VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Fasal-fasal yang dipinda

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN. 1. Takrif. 2. Penerimaan Kad. 3. Kemudahan Kad. 4. PIN dan Bayar. 5.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?


2. KESAHAN MATA GANJARAN

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Polisi Privasi. Pengenalan

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad

Perjanjian Maybankard Platinum

1. Apakah produk ini?

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Transkripsi:

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH (EPP) Sila baca Terma dan Syarat ini sebelum membuat sebarang Pembelian Barangan di bawah Pelan Pembayaran Mudah Affin Bank Berhad ( EPP ). Anda dianggap telah menerima Terma dan Syarat di sini apabila anda membuat sebarang Pembelian menggunakan Kad AFFINBANK MasterCard/VISA anda di bawah EPP. 1. DEFINISI 1.1. Perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai maksud yang berikut di dalam Terma dan Syarat ini, kecuali konteksnya memerlukan yang selainnya: a. Perjanjian Ahli Kad bermaksud Terma dan Syarat Kad Kredit AFFINBANK/Terma dan Syarat AFFINBANK World MasterCard yang berkaitan dengan penggunaan Kad Kredit AFFINBANK ( Kad ) yang dikeluarkan oleh Affin Bank Berhad (25046-T) yang selepas ini dirujuk sebagai ( AFFINBANK ) dan diguna pakai ke atas Akaun Kad di mana Ahli Kad membuat Pembelian. b. Direct Debit Authorisation Form bermaksud kebenaran berasingan di dalam borang yang telah ditetapkan oleh AFFINBANK, yang telah dilengkapkan oleh Ahli Kad dan Saudagar Program untuk diserahkan kepada AFFINBANK, yang mana Ahli Kad bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat ini. Butir-butir dan maklumat yang diberikan oleh Ahli Kad di dalam Direct Debit Authorisation Form akan dianggap muktamad dan tidak boleh ditarik balik. c. Ansuran bermaksud setiap jumlah yang dicaj kepada Akaun Kad pada setiap bulan sepanjang Tempoh Ansuran. d. Tempoh Ansuran bermaksud tempoh yang ditentukan oleh AFFINBANK di dalam Direct Debit Authorisation Form bagi pembayaran secara Ansuran daripada Jumlah Pembelian. e. EPP bermaksud Pelan Pembayaran Mudah yang disediakan oleh AFFINBANK kepada Ahli Kad untuk membolehkan Pembelian dibayar keseluruhan atau sebahagian dengan Ansuran yang mana tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. f. Pembelian bermaksud sebarang Pembelian Barangan oleh Ahli Kad dari Saudagar Program di bawah EPP. g. Jumlah Pembelian bermaksud keseluruhan atau sebahagian daripada Pembelian (seperti dinyatakan didalam Direct Debit Authorisation Form yang mana perlu dibayar secara Ansuran di bawah EPP. h. Barangan bermaksud barang dan/atau perkhidmatan yang mana tertakluk kepada Pembelian. i. Saudagar Program bermaksud saudagar yang mengambil bahagian dalam EPP Program. 1.2. Definisi perkataan-perkataan dan unkapan-ungkapan di dalam Perjanjian Ahli Kad hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan di dalam Terma dan Syarat bagi tujuan EPP. 2. TERMA-TERMA 2.1. Berhubung dengan penyertaan anda di dalam EPP: a. Perjanjian Ahli Kad hendaklah menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini, sebagai tambahan kepada dan bukan gantian kepada Perjanjian Ahli Kad, dan b. Sekiranya berlaku sebarang konflik atau ketidakselarasan diantara Perjanjian Ahli Kad dan peruntukan-peruntukan di dalam Terma dan Syarat, Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai bagi tujuan pentafsiran dan penguatkuasaan dan hanya setakat yang berkaitan dengan konflik dan ketidakselarasan EPP ini sahaja. 3. PROGRAM EPP 3.1. EPP dibuka kepada semua Ahli Kad AFFINBANK MasterCard/VISA ( Ahli Kad ) yang mempunyai akaun kad kredit ( Akaun Kad ) yang sah, dalam keadaan yang baik dan mempunyai had kredit yang mencukupi ketika membuat Pembelian. Page 1 of 6

3.2. Notis melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada Ahli Kad bagi amaun traksaksi tertentu yang ditentukan oleh AFFINBANK, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi EPP. Dengan menandatangani Direct Debit Authorisation Form, Ahli Kad dengan ini dianggap telah menerima terma dan syarat jualan Saudagar Program, Terma dan Syarat di sini dan Perjanjian Ahli Kad. 3.3. Penghantaran akan diaturkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh Saudagar Program yang berkenaan dari tarikh penerimaan Direct Debit Authorisation Form tertakluk kepada ketersediaan stok dan AFFINBANK tidak bertanggungjawab ke atas dan menafikan semua liabiliti untuk apa-apa tindakan, tuntutan, ganti rugi, kos, caj, kerugian dan perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad berhubung dengan sebarang Pembelian di bawah EPP. 3.4. Ahli Kad dinasihatkan untuk memeriksa keadaan jaminan dan tempoh jaminan dengan Saudagar Program. Kad jaminan diberi dengan Barangan, jika berkenaan. AFFINBANK tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkaitan dengan Barangan, kebolehdagangan, kualiti, kesuaian untuk penggunaan dan semua perkhidmatan sampingan. Untuk perkhidmatan dan pembaikan, Ahli Kad hendaklah terus menghubungi Saudagar Program. 3.5. Kecuali ditentukan kemudian dari ini, Ahli Kad tidak boleh menamatkan, meminta pembayaran balik atau menukar sebarang Barangan yang telah dibeli sepanjang tempoh EPP ini. 3.6. Sebarang pemulangan dan/atau pembatalan Barangan oleh Ahli Kad kepada Saudagar Program hendaklah berdasarkan terma dan syarat pemulangan Barangan Saudagar Program. 3.7. Setelah permohonan EPP diluluskan, AFFINBANK akan mendebitkan Akaun Kad Ahli Kad dengan Ansuran bulanan yang perlu dibayar secara bulanan, di dalam tempoh yang telah ditetapkan. 3.8. AFFINBANK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan, kecacatan atau kerosakan Barangan atau apa-apa pertikaian diantara Ahli Kad dan Saudagar Program dan AFFINBANK dibenarkan untuk terus mendebit Ansuran ke dalam Akaun Kad Ahli Kad tanpa mengambil kira sebarang pertikaian. 3.9. Barangan yang ditawarkan di sini dibekalkan oleh Saudagar Program berkenaan. AFFINBANK hanya menyediakan pembayaran Barangan ini melalui penggunaan Kad. 4. PEMBELIAN 4.1. Ahli Kad hendaklah menggunakan Kad AFFINBANK MasterCard/VISA yang sah semasa melakukan Pembelian. 4.2. Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, Ahli Kad boleh membuat Pembelian dari Saudagar Program sekiranya: a. Ahli Kad telah memohon untuk menyertai EPP untuk Pembelian dengan mengisi Direct Debit Authorisation Form dan menghantar yang sama kepada Saudagar Program yang mana kemudiannya dihantar kepada AFFINBANK; b. AFFINBANK telah menerima permohonan untuk penyertai EPP tersebut; c. Mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh AFFINBANK dari semasa ke semasa berkaitan dengan Pembelian telah dipenuhi; dan d. Tiada perlanggaran terhadap Terma dan Syarat ini dan/atau terma-terma di dalam Perjanjian Ahli Kad. 4.3. AFFINBANK tanpa memberi sebarang alasan berhak untuk menolak mana-mana permohonan EPP mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akaun Kad Ahli Kad tertunggak atau digantung atau Saudagar Program disyaki telah beroperasi secara menipu dan/atau digantung/ditutup oleh AFFINBANK. AFFINBANK tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun Page 2 of 6

terhadap kerosakan langsung, tidak langsung, khas atau kesinambungan yang berlaku disebabkan oleh penolakan tersebut. 4.4. Setelah permohonan EPP diluluskan, AFFINBANK akan menahan Jumlah Pembelian penuh dan mendebitkan Akaun Kad Ahli Kad dengan Ansuran bulanan yang perlu dibayar secara bulanan, di dalam tempoh Program yang telah ditetapkan. Had kredit yang masih ada akan dimasukkan secara progresif setiap bulan apabila pembayaran balik setiap Ansuran bulanan dibuat. Butir-butir transaksi akan dibilkan di dalam penyata bulanan Akaun Kad Ahli Kad. 5. ANSURAN 5.1. Dengan menandatangani Direct Debit Authorisation Form, setiap jumlah Ansuran akan dibilkan ke dalam Akaun Kad AFFINBANK MasterCard/VISA Ahli Kad dan Ansuran pertama akan bermula pada tarikh Pembelian. Ansuran yang berikutnya akan dibilkan secara automatik pada setiap bulan. 5.2. Bilangan Ansuran, jumlah setiap Ansuran dan tempoh Ansuran tidak boleh diubah/ditukar tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada AFFINBANK. 5.3. Sekiranya Ahli Kad gagal untuk membayar jumlah minimum selepas pembayaran yang menyebabkan pembatalan kemudahan Kad, EPP ini hendaklah dibatalkan dan baki yang masih ada akan dibilkan kepada Akaun Kad Ahli Kad. Caj kewangan semasa sebanyak 9.99% sehingga 18% setahun dan penalti pembayaran lewat sebanyak 1% daripada jumlah yang belum berbayar dan maksimum sebanyak RM50 (bagi Kad Kredit Generik dan/atau AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless) atau 1% daripada jumlah yang belum berbayar dan maksimum sebanyak RM100 (bagi AFFINBANK World MasterCard) akan dikenakan. 6. PENGECUALIAN LIABILITI 6.1. Peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian Ahli Kad mengenai Pembelian Barangan yang menggunakan Kad hendaklah terpakai sama rata untuk setiap Pembelian. Ahli Kad hendaklah menyelesaikan semua pertikaian atau perbezaan berkenaan kuantiti Barangan dengan Saudagar Program secara terus. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan, kecacatan atau kerosakan Barangan atau ketidakbolehdagangan Barangan atau sebarang pertikaian diantara Ahli Kad dan Saudagar Program berhubung dengan sebarang Pembelian. 7. PENDEDAHAN MAKLUMAT 7.1. Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada AFFINBANK untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada Saudagar Program atau kepada mana-mana pihak ketiga seperti mana diperlukan untuk memproses Pembelian di bawah Program, termasuk tanpa terhad kepada Kebenaran Debit Terus. 8. FASAL PRIVASI KUMPULAN 8.1. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan Fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini. 8.2. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank. 8.3. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti (bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad: a. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan/atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini; Page 3 of 6

b. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan c. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. 8.4. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut. 8.5. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan pihak Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank dan syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad boleh menghubungi Ahli Kad tentang produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan. Walau bagaimanapun, Ahli Kad boleh memilih untuk opt-out daripada pemasaran secara terus dengan menghubungi nombor telefon atau menulis kepada alamat di bawah. Merujuk kepada peniaga-peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional yang bukan sebahagian daripada Kumpulan Affin Holdings Berhad, pihak Bank tidak akan membuat apa-apa usaha pemasaran langsung melainkan kebenaran telah diperolehi daripada Ahli Kad. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran termasuk telefon, komputer atau mel menggunakan maklumat yang Ahli Kad berikan. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang telah Ahli Kad berikan. 8.6. Ahli Kad boleh opt-out dengan memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional dengan menghubungi Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (bagi Ahli Kad AFFINBANK World MasterCard) atau dengan menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad: AFFIN BANK BERHAD Cards Business Department 301 Block C, Level 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor 8.7. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/perkhidmatan dan/atau produkproduknya, operasi akaun Ahli Kad dan/atau kemudahan dengan Bank, dan/atau kos tambahan kepada Bank. 8.8. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk: a. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan; b. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan ulasan portfolio Ahli Kad; dan/atau; Page 4 of 6

c. mendapatkan semula hutang. 8.9. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana mereka menguruskan akaun/kemudahan mereka dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan. 8.10. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas mana-mana semakan kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank. Pihak Bank berhak untuk meminda Fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan tersebut pada laman sesawang Bank dan/atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan Bank. 9. PENAMATAN DAN PENCEPATAN PEMBAYARAN 9.1. AFFINBANK boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya berhak untuk menamatkan atau mengantung EPP berkaitan dengan Akaun Kad tanpa memberikan sebarang alasan. 9.2. Walau apa pun terkandung di dalam Perjanjian Ahli Kad, Terma dan Syarat ini, Kebenaran Debit Terus atau mana-mana dokumen lain, AFFINBANK hendaklah setiap masa mempunyai hak mengikut budi bicaranya untuk menuntut pembayaran segera daripada Ahli Kad atau warisnya yang sah atau pentadbir harta pusakanya, semua jumlah Ansuran belum berbayar di bawah Terma dan Syarat ini, sama ada sudah atau belum lagi tertera di dalam penyata bulanan Akaun atau terhutang dan kena dibayar pada tarikh kena dibayar. 9.3. Terutama tetapi tanpa mengehadkan sifat mengatasi bagi haknya di bawah Fasal 9.2 jika: a. Akaun Kad dibatalkan atau ditamatkan atau notis pembatalan atau penamatan telah disampaikan kepada Ahli Kad AFFINBANK untuk sebarang alasan sekalipun; b. Ahli Kad ingkar dalam pembayaran bagi sebarang amaun yang sudah sampai tempoh di bawah Perjanjian Ahli Kad dan/atau Terma dan Syarat ini; c. Ahli Kad melanggar sebarang peruntukan lain di dalam Perjanjian Ahli Kad dan/atau Terma dan Syarat ini; d. Ahli Kad telah meninggal dunia atau prosiding kemuflisan telah bermula terhadap Ahli Kad dan tidak dapat membayar hutang-hutangnya apabila ia perlu dibayar atau; e. AFFINBANK menggunakan haknya di bawah Fasal 9.1. 10. PRAPEMBAYARAN 10.1. Ahli Kad boleh pada bila-bila masa di dalam tempoh Ansuran berhubung dengan Pembelian membuat prapembayaran bagi semua Ansuran yang harus dibayar dalam Tempoh Ansuran yang tinggal tetapi belum dicajkan kepada Akaun Ansuran. 10.2. Ahli Kad perlu memberi notis bertulis 30 hari kepada AFFINBANK tentang niatnya untuk membuat prapembayaran. 10.3. Apabila notis bertulis telah diterima, AFFINBANK akan memasukkan baki Ansuran yang belum dibilkan ke dalam Akaun Kad Ahli Kad. Jumlah akan ditunjukkan di dalam penyata bulanan Akaun Kad dan harus dibayar seperti caj biasa Akaun Kad. Page 5 of 6

11. TERMA DAN SYARAT AM 11.1. Ahli Kad pelan bayaran ansuran faedah kosong/bebas-faedah ( EPP ) boleh membuat: a. bayaran penuh Ansuran bulanan ( Ansuran ) dinyatakan oleh AFFINBANK semasa meyertai EPP ini, biasanya semasa membuat Pembelian, atau dinyatakan di dalam penyata bulanan Kad Ahli Kad; atau b. membayar sebahagian bayaran daripada bayaran Ansuran. 11.2. EPP bebas dari faedah hanya jika Ahli Kad membuat bayaran Ansuran bulanan penuh. 11.3. Di dalam kes-kes di mana Ahli Kad memilih untuk membayar bayaran minimum sebanyak 5% daripada baki yang masih belum dibayar di bawah EPP ( Baki Belum Dibayar ) atau RM50, yang mana lebih tinggi, tetapi tidak membuat bayaran Ansuran bulanan penuh, Ahli Kad akan bertanggungjawab ke atas caj kewangan ke atas Baki Belum Dibayar. 11.4. Kegagalan untuk mematuhi Fasal 11.2 dan Fasal 11.3 akan menyebabkan caj kewangan ke atas Baki Belum Dibayar dikenakan ke atas Ahli Kad selaras dengan terma-termanya. 12. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA 12.1. Sebarang pertikaian yang timbul berhubung dengan atau mempunyai kaitan dengan EPP hendaklah dikawal selia selaras dengan undang-undang dan bidang kuasa Mahkamah di dalam Malaysia dan semua risalah-risalah dan caj professional termasuklah yuran peguamcara dan anak guaman secara indemniti penuh adalah sebagai tanggungjawab Ahli Kad. 13. LAIN-LAIN 13.1. AFFINBANK mempunyai hak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat ini dengan memberi notis bertulis 21 hari terdahulu kepada Ahli Kad dan Ahli Kad bersetuju dan terikat dengan pindaan tersebut. 13.2. Walau apapun yang tersebut di atas, apabila permintaan dibuat oleh Ahli Kad untuk mendapatkan versi dalam Bahasa Malaysia, AFFINBANK hendaklah menyediakan kepada Ahli Kad versi dalam Bahasa Malaysia dengan sewajarnya. Page 6 of 6