Contoh Soalan SPM: Bahagian B

dokumen-dokumen yang mirip
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1



Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih satu jawapan terbaik.

A B C D A B C D A B C D. 3757/ Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu SULIT

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /1

RANCANGAN KEWANGAN BERKOMPUTER

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

PRINSIP PERAKAUNAN. 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

SMK ST. MICHAEL, IPOH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 PRINSIP PERAKAUNAN

STPM KERTAS 2 (PERAKAUNAN PENGURUSAN)

944/2 PERCUBAAN STPM 2012


BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SULIT 3757/1 3757/1 Ekonomi Asas Kertas 1 Sept jam 15 minit PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG EKONOMI ASAS KERTAS 1 1 JAM 15 MINIT

PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM /1 PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 1 MIKROEKONOMI ANEKA PILIHAN DAN ESEI

Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar

ACW Percukaian I

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2007 TINGKATAN 5. PERDAGANGAN Kertas 2 Dua jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

PRINSIP AKAUN SET 1 KERTAS 1

PERATURAN PERMARKAHAN

JPN Kelantan: Modul G-Cakna Ekon Asas 2016 PERATURAN PEMARKAHAN: SET 1 Kertas 2

SMK BAGAN SERAI BAGAN SERAI, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Jawab semua soalan. Tarikh Butir Debit Kredit (Ambilan bunga untuk tujuan promosi) Apakah X dan Y?

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PRINSIP PERAKAUNAN SET 1 KERTAS 2

Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN. SPM2004/A/S4(a) 5 markah

SULIT 3757/1 3757/1 Ekonomi Asas Kertas 1 Sept jam 15 minit PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 EKONOMI ASAS KERTAS 1 1 JAM 15 MINIT

Harga barang Z dijangka meningkat pada masa depan Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan. Pergerakan dari X ke Y berlaku disebabkan

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

ACW Perakaunan Korporat II

PRINSIP AKAUN SET 2 KERTAS 2

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2013

948/1 STPM 2012 PERAKAUNAN KERTAS 1. ( Tiga Jam ) SEKOLAH:.. GERAK GEMPUR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SPM NEGERI PERLIS 2008 ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERLIS DAN PKPSM CAWANGAN PERLIS. PERDAGANGAN Kertas 2

Akaun Pelaburan Waheed

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Akaun Semasa Mudarabah

SULIT 3757/1 3737/1 Ekonomi Asas Kertas 1 Mei jam. Logo Nama sekolah SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2008 EKONOMI ASAS

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SMK ST MICHAEL, IPOH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG

2. Encik Muthu, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran insurans peribadinya ke dalam buku perniagaannya.

SKEMA EKONOMI ASAS KERTAS SATU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2009


SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1 DAERAH KERIAN SKEMA JAWAPAN

ITEM CONTOH BAGI PROGRAM PENSIJILAN BERGANDA LPM & LCCI

TINGKATAN 4 BAB 2: PASARAN

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU SPM2004/A/S2. (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MODUL 1 SKEMA PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 1

Akaun Pelaburan Wafiyah

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Pengenalan kepada Ekonomi

Koperasi Pengangkutan

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAGI SUBJEK EKONOMI ASAS TINGKATAN 4 TAHUN Memahami maksud ekonomi

Transkripsi:

Contoh Soalan SPM: Bahagian B SOALAN 1 Encik Roslan memiliki tanah seluas 1.5 hektar dan bercadang untuk menternak ayam dan menanam lobak. Beliau telah mengupah 10 buruh asing untuk membantunya mengusahakan tanah tersebut. Beliau mempunyai beberapa pilihan pengeluaran seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut. Pilihan Ayam (ekor) Lobak (kg) A 2,000 1,700 B 3,000 1,300 Harga ayam meningkat daripada RM4.00 sekilogram kepada RM5.50 sekilogram dari tempoh Mei hingga September 2014 kerana musim perayaan. Encik Roslan menambahkan pengeluaran ayam daripada 2,000 ekor kepada 3,000 ekor. Bagi melicinkan urus niaganya, beliau membuat keputusan untuk menukarkan akaun simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah 3% setahun kepada akaun simpanan semasa. Kebelakangan ini, harga petroleum, kos pengangkutan dan bahan mentah semakin meningkat dan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran. Menurut Persatuan Penternakan, banyak penternak terpaksa memberhentikan pengeluarannya. Pengeluar ayam tempatan menghadapi persaingan dari Indonesia dan Negara Thai yang menjual pada harga RM4.50 di pasaran tempatan. Keadaan ini menyebabkan aliran keluar pertukaran asing. Pertubuhan bukan kerajaan seperti FOMCA, CUEPACS dan MTUC menyeru kepada pihak kerajaan supaya melindungi industri penternakan ayam. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. (a) i. Hitung kos lepas apabila Encik Roslan menambahkan pengeluaran ayam daripada 2,000 ekor kepada 3,000 ekor. [2 markah] ii. Mengapakah wujudnya kos lepas? [1 markah] (b) Hitung keanjalan harga penawaran. Terangkan tiga kelebihan akaun simpanan semasa. (d) Adakah anda bersetuju bahawa harga ayam akan naik di pasaran? Jelaskan. (e) i. Tentukan kesan kepada pengeluar tempatan akibat ayam diimport? ii. Terangkan tiga cara kerajaan dapat melindungi industri tempatan. [6 markah] (f) Terangkan kesan aliran keluar pertukaran asing terhadap: i. Kadar pertukaran asing [1 markah] ii. Imbangan dagangan Malaysia 1

Cadangan Jawapan (a) i. kos lepas ialah 400 kg lobak untuk menambahkan 1,000 ekor ayam ii. buruh yang sedia ada terpaksa diagihkan semula, iaitu lebih ramai diagihkan kepada penternakan ayam dan kurangkan buruh untuk penanaman lobak tanah yang terhad memaksa lebih luas kawasan tanah digunakan untuk menternak ayam berbanding dengan kawasan penanaman lobak (b) 3000 2000 RM 4.00 E s RM 5.50 RM 4.00 2000 = 1.33 kemudahan menggunakan buku cek tiada tempoh simpanan dan boleh keluarkan wang pada bila-bila masa kemudahan overdraf, kad kredit dan kad juruwang elektronik disediakan (d) setuju peningkatan kos pengeluaran menyebabkan pengurangan penawaran dan permintaan tetap pasaran mengalami lebihan permintaan harga cenderung naik (e) i. permintaan ayam tempatan berkurang tingkat keuntungan menurun / mengalami kerugian tingkat pelaburan jatuh / terpaksa tutup perniagaan ii. Tarif kerajaan mengenakan tarif untuk menaikkan harga barang import Kuota kerajaan mengehadkan jumlah kemasukan ayam Kawalan pertukaran asing kerajaan mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan (f) i. kadar pertukaran Ringgit Malaysia jatuh berbanding dengan Baht dan Rupiah ii. harga eksport secara relatif lebih murah jumlah eksport bertambah harga import secara relatif lebih mahal jumlah import berkurang nilai eksport melebihi nilai import, maka imbangan dagangan Malaysia positif SOALAN 2 Syarikat Zamrah Sdn. Bhd. ialah pengeluar tunggal daun teh. Pasaran bagi daun teh keluaran syarikat ini sangat luas iaitu pasaran di dalam negeri dan di luar negara. Rajah yang berikut berkaitan dengan permintaan daun teh dalam negeri dan luar negara. 2

Matlamat Syarikat Zamrah Sdn. Bhd. adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Pada awal tahun ini, permintaan di luar negara sangat memberangsangkan sehingga syarikat tersebut mengimport daun teh dari luar negara untuk dieksport semula. Syarikat tersebut memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 30%. Namun begitu, syarikat tersebut masih membuat pinjaman dari bank perdagangan. Akhir-akhir ini, rakan dagang antarabangsa telah mengurangkan permintaan kerana kemelesetan ekonomi dan kerajaan negara Sri Lanka memberi subsidi 15% kepada pengeksport daun teh negara tersebut. Persatuan Pengeksport Minuman telah menghantar memorandum kepada kerajaan untuk menurunkan kadar faedah. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. (a) i. Hitung pekali keanjalan harga permintaan bagi permintaan dalam negeri dan permintaan luar negara. ii. Tafsirkan pekali keanjalan harga permintaan. (b) Syarikat tersebut memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 30%. Namun begitu, syarikat tersebut masih membuat pinjaman dari bank perdagangan. Adakah anda setuju dengan tindakan syarikat itu berbuat demikian? Berikan alasan anda. [2 markah] Jelaskan tiga kesan subsidi dari kerajaan Sri Lanka terhadap Syarikat Zamrah Sdn. Bhd. (d) Huraikan bagaimana kerajaan melalui belanjawan negara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi melalui: i. Kadar cukai ii. Perbelanjaan kerajaan (e) Jelaskan kesan kepada pihak yang berikut sekiranya kadar faedah diturunkan. i. Isi rumah [2 markah] 3

ii. Firma Cadangan Jawapan (a) Permintaan Daun Teh Dalam Negeri i. 6 8 9 E d 15 9 8 = 0.375 ii. pekali keanjalan harga permintaan kurang daripada satu kurang anjal Permintaan Daun Teh Luar Negara 18 12 14 E d 12 14 12 = 3.5 pekali keanjalan harga permintaan melebihi satu lebih anjal (b) setuju syarikat tersebut dapat mengurangkan cukai pendapatan syarikat harga secara relatif lebih mahal permintaan eksport berkurang keuntungan berkurang (d) i. Kadar cukai menurunkan kadar cukai pendapatan boleh guna meningkat jumlah permintaan bertambah tingkat harga umum naik ii. Perbelanjaan kerajaan menambahkan perbelanjaan kerajaan permintaan bertambah tingkat harga umum naik (e) i. Isi rumah tabungan isi rumah berkurang pendapatan boleh guna bertambah / permintaan bertambah ii. Firma pinjaman firma bertambah pelaburan meningkat permintaan bertambah SOALAN 3 Encik Ariffin merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik di Subang Jaya. Beliau mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan isterinya tidak bekerja. Selain daripada mencarum dalam KWSP, beliau juga mencarum sebahagian pendapatannya di dalam PERKESO. Pendapatan bulanan Encik Ariffin adalah sebanyak RM1,200 sebulan. Namun, pendapatan ini masih tidak mencukupi untuk membiayai keperluan keluarganya memandangkan kos hidup semakin meningkat. Banyak harga barang meningkat dalam masa yang singkat di samping pelbagai jenis cukai yang perlu dibayar seperti cukai pintu dan cukai pelbagai perkhidmatan yang digunakan. 4

Encik Ariffin mempunyai sebuah kereta Proton Wira. Beliau telah mengambil keputusan untuk menjualkan kereta tersebut kerana bayaran ansuran kereta tersebut agak membebankan. Sebahagian wang daripada jualan keretanya akan dijadikan modal membuka perniagaan menjual pau. Beliau menjalankan perniagaan membuat pau dengan menggunakan dua orang buruh yang dapat mengeluarkan pau sebanyak 300 biji sebulan. Setelah enam bulan, perniagaan pau Encik Ariffin semakin mendapat sambutan. Sehubungan dengan itu, Encik Ariffin telah menambah dua orang buruh lagi dan keluaran paunya telah meningkat kepada 550 biji sebulan. Encik Ariffin berhasrat membesarkan perniagaannya dengan membuka sebuah kilang membuat pau dan meluaskan pasarannya ke seluruh negara. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Jelaskan objektif caruman PERKESO yang dilakukan oleh Encik Ariffin. (b) Terangkan cara kerajaan melalui belanjawan negara bagi mengatasi fenomena kenaikan harga barang yang berterusan. [6 markah] Bezakan cukai pintu dan cukai perkhidmatan yang terpaksa dibayar oleh Encik Ariffin. (d) Setujukah anda dengan tindakan yang diambil oleh Encik Ariffin untuk menjualkan keretanya? Beri alasan anda. (e) Hitungkan keluaran sut bagi pengeluaran pau Encik Ariffin. (f) Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh Encik Ariffin untuk membesarkan perniagaannya. [6 markah] Cadangan Jawapan (a) mentadbir skim keselamatan sosial memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap kejadian di luar jangka contohnya, kemalangan semasa perjalanan, ilat dan kematian (b) i. Menaikkan kadar cukai pendapatan boleh guna dan kuasa beli pengguna akan berkurang permintaan berkurang dan ini dapat mengawal inflasi ii. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan terutamanya perbelanjaan pembangunan seperti pembinaan lapangan terbang dan jambatan pengurangan pendapatan penduduk dan pengurangan permintaan inflasi dapat dikawal Cukai Pintu cukai langsung cukai dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Cukai Perkhidmatan cukai tidak langsung cukai dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan 5

Majlis Kerajaan Tempatan (d) setuju wang hasil jualan kereta dapat digunakan untuk membuka perniagaan dan Encik Ariffin akan peroleh keuntungan (e) Keluaran sut Perubahan jumlah keluaran Perubahan bilangan buruh (f) 550 300 4 2 125 biji i. Pembelian barang modal pembelian mesin membuat pau dapat meningkatkan pengeluaran ii. Membeli dan menyimpan stok bahan mentah memastikan bahan mentah sentiasa mencukupi agar pengeluaran tidak tergendala iii. Pelaburan sumber manusia Encil Ariffin atau pekerjanya dihantar berkursus membuat pau agar menjadi mahir dan cekap dalam pengeluaran pau SOALAN 4 Encik Azwan ialah seorang pengusaha yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak untuk pasaran tempatan dan juga sebahagiannya dieksport ke negara-negara ASEAN. Kini, beliau mempunyai dua buah kilang yang mengkhusus dalam pengeluaran pakaian kanak-kanak di Melaka dan Lembah Klang. Berikut ialah maklumat tentang kos pengeluaran kilang Encik Azwan di Seremban, Negeri Sembilan pada bulan Jun 2015: Output (helai) Kos Tetap (RM) Kos Berubah (RM) 18,000 8,000 8,000 20,000 8,000 11,000 23,000 8,000 14,000 27,000 8,000 16,000 32,000 8,000 20,000 Pada bulan Ogos 2015, syarikat Encik Azwan bercadang untuk mengeluarkan kasut kanak-kanak jenama 'Happy Wear' dan permainan kanak-kanak 'Power Strike' yang setiapnya menelan perbelanjaan kos sebanyak RM350,000 masing-masing. Ini adalah ekoran daripada hasrat syarikat untuk menguasai 20 peratus daripada pasaran tempatan. Namun, hasrat syarikat Encik Azwan tidak tercapai setelah mesyuarat pihak lembaga pengurusan syarikat yang memutuskan untuk mengeluarkan kasut kanak-kanak. Pada bulan September 2015, bersempena dengan hari perayaan yang menjelang, Encik Azwan telah mengambil tindakan untuk menaikkan harga pakaian kanakkanak syarikat sebanyak 15 peratus dengan pekali keanjalan harga permintaan ialah 6

2.5. Selain itu, syarikat Encik Azwan juga ingin memperoleh pinjaman sebanyak RM2.5 juta daripada institusi kewangan tempatan untuk membina sebuah lagi kilang baru di Ayer Keroh, Melaka pada awal bulan Januari 2016. Dalam belanjawan negara yang bakal dibentangkan, Encik Azwan berharap kerajaan akan menurunkan beberapa jenis cukai yang dikenakan ke atas barang yang diimport oleh syarikat dan keluaran syarikat yang dijual di pasaran tempatan. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) i. Kenal pasti jangka masa pengeluaran syarikat Encik Azwan. [1 markah] ii. Berikan alasan untuk jawapan anda dalam (a)(i) di atas. [2 markah] iii. Hitungkan nilai kos sut pada setiap tingkat output syarikat Encik Azwan. iv. Berapakah nilai kos purata bagi output 27,000 helai pakaian. [2 markah] (b) Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat Encik Azwan. i. Adakah anda bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh syarikat Encik Azwan meningkatkan harga pakaian kanak-kanak? [1 markah] ii. Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda dalam (i) di atas. (d) i. Kenal pasti institusi kewangan yang sesuai untuk memberikan pinjaman kewangan kepada syarikat Encik Azwan. [1 markah] ii. Jelaskan jenis pinjaman yang sesuai untuk syarikat Encik Azwan. (e) Terangkan jenis-jenis cukai yang dimaksudkan dengan pernyataan 'menurunkan beberapa jenis cukai yang dikenakan ke atas keluaran syarikat yang dieksport dan dijual di pasaran tempatan. [5 markah] Cadangan Jawapan (a) i. pengeluaran jangka masa pendek ii. sekurang-kurangnya terdapat satu input tetap / wujudnya kos tetap tingkat output dapat diubah dengan mengubah penggunaan input berubah ke atas input tetap iii. Output (helai) Kos Berubah (RM) Kos Sut (RM) 18,000 8,000 20,000 11,000 RM 3000 RM1. 50 2000 23,000 14,000 1.00 27,000 16,000 0.50 32,000 20,000 0.80 iv. Kos purata untuk 27,000 helai pakaian 7

(b) Jumlah kos Jumlah output RM 24000 27 000 RM 0.89 Masalah kekurangan kekurangan sumber ekonomi / faktor pengeluaran / modal Masalah pilihan barangan / projek pelaburan yang memaksimumkan keuntungan / projek pengeluaran kasut kanak-kanak Masalah kos lepas barangan / projek pelaburan kedua terbaik / melepaskan projek pengeluaran permainan kanak-kanak Power Srike i. tidak setuju ii. mempunyai keanjalan harga permintaan yang anjal, iaitu 2.5 tindakan menaikkan harga pakaian kanak-kanak akan menyebabkan kuantiti diminta terhadap pakaian kanak-kanak jatuh kesannya, jumlah hasil jualan syarikat akan berkurang tindakan yang wajar ialah dengan menurunkan harga pakaian kanakkanak (d) i. bank perdagangan ii. Pinjaman bercagar berbentuk pinjaman jangka panjang dan bertujuan untuk membiayai perbelanjaan pembelian aset tetap atau hartanah seperti rumah, bangunan kedai, tanah dan sebagainya biasanya melibatkan jumlah nilai yang tinggi dan memerlukan cagaran seperti geran tanah, rumah atau polisi insurans nyawa yang bernilai tinggi kadar faedah akan dikenakan terhadap keseluruhan jumlah pinjaman sehingga kesemua pinjaman berjaya diselesaikan (e) Duti import cukai yang dikenakan terhadap barang penggunaan yang diimport dari luar negara seperti pakaian, kereta, motosikal, buah-buahan, minuman keras, rokok dan minyak wangi duti import boleh dikenakan dalam bentuk cukai ad valorem atau cukai spesifik Cukai jualan cukai yang dikenakan terhadap penjualan barang akhir keluaran tempatan atau barang yang diimport dari luar negara barang yang biasanya dikenakan cukai jualan ialah barang siap yang tidak perlu diproses lagi untuk kegunaan pengguna SOALAN 5 Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat perabot rotan yang terkenal di Malaysia. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai corak perabot rotan yang unik dan bermutu tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Sasaran pengguna syarikat ialah golongan masyarakat yang berpendapatan bulanan sebanyak RM4,000 dan ke atas. 8

Encik Razak ialah seorang pengurus Bahagian Pengeluaran yang telah berkhidmat selama 10 tahun di Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. Beliau memperoleh gaji bulanan sebanyak RM3,800 dan elaun-elaun lain yang berjumlah RM600 sebulan. Pada 15hb Julai 2014, Encik Razak telah membelanjakan wang sebanyak RM2,888 untuk membeli satu set perabot rotan bersempena dengan Perayaan Hari Raya tahun 2014. Selain itu, Encik Razak telah mencarumkan sebanyak 11 peratus daripada gajinya kepada KWSP dan menyimpan sebanyak RM30,000 dalam akaun simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah 3.2% setahun selama tiga tahun. Pada bulan November 2014, Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. telah menjalankan satu kajian terhadap permintaan untuk perabot rotan syarikat dari bulan Julai hingga Ogos tahun 2014 seperti dalam jadual di bawah: Bulan Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit) Julai 2,888 2,200 Ogos 2,888 1,600 Ekoran daripada keadaan ekonomi yang semakin pulih di negara-negara Eropah, Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. bercadang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membina sebuah kilang pembuatan perabot rotan yang baru. Justeru itu, Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. telah mengadakan kerjasama dengan Bank Islam XYZ Berhad, yang mana Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. akan menyumbangkan sebidang tanah di Ayer Keroh, Melaka untuk pembinaan kilang pembuatan perabot rotan baru untuk memperoleh keuntungan yang disasarkan. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Terangkan masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. (b) Dengan rajah yang sesuai, jelaskan aliran pendapatan yang berlaku dalam ekonomi dua sektor. [6 markah] Apakah motif utama Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. dan Encik Razak dalam kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh mereka. [2 markah] (d) Terangkan tiga penentu permintaan yang menyebabkan berlakunya perubahan kuantiti permintaan seperti jadual di atas. [6 markah] (e) Hitungkan: i. Jumlah caruman tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat oleh Encik Razak. [1 markah] ii. Jumlah faedah yang diterima oleh Encik Razak atas simpanan beliau dalam tempoh masa tiga tahun. [2 markah] (f) Terangkan prinsip perbankan Islam yang diamalkan dalam hubungan kerjasama antara Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. dan Bank Islam XYZ Berhad. 9

Cadangan Jawapan (a) i. Apakah yang hendak dikeluarkan? pelbagai corak perabot rotan ii. Untuk siapa dikeluarkan? golongan masyarakat yang berpendapatan bulanan sebanyak RM4,000 dan ke atas (b) aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor melibatkan aliran fizikal dan aliran wang yang melibatkan sektor isi rumah dan firma Aliran Fizikal (Aliran I) melibatkan aliran faktor pengeluaran daripada sektor isi rumah kepada firma / Encik Razak yang bekerja di Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. melalui pasaran faktor (Aliran II) melibatkan aliran barang dan perkhidmatan daripada sektor firma kepada isi rumah / mengeluarkan perabot rotan melalui pasaran barangan Aliran Wang (Aliran III) melibatkan aliran bayaran pendapatan faktor pengeluaran seperti upah, faedah dan sewa daripada sektor firma kepada isi rumah / membayar gaji / upah RM4,000 melalui pasaran faktor (Aliran IV) melibatkan aliran perbelanjaan penggunaan ke atas barang dan perkhidmatan daripada sektor isi rumah kepada firma / belanja RM2,888 untuk membeli set perabot rotan melalui pasaran barangan Motif pengeluaran firma / Syarikat Taza Design Sdn. Bhd. memaksimumkan keuntungan Motif perbelanjaan penggunaan isi rumah / Encik Razak memaksimumkan kepuasan / utiliti (d) i. Harga barang lain / harga barang penggenap / barang pengganti jika harga perabot rotan jenama lain meningkat dengan banyak permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah ii. Cita rasa pengguna suka akan perabot rotan Syarikat Taza Design 10

permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah iii. Pendapatan individu tingkat pendapatan individu bertambah / pendapatan boleh guna meningkat / kuasa beli pengguna meningkat permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah iv. Jangkaan harga masa depan harga perabot rotan Syarikat Taza Design dijangka akan naik / meningkat pada masa depan permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design pada masa kini akan bertambah v. Dasar kerajaan kerajaan menurunkan cukai pendapatan perseorangan, kuasa beli masyarakat akan bertambah / naik permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan bertambah vi. Musim ketibaan musim perayaan, contohnya Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali permintaan terhadap perabot rotan Syarikat Taza Design akan meningkat untuk meraikan musim perayaan (e) i. Jumlah caruman tahunan KWSP 11 RM45600 100 RM 5016.00 (f) ii. Jumlah faedah yang diterima 3.2 RM30000 3 tahun 100 RM 2880.00 Musyarakah suatu kontrak perkongsian atau usaha sama antara pihak bank dengan pemilik modal untuk menjalankan sesuatu pelaburan modal adalah terdiri daripada wang dan barang yang dapat dinilai dengan wang keuntungan atau kerugian akan ditanggung bersama mengikut nisbah yang telah dipersetujui dalam perjanjian 11