Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

dokumen-dokumen yang mirip
Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Overdraf. November 2017

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM. Mata Wang Malaysia. Program pendidikan pengguna oleh:

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

1. Apa produk ini berkenaan?

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Berurusan dengan Pengantara Insurans

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Fasal-fasal yang dipinda

Polisi Privasi. Pengenalan

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Transkripsi:

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN Cek Tak Laku Program pendidikan pengguna oleh:

kandungan 1 Pengenalan 2 Cek tak laku bermakna sesuatu yang tidak diingini akan berlaku Bank Negara Malaysia dan cek 3 Apakah yang dimaksudkan dengan cek tak laku? Apa akan terjadi jika anda mengeluarkan cek tak laku? 6 Tempoh Larangan Tempoh Percubaan Tempoh larangan dan percubaan bagi pelbagai tahap kesalahan 7 Akaun khas 8 Bagaimana untuk mengelak daripada mengeluarkan cek tak laku 9 Hak anda sebagai pengguna 10 Soalan yang sering ditanya 15 Glosari Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 21 Januari 2003

Pengenalan Cek sudah diterima umum terutama sekali dalam perniagaan Cek sudah diterima umum sebagai kaedah membuat pembayaran yang mudah di kalangan masyarakat perniagaan. Walau bagaimanapun, ada kalanya cek terpaksa dikembalikan oleh bank pembayar akibat ketidakcukupan dana di dalam akaun, cek yang didepositkan tetapi dana belum boleh lagi digunakan oleh pemegang akaun atau akaun semasa pemegang akaun sudah ditutup. Cek-cek tersebut biasanya dipanggil cek tak laku. Pengeluaran cek tak laku boleh mengakibatkan kesan yang serius ke atas kemampuan anda untuk mengendalikan akaun semasa. Buku kecil ini menyediakan maklumat mengenai kesan pengeluaran cek tak laku.

BMC menggalakkan penggunaan cek sebagai satu kaedah pembayaran yang diterima umum CEK TAK LAKU BERMAKNA SESUATU YANG TIDAK DIINGINI AKAN BERLAKU Pengeluaran cek tak laku boleh memberi masalah. Pemegang akaun yang mengeluarkan tiga cek tak laku dalam tempoh 12 bulan tidak dibenarkan mengendalikan akaun semasa di Malaysia untuk jangka masa tertentu di antara 6 hingga 24 bulan bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan. Cek tak laku juga boleh menjejaskan hubungan pengeluar dengan penerima cek memandangkan ia mungkin mengakibatkan seseorang terlepas peluang perniagaan akibat kehilangan kepercayaan di antara pengeluar dan penerima cek. Yang lebih penting lagi ialah pengeluaran cek tak laku ini akan menjejas penerimaan cek sebagai satu kaedah pembayaran di Malaysia. Walaupun bank mengenakan penalti ke atas cek tak laku, ini masih tidak menghalang sesetengah pemegang akaun daripada mengeluarkan cek tak laku. BANK NEGARA MALAYSIA DAN CEK Peningkatan kejadian cek yang dikembalikan akibat dana yang tidak mencukupi telah mendorong Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, secara perundingan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi mencari langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. BNM telah menubuhkan Biro Maklumat Cek (BMC) pada tahun 1988 sebagai sebuah biro pusat untuk mengawasi pengeluaran cek tak laku dan untuk menggalakkan penggunaan cek sebagai satu kaedah pembayaran yang diterima umum. Bagi memastikan amalan yang seragam di kalangan bank-bank, BNM telah menerbitkan The Biro Maklumat Cek Operational Framework and Reporting Guidelines untuk mengatasi masalah pengeluaran cek tak laku. Pada Mac 2002, selaras dengan pindaan pada Akta Bank Negara Malaysia 1958, BNM telah menggabungkan operasi BMC dengan Biro Kredit, iaitu, biro yang 2

ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat kredit (termasuk maklumat mengenai cek tak laku) kepada institusi perbankan dan institusi kewangan yang lain. Berkuat kuasa Mac 2002, operasi BMC telah dipindahkan ke Biro Kredit. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CEK TAK LAKU? Cek tak laku adalah cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun yang ditolak dan dikembalikan oleh bank pembayar, sekiranya pengeluarannya dibuat: i. Dari akaun tanpa dana yang mencukupi; atau ii. Dari akaun yang telah ditutup atas sebab selain daripada disenaraihitamkan di bawah Biro Kredit melalui Sistem BMC atau ditutup atas sebab perundangan seperti muflis; atau iii. Ke atas cek yang didepositkan tetapi dana belum boleh lagi digunakan oleh pemegang akaun kerana cek ini belum dijelaskan (Ini dikenali sebagai efek belum jelas) Berhubung dengan butiran (ii), akaun yang telah ditutup, contohnya akaun yang ditutup secara sukarela, akan diawasi oleh bank pembayar berkenaan selama 12 bulan dari tarikh akaun ditutup. Sekiranya tiga cek tak laku dikeluarkan dalam tempoh tersebut, akaun ini akan dilaporkan ke Biro Kredit melalui Sistem BMC. APA AKAN TERJADI JIKA ANDA MENGELUARKAN CEK TAK LAKU? Setiap cek tak laku yang dikeluarkan dianggap sebagai satu kejadian cek tak laku. Bank pembayar akan mengeluarkan satu surat amaran setiap kali terjadi cek tak laku. Sekiranya cek tak laku dikeluarkan dari akaun yang sama sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 bulan, anda akan dianggap sebagai pesalah cek tak laku dan akibatnya ialah: Akaun semasa anda akan ditutup dan nama anda akan dilaporkan oleh bank pembayar ke Biro Kredit 3

Nama anda akan dimasukkan di dalam Apabila bank-bank tersebut menerima senarai pesalah cek tak laku dan senarai senarai yang diedarkan oleh Biro Kredit, tersebut akan diedarkan kepada bankbank lain di seluruh negara bank berkenaan akan ditutup dalam masa semua akaun semasa anda dengan bank- satu bulan. Penutupan ini dikenali sebagai Penutupan Seluruh Negara dan akaunakaun yang terlibat adalah seperti berikut: Pengeluar Cek Tak Laku Individu Perusahaan Keempunyaan Tunggal (Milik individu) Perusahaan Keempunyaan Tunggal (Milik syarikat untuk Sabah dan Sarawak sahaja) Akaun Bersama (A dan B) Perkongsian Syarikat Akaun Yang Terlibat dalam Penutupan Seluruh Negara Semua akaun semasa individu anda Semua akaun semasa perusahaan keempunyaan tunggal anda Semua akaun semasa individu anda Semua akaun semasa perusahaan keempunyaan tunggal anda Semua akaun semasa syarikat Semua akaun semasa perusahaan keempunyaan tunggal yang dimiliki oleh syarikat tersebut Semua akaun semasa individu kepunyaan si A Semua akaun semasa individu kepunyaan si B Semua akaun semasa perusahaan keempunyaan tunggal milik si A Semua akaun semasa perusahaan keempunyaan tunggal milik si B Semua akaun bersama yang lain si A dan si B Semua akaun semasa dengan nama perkongsian dan nombor pendaftaran yang sama Semua akaun semasa syarikat dengan nama dan nombor pendaftaran yang sama 4

Anda adalah dikehendaki memulangkan semua cek yang belum terpakai kepada bank anda Suatu tempoh larangan akan dikenakan kepada anda, di mana anda tidak dibenarkan membuka atau mengendalikan sebarang akaun semasa dengan manamana bank di Malaysia Sebaik sahaja tamatnya tempoh larangan, suatu tempoh percubaan akan dikenakan kepada anda 5

TEMPOH LARANGAN Tempoh larangan adalah tempoh di mana anda tidak dibenarkan membuka atau mengendalikan akaun semasa di manamana bank. Tempoh larangan bermula dari tarikh kejadian cek tak laku yang ketiga. Panjangnya tempoh larangan bergantung kepada tahap kesalahan dilakukan. Bagi tahap kesalahan peringkat pertama, tempoh larangan yang dikenakan adalah selama enam bulan dari tarikh kejadian cek tak laku yang ketiga. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempoh larangan ini, sila rujuk Jadual di bawah. TEMPOH PERCUBAAN Tempoh percubaan bermula sebaik sahaja tamatnya tempoh larangan. Dalam tempoh percubaan, anda boleh mengendalikan akaun semasa. Walau bagaimanapun, pengeluaran tiga lagi cek tak laku dalam tempoh ini akan menyebabkan anda dikelaskan sebagai pesalah cek tak laku tahap kedua dan tempoh larangan yang dikenakan akan dilanjutkan. Sila rujuk Jadual di bawah bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. TEMPOH LARANGAN DAN PERCUBAAN BAGI PELBAGAI TAHAP KESALAHAN Tahap Kesalahan Tempoh Larangan Penutupan Seluruh Negara Akaun Khas Tempoh Percubaan Peringkat Pertama 6 bulan Ya Ya 2 tahun Peringkat Kedua 12 bulan Ya Ya 2 tahun Peringkat Ketiga 12 bulan Ya Tidak 3 tahun Peringkat Keempat dan berikutnya 24 bulan Ya Tidak 3 tahun 6

AKAUN KHAS Akaun khas adalah satu akaun yang membolehkan anda membuat dan menerima bayaran dalam tempoh larangan Akaun Khas ialah sejenis akaun semasa tanpa kemudahan cek. Akaun khas ini membolehkan anda membuat dan menerima bayaran dalam tempoh larangan. Walau bagaimanapun, kelulusan untuk membuka akaun tersebut adalah terletak kepada budi bicara pihak bank dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Disediakan hanya kepada syarikat, perusahaan perkongsian, perusahaan keempunyaan tunggal dan individu yang mempunyai kemudahan overdraf. Individu ini boleh juga membuka akaun tabungan Pesalah tahap pertama dan kedua sahaja yang layak membukanya Kesemua cek yang belum terpakai mestilah diserahkan kepada pihak bank. Oleh itu, pengeluaran dari akaun khas ini hanya boleh dibuat melalui pengeluaran tunai, cek bank, draf bank atau perintah juruwang 7

BAGAIMANA UNTUK MENGELAK DARIPADA MENGELUARKAN CEK TAK LAKU Untuk mengelakkan kejadian cek tak laku, langkah pencegahan seperti berikut patut diambil: Sentiasalah pastikan bahawa akaun semasa anda mempunyai dana yang mencukupi sebelum anda mengeluarkan sebarang cek Sekiranya anda perlu membuat pemindahan dana dari akaun lain ke akaun semasa anda untuk membuat pembayaran, anda hendaklah sentiasa memastikan dengan bank anda bahawa dana tersebut telahpun dikreditkan sebelum anda mengeluarkan sebarang cek Maklumkan bank anda melalui arahan henti bayar ke atas cek yang dicuri atau hilang untuk mengelakkan cek tersebut daripada dikemukakan untuk pembayaran dan dikembalikan atas alasan ketidakcukupan dana Sekiranya anda berhasrat untuk mengeluarkan cek ke atas dana daripada cek yang didepositkan sebelumnya, hubungi bank anda terlebih dahulu untuk memastikan cek yang didepositkan tersebut telahpun dijelaskan untuk pembayaran. Anda harus sedar bahawa tempoh penjelasan bagi cek tempatan dan cek luar kawasan adalah berbeza Simpan buku cek anda di tempat yang selamat untuk mengelakkan risiko kecurian Beritahulah pihak bank jika terdapat sebarang perubahan alamat anda. Ini adalah untuk memastikan anda sentiasa menerima maklumat daripada pihak bank mengenai perkara-perkara penting tanpa kelewatan dan juga untuk mengelakkan surat-surat anda daripada tidak sampai kerana silap alamat 8

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA Anda berhak bertanya kepada bank anda mengenai baki di dalam akaun semasa anda sebelum mengeluarkan sebarang cek. Ini adalah untuk memastikan cek-cek yang dikeluarkan adalah laku, iaitu, akan dibayar Pastikan akaun semasa anda mempunyai dana yang mencukupi Anda berhak diberitahu secara bertulis apabila cek tak laku pertama, kedua dan ketiga dikembalikan dan sebab-sebab berlakunya setiap cek tak laku tersebut Anda berhak diberitahu secara bertulis sebelum akaun anda ditutup Anda berhak untuk memeriksa dengan bank anda tentang status senarai hitam anda 9

S&J Ya. Pihak bank akan mengembalikan cek tersebut tanpa mengambil kira jumlah ketidakcukupan dananya. SOALAN YANG SERING DITANYA Apakah yang dimaksudkan dengan kejadian cek tak laku? Adakah pihak bank akan mengembalikan cek walaupun ketidakcukupan dana di dalam akaun adalah amat sedikit? Cek tak laku adalah cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun yang mana cek tersebut telah dikembalikan oleh bank pembayar atas sebab-sebab berikut: Cek tersebut dikeluarkan berasaskan dana yang tidak mencukupi di dalam akaun; atau Cek tersebut dikeluarkan berasaskan dana daripada cek lain yang didepositkan sebelum ini, tetapi dana belum lagi boleh digunakan kerana cek berkenaan belum lagi dijelaskan (Ini dikenali sebagai efek belum jelas); atau Cek tersebut dikeluarkan berasaskan dana dari akaun yang telah ditutup bukan kerana disenaraihitamkan di bawah Biro Kredit atau ditutup atas sebab perundangan 10

Adakah pihak bank akan menghubungi saya sekiranya cek yang diserahkan tidak mempunyai dana yang mencukupi? Tidak. Pihak bank tidak bertanggungjawab untuk menghubungi anda sekiranya cek yang diserahkan tidak mempunyai dana yang mencukupi di dalam akaun anda. Adakah pihak bank akan menahan cek yang dikeluarkan ke atas cek yang didepositkan yang mana dana ini belum boleh lagi digunakan oleh pemegang akaun? Tidak. Pihak bank tidak akan menahan cek tersebut, sebaliknya mengembalikannya atas alasan ketidakcukupan dana atau efek belum jelas. Bilakah seorang pemegang akaun semasa akan disenaraihitamkan? Seorang pemegang akaun semasa akan disenaraihitamkan dan semua akaun semasanya akan ditutup setelah berlaku tiga kejadian cek tak laku dari akaun yang sama dalam tempoh 12 bulan. Pemegang akaun tersebut kemudiannya akan dikategorikan sebagai pesalah cek tak laku dan namanya akan dilaporkan ke Biro Kredit oleh bank pembayar. 11

Bolehkah pesalah cek tak laku mengendalikan akaun semasa untuk menunaikan cek masuk dalam tempoh larangan? Tidak. Walau bagaimanapun, pesalah cek tak laku tersebut boleh mengatur untuk menukar status akaun semasanya sebagai Akaun Khas bagi menerima dan membuat pembayaran dalam tempoh larangan. Walau bagaimanapun, kelulusan untuk membuka akaun khas tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara bank berkenaan. Secepat manakah pesalah cek tak laku boleh membuka akaun semasa yang baru selepas tempoh larangan? Pembukaan akaun semasa yang baru ini boleh dibuat pada hari pertama selepas tempoh larangan berakhir, tertakluk kepada budi bicara pihak bank. Bilakah pesalah cek tak laku memperolehi rekod bersih? Seorang pemegang akaun semasa yang telah dikategorikan sebagai pesalah cek tak laku akan diberi rekod bersih jika beliau tidak mengeluarkan lebih daripada tiga cek tak laku dalam tempoh 12 bulan sepanjang tempoh percubaan. 12

Apakah perbezaan di antara cek tempatan dan cek luar kawasan? Cek tempatan adalah cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang terletak di dalam zon penjelasan tempatan, manakala cek luar kawasan adalah cek yang didepositkan ke dalam bank di dalam zon penjelasan tempatan tetapi dikeluarkan daripada bank di luar zon penjelasan tempatan. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menjelaskan cek tempatan dan cek luar kawasan? Masa penjelasan yang diambil ialah di antara dua hingga tiga hari kerja untuk cek tempatan dan di antara tiga hingga lapan hari kerja untuk cek luar kawasan. Sila bertanya kepada bank anda mengenai masa sebenar yang diambil untuk menjelaskan cek yang didepositkan bagi mengelakkan cek yang dikeluarkan oleh anda dikembalikan di atas sebab efek belum jelas. 13

Apakah implikasinya bagi seseorang yang dikategorikan sebagai pesalah cek tak laku? Selain akaun-akaun semasanya yang terlibat akan tertakluk kepada Penutupan Seluruh Negara, permohonan anda untuk mendapatkan pinjaman, kad kredit dan lain-lain kemudahan perbankan mungkin akan terjejas kerana kejadian cek tak laku mungkin akan disalahtafsirkan oleh pihak bank. Walau bagaimanapun, nama anda akan dikeluarkan dari senarai pesalah cek tak laku sebaik sahaja tempoh larangan berakhir. Namun demikian, anda bertanggungjawab memastikan akaun anda dikendalikan dengan sempurna bagi mengekalkan rekod kewangan yang baik. Di manakah boleh saya mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai BMC? Orang awam boleh menghubungi bank-bank mereka untuk maklumat mengenai BMC. Mereka juga boleh mengajukan pertanyaan mengenai cek-cek yang dikembalikan kepada bank di mana akaun mereka dikendalikan. Di samping itu, orang awam boleh mengajukan sebarang pertanyaan mengenai BMC secara bertulis kepada: Ketua Jabatan Jabatan Sistem Pembayaran Tingkat 7, Blok C Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur emel: info@bnm.gov.my 10 14

GLOSARI Akaun Khas Satu akaun yang diberikan kepada seorang pemegang akaun yang telah tersenarai sebagai pesalah cek tak laku untuk membolehkan pemegang akaun tersebut menerima dan membuat pembayaran dalam tempoh larangan. Bank Pembayar Sebuah bank yang dikehendaki membayar jumlah sesuatu cek yang dikeluarkan. Cek Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar/pengeluar cek) kepada pihak lain (bank/institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh pembayar/pengeluar cek. Dikembalikan Perbuatan memulangkan sesuatu cek apabila dikemukakan kepada bank pembayar untuk pembayaran. Efek Belum Jelas Cek-cek dan lain-lain item yang dibayar oleh seorang pelanggan untuk dikreditkan ke dalam akaun beliau, di mana cek tersebut masih belum dijelaskan oleh bank si pembayar. Walaupun jumlah tersebut akan terpamer di dalam penyata pelanggan berkenaan, rekod mengenai baki sebenar dan baki yang belum dijelaskan adalah disimpan di dalam rekod bank tersebut. Pihak bank tidak bertanggungjawab untuk membayar sebarang cek yang dikeluarkan dari item-item yang belum dijelaskan lagi. Ketidak Cukupan Dana Pernyataan cek dikembalikan yang menandakan bahawa akaun pembayar tidak mengandungi wang yang mencukupi untuk menampung pembayaran sesuatu cek. 15

Pembayar Pemegang akaun yang mengarahkan sesebuah bank untuk membayar sejumlah wang seperti yang tercatat di atas cek yang dikeluarkan. Penjelasan Proses pertukaran cek-cek untuk menetapkan kedudukan muktamad bagi penyelesaian di antara bank-bank pembayar. 16

Design Copyright 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Pertama