The National Heart Institute (Institut Jantung Negara, IJN) Pegawai Perubatan (bukan Pakar) Kementerian Kesihatan Malaysia Gred UD44 dan UD48 dipelawa untuk mengisi jawatan berikut secara pinjaman / Secondment di dalam bidang: 1) Kardiologi dan Jabatan Pemerhatian &Kecemasan -15 kekosongan 2) Anestesiologi 7 kekosongan 3) Pediatrik Kardiologi 4 kekosongan 4) Kardiothorasik 4 kekosongan Sepanjang tempoh pinjaman / secondment, Pegawai Perubatan akan diberi bimbingan dan pengajaran dalam bidang klinikal secara berterusan {Continuous Medical Education (CME)}. Terma dan Syarat adalah seperti berikut : 1. Tempoh peminjaman/ : 2 tahun hingga 5 tahun secondment 2. Kriteria umum : i) Kemahiran interpersonal yang baik pemilihan PP ii) Berkompetensi tinggi iii) Berpengetahuan tentang bidang tugas vi) Pengalaman minima: a) Selepas 2 tahun tamat housemanship (UD 44) ATAU b) 3 tahun bekerja sebagai Pegawai Perubatan selepas tamat housemanship (UD 48). 3. Pengalaman khusus :- i) Kardiologi : Tidak memerlukan pengalaman khusus ii) Anestesiologi : Tidak memerlukan pengalaman khusus
iii) Pembedahan : Tidak memerlukan pengalaman khusus Kardiotorasik iv) Paediatrik Kardiologi : i) Pengalaman bekerja selama 6 bulan di Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak atau Unit Rawatan Rapi Neonatal ii) Pernah bekerja di Wad Pediatrik 4. Gaji Pokok : Skala gaji bersamaan (UD44) : RM3,422.66 RM8,500 Skala gaji bersamaan (UD48) : RM5,007.64 RM14,668 5. Bayaran Bonus Tahunan : Sekurang-kurangnya 2 (dua) bulan gaji pokok berdasarkan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah IJN & Kementerian Kewangan Malaysia Kategori Hari bekerja Aktif@ Hari Pasif@ Hari Pegawai Perubatan (lain-lain jabatan) * Pegawai Perubatan (Jabatan Pemerhatian & Kecemasan) Biasa RM220 RM100 Sabtu/Ahad/ Cuti Umum RM300 RM150 Biasa RM150 - Sabtu/Ahad/ Cuti Umum RM170-6. Elaun di atas panggilan : * Nota: Pegawai Perubatan di Jabatan Permerhatian & Kecemasan yang menjalankan panggilan di atas talian lebih daripada 3 kali termasuk salah satunya daripada panggilan pada hujung minggu untuk setiap bulan akan menerima tambahan RM1,000.
7. Elaun Locum : RM80/ jam di Jabatan Pemerhatian & Kecemasan 8. Elaun Telefon : RM350 sebulan 9. Insentif Peminjaman : RM1,000 sebulan 10. Hak Pencen : Jika anda telah diberi taraf pekerja berpencen, hak pencen anda adalah terjamin. Agensi peminjam akan mencarum kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) tiap-tiap bulan pada kadar 17.5% daripada gaji bulanan jawatan hakiki. 11. KWSP : Sekiranya belum diberi taraf pekerja berpencen, pihak IJN akan mencarumkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kadar yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. Pihak IJN akan mencarumkan ke KWSP mengikut kadar tempoh berkhidmat Berkhidmat di IJN seperti di bawah: Caruman Pekerja : 11% Caruman Majikan : Kurang 4 tahun - 12% 4 ke 6 tahun - 13% 7 ke 10 tahun - 14% Lebih 10 tahun - 15% 12. Bayaran Balik Pinjaman : Pegawai Perubatan bertanggungjawab memaklumkan kepada IJN untuk potongan pinjaman (jika Ada) diteruskan seperti biasa. 13. Kemudahan Cuti : 25 hari 14. Kemudahan Perubatan : Layak menerima Kemudahan Perubatan IJN a) RM1,500 (setahun) Rawatan Pesakit Luar di Klinik Panel IJN b) RM50,000-Hospital Kerajaan/Hospital Panel Rawatan Dalam Hospital c) RM2,500 Rawatan Bersalin untuk setiap kelahiran d) Pergigian RM300 setahun Segala kemudahan perubatan yang dinikmati semasa jawatan hakiki adalah dikekalkan. Pegawai Perubatan layak menerima kemudahan rawatan dan perubatan termasuk keluarga, ibu dan bapa di Hospital Kerajaan. 15. Pematuhan Peraturan : Wajib mengikut peraturan IJN dan Perkhidmatan Hakiki 16. Tatatertib : Tertakluk kepada Peraturan dalam Perkhidmatan Awam
17. Bayaran Sagu Hati Sebab : Disediakan oleh IJN Kemalangan (GPA) 18. Bayaran Sagu Hati Sebab : Disediakan oleh IJN Kematian (GTL) 19. Pemendekkan / Penamatan : KKM/IJN/Pegawai boleh pada bila-bila masa boleh memendekkan Tempoh peminjaman tempoh peminjaman dengan memberi satu (1) bulan notis. 20. Kembali ke Jawatan Hakiki : Apabila tamat tempoh peminjaman ini, PP akan kembali berkhidmat dengan perkhidmatan hakiki dan menerima gaji, elaun dan kemudahan mengikut perkhidmatan hakiki. 21. Proses Permohonan : Pegawai Perubatan yang berminat dan memenuhi syarat dikehendaki mengisi borang permohonan peminjaman dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan/ Pengarah Hospital/ Pengarah Kesihatan Negeri. Borang permohonan yang lengkap dan diluluskan oleh Ketua Jabatan/ Pengarah Hospital/ Pengarah Kesihatan Negeri hendaklah di-e-melkan melalui haneeta@moh.gov.my / salwani.ismail@moh.gov.my Calon yang disenarai pendek akan dipanggil ke sesi temubual/market day pada 21-22 Mei 2015 di IJN. Sesi temubual boleh dilakukan melalui skype atas permintaan Pegawai Perubatan yang berada diluar kawasan Lembah Klang. Nota: Tuan/puan boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12/2008 Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2012 Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap. Tarikh Tutup Iklan : 15 Mei 2015 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Pn Hjh Saniah Mohd Piah/Pn Adiwayu Ansar Zainuddin/Pn Nazuria Hassan/Pn Mawarni Mior Zakuan Azmi Bahagian Perjawatan Bahagian Modal Insan & Pembangunan Organisasi Institut Jantung Negara 145 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel : 03-2600 6284/6285/6286/6280
Fax : 03-2689 2824 e-mail : mawarni@ijn.com.my nazuria@ijn.com.my Pn Salwani binti Ismail Ketua Penolong Setiausaha Kanan (P&P) Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia Tel : 03-8883 2711 Fax : 03-8888 8835 e-mail : salwani.ismail@moh.gov.my Pn Haneeta Kaur A/P Balver Singh Unit Pengurusan dan Profesional Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia Tel : 03-8883 2803/2805 Fax : 03-8888 8835 e-mail : haneeta@moh.gov.my