MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Akademi Pengajian Melayu menawarkan 2 program Ijazah Tinggi, iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah.

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM


GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

Program Sarjana Dan Kedoktoran

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH PROSIDUR PENGURUSAN KES PLAGIARISME PELAJAR

GARIS PANDUAN PENCALONAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LANGKAWI DEVELOPMENT AUTHORITY) IKLAN JAWATAN KOSONG

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI LATIHAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS A MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Transkripsi:

MAKLUMAT UMUM 1. IKLAN DAN PERMOHONAN (1) Melainkan program ijazah Kedoktoran dan Sarjana Sastera secara disertasi, semua program pengajian ijazah tinggi Universiti diiklankan dalam akhbar-akhbar utama laman web Institut Pengajian Siswazah (IPS) sebelum permulaan setiap semester. (2) Permohonan masuk ke mana-mana program pengajian ijazah tinggi hendaklah dibuat secara on-line di atas borang permohonan yang ditetapkan yang boleh diperolehi di Institut Pengajian Siswazah. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. (3) Calon yang berminat mengikuti program ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Sastera secara disertasi, boleh memohon pada bila-bila masa. (4) Permohonan kemasukan ke program Sarjana secara kursus dan disertasi hendaklah sampai ke Institut Pengajian Siswazah pada sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang telah ditetapkan di dalam iklan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. (5) Bagi calon yang ingin membuat penyelidikan, format menulis kertas cadangan hendaklah mengikuti garis panduan yang telah dilampirkan bersama-sama dalam borang permohonan oleh pihak IPS. Kertas cadangan yang tidak mengikut format akan dikembalikan kepada calon untuk dikemas kini. 2. JENIS PROGRAM (1) Program secara tesis/disertasi di mana peratusan bahagian penyelidikan merupakan seratus peratus(100%) program pengajian berkenaan; dan (2) Program secara kursus dan disertasi, di mana peruntukan jam kredit untuk bahagian penyelidikan merupakan tidak kurang daripada tujuh puluh peratus ( 70%) daripada jumlah jam kredit bagi keseluruhan program pengajian berkenaan. 3. PROGRAM PENGAJIAN Program-program pengajian ijazah tinggi yang ditawarkan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah seperti berikut: 14

(1) Doktor Falsafah; dan (2) Sarjana, yang terdiri daripada sarjana secara kursus dan disertasi, dan sarjana secara disertasi; 4. SYARAT KEMASUKAN (1) Kelayakan Masuk (a) PROGRAM SARJANA SASTERA (SECARA DISERTASI) (i) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelayakan setaraf dengannya; (ii) Ijazah Sarjana Muda kelayakan setaraf dengannya; dengan (A) sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja yang relevan; (B) bukti penerbitan dalam bidang yang berkaitan; (iii) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; (iv) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa. (b) PROGRAM SARJANA (SECARA KURSUS DAN DISERTASI) (i) Ijazah Sarjana Pengajian Penerbitan (ii) Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan (iii) Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan Inggeris) (iv) Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) (v) Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) (vi) Ijazah Sarjana Pengajian Asia Tenggara (A) ijazah Sarjana Muda kelayakan setaraf dengannya; (B) kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; 15

(2) Syarat Bahasa Inggeris (C) kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa. (a) Bahasa Inggeris dijadikan syarat kemasukan bagi semua calon ijazah tinggi warganegara asing yang ijazah mereka diperolehi daripada universiti institut pengajian tinggi lain yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi ijazah berkenaan; dan (i) calon tersebut ingin menulis disertasi tesis mereka dalam bahasa Inggeris; (ii) program ijazah tinggi yang ingin diikuti adalah dalam bahasa Inggeris. (b) Bagi calon warga asing dikehendaki mencapai skor TOEFL (Test of English as a Foreign Language) minimum 550 untuk jumlah berasaskan kertas, skor sebanyak 213 bagi jumlah berasaskan komputer skor 80 bagi jumlah berasaskan internet band 6 bagi IELTS (International Language Testing Services) sebelum mendaftar program. 5. TEMPOH PENGAJIAN Mana-mana program pengajian yang ditawarkan adalah tertakluk kepada tempoh pengajian seperti berikut: (1) Doktor Falsafah, tempoh minimum yang tidak kurang daripada empat (4) semester dan tempoh maksimum yang tidak melebihi dua belas (12) semester; (2) Sarjana secara disertasi, tempoh minimum yang tidak kurang daripada dua (2) semester dan tempoh maksimum yang tidak melebihi lapan (8) semester; (3) Sarjana secara kursus dan disertasi, tempoh minimum yang tidak kurang daripada tiga (3) semester dan tempoh maksimum yang tidak melebihi lapan (8) semester 6. YURAN (1) Calon ijazah tinggi hendaklah menjelaskan segala yuran dan bayaran lain yang ditetapkan pada masa pendaftaran permulaan 16

pada masa memperbaharui pendaftaran melainkan dikecualikan daripada mana-mana yuran bayaran keduaduanya. (2) Mana-mana calon yang hendak menjelaskan yuran dan bayaran lain secara ansuran hendaklah membuat permohonan di atas borang yang ditetapkan yang boleh diperolehi daripada Pejabat Penolong Bendahari, Institut Pengajian Siswazah. (3) Calon yang gagal menjelaskan mana-mana yuran bayaran lain tidak akan dibenarkan menduduki sebarang peperiksaan program pengajian berkenaan. 7. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN Struktur program pengajian ijazah Doktor Falsafah adalah seperti mana yang diberikan dalam Akta berkenaan dalam lampiran. Struktur program pengajian ijazah Sarjana adalah seperti mana yang ditetapkan kepada kaedah-kaedah ini dan yang diluluskan oleh Senat bagi program berkenaan. 8. PENDAFTARAN (1) Pendaftaran Permulaan (a) Doktor Falsafah, pada bila-bila masa dalam sesi berkenaan asalkan ianya tidak melebihi enam bulan daripada tarikh tawaran asal dibuat; (b) Sarjana (secara disertasi), pada bila-bila masa dalam sesi berkenaan asalkan ianya tidak melebihi enam bulan daripada tarikh tawaran asal dibuat; Walau bagaimanapun, seseorang calon yang disyaratkan mengikuti mana-mana kursus, dikehendaki mendaftar untuk kursus berkenaan dalam semester yang kursus tersebut ditawarkan. Pendaftaran berkenaan dilakukan dalam minggu sebelum semester berkenaan bermula. (c) Sarjana (secara kursus dan disertasi) (i) Pendaftaran kursus dilakukan dalam minggu sebelum semester berkenaan bermula. (ii) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurangkurangnya dua/tiga jam kredit kursus pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan. 17

(iii) Calon dibenarkan mendaftar bahagian disertasi selepas ia telah mengikuti lima belas enam belas (15 16) jam kredit kursus. (iv) Dalam keadaan khas, Dekan boleh membenarkan calon menangguhkan pendaftaran permulaannya ke semester yang berikutnya. (2) Pembaharuan Pendaftaran Calon ijazah tinggi hendaklah memperbaharui pencalonan masing-masing tidak lewat daripada dua minggu dari tarikh permulaan semester berkenaan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pencalonan diluputkan. 9. PENDAFTARAN SERENTAK (1) Seseorang calon ijazah tinggi tidak dibenarkan berdaftar serentak untuk program lain yang membawa kepada sesuatu ijazah, diploma sijil di Universiti ini di universiti lain. (2) Dekan atas persetujuan Fakulti boleh membenarkan seseorang calon ijazah tinggi berdaftar serentak untuk program lain yang membawa kepada ijazah, diploma sijil universiti lain jika: (a) calon itu telah mengemukakan kepada Pendaftar tesis disertasinya untuk peperiksaan; dan (b) program itu tidak sama dengan program ijazah tinggi yang didaftarnya serentak di Universiti ini. 10. PERLANJUTAN TEMPOH PENCALONAN Tempoh maksimum pencalonan bagi semua program pengajian tidak boleh dilanjutkan. Walau bagaimanapun dalam keadaan istimewa, Senat atas perakuan Fakulti boleh melanjutkan tempoh pencalonan maksimum seperti berikut: (1) Program Doktor Falsafah tidak melebihi 1 tahun; dan (2) Program Sarjana tidak melebihi 1 tahun. 18

11. PENARIKAN DIRI (1) Penarikan Diri Dari Program Penarikan diri dari program pengajian bermakna calon tidak akan meneruskan program pengajian berkenaan. Permohonan hendaklah dibuat secara rasmi kepada Dekan. (2) Penarikan Diri Dari Semester (a) Penarikan diri dari semester bermakna penarikan diri daripada kursus yang didaftarkan oleh calon bagi semester berkenaan. (b) Calon yang sedang mengikuti bahagian kursus di benar mengemukakan permohonan menarik diri dari semester selewat-lewatnya pada hari Sabtu ketujuh sesuatu semester. (c) Calon hendaklah telah menjalani pengajian sekurangkurangnya satu semester sebelum layak untuk menarik diri daripada mana-mana satu semester pengajiannya. (d) Calon hendaklah mengemukakan permohonan rasmi untuk maksud penarikan diri dari semester. (e) Tempoh di mana calon telah menarik diri akan di ambil kira dalam tempoh maksimum pengajian calon untuk program tersebut. (3) Penarikan Diri Dari Kursus (a) Penarikan diri dari kursus bermakna penarikan diri dari satu lebih kursus yang didaftarkan oleh calon bagi semester berkenaan. (b) Tiada catatan dimasukkan ke dalam rekod tetap rasmi calon sekiranya beliau menarik diri dari kursus dalam tempoh tidak lewat daripada hari Sabtu minggu ketiga sesuatu semester. (c) Tanda W akan dimasukkan ke dalam rekod tetap rasmi calon sekiranya beliau menarik diri dari kursus dalam tempoh di antara hari Isnin minggu keempat hingga hari Sabtu minggu ketujuh sesuatu semester. (d) Penarikan diri yang dilakukan selepas tempoh tersebut tidak dibenarkan melainkan diluluskan sebagai kes khas oleh Dekan atas rayuan calon berkenaan. Rayuan hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan yang disokong oleh sijil/bukti dokumentasi. 19

(e) Penarikan diri dari mana-mana kesemua kursus tidak dibenarkan selepas tarikh terakhir kelas yang dijadualkan secara biasa. (f) Penarikan diri dari mana-mana kesemua kursus tidak dibenarkan selepas calon menduduki peperiksaan akhir sesuatu kursus. (g) Permohonan atas sebab-sebab berikut tidak boleh diterima: (i) prestasi calon bagi mana-mana kursus; (ii) kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan; (iii) tidak puas hati terhadap mana-mana kursus. (h) Sekiranya rayuan tidak diluluskan, calon berkenaan dikehendaki meneruskan pengajiannya bagi kursus-kursus yang ia telah daftar dan jika calon tidak menghadiri peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan, beliau akan mendapat gred F dalam peperiksaan bagi kursus tersebut. (i) 12. PENYELIAAN Calon yang berhenti daripada menghadiri sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi akan diberi gred F oleh pensyarah berkenaan dan gred tersebut akan dicatatkan dalam rekod tetap rasmi calon berkenaan. (1) Fakulti hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang Penyelia bagi setiap calon pengajian ijazah tinggi yang menjalani penyelidikan bagi tesis disertasinya. (2) Penyelia hendaklah mengemukakan suatu Laporan Kemajuan Berkala pada setiap semester kepada Dekan yang akan menyampaikannya kepada Fakulti. (3) Calon yang kemajuan dalam program pengajian tidak memuaskan boleh ditamatkan pencalonannya. 13. KETETAPAN BIDANG PENYELIDIKAN DAN KELULUSAN TAJUK TESIS/DISERTASI (1) Ketetapan bidang penyelidikan bagi program Doktor Falsafah dan Sarjana secara disertasi dilakukan semasa calon diterima masuk ke program berkenaan. 20

(2) Ketetapan bidang penyelidikan bagi calon Sarjana secara kursus dan disertasi yang hendak mendaftar bahagian disertasinya, dilakukan sebelum calon memulakan bahagian penyelidikannya. (3) Calon hendaklah mengemukakan tajuk tesis/disertasi kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk menyerahkan tesis/disertasi. 14. PEMBENTANGAN SEMINAR (1) Prosedur pembentangan hasil penyelidikan bagi calon Doktor Falsafah adalah seperti berikut: (a) Calon dikehendaki memberi notis 3 bulan sebelum penyerahan tesis. Pembentangan hasil penyelidikan dalam Seminar Khas akan diaturkan dalam tempoh sekurangkurangnya sebulan selepas penyerahan tesis. Ini adalah untuk menjamin hak intelektual kajian tersebut terpelihara. (b) Jawatankuasa Pemeriksa hanya akan bermesyuarat sekiranya calon telah membuat pembentangan dalam tempoh pada tarikh yang ditetapkan. (c) Seminar Khas ini akan dibuka kepada warga kampus. (2) Calon Sarjana digalakkan untuk membentangkan Seminar. Walau bagaimanapun pembentangan Seminar bagi calon Sarjana adalah tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa program berkenaan. 15. PENYERAHAN (1) Masa untuk penyerahan tesis/disertasi adalah seperti mana yang ditetapkan dalam Jadual kepada Peraturan-Peraturan bagi program berkenaan. (2) Calon hendaklah memberi sekurang-kurangnya tiga bulan notis bertulis kepada Pendaftar untuk memberitahu tujuannya mengenai penyerahan tesis/disertasi untuk pemeriksaan. (3) Calon hendaklah mengemukakan lima salinan bagi disertasi tujuh salinan bagi tesis untuk pemeriksaan. Satu daripada tesis/disertasi tersebut hendaklah merupakan naskhah asal. Tesis/Disertasi tersebut hendaklah: (a) didahulukan dengan satu ringkasan (sinopsis) yang tidak melebihi 200 patah perkataan; 21

(b) ditaip dicetak 2 barisan langkau di atas kertas bersaiz A4, kecuali untuk lukisan peta yang tidak mempunyai had saiz kertas. Ruangan berukuran 4 sentimeter hendaklah disediakan di sebelah kiri; dan (c) dijilid dengan kertas nipis dengan tajuk ringkasan tajuk serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar pada kulit hadapan; dan (d) dikemukakan bersama-sama dengan tiga salinan abstrak yang tidak melebihi 500 patah perkataan. (4) Selepas tesis/disertasi diperiksa, calon hendaklah mengemukakan kepada Universiti tiga naskhah tesis/disertasi itu dan satu salinan elektroniknya yang mengandungi mana-mana pembetulan, jika ada. Tesis/Disertasi tersebut hendaklah dijilid dalam kulit tebal yang berwarna merah rexine untuk program Doktor Falsafah dan Sarjana, dengan tajuk ringkasan tajuk serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar di tulang belakang tesis/disertasi dan hendaklah diserahkan kepada Universiti sama ada tidak tesis/disertasi itu telah mencapai taraf bagi anugerah ijazah berkenaan: (5) Had patah perkataan adalah seperti berikut: (a) tidak melebihi 30,000 patah perkataan bagi program secara kursus dan disertasi. (b) tidak melebihi 60,000 patah perkataan bagi program secara disertasi. (c) tidak melebihi 100,000 patah perkataan bagi tesis program Doktor Falsafah. (6) Calon yang ingin melebihi had perkataan yang ditetapkan hendaklah membuat permohonan kepada Senat melalui Fakulti sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh penyerahan tesis/disertasi untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan mengapa ia tidak dapat mematuhi had panjang yang telah ditetapkan. (7) Had patah perkataan yang ditetapkan di atas tidak termasuk: (a) nota kaki, lampiran, jadual dan rajah; dan 22

(b) pengeluaran semula pun terjemahan daripada sebarang teks. Ulasan kritik yang dibuat oleh calon mengenainya hendaklah tertakluk kepada had patah perkataan tersebut. (8) Calon tidak boleh menyerahkan sebagai tesis/disertasi, kerja yang telah diserahkan untuk ijazah di Universiti ini universiti lain tetapi ia tidak dilarang memasukkan bahagian kerja tersebut sekiranya ia menunjukkan dengan terang bahagian kerja yang dimasukkan ke dalam tesis/disertasinya. (9) Calon boleh menyerahkan sebarang sumbangan yang telah dicetak dan diterbitkan secara perseorangan secara berkumpulan untuk peningkatan bidangnya. Walau bagaimanapun, kerja yang dilakukan secara berkumpulan hendaklah disertakan dengan kenyataan yang menjelaskan dengan terang bahagian kerja yang dibuat oleh calon sendiri. Kenyataan ini hendaklah ditandatangani oleh rakan penulis yang lain. (10) Tesis/Disertasi sebahagian daripadanya yang telah diluluskan dan kemudiannya diterbitkan, hendaklah mengandungi kenyataan yang terang bahawa ianya telah dikemukakan untuk ijazah Sarjana Doktor Falsafah Universiti Malaya. Sepanjang pengajiannya, seseorang calon boleh, dengan persetujuan penyelianya, menerbitkan kertas-kertas hasil kerjanya, dengan syarat nama rujukan sewajarnya diberi kepada Universiti Malaya di dalam kertas-kertas itu. 16. BAHASA TESIS/DISERTASI Tesis/Disertasi hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu Bahasa Inggeris. Dalam kes khas, Senat boleh meluluskan suatu bahasa selain daripada Bahasa Melayu Bahasa Inggeris untuk tesis/disertasi berkenaan. 17. PERTUKARAN TARAF PENCALONAN DARI PROGRAM SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH (1) Calon program ijazah Sarjana secara disertasi layak dipertimbangkan untuk menukarkan taraf pencalonannya kepada pencalonan untuk ijazah Doktor Falsafah jika ia telah memenuhi sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan pengajian dan tidak melebihi lima belas (15) bulan pada masa permohonan untuk menukarkan taraf pencalonan. 23

(2) Calon yang ingin menukarkan taraf pencalonan dari ijazah Sarjana ke ijazah Doktor Falsafah dikehendaki: (a) membuat permohonan bertulis kepada Dekan dengan mengemukakan bersama-samanya yang berikut: (i) satu laporan bertulis yang tidak melebihi 6,000 patah perkataan mengenai: (A) Pengenalan dan skop penyelidikan; (B) Objektif penyelidikan; (C) Kaedah penyelidikan; (C) Hasil penyelidikan yang telah diperolehi setakat dua belas (12) bulan yang lalu; dan (E) Rancangan penyelidikan seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah. (ii) surat sokongan dan laporan daripada Penyelianya; dan (iii) sokongan daripada Ketua Jabatan. (b) membentangkan hasil penyelidikannnya dalam satu seminar bagi para hadirin yang terdiri daripada kakitangan Fakulti serta pakar-pakar dari luar Universiti dalam bidang yang sama. Seminar tersebut hendaklah diadakan dalam masa satu bulan dari permohonan penukaran taraf pencalonan yang lengkap diterima daripada calon. 18. SYARAT BAHASA MELAYU (1) Calon bukan warganegara Malaysia dikehendaki menghadiri dan lulus suatu kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik sebelum dianugerahkan ijazah tinggi yang berkenaan melainkan ia telah memperolehi sekurang-kurangnya gred lulus dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti di peringkat setaraf dengannya. (2) Calon yang terdiri daripada warganegara Malaysia dikehendaki memperolehi sekurang-kurangnya gred lulus dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia Peringkat III Sijil Intensif Bahasa 24

Malaysia Universiti di peringkat setaraf dengannya sebelum dianugerahkan ijazah tinggi yang berkenaan. (3) Calon yang memperolehi ijazah pertama dari institusi pengajian tinggi tempatan awam melainkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi MARA adalah dikecualikan daripada syarat keperluan Bahasa Melayu. 19. PEPERIKSAAN Peperiksaan bagi setiap program pengajian adalah tertakluk kepada dan hendaklah mengikuti Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Peperiksaan Universiti Malaya. 20. PENGIJAZAHAN Seseorang calon ijazah tinggi boleh dianugerahkan ijazah berkenaan tertakluk kepada ia telah: (1) memenuhi segala keperluan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini; (2) memuaskan Jawatankuasa Pemeriksa dalam peperiksaan seperti mana yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Peperiksaan Universiti Malaya; dan (3) menjelaskan semua yuran yang ditetapkan dan bayaran lain yang dikenakan oleh Universiti. 25