Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

dokumen-dokumen yang mirip
Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Waheed

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Akaun Semasa Mudarabah

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

ACW Perakaunan Korporat II

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Tinjauan Kewangan Kumpulan

Akaun Pelaburan Waheed

Koperasi Pengangkutan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Bertempoh

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Akaun Pelaburan Wafiyah

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Amanah Saham Panduan Pelabur

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Akaun Semasa Mudarabah

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PRUlink global fund (Foreign)

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

JTW Perakaunan Kewangan Pertengahan

Pengenalan kepada Kewangan

Ulasan Pengerusi. Tinjauan Industri Insurans Jangkaan dan Peluang Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab


2. Encik Muthu, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran insurans peribadinya ke dalam buku perniagaannya.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

ACW Perakaunan Sektor Awam


Kajian Kewangan Kumpulan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

pemegang saham surat kepada para

Penyata Kewangan. Laporan Pengarah 92. Kunci Kira-kira 96. Penyata Pendapatan 97. Penyata Perubahan Ekuiti 98. Penyata Aliran Tunai 99

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Transkripsi:

Penyata Pengerusi Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007. PERSEKITARAN OPERASI Ekonomi Malaysia meneruskan pertumbuhan kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan 6.3% pada 2007 (2006: 5.9%). Pertumbuhan didorong terutamanya oleh permintaan tempatan yang mantap walaupun dengan persekitaran ekonomi luar yang lebih lemah akibat kemerosotan permintaan daripada Amerika Syarikat. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan awam dan disokong oleh sentimen pengguna yang lebih kukuh dan keyakinan perniagaan yang kekal di tahap yang tinggi. Sektor perkhidmatan telah menjadi pemacu pertumbuhan utama pada 2007, dengan peningkatan 9.7% (2006: 6.5%). Pertumbuhan ini disokong oleh kegiatan domestik yang lebih pesat dalam bidang kewangan dan insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, komunikasi, pemborongan dan peruncitan. Industri Insurans Hayat Malaysia, mencatatkan pertumbuhan 6.15% (2006: 8.94%) dari segi jumlah premium perniagaan baru (premium tunggal dan premium tahunan), manakala industri Insurans Am mencatatkan pertumbuhan 3.91% (2006: 3.17%) dari segi premium bertulis kasar. TINJAUAN PRESTASI Bagi tahun yang dilaporkan, jumlah hasil operasi Kumpulan meningkat sedikit sebanyak 0.88% kepada RM2.30 bilion (2006: RM2.28 bilion). Dalam perniagaan insurans konvensional, Bahagian Insurans Hayat mencatatkan pendapatan premium kasar RM1.46 bilion (2006: RM1.45 bilion) manakala Bahagian Insurans Am mengalami peningkatan kecil 1.55% dari segi jumlah premium kasar kepada RM459.65 juta (2006: RM452.64 juta). Bagi perniagaan insurans takaful, Bahagian Takaful Keluarga dan Bahagian Takaful Am masing-masing mencatatkan sumbangan kasar RM25.75 juta dan RM0.85 juta dalam tempoh enam (6) bulan dari 1 Julai 2007 (tarikh operasi dimulakan) sehingga 31 Disember 2007. Kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai RM73.27 juta bagi tahun semasa (2006: kerugian selepas cukai RM1.66 juta). Bahagian Insurans Am menyumbang untung sebelum cukai lebih tinggi berjumlah RM27.97 juta (2006: RM5.58 juta), namun begitu Bahagian Insurans Hayat dan Dana Pemegang Saham masing-masing mencatatkan kerugian RM42.81 juta (2006: keuntungan RM34.32 juta) dan RM45.61 juta (2006: RM22.57 juta). Tiada sumbangan daripada perniagaan insurans takaful kerana perniagaan masih di peringkat permulaan dengan tempoh operasi selama hanya enam (6) bulan. 21

Kerugian dalam Dana Pemegang Saham dialami terutamanya kerana pengiktirafan kerugian nilai saksama RM24.17 juta yang timbul daripada urus niaga swap kadar faedah yang dibuat pada tahun semasa dengan sebuah bank berlesen dan peruntukan tambahan yang dibuat untuk pinjaman tidak berbayar bernilai RM60.25 juta (2006: RM7.88 juta) dalam anak syarikat yang terlibat dalam pemberian kemudahan kredit. Swap kadar faedah telah dilaksanakan dengan matlamat utama mengurangkan bayaran kupon Nota Jangka Sederhana bernilai RM200 juta yang diterbitkan oleh Kumpulan dalam tahun yang dilaporkan. Kerugian nilai saksama yang dicatatkan oleh swap kadar faedah timbul terutamanya akibat ketidakstabilan ketara kadar faedah pasaran AS berikutan krisis hutang berkualiti rendah. Namun berasaskan aliran tunai, Kumpulan telah memperolehi penjimatan faedah RM1.4 juta dalam pembayaran kupon daripada swap kadar faedah pada tahun dilaporkan. Dana Pemegang Saham juga menyaksikan peningkatan dalam belanja pengurusan pada tahun dilaporkan, terutamanya kerana belanja pengurusan perniagaan takaful serta belanja jualan dan pemasaran lebih tinggi bagi perniagaan unit amanah yang sejajar dengan peningkatan volum produk unit amanah. Pada 31 Disember 2007, aset Kumpulan berjumlah RM7.79 bilion, iaitu kenaikan 8.65% berbanding RM7.17 bilion pada 2006. TINJAUAN OPERASI PERNIAGAAN Bagi tahun yang dilaporkan, Kumpulan terus memberi tumpuan kepada empat operasi teras sedia ada, iaitu Operasi Insurans Hayat Malaysia, Operasi Insurans Am Malaysia, Operasi Amanah Saham Malaysia dan Operasi Antarabangsa, dan juga perniagaan takaful yang baru ditubuhkan. Butiran prestasi dibincangkan pada lembaran yang dilampirkan. PELABURAN Pada tahun yang dilaporkan, jumlah pelaburan Kumpulan merosot 4.17% kepada RM370.61 juta (2006: RM386.72 juta). Memandangkan pasaran saham Malaysia semakin memberangsangkan pada 2006-2007, Kumpulan telah menambahkan portfolio saham dengan matlamat meningkatkan hasil pelaburan. Strategi disusun untuk melabur dalam saham bermodal besar, saham dengan pulangan dividen tinggi serta mempunyai tahap dagangan yang tinggi. Penyusunan semula portfolio yang tepat pada masanya telah membawa manfaat apabila Kumpulan mencatatkan keuntungan lebih tinggi menerusi penjualan pelaburan yang disebut harga pada 2007 berbanding tahun sebelumnya. Namun begitu, keuntungan ini diimbangi sebahagiannya oleh peruntukan tambahan yang dibuat bagi pinjaman tidak berbayar dan peruntukan kemerosotan nilai bagi sekuriti hutang korporat yang mengalami penurunan penarafan dan kegagalan bayaran kupon dan jumlah pokok oleh anak syarikat insurans tempatan. Pada tempoh yang mendatang, Kumpulan akan terus mengkaji dan meminda strategi dan campuran portfolio pelaburan memandangkan persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah untuk menjamin perlindungan modal, keuntungan dan aliran pendapatan yang konsisten. 22

MAA SENTIASA PRIHATIN TERHADAP PELANGGAN PERUNTUKAN PINJAMAN Pada akhir Disember 2007, nilai dibawa bagi pinjaman tidak berbayar berjumlah RM649.92 juta (2006: RM764.00 juta), merangkumi 8.34% (2006: 10.66%) daripada jumlah aset Kumpulan. Pada tahun yang dilaporkan, hasil kutipan pinjaman tidak berbayar berjumlah kira-kira RM105.03 juta. Pinjaman tidak berbayar ini bersandarkan hartanah dan/atau saham yang dicagarkan oleh peminjam. Dalam usaha mengutip semula hutang bagi pinjaman tidak berbayar, Kumpulan telah membincangkan rancangan penjelasan hutang dengan peminjam. Bagi peminjam yang tidak mempunyai rancangan penjelasan yang sewajarnya dan di mana tindakan undang-undang telah diambil, pihak pengurusan telah menilai semula proses kutipan untuk pinjaman tidak berbayar, khususnya tempoh yang dianggarkan untuk mengutip hutang dan jumlah yang boleh diperolehi daripada cagaran yang disandarkan. Pada tahun yang dilaporkan, Kumpulan telah menetapkan diskaun 20% daripada nilai pasaran terbuka bagi hartanah cagaran lokasi utama dan meletakkan nilai jualan paksa bagi hartanah cagaran yang tidak terletak di kawasan utama, seperti yang disyorkan oleh pentaksir luar. Nilai ditetapkan bagi pinjaman tidak berbayar ini seterusnya diberi tambahan diskaun selama 3 tahun bagi pinjaman tidak terjejas dan 5 tahun bagi pinjaman terjejas. Akibat penilaian semula ini, peruntukan tambahan bagi pinjaman tidak berbayar berjumlah RM186.78 juta (2006: RM25.94 juta) diperuntukkan bagi pinjaman tidak berbayar pada 2007. Kumpulan telah menetapkan sasaran untuk menyelesaikan isu hutang tidak berbayar dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. DIVIDEN Bagi tahun berakhir 31 Disember 2007, Lembaga Pengarah tidak mengesyorkan bayaran dividen, kerana modal perlu dikekalkan untuk memenuhi keperluan operasi semasa dan masa depan Kumpulan. MAKLUMAT TERKINI MENGENAI CADANGAN KORPORAT Kumpulan dengan sukacitanya menyampaikan perkembangan terkini berikut: (a) Pada 12 Jun 2007, MAA Takaful Berhad ( MAA Takaful ), sebuah anak syarikat, telah memperuntukkan 99,999,998 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham yang masing-masing merangkumi 74,999,998 dan 25,000,000 saham biasa, kepada Syarikat dan Solidarity Company BSC (Closed) ( Solidarity ). Selepas peruntukkan tersebut, jumlah modal terbitan dan berbayar MAA Takaful meningkat kepada RM100,000,000 dan penyertaan ekuiti Syarikat dan Solidarity dalam MAA Takaful masing-masing kini merangkumi 75% dan 25%. Bank Negara Malaysia menerusi surat bertarikh 15 Jun 2007 mendaftarkan MAA Takaful sebagai pengendali takaful di bawah Seksyen 8 Akta Takaful 1984 untuk menjalankan perniagaan takaful keluarga dan takaful am berkuatkuasa 1 Julai 2007. 23

(b) Pada 13 Disember 2007, Columbus Capital Singapore Pte Ltd ( CCS ), anak syarikat milik penuh MAA International Investments Ltd yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh Syarikat, telah melanggan 3,500,000 saham keutamaan pada harga terbitan AUD1.00 sesaham, yang merangkumi 9.1% daripada kepentingan ekuiti diperbesar dalam Columbus Capital Pty Limited ( CCAU ), sebuah syarikat sekutu, untuk jumlah pertimbangan tunai AUD3.5 juta ( Langganan ). Pertimbangan tunai telah dijelaskan menerusi dana yang dihasilkan secara dalaman. Selepas selesai Langganan, CCS memegang sejumlah 18.5 juta saham keutamaan yang mewakili kepentingan ekuiti 48.1% dalam CCAU. PERKEMBANGAN BARU Pada September 2007, Kumpulan mengumumkan penerimaan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia ( BNM ) untuk memulakan perbincangan dengan bakal rakan kongsi untuk memperolehi kepentingan dalam Malaysian Assurance Alliance Berhad ( MAA ), anak syarikat insurans tempatan. Seterusnya, pada Mac 2008, Kumpulan mengumumkan bahawa BNM telah memberi kelulusan untuk memulakan perbincangan dengan AmAssurance Berhad bagi syarikat tersebut memperolehi kepentingan ekuiti dalam anak syarikatnya, MAA Takaful. Cadangan penjualan pegangan kepada bakal rakan kongsi ialah sebahagian daripada rancangan strategik Kumpulan untuk memanfaatkan rangkaian global, kepakaran pelaburan, pengetahuan produk lebih luas, kecekapan operasi dan pengurusan risiko dengan rakan kongsi baru. Semua ini akan meletakkan perniagaan insurans Kumpulan pada kedudukan yang lebih kukuh dengan manfaat sinergi yang dicari-cari, dan pada masa yang sama memberi peluang kepada Kumpulan untuk merungkai nilai aset insurans, termasuk jenama MAA. Buat masa ini, perbincangan dengan pihak berkenaan masih dijalankan. PERKHIDMATAN PELANGGAN Tumpuan kepada pelanggan dan perkhidmatan pelanggan yang bermutu tinggi sentiasa menjadi matlamat Kumpulan. Berbekalkan metodologi Six Sigma dan status kualiti ISO 9001, operasi insurans Malaysia telah meneruskan tumpuan terhadap usaha memperbaiki sistem IT dan proses dalaman, meneruskan program latihan dan pendidikan kakitangan untuk memastikan pelanggan dan ejen mendapat perkhidmatan yang terbaik. TEKNOLOGI MAKLUMAT Kumpulan akan meneruskan usaha untuk melabur dalam teknologi maklumat terkini bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi dan penjimatan kos. Bagi operasi Malaysia, Kumpulan telah melakasankan Rancangan Strategi Teknologi Maklumat (IT) secara berperingkat dengan matlamat 24

TEKNOLOGI MAKLUMAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT PERKEMBANGAN BARU UTAMA utama untuk menyokong keperluan perniagaan masa depan. Rancangan Strategi IT menangani isu utama yang meliputi: Penjajaran organisasi bagi pelaksanaan strategi IT yang berkesan Pembangunan aplikasi, automasi dan penyepaduan sistem Penyimpanan data, pencarian data dan risikan perniagaan Strategi e-niaga Inisiatif pemodelan proses TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Kumpulan sentiasa komited terhadap usaha untuk menjadi warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab. Untuk tujuan ini, Kumpulan telah menubuhkan Dana Kebajikan Buah Pinggang MAA-Medicare pada 1994 dengan matlamat menyediakan rawatan dialisis buah pinggang pada kos yang lebih rendah. Setakat ini, Kumpulan telah meluaskan rangkaian kepada dua belas (12) pusat dialisis buah pinggang untuk memenuhi keperluan jumlah pesakit baru yang bertambah ramai bagi perkhidmatan perubatan yang diberi subsidi. Kumpulan juga menjadi penaung Yayasan Amal Budimas pada 2002 dengan tujuan menjaga kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan dari golongan miskin. Pada tahun yang dilaporkan, pihak Yayasan telah menambah rumah untuk anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di bawah naungannya daripada lima (5) kepada sepuluh (10) buah rumah, dengan sokongan kewangan terus diberikan. Akhir sekali, Kumpulan akan terus memperuntukkan sumber bagi melanjutkan objektif aktiviti kebajikan ini pada tahun-tahun akan datang. Butiran mengenai Dana Kebajikan Buah Pinggang MAA-Medicare Kidney dan Yayasan Kebajikan Budimas dibincangkan secara berasingan pada lembaran yang dilampirkan. PROSPEK Dalam Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia, tinjauan bagi ekonomi Malaysia pada 2008 dijangka terus mantap, dengan unjuran pertumbuhan antara 5% - 6%, disokong oleh permintan tempatan kukuh yang mampu menampung kemelesetan ekonomi global. Dipacu oleh perkembangan kegiatan ekonomi tempatan, industri insurans Malaysia dijangka memanfaatkan pemulihan insurans motor sejajar dengan tahap jualan kereta lebih tinggi dan juga permintaan bagi produk berkaitan pelaburan dan produk insurans lain berkaitan simpanan untuk tujuan pendidikan dan perubatan. Namun begitu, pelonggaran peraturan dan liberalisasi sektor insurans tempatan oleh Bank Negara Malaysia, sejajar dengan usaha membina industri insurans yang lebih mantap, kompetitif dan dinamik di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, telah menyaksikan penyertaan beberapa peserta insurans asing yang memperolehi kepentingan dalam syarikat insurans tempatan. Syarikat insurans asing diiktiraf ini sudah mempunyai pasukan teras untuk mengusahakan rancangan perluasan dan menyediakan kepakaran teknikal, operasi, pelaburan dan pengurusan yang diperlukan. Justeru, persaingan di dalam sektor insurans dijangka semakin sengit pada tahun yang mendatang. 25

Pada tahun dilaporkan, BNM menerbitkan Kertas Konsep Dipinda bagi Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko ( RBC ) bagi Syarikat Insurans yang menetapkan syarat bagi syarikat insurans untuk menentukan tahap kecukupan modal yang sejajar dengan profil risikonya. Tarikh pelaksanaan RBC dijadualkan pada 1 Januari 2009. Rangka kerja baru ini akan mengubah cara syarikat insurans menguruskan risiko dan pelaburan mereka untuk mencapai pemadanan asetliabiliti yang lebih baik bagi dana insurans. Dalam hal ini, MAA telah mengambil langkah awal, termasuk pengimbangan portfolio pelaburan, menjajarkan semula strategi pelaburan dan menyusun semula tawaran produk, untuk memenuhi keperluan RBC yang berkenaan. Di samping itu, Lembaga Pengarah MAA Holdings Berhad juga harus mempertimbangkan menjual sebahagian daripada aset Kumpulan, dan/atau keperluan bagi meraih dana secara dalaman dan luaran, oleh Syarikat, jika perlu. Kumpulan sedar akan pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi dan juga persekitaran persaingan sengit yang dihadapi. Namun begitu, Kumpulan telah menyusun rancangan tindakan termasuk tinjauan dan pemantauan rancangan-rancangan ini, untuk menghadapi segala cabaran dan memastikan modal mencukupi dan pengurusan risiko yang baik dan keduanya, produk dan perkhidmatan terus inovatif dan kompetitif bagi memenuhi keperluan pelanggan semasa dan pelanggan sasaran. PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan dan kakitangan di atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan dalam menjamin pertumbuhan dan kejayaan berterusan Kumpulan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa kawal selia di atas panduan dan sokongan berterusan yang diberikan, juga kepada para pelanggan, ejen, rakan niaga dan pemegang saham di atas sokongan, keyakinan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi selama ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Lembaga Pengarah di atas panduan dan sumbangan terhadap Kumpulan. TUNKU TAN SRI ABDULLAH IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN Pengerusi 26