TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD (ERAMAN) 2015

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Kempen Perbankan Untuk Berjuta Terma-terma & Syarat-syarat ( T&C ) untuk CIMB Bank Konvensional

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Save and Get

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

CIMB Bank Berhad (13491-P)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN LAKSANAKAN TRANSAKSI & MENANG CIMB BANK BERHAD

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:


2. KESAHAN MATA GANJARAN

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

TERMA DAN SYARAT Kempen 'Preferred Save and Get'

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Transkripsi:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA Tempoh Kempen 1) Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA ( Kempen ini ) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad [No. Syarikat (13491-P)] ( CIMB Bank atau Bank ) dan akan berlangsung dari 1 Jun, 2017 hingga 31 Julai, 2017 termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ). 2) CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 3) Kempen ini terbuka kepada semua Pemegang Kad Utama bagi kad debit, kad kredit dan/atau kad Kwik CIMB Bank ( Kad-kad Sertaan ) yang dikeluarkan di Malaysia (kecuali Pemegang Kad Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank) dan yang nombor mudah alih mereka (i) didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile ( Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi ) dan (ii) disimpan di dalam rekod CIMB Bank ( Peserta Layak ). 4) Kategori orang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: I. Perusahaan kecil sederhana/perbankan Enterprise/Pelanggan Perdagangan dan Korporat seperti yang ditentukan oleh Bank yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada keempunyaan tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad, organisasi amal/bukan untung, persatuan dan perkongsian profesional; II. Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Bank dan IKEA (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan III. Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank, VISA Worldwide Pte. Limited, ( VISA ) dan MasterCard Worldwide ( MasterCard ) (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan mereka masing-masing). IV. Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB Bank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikatsyarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan V. Individu di bawah umur 18 tahun. 5) Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Kad Tambahan tidak layak memenangi Hadiah dalam Kempen.

Hadiah dan Kriteria Penyertaan 6) 1 Hadiah utama orang berbelanja tertinggi bernilai RM10,000 akan diberikan kepada Peserta Layak dengan perbelanjaan runcit terkumpul tertinggi di mana-mana gedung IKEA di Malaysia menggunakan Kad Sertaan dalam Tempoh Kempen. Hadiah Utama Orang Berbelanja Tertinggi Hadiah Utama x1 Peserta Layak dengan perbelanjaan runcit tertinggi yang dicaj kepada Kad Sertaan Kad Hadiah IKEA bernilai: RM10,000 ( Hadiah Utama ) 7) 100 Kad Hadiah IKEA bernilai RM100 setiap satu akan diberikan selepas Tempoh Kempen kepada 100 Peserta Layak yang memenuhi Kritera Penyertaan yang ditetapkan dalam Klausa 8 Terma-terma dan Syarat-syarat ini: Pemenang Kad Hadiah IKEA bernilai 100 Hadiah RM100 setiap satu ( Hadiah Saguhati ) Haidah Utama dan Hadiah Saguhati dirujuk secara bersama sebagai Hadiah Kempen. Nota: Kad Hadiah IKEA adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat IKEA Malaysia yang boleh didapati di laman webnya di www.ikea.com.my yang berasingan daripada termaterma dan syarat-syarat di dalam ini. Dasar privasi CIMB Bank tidak lagi dikenakan apabila Peserta Layak memasuki laman web pihak ketiga (Notis Privasi Kumpulan CIMB boleh didapati di www.cimbbank.com.my ).Alamat/pautan laman web ini disediakan hanya untuk kemudahan Peserta Layak dan tidak harus dianggap atau ditafsirkan sebagai pengindorsan atau penentusahan laman web yang dipaut atau kandungannya oleh CIMB Bank. CIMB Bank tidak membuat apa-apa jaminan dan representasi mengenai status atau ketepatan pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang disebut di atas. Mekanisme Kempen 8) Hadiah Utama Orang Berbelanja Tertinggi

Peserta Layak dengan perbelanjaan runcit disatukan tertinggi yang dicaj kepada Kad Sertaan dalam Tempoh Kempen dan dipost kepada akaun Kad Sertaan Peserta Layak pada atau sebelum 5 hb Ogos 2017 akan memenangi Hadiah Utama. Semua perbelanjaan runcit yang dicaj kepada Kad Sertaan tambahan dalam Tempoh Kempen akan diambil kira semasa mengira jumlah perbelanjaan agregat di bawah Peserta Layak yang merupakan ahli kad utama. 100 Hadiah Saguhati Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak boleh mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan ( Penyertaan atau Penyertaan-penyertaan muengikut keadaan) dan berpeluang memenangi Hadiah Saguhati dalam cara berikut:- Setiap jumlah minimum RM 500 (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang dibelanjakan untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit (yang ditakrifkan dalam Klausa 9) yang dicerminkan dalam jumlah penuh bil dalam satu hari di gedung IKEA di Malaysia menggunakan Kad Sertaan (termasuk kad tambahan) semasa Tempoh Kempen berhak mendapatkan satu (1) penyertaan agar layak memenangi Hadiah Saguhati ( Penyertaan Layak ). Contoh: Pada 15 Jun 2017, Peserta Layak A membeli satu set sofa di IKEA (bernilai RM 1,500). Peserta Layak A berhak mendapat tiga (3) penyertaan. Pada 20 Jun 2017, Peserta Layak A membeli satu lagi almari di IKEA (bernilai RM 680). Peserta Layak A berhak mendapat satu (1) lagi penyertaan. Secara keseluruhan, Peserta Layak A telah memperolehi dan mengumpul empat (4) penyertaan dalam Tempoh Kempen. Untuk mengelakkan keraguan, meskipun Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang diperolehi oleh mana-mana Peserta Layak, jika beliau adalah pemenang Hadiah Utama, beliau tidak layak mendapat Hadiah Saguhati. Setiap Peserta Layak hanya berhak mendapat satu Hadiah di bawah Kempen. 9) Transaksi Perbelanjaan Runcit bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk penggunaan peribadi di IKEA Malaysia dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dengan ini dikecualikan dengan nyata di dalam ini dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit atau perbelanjaan runcit bagi tujuan Kempen ini:-

I. Transaksi yang dibuat di IKEA Malaysia menggunakan Kad Platinum Business CIMB dan Kad Fuel Tanker CIMB; II. Sebarang transaksi Kuasi Tunai iaitu transaksi yang melibatkan pembayaran atau pemberian wang tunai (misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); III. Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau transaksi yang menipu. 10) Meskipun perkara di atas, sebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang apakah yang merupakan Transaksi Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 9 adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa jua keadaan kecuali jika nampaknya benar-benar tidak adil atau tidak saksama. 11) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Transaksi Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 8 adalah berdasarkan jumlah penuh agregat dan disatukan yang dibelanjakan menggunakan Kad-kad Sertaan Peserta Layak (termasuk kad-kad tambahan yang dikeluarkan di bawahnya). Proses Pemilihan Pemenang 12) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak hanya akan memperolehi dan mengumpul Penyertaan Layak bermula dari hari pertama Kempen hingga tamat Tempoh Kempen. Pada penghujung Tempoh Kempen, Peserta Layak akan dipilih secara rawak oleh sistem pemilihan automatik berdasarkan Penyertaan Layak yang diperolehi oleh Peserta Layak dalam Tempoh Kempen, agar dapat dinamakan sebagai pemenang berpotensi bagi Hadiah Saguhati yang disebut dalam Klausa 7. Senarai Pemenang akan dipaparkan di laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my dalam masa 12 minggu selepas tamat Tempoh Kempen. (i) Pemenang Hadiah Utama Peserta Layak dengan jumlah Transaksi Perbelanjaan Runcit tertinggi yang dicaj kepada Kad Sertaannya dalam Tempoh Kempen berdasarkan rekod CIMB Bank ( Pemenang Hadiah Utama Berpotensi ) akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui telefon di nombor telefon mudah alihnya yang disimpan dengan CIMB Bank dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen dan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Utama. Jika percubaan pertama untuk menelefon Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang pertama sekali dikenal pasti gagal, iaitu atas sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau sebarang sebab jua, dua (2) lagi percubaan akan

dibuat untuk menelefon Pemenang Hadiah Utama Berpotensi. Jika percubaan ketiga tidak berjaya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya akan dihubungi. Jika Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya gagal menjawab soalan dengan tepat atau percubaan oleh CIMB Bank untuk menelefon Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya gagal atas apa jua sebab, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi ini akan disingkirkan dan CIMB Bank akan mengenal pasti Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya dalam cara yang disebut sebelum ini sehingga seorang Pemenang Hadiah Utama Berpotensi menjawab soalan dengan tepat semasa panggilan telefon daripada CIMB Bank. (ii) Pemenang Hadiah Saguhati Makluman SMS akan dihantar sekali kepada satu ratus (100) Pemenang Berpotensi yang dipilih oleh sistem pemilihan automatik CIMB Bank berdasarkan Penyertaan Layak yang diperolehi oleh Peserta Layak dalam Tempoh Kempen dan mereka dikehendaki menjawab satu soalan yang dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) kepada nombor telefon mudah alih yang disimpan dalam rekod CIMB Bank. Pemenang Hadiah Saguhati Berpotensi dikehendaki membalas SMS tersebut dengan jawapan yang tepat dalam masa dua (2) hari dari tarikh SMS dihantar kepada mereka. Tarikh akhir (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan ditetapkan dalam SMS. Pemenang Hadiah Saguhati Berpotensi yang membalas dengan jawapan yang tepat akan disahkan sebagai pemenang Hadiah Saguhati oleh SMS selepas itu daripada CIMB Bank. Jika Pemenang Hadiah Saguhati Berpotensi tidak menjawab dengan tepat atau tidak membalas SMS sebelum tarikh akhir yang dinyatakan, beliau akan disingkirkan dan tidak layak memenangi Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati akan ditarik balik. Hadiah yang ditarik balik tidak akan diberikan kepada pemenang berpotensi seterusnya. Untuk mengelakkan keraguan, caj telekomunikasi standard untuk balasan SMS akan dikenakan dan hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Saguhati Berpotensi. Semua soalan dan jawapan akan dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan hakim-hakim panel yang dipilih oleh CIMB Bank adalah muktamad dan mengikat kecuali nampaknya benar-benar tidak adil atau tidak saksama. 13) Pada masa pemilihan Pemenang, akaun Kad-kad Sertaan Peserta Layak terpilih MESTI dalam keadaan baik dan Peserta Layak TIDAK BOLEH memungkiri mana-mana terma dan syarat yang mengawal perjanjian-perjanjian Kad Sertaan atau delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut definisi CIMB Bank, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada turut serta atau menjadi Pemenang.

14) Peserta Layak hanya layak memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Kempen ini. Untuk mengelakkan keraguan, hanya Peserta Layak yang merupakan pemegang kad utama berhak memenangi satu (1) Hadiah di bawah Kempen. 15) Hadiah hanya tersedia kepada Peserta Layak yang merupakan pemegang kad utama dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan Hadiah tidak termasuk sebarang kos dan perbelanjaan yang berkaitan. 16) CIMB Bank berhak menarik balik apa-apa hadiah yang dimenangi dan menyingkirkan Peserta Layak jika berlaku balikan transaksi atau pembatalan atau penamatan transaksi dan/atau Kad Sertaan dalam Tempoh Kempen dan/atau kegagalan untuk mematuhi sebarang terma dan syarat di dalam ini. Terma-terma dan Syarat-syarat Am 17) Pemenang Kempen ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butir-butir pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, Nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudian akan menghubungi pemenang tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab membuat perkiraan yang perlu dengan CIMB Bank dan/atau pengedar/agen untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB Bank tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin ditanggung atau perlu ditanggung oleh pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah. 18) Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB Bank. 19) Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa alamat surat-menyurat dan nombor telefon mudah alih yang diberikan dan disimpan dalam rekod CIMB Bank adalah terkini dan dikemaskinikan. CIMB Bank berhak menarik balik Hadiah sekiranya nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang disimpan dalam rekod CIMB Bank adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskinikan. 20) CIMB Bank berhak menurut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memotong atau menambah mana-mana Terma dan Syarat di dalam ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan hadiah yang sama kosnya dan/atau untuk melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini ( Pindaan ). Pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen atau Pindaan akan mengikat Peserta Layak dan dianggap dibawa kepada perhatian Peserta Layak melalui sebarang notis terdahulu selama sekurang-kurangnya 21 hari yang dihantar oleh CIMB Bank kepada

Peserta Layak melalui komunikasi elektronik termasuk melalui electronic direct mail ( EDM ) dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) kepada alamat e-mel atau nombor telefon mudah aluh Peserta Layak yang terakhir diketahui dan/atau dengan dipaparkan di laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my. Sebarang pampasan sama ada wang tunai atau apa jua jenis pun jua tidak akan diberikan kepada Peserta Layak berbangkit daripada perubahan, pemotongan, tambahan atau pindaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini. 21) Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini (seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 20) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat semasa yang mengawal Kad-kad Sertaan CIMB Bank dan akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan pengiklanan lain berhubung dengan Kempen ini. 22) Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim-hakim CIMB berkaitan dengan Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif kecuali kesilapan nyata. CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Peserta Layak yang ditentukannya atau disyaki dengan munasabah telah mengganggu proses atau operasi Kempen, atau bertindak memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. 23) CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas apa-apa kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung oleh ketinggalan atau kecuaian CIMB Bank. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank tidak akan walau apa pun bertanggungjawab atas sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berhubung dengan Kempen ini. 24) Dengan menerima Hadiah, pemenang Hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masingmasing daripada dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan pemenang tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah, kecuali sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang diakibatkan oleh kecuaian atau ketinggalan CIMB Bank.

25) CIMB Bank tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah terus menjadi tanggungjawab pemenang Hadiah semata-mata. Setiap pemenang Hadiah bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasi cukai terhadap situasi kewangannya sendiri. 26) Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal Kad-kad Sertaan, maka versi terma-terma dan syaratsyarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain. 27) Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Customer Resolution Unit CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB Bank dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputera-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel.: Tel: +603 6204 7788 / Faks: +603 2691 3248 Alamat e-mel: cru@cimb.com.