ALAMAT PERHUBUNGAN 13

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN CALON LALUAN KHAS CSR KE PROGRAM BACELOR BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2015/2016

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU ASASI SAINS PERTANIAN

LOG PEMANTAUAN AKREDITASI PROGRAM PENGAJIAN (OPR/PNC-PSKK/BL01/Akreditasi)

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI / FUNGSI DAN PROSES UTAMA

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

UNIVERSITI PUTRA MALYSIA (UPM)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/MK MANUAL KUALITI LAMPIRAN 1: SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI / FUNGSI DAN PROSES UTAMA

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PERATURAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

MAKLUM BALAS PIHAK BERKEPENTINGAN

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN PANDUAN LAPOR DIRI

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

PROSES MEMBUAT KAD PELAJAR & PENYERAHAN DOKUMEN PELAJAR BAHARU

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: OPR/PNC-BPK/BL01/AKREDITASI

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

FAQ s LMPK. 2) Sekiranya salah satu kertas perkaedahan tidak lulus, bolehkah LMPK dijalankan?

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

TATACARA PENDAFTARAN MINGGU HALUAN SISWA SESI AKADEMIK 2015/2016

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

ARAHAN KERJA RAYUAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

PROSES PERMOHONAN BAGI PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM PROGRAM LUAR KAMPUS (PLK) KELAS HARIAN

TATACARA PENDAFTARAN MINGGU PERKASA JATI DIRI SESI AKADEMIK 2017/2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SENARAI SEMAK GRADUAN


SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 1/2017 KOLEJ VOKASIONAL KPM (KV KPM)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (KULIAH HUJUNG MINGGU)

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

Transkripsi:

KANDUNGAN PENGENALAN Latar Belakang UPM 1 Kampus UPM Serdang 1 PANDUAN PENDAFTARAN Pendaftaran 1 Pemeriksaan Kesihatan 2 Yuran 2 Lapor Diri / Pendaftaran 3 Kemudahan Penginapan dan Meletak Kenderaan 3 Penangguhan Pendaftaran / Pengajian 3 Kad Mahasiswa 4 PANDUAN UMUM Biasiswa / Pinjaman 4 Aku Janji Pelajar 5 Kursus Pengenalan Perpustakaan 5 Program Suaikenal 5 Garis Panduan Pakaian dan Rambut 6 Kalendar Akademik 2012-2013 LAMPIRAN Lampiran 1 - Etika Penampilan Pelajar 7 Lampiran 2 - Contoh Potongan Rambut Pelajar Lelaki 8-9 Lampiran 3 - Senarai Kod Program Pengajian 10 Lampiran 4 - Aliran Proses Pendaftaran Pelajar Baharu 11 Lampiran 5 - Pelan ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) 12 ALAMAT PERHUBUNGAN 13

1.0 LATAR BELAKANG Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan dengan rasminya oleh satu perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 yang diperbuat pada 4 Oktober dan disiarkan melalui Warta Kerajaan P.U (a) 387 bertarikh 28 Oktober 1971. Penubuhannya adalah berasaskan percantuman antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah Fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan dan seterusnya kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tingi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. Kemuncak dari itu ialah pertukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamed. Ia adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara. 2.0 KAMPUS UPM Kampus Induk Universiti ini terletak di Serdang, Selangor kira-kira 23 kilometer di Selatan Bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Putra Malaysia merupakan salah satu daripada unit-unit yang terbesar dalam Kompleks Putra Serdang. Unit-unit lain yang terdapat di dalam kompleks ini termasuklah MARDI, Pusat penyelidikan Pertanian, Pusat Kajiteknik Makanan dan Institut Pertanian. Kampus UPM mempunyai keluasan 1,214 hektar. Lebih kurang separuh daripadanya digunakan untuk bangunan-bangunan pentadbiran, dewan-dewan kuliah, bangunan asrama, perumahan pekerja, padang-padang permainan dan lain-lain sementara bakinya kawasan perladangan. Kampus Cawangan Universiti ini seluas 700 hektar terletak di tengah kawasan Lembaga Kemajuan Bintulu, Sarawak. Jangkamasa perjalanan daripada lapangan Terbang Bintulu ke kampus cawangan ini hanya memakan masa 30 hingga 45 minit sahaja. 3.0 PENDAFTARAN Jika anda telah menerima tawaran kemasukan ini, anda perlu mengambil tindakan berikut: 3.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray (perkara 4) 3.2 Menjelaskan yuran pengajian (perkara 5) 3.3 Datang melapor diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran (perkara 6) dan pastikan kod program yang ditawarkan (Lampiran 4). 3.4 Menyediakan dua (2) keping gambar warna berukuran passport. Latar belakang mesti berwarna biru. 3.5 Pastikan ejaan nama dan nombor kad pengenalan anda pada surat tawaran betul. Jika berlaku kesilapan, sila buat pembetulan semasa pendaftaran. 1

4.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN 4.1 Semua mahasiswa baharu yang akan mendaftar untuk Trimester Pertama 2012/2013 diwajibkan membuat pemeriksaan perubatan. Pemeriksaan perubatan boleh dibuat di mana-mana Hospital atau Klinik Kerajaan yang berdekatan. Laporan pemeriksaan kesihatan dan filem X-ray juga boleh dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti UPM (Telefon: 03-89468867). 4.2 Sila lengkapkan Bahagian A dan Bahagian B dari Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (LPP) yang disertakan sebelum anda menjalani pemeriksaan perubatan. 4.3 Laporan Pemeriksaan Perubatan hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran untuk rujukan pihak pentadbiran Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UPM. Filem X-ray tidak perlu dibawa pada hari pendaftaran. 4.4 Sila ambil perhatian bahawa Laporan Pemeriksaan Perubatan adalah penting untuk melengkapkan pendaftaran anda di samping untuk tujuan rekod sepanjang anda mengikuti pengajian di Universiti. Sekiranya Laporan Perubatan tidak dapat diserahkan pada hari pendaftaran, ianya mestilah diserahkan selewat-lewatnya DUA MINGGU selepas tarikh pendaftaran. 4.5 Anda tidak akan dikenakan sebarang yuran kesihatan sepanjang pengajian anda di Universiti ini, sebaliknya kos perubatan akan ditanggung sendiri oleh pihak mahasiswa atau melalui perkhidmatan panel doktor pihak majikan di mana mahasiswa bekerja. 4.6 Walau bagaimanapun sebagai mahasiswa Universiti ini, anda boleh mengunakan perkhidmatan perubatan yang ditawarkan oleh pihak Pusat Kesihatan Universiti UPM dan bayaran rawatan pesakit luar akan dikenakan kepada mahasiswa berkenaan. 5.0 YURAN 5.1 Semua yuran penuh hendaklah dijelaskan sebelum atau pada hari pendaftaran. Sila semak program anda bagi menentukan kadar yuran yang dikenakan. (Kadar bayaran yuran seperti yang disertakan bersama surat tawaran). 5.2 Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama: BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 5.3 Bayaran boleh dibuat dalam bentuk Deraf Bank, Cek Bank, Kiriman Wang, Wang Pos atau tunai. Cek persendirian tidak dibenarkan. Bayaran juga boleh menggunakan kad kredit semasa hari pendaftaran sahaja. Walau bagaimanapun, bayaran menggunakan kad kredit boleh dibuat di Kaunter Bendahari, Tingkat bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM Serdang pada waktu bekerja. 5.4 Calon yang mendapat biasiswa / dermasiswa / pinjaman untuk pengajiannya di Universiti ini hendaklah menyerahkan salinan surat tawaran biasiswa/dermasiswa/pinjaman pada hari pendaftaran. Ini termasuk surat pengesahan dari KWSP berkenaan kelulusan pengeluaran wang caruman (jika ada) beserta penyata terkini. Calon dinasihatkan untuk membuat persediaan awal jika ingin membuat bayaran yuran melalui pengeluaran caruman KWSP. Maklumat lanjut untuk Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP boleh dirujuk dalam Laman Web: http://www.kwsp.gov.my/ 2

5.5 Calon yang telah menerima mana-mana pinjaman/biasiswa/dermasiswa tidak dibenarkan membuat pengeluaran wang caruman KWSP. 6.0 LAPOR DIRI / PENDAFTARAN 6.1 Sila semak surat tawaran untuk memastikan tarikh, masa dan tempat pendaftaran. 6.2 Semasa datang mendaftar, pelajar baharu dikehendaki membawa dokumendokumen berikut:- i. Surat Tawaran Masuk ii. Kad Pengenalan iii. Sijil-sijil akademik yang asal. iv. Salinan keputusan Malaysian University English Test (MUET) atau pengesahan pendaftaran MUET v. Salinan Surat Tawaran Biasiswa/ Pinjaman/ Dermasiswa/ surat pengesahan KWSP dan sebagainya (jika ada) vi. Dua (2) keping gambar warna ukuran pasport (seperti perkara 3.4). Sila tuliskan nama dan no. kad pengenalan di belakang setiap keping gambar tersebut. vii. Laporan Pemeriksaan Perubatan (X-ray tidak perlu dibawa). Sila lekatkan gambar di ruangan yang sepatutnya. viii. Borang Kad Mahasiswa yang telah dilengkapkan. 7.0 KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN MELETAK KENDERAAN 7.1 Sila ambil perhatian, bahawa Fakulti tidak menyediakan kemudahan penginapan (asrama) kepada mana-mana mahasiswa yang mengikuti program ini. Sebaliknya mahasiswa terbabit yang memerlukan kemudahan penginapan (tertakluk kepada kekosongan bilik) sepanjang pengajian di Universiti ini, bolehlah berhubung terus ke alamat berikut: Pengurus Asrama KOLEJ KEDIAMAN 12 & 14 Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89467408 (Kolej 12) / 03-89467418 (Kolej 14) 7.2 Semua mahasiswa hendaklah meletakkan kenderaan masing-masing pada tempat yang telah disediakan seperti di Medan Kereta Berpusat, medan kereta Dewan Besar PKKSSAAS dan Medan Kereta Kolej Mohamad Rashid (KMR). Semua mahasiswa adalah tertakluk kepada peraturan lalu-lintas yang berkuatkuasa di Universiti ini. 8.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN Mana-mana pelajar baharu TIDAK DIBENARKAN menangguhkan pengajian kecuali mendapat kelulusan Senat. 3

9.0 KAD MAHASISWA 9.1 Sila lengkapkan borang permohonan untuk Kad Mahasiswa dan serahkan pada hari pendaftaran. Pelajar baharu akan dimaklumkan tentang pengambilan Kad Mahasiswa di Pejabat Unit Program Eksekutif sebaik sahaja kad tersebut siap dan boleh diambil di kaunter. 9.2 Pelajar yang kehilangan Kad Mahasiswa diminta melaporkan dengan segera kepada : i. Pejabat Unit Program Eksekutif (UPE), talian terus 03-86567008 atau 03-89467779; atau ii. Pelajar akan dikenakan bayaran RM30.00 untuk menggantikan Kad Mahasiswa yang hilang atau rosak. 9.3 Pelajar diwajibkan membawa dan mempamerkan Kad Mahasiswa sepanjang masa berada di kampus. 9.4 Perlu diingatkan bahawa pelajar yang tidak mempamerkan Kad Mahasiswa di kampus adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan atau tidak diberi layanan semasa berurusan. 9.5 Pelajar yang tidak membawa dan mempamerkan Kad Mahasiswa, tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan/ujian. 9.6 Pelajar yang menjumpai Kad Mahasiswa yang tercicir dinasihatkan supaya mengembalikan kad tersebut ke Bahagian Keselamatan UPM atau Pejabat UPE. 10.0 BIASISWA / PINJAMAN 10.1 Pelajar boleh memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman daripada penaja-penaja seperti PTPTN, MARA, kerajaan-kerajaan Negeri / Yayasan Negeri, Badan Berkanun atau pihak Swasta. 10.2 Pengumuman mengenai permohonan biasiswa / pinjaman ini boleh anda perolehi dari iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan juga papan kenyataan di Unit Program Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (B HEM), Kolej, Fakulti dan di halaman web UPM (http://www.upm.edu.my). 10.3 Pelajar yang memerlukan surat sokongan atau pengesahan pelajar untuk tujuan pengeluaran caruman KWSP, boleh membuat permohonan melalui pejabat Unit Program Eksekutif, FEP pada waktu pejabat atau pada bila-bila masa sebelum atau selepas hari pendaftaran pelajar. 11.0 AKU JANJI PELAJAR Mulai sesi akademik 2002/2003, semua pelajar yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji. Borang Ikrar dan Aku Janji akan diberikan semasa Hari Pendaftaran masuk. Penguatkuasaan pemakaian Surat Aku Janji ini kepada pelajar merupakan satu peraturan khusus yang dimasukkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Kaedahkaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar). Surat Aku Janji yang telah ditandatangani hendaklah dikembalikan ke pejabat Unit program Eksekutif pada minggu pertama trimester. 4

12.0 KURSUS PENGENALAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dari masa ke semasa akan mengendalikan Kursus Pengenalan Perpustakaan terutamanya untuk mahasiswa baharu. Mahasiswa yang mengikuti kursus ini akan dapat mengetahui cara asas pencarian bahan dengan mengunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR). Di samping itu juga mahasiswa akan mendapat pendedahan tentang perkhidmatan dan kemudahan pinjaman layan diri yang disediakan oleh perpustakaan. Semua mahasiswa Program Eksekutif dikehendaki menghadiri kursus ini pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian. 13.0 PROGRAM SUAIKENAL TRIMESTER PERTAMA 2012/2013 13.1 Program Suaikenal pertama bagi semua mahasiswa baru akan diadakan pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Pelajar DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi taklimat yang telah diaturkan. 14.0 GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT Peraturan pakaian pelajar yang ditetapkan oleh Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia adalah seperti berikut : 14.1 Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia dan selaku bakal para intelek negara. Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan pakaian bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus. 14.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan atau memakai penutup muka. 14.3 Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan oleh fakulti/pusat/bahagian terutama di makmal, di ladang dan juga semasa menjalani latihan amali/mengajar dan sebagainya. 14.4 Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenarkan mendaftar diri. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan Universiti. (Rujuk Lampiran 2 - Peraturan Pakaian dan Lampiran 3 - Gambar Potongan Rambut pelajar lelaki) 5

15.0 KALENDAR AKADEMIK TRIMESTER PERTAMA 2012/2013 Trimester Pertama (Julai) 2012/2013 Aktiviti Tempoh Bilangan Minggu *Kuliah 02 Julai 2012-07 Oktober 2012 14 Peperiksaan Akhir 08 Oktober 2012-14 Oktober 2012 1 **Cuti Antara Trimester 15 Oktober 2012-04 November 201 3 Trimester Kedua (November) 2012/2013 Aktiviti Tempoh Bilangan Minggu ***Kuliah 05 November 2012-10 Februari 2013 14 Peperiksaan Akhir 11 Februari 2013-17 Februari 2013 1 Cuti Antara Trimester 18 Februari 2013-03 Mac 2013 2 Trimester Ketiga (Mac) 2012/2013 Aktiviti Tempoh Bilangan Minggu Kuliah 04 Mac 2012-09 Jun 2012 14 Peperiksaan Akhir 10 Jun 2012-16 Jun 2012 1 Cuti Antara Trimester 17 Jun 2012-30 Jun 2012 2 Catatan : Cuti umum dalam tempoh kuliah berjalan * Hari Raya Aidilfitri (19-20 Ogos 2012; Ahad & Isnin) ** Hari Deepavali ( 13 November 2012; Selasa) ***Hari Raya Qurban (26 Oktober 2012 ; Jumaat) ***Hari Krismas ( 25 Disember 2012; Rabu) ****Tahun Baru Cina ( 10 11 Februari 2013; Ahad & Isnin) *Tertakluk kepada sebarang perubahan. 6

LAMPIRAN 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAHAGIAN HAL EHWAL MAHASISWA ETIKA PENAMPILAN PELAJAR 1.1 Tujuan Peraturan-peraturan ini dibuat bertujuan untuk memberi garis panduan tingkah laku dan tatacara berpakaian yang sesuai serta kemas supaya dipatuhi oleh pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia. Peraturan ini juga bertujuan untuk menjaga nama baik Universiti. Semoga peraturan-peraturan ini dapat membentuk suasana kampus yang tenteram, harmoni, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan dan pusat ilmu. 1.2 Peraturan-peraturan Am 1. Setiap pelajar dikehendaki mempamerkan kad matrik di bahagian yang mudah dilihat sepanjang berada di dalam kampus. 2. Setiap pelajar dilarang memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh mengakibatkan ketenteraman Universiti terganggu atau menimbulkan ketidakharmonian di kalangan pelajar di dalam kampus, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu dan telah mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). 3. Setiap pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang bertentangan dengan moral yang baik atau mengandungi rekabentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma yang mulia dan baik. 4. Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat-tempat atau pusat di dalam kampus yang mempunyai peraturannya sendiri. 1.3 Pakaian Pelajar 1. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar Universiti dengan menunjukkan Kekemasan, Kerapian, Keceriaan dan Kesopanan dalam berpakaian. 2. Pelajar diwajibkan berpakaian SOPAN (baju kemeja, T berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah lutut). 3. Pelajar tidak dibenarkan Memakai Pakaian yang Ketat dan Mempamerkan Susuk Tubuh, Mendedahkan Tubuh Badan, Menjolok Mata dan Memakai Penutup Muka seperti berikut : - Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek Berbaju T tanpa kolar Berbaju tanpa lengan Berseluar/berskirt ketat Berselipar 7

Berpurdah Berseluar jeans lusuh Bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan 4. Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah pelajar tidak dibenarkan Memakai Topi atau Bandana kecuali semasa aktiviti riadah. 5. Pelajar Lelaki tidak dibenarkan berpakaian Menyerupai Wanita dan sebaliknya. 6. Pelajar dilarang mempamerkan Tatoo di mana-mana tubuh anggota badan. 7. Semua pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI KAD MATRIK semasa di dalam kampus. Kad matrik mestilah Dipakai dan Dipamerkan di bahagian hadapan paras dada. 1.4 Rambut Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang. Berfesyen rambut keterlaluan bagi lelaki dan perempuan adalah dilarang 1.5 Penafian Perkhidmatan dan Tempat Penguatkuasaan Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda jika anda mematuhi Etika Penampilan Pelajar di semua Kaunter Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan Makmal LAMPIRAN 2 CONTOH GAMBAR POTONGAN RAMBUT 8

Mereka yang mengingkari peraturan potongan rambut seperti ditetapkan boleh diambil tindakan tatatertib. SENARAI KOD PROGRAM PENGAJIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAMPIRAN 3 Kod Ringkas Program Kod Ringkas Program A01 ASP Asasi Sains Pertanian 64 BK(M) Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) 01 DP Diploma Pertanian 65 BK(PM) Bacelor Kejuruteraan (Proses Dan Makanan) 02 DKHP Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan 66 BK(BP) Bacelor Kejuruteraan (Biologi Dan Pertanian) 04 DH Diploma Perhutanan 67 BK(EE) Bacelor Kejuruteraan (Elektrik Dan Elektronik) 07 DPM Diploma Pembangunan Manusia 68 BK(SKK) Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer Dan Komunikasi) 08 DBDKP Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan 69 BSBI Bacelor Sains Bioindustri 09 DSK Diploma Sains Komputer 70 BSL Bacelor Senibina Landskap 17 DPPM Diploma Pengurusan Perladangan 71 BS(PMK) Bacelor Sains (Pengajian Makanan) 9

Makanan 18 DPP Diploma Pengurusan Perniagaan 72 MD Bacelor Sains (Sains Perubatan) / Doktor Perubatan 19 DK(KK) Diploma Kejuruteraan (Kecemasan dan 73 BM Bacelor Muzik Keselamatan) 20 DKS Diploma Kejurulatihan Sukan 74 BK (AA) Bacelor Kejuruteraan (Aero Angkasa) 21A DPLI Diploma Pendidikan 75 BK Bacelor Komunikasi 30 BSP Bacelor Sains Pertanian 76 BS (PSM) Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) 31 BSH Bacelor Sains Perhutanan 77 BS (KPP) Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) 32 DPV Doktor Perubatan Veterinar 78 BS (BA) Bacelor sastera (Bahasa Asing) 33 BS(PT) Bacelor Sains (Perniagaantani) 79 BS (BI) Bacelor sastera (Bahasa Inggeris) 35 BS(K) Bacelor Sains (Kepujian) Fizik/Biologi/Statistik/Matematik/Kimia/K imia Perindustrian/Sains Bahan/Sains Instrumentasi 36 BSDP(K) Bacelor Sains Dengan Pendidikan 80 BS (BLM) Bacelor sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) 81 BR (SB) Bacelor Reka Bentuk (Seni Bina) (Kepujian) 37 BSTM Bacelor Sains Dan Teknologi Makanan 82 BS (SP) Bacelor Sains (Sains Pengguna) 38 BS(AS) Bacelor Sains (Alam Sekitar) 83 BR (RP) Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) 40 BP(SP) Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) 84 BP (TM) Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat) 41 BP(SRT) Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) 85 BS (PMP) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan) 42 BP(PJ) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) 86 BS (PMTM) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) 44 BS(PM) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) 87 BKR Bacelor Kejururawatan 45 BP(BM) Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) 88 BS (K) Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia/Mikrobiologi/Biokimia & Mikrobiologi 46 BP(BK) Bacelor Pendidikan (Bimbingan Dan 89 BSB Bacelor Senibina Kaunseling) 47 BP(BI) Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa 90 BS (D) Bacelor Sains (Dietetik) Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) 48 BSK Bacelor Sains Komputer 91 BP (PM) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) 50 BKA Bacelor Kejuruteraan Awam 92 BP (AS) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar 53 BP Bacelor Perakaunan 93 BSTK Bacelor Sains Teknologi Kayu 54 BSHTK Bacelor Sains Hortikultur 94 BP (A) Bacelor Pertanian (Akuakultur) 55 BS(B) Bacelor Sains (Bioteknologi) 95 BP (ST) Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) 57 BS(SB) Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) 96 BA (KI) Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris) 58 BS(PKK) Bacelor Sains (Permakanan dan Kesihatan Komuniti) 97 BA (KM) Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) 60 BPDP Bacelor Perakaunan Dengan Pendidikan 61 BPP Bacelor Pentadbiran Perniagaan 62 BE Bacelor Ekonomi 63 BK(K) Bacelor Kejuruteraan (Kimia) LAMPIRAN 4 CARTA ALIR: PROSES PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU (PROGRAM EKSEKUTIF) FEP Mula SILA PATUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT UNTUK TUJUAN KELANCARAN PROSES PENDAFTARAN ANDA SEBAGAI MAHASISWA BAHARU PROGRAM EKSEKUTIF Semakan Pendaftaran Sila kemukakan surat tawaran dan sijil-sijil asal untuk tujuan 10

Semakan Pendaftaran Penyerahan Dokumen Pendaftaran pengesahan dan semakan kepada pegawai bertugas di kaunter pendaftaran. Penyerahan salinan keputusan MUET atau pengesahan pendaftaran MUET. Penyerahan borang-borang yang disertakan bersama dalam surat tawaran serta dua (2) keping gambar berukuran pasport. Pembayaran Yuran Penyerahan Bank Deraf/Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Bendahari UPM atau secara tunai berjumlah RM2,447.00 untuk bayaran yuran pengajian dan pendaftaran Trimester Pertama. Sekiranya bukan pembiayaan sendiri, sila serahkan salinan surat jaminan majikan / surat tawaran pembiayaan bank / pengeluaran KWSP (jika ada) beserta penyata terkini kepada pegawai bertugas. Sila dapatkan resit bayaran yuran tersebut. Pengesahan Mahasiswa Lengkapkan Borang Pengesahan pendaftaran mahasiswa untuk mendapatkan nombor matrik. Simpan keratan pengesahan pendaftaran tersebut. Sila dapatkan 'Folder' mahasiswa yang mengandungi set lengkap seperti Buku Panduan, Borang Pendaftaran Kursus, Borang Pengecualian kursus, kalendar akademik dan jadual waktu kuliah Trimester Pertama (Julai) 2012/2013. Taklimat Program Mahasiswa DIWAJIBKAN menghadiri semua aturcara yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran. Aturcara Pendaftaran adalah seperti yang dilampirkan di dalam surat tawaran tuan/puan. Tamat LAMPIRAN 5 PELAN KE FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 11

Panduan 1. Fakulti Rekabentuk dan Senibina 2. Masjid Universiti Putra Malaysia 3 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi / Pusat Pendidikan Luar UPM 4. Fakulti Pengajian Pendidikan 5. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 6. Fakulti Sains Bioteknologi dan Sains Biomolekul 7. Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Peternakan 8. Fakulti Kejuruteraan 9. Fakulti Pertanian 10. Perpustakaan Sultan Abdul Samad 11. Fakulti Perhutanan 12. Fakulti Pengajian Alam Sekitar 13. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 14. Fakulti Ekologi Manusia 15. Bangunan Pentadbiran UPM 16. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah PKKSSAAS (Dewan Besar) ALAMAT PERHUBUNGAN 12

Ketua Unit AMER HAMZAH BIN JANTAN amer@econ.upm.edu.my 03-8946 7779 / 7781 Penyelaras Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP) Hari Biasa dan Hujung Minggu DR ZAHIRA MOHD ISHAN mizahira@econ.upm.edu.my 03-8946 7779 Penyelaras Program Bacelor Perakaunan DR. ABU SOFIAN drsofian@putra.upm.edu.my 03-8946 7779 Alamat surat-menyurat : Unit Program Eksekutif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8946 7779, 03-8656 7008 Faks: 03-8656 6175 Emel: econ_exec@putra.upm.edu.my Laman Web: www.exec.upm.edu.my Executive Programme Unit, UPM 03-89467779/03-86567008 13