SYEIKH NUH JAMALUDDIN AL-KELANTANI : PENYAMBUNG SANAD TOK SENGORA

dokumen-dokumen yang mirip
DATA-DATA TOKOH ULAMA TAJWID TERSOHOR DI ALAM MELAYU

ANALISIS PENGAMALAN TARIQ AL-SYATIBI DI MALAYSIA : KAJIAN TERHADAP KITAB TOK MAT PINTU GENG

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Bacaan Khusus Riwayat Hafs Menurut Tariq al-shatibiyyah

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Ulasan Buku/Book Review

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KERTAS KERJA SEMINAR QIRAAT KEBANGSAAN 2011

Sulaiman bin Hasan Al Jamzury. Terjemah Matan Tuhfatul Athfal Wal Ghilman

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL- QURAN DAN AL-SUNNAH 2014 MINGGU KE-3

KERTAS CADANGAN BAGI SEMINAR KEMBANGSAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TAJUK : AL-QURAN: MEMARTABATKAN & MENGIKTIRAF AHLINYA DI

Jabatan Usuludin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

KULIT BUKU Depan

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-5

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

ADAT ISTIADAT PERKAHWTNAN ORANG MELAYU LAMA DI MELAKA

: SMA Nurul Islam : KFT4002 : 1956 : Sekolah Harian : Menengah Bawah dan Atas

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENfBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

VAKSINASI UMMAH. menerusi jalan dakwah

ILMU TAJWID QBA Program Pensiswazahan Guru

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

Haji Awang Ibrahim Bin Haji Awang Ismail. Guru Agama Pertama Brunei Oleh: Zaemul Khairi Zamhari

PENUTUP: KESIMPULAN DAN SARANAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PEKAN GURUN Gurun, Kedah Darul Aman. Tel : Fax : MOTO SEKOLAH : ILMU SULUH HIDUP

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

TEKNIK TUANGAN LOGAM Dl DALAM PENGHASILAN KARYA ARCA

SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

Hak Cipta Terpelihara :

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

PENGERTIAN dan HUKUM ILMU TAJWID

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

UST.HJ.MOHD SALEH BIN RAMLI PENSYARAH MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG BAHAGIAN 2

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT: PENGALAMAN DI UIAM ABSTRAK

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS REKA CIPTA TINGKATAN 4

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

SMKA Segamat, 17 April : Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamad Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat diiringi Uzh. Mariatul Kaptiah Binti Mohd.

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

LEMBAGA TABUNG HAJI NEGERI KEDAH DARUL AMAN KURSUS ASAS HAJI (KAH) 1438H/2017M

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

USRAH & HALAQAH AL- QUR AN

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU KELANTAN. A. Sejarah Berdiri Dan Latar Belakang Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu

BAB TIGA PENGENALAN IMAM WARSH. Warsh adalah seorang perawi qira: a:t al-qur a:n yang terkenal pada

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LEMBAGA TABUNG HAJI NEGERI KEDAH DARUL AMAN KURSUS ASAS HAJI (KAH) 1439H/2018M

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JAWI. Warisan Warga Alam Melayu. Muhammad Bukhari Lubis Makmur Haji Harun Alizah binti Lambri

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB KEEMPAT ANALISIS DATA. Di dalam usaha untuk memperincikan kemahiran tilawah al-qur an al-karim,

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PEGAWAI PERUBATAN TETAP

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

ILMU QIRAAT MODUL 2. Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 2013

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TAJWID KBM 1

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UCAPAN YBHG DATUK IR (DR) ABDUL RAHIM BIN HJ HASHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

PIMKU 11 PENDIDIKAN ISLAM GOLONGAN MASALAH PENDENGARAN : TINJAUAN AWAL ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF GURU

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

(Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk muka hadapan)

Melaka. Negeri Maju: Perspektif Pendidikan

1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Transkripsi:

SYEIKH NUH JAMALUDDIN AL-KELANTANI : PENYAMBUNG SANAD TOK SENGORA Shaharuddin bin Saad shaharuddin@kuis.edu.my Dr Farhah Zaidar Mohamed Ramli Fakulti Peradaban dan Pemikiran Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Dr Sidek Ariffin Jabatan Al-Quran Dan Al-Sunnah Universiti Malaya Abstrak Nuh Jamaluddin al-kelantani merupakan seorang tokoh Ilmu Tajwid yang amat penting di dalam sejarah perkembangan dan penulisan Ilmu Tajwid. Ketokohannya dan kehebatannya amat jelas apabila kita mengkaji kitab-kitab Tajwid lama di Alam Melayu khususnya di Malayisa. Hasil pendapatan dari kajian oleh tokoh-tokoh seperti almarhum Hj Wan Saghir mendapati dan mengakui bahawa pengkaryaan kitab Tajwid di kalangan ulama-ulama Melayu sudah bermula semenjak tahun 1780 an lagi apabila kajian mendapati kitab Tajwid pertama di Alam Melayu dikarang oleh Syeikh Abdul Mukti berjudul Mir atul Quran pada tahun 1779. Di samping kitab Tajwid yang paling tebal dan dianggap paling lengkap dikarang oleh Tok Senggora berjudul Mawrid al-dham an yang merupakan sanad terbesar tersebarnya Ilmu Tajwid Di Malaysia, maka penyambung sanadnya ialah Syeikh Nuh Jamaluddin al-kelantani. Persoalan yang timbul di dalam masyarakat kita khususnya di Malaysia hari ini ialah, sejauhmanakah masyarakat mengenali dan mengetahui tentang munculnya ulama-ulama Melayu seperti Syeikh Nuh Jamaluddin al-kelantani ini yang hebat dan menguasai khususnya di dalam bidang Tajwid dana mat pakar dalam bidang qiraat sehingga mampu menghasilkan dua buah kitab. Bertitik tolak dari persoalan inilah penulis akan menggetengahkan kajian ini demi memberi maklumat kepada masyarakat Malaysia khususnya berkaitan perkembangan penulisan kitab-kitab Tajwid lama dan ulama-ulama sebelum ini. Metodologi yang akan digunakan oleh penulis ialah metode pensejarahan dan metode dokumentasi. Semoga dengan terhasilnya kajian ini akan menjelaskan dan memperkenalkan kepada masyarakat berkaitan perkembangan dan metodologi penulisan kitab Tajwid terawal lama di Alam Melayu selain memperkenalkan juga tokoh ulama Melayu di dalam bidang ini iaitu Syeikh Nuh Jamaluddin al-kelantani. Semoga dengan kajian dan pembentangan ini dapat membantu menjelaskan kepada masyarakat tentang tokoh in dan kitabnya iaitu Tuhfatul al-sibyan fi Tajwid al-quran dan al-durrah al-muntakhabah fi Riwayat Syu bah. Pendahuluan Para ulama di alam Melayu telah memainkan peranan penting dalam penyebaran dan perkembangan Islam. Sumbangan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Keilmuan dan pengetahuan yang dimiliki dalam pelbagai bidang keilmuan menjadikan peranan mereka lebih besar terhadap masyarakat dan negara. Di saat masyarakat mencari arah dan tujuan hidup, mereka menjadi petunjuk dan pembimbingnya dan di saat masyarakat dalam kejahilan, mereka menjadi guru yang memandu ke arah kebenaran. Al-Quran merupakan kitab suci dan panduan hidayah kepada manusia. Terkandung di

dalamnya pelbagai ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia dan kandunganya tersebut sesuai untuk sepanjang zaman. Sumber al-quran inilah yang melahirkan ulamaulama yang mahir dalam pelbagai ilmu pengetahuan, termasuk Ilmu Tajwid yang merupakan salah satu cabang daripada ilmu al-quran. Di antara ulama Malaysia yang mahir dan menguasai bidang Tajwid seperti Syeikh Muhammad bin Ahmad al-kelantani 1, Syeikh Dato Haji Muhammad Nor Ibrahim, Syeikh Dat Haji Ismail Yusof, Syeikh Haji Ismail Mahmud dan ramai lagi. Di dalam kertas kerja ini, penulis akan memperkenalkan seorang tokoh di kalangan mereka yang terlibat dan mahir dalam bidang Tajwid al-quran. Beliau adalah Syeikh Nuh Jamaluddin al-kelantani dan merupakan seorang ulama dalam bidang Tajwid yang telah menghasilkan dua buah karya Tajwid yang lengkap. Biodata Syeikh Nuh Jamaluddin Al-Kelantani Nama penuh beliau ialah Syeikh Nuh bin Haji Jamaluddin bin Haji Abdul Qadir bin Senik al-kelantani. Beliau dilahirkan pada tahun 1896. Tarikh tepat tentang kelahirannya tidak dapat diketahui dari mana-mana rujukan. Beliau merupakan adik kepada Haji Ahmad Hafiz 2. Bondanya bernama Hajah Maryam binti Pak Maras, manakala ayahnya Haji Jamaluddin yang merupakan seorang guru pondok yang berjasa di Mukim Paya Mengkuang, daerah Perupuk Bachok, Kelantan. Ayahnya juga berjaya mendidik dan melahirkan ramai guru agama pelapis termasuk Haji Seman Sering atau dikenali dengan Syeikh Uthman Jamaluddin al-kelantani 3. Pendidikan awalnya sebelum berangkat ke Mekah ialah beliau berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kubang Kerian. Beliau tidak sempat berguru dengan ayahnya sendiri kerana ayahnya meninggal dunia. Tidak dapat dipastikan beliau menghafaz al-quran pada usia berapa tahun. Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1919 Masihi dan menetap dan berguru di sana selama 30 tahun. Beliau belajar dengan beberapa orang guru, termasuk Tok Senggora dan beliau berjaya mendapat ijazah Qiraat Tujuh dan Sepuluh. Selain dari itu beliau juga turut berguru dengan Tok Shafie Kedah di dalam Ilmu Tasawuf. Beliau merupakan tokoh Qurra dan guru tahfiz di Mekah sekitar tahun 30-an sehingga 40-an. Beliaulah yang menyambung khidmat keguruan Tok Senggora selepas kematian gurunya itu 4. Mulai tahun 1944, beliau telah dilantik menjadi guru tahfiz di Madrasah Dar al-ulum al-diniah. Beliau berkhidmat sehingga akhir hayatnya iaitu selama lebih kurang empat tahun. Di antara anak-anak muridnya ialah Dato Ismail Yusof 5, Haji Ismail Qurra Kubang Kaki Rantau Panjang, Haji Ismail Qurra Kampung Dagar Pasir Mas, Haji Ismail Mahmud Hadyai, Pak Su Haji Ismail Kota Bharu, Haji Hasan Hafiz Kuala Sungai Baru 6, Haji Hasan Qurra Besut, Haji Hasan Pondok Ketereh, Haji Wan Hasan Alor Keladi Besut, Dato Haji Mohd Nor Ibrahim 7 dan lain-lain lagi. 1 Digelar dengan nama Tok Mat Pintu Geng dan pengarang kitab Muqaddimah al-mubtadi fi Tajwid al-quran pada tahun 1922. 2 Beliau merupakan guru quran terbalik di Masjid Kayu Kota Bharu (1917-1921) yang kemudiannya dilantik menjadi imam di masjid yang sama. Berkhidmat sehingga meninggal pada 26 April 1943. 3 Ismail Che Daud (2007), Tokoh-tokoh Ulam Malayu Semenanjung II, Edisi Kedua, hlm 525. 4 Tok Senggora meninggal pada tahun 1930. 5 Bekas Mufti Kelantan. 6 Bekas Mufti Melaka. 7 Bekas Mufti Kelantan.

Tokoh ini meninggal dunia di Mekah pada usia 53 Tahun di Kampung Shi ab Ali pada waktu azan Subuh sedang berkumandang iaitu pada 21 Rejab 1367 Hijrah bersamaan 29 Mei 1948. Beliau meninggalkan lapan orang anak, dua perempuan dan enam lelaki. Tiga orang puteranya Haji Abdullah, Haji Abdul Aziz dan Haji Hashim juga terkenal sebagai hafiz-hafiz yang dihormati 8. Karya-Karya Penulisan Yang Dihasilkan Syeikh Nuh Jamaluddin al-kelantani merupakan tokoh ulama hebat di dalam bidang Ilmu Tajwid dan Qiraat. Selain beliau mengajar di masjid bertalqqi dan bermusyafahah, beliau telah mengahasilkan dua buah kitab iaitu sebuah kitab tajwid dan sebuah kitab qiraat yang lengkap. Kitab tajwidnya bertajuk Tuhfatul al-sibyan fi Tajwid al-quran dan kitab qiraatnya bertajuk al-durrah al-muntakhabah fi Riwayat Syu bah. Pengenalan Kitab Tuhfah Al-Sibyan Fi Tajwid Al-Quran Kitab ini siap dicetak kali pertama pada tahun 1935 dengan beberapa syarikat penerbitan. Tarikh ini diambil di bahagian hadapan halaman kitab beliau. Pada tangan penulis ada tiga buah kitab beliau yang dicetak oleh percetakan al-ma arif Sendirian Berhad, Percetakan Achin Sabtariyyah Pulau Pinang dan Maktabah wa Matba ah Muhammad al-huda wa Awladuh. Ketiga-tiga buah kitab mencatatkan tahun 1354 hijrah. Ia membawa maksud kitab ini dicetak adalah pada tahun 1354 hijrah bersamaan dengan tahun 1935 masihi dan mengandungi 25 muka surat bercetak tidak termasuk halaman hadapan dan belakang. Metod Penyusunan Isi Kandungan Gaya dan kaedah penyusunannya adalah dimulai dengan sedikit muqaddimah menghuraikan tentang hukum-hukum berkaitan bacaan al-quran dengan disertakan dalil daripada al-quran dan Hadis. Selain dari itu pengarang Syeikh Nuh juga membahaskan tentang kesalahan-kesalahan di dalam bacaan al-quran dan faedah-faedah mempelajari hukum tajwid. Seterusnya pengarang Syeikh Nuh memulakan perbahasan dengan menyusun babbab dan di bawah setiap bab mempunyai fasal-fasal tertentu. Susunan bab-bab ini adalah seperti berikut: Bil Bab 1 Bab Isti azah 2 Bab Basmalah 3 Bab Huruf Fasal Fi Makharij al-huruf Fasal Fi Sifat al-huruf Fasal Fi al-sifat al- Aridhah Fasal Fi Tafkhim Ba dha al-huruf wa Tarqiqah 4 Bab Fi Ahkam al-nun al-sakinah wa al-tanwin Fasal fi al-ikhfa Fasal fi al-iqlab 8 Ibid, Ismail Che Daud, hlm 531.

Fasal fi al-idgham Ma al Ghunnah Fasal fi al-idgham Bila Ghunnah Fasal fi Idgham al-mithlayn Fasal fi Idgham al-mutajanisayn Fasal fi Idgham al-mutaqaribayn 5 Bab Mad wa al-qasr Fasal fi al-mad al-muttasil Fasal fi al-mad al-munfasil Fasal fi al-mad al- Aridh li al-sukun Fasal fi al-mad al-lazim Fasal fi Ha al-dhamir 6 Bab al-qaqf wa al-ibtida wa al-qars 7 Bab fi Fadhilah Tilawah al-quran wa ma Yazkuru Ma aha 8 Khatimah fi ma Yata allaqu bi Khatmi al-quran Metodologi Perbahasan Setiap Bab Perbahasan pada setiap bab akan dimulai dengan huraian berkaitan ta rif bab atau fasal itu. Contohnya perbahasan di dalam fasal fi idgham al-mutaqaribayn, berkata pengarang syeikh Nuh ini fasal pada menyatakan idgham mutaqaribayn dan bermula demikian itu dengan bahawa berhampiran dua huruf pada makhraj dan sifat seperti lam dengan ra pada umpama قل ربي atau pada makhraj jua tiada pada sifat seperti dal dengan sin pada قد سمعumpama atau pada sifat jua tiada pada makhraj seperti sin dengan syin pada umpama سبيال. العرش Setelah perbahasan berkaitan ta rif dengan disertakan semua contohcontoh pada ta rif itu pengarang Syeikh Nuh juga membahaskan tentang bacaan riwayat Hafs contohnya dan Hafs tiada idgham ia daripada mutaqaribayn melainkan dua huruf ألم dan qaf pada kaf pada firmannya taala pada mursalat قل ربي jua lam pada ra seperti shahdan tiada khilaf antara mereka itu pada idgham qaf pada kaf dan bermula نخلقكم khilaf antara mereka itu pada sempurnakan sifat isti la qaf maka menjalani oleh jumhur kepada idgham semata-mata daripada ketiadaan kekal sifatnya dan ialah terlebih asah pada riwayat dan terlebih awjuh pada qiyas dan telah menjalani oleh maki kepada kekal sifatnya dan atasnya iqtisar ia pada ri ayah. Berdasarkan kepada pembacaan penulis pada kitab ini maka terserlahlah kemantapan, kehebatan Syeikh Nuh berkaitan penguasaan beliau di dalam ilmu Tajwid serta perbahasan khilaf-khilaf pada qiraat. Kesimpulan Berdasarkan kepada maklumat yang telah didedahkan oleh penulis di atas, dapat dinyatakan bawah Syeikh Nuh Jamaluddin adalah merupakan salah seorang ulama yang hadir di alam Melayu untuk memberikan sumbangan yang sangat besar kepada perkembangan penulisan dan pengajaran khususnya di dalam bidang Ilmu Tajwid dan Qiraat. Sumbangannya yang amat jelas apabila dilihat melalui anak-anak muridnya yang ramai, malah ramai di kalangan mereka menghasilkan karya-karya yang terbaik khususnya di dalam bidang Ilmu Tajwid. Sumbangannya juga, bukan hanya dikhususkan kepada sebangsa sahaja, bahkan untuk keperluan seluruhnya dunia Islam atau ditujukan kepada keseluruhan umat Islam. Ini kerana beliau merupakan guru dan pakar rujuk di kalangan pelajar yang belajar di Mekah pada ketika itu. Maka, segala ilmu yang dicurahkan dalam segala bidang khususnya dalam bidang yang paling dikuasainya iaitu Ilmu Tajwid dan Qiraat memberikan satu bentuk sumbangan yang tidak boleh dipertikaikan lagi

kepentingannya. Ternyata kehebatannya, Syeikh Nuh Jamaluddin dari sudut keturunan dan peribadi yang dimiliki telah menjadikan beliau sebagai seorang yang menguasai ilmu dan pengetahuan sehingga menjadi seorang tokoh ulama yang alim, selain mendapat sokongan, dorongan dan dokongan daripada ahli keluarga khususnya bapa beliau sendiri yang bersusah payah untuk mendidik dan memberi didikan yang terbaik kepada zuriatnya sehingga lahirlah seorang tokoh yang telah memberikan jasa yang tidak ternilai harganya. Semoga, sedikit pendedahan penulis berkaitan Syeikh Nuh Jamaluddin ini akan membuka minda kita dengan melihat kepada kesungguhan dan keiltizaman beliau mengharungi dunia yang luas untuk mencari dan mendapatkan ilmu, dengan tekad akan menyebarluaskan ilmu tersebut untuk kepentingan bersama. Rujukan Bahasa Melayu Abd Allah Muhammad Qasim Al-Sanquri (2004), Mawrid Al-Zam an Fi Ma Yata allaqu Bi Tajwid Al-Qur an, Kuala Lumpur, Khazanah Al-Fataniyyah. Muhammad Nur Mufti Hj Ibrahim (2004), Suluhan Darul Naim Bagi Penuntut Bacaan Nafi Bin Abi Na im, Kuala Lumpur, Khazanah Al-Fataniyyah. Muhammad bin Ahmad al-kelantani(1922), Muqaddimah al-mubtadi fi Tajwid al-quran, Kota Bharu, Percetahan al-ahliyyah. Ahmad Fathy al-fatani (2002), Ulama Besar dari Patani, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail Che Daud (2007), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu. Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, C.1, Kuala Lumpur, Khazanah Fathaniyah. Wan Mohd Shaghir Abdullah (1999), Penyebaran Islam & Silsilah Ulama sejagat Dunia Melayu, C.1, Kuala Lumpur, Khazanah Fathaniyah. Wan Mohd Shaghir Abdullah (2002), Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, C.1, Kuala Lumpur, Khazanah Fathaniyah.