, N12-2, N13, Q9, Q10, R3, R4, R4-1, R5, R6, R6-1, R6-4, R7, R7-1, R8, R8-2, R9, R9-6, R10, R10-3, R10-5, R10-6, R10-7, R10-9, R10-17, R11, R11-1, R11-4, R11-6, R11-7, S8, S9, S10, U13, U14, U15, U16, W9 dan W10 (Mengikut mana yang berkenaan dengan Pihak Berkuasa Berkanun) (b) Kumpulan Gaji D di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 Jawatankuasa Pangkat ertinya Jawatankuasa Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun yang ditubuhkan di bawah peraturan 3, dan adalah termasuk suatu Jawatankuasa Pangkat tambahan yang ditubuhkan menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh peraturan 11; Jawatankuasa Rayuan ertinya Jawatankuasa Rayuan Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun yang ditubuhkan di bawah peraturan 16; memangku ertinya di mana kelulusan diberi kepada seseorang pegawai untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan suatu jawatan, secara penuh masa, yang lebih tinggi Tingkatan/Grednya daripada Tingkatan/Gred hakikinya dalam Skim Perkhidmatan yang berkenaan bagi pegawai yang berkenaan sama ada dengan tujuan untuk kenaikan pangkat atau sebaliknya; Penubuhan Jawatankuasa- Jawatankuasa 3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun dengan tiap-tiap kategori pegawai-pegawai yang dinyatakan dalam ruangan ketiga Jadual, yang terdiri daripada ahli-ahli yang ditetapkan dalam ruangan keempat Jadual yang sama: Dengan syarat bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Pangkat hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pangkat tersebut dalam sesuatu urusan tertentu atau manamana orang yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Berkanun. 2

Bidang kuasa dan fungsifungsi 4. (1) Suatu Jawatankuasa Pangkat hendaklah mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan fungsi-fungsinya dalam perkaraperkara berhubungan dengan kenaikan pangkat dan pemangkuan berkenaan dengan semua pegawai dalam kategori yang ditetapkan dalam ruang ketiga Jadual yang bersamaan dengan Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan dan mereka adalah anggota perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun. (2) Walau apa pun peruntukan-peruntukan perenggan (1), Jawatankuasa Pangkat yang ditubuhkan berkenaan dengan kategori pegawai-pegawai yang ditetapkan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional perenggan 1 Jadual boleh menimbangkan dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa seseorang pegawai bagi pelantikan ke sesuatu jawatan yang ditetapkan sebagai jawatan khas. Mesyuarat Kuorum bagi Mesyuaratmesyuarat 5. Bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya sebagaimana tersebut di atas, suatu Jawatankuasa Pangkat hendaklah bermesyuarat pada sesuatu tarikh dan di sesuatu tempat dan pada sesuatu masa sebagaimana ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pangkat tersebut. 6. (1) Kuorum bagi semua mesyuarat suatu Jawatankuasa Pangkat yang mempunyai lebih daripada tiga orang ahli hendaklah tiga termasuk Pengerusi. (2) Sekiranya keahlian suatu Jawatankuasa Pangkat terdiri daripada tiga orang sahaja, semua ahli Jawatankuasa Pangkat tersebut hendaklah hadir. Pengundian. 7. Tertakluk kepada peraturan 9, semua perkara yang dibangkitkan di sesuatu mesyuarat suatu Jawatankuasa Pangkat hendaklah diputuskan oleh suatu undi majoriti dan sekiranya terdapat undi banyak dalam keadaan di mana Jawatankuasa Pangkat terdiri daripada ahli-ahli bilangan genap anggota-anggota, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. Rekod mesyuarat. Prinsip-prinsip dan prosedur - Penggantian ahli-ahli 8. Prosiding dan keputusan yang diambil di sesuatu mesyuarat suatu Jawatankuasa Pangkat hendaklah direkodkan dan disimpan dengan sempurnanya oleh Urus setia Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan. 9. Pada menjalankan fungsi-fungsinya, suatu Jawatankuasa Pangkat hendaklah mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perintah-perintah pentadbiran atau arahan-arahan pentadbiran lain yang pada masa itu dikeluarkan secara sah di sisi undang-undang dan berkuat kuasa. 10. Sekiranya didapati bahawa adalah tak adil atau tak wajar bagi manamana ahli suatu Jawatankuasa Pangkat untuk menghadiri manamana prosiding Jawatankuasa Pangkat, ahli itu hendaklah digantikan dalam prosiding itu oleh seorang pegawai atau mana-mana orang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Berkanun kecuali: 3

Dengan syarat bahawa ahli yang dilantik sedemikian itu hendaklah seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pangkat dalam suatu urusan tertentu atau mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Berkanun. Pangkat tambahan. 11. Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Berkanun hendaklah, dari semasa ke semasa jika dianggapnya perlu, dengan memberi perhatian kepada proses yang terlibat, bilangan jawatan kenaikan pangkat, tingkatan/gred, bilangan pegawai yang terlibat dan masa yang mungkin diambil bagi sesuatu urusan tertentu itu, menubuhkan Jawatankuasa Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun tambahan bagi Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang mana hendaklah dilantik olehnya: (a) Bagi Kumpulan Sokongan I: (i) seorang Pengerusi, yang mana hendaklah seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Pihak Berkuasa Berkanun; dan (ii) tidak kurang daripada dua orang ahli lain yang hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. (b) Bagi Kumpulan Sokongan II: (i) seorang Pengerusi, yang mana hendaklah seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam Pihak Berkuasa Berkanun; dan (ii) tidak kurang daripada dua orang ahli lain, yang hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Pihak Berkuasa Berkanun. Dengan syarat bahawa pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Pangkat yang ditubuhkan di bawah perenggan ini hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pangkat itu dalam suatu urusan tertentu. Penapisan calon-calon. Penubuhan Panel Temu duga. 12. Tertakluk kepada peraturan 9, suatu Jawatankuasa Pangkat boleh mengadakan penapisan calon-calon dalam mana-mana urusan kenaikan pangkat. 13. (1) Jawatankuasa Pangkat hendaklah, dari semasa ke semasa jika dianggapnya perlu, dengan memberi perhatian kepada prosedur, bilangan jawatan kenaikan pangkat, tingkatan/gred, bilangan pegawai yang terlibat dan masa yang mungkin diambil berkenaan dengan sesuatu urusan kenaikan pangkat, menubuhkan satu Panel Temu duga atau lebih yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang hendaklah dilantik olehnya: 4

Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional Kumpulan Sokongan I Kumpulan Sokongan II... Seorang pengerusi dan tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang ahli lain;... Seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang ahli lain;... Seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang ahli lain; Dengan syarat bahawa Pengerusi dan ahli-ahli Panel itu hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang akan ditemu duga itu. (2) Tertakluk kepada peraturan 9, suatu Panel Temu duga hendaklah: (a) menapis senarai dan menemu duga pegawai-pegawai yang sesuai dan layak bagi memangku atau bagi kenaikan pangkat; dan (b) mengemukakan laporannya berkenaan dengan perkara di atas dengan syor-syornya sekali kepada Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan. Calon-calon simpanan. Keputusan 14. Suatu Jawatankuasa Pangkat boleh, menurut budi bicaranya, menaikkan pangkat calon-calon simpanan dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat dalam suatu tempoh selama enam bulan atau tempoh lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pangkat dari tarikh surat penyiaran keputusan Jawatankuasa Pangkat diumumkan. 15. (1) Semua calon dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat atau pemangkuan hendaklah diberitahu oleh Jawatankuasa Pangkat mengenai keputusannya. (2) Jawatankuasa kenaikan pangkat boleh membatalkan kenaikan pangkat seseorang pegawai jika jawatankuasa kenaikan pangkat berpuas hati bahawa kenaikan pangkat itu adalah berdasarkan suatu kesilapan Jawatankuasa pangkat dan dalam hal ini, pegawai berkenaan tidak dikehendaki membayar balik sebarang perbezaan emolumen yang telah dibayar kepadanya berkaitan dengan kenaikan pangkat itu. (3) Jawatankuasa kenaikan pangkat boleh membatalkan kenaikan pangkat seseorang pegawai jika jawatankuasa kenaikan pangkat berpuas hati bahawa kenaikan pangkat itu adalah berdasarkan suatu pemalsuan atau kesilapan fakta yang dikemukakan oleh pegawai berkenaan dan dalam hal ini, pegawai berkenaan dikehendaki membayar balik sebarang perbezaan emolumen yang telah dibayar kepadanya berkaitan dengan kenaikan pangkat itu. 5

(4) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Pangkat boleh, jika dianggap perlu, dikemukakan kepada Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Berkanun untuk disahkan. Penubuhan Rayuan 16. Maka adalah dengan ini ditubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Rayuan Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun dengan tiap-tiap kategori pegawai-pegawai yang dinyatakan dalam ruangan ketiga Jadual yang terdiri daripada ahli-ahli yang ditetapkan dalam ruangan kelima Jadual yang sama. Dengan syarat bahawa ahli yang dilantik sedemikian itu hendaklah seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang menjadi ahli Jawatankuasa Pangkat dalam suatu urusan tertentu atau mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah. Bidang kuasa dan fungsi-fungsi Rayuan. Kuorum bagi Mesyuarat Rayuan. Rayuan. Prosedur bagi rayuan. 17. Sesuatu Jawatankuasa Rayuan hendaklah mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan fungsi-fungsinya berkenaan dengan apa-apa rayuan yang dibuat mengikut peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini terhadap apa-apa keputusan Jawatankuasa Pangkat berhubungan dengan seseorang pegawai dalam mana-mana perkhidmatan yang tersebut dalam peraturan 4(1) yang ke atasnya Jawatankuasa Pangkat mempunyai bidang kuasa. 18. (1) Kuorum bagi semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan yang mempunyai lebih daripada tiga orang ahli hendaklah tiga orang termasuk Pengerusi. (2) Sekiranya keahlian Jawatankuasa Rayuan itu terdiri daripada tiga orang sahaja, semua ahli Jawatankuasa tersebut hendaklah hadir. 19. Mana-mana pegawai yang layak untuk dipertimbangkan dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat atau pemangkuan yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan, boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan. 20. (1) Sesuatu rayuan kepada suatu Jawatankuasa Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis mengikut Peraturan-peraturan ini melalui Pengerusi Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat penyiaran keputusan Jawatankuasa Pangkat itu dikeluarkan kepada pegawai yang berkenaan. (2) Dalam keadaan-keadaan yang luar biasa, suatu Jawatankuasa Rayuan boleh menggunakan budi bicaranya dalam menentukan sama ada rayuan yang lewat diterima boleh dipertimbangkan atau tidak. (3) Apabila sesuatu rayuan di bawah peraturan ini diterima, Pengerusi Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan atau dalam masa ketiadaannya, ahli yang diwakilkannya untuk berbuat demikian, hendaklah menyebabkan supaya disediakan rekod-rekod atau suatu ringkasan rekod-rekod mesyuarat Jawatankuasa Pangkat dan pernyataan yang menyatakan alasan-alasan bagaimana Jawatankuasa Pangkat itu telah mencapai keputusannya. 6

(4) Rekod-rekod tersebut atau ringkasan rekod-rekod tersebut dan alasan-alasan keputusan itu hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan dalam suatu tempoh yang berpatutan dari tarikh rayuan itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pangkat tersebut. Pembicaraan rayuan. 21. (1) Apabila diterima rekod-rekod prosiding dan alasan-alasan bagi keputusan Jawatankuasa Pangkat, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Rayuan untuk menimbangkan rayuan itu. (2) Sesuatu Jawatankuasa Rayuan hendaklah memutuskan sesuatu rayuan itu semata-mata berasaskan merit alasan-alasan rayuan itu. (3) Walau apa pun peruntukan perenggan (2), suatu Jawatankuasa Rayuan boleh, bagi maksud menentukan rayuan itu dengan adil, meminta apa-apa pernyataan daripada mana-mana pihak sebelum membuat apaapa keputusan. Keputusan Rayuan. 22. (1) Suatu Jawatankuasa Rayuan selepas menimbangkan rayuan itu boleh mengesahkan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan, atau boleh merumitkan kes itu kepada Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan bagi pembicaraan semula dan keputusan pertimbangannya hendaklah disampaikan dengan sewajarnya kepada Jawatankuasa Rayuan untuk membolehkannya mencapai suatu keputusan atas rayuan itu. (2) Dalam melaksanakan keputusan sesuatu Jawatankuasa Rayuan, Jawatankuasa Pangkat yang berkenaan boleh mengubah tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat dan susunan kekananan pegawai yang berkenaan dengan syarat bahawa ia tidak akan menjejaskan kenaikan pangkat per-se pegawai yang berjaya itu. (3) Keputusan sesuatu Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad. Mesyuarat pengundian dan minitminit berkenaan dengan Jawatan kuasa Rayuan. Pemansuhan. (Jika Ada) Peruntukanperuntukan perkecualian dan peralihan. 23. Peruntukan-peruntukan Peraturan-peraturan ini berhubung dengan mesyuarat-mesyuarat, pengundian dan minit-minit berkenaan dengan Jawatankuasa Pangkat adalah terpakai kepada Jawatankuasa- Jawatankuasa Rayuan. 24. Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun tahun... (jika ada) adalah dimansuhkan. 25. (1) Tiada apa juga yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menjejaskan apa-apa tindakan yang telah dilakukan atau prosiding yang telah dimulakan oleh Jawatankuasa Pangkat atau oleh suatu Jawatankuasa Rayuan di bawah Peraturan-Peraturan yang dimansuhkan oleh peraturan 24 dan semua tindakan dan prosiding tersebut hendaklah dianggap sebagai telah dilakukan atau dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa prosiding berkenaan dengan seseorang pegawai yang dimulakan oleh Jawatankuasa Pangkat 7

atau Jawatankuasa Rayuan sebelum mula berkuat kuasanya Peraturan- Peraturan ini, boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa Pangkat atau Jawatankuasa Rayuan itu. (2) Apa-apa rayuan terhadap keputusan sesuatu Jawatankuasa Pangkat menurut perenggan (1) jika belum dikemukakan sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (3) Walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini, sekiranya mata gaji dan syarat-syarat perkhidmatan seseorang pegawai yang terlibat dalam suatu urusan kenaikan pangkat diklasifikasikan semula di bawah mana-mana pekeliling atau peraturan-peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa pada masa itu, selepas urusan kenaikan pangkat bermula, Jawatankuasa Pangkat atau Jawatankuasa Rayuan yang memulakan urusan atau prosiding itu mengikut mana yang berkenaan, boleh meneruskan urusan atau prosiding itu mengikut mana yang berkenaan, sehingga selesainya urusan Jawatankuasa itu. Cawangan Pengurusan Pembangunan Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam 1999 8

JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA a) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sokongan I Ahli Majlis MKM - Pengerusi Seorang Wakil Kementerian - Ahli Seorang Ahli Majlis - Ahli Pengarah MKM - Setiausaha b) Kumpulan Sokongan II Pengarah - Pengerusi Seorang Wakil Kementerian - Ahli Seorang Pegawai Kanan MKM - Setiausaha c) Lembaga Rayuan Pangkat Pengerusi Majlis MKM - Pengerusi Seorang Wakil Kementerian - Ahli 2 orang Ahli Majlis MKM - Ahli Pengarah MKM - Setiausaha 9