BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB DUA I LA:L DAN IBDA:L DALAM BAHASA ARAB. daripada tersalah sebutan. Ia juga dapat membantu kita membaca al-quran al-

BAB TIGA PEMBINAAN KATA MENERUSI PROSES I LA:L

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB EMPAT PEMBINAAN KATA MENERUSI PROSES IBDA:L. illat. Manakala ibda:l sasarannya ialah huruf illat dan huruf sahi:h, iaitu

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BORANG SOAL SELIDIK TAJUK: PENGUASAAN KATA KERJA PERINTAH BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PRA UNIVERSITI

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

HMT Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB SATU PENDAHULUAN. tesis. Ia merangkumi kepentingan tajuk yang dipilih, tinjauan kajian

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Semantik NORDIN BIN TAHIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BLHL 1012 : BAHASA MELAYU I

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Ulasan Buku/Book Review

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Program Sarjana Dan Kedoktoran

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Transkripsi:

BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pernyataan Masalah Dalam pembentukan kata bahasa Arab, aspek fonologi memainkan peranan yang penting dan mempunyai signifikannya yang tersendiri. Penghasilan sesuatu perkataan dalam bahasa Arab melibatkan beberapa elemen utama iaitu derivasi ( ), pengimbuhan ( ), perubahan huruf illat ( ), penggantian ( ), penyerapan ( ) dan sebagainya. Penulis melihat perbahasan mengenai i la:l dan ibda:l yang merupakan topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. Ia mesti dititikberatkan ketika mempelajari tentang penukaran, pengguguran, pemindahan baris huruf-huruf illat dan penggantian sesuatu huruf. Selain daripada itu, topik ini juga mempunyai kaitan yang rapat dengan proses fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab. Persoalannya di sini, ramai pengguna bahasa Arab, khasnya pelajar keliru dan sukar memahami konsep perubahan i la:l dan ibda:l yang berlaku. Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang topik ini pelajar gagal mengenalpasti proses perubahan yang berlaku dan menyukarkan mereka menguasai bahasa Arab. Bahkan mereka akan hilang minat untuk mempelajari bahasa Arab. Masalah ini kerap timbul apabila mereka ingin mencari maksud 2

sesuatu perkataan bahasa Arab di dalam kamus kerana kebanyakan kamus memerlukan pengguna mengetahui kata dasar sesuatu perkataan. Jadi, penulis mengambil inisiatif untuk mengkaji bagaimana kedua-dua proses ini berlaku dan seterusnya mengetahui konsep yang digunakan. Di samping itu, penulis juga ingin mencungkil rahsia di sebalik apa yang berlaku dan kaitannya dengan bidang fonologi bahasa Arab. Justeru itu, pemahaman mengenai topik ini amat penting agar penguasaan bahasa Arab dapat dipertingkatkan. 1.1 Objektif Kajian berikut : Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai tujuan dan objektif 1. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya i la:l dan ibda:l. 2. Menilai sejauh mana i la:l dan ibda:l mempengaruhi proses pembentukan kata. 3. Merumuskan konsep penggunaan i la:l dan ibda:l yang betul dan tepat. 3

1.2 Kepentingan Kajian Antara kepentingan yang ingin diperolehi menerusi kajian ini ialah : 1. Mengenali proses i la:l dan ibda:l serta mengetahui kaedah yang telah digunakan dalam proses ini ketika pembentukan kata bahasa Arab. 2. Membantu pengguna bahasa Arab khasnya pelajar dalam memahami konsep yang digunakan dalam proses i la:l dan ibda:l. 3. Mengetahui rahsia perubahan morfologi dan kepentingannya. 1.3 Batasan Kajian Kajian ini membincangkan masalah i la:l dan ibda:l serta kaitannya dengan bidang fonologi dan morfologi Arab. Fokus kajian adalah berdasarkan proses i la:l yang melibatkan penukaran, pengguguran, pemindahan baris huruf-huruf illat dan syarat-syaratnya. Manakala proses ibda:l melibatkan penggantian huruf-huruf sahi:h kerana penggantian huruf-huruf illat telah dijelaskan dalam i la:l. Dalam kajian ini penulis mempelbagaikan contohcontoh daripada kata kerja dan kata nama. 1.4 Bidang Kajian Kajian fonologi tidak terbatas kepada hubungan antara bentuk fonetik dan perbezaan makna. Hubungan antara unsur fonologi dengan unsur nahuan 4

juga diperhatikan dalam kajian ini. Oleh itu bidang kajian ini mencakupi perubahan fonetik, fonologi, morfologi dan semantik. 1.5 Metodologi Kajian Bersesuaian dengan tajuk yang dipilih, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan dan menggunakan kaedah rujukan bagi mengumpul dan memperolehi data-data. Data kajian adalah hasil pembacaan buku-buku yang dikarang oleh ahli morfologi bahasa Arab. Antaranya ialah Ja:mi al-duru:s al- Arabiyyat karangan Mustafa: al-ghala:yi:niyy, Shadha al- Arf fi: Fann al-sarf karangan Ahmad al-hamlawiyy, Sharh al-tasri:f karangan Umar Ibn Tha:bit al- Thama:ni:niyy dan banyak lagi buku-buku morfologi yang menjadi rujukan penulis. Selain daripada itu rujukan terhadap buku-buku linguistik juga diutamakan iaitu Sirr Sina: at al-i ra:b karangan Ibn Jinni: Abu: al-fath Uthma:n, al-lughat al- Arabiyyat Khasa: isuha: wa Sima:tuha: karangan Abd al-ghaffa:r Ha:mid Hila:l dan lain-lain lagi. Setelah data terkumpul penulis membaca dan mengamati data-data tersebut dan seterusnya membuat analisis. Data-data yang terkumpul ialah dalam bentuk deskriptif dan kualitatif. Selain daripada itu, penulis juga merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang bahasa Arab bagi menjamin data yang terkumpul itu tepat dan 5

bersesuaian dengan apa yang hendak dikaji. Pakar bahasa yang dirujuk ialah Doktor A:dil Jum at dan Doktor Aliyy Abd Rahman al-fath yang merupakan pensyarah Kulliyyah Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Kedah Darul Aman. Penulis dapati kaedah penerangan menggunakan jadual amat mudah difahami oleh pembaca. Jadi penulis telah menggunakan kaedah ini pada setiap ulasan bagi contoh-contoh yang diberi. Bagi mentafsir contoh yang diambil daripada al-quran al-karim penulis menggunakan Tafsir Pimpinan al-rahman. 1.6 Tinjauan Kajian Berkaitan Hasil daripada tinjauan terhadap beberapa penyelidikan yang telah dibuat terdapat sebilangan besar ahli linguistik Arab telah mengkaji i la:l dan ibda:l dalam menghasilkan penulisan yang menarik di dalam kitab-kitab Arab. Namun perbahasan mengenai tajuk ini dalam bahasa Melayu masih kurang dan perlu diberi perhatian memandangkan keperluannya pada masa kini. Kajian ini banyak disentuh dalam bidang morfologi oleh pengkajipengkaji bahasa Arab. Antara pengkaji yang membahaskan tajuk ini dalam penulisan mereka ialah Abba:s Hasan yang mengarang kitab al-nahw al- Wa:fi:, Muhammad Abd al- Azi:z al-najja:r menerusi kitab al-tawdi:h wa al- Takmi:l li al-sharh Ibn Aqi:l, karangan Ibn Usfu:r al-ishbi:liyy dalam kitab al-mumti fi: al-tasri:f, Ibn Hisha:m dalam karangannya yang bertajuk Awdah al-masa:lik. 6

Manakala ahli linguistik juga membincangkan keadaan ini di dalam penulisan mereka. Antaranya ialah Daud Abduh dalam karangannya Dira:sat fi: Ilm Aswa:t al- Ara:biyyat, Abd al-fatta:h al-birka:wiyy dalam penulisannya Muqaddimat fi: Aswa:t al-lughat al- Arabiyyat dan lain-lain lagi. Mereka menyatakan pengertian dan pembahagian mengenai i la:l dan ibda:l serta menyentuh sebab berlakunya i la:l dan ibda:l iaitu ada kaitan yang rapat dengan fonologi. Perbezaan antara keduanya juga dinyatakan. Di samping itu juga, mereka menguatkan hujah yang dijelaskan dengan contoh-contoh bagi memudahkan pembaca memahaminya. Abd al- Ali:m telah membincangkan tajuk ini dengan lebih terperinci menerusi perbahasannya iaitu Taysi:r al-i la:l wa al-ibda:l. Beliau telah menerangkan definisi i la:l dan ibda:l dan perbezaan antara keduanya. Kemudian beliau menjelaskan pembahagian i la:l dan ibda:l dengan gambarajah serta jadual bagi menerangkan contoh-contoh yang di utarakan dengan menjelaskan sebab berlakunya proses ini. Manakala di akhir penulisannya, beliau telah menerangkan proses ini mengikut urutan iaitu bermula dengan kata kerja dan seterusnya kata nama. Setiap proses disertakan contoh, kata asal, jenis perubahan dan penerangan mengenai perubahan yang berlaku serta sebabnya. Di dalam konteks Malaysia masih terlalu sedikit kajian yang dijalankan bagi mengetahui kaedah pembentukan kata bahasa Arab menerusi proses i la:l 7

dan ibda:l secara khususnya. Antaranya ialah kajian Azmin Daud (1997) yang telah membincangkan i la:l dalam disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden yang bertajuk Vokal Dalam Bahasa Arab Standard : Satu Pemerian Fonologi. Beliau menjelaskan i la:l ialah satu perubahan yang berlaku pada huruf illat melalui cara penukaran ( ), pemindahan ( ) atau pengguguran ( ). Pembahagian mengenainya juga diperjelaskan dengan lengkap. Perbincangan mengenai i la:l oleh Mohd Zaki Abdul Latiff (2003) hanya mencakupi kata kerja mu ta:l dalam disertasi Sarjana Pengajian Bahasa Moden yang bertajuk Derivasi Kata Kerja Mu ta:l Dalam Bahasa Arab. Dapatan kajian yang beliau perolehi ialah perubahan-perubahan yang berlaku kepada huruf illat adalah disebabkan oleh kedudukan huruf illat dalam sesuatu perkataan, baris huruf sebelumnya, polanya dalam kata kerja kala lampau dan kata kerja kala kini, keaslian huruf illat sebelum dimasukkan ke dalam sesuatu perkataan dan hubungannya dengan ganti nama ataupun partikel penegas. Beliau dapati perubahan yang berlaku pada huruf illat ini adalah disebabkan oleh faktor fonetik dan fonologi bagi tujuan keserasian huruf dan sebutan dalam memudahkan pengungkapan sesuatu perkataan. 1.7 Rangka Kajian Kajian ini dibahagikan kepada lima bab seperti di bawah : Bab I Bab II : Pengenalan : I la:l dan Ibda:l Dalam Bahasa Arab 8

Bab III Bab IV Bab V : Pembinaan Kata Menerusi Proses I la:l : Pembinaan Kata Menerusi Proses Ibda:l : Kesimpulan dan Cadangan Bab yang pertama merupakan pendahuluan kepada penulisan ini. Dalam bab ini penulis membicarakan pernyataan masalah yang hendak dikaji, objektif serta kepentingan yang hendak dicapai dan batasan atau skop yang hendak difokuskan. Selain daripada itu, penulis juga menyatakan metodologi penyelidikan yang menjadi landasan utama dan seterusnya tinjauan kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Akhir sekali penulis membuat rangka kajian di mana pembahagian bab diperjelaskan secara ringkas. Menerusi bab yang kedua penulis memuatkan pendapat-pendapat ahli linguistik silam dan ahli linguistik moden mengenai definisi fonetik, fonologi, morfologi, morfonologi, i la:l dan ibdal. Selain itu penulis membincangkan makhraj huruf dalam bahasa Arab serta sifat-sifatnya yang merangkumi sifat huruf yang berlawanan dan yang tidak berlawanan. Bab ketiga ini penulis memperjelaskan secara mendalam bagaimana pembinaan kata bahasa Arab menerusi proses i la:l terhasil. Penulis memfokuskan kepada penukaran, pengguguran, pemindahan baris huruf illat dan syarat-syarat yang perlu diketahui. Bagi memantapkan lagi hujah yang diberi penulis mengemukakan kaedah serta contoh-contoh dengan lebih terperinci. 9

Dalam bab yang keempat penulis membahaskan bagaimana terbentuk pembinaan kata bahasa Arab menerusi proses ibda:l. Dalam proses ini, penggantian huruf-huruf sahi:h merupakan topik utama yang dikaji. Ulasan dan contoh-contoh diperjelaskan bagi menguatkan hujah yang diberi. Seterusnya dalam bab yang kelima penulis menjelaskan kesimpulan hasil penelitian berdasarkan aspek-aspek penting yang telah dibincangkan dalam penulisan ini terutamanya dalam bab kedua dan ketiga. Tujuannya supaya objektif yang hendak dicapai terlaksana. Manakala dalam bahagian cadangan penulis menyarankan beberapa saranan bagi penambahbaikkan kajian ini dan kajian-kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji lain. 0