AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

dokumen-dokumen yang mirip
Akademi Pengajian Melayu menawarkan 2 program Ijazah Tinggi, iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah.

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON


PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH PROSIDUR PENGURUSAN KES PLAGIARISME PELAJAR

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT : 1 JANUARI 2007

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A. Pelajar baharu dalam program dengan tesis (Master atau PhD) 1. a. Mendaftar salah satu kursus berikut setiap semester pengajian (WAJIB):

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK (SARJANA MUDA DAN DIPLOMA)

PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

Transkripsi:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007 SUSUNAN KAEDAH BAHAGIAN 1 PERMULAAN Kaedah 1. Nama, mula berkuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN 3. Program pengajian 4. Syarat kemasukan 5. Pendaftaran sebagai calon BAHAGIAN III PENDAFTARAN BAHAGIAN IV BAYARAN 6. Yuran dan bayaran lain 7. Hak mengubah kadar yuran dan bayaran lain BAHAGIAN V TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN 8. Tempoh program pengajian 9. Tempoh minimum dan tempoh maksimum BAHAGIAN VI STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN 10. Struktur program pengajian 1

11. Syarat bahasa Malaysia 12. Syarat bahasa Inggeris BAHAGIAN VII SYARAT BAHASA 13. Peperiksaan BAHAGIAN VIII PEPERIKSAAN 14. Syarat pengijazahan BAHAGIAN IX PENGIJAZAHAN BAHAGIAN X AM 15. Kemasukan pelajar pemerhati 16. Penamatan pencalonan 17. Kuasa Senat membuat peraturan 18. Pengecualian pemakaian 19. Pematuhan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti 20. Pembatalan 2

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007 PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31 dan subseksyen 32(1) Perlembagaan Universiti Malaya 1997 [P.U. (A) 107], Lembaga Pengarah Universiti membuat kaedah-kaedah berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Nama, mula berkuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007 dan hendaklah berkuat kuasa mulai sesi akademik 2007/2008. (2) Kaedah-kaedah ini hendaklah terpakai kepada semua calon program pengajian ijazah Doktor Falsafah yang diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2007/2008 dan selepas itu. Tafsiran 2. Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain bilik peperiksaan ertinya premis untuk menjalankan peperiksaan bagi sesuatu kursus atau kursus-kursus; calon" ertinya seseorang yang telah berdaftar bagi menjalani program pengajian ijazah Doktor Falsafah; "Dekan Fakulti" ertinya Dekan Fakulti Universiti dan termasuk mana-mana Pengarah atau Ketua Akademi, Pusat, Sekolah atau Institut yang dilantik di bawah subseksyen 21(4) dan (5) Perlembagaan; "Fakulti" ertinya mana-mana Fakulti Universiti dan termasuk mana-mana Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti yang ditubuhkan di bawah subseksyen 21(1) Perlembagaan; Ijazah ertinya ijazah Doktor Falsafah Universiti; "Jabatan" ertinya mana-mana jabatan pengajian Fakulti dan termasuk manamana bahagian pengajian Fakulti; 3

Jawatankuasa Pemeriksa ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di setiap Fakulti untuk maksud menimbang dan menilai keputusan peperiksaan calon sepertimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan kepada Kaedah- Kaedah ini; Ketua Jabatan ertinya Ketua mana-mana Jabatan pengajian Fakulti termasuk Pengerusi mana-mana bahagian pengajian Fakulti atau Penyelaras Program di mana berkenaan; "kursus" ertinya satu unit pengajian atau latihan yang dijalankan sepanjang satu tempoh yang ditetapkan; "laporan penyelidikan" ertinya hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh calon semasa pencalonannya, dan termasuk kertas penyelidikan, kertas projek, laporan projek dan hasil penyelidikan berkenaan yang dikenali dengan apa-apa jua nama; "Naib Canselor" ertinya ketua pegawai eksekutif dan akademik Universiti yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) Perlembagaan; pemeriksa dalam ertinya seseorang guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti yang dilantik oleh Fakulti untuk memeriksa sesuatu kursus, sebahagian daripada kursus itu atau tesis calon; pemeriksa luar ertinya seseorang bukan guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti yang dilantik oleh Senat untuk memeriksa kursus program pengajian Ijazah atau tesis calon; "Pendaftar" ertinya seorang pegawai Universiti seperti mana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Perlembagaan; pengawas ertinya pengawas dan termasuk ketua pengawas yang dilantik oleh Naib Canselor daripada kalangan guru sepenuh masa Universiti untuk mengawas peperiksaan program pengajian Ijazah; "penyelia" ertinya seseorang yang dilantik oleh Fakulti daripada kalangan kakitangan akademik Universiti dan termasuk Profesor Emeritus Universiti, Profesor Adjung Universiti, penyelidik pasca-doktoral atau felo penyelidik untuk menyelia calon dalam program pengajiannya; penyelia bersama" ertinya seseorang yang dilantik oleh Fakulti daripada kalangan kakitangan akademik yang telah meninggalkan perkhidmatan Universiti di mana khidmat seliaannya masih diperlukan untuk membantu calonnya menyempurnakan program pengajian dan boleh termasuk kakitangan akademik dari universiti lain yang dilantik; "Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Universiti Malaya; perunding" ertinya seseorang yang bukan kakitangan akademik mana-mana universiti yang dilantik oleh Fakulti untuk membantu dalam penyeliaan calon dalam program pengajiannya; 4

program pengajian" ertinya kumpulan-kumpulan kursus, latihan dan penyelidikan atau gabungan kursus, latihan dan penyelidikan yang dirancang dan ditawarkan bagi memenuhi keperluan untuk anugerah ijazah; program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan ertinya program pengajian yang ditakrifkan di bawah perenggan 3(b); program pengajian secara Penyelidikan ertinya program pengajian yang ditakrifkan di bawah perenggan 3; "semester' ertinya tempoh tertentu di dalam sesuatu sesi akademik dan terdiri daripada semester biasa dan semester khas; semester biasa ertinya Semester I atau Semester II sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Semester; "Senat" ertinya salah satu Pihak Berkuasa Universiti yang ditubuhkan di bawah subseksyen 20(1) Perlembagaan; sesi akademik" ertinya tempoh pengajian sesuatu program pengajian yang terdiri daripada dua semester biasa termasuk semester khas; tahun akademik" ertinya tempoh dua belas bulan yang tarikh permulaan dan tarikh akhirnya hendaklah seperti mana yang ditetapkan oleh Universiti; tahun kalendar ertinya jangka waktu (masa) yang tempohnya adalah dua belas bulan; "tempat pengajian" ertinya Universiti termasuk mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Universiti; "tesis" ertinya suatu hasil bertulis dari penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan program pengajian Ijazah; "Universiti" ertinya Universiti Malaya. Program pengajian BAHAGIAN II PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN 3. Program pengajian hendaklah diklasifikasikan seperti berikut: Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan, iaitu program pengajian yang dilaksanakan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis; dan 5

(b) Ijazah Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan, iaitu program pengajian yang dilaksanakan secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan melainkan kebenaran bertulis telah diperoleh terlebih dahulu, calon hendaklah menjalankan penyelidikan setelah ia berjaya menyempurnakan semua perkuliahan yang ditetapkan dalam kurikulum program pengajian yang membawa kepada penghasilan tesis. Syarat kemasukan 4. (1) Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program pengajian Ijazah hendaklah seperti berikut: (b) Ijazah Sarjana; atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian; serta menunjukkan bukti yang mencukupi tentang latihan dan keupayaan untuk mengikuti program pengajian Ijazah. (2) Walau apapun peruntukan dalam perenggan (1) dan (b), dalam keskes yang tertentu dan tertakluk kepada kelulusan Senat, Fakulti boleh diberi kelonggaran untuk menerima calon yang mempunyai kelayakan selain daripada yang terkandung dalam syarat kemasukan yang sedia ada. (3) Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (1) dan (2), Universiti boleh mempertimbangkan untuk menerima masuk ke program pengajian Ijazah seseorang yang mempunyai kelayakan ijazah Sarjana Muda yang cemerlang (PNGK 3.7 dan ke atas atau yang setaraf dengannya), tertakluk kepada kemajuan pengajiannya akan dipantau dan calon dikehendaki membentangkan kemajuan penyelidikannya dalam satu seminar dalam tempoh (b) dua semester dari tarikh pendaftarannya, bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan; atau empat semester dari tarikh pendaftarannya, bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan. (4) Sekiranya kemajuan pengajiannya memuaskan, calon boleh dibenarkan untuk meneruskan pencalonannya sebagai calon Ijazah, tetapi sekiranya kemajuan pengajiannya tidak memuaskan, status pencalonannya ditukarkan kepada ijazah Sarjana yang berkenaan. (5) Kemasukan seseorang calon hendaklah atas budi bicara Fakulti. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu Dekan Fakulti boleh, atas perakuan Timbalan Dekan yang bertanggungjawab bagi urusan program pascasiswazah dan Ketua Jabatan berkenaan, menerima masuk seseorang yang memenuhi kelayakan berikut: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan PNGKnya tidak kurang daripada 3.0 (atau setaraf dengannya); dan 6

(b) Ijazah Sarjana Dengan Cemerlang dalam bidang berkaitan atau ijazah Sarjana dengan PNGK tidak kurang daripada 3.0 (atau setaraf dengannya) mengikut yang mana berkaitan. BAHAGIAN III PENDAFTARAN Pendaftaran sebagai calon 5. (1) Sesiapa yang ditawarkan oleh Universiti untuk mengikuti program pengajian Ijazah dan menerima tawaran tersebut dikehendaki mendaftar mengikut peraturan di bawah Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007. (2) Tertakluk kepada subkaedah (3), sesiapa yang mendaftar seperti yang tersebut di subkaedah (1) adalah pelajar Universiti dan digelar calon program pengajian Ijazah. Nama calon tersebut hendaklah disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehingga calon berjaya menamatkan program pengajiannya dan Senat mengesahkan calon tersebut layak dianugerahkan Ijazah atau sehingga atas sebab tertentu calon tersebut hilang status menjadi pelajar Universiti mengikut yang mana terdahulu. (3) Setiap calon yang telah mendaftar untuk program pengajian yang telah ditawarkan kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti. (4) Mana-mana calon yang gagal mendaftar secara berterusan dengan Universiti akan terhenti daripada menjadi pelajar dan namanya akan digugurkan daripada senarai daftar pelajar Universiti. (5) Walau apapun yang dinyatakan oleh subkaedah (1) dan tertakluk kepada subkaedah (3), Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan pendaftaran mana-mana calon sekiranya pada pandangan Senat calon tersebut atas sebabsebab akademik yang ditentukan oleh Senat, tidak mampu meneruskan program pengajiannya dan nama calon tersebut hendaklah digugurkan dari senarai daftar pelajar Universiti dan calon tersebut hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar Universiti. Yuran dan bayaran lain BAHAGIAN IV BAYARAN 6. Calon hendaklah menjelaskan semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan mengikut peraturan sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007. 7

Hak mengubah kadar yuran dan bayaran lain 7. Pihak Universiti mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar bayaran lain yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu kepada calon. Tempoh program pengajian BAHAGIAN V TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN 8. Calon hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh minimum dan tempoh maksimum 9. (1) Tempoh minimum bagi program pengajian Ijazah adalah selama empat semester biasa melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan. (2) Tempoh maksimum bagi program pengajian Ijazah adalah selama enam belas semester biasa. (3) Walau apapun yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dan (2) dalam keadaan tertentu Dekan Institut Pengajian Siswazah atau pegawai lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti boleh melanjutkan tempoh pencalonan yang melampaui tempoh maksimum sepertimana yang ditetapkan dalam subkaedah (2) dengan syarat bahawa pelanjutan berkenaan tidak melebihi tempoh dua semester. Struktur program pengajian BAHAGIAN VI STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN 10. (1) Bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan, calon dikehendaki menjalankan penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis. Walau bagaimanapun calon boleh disyaratkan untuk mengikuti kursus-kursus tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti yang berkenaan. (2) Bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan, calon dikehendaki mengikuti program tersebut berdasarkan struktur program pengajian sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini. 8

BAHAGIAN VII SYARAT BAHASA Syarat bahasa Malaysia 11. (1) Calon warganegara Malaysia dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti atau di peringkat setaraf dengannya sebelum dianugerahkan Ijazahnya. (2) Calon bukan warganegara Malaysia dikehendaki menghadiri dengan memuaskan suatu kursus bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Universiti sebelum dianugerahkan Ijazahnya melainkan ia memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti atau kursus bahasa Malaysia yang diiktiraf oleh Universiti. (3) Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (1) dan (2) keperluan syarat bahasa Malaysia adalah dikecualikan bagi calon yang telah mengikuti pengajian dalam bahasa kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Syarat bahasa Inggeris 12. (1) Calon bukan warganegara Malaysia yang memperoleh ijazahnya atau ijazah-ijazahnya dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi ijazah atau ijazahijazah berkenaan yang ingin menulis tesisnya dalam bahasa Inggeris atau di mana program pengajian Ijazah yang ingin diikutinya dijalankan dalam bahasa lnggeris adalah dikehendaki (b) memperolehi skor sebanyak 550 untuk jumlah berasaskan kertas, skor sebanyak 213 bagi jumlah berasaskan komputer atau skor sebanyak 80 bagi jumlah berasaskan internet bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL); atau memperolehi band 6 bagi International English Language Testing System (IELTS). (2) Sekiranya calon tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan dalam perenggan (1) dan (b), calon hendaklah menghadiri mana-mana kursus bahasa Inggeris dan lulus mana-mana ujian bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat sebelum memulakan penulisan tesisnya. (3) Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1) dan (2), Fakulti boleh berdasarkan keperluan program pengajian Ijazah, mengenakan 9

(b) (c) peringkat kecekapan bahasa Inggeris yang lebih tinggi bagi calon bukan warganegara Malaysia; peringkat kecekapan bahasa Inggeris yang minimum bagi calon warganegara Malaysia; atau syarat minimum bahasa Inggeris sebagai syarat kemasukan ke program pengajian Ijazah. BAHAGIAN VIII PEPERIKSAAN Peperiksaan 13. Peperiksaan hendaklah diadakan bagi program pengajian Ijazah secara (b) Penyelidikan; dan Kursus dan Penyelidikan, yang tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007. Syarat pengijazahan BAHAGIAN IX PENGIJAZAHAN 14. Ijazah boleh dianugerahkan kepada calon yang telah memenuhi segala keperluan Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya; (b) diputuskan dan diperakukan supaya dikurniakan Ijazah oleh Jawatankuasa Pemeriksa dan diluluskan oleh Senat; dan (c) membayar semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Universiti. BAHAGIAN X AM Kemasukan pelajar pemerhati 15. (1) Pelajar Pemerhati ialah seseorang yang diluluskan untuk mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan bagi program pengajian Ijazah, sama ada atau 10

tidak untuk tujuan mendapat kredit. Mereka bukanlah pelajar program pengajian Universiti. (2) Kemasukan pelajar pemerhati hendaklah atas budi bicara Dekan Fakulti. Penamatan pencalonan 16. Senat berhak menamatkan pencalonan seseorang calon yang didapati telah memberikan maklumat palsu serta tidak benar berkenaan dengan kemasukannya ke Universiti. Kuasa Senat membuat peraturan 17. Senat boleh membuat peraturan-peraturan pada amnya sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah ini. Pengecualian pemakaian 18. Walau apapun dinyatakan di bawah Kaedah ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Senat boleh memberi pengecualian mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini. Pematuhan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti 19. Setiap calon adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Malaya, semua Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain yang sedia terpakai di Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Pembatalan 20. (1) Akta Doktor Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah dengan ini dibatalkan. (2) Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1), dan tertakluk kepada pematuhan Akta Doktor Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pencalonan seorang calon yang berdaftar di bawah Akta Doktor Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hendaklah pada permulaan Kaedah-Kaedah ini terus mempunyai kuat kuasa dan kesan seolah-olah calon itu telah berdaftar di bawah Kaedah-Kaedah ini tetapi selepas itu pencalonan calon itu akan tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini. Dibuat Disemak: 26/1/2008 Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya 11