PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

dokumen-dokumen yang mirip

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2007 TINGKATAN 5. PERDAGANGAN Kertas 2 Dua jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SPM NEGERI PERLIS 2008 ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERLIS DAN PKPSM CAWANGAN PERLIS. PERDAGANGAN Kertas 2

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TINGKATAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN SKEMA PERMARKAHAN KERTAS 2. Soalan Butiran Markah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

ANALISA : NO. SOALAN, TAJUK & SUB TAJUK (POPULAR) OBJEKTIF : SPM

PRINSIP PERAKAUNAN. 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

6.1 Promosi PENGGUNA BAB 6 : PROMOSI. 1. Antara berikut, pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan pemasaran? Saluran


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu


PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2


SMK ST. MICHAEL, IPOH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014 PRINSIP PERAKAUNAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

SMK BAGAN SERAI BAGAN SERAI, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PRINSIP PERAKAUNAN SET 1 KERTAS 2

SEK. MEN. KEB. ST. FRANCIS MELAKA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 PERDAGANGAN KERTAS 1 TINGKATAN 5 MASA : 1 JAM 15 MINIT TING : 5

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2013

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BAB 3 : PENGANGKUTAN. 5. Antara berikut yang manakah peranan pengangkutan? 3.1 Pengangkutan

Urusniaga belian aset direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut dilakukan.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PERDAGANGAN TINGKATAN 4 HASIL PEMBELAJARAN

ELEKTIF : BAB 3 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN. Kandungan 2/24/2011 LOGO. 3.1 Asas Keusahawanan Pengertian Keusahawanan Ciri Utama Usahawan

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

PRINSIP AKAUN SET 1 KERTAS 1

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

3755/ Hak Cipta Terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) [Lihat halaman sebelah SULIT

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

PERNIAGAAN DAN KEUSHAWANAN TING 2

Soalan SPM Percubaan Negeri Tingkatan 4 Bab 2: Unsur Perdagangan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2011

Contoh Soalan SPM: Bahagian B

MODUL A PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 1. Masa: 1 Jam 15 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

2. Encik Muthu, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran insurans peribadinya ke dalam buku perniagaannya.

RANCANGAN KEWANGAN BERKOMPUTER

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

948/1 STPM 2012 PERAKAUNAN KERTAS 1. ( Tiga Jam ) SEKOLAH:.. GERAK GEMPUR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

BAB 1: ASAS PERDAGANGAN. 5. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah? 1.1 Keperluan dan Kehendak

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2012

Bahagian A. b. Terangkan tiga sebab mengapa syarikat menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. [3]

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PERDAGANGAN TINGKATAN LIMA. Berjimat cermat. Rasional. Mematuhi undang-undang

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

ITEM CONTOH BAGI PROGRAM PENSIJILAN BERGANDA LPM & LCCI

STPM KERTAS 2 (PERAKAUNAN PENGURUSAN)

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

PRINSIP AKAUN SET 2 KERTAS 2

Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 1)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 3756/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 1 September


Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Jawab semua soalan. Tarikh Butir Debit Kredit (Ambilan bunga untuk tujuan promosi) Apakah X dan Y?

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2011

REKOD TAK LENGKAP (KAEDAH ANALISIS) PERCUBAAN SPM 2014 NEGERI SEMBILAN

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN a. Memenuhi Keperluan & Kehendak Masyarakat b. Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi c. Meningkatkan Taraf Hidup

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Transkripsi:

3755/1 Perdagangan Kertas 1 September 2009 1 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PERDAGANGAN Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif 2. Jawab semua soalan 3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan 4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan 5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. 6. Penggunaan kalkulator saintifik adalah dibenarkan Kertas soalan inimengandungi 13 muka surat bercetak @PKPSM Pahang [LIHAT SEBELAH]

1.Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow? A. Mendapat pendidikan tinggi B. Sentiasa mengikut perubahan fesyen C. Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat D. Menikmati kemudahan kesihatan yang mencukupi 2.Apakah maksud pengeluaran? A. Proses mengeluarkan barang dengan mesin B. Aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan C. Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam pengeluaran D. Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan 3.Berikut adalah maklumat mengenai Dato Yusof. Dato Yusof ialah seorang usahawan yang membuka perusahaan membuat bakul rotan di Keratong, Pahang. Perusahaan ini dapat menambahkan pendapatan penduduk di situ. Antara berikut, yang manakah peranan beliau sebagai seorang usahawan? I Melahirkan ciptaan baru II Mewujudkan peluang pekerjaan III Meningkatkan penggunaan teknologi IV Memenuhi keperluan dan kehendak manusia A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV 4.Antara yang berikut, manakah kelemahan pengkhususan dalam pengeluaran? I Pekerja menjadi tidak kreatif II Peningkatan kos pembelian mesin III Barang tidak boleh dijual dengan murah IV Proses menghasilkan produk mudah tergendala A B C D I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV 2

5.Maklumat di bawah merujuk kepada satu definisi. Apakah definisi yang sesuai dengan maklumat tersebut? A. Perniagaan B. Perdagangan C. Pengkhususan D. Pengagihan Melibatkan pengagihan barangan Daripada pengeluar kepada pengguna akhir Merupakan cabang pengeluaran 6.Logo di bawah menunjukkan organisasi perniagaan yang terdapat di Malaysia. Apakah saluran agihan yang diamalkan oleh ketiga-tiga organisasi perniagaan di atas? A B C D Pengeluar Pengguna Pengeluar Pemborong Peruncit Pengeluar Peruncit Pengguna Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna 7. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri suatu perniagaan. Wujud kedai rantaian di merata-rata tempat. Ditadbir oleh ibu pejabat Cawangan melaksanakan dasar perniagaan induk Antara jenis perniagaan berikut, yang manakah mempunyai ciri-ciri seperti di atas? A. Gedung aneka jabatan B. Koperasi runcit C. Kedai sejaras D. Pasar raya 3

8. Rajah 1 menunjukkan jenis pemborong. PEMBORONG Pemborong Saudagar Ejen X Pemborong berfungsi penuh Ejen Pengeluar Ejen Penjual Broker Rajah 1 Apakah jenis pemborong yang mewakili X? A. Pemborong am B. Pemborong satu barisan C. Pemborong bayar dan bawa D. Pemborong berfungsi terhad 9. Manakah antara pernyataan berikut menerangkan kaedah jualan yang betul? Kaedah Jualan Cara-cara A. Jualan prabayar Membayar sebelum menggunakan sesuatu B. Bayaran sewa beli Membayar untuk memiliki barangan tahan lama C. Jualan konsainan Membayar secara ansuran D. Jualan tunai Membayar dengan menggunakan kad kredit 4

10. Maklumat berikut adalah ringkasan data eksport Negara Z. Jenis eksport Nilai Eksport (RM juta) Pertanian 10 000 Pengangkutan dan Insurans 2 500 Pendapatan daripada pelaburan 4 500 Galian 15 000 Barang-barang perkilangan 35 000 Pelancongan 3 000 Berdasarkan maklumat di atas, berapakah perbezaan antara nilai eksport nyata dengan eksport tak nyata? A. RM50 000 juta B. RM53 000 juta C. RM52 000 juta D. RM54 500 juta 11. Mengapakah pengeksport menggunakan sijil asal usul? A. Mutu piawai barang-barang terjamin B. Tempat keluaran barang-barang dieksport C. Hak milik barangan pada pihak nakhoda D. Kesanggupan pengeksport membayar kos angkutan 12. Maklumat berikut berkaitan dengan IKS dengan industri berat. Proton ialah syarikat pengeluaran kereta Proton Saga. Namun banyak komponen kereta dan alat ganti kereta itu telah dikeluarkan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) secara subkontrak. Bantuan juga diberi oleh proton kepada IKS bagi membolehkan mereka mengeluarkan komponen itu mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Hubungan jalinan di antara Proton dan IKS juga dikenali sebagai A. dua hala B. anchor dan vendor C. hiliran dan huluan D. industri berat dan IKS 5

13. Jadual di bawah menunjukkan cara-cara X dan Y memulakan perniagaan. X Membuat perjanjian dengan peniaga lain Menggunakan jenama peniaga lain Mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui Y Mengenal pasti sesuatu perniagaan yang sedia wujud Membeli aset dan menjelaskan liabiliti perniagaan berkenaan Bagaimanakah X dan Y memulakan perniagaannya? A. Francais dan warisan B. Diundang dan francais C. Francais dan pengambilalihan D. Memulakan sendiri dan warisan 14. Koperasi SMK Taman Hijau memperoleh lebihan sebanyak RM15 000 pada tahun semasa. RM5 000 dicadangkan sebagai rizab dan selebihnya diagihkan sebagai rebat. Jumlah belian anggota pada tahun berkenaan ialah RM25 000. Berapakah jumlah rebat yang akan diterima oleh anggota bagi setiap pembelian RM1? A. RM0.10 B. RM0.20 C. RM0.30 D. RM0.40 15. Gambar 1 berkaitan dengan suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan ekonomi. Wang lebihan disimpan Pulangan Tahun 2000 Tahun 2009 Apakah aktiviti tersebut? Gambar 1 A. Pelaburan B. Perniagaan C. Perdagangan D. Pembiayaan 6

16. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kadar dividen syer keutamaan? A. Kadar dividen tinggi jika syarikat memperoleh untung B. Kadar dividen tidak tetap semasa syer tersebut diterbitkan C. Kadar dividen telah ditetapkan semasa syer tersebut diterbitkan D. Kadar dividen berubah setiap tahun mengikut keuntungan syarikat 17. RM10000 telah dimenangi oleh Shamsul. Apakah nasihat yang anda boleh berikan kepada Shamsul sekiranya beliau ingin membuat pelaburan? I Mendapatkan jaminan pulangan yang diperoleh II Mendapat maklumat pelaburan yang lengkap III Mengetahui hak-hak pelabur IV Mempertimbangkan risiko yang akan dihadapi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 18. Antara berikut yang manakah bank badan berkanun? A. B. C. D. 7

19. Gambar 2 menunjukkan sekeping cek. Gambar 2 Apakah jenis cek yang diterima oleh C.Che Anizan? A. Cek terbuka B. Cek pembawa C. Cek berpalang D. Cek kosong 20. Pendahuluan diberi oleh sebuah syarikat kewangan berdasarkan invois jualan yang dikemukakan oleh pelanggan. Apakah kaedah pemberian kredit tersebut? A. Pajakan B. Sewa beli C. Pemfaktoran D. Skim ansuran 21. Maklumat berikut berkaitan dengan jenis risiko. Syarikat Muslimah Sdn Bhd mengeluarkan pelbagai jenis pakaian berfesyen wanita untuk memenuhi citarasa wanita masa kini. Syarikat berkenaan ingin melindungi dirinya terhadap pelbagai risiko kerugian. Antara yang berikut, manakah risiko yang boleh diinsuranskan oleh Syarikat Muslimah Sdn Bhd? A. Risiko hutang lapuk B. Risiko perubahan fesyen C. Risiko ketidakjujuran pekerja D. Risiko kemerosotan permintaan 8

22. Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip insurans. Encik Leiw menginsurankan rumahnya sebanyak RM600 000 setiap satu daripada tiga buah syarikat insurans. Apabila rumahnya musnah akibat kebakaran, setiap syarikat insurans hanya membayar RM200 000 masing-masing. Apakah prinsip tersebut? A. Prinsip sumbangan B. Prinsip subrogasi C. Prinsip penuh percaya mutlak D. Prinsip doktrin sebab hampiran 23. Berikut adalah dialog antara suami dan isteri. Saya takut nak naik kapal terbang. Jangan bimbang. Insurans penerbangan memberi banyak perlindungan kepada kita. Puan Ekem Encik Mawil Apakah perlindungan yang dimaksudkan oleh Encik Mawil? I II III IV Kerosakan dan kemusnahan kapal terbang Kerosakan kargo dan barang Liabiliti terhadap penumpang dan anak kapal Liabiliti terhadap pihak ketiga A. I, II dan III B. I, II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV 9

24. Pengeluaran dapat dijalankan secara besar-besaran dengan adanya pengangkutan. Apakah kesan perkembangan tersebut kepada pengguna? A. Mengurangkan pembaziran B. Mengurangkan harga barang C. Mengurangkan kos pengeluaran D. Mengurangkan kos simpanan stok 25. Mengapakah pengeksport menggunakan kontena untuk menghantar barang ke luar negara walaupun kosnya tinggi? I Kos insurans adalah rendah II Kerja pemunggahan yang mudah III Boleh membawa semua jenis barang IV Kos sewa gudang dan bayaran cukai pelabuhan rendah A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 26. Antara berikut, manakah alat pembayaran yang tidak memerlukan pengirim mengisi borang permohonan? A. Wang pos malaysia B. Kiriman wang ekspres C. Kiriman wang domestik D. Kiriman wang antarabangsa 27. Antara berikut, yang manakah kebaikan menggunakan teleks sebagai alat komunikasi? I Maklumat yang diterima siap dicetak II Maklumat diterima dengan pantas III Dapat menggunakan talian telefon awam IV Maklumat yang diterima disebarkan secara serentak A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 28. Berikut adalah beberapa cara pergudangan membantu perdagangan kecuali A. Mengurangkan kos promosi B. Menstabilkan harga barangan C. Menjamin bekalan yang berterusan D. Membolehkan pengeluaran secara berterusan 10

29. Apakah tujuan penggunaan stok penimbal dalam gudang Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS). I Menjamin bekalan beras yang cukup dan berterusan II Menstabilkan harga beras III Meningkatkan kualiti beras IV Memudahkan eksport beras A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 30. Ciri-ciri gudang penyetoran sejuk ialah I terletak di pintu masuk negara II menyimpan barang-barang mudah rosak III menyimpan barang-barang pukal IV menyimpan barang-barang keperluan harian A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV 31.Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan utama seorang pengeluar mengadakan promosi untuk produk barunya? A. Memperkenalkan barang dan perkhidmatan B. Meningkatkan jualan dan keuntungan C. Menaikkan imej syarikat D. Menyaingi pesaing 32. Apakah kelebihan publisiti berbanding pengiklanan? A. Maklumat terus boleh diperoleh daripada pelanggan B. Maklumat tentang barang mudah diperoleh C. Maklumat yang disampaikan boleh dikawal D. Maklumat yang disampaikan lebih dipercayai 11

33. Berikut adalah maklumat mengenai pemilik sebuah pusat tuisyen. Encik Badrul ialah seorang pemilik Pusat Tuisyen Intelek di Bandar Muadzam Pahang. Pusat ini baru beroperasi pada tahun 2009. Beliau ingin mempromosikan pusat tuisyennya kepada murid di kawasan sekitar dengan kos pengiklanan yang rendah. Apakah media pengiklanan yang paling sesuai? A. Internet B. Sepanduk C. Surat Khabar D. Halaman Kuning 34.Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga semasa memilih media pengiklanan? I Keuntungan jualan II Sasaran pengguna III Jenis barangan IV Luas pasaran A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II. III dan IV 35.Antara agensi kerajaan berikut, yang manakah menjalankan penyelidikan dan pembangunan? A. MARDI dan MATRADE B. SIRIM dan MARDI C. PORIM dan MEDEC D. MARA dan UDA 36.Berikut adalah agensi kerajaan yang terlibat dalam latihan dan pengurusan untuk meningkatkan kemahiran peniaga dan pengusaha dalam pengurusan perniagaan atau institusi mereka kecuali A. UDA Holdings Berhad (UHB) B. Majlis Amanah Rakyat (MARA) C. Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) D. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) 12

37.Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan oleh pengeluar tempatan? A. Menubuhkan SIRIM B. Memberi pelepasan cukai C. Mengenakan duti eksport D. Memberi kemudahan overdraf 38.Antara berikut yang manakah bukan hak pengguna? A. Hak bersuara B. Hak mendapat maklumat C. Hak mendapat ganti rugi D. Hak menentukan harga barang 39.Antara yang berikut, yang manakah tanggungjawab pengeluar? I Menyenaraikan bahan kandungan yang digunakan II Menjual barang dengan harga yang berpatutan III Menggubal kod etika amalan perniagaan IV Menggunakan timbangan yang betul A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 40.Situasi berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna. Puan Jelita telah membeli sejenis krim muka berjenama X. Setelah menggunakan selama tujuh hari, beliau mendapati kulit mukanya kering dan mengelupas. Pihak yang manakah boleh membantu Puan Jelita untuk mendapatkan ganti rugi? A. Tribunal Tuntutan Pengguna B. Kementerian Kesihatan C. Persatuan pengeluar D. Persatuan Pengguna KERTAS SOALAN TAMAT. 13

SULIT 3755/2 3755/2 Perdagangan Kertas 2 September 2009 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PERDAGANGAN Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2.Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B. 3. Tulis jawapan anda dalam Buku Jawapan yang dibekalkan oleh pengawas peperiksaan. 4. Anda boleh menggunakan Kertas Helaian Tambahan jika helaian dalam Buku Jawapan tidak mencukupi. 5. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. 6. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru. 7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh di program. 8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan. @PKPSM Pahang Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat sebelah

SULIT 3755/2 Bahagian A [ 75 markah ] Jawab tiga soalan sahaja. 1. (a) (i) Terangkan maksud pengkhususan. [ 3 markah ] (ii) Dialog di bawah adalah antara Irwan dan Bakri iaitu dua orang pekerja di sebuah kilang membuat kasut. Irwan: Aku ingat hendak berhenti kerja hujung bulan ini. Bakri: Kenapa. Kamu dapat kerja baru ke. Irwan: Tak. Tapi aku rasa sudah bosan sebab selama 10 tahun kerja di kilang ini kena membuat kerja yang sama sahaja setiap hari. Selain daripada bosan, terangkan kelemahan lain akibat pengkhususan di kilang membuat kasut tersebut. [ 5 markah ] (b) Rajah 1 di bawah berkaitan dengan cabang pengeluaran. Pengeluaran Perusahaan Perdagangan Khidmat Langsung P Q R Rajah 1 Terangkan jenis cabang perusahaan P, Q dan R di atas? [ 9 markah ] (c) Terangkan perkaitan di antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan. [ 8 markah ] 2

SULIT 3755/2 2. (a) Maklumat di bawah menunjukkan kegiatan memecah pukal yang berlaku di dalam sebuah gudang pemborong. Pekerja A menimbang Pekerja B membungkus Pekerja C melabel Terangkan fungsi pemborong kepada pengeluar dalam saluran agihan selain memecah pukal. [6 markah] (b) Maklumat berikut adalah berkaitan seorang peruncit iaitu Encik Johari. Encik Johari seorang peruncit di bandar Maran. Beliau membenarkan konsainor iaitu pembekal roti berjenama Seri dari Temerloh meletakkan roti di kedainya untuk dijual. Encik Johari hanya menerima komisen daripada jualan roti tersebut. (i) Nyatakan jenis kaedah jualan di atas. [ 1 markah ] (ii) Nyatakan kekurangan kaedah jualan yang dinyatakan (i) di atas kepada konsainor. [ 5 markah ] (c) Rajah di bawah adalah barangan yang dibeli secara sewa beli oleh Puan Huda. Sri Tanjung Komputer Jenama: Dell X2020 Harga: RM2400 Pendahuluan: 10% daripada harga Faedah: 5% setahun (i) Hitungkan ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Puan Huda dalam tempoh setahun. [4 markah ] (ii) Nyatakan kekurangan kaedah sewa beli kepada Puan Huda. [ 3 markah ] 3

SULIT 3755/2 (d) Terangkan faktor pemilihan kaedah jualan yang sesuai bagi membantu Sri Tanjung Komputer meningkatkan jualan. [ 6 markah ] 3. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan perniagaan antarabangsa? [ 3 markah ] (ii) Maklumat berikut adalah perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan New Zealand. Kelapa sawit dieksport dan hasil Malaysia tenusu diimport. M New Zealand Terangkan sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa di atas? [ 10 markah ] (b) Terangkan tiga kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengeluar. [ 6 markah ] (c) Terangkan kepentingan Industri Kecil dan Sederhana kepada pengguna. [ 6 markah ] 4. (a) Rajah 2 menunjukkan cara pengendalian perniagaan dari segi pengurusan pelanggan. Pengurusan pelanggan Mengenalpasti jenis pelanggan Mengetahui sifat pelanggan Mengetahui cara melayan pelanggan Rajah 2 Nyatakan empat cara untuk melayan pelanggan. [ 4 markah ] (b) Terangkan tiga kelebihan Syarikat Awam Berhad. [ 6 markah ] 4

SULIT 3755/2 (c) Maklumat berikut adalah berkaitan pelaburan yang dibuat oleh Encik Hanafi. Jerantut. Seorang usahawan muda iaitu Encik Hanafi telah membelanjakan sejumlah RM2.5 juta untuk membeli 10 hektar tanah untuk diusahakan dalam bidang pertanian dan penternakan. Ini merupakan pelaburan untuk masa depan beliau dalam bidang berkenaan. Terangkan jenis pelaburan yang dibuat oleh Encik Hanafi. [ 7 markah ] (d) Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip insurans. Situasi 1 Situasi 2 Encik Rahman menginsuranskan rumah kediaman tunangnya kerana beranggapan mereka akan menjadi suami isteri nanti. Encik Malik menginsuranskan kedainya daripada kebakaran dan menyatakan kedainya diperbuat daripada batu dan bukan daripada kayu. (i) Adakah situasi 1 dan situasi 2 menepati dengan prinsip insurans? [ 2 markah ] (ii) Terangkan prinsip insurans yang perlu dipatuhi dalam situasi 1 dan situasi 2 di atas. [ 6 markah ] 5. (a) Nyatakan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). [ 4 markah ] (b) (i) Terangkan peranan pergudangan dalam perniagaan. [ 8 markah ] (ii) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis gudang. 5

SULIT 3755/2 Encik Yaacob telah mengimport 10 buah kereta mewah dari Korea Selatan. Kereta tersebut disimpan di dalam sebuah gudang berbon sebelum dapat dikeluarkan dan di bawa ke kedainya Terangkan kepentingan gudang di atas kepada Encik Yaacob. [ 5 markah ] (c) Petikan berikut berkaitan dengan dasar kerajaan. adalah menjadi dasar kerajaan untuk mengawal pengiklanan seperti rokok dan minuman keras disiarkan di televisyen. Selain itu kerajaan juga menentukan kandungan iklan yang tidak mengandungi unsur seks atau bersifat perkauman. Selain daripada dasar kerajaan, terangkan faktor-faktor lain dalam pemilihan media pengiklanan. [ 8 markah ] 6

SULIT 3755/2 Bahagian B [ 25 markah ] Soalan ini wajib dijawab.. Berbekalkan pengalaman selama 20 tahun dalam perniagaan runcit, Encik Azam telah bertekad untuk melaburkan wang hasil perniagaannya sebanyak RM1.5 juta dan membuat pinjaman daripada bank untuk membuka perniagaan secara besar-besaran. Lokasi yang dipilih untuk mendirikan perniagaan tersebut adalah di Taman Mewah, Maran. Ini adalah kerana ianya adalah kawasan perumahan yang mempunyai penduduk yang ramai dan rata-rata penghuninya mempunyai pendapatan yang tinggi. Tambahan lagi ianya terletak di kawasan bandar Maran. Dalam usaha untuk melengkapkan dan menyiapkan bangunan perniagaan itu, Encik Azam telah mempertimbangkan dua cara untuk mendapatkan kemudahan 5 unit jentera dan 50 unit komputer tersebut iaitu melalui syarikat pajakan atau membeli secara tunai. Secara tidak langsung Encik Azam dapat menjimatkan kos operasi memandangkan beliau baru mula bertapak dalam perniagaan besar-besaran itu. Selepas 3 tahun dibina, premis kepunyaan Encik Azam boleh mula beroperasi. Sebagai langkah awal untuk memperkenalkan perniagaannya beliau telah mengadakan pelbagai jenis promosi jualan sebagai daya tarikan untuk pelanggan berkunjung. Promosi tersebut diadakan dalam tempoh 3 bulan bermula pada bulan pelancarannya. Pelanggan yang membuat belian melebihi RM50 akan mendapat satu kupon dan layak menyertai cabutan bertuah berupa Kereta Persona dan lain-lain hadiah yang menarik menanti pengunjung yang datang. Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran dan kakitangannya, Encik Azam telah meminta kerjasama badan kerajaan seperti MARA dan NPC (Perbadanan Produktiviti Negara) dalam usaha memajukan dan mempertingkatkan lagi perniagaannya. Begitu juga sumber kewangan yang masih belum mencukupi untuk memperkembangkan lagi perniagaannya. Ini adalah sebagai langkah menjadikan perniagaannya dikenali ramai bukan setakat di bandar Maran sahaja. Encik Azam mensasarkan menjelang 2020 beliau akan menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya di Pahang. 7

SULIT 3755/2 Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) (i) Cadangkan jenis perniagaan besar-besaran yang sesuai dipilih oleh Encik Azam [ 1 markah ] (ii) Nyatakan ciri-ciri jenis perniagaan besar-besaran yang dinyatakan (i) di atas. [ 5 markah ] (b) Tentukan cara pembelian yang sesuai dipilih oleh Encik Azam. Berikan alasan anda. [ 5 markah ] (c) Terangkan tiga promosi jualan kepada pengguna yang boleh dilakukan oleh Encik Azam. [ 6 markah ] (d) Huraikan peranan agensi MARA dan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) untuk membantu memajukan perniagaan Encik Azam. [ 8 markah ] KERTAS SOALAN TAMAT 8