MAKLUMAT KEPERLUAN PERIBADI. 1. Pakaian bagi aktiviti harian seperti menghadiri kuliah, melakukan urusan rasmi di fakulti atau bangunan pentadbiran.

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Kolej Teknologi Darulnaim PANDUAN AM PENDAFTARAN PELAJAR

BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH PEMBIAYAAN DEN GAKUAN PELAJA Nama Pelajar :... No. Kad Pengenalan :... Nama IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK:...

BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KENAIKAN JUMLAH PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PEMBIAYAAN DEN GAKUAN PELAJA Nama Pelajar :... No. Kad Pengenalan :... Nama IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK:...

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

1) PANDUAN PENDAFTARAN 3 2) MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN 4 3) BANTUAN KEWANGAN 5 4) PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN 6

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN. Bil Dokumen Yang Perlu Diserahkan Semasa Pendaftaran Ada Tiada

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. Transforming Life

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

SENARAI SEMAK GRADUAN

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN IPT/ KURSUS UNTUK KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017 POLITEKNIK SEBERANG PERAI

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KENAIKAN JUMLAH PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN AKADEMIK

Panduan Pengguna Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Secara Online

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

SEMUA WARGA POLITEKNIK SEBERANG PERAI MENGUCAPKAN :

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Teknoloqi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi September 2017

PENERAJU TUNAS GELIGA 6 (2017) Borang Permohonan Atas Talian di

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA

1) PANDUAN PENDAFTARAN 3 2) MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN 4 3) BANTUAN KEWANGAN 5

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2016

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PROSES MEMBUAT KAD PELAJAR & PENYERAHAN DOKUMEN PELAJAR BAHARU

PENAJA UTAMA : PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT. 1. Sila tulis semua maklumat dengan jelas dan lengkap menggunakan HURUF BESAR.

PERTANYAAN AM BERKENAAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ PROFESIONAL MARA

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!!!!

FAQs BELANJAWAN Apakah dokumen yang perlu disertakan? Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan Salinan penyata gaji (jika ada)

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS 2016 TARIKH :20 NOV 2016

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

LAPOR DIRI DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR SENIOR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SESI DISEMBER 2017

Transkripsi:

MAKLUMAT KEPERLUAN PERIBADI 1. Pakaian bagi aktiviti harian seperti menghadiri kuliah, melakukan urusan rasmi di fakulti atau bangunan pentadbiran. Lelaki Baju kemeja atau baju-t berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar, kasut berwarna gelap dan seluar panjang (slack). Pelajar tidak dibenarkan berambut panjang (mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut yang tidak kemas. Perempuan Baju kurung, skirt panjang (menutupi buku lali kaki) dan tidak berbelah serta tidak ketat, baju labuh melebihi paras punggung yang tidak jarang dan tidak ketat. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan sama sekali. 2. Pakaian Sukan & Riadah. Pakaian sukan yang ditetapkan oleh Universiti atau yang bersesuaian dengan aktiviti sukan yang dijalankan. Pakaian sukan hendaklah yang menutup aurat bagi pelajar muslim. 3. Keperluan Bilik Tidur. Dicadangkan pelajar membawa sekurang-kurangnya 2 helai cadar berukuran katil bantal, 2 helai sarung bantal dan 2 helai selimut. bujang, 1 biji 4. Keperluan Beribadah (Muslim Sahaja) Pakaian kebangsaan lengkap dan songkok berwarna gelap, kain pelikat, Al-Quran, Surah Yasin dan sejadah. 5. Keperluan harian lain. Alat tulis, alatan mandian/basuhan, baldi, pakaian untuk beribadah, penyangkut baju dan sebagainya mengikut keperluan.

MAKLUMAT MINGGU HARI SUAI KENAL (DIPLOMA) 1. Program Hari Suai Kenal Sesi 2015/2016 akan diadakan mulai 31 Mei 2015. 2. Program Hari Suai Kenal adalah aturcara rasmi dan semua siswa baru perlu mengikutinya (termasuk pelajar kemasukan terus). 3. Tujuan Hari Suai Kenal ialah untuk mengeratkan silatulrahim di antara siswa disamping memperkenalkan sistem pembelajaran dan pendidikan yang terdapat di UMP. 4. Makanan dan minuman akan diurus oleh pihak UMP dalam minggu Hari Suai Kenal. 5. Pakaian Rasmi pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru Pelajar lelaki mestilah memakai baju kemeja lengan panjang, bertali leher,seluar slack dan berkasut. Pelajar perempuan muslim mestilah berpakaian baju kurung, bertudung dan berkasut. Manakala pelajar perempuan non-muslim hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Pakaian mestilah tidak menjolok mata, jarang, singkat atau ketat. Rujuk lampiran 1 & 2 (Tatacara Pakaian & Rupa Diri Pelajar dan Etika Berpakaian) 6. Pakaian Sukan & Riadah Baju-T berkolar (lengan panjang bagi perempuan), seluar trek panjang berwarna gelap dan kasut sukan. Rujuk lampiran 1 & 2 (Tatacara Pakaian & Rupa Diri Pelajar dan Etika Berpakaian) 7. Keperluan Beribadah (muslim sahaja) Pakaian kebangsaan lengkap dengan songkok berwarna gelap,telekung (muslimah), Al-Quran, Surah Yasin dan sejadah. 8. Maklumat Ringkas Aktiviti Hari Suai Kenal. (Sila rujuk lampiran 3) Hari 1 : Pendaftaran Kemasukan,. Hari 2 : - Taklimat Hari Suai Kenal - Program Hari Suai Kenal (aturcara lanjut dalam buku program Hari Suai Kenal yang akan diberi pada hari pendaftaran). Setiap petang akan diadakan aktiviti sukan dan riadah.

PERINGATAN DAN LARANGAN 1. Pelajar dilarang membawa, memiliki dan menyimpan sebarang bentuk senjata tajam dan merbahaya. 2. Pelajar juga tidak dibenar membawa, menyimpan, memiliki dan meminum minuman keras / beralkohol dan sebarang bentuk minuman yang memabukkan. 3. Universiti merupakan kawasan LARANGAN MEROKOK. Pelajar tidak dibenarkan membawa, memiliki dan menyimpan sebarang bentuk rokok, paip, curut dan yang berkaitan serta peralatannya. 4. Pelajar dilarang untuk membawa, memiliki, menyimpan atau menyalahguna dadah atau bersubahat dengannya. 5. Pelajar dilarang untuk membawa, memiliki, menyimpan dan memelihara binatang peliharaan (PATS) ke Kolej kediaman. 6. Pelajar dilarang untuk membawa, memiliki, menyimpan atau menyalahguna bahan kimia beracun atau bersubahat dengannya.

MAKLUMAT PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR Pakaian bagi aktiviti harian seperti menghadiri kuliah, melakukan urusan rasmi di fakulti atau bangunan pentadbiran. Lelaki Baju kemeja atau baju-t berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar, kasut berwarna gelap dan seluar panjang (slack). Pelajar tidak dibenarkan berambut panjang (mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut yang tidak kemas. Rujuk lampiran 1 (Tatacara Berpakaian & Rupa Diri Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang) Perempuan Baju kurung, skirt panjang (menutupi buku lali kaki) dan tidak berbelah serta tidak ketat, baju labuh melebihi paras punggung yang tidak jarang dan tidak ketat. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan sama sekali. Rujuk lampiran 1 (Tatacara Berpakaian & Rupa Diri Pelajarpelajar Universiti Malaysia Pahang) Semua pelajar hendaklah mempamerkan kad matrik sepanjang semasa dalam kampus.

Lampiran 1

MAKLUMAT KOLEJ KEDIAMAN 1. Terdapat lima (5) buah Kolej Kediaman Pelajar ( dalam kampus) dan dua buah Kediaman Luar Kampus di Jalan Tegak dan Bandar Pekan yang disediakan oleh pihak Universiti sebagai kemudahan penginapan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di Universiti ini. 2. Kolej Kediaman Pelajar 1, Kolej Kediaman Pelajar 2, Kolej Kediaman Pelajar 3, Kolej Kediaman 4 (Kampus Gambang) dan Kolej Kediaman Pelajar 5 (Kampus Pekan) menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar tahun pertama (Siswa dan siswi) selain menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar tahun 2 dan ke atas. 3. Permilihan pelajar untuk menginap di Kolej Kediaman Pelajar bagi pelajar tahun 2 dan ke atas adalah berdasarkan Sistem Merit dan Demerit meliputi beberapa aspek penilaian iaitu pencapaian akademik, penglibatan dalam aktiviti pelajar dan Universiti serta rekod disiplin setiap sesi pengajian. 4. Kemudahan berikut disediakan di bilik kediaman pelajar: Katil Bujang Tilam Meja Belajar Kerusi Belajar Almari Pakaian Kemudahan internet berwayar percuma 5. Kemudahan lain turut disediakan untuk kegunaan pelajar di setiap Kolej Kediaman Pelajar sebagaimana berikut : Kafeteria Kedai runcit Bilik bacaan Student Lounge GYM Student Park Indoor Game Room Mesin air minuman Reverse Osmosis Water cooler Kemudahan mesin dobi layan diri Masjid / surau Kawalan keselamatan 24 jam Gelanggang permainan Perkhidmatan pembersihan kawasan Perkhidmatan pencucian bangunan Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pegawai berikut di:- Bahagian Perumahan & Kemudahan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni 09-5492530 (Pn Noorafizah Abd Raffar) atau; Pejabat Kolej Kediaman Pelajar di talian 09-5492533 (Pn Wan Aishah / En Hakimi), 09-5492560 / 09-5491128 (En. Saifulnizam/ En. Syed Faisal), 09-5492675 / 09-5492673 (En Nazrul Reza/ Pn. Sufia), 09-5493362 (En Mohd Roppi / Pn Nor Azura Habib) dan 09-4245728 ( En. Mohamed Ghadafi)

MAKLUMAT PINJAMAN/ BIASISWA/ DERMASISWA PENDIDIKAN 1. Pelajar-pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke Universiti ini adalah layak memohon sebarang jenis biasiswa / pinjaman / dermasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh mana-mana badan kerajaan atau swasta; 2. Jika pelajar-pelajar menerima lebih dari satu tawaran, pelajar hanya layak untuk menerima satu sahaja biasiswa/pinjaman sepanjang tempoh pengajian di UMP; 3. Semua permohonan hendaklah melalui Unit Pembiayaan & Kebajikan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni; 4. Maklumat berkenaan pinjaman/biasiswa boleh dirujuk di akhbar dan laman web agensi yang menawarkan pinjaman/biasiswa sebelum pelajar mendaftar di UMP; 5. Bagi pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN, pelajar yang berminat untuk memohon perlu melayari laman web www.ptptn.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. 6. Berikut antara penaja ( biasiswa, pinjaman, dermasiswa ) lain yang memberi bantuan pendidikan kepada pelajar - pelajar UMP. BIL NAMA SYARIKAT LAMAN WEB 1 Biasiswa Tunku Abdul Rahman www.yayasantar.org.my 2 Felda Johore Bulker Sdn Bhd www.feldaholdings.com Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) www.jpa.gov.my Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah www.sabah.gov.my/jpan 3 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri www.psc.sarawak.gov.my Sarawak 4 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia www.mohe.gov.my 5 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah www.biasiswa.sabah.gov.my Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak 6 Darul Ridzuan www.maiamp.gov.my Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak biasiswa.perak.gov.my 7 Majlis Agama Islam Negeri Johor www.maij.gov.my 8 Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang epp.penang.gov.my 9 Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor www.selangor.gov.my 10 Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN ) tapem.melaka.gov.my 11 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia www.frim.gov.my 12 G.A.B Foundation www.gabfoundation.org 13 Gamuda Berhad www.gamuda.com.my 14 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia www.jheoa.gov.my 15 Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan www.jkmwpkl.gov.my 16 Yayasan KLK www.klk.com.my 17 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja www.kwsp.gov.my 18 Libyan Scholarship www.shef.ac.uk/libya/scholarships.html 19 Lembaga Zakat Selangor www.e-zakat.com.my 20 Bank Rakyat Malaysia Berhad www.bankrakyat.com.my 21 Yayasan Bursa Saham Kuala Lumpur www.klse.com.my

22 Majlis Amanah Rakyat www.mara.gov.my 23 Pusat Zakat Sabah www.zakat.sabah.gov.my 24 Yayasan Negeri Sembilan www.yns.gov.my 25 Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd www.nestle.com.my 26 Skim Biasiswa National Science F www.masduke.net/download/nsf.doc 27 Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia www.mosti.gov.my 28 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO ) www.perkeso.gov.my 29 Permodalan Nasional Berhad www.pnb.com.my 30 Sarawak Shell Berhad www.shell.com.my 31 Sapura Industrial Berhad www.sapuraindustrial.com.my 32 Terengganu Advanced Technical Institute www.tatiuc.edu.my 33 Yayasan Pendidikan Albukhary Sdn Bhd bukhary.atspace.com 34 Yayasan Felcra esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html 35 Yayasan Pahang www.yp.org.my 36 Yayasan Sabah www.ysnet.org.my 37 Yayasan Selangor www.yayasanselangor.org.my 38 Yayasan Tenaga Nasional Berhad yayasan.tnb.com.my 39 Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) www.yakin.kelantan.gov.my 40 Yayasan Bank Rakyat www.yayasanbankrakyat.com.my 41 Embassy Of The Republic Of Yemen www.yemenembassy.org 42 Yayasan Terengganu www.ytrg.terengganu.gov.my 43 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) www.johordt.gov.my/ypj 44 Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman yayasansarawak.org.my/form/tar.pdf 7. Syarat dan tempoh permohonan biasiswa /pinjaman/dermasiswa tertakluk kepada syarat-syarat dan tempoh yang ditentukan oleh badan-badan penaja. 8. Untuk maklumat lanjut berhubung penajaan pendidikan sila hubungi: Nama Email Nama Email : Pn Norkamalia binti Arbain : norkamalia@ump.edu.my : Encik Mohd Saiful Adzrin bin Adnen : adzrin@ ump.edu.my Telefon : 09-5492543 atau 09-5492545. Faksimili : 09-5492535

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian di peringkat seperti berikut:- i. Diploma ii. Ijazah Sarjana Muda iii. Ijazah Sarjana iv. Doktor Falsafah (PhD) v. Kursus Profesional SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; 3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); 4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN; 5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon; 6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas; 7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; 8. Tiada penaja lain; dan 9. Telah membuka akaun SSPN-i. Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit. NOMBOR PTPTN 1. Diperlukan untuk membuat permohonan. 2. Boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00. 3. Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian. Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.

KAEDAH PERMOHONAN Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan : 1. Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan. 2. Memohon pembiayaan pendidikan secara online. 3. Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT. 4. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Bagi UMP menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). TARIKH TUTUP PERMOHONAN Sila rujuk laman web PTPTN untuk tarikh tutup Permohonan Pembiayaan Pendidikan dijadualkan mengikut IPT. yang telah JUMLAH PEMBIAYAAN Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah: PERINGKAT PEMBIAYAAN Maksimum 75% daripada pembiayaan maksimum 50% daripada pembiayaan maksimum KELAYAKAN Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M) Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M) Sila rujuk laman web PTPTN untuk perincian. PENGELUARAN PEMBIAYAAN Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN. Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; 2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan 3. Tidak menerima penaja lain. PEMBERHENTIAN PEMBIAYAAN Pembiayaan pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut: Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pembiayaan pendidikan; Pelajar membuat pembatalan pembiayaan pendidikan PTPTN; Menerima tajaan lain; Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau Penerima biaya diisytihar muflis. WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik. SYARAT-SYARAT PEMBERIAN WPP Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut : I. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN; II. III. IV. Ibubapa/Penjaga pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M); Warganegara Malaysia; Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik; dan V. Tidak mempunyai hutang WPP *Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.

KAEDAH PENGAGIHAN DAN PENGELUARAN WPP Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan. Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik. Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut. Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran. Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web http://www.ptptn.gov.my. PTPTN HOTLINE 03-2080 4455 untuk sebarang pertanyaan. No Faks : 03-2092 1590

Alamat Surat Menyurat PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. INFO CENTER PTPTN - SARAWAK Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kuching), Bangunan Haji Abdul Rasit, Lot 173, 174, 175 Jalan Muda Hashim, 93400 Kuching, Sarawak. Telefon : 082-234081 INFO CENTER PTPTN - SABAH Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kota Kinabalu), Wisma BSN Sabah, Jalan Kemajuan, Karamunsing, 88000 Kota Kinablu, Sabah. Telefon : 088-230467 PEJABAT PTPTN NEGERI PAHANG No.48, Malay Town Jalan Putra Square 1, Putra Square 25200 Kuantan, Pahang No. Tel : 09-517 3442 No. Faks : 09-517 3219 Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan adalah:- i. Pertanyaan dan Aduan; ii. Rundingcara; iii. Bayaran balik pinjaman; iv. Pembukaan akaun SSPN; v. Penambahan deposit SSPN; dan vi. Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.