UNDANG-UNDANG MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Undang-Undang Malaysia

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PILIHAN RAYA 1958

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/96 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyiaran 1988.

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 (Akta 521) SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 666

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG EKSTRADISI 1991

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

RANG UNDANG-UNDANG SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

D.R. 7/93 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Bekalan Elektrik (Pindaan) 1 D.R. 11/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

D.R. 21/98 RANG UNDANG-UNDANG FRANCAIS 1998

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

D.R. 19/92 RANG UNDANG-UNDANG HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) Naskhah Sahih Bahasa Malaysia. 7. Tempoh lesen.

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 D.R. 35/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) D.R. 43/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 7/98 RANG UNDANG-UNDANG KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

RANG UNDANG-UNDANG PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1993

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 563 AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2 AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 Tarikh Perkenan Diraja 18 Jun 1997 Tarikh penyiaran dalam Warta 30 Jun 1997

3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 563 AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II KESALAHAN 3. Capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer 4. Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut 5. Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer 6. Komunikasi salah 7. Pensubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan 8. Anggapan BAHAGIAN III PERUNTUKAN SAMPINGAN DAN AM 9. Skop wilayah kesalahan di bawah Akta ini 10. Kuasa penggeledahan, penyitaan dan penangkapan 11. Menghalang penggeledahan 12. Pendakwaan

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 563 AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berhubungan dengan penyalahgunaan komputer. [1Jun 2000 P.U. (B) 175/2000] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jenayah Komputer 1997. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 563 program ertinya data yang merupakan arahan atau penyataan, apabila dilakukan dalam suatu komputer, menyebabkan komputer itu melaksanakan suatu fungsi; data ertinya representasi maklumat atau konsep yang disediakan atau telah disediakan dalam bentuk yang sesuai bagi kegunaan dalam suatu komputer; fungsi termasuk logik, kawalan, aritmetik, hapusan, storan dan dapatan semula dan komunikasi atau telekomunikasi kepada, daripada atau dalam sesuatu komputer; komputer ertinya suatu peranti elektronik, magnet, optik, elektrokimia, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan, yang melaksanakan fungsi logik, aritmetik, storan dan paparan, dan termasuk apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali bersama dengan suatu peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf berautomat, atau suatu mesin kira pegang tangan mudah alih atau peranti seumpama yang lain yang tidak boleh diprogram atau yang tidak mengandungi apa-apa kemudahan storan data; output komputer atau output ertinya suatu penyataan atau representasi samada berbentuk tulisan, cetakan, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain (a) dihasilkan oleh suatu komputer; (b) dipapar di skrin suatu komputer; atau (c) diterjemah dengan tepat daripada suatu penyataan representasi yang dihasilkan itu; atau premis termasuk tanah, bangunan, binaan boleh alih dan apa-apa pengangkutan melalui jalan darat, air dan udara;

Jenayah Komputer 7 rangkaian komputer ertinya saling sambungan talian komunikasi dan litar dengan suatu komputer atau suatu kompleks yang terdiri daripada dua atau lebih komputer yang tersaling sambung. (2) Bagi maksud Akta ini, seseorang mendapat capaian kepada mana-mana aturcara atau data yang disimpan dalam komputer sekiranya, dengan menyebabkan komputer itu melaksanakan apa-apa fungsi, dia (a) mengubah atau memadamkan program atau data; (b) menyalin atau mengalihnya ke mana-mana bahan tara storan selain daripada di mana ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahan tara storan di mana ia disimpan; (c) menggunakannya; atau (d) menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia disimpan sama ada dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa cara lain, dan rujukan kepada capaian kepada suatu program atau data dan kepada suatu niat untuk mendapat capaian sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya. (3) Bagi maksud perenggan (2)(c), seseorang mengguna sesuatu program sekiranya fungsi yang dia menyebabkan komputer itu melaksana (a) menyebabkan program itu dilakukan; atau (b) ia sendirinya adalah fungsi sesuatu program itu. (4) Bagi maksud perenggan (2) (d), bentuk apa-apa program atau data dioutput dan khususnya samada ia merupakan suatu bentuk yang dalam hal suatu program, boleh dilaksanakan atau dalam hal data, boleh diproses oleh komputer atau tidak adalah tidak material.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 563 (5) Bagi maksud Akta ini, capaian dalam apa-apa bentuk oleh mana-mana orang kepada apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer adalah tanpa kuasa sekiranya (a) dia sendiri tidak berhak untuk mengawal capaian dalam bentuk yang berkenaan kepada program atau data itu; dan (b) dia tidak mempunyai keizinan atau melebihi apa-apa hak atau kebenaran untuk mencapai olehnya dalam bentuk yang berkenaan kepada program atau data itu daripada manamana orang yang berhak. (6) Suatu rujukan dalam Akta ini kepada apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer termasuk rujukan kepada apaapa program atau data yang disimpan dalam mana-mana bahan tara storan yang boleh tanggal yang sedang berada dalam komputer. (7) Bagi maksud Akta ini, suatu pengubahsuaian kandungan mana-mana komputer berlaku sekiranya, dengan pengendalian apaapa fungsi komputer yang berkenaan atau mana-mana komputer yang lain (a) apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer berkenaan diubah atau dipadamkan; (b) apa-apa program atau data dimasukkan atau ditambahkan kepada kandungannya; atau (c) apa-apa kejadian yang berlaku yang mencacatkan pengendalian normal mana-mana komputer, dan apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya suatu pengubahsuaian hendaklah disifatkan sebagai melakukannya. (8) Apa-apa pengubahsuaian yang disebut dalam subseksyen (7) adalah tanpa kuasa sekiranya (a) orang yang perbuatannya menyebabkan begitu dengan sendirinya tidak berhak untuk menentukan sama ada pengubahsuaian itu patut dibuat; dan

Jenayah Komputer 9 (b) dia tidak mendapat keizinan ke atas pengubahsuaian daripada mana-mana orang yang berhak. itu (9) Suatu rujukan dalam Akta ini kepada suatu program termasuklah rujukan kepada sebahagian daripada suatu program. (10) Suatu rujukan dalam Akta ini kepada suatu komputer termasuklah rujukan kepada suatu rangkaian komputer. BAHAGIAN II KESALAHAN Capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer 3. (1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya (a) dia menyebabkan suatu komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk mendapat capaian kepada manamana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer; (b) capaian yang dia berniat untuk mendapatkan adalah tanpa kuasa; dan (c) dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan fungsi itu, demikian berlakunya. (2) Niat seseorang itu untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak perlu ditujukan kepada (a) mana-mana program atau data yang tertentu; (b) suatu bentuk program atau data yang tertentu; atau (c) suatu program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang tertentu.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 563 (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut 4. (1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini sekiranya dia melakukan suatu kesalahan yang disebut dalam seksyen 3 dengan niat (a) untuk melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; atau (b) untuk memudahkan berlakunya kesalahan itu sama ada olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain. (2) Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada kesalahan yang seksyen ini terpakai dilakukan pada masa yang sama apabila capaian tanpa kuasa itu didapati atau pada bila-bila masa hadapan. (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana computer 5. (1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya dia melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa akan kandungan mana-mana komputer. (2) Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidak ditujukan kepada

Jenayah Komputer 11 (a) mana-mana program atau data yang tertentu; (b) suatu bentuk program atau data; atau (c) suatu program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang tertentu. (3) Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada suatu pengubahsuaian tanpa kuasa berlaku, atau yang dikehendaki berlaku, kekal atau hanya sementara. (4) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan niat menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan. Komunikasi salah 6. (1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung suatu nombor, kod, kata laluan atau cara capaian yang lain kepada suatu komputer kepada mana-mana orang selain daripada orang yang kepadanya dia diberi kuasa dengan sempurnanya untuk berkomunikasi. (2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pensubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan 7. (1) Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 563 melakukan kesalahan itu dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. (2) Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu: Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan hendaklah tidak melebihi satu perdua tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Anggapan 8. Seseorang yang ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa program, data atau maklumat lain yang disimpan dalam mana-mana komputer atau didapatkan semula daripada mana-mana komputer yang berkenaan dengannya dia tidak berkuasa untuk ada dalam jagaan atau kawalannya, hendaklah disifatkan telah memperoleh capaian tanpa kuasa kepada program, data atau maklumat itu melainkan sekiranya dibuktikan sebaliknya. BAHAGIAN III PERUNTUKAN SAMPINGAN DAN AM Skop wilayah kesalahan di bawah Akta ini 9. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah, berhubung dengan manamana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, mempunyai kuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat dalam Malaysia.

Jenayah Komputer 13 (2) Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai sekiranya, bagi kesalahan yang dipersoalkan, komputer, program atau data itu berada di Malaysia atau yang boleh disambung kepada atau dihantar kepada atau digunakan oleh atau dengan suatu komputer di Malaysia pada masa yang material itu. (3) Apa-apa pembicaraan terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menghalang perbicaraan yang kemudian terhadap seseorang itu bagi kesalahan yang sama sekiranya kesalahan itu telah dilakukan dalam Malaysia adalah menghalang perbicaraan selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan ekstradisi orang, berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia. Kuasa penggeledahan, penyitaan dan penangkapan. 10. (1) Apabila didapati oleh seseorang Majistret daripada maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana premis ada apa-apa keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh, dengan waran yang diarahkan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, memberi pegawai itu kuasa untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu, dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan sedemikian dan dia hendaklah berhak untuk (a) mendapat capaian kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer, atau mendapat capaian kepada, memeriksa atau menyemak pengendalian, mana-mana komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; (b) menghendaki (i) orang yang olehnya atau yang bagi pihaknya pegawai polis itu mempunyai sebab yang

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 563 munasabah untuk mengesyaki komputer itu digunakan atau telah digunakan; atau (ii) mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab bagi atau sebaliknya berurusan dengan pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberikannya bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud perenggan (a); dan (c) menghendaki apa-apa maklumat yang terkandung dalam suatu komputer dan boleh didapati dari premis itu dikeluarkan dalam suatu bentuk yang boleh dibawa pergi dan yang boleh dilihat dan dibaca. (2) Apabila didapati oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana premis ada disembunyikan atau diletakkan apa-apa keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan pegawai polis itu ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dengan sebab kelewatan dalam mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin gagal, dia boleh menjalankan dalam dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu. (3) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia secara munasabahnya percaya telah melakukan atau akan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan tiap-tiap kesalahan terhadap Akta ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap bagi maksud undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan prosedur jenayah. Menghalang penggeledahan 11. (1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya dia

Jenayah Komputer 15 (a) menyerang, menghalang, merintangi atau melengahkan mana-mana pegawai polis masuk ke dalam mana-mana premis di bawah Akta ini atau pada melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungjawab atau apa-apa kuasa yang diberi oleh Akta ini; atau (b) tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang pegawai polis yang bertindak pada melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini. (2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan 12. Suatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya secara bertulis.

16 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 563 AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari TIADA

17 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 563 AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari TIADA