BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

dokumen-dokumen yang mirip
berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN ARAB BERIMBUHAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA MOHD HARIS BIN SULAIMAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LUKISAN KEJURUTERAAN DARI ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bidang penterjemahan merupakan salah satu cabang dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penterjemahan adalah satu kemahiran seni yang membantu mengembangkan pengetahuan dan pemikiran masyarakat. Melalui terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat. Pembelajaran penterjemahan amat perlu bagi menjamin kesinambungan dan perkembangan ilmu. Penterjemahan melibatkan pemindahan idea dan pemikiran daripada satu bahasa kepada bahasa sasaran. Pelajar yang dapat menterjemahkan bahasa Arab dengan baik, merupakan pelajar yang menguasai bahasa tersebut dengan baik. Perkara utama kepada seseorang yang berhasrat menterjemahkan sesuatu bahan perlulah mendalami dan memahami kedua-dua bahasa, iaitu bahasa sumber dan bahasa penerima. Tanpa ilmu yang mendalam terhadap bahasa sumber dan bahasa penerima, tidak mungkin seseorang penterjemah dapat menterjemahkan bahan-bahan tertentu dengan baik, berkesan dan tepat (Ainon Mohd : 2008). 1.1 Latar Belakang Kajian Dalam melaksanakan sesuatu terjemahan khususnya menterjemah bahanbahan berbentuk ilmiah terutama daripada bahasa Arab ke dalam bahasa ibunda, ia merupakan sumbangan yang sangat bernilai dalam mengembang dan 1

membudayakan budaya ilmu dalam masyarakat. Hal ini demikian adalah kerana bahasa Arab merupakan bahasa ilmiah dalam memahami dan menguasai kesusasteraan Arab dan ilmu-ilmu agama dengan lebih tepat dan mendalam. Dalam konteks ini, kemahiran terjemahan perkataan berimbuhan dan pola terbitan daripadanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan sisipan dan imbuhan apitan akan menghasilkan konotasi yang baharu dari segi kaedah dan makna terjemahannya. Hal demikian kerana perkataan Arab terdiri daripada pola imbuhan dan pola terbitan. Berdasarkan pola-pola ini maka lahir daripadanya perkataan-perkataan yang mempunyai makna tersendiri. Setiap pola tidak boleh diterjemahkan dengan makna yang sama, walaupun mempunyai kata terbitan yang sama. Setiap imbuhan bagi pola tiga huruf terdiri daripada imbuhan satu huruf, dua huruf dan tiga huruf. Imbuhan ini jelas membawa kepada perubahan dari segi makna dan maksud. Oleh yang demikian, setiap imbuhan sama ada imbuhan awalan, imbuhan sisipan dan imbuhan apitan, apabila diteliti dengan mendalam satu persatu akan mengetengahkan makna dan maksud tersendiri dan seterusnya mendominasikan makna huruf imbuhan tersebut. Oleh itu, sudah menjadi kemestian pelajar aliran agama dan bahasa Arab perlu mengetahui makna bagi perkataan berimbuhan dengan baik, supaya makna dan maksud yang diterjemahkan itu tepat. Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian penyelidik sebagai guru pembimbing pelatih program j-qaf Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah, penyelidik merasakan tahap penguasaan terjemahan dalam kalangan pelatih jurusan agama khususnya bahasa Arab adalah kurang memuaskan, memandangkan mereka telah mempelajari pelbagai subjek bahasa dan kesusasteraan Arab bagi 2

meningkatkan kemahiran terjemahan subjek bahasa tersebut. Di samping itu pelbagai subjek berhubung dengan laras bahasa Arab juga ditawarkan bagi membantu pelajar menguasai kemahiran terjemahan. Pengajaran bahasa Arab pada hari ini, kebanyakan guru menterjemah perkataan demi perkataan untuk memudahkan kefahaman pelajar, kaedah tersebut kurang berkesan, cara ini menyebabkan pelajar tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dalam bahasa Arab serta gagal dalam peperiksaan disebabkan tahap kefahaman mereka terlalu lemah. Kajian telah dijalankan oleh Ashwaq Mohamad Salleh Kenali (2009) bertajuk Penguasaan Kemahiran Terjemahan dalam Kalangan Pelajar Program Bahasa Arab di Peringkat Universiti disertasi master, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menunjukkan bahawa tahap penguasaan terjemahan mereka masih lemah dalam kalangan pelajar universiti. Bertolak dari sini penyelidik cuba mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran terjemahan perkataan Arab berimbuhan dalam kalangan pelajar jurusan bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian ini dijalankan kepada pelajar tahun dua dan tiga jurusan bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini juga lebih memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran terjemahan perkataan berimbuhan secara lebih spesifik. 3

1.2 Fungsional Tajuk Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002) menyatakan penguasaan bermaksud perihal menguasaai atau menterjemahkan. Kemahiran bermaksud kecekapan atau kepandaian. Kemahiran yang dimaksudkan di sini ialah kecekapan berkaitan perkataan berimbuhan. Penterjemahan membawa maksud perihal (kerja, usaha dan sebagainya) menterjemahkan. Perkataan bermaksud bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang disebutkan atau dituliskan dan sebagainya dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan sesuatu maksud atau kata. Arab membawa makna memperlihatkan ciri-ciri atau pengaruh Arab. Berimbuhan bermaksud memakai imbuhan atau ada imbuhan. Menurut Tatabahasa Dewan edisi baharu (1993) perkataan bermaksud unit tatabahasa terkecil dan bebas. Bentuk perkataan yang mengambil imbuhan disebut perkataan terbitan, manakala yang tidak menerima imbuhan disebut perkataan dasar. Sementara imbuhan bermaksud bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata. Imbuhan yang dicantumkan itu menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa. Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Kalangan bermaksud lingkungan atau golongan. Pelajar IPTA dimaksudkan pelajar yang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia. Ahli morfologi Arab mendefinisikan imbuhan ( ) ialah perubahan sesuatu perkataan sama ada untuk tujuan pengembangan makna atau perubahan bunyi perkataan tersebut. Penambahan huruf juga dikenali sebagai morfem terikat. Morfem terikat tidak boleh berdiri dengan sendiri sebagai kata dan 4

hanya wujud sebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain bagi menjelaskan sesuatu makna dan tugas nahu. Contohnya huruf ta ( ) dalam perkataan ( ), huruf nun ( ) dalam perkataan ( ) dan huruf alif lam ( ) dalam perkataan ( ). Penambahan huruf tersebut sama ada di awal perkataan, di tengah atau di akhir sesuatu kata dasar akan membentuk suku kata baharu. Proses pengimbuhan ini, lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang mengubah makna kenahuan kata baharu yang terbentuk. Imbuhan dalam bahasa Arab ditentukan berdasarkan kepada kedudukannya dalam sesuatu perkataan sama ada imbuhan awalan, imbuhan sisipan, imbuhan apitan dan imbuhan akhiran. Dalam Bahasa Arab, perkataan berimbuhan boleh dibahagikan kepada perkataan berimbuhan awalan, imbuhan sisipan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan. Setiap penambahan perkataan imbuhan ini, akan menghasilkan konotasi baharu dari segi kaedah dan makna serta maksud terjemahannya. Lantaran itu, setiap penambahan imbuhan daripada pola satu huruf, dua huruf, tiga huruf dan empat huruf, jelas membawa kepada perubahan pada makna dan maksud terjemahannya. Oleh hal yang demikian, penyelidik cuba mengetengahkan kajian ini untuk dijadikan bahan pembuka tirai kepada kajian seterusnya. Dalam konteks ini, setiap penambahan sesuatu imbuhan akan membawa kepada perubahan dari segi maksud dan makna seterusnya akan melengkapkan bahasa tersebut sebagai alat untuk berkomunikasi. Lantaran itu, secara jelas bahasa berperanan sebagai medium penting untuk berkomunikasi antara manusia sejagat. Tujuan utama berkomunikasi adalah untuk saling memahami antara satu sama lain. 5

Di samping itu, ianya bertujuan untuk menjalin hubungan baik antara mereka (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan : 2008:19). Jelas di sini, penguasaan bahasa merupakan salah satu komponen utama dalam menguasai bidang terjemahan. Terdapat beberapa langkah dalam usaha untuk menguasai kemahiran terjemahan. Penterjemah mestilah menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik. Hasil daripada kemahiran ini, penterjemah dapat menguasai aspek leksikal, aspek sarf, nahwi, aspek uslub, selok-belok estetika bahasa dan retorik. Penterjemah mestilah mengetahui dengan jelas setiap imbuhan sesuatu huruf pada perkataan kerana dengan imbuhan tersebut akan membawa perubahan pada makna dan maksud perkataan tersebut. Bagi mengetahui huruf imbuhan pola kata kerja, penimbang pola tersebut telah ditetapkan oleh sarjana bahasa Arab yang dinamakan sebagai wazan. Pola kata kerja yang dikiaskan atau dipadankan dengannya disebut sebagai mauzun. Wazan ini berasal dari tiga huruf yang mempunyai imbuhan tersendiri mengikut pola yang telah ditetapkan. Wazan tersebut dibahagikan mengikut bilangan huruf imbuhan bagi setiap pola asal. Pola imbuhan pula mempunyai makna tersendiri yang berbeza daripada makna asal seperti meng, ter, kan atau makna yang tidak berkaitan langsung dengan makna asal. Kajian ini bertujuan melihat tahap penguasaan terjemahan perkataan kata kerja berimbuhan daripada perkataan asal tiga huruf. Pembahagian pola tiga huruf mengikut bilangan huruf imbuhan seperti jadual di bawah: Perkara Wazan Huruf imbuhan Jenis imbuhan 6

/ / Awalan Imbuhan satu huruf / / Sisipan / / Sisipan / /, / / Awalan / /, / / Awalan dan apitan Imbuhan dua huruf / /, / / Awalan dan akhiran / /, / / Awalan dan apitan / /, / / Awalan dan apitan Imbuhan tiga huruf / /, / /, / / Awalan (Jadual 1.1: Pola Tiga Huruf Mengikut Bilangan Huruf Imbuhan). 1.3 Persoalan Kajian 7

Cadangan untuk menjalankan kajian ini timbul setelah penyelidik memerhati dan meneliti tahap kelemahan terjemahan dalam kalangan pelajar Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik terhadap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelatih program j-qaf Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah, penyelidik merasakan tahap penguasaan kemahiran terjemahan khususnya perkataan Arab berimbuhan yang terdiri dari satu huruf, dua hurf dan tiga huruf adalah kurang memuaskan. Di samping itu, pemerhatian juga dilakukan terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat sekolah. Kajian ini mengetengahkan beberapa persoalan seperti berikut: i. Sejauh manakah pelajar-pelajar program bahasa Arab mampu menterjemah perkataan berimbuhan bertepatan dengan makna mengikut frasa dan rangkap ayat?. ii. Adakah mereka dapat membezakan makna perkataan berimbuhan mengikut frasa dan rangkap ayat?. iii. Adakah mereka dapat memahami makna perkataan terbitan daripada perkataan berimbuhan mengikut kehendak frasa dan rangkap ayat?. Bagi menjawab ketiga-tiga persoalan di atas, kajian ini dijalankan kepada sampel pelajar tahun dua dan tiga dari jurusan bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. 8

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran menterjemah perkataan berimbuhan daripada pola tiga huruf di peringkat pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Kajian ini tertumpu kepada menterjemah perkataan berimbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran pada pola tiga huruf berdasarkan frasa dan rangkap ayat. Di samping itu, penumpuan juga diberikan kepada pola-pola terbitan yang lahir daripada imbuhan tersebut. Kajian ini bertujuan mencapai objektif-objektif seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam menterjemahkan perkataan Arab berimbuhan. ii. Mengenal pasti kefahaman dan kemampuan pelajar dalam membezakan makna perkataan berimbuhan dalam ayat pendek. iii. Mengenal pasti kebolehan pelajar dalam membezakan sesuatu makna perkataan terbitan daripada pola perkataan berimbuhan dalam bentuk karangan bertema. 1.5 Batasan Kajian Kajian ini tertumpu kepada tahap kemahiran pelajar dalam menterjemah perkataan Arab berimbuhan daripada pola tiga huruf dan kata terbitan daripadanya ke bahasa Malayu. Perkataan berimbuhan difokuskan kepada 9 imbuhan awalan, 21 imbuhan sisipan, dan 20 imbuhan apitan. Di samping itu, kajian ini juga akan memberi perhatian terhadap beberapa pola terbitan yang lahir daripada perkataan 9

berimbuhan tersebut dari segi makna atau maksud berdasarkan frasa dan rangkap yang diberikan kepada sampel kajian. Sampel kajian ini dipilih daripada pelajar tahun dua dan tiga jurusan bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Rasional pemilihan mereka, kerana mereka telah pun mengambil beberapa subjek yang berkaitan dengan bahasa Arab untuk tujuan khusus iaitu subjek terjemahan dan beberapa subjek berbentuk praktikal. Subjek-subjek tersebut mampu memberi input penguasaan bahasa Arab dengan baik. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian terhadap permasalahan terjemahan telah banyak dijalankan di Malaysia dan di luar negara. Terdapat kajian yang dilakukan untuk melihat tahap kemahiran menterjemah perkataan dan ayat dalam bahasa Arab. Begitu juga terdapat kajian yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran terjemahan dalam kalangan pelajar. Namun begitu, belum ada kajian yang menjurus ke arah menterjemah perkataan Arab berimbuhan. Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengetahui tahap kemahiran pelajar dalam menterjemah perkataan Arab berimbuhan ke bahasa ibunda. Diharap dengan adanya kajian seperti ini akan dapat membantu para pendidik bahasa Arab untuk menyusun rancangan pengajaran dan pembelajaran, penyediaan kaedah dan strategi pembelajaran berkesan dalam terjemahan bagi meningkatkan penguasaan terjemahan dalam kalangan pelajar. 10

Kajian ini juga diharap dapat membantu para pendidik bahasa Arab memahami kepentingan terjemahan supaya dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Di samping itu, penekanan kepada pelajar patut diberi, untuk melaksanakan aktiviti terjemahan supaya mereka dapat membentuk kemahiran terjemahan dalam mempelajari bahasa Arab. Begitu juga mereka perlu diberi peluang mewujudkan suasana pembelajaran yang membantu amalan terjemahan. Dengan adanya pendekatan seperti ini pelajar akan dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab dan seterusnya dapat menterjemahkan teks Arab dengan lebih baik dan berkesan. Kajian ini juga penting kepada pihak yang menawarkan kursus pengajian bahasa Arab bagi mengenal pasti keperluan dan kepentingan terjemahan sebagai satu subjek dalam mempelajari bahasa Arab. Lantaran itu kemahiran berbahasa akan dapat dipertingkatkan seterusnya kemahiran terjemahan dapat dimantapkan. Sayugia diingatkan kemahiran terjemahan memerlukan kemahiran khusus dalam memahami bahasa yang dipelajari. Selain daripada penterjemah itu perlu ada kemahiran dan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak diterjemah (Abdullah Hassan, 2003:134). Diharap dengan adanya kajian seperti ini penguasaan terjemahan dapat dipertingkatkan dalam kalangan pelajar jurusan bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi secara khusus. 1.7 Rangka Kajian Kajian ini dibahagikan kepada lima (5) bab utama seperti di bawah: i. Pengenalan 11

Bab ini menyatakan beberapa aspek penting perbincangan dan teori penyelidikan dalam penguasaan kemahiran terjemahan perkataan berimbuhan seperti pendahuluan, latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian di samping batasan kajian yang dijalankan. ii. Landasan Teori Bab ini memberi penekanan kepada kajian terdahulu yang dilakukan oleh penyelidik berkaitan dengan masalah kajian. Kajian ini merangkumi bahan bercetak dan elektronik seperti buku, jurnal penyelidikan, kertas kerja dan laman sesawang. Dalam bab ini, penyelidik melihat permasalahan berkaitan yang tidak dibincangkan dan diterokai oleh penyelidik terdahulu. Hal ini bertujuan untuk memastikan kajian ini masih belum dijalankan. Di samping itu, untuk melihat kaedah dan pendekatan yang diguna pakai oleh penyelidik lain bagi menyelesaikan masalah berkaitan. iii. Metod Kajian Bab ini membincangkan metodologi kajian yang digunakan bagi mendapatkan data kajian sama ada melalui soal selidik, ujian kemahiran terjemahan dan temubual yang dilakukan. Kesemua instrumen yang digunakan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data yang tepat untuk dianalisis. iv. Analisis Kajian 12

Bab ini membentangkan data kajian yang dianalisis bagi menyelesaikan persoalan kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 10.0. Carta pai, peratus, kekerapan dan min turut digunakan dalam analisis ini. Analisis ini juga akan menunjukkan komposisi responden serta ciri demografi yang lain seperti jantina, kursus pengajian, kelulusan akademik, taraf pendidikan dan sebagainya. v. Kesimpulan, Cadangan dan Penutup Bab ini mengemukakan hasil dapatan kajian yang diperolehi dan beberapa cadangan serta saranan berguna bagi memantapkan lagi tahap penguasaan kemahiran terjemahan perkataan Arab berimbuhan di peringkat rendah hinggalah peringkat yang tinggi. Tidak ketinggalan juga harapan yang menggunung kepada penggubal kurikulum dan pihak berwajib untuk memberi perhatian serius dalam aspek terjemahan khususnya terjemahan perkataan Arab berimbuhan. 1.8 Penutup Terjemahan perkataan Arab berimbuhan sama ada imbuhan awalan, imbuhan sisipan, imbuhan apitan dan akhiran akan membawa makna dan maksud tersendiri. Walau bagaimanapun, terdapat juga makna dan maksud masih lagi terikat dengan makna asalnya, namun begitu, secara umumnya setiap perubahan yang berlaku akan membawa makna atau maksud yang baharu. Penelitian sebeginilah akan membawa kepada setiap terjemahan tersebut memberi makna dan maksud dengan lebih tepat dan bermakna. 13

Sayugia diingatkan, pelajar yang mengikuti kursus jurusan bahasa Arab perlu mengetahui makna sebenar perkataan asal dan juga makna bagi perkataan berimbuhan. Hal ini bertujuan memberi pemahaman dengan lebih mendalam dan berkesan terhadap setiap ayat dalam bahasa Arab yang dipelajari seterusnya dapat menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Oleh yang demikian, sebagai pencinta ilmu, adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk merungkai permasalahan sehingga permasalahan tersebut berjaya dileraikan. Semoga dengan usaha dan semangat yang jitu serta tunjuk ajar penyelia, Alhamdulillah kajian ini dapat diteruskan sehingga sampai ke penghujung dan penamatnya dan seterusnya dapat memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Bahasa Moden. BAB 2 LANDASAN TEORI 2.0 Pendahuluan 14