TERJEMAHAN SURAH AT-THUR

dokumen-dokumen yang mirip
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

2

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran


Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Mulia Quran Terjemahan Bahasa Indonesia. Surah Tur

PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

Kitab (Al-qur an) ini tidak ada keraguan di dalamnya, (sebagai) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (Q.S. Al-Baqarah : 2) ABSTRAK

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Kisah Kaum 'Aad. Khutbah Pertama:

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Disebarluaskan melalui: Website: November, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

2

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Himpunan Doa Didalam Al Quran

LALUAN KEHIDUPAN

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

GsHeM I' õ IäI = HÝI PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ G G M G = HsIe G GßR¾G G¾G > KßG¾G ôhäg G GY Péƒ MyG} K ÀG IäMÃG¾G GuĪ MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG}

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Begitu Singkatnya Umur Manusia

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

DOA IBUBAPA PADA ANAK

TAFSIRAN AYAT 17 JADI, SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA AL-QUR AN DAN BERIMAN DENGAN RASULULLAH?

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

PANDUAN SOLAT SUNAT DO A DAN WIRID

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Seri Iman Kristen (3/10)

SURAH AL-MUDDATHIR 1

Takwa dan Keutamaannya

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Samuel, Anak Tuhan - Pelayan

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

Pertanyaan Nabi (1) : Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

TERJEMAHAN SURAH. Mereka mendustakannya dan terus mengikut hawa nafsu mereka(sedarlah) dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan nya.

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

TERJEMAHAN SURAH. Apabila berlaku Hari Kiamat itu. (1) Tiada sesiapapun yang boleh mendustakan kedatangannya.(2)

Diterjemahkan oleh : Abu Sa id Neno Triyono א א א.


TERJEMAHAN SURAH NUH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

SURAH ADZ-DZARIYAAT 1

Mendidik Anak dengan Tauhid

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Doa-doa Pilihan DOA-DOA PILIHAN

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Transkripsi:

1 SURAH AT-THUR

2

3

TERJEMAHAN SURAH AT-THUR Demi Bukit Thursina.(1) Dan Demi Kitab yang tersusun rapi tulisannya.(2) Di atas lembaran yang tersebar.(3) Dan Demi keagongan Al Baitul Makmur.(4) Demi langit dengan bumbung yang tinggi melangit itu.(5) Demi lautan yang bergelora.(6) Sesungguhnya; Kedatangan Azab Allah, Tuhanmu itu, pasti akan berlaku!.(7) 4

Tiada sesiapa pun yang boleh menghentikan nya.(8) (Ia bakal terjadi) pada hari di mana langit akan bergegar dengan gegaran yang dahsyat.(9) Dan (kelihatan) gunung-gunung serta bukit bukau bergerak mengahncur.(10) Maka celaka dan binasalah pendusta-pendusta (yang mendusta hari kiamat itu).(11) Yang mereka selama ini (di dunia) leka dan terjebak dalam permainan yang merugikan.(12) (leka terhadap) Hari di mana mereka akan ditolak ke dalam neraka Jahannam dengan kasar sekali.(13) Inilah dia, Api Neraka (dihadapan mata kamu) yang selama ini kamu dustakan kewujudan nya.(14) 5

Adakah ini juga sihir (sebagaimana dakwaan kamu itu) ATAU selama ini kamu buta melihat kebenarannya?.(15) Nah rasalah bakarannya!; sama ada kamu mampu bersabar atau kamu tak mampu sabar kesakitan bakarannya itu, ianya sama sahaja, sesungguhnya semua balasan ini mengikut apa yang telah kamu lakukan.(16) Bagi orang-orang yang bertaqwa, sesungguhnya mereka di tempat kan dalam Jannah yang penuh nikmat dalamnya.(17) Nampak ceria dengan semua peruntukan yang dikurniakan oleh Tuhan mereka; dan mereka semuanya dijaga dari terkena azab Neraka Jahim, yang pedih oleh Tuhan mereka.(18) Jemput lah makan dan minum perkara yang lazat yang baik kesudahannya, kerana semuanya ini atas usaha kerja kamu yang lalu.(19) Mereka berehat dengan gembiranya di atas tempat-tempat rehat yang teratur, dan mereka dilayan oleh bidadari yang cantik menawan.(20) 6

Dan orang-orang yang beriman, diikuti oleh zuriat-zuriat mereka yang juga beriman, yang akan Kami temukan dan himpunkan mereka kembali dalam syurga itu; pastinya sedikit pun tidak dikurangkan pahala-pahala amal mereka.(pada prinsipnya) tiap orang itu berhak dan terikat dengan amal yang mereka lakukan.(21) Dan Kami hidangkan pada mereka dengan buah-buahan dan daging-daging yang menyelerakan mereka.(22) Mereka berebut-rebut mencapai gelas-gelas minuman yang tidak memabukkan dan juga tidak berdosa.(23) Mereka dilayan oleh budak-budak syurga yang sentiasa bergerak; dan gerakan mereka itu seolah-olah mutiara kelasik yang bertaburan.(24) Penguhuni Syurga yang saling hadap-menghadap (dengan sopan) berceritacerita di antara satu sama lain.(25) 7

Kata mereka: Sesungguhnya dulu kami bersama keluarga kami saling hormat menghormati (dan Allah adalah kemuncak dari penghormatan kami).(26) Maka Allah telah mentaufiqkan kurnian Rahmat Nya atas kami, dan kami semua dijaga dari azab yang beracun (neraka).(27) Sesungguhnya, kami dulu sentiasa memohon panduan Nya; Dialah Allah yang Maha Perihatin dan Penuh kasih sayang (pada kami).(28) Maka berilah peringatan (pada mereka; wahai Muhammad)! Engkau bukan seorang bomoh atau pawang, semata-mata kerana engkau menyampaikan nikmat-nikmat Allah itu (al Quraan).(29) Atau Engkau bukan seorang penyair, sebagaimana dakwaan mereka; iaitu penyair yang ditunggu-tunggu kemusnahan nya.(30) Jawablah pada mereka; tunggulah! Sesungguhnya aku sendiri bersama-sama kamu sedang menunggu (untuk melihat siapa yang benar).(31) 8

Atau, sebenarnya (semua tuduhan-tuduhan itu) adalah detik-hati mereka; atau sebenarnya mereka adalah kumpulan orang yang melampaui batas.(32) Atau mereka menuduh al-quraan itu ciptaan Muhammad, sebagai alasan untuk tidak beriman!.(33) (Allah mencabar mereka!) Jika benarlah dakwaan mereka itu, maka ciptalah sebuah seperti al Quraan itu!.(34) Atau adakah mereka selama ini tercipta dengan sendirinya; bahkan mungkin mereka menyangka yang mereka mencipta diri mereka sendiri?.(35) Atau adakah merekalah yang mencipta langit dan bumi ini? Kalau lah mereka anggap itu benar, mereka sendiri pun tidak yakin.(36) Atau mereka menyimpan khazanah ketuhanan TuhanMu! Atau mereka punyai kuasa pemerintahan tersendiri (atas sesuatu itu?).(37) 9

Atau mereka mempunyai tangga untuk mengintip (Tuhan yang berada di langit), maka dicabar agar mereka jelaskan apa yang mereka dapat dari intipan itu, sebagai bukti yang wajar?.(38) Atau adilkah diskriminasi mereka mengatakan yang Allah punyai anak perempuan sedangkan mereka pula punyai anak lelaki?.(39) Atau pernahkan engkau meminta upah dari mereka (atas dakwah mu itu) sehingga menyebabkan mereka terasa berat untuk melunaskan nya).(40) Atau adakah mereka memiliki sesuatu (seperti Loh Mahfuz) yang terdapat di dalamnya semua perkara ghaib, lalu mereka menyalin daripadanya (untuk mencabar kebenaran yang engkau dakwahkan nya).(41) Atau mereka merancang sesuatu penipuan (dan rancangan jahat); maka bagi orang yang kafir ingkar inilah yang akan ditimpa balasan dari rancangan jahat mereka itu.(42) Atau (pada masa timpaan itu), adakah mereka mempunyai tuhan-tuhan penyelamat selain dari Allah? Mahasuci Allah itu dari sebarang penyekutuan mereka.(43) 10

Dan jika mereka ternampak (pada hari Kiamat) sepotong benda besar jatuh dari atas sehingga mereka mengatakan itu adalah kumpulan awan berkelompok.(44) Maka biarkan lah mereka dengan ingkar mereka! sehinggalah mereka bertemu dengan hari yang sebenarnya mereka akan dibinasakan (hari kiamat).(45) Hari tersebut mempastikan bahawa semua rancangan jahat mereka itu tidak lagi berguna, malah mereka tidak punyai pembantu yang boleh menolong.(46) Disamping seksaan biasa itu terdapat seksaan lain yang yang telah berlaku atas orang yang zalim ingkar itu, dan perkara ini tidak dipeduli oleh kebanyakkan mereka.(47) (Wahai Muhammad!) berbanyak sabar sehingga datang hukum Allah; sesungguhnya Engkau sentiasa berada di bawah pemerhatian Kami; dan banyakkan lah bertasbih memuji-muja Tuhan mu sewaktu kamu memulakan sesuatu kerja baik (solat atau lain nya).(48) Dan di waktu malam pula, maka perbanyakkan tasbih mu, dan berakhirnya (tasbih itu) sehingga semua bintang-bintang menghilangkan diri (waktu subuh).(49) 11

SINOPSIS SURAH Terdapat beberapa isu-isu utama dalam surah ini yang cuba memimpin kita ke arah men Tauhid kan Allah dan memperkuatkan beriman dengan Nya, dan menerima Allah seada Nya tanpa syak dan was-was. Sesuai dengan turun nya surah ini di Mekah yang ayat-ayatnya cuba membuka minda kita terhadap mentauhidkan Allah. Isu Pertama melibatkan sumpahan Allah dengan menggunakan ciptaanciptaan Nya dan ini menggambarkan betapa pentingnya kita cuba meneliti perkara-perkara sumpahannya itu. Perkara-perkara tersebut dijelaskan dalam ayat-ayat 1-6 seperti berikut: Bukit Tur: bukit di mana Kisah nabi Musa bertemu Allah untuk menerima Kitab Taurat?. Kitab Taurat: yang diberi pada Musa as Atau ianya Loh Mahfuz?. Baitul Makmur: iatu seperti Baitullah yang ditawaf oleh para malaikat di atas?. Kehebatan langit ciptaan Allah dengan segala cekerawala nya? Lautan yang sentiasa bergelora dengan ombaknya?. Inilah kehebatan Allah yang telah memperkenalkan pada kita kuasa-kuasa Nya yang tidak terbatas, untuk kita teliti, fahami dan terima ianya sebagai suatu dalil kukuh tentang kekuasaan Allah yang wajib kita beriman dengan Nya. Isu besarnya ialah, kedatangan azab Allah, melalui huruhara hari kiamat yang PASTI akan datang, Pasti akan ditempuhi oleh tiap yang hidup dan TIDAK ada sesiapa yang boleh menolaknya. Jadi janganlah kamu degil untuk menolak Allah, menolak kepercayaan adanya Hari Kiamat itu. 12

Kepada Pendusta-pendusta yang sentiasa menolak adanya hari Kiamat ini di sajikan dengan kenyataan adanya Neraka Jahannan, Neraka yang sangat di takuti, Neraka yang bukan sihir, untuk dirasakan azabnya. Mereka di ketegorikan sebagai zalim, kufur dan ingkar pada dakwah nabi Nya layak untuk menghuni semua neraka ini. Kepada yang beriman akan terasa berpeluang menjauhi semua huruhara Kiamat itu nanti; hati akan tenang, jauh dari sebarang ketakutan, dan justeru semua amalan di dunia ini akan disesuaikan dengan kepercayaan itu. Mereka akan dilayan dengan syurga yang berkekalan dalamnya, terjaga dari Neraka Jahannam, memenuhi kemahuan diri, anak isteri dan zuriat mereka. Isu KEDUA; iaitu Nasihat dari Allah kepada semua manusia untuk menentang semua jenis penyelewengan, syubhah dan perkara-perkara batil berpandukan logika dan panduan dari Allah melalui kitab Al Quraan. Berzikir mengingati Allah, mendekati Rasulullah dan jangan menganggap baginda sebagai bomoh atau pawang; atau seorang yang gila. Jika nasihat-nasihat ini juga tidak diterima, maka elok lah dibiarkan mereka menuggu apa yang pasti mereka akan lalui; iaitu Hari Yang dijanjikan oleh Allah; sama ada di dunia ini lagi seperti dalam perang Badr, atau di akhirat iatu huruhara Kiamat dan hari Mahsyar. Isu KETIGA ialah Nasihat Allah kepada Rasulullah saw; iaitu jangan pedulikan kan karenah kafir degil ini dan biarlah mereka dengan kebodohan mereka. Rasulullah dinasihat supaya terus bersabar sehingga datangnya hukum Allah. Disamping itu baginda dinasihatkan banyak bertasbih sewaktu melakukan semua kerja-kerja baik baginda dan di waktu malam pula ditumpukan pengabdian pada Allah sehinga subuh menjelang. Inilah dia kekuatan IMAN yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menghadapi keadaan-keadaan yang menekan. Implikasi surah ini pada kita amat jelas sekali menuntut kita meneliti kekuasaan Allah dan beriman dengan Nya. Mengambil iktibar atas kedegilan orang-orang kafir Mekah yang terus menolak Rasulullah, al Quraan dan tak Mau beriman walaupun secara logiknya mereka sepatutnya beriman. Lihat dan kajilah pendekatan surah ini kepada kita untuk satu tujuan utama والله أعلم syarat. ialah beriman dengan Allah tanpa 13

TAFSIRAN SURAH AT-THUR Demi Bukit Thursina.(1) Dan Demi Kitab yang tersusun rapi tulisannya.(2) Di atas lembaran yang tersebar.(3) Dan Demi keagongan Al Baitul Makmur.(4) Demi langit dengan bumbung yang tinggi melangit.(5) Demi lautan yang bergelora.(6) Sesungguhnya; Kedatangan Azab Allah, Tuhanmu itu pasti berlaku!.(7) Tiada sesiapa pun yang boleh menghentikannya.(8) Tafsiran ayat 1-8: Ayat 1 hingga ayat 6 memperlihatkan sumpah Allah dengan menggunakan semua ciptaan-ciptaan Nya. Allah bersumpah Demi Bukit Tur; Demi Kitabkitab ku yang ditulis dengan susunan yang baik dalam lembaran yang tersebar, Demi Baitul Makmur di langit yang ke tujuh; Demi langit yang tercipta kukuh di atas; dan Demi Lautan yang penuh bergelora; Aku bersumpah dengan semuanya ini bagi menyatakan sesuatu perkara yang sangat besar iaitu sesungguhnya AZAB ku yang telah pernah aku janjikan itu, yang berlaku pada hari Kiamat dan hari Mahsyar PASTI akan berlaku, dan TIADA sesiapa pun yang boleh menghalangnya dari berlaku. Ayat 7 hingga 8 menyatakan sebab sumpahan itu dibuat oleh Allah; iaitu memberitahu yang AZAB Allah yang bakal menyelinap diri orang-orang yang 14

kufur ingkar itu, khususnya yang tidak percaya adanya Hari Kiamat dan Huruhara Kiamat yang terjadi bersekali dengan munculnya hari itu PASTI berlaku, dan tiada siapa pun yang boleh menghalangnya. Inilah kekuasaan Allah, dan keagongan Nya. Kesan sentuhan ayat-ayat di atas sewaktu ianya diturunkan dicatit oleh Al Hafiz Abu Bakar bin Abidunia, yang dicerita oleh Musa bin Daud dari Soleh bin Marra, dari Jaafar bin Zaid al Abdi yang berkata: Suatu malam, Syidina Omar keluar mengelilingi Bandar Madinah; dan beliau melepasi rumah-rumah orang yang beriman; Dia berhenti sambil mendengar seorang lelaki dari sebuah rumah itu, sedang solat dengan membaca ayat-ayat 1-8 dari surah At Tur dan beliau berkata: Demi Allah, ini adalah sumpah Allah!. Beliau terus turun dari Kaldai nya dan melepek di dinding bangunan dan terhenti sejenak, Kemudian dia pulang ke rumahnya. Dia dilihat seperti sakit yang tak tahu apa penyakitnya (Syed Qutub; Tafsir fi Zilalil Quraan ms. 3394, Jilid 6) Diriwayat dari Jubir bin Mat aam; yang berkata: Sewaktu aku datang ke Madinah untuk berbincang dengan Rasulullah mengenai tawanan perang Badr; dan aku bertemu dengan baginda yang ketika itu sedang solat Fajr. Baginda sedang membaca surah At-Tur dan aku mendengarnya kerana suaranya boleh didengar di luar masjid. Apabila sampai pada ayat 7 dan 8, hati ku terasa kecut dan gelisah, dan aku yakin itu lah kemasukan islam aku yang terawal dan aku terus memeluk Islam kemudiannya. Aku khuatir akan turunnya azab tersebut sebelum semuanya terlambat (Tafsir al Bayan, jilid 9 ms 188) Kita perlu mengkaji satu persatu akan semua perkara yang disumpah dalam ayat-ayat 1-6 ini terlebih dahulu. Bukit Tur: ( ) iaitu bukit yang dicatit oleh al Quraan dalam kisah Musa as di mana pada bukit itulah, Allah telah menurunkan Kitab Taurah dalam alwah nya, untuk disebarkan pada kaum Musa as. Kitab Rapi: ( ) iaitu Kitab yang ditulis sendiri oleh Allah dengan tangan Nya dan diserahkan pada Musa as dan ianya sebahagian dari Kitab Taurat. Ada yang mengatakan ianya al-loh Mahfuz, atau semua Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada rasul-rasul Nya. 15

Al Baitul Ma amur: ( ) iaitu; ianya adalah Kaabah kepada penghuni langit yang ke tujuh. Di sembahyang disitu oleh 70,000 malaikat tiap hari dan ianya ibarat masjid di langit. Bumbung Tertinggi: ( ) iaitu Langit di atas dunia; yang menguasai semua isinya, seperti bintang bulan dan matahari dan memberi faedah kepada hidupan dunia. Laut yang bergelora: ( ) iaitu lautan yang dipenuhi air; di hari kiamat ianya akan bertukar menjadi api yang membakar dan akan bersatu dengan neraka Jahannam. Begitulah petikan dari beberapa pentafsir tentang makna setiap perkara yang disumpah Allah itu. Semuanya itu adalah dari ciptaan Nya sendiri. Setiap sesuatu yang disumpah itu punyai perkara besar untuk kita insafi. Sesungguhnya AZAB dari Allah sebagaimana yang dijanjikan untuk orang yang kufur pada Nya, yang menolak adanya hari Kiamat, pasti akan terjadi; iaitu azab di Akhirat. Pernyataan begini adalah dari perkara yang besar memperlihatkan keagongan kekuasaan Allah, dan kesempurnaan ilmu Nya yang meliputi segala sesuatu, khususnya mengenai amalan hamba-hamba Nya. Yang kufur pada Allah harus bersedia untuk menanggung kesakitan azab ini jika mereka terus mahu menjadi kafir yang menolak semua amaran-amaran Allah ni. Gambaran huruhara ini dicatitkan dalam ayat berikut: (ia bakal terjadi) pada hari dimana langit akan bergegar dengan gegaran yang sangat dahsyat.(9) Dan (kelihatan) gunung-gunung serta bukit bukau bergerak mengahncur.(10) 16

Tafsiran ayat 9-10: Ayat 9 di atas memperlihatkan langit di atas yang selama ini didapati kukuh terbina dengan gagahnya, tiba-tiba bergoncang timbul tenggelam seperti ombak di laut, ke sana kemari tanpa sistem. Akhirnya berkecai pecah, luruh segala kandungannya dan segala-gala mati dan tidak berfungsi. Ayat 10 pula memperlihatkan betapa bukit bukau yang kukuh tersergam di atas tanah tiba-tiba secara perlahan bergerak, bergoncang yang membantu sekaligus menjadikan huruhara itu lebih serius. Pada masa itu, manusia sebagai makhluk kecil lemah akan terkedip-kedip dalam huruhara itu, Bengong dan tak pasti. Inilah dia kesesakan yang menggila, menjadikan semua yang berada itu dalam keadaan yang sangat buruk. Khususnya mereka yang menentang wujudnya hari Kiamat, yang tidak percaya adanya Kiamat, dan menolak ayat amaran Allah, dan yang hidup sebagai kafir yang ingkar pada Rasul mereka. Firman Allah: Maka celaka dan binasalah pendusta-pendusta (yang mendusta hari kiamat itu).(11) Yang mereka selama ini (di dunia) leka dan terjebak dalam permainan yang merugikan.(12) Tafsiran ayat 11-12: Iaitu apabila berlaku dentuman kemusnahan ini dan pergerakan bukit yang menghancurkan ini, maka ianya satu kecelakaan besar sedang berlaku, dan azab besar sedang menanti yang akan mengena ke atas orang-orang yang kufur pendusta terhadap ayat-ayat Allah; kufur kepada Rasul Nya, dan tidak percaya akan berlakunya Kiamat. Semasa di dunia mereka leka; mereka terus menerus menghiaskan iktikad syaitan mereka dalam hidup dan ianya satu permainan yang sangat merugikan. Mereka terus merasakan kelazatan hidup kufur mereka, dan menyibukkan diri mereka dengan falsafah hidup yang buruk yang batil, tanpa 17

niat mahu melihat sesuatu itu dengan hati dan fikiran yang bertuhankan Allah yang mencipta mereka. Syed Qutub membandingkan pengertian ayat ini dengan ahli-ahli falsafah, dan bijak pandai ahli-ahli sains yang terus bergelomang dengan fikiran sempit mereka dalam permainan yang merugikan ini (Syed Qutub ms. 3394) Katanya; permainan mereka itu digandingkan dengan sayang dan cintanya mereka terhadap dunia dan membelakangkan ahkirat. Ke manakah agaknya akan perginya orang-orang yang dilalaikan oleh permainan dunia ini? Firman Allah: (leka terhadap) Hari di mana mereka akan ditolak ke dalam neraka Jahannam dengan kasar sekali.(13) Inilah dia, Api Neraka (dihadapan mata kamu) yang selama ini kamu dustakan kewujudan nya.(14) Adakah ini juga sihir (sebagaimana dakwaan kamu itu) ATAU selama ini kamu buta melihat kebenarannya?.(15) Nah rasalah bakarannya!; sama ada kamu mampu bersabar atau kamu tak mampu sabar kesakitan bakarannya itu, ianya sama sahaja, sesungguhnya semua balasan ini mengikut apa yang telah kamu lakukan.(16) Tafsiran ayat 13-16: Semua ayat-ayat 13-16 di atas menjelaskan bagaimanakah orang-orang yang kufur ini dilayan di akhirat nanti; Dari semua ayat-ayat ini dapat kita rumuskan bagaimana mereka diberi layanan:- a) Mereka diseret dengan kasar sekali ke dalam api Neraka; atau ditolak dengan kasarnya ke dalam api neraka atau tangan serta kaki mereka di 18

ikat kuat ke tengkok mereka dan dicampak dengan kasar ke dalam neraka. b) Selepas saja diseret ke dalam neraka, Malaikat Zabaniah, penjaga neraka akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina mereka. Di antara katakata itu yang dicatit dalam ayat di atas ialah: adakah neraka ini juga salah satu sihir dari Kami?(Sebagaimana dakwaan kamu dulu apabila Kami memberi amaran maka kamu berkata semuanya adalah sihir ). Kamu sebenarnya tidak berusaha untuk melihat pada kebenaran dari amaran-amaran Kami itu? c) Nah! Masuk lah dan terimalah azab Kami hari ini! Pilihlah dari sudut mana kamu mahu masuk ke dalam neraka aku ini! Sama ada kamu boleh sabar menerima kepanasannya, atau kamu tidak boleh bertahan kesakitannya, ianya tidak memberi apa-apa kebaikan pada kamu dan pastinya kamu semua tidak dapat meloloskan diri dari azabku ini. Katakata tambahan dari malaikat Zabaniah pada penghuni neraka itu. d) Semua balasaan azab yang berjalan ini sebenranya bukan satu kezaliman dari Allah atas hamba-hambanya, tetapi azab ini bersesuaian dengan perilaku mereka dahulu di dunia. Jika anda seorang yang beriman dengan Allah, menerima Rasul Nya dan dakwahnya sebagai bimbingan hidup di dunia ini bagaimanakah agaknya layanan yang diberi oleh Allah pada anda nanti di Akhirat? Firman Allah: Bagi orang-orang yang bertaqwa, sesungguhnya mereka ditempatkan dalam Jannah yang penuh nikmat dalamnya.(17) 19

Nampak ceria dengan semua peruntukan yang dikurniakan oleh Tuhan mereka; dan mereka semuanya dijaga dari terkena azab yang pedih oleh Tuhan mereka.(18) Jemput lah makan dan minum perkara yang lazat yang baik kesudahannya, kerana semuanya ini atas usaha kerja kamu yang lalu.(19) Mereka berehat dengan gembiranya di atas tempat-tempat rehat yang teratur, dan mereka dilayan oleh bidadari yang cantik menawan.(20) Tafsiran ayat 17-20: Inilah balasan dari Allah kepada hamba-hamba Nya yang bahagia. Pertama nya ialah mereka telah dilepaskan dari azab neraka, sebagai satu nikmat yang terlalu agong dan dilepaskan ke dalam nikmat-nikmat syurga Allah yang tidak dapat di gambarkan oleh mata dan telinga. Balasan pada mereka dengan mempersilakan mereka menikmati suasana syurga dengan menghirup semua yang telah disediakan Allah untuk mereka dalam syurga itu. Ini termasuk lah kelazatan dari makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal serta juga kenderaan-kenderaan yang dinaiki mereka. Perkataan mempersilakan mereka menikmati makan minum dalam syurga di catit dalam ayat 19 adalah seperti berikut: Jemputlah kalian semua menjamu selera dari makanan dan minuman yang disediakan dan pastinya baik kesudahannya! Kemudian satu perkataan lain yang juga memberansangkan ialah: semuanya ini atas kerja-usaha kamu yang terdahulu yang telah diterima Allah. Hal keadaan mereka digambarkan sebagai sentiasa bersenang-senangan berteleku di atas katil-katil rehat mereka, hadap menghadapi di antara sesama mereka, dan mereka sentiasa dilayan mesra oleh pelayan-pelayan solehah dan isteri-isteri yang baik budi dari kalangan bidadari yang di tugaskan. Inilah semua kemurahan dari Allah yang diberi kepada yang beriman dengan Nya. Kemurahan Allah kepada yang beriman bukan hanya setakat diri seorang soleh itu sahaja, malah melibatkan keluarga dan zuriatnya, Firman Allah: 20

Dan orang-orang yang beriman, diikuti oleh zuriat-zuriat mereka yang juga beriman, dan yang Kami temukan mereka kembali dalam syurga itu; pastinya sedikit pun tidak dikurangkan pahala-pahala amal mereka. (Pada prinsipnya) tiap orang itu berhak dan terikat dengan amal yang mereka lakukan.(21) Dan Kami hidangkan pada mereka dengan buah-buahan dan daging-daging yang menyelerakan mereka.(22) Mereka berebut-rebut mencapai gelas-gelas minuman yang tidak memabuk kan dan juga tidak berdosa.(23) Mereka dilayan oleh budak-budak syurga yang sentiasa bergerak; dan gerakan mereka itu seolah-olah mutiara kelasik yang bertaburan.(24) Tafsiran ayat 21-24: Ibnu Kathir (ms. 242, Jilid 4) mentafsirkan ayat 21 di atas seperti berikut, Katanya: Ini adalah kemurahan Allah, anugerah Nya, keperihatinan Nya, kelembutan Nya pada hambanya yang beriman serta Ihsan Nya kepada mereka; iaitu soarang yang beriman itu jika zuriatnya juga beriman mengikuti jejaknya, maka zuriat tersebut akan dinaikkan taraf mereka menyamai taraf datuk mereka itu. Walaupun amalan yang dibuat oleh zuriatnya itu tidak sehandal datuknya. Ini adalah satu penghargaan kepada yang beriman itu dengan anak cucunya dalam mengumpulkan di antara mereka mengikut cara yang terbaik. Caranya ialah dengan mengangkat zuriat yang kurang handal amal mereka itu kepada martabat amal yang handal. Dengan berbuat demikian, sedikit pun amal datuk yang beriman itu tidak dikurangkan atau tarafnya 21

direndahkan. Ini hanya untuk mempersamaratakan di antaranya dengan zuriatnya. Sebuah Hadith riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim dari Hadith Sufiyan As Sauri; dari Amru bin Marrah dari Said bin Jubir dari Ibnu Abbas; katanya: Sesungguhnya Allah akan mengangkat naik taraf zuriat seorang yang beriman ke satu darjat, walaup zuriat itu tidak sehandal amalan yang beriman itu, semata-mata untuk mendekatkan matahati matahati mereka kemudian beliau membaca ayat 21 tersebut. Ini sebenarnya kelebihan yang diberi kepada zuriat orang beriman hasil barakah dari amalan para bapa mereka. Sebaliknya, kelebihan yang diterima oleh bapa-bapa kerana amalan anak-anak mereka dijawab dalam sebuah Hadith riwayat Imam Ahmad; dari Abi Saleh dari Abi Hurairah; yang berkata: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjah seorang hambanya yang soleh dalam syurga, dan masa itu dia tekejut dan bertanya; Ya Allah! dari mana datangnya semua ini? Jawab Allah; ianya dari istighfar anak lelaki engkau kepada engkau!. (Ibnu Kathir ms 243, jilid 4) Ayat-ayat 22, 23 dan 24 masih lagi menggambarkan perlakuan ahli-ahli syurga yang beriman dengan balasan baik mereka. Syed Qutub menyimpulkan 3 ayat tersebut dalam tafsirannya seperti berikut: Gambaran tiga ayat itu memperlihatkan berbagai jenis nikmat makanan dan minuman yang lazat dalam syurga. Melihat mereka sentiasa hulur menghulur gelas-gelas minuman di antara mereka, dan ianya bukan lah dari jenis arak dunia yang mengujudkan suasana tegang, lagha yang memimpin kepada buat dosa dan berdosa; tetapi minuman ini dari yang bersih dan menceriakan. ( ) yang tidak mensia-siakan dan tidak pula berdosa Keadaan mereka berebut-rebut di antara mereka dan hulur menghulur secara kumpulan menambahkan lagi suasana kedekatan dan harmoni yang penuh nikmat. Ketika semua perkara ini berlaku mereka sedang dilayan dengan baik oleh pelayan kanak-kanak syurga yang dikenali sebagai wildan yang digambarkan sebagai putih seperti mutiara klasik yang bertaburan. 22

( ) seperti mutiara klasik yang bertaburan Semua gambaran ini mempertingkatkan kenikmatan perkumpulan ahli jannah yang diraikan oleh Allah. Ayat selepas ini pula menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan penghuni syurga yang beriman berjaya sampai keperingkat ini melalui firman Allah: Penguhuni Syurga yang saling hadap menghadap bercerita-cerita di antara satu sama lain.(25) Kata mereka: Sesungguhnya dulu kami bersama keluarga kami saling hormat menghormati (dan iman pada Allah adalah kemuncak dari penghormatan kami).(26) Maka Allah telah mentaufiqkan kurnian Rahmat Nya atas kami, dan kami semua dijaga dari azab yang beracun (neraka).(27) Sesungguhnya, kami dulu sentiasa memohon panduan Nya; Dialah Allah yang Maha Perihatin dan Penuh kasih sayang (pada kami).(28) Tafsiran ayat 25-28: Empat ayat di atas adalah tips-tips yang diberi oleh penghuni syurga yang beriman tentang bagaimana mereka beroleh kejayaan sehingga mereka boleh sampai ketahap sekarang, iaitu menjadi penghuni syurga. Pertama mereka hidup di dunia sentiasa berwaspada atas semua perkara yang melibatkan hari Akhirat; Kedua mereka hidup dengan cara sentiasa takut bagaimana mereka hendak menemui Allah; Ketiga mereka hidup mengharapkan belas kasihan Nya di hari Hisabnya nanti, Keempat mereka 23

hidup bersesama dengan keluarga dan sahabat handai mereka tanpa tipu muslihat dan tidak terlibat dalam permainan hidup yag melalaikan mereka. Sebagai balasan, mereka telah dijauhkan Allah dari racun azab Nya sebagai satu penghormatan kerana ketakwaan mereka, rasa keperihatian mereka pada Allah dan hubungan baik mereka dalam masyarakat mereka. Mereka yakin, pemberian Syurga ini adalah semata-mata kerana rahmat dan anugerah kemuliaan dari Allah pada yang bertakwa. Mereka yakin, dengan sifat-sifat mulia Allah, iaitu kebajikan Nya pada hamba Nya yang soleh; Rahmat dan bimbingan Nya kepada mereka yang mendoakan dan doa menjadi senjata mereka. (Syed Qutub ms 3397) Imam Haqqi dam Tafsir al Bayan menjelaskan ayat ini dengan berkata: mereka berbincang sesama mereka dalam syurga mengenai perkara-perkara berikut: a) Hal ehwal masing-masing b) Amalan-amalan yang telah mereka lakukan selama ini yang telah membawa mereka kepada syurga Allah dan kemuliaan yang diterima mereka c) Memberi pengiktirafan terhadap semua nikmat-nikmat yang mereka sedang terima d) Perbincangan yang mendalam lebih kepada bertukar-tukar fikiran mengenai nikmat-nikmat Allah. Di antara perkara besar yang dinyatakan dalam perbincangan ini ialah cerita mereka sewaktu mereka di dunia lalu; Kata mereka: Sebelum kami memasuki syurga ini, kami bersama dengan keluarga kami berkeadaan rendah hati dengan penuh rasa takut pada Allah untuk melakukan sebarang maksiat. Kami sentiasa berwaspada dengan memberi penuh ketaatan kami pada Allah; kami merasa malu yang tersangat untuk memiliki perlakuan-perlakuan buruk, sehinggalah kami semua dianugerahkan dengan rahmat dan taufiq Nya pada kami, dan menjaga kami dari dibaham oleh neraka Nya. (tafsir al Bayan ms 197) Ibnu Kathir telah memetik sebuah Hadith dari Ibu Abi Hatim dari Amru bin Abdullah Audi dari Wukix dari A amash, dari Abi Duha dari Masruq dari Syidatina Aisyah yang membaca ayat:- 24

Dan kemudian beliau berdoa dengan doa ini: Mafhum nya: اللھم من علینا وفنا عذاب السموم, انك أنت البر الرحیم Ya Allah, kurniakan pada kami rahmat dan taufiq Mu, dan jauhkan kami dari azab neraka, sesungguh nya Engkau sentiasa melimpahkan Ihsan dan Rahmat Mu atas kami Inilah di antara doa-doa yang dibaca oleh penghuni syurga yang telah memberi tips yang membawa mereka ke syurga Allah. (Ibnu Kathir ms. 244 JIlid 4) Selepas Allah menjelaskan ada sekumpulan manusia yang sangat berwaspada dan takut pada Allah dan berada bersama dengan keluarga mereka, maka Allah menggesa Muhammad saw supaya terus memperingat kan kaum baginda yang tidak mahu beriman itu dengan apa yang diturunkan pada baginda. Sekurang-kurangnya menjawab balik segala tohmahan yang pernah dilemparkan mereka kepada baginda; Firman Allah: Maka berilah peringatan (pada mereka; wahai Muhammad)! Engkau bukan seorang bomoh atau pawang, semata-mata kerana engkau menyampaikan nikmat-nikmat Allah itu (al Quraan).(29) Atau Engkau bukan seorang penyair, sebagaimana dakwaan mereka; iaitu penyair yang ditunggu-tunggu kemusnahannya.(30) Tafsiran ayat 29-30: Allah menggesa Rasulullah supaya berdiri teguh dan terus memperingatkan kaum musyrikin melalui ayat-ayat Allah yang telah diturunkan dan menjawab 25

balik segala kecaman yang tidak berasas itu yang dilempar pada Rasulullah selama ini. Ayat 29 menekankan, adakah kerana nikmat Allah yang telah membenarkan kenabian baginda, memberi dalil-dalil kebenaran kerasulan baginda itu maka beliau dituduh sebagai seorang pawang?. Pawang di sini diertikan sebagai mereka yang telah didatangi oleh syaitan yang mebawa berita dari langit tentang satu-satu kejadian yang berlaku atau akan berlaku. Sesuai dengan syaitan tadi maka baginda dituduh sebagai gila kerana mengungguli Jin dalam hidupnya. Dalam ayat 30 pula baginda diselar sebagai tukang syair, yang mendendangkan ayat al Quraan seperti bait-bait syair yang diilhamkan oleh jin tadi. Malah mereka sedang menunggu kejatuhan baginda melalui saat-saat kebinasaan nya. Di antaranya mereka sedang menunggu kebinasaan Rasulullah sehingga itu barulah mereka dapat rehat dari ajakan dakwah baginda itu. Mengapa mereka membuat tuduhan liar seperi ini? Kerana mereka sedang berhadapan dengan mukjizat al Quraan. Kebanyakan mereka adalah ahli-ahli bahasa dan penyair-penyair yang mendendangkan kata-kata syaitan dan jin. Mahukah mereka menerima yang al Quraan itu dari Allah? pastinya tidak! Apapun, masih mereka mahu mengatakan ianya melebihi kebolehan manusia dan yang menjadi mangsanya ialah Jin. Maka Rasulullah dituduh bersubahat dengan Jin, menjadi pawang, menjadi penyair yang mendendangkan ayat-ayat syairnya melalui penguasaan jin atas otak baginda. Inilah tuduhan-tuduhan liar untuk menutup kelemahan diri sendiri, khususnya bila berhadapan dengan mukjizat al Quraan. Apakah reaksi Allah terhadap tuduhan ini? Firman Allah: Jawablah pada mereka; tunggulah! Sesungguhnya aku sendiri bersama-sama kamu sedang menunggu (untuk melihat siapa yang benar).(31) Atau, sebenarnya (semua tuduhan-tuduhan itu) adalah detik-hati mereka; atau sebenarnya mereka adalah kumpulan orang yang melampaui batas.(32) 26

Atau mereka menuduh al-quraan itu ciptaan Muhammad, sebagai alasan untuk tidak beriman!.(33) Tafsiran ayat 31-33: Tuduan liar dan kecaman tehadap baginda Rasulullah sebagai penyair dan sedang menunggu saat-saat kemusnahannya seolah-olah menutup kelemahan sendiri bila berhadapan dengan al Quraan. Allah menjawab sama-samalah kita menunggu, kerana bukan saja mereka sedang menunggu tetapi kita semua menunggunya, menunggu kebenaran dari siapa yang akan muncul. Ketua-ketua Quraisy dikatakan banyak membuat tuduhan berdasarkan detik-hati mereka; ini mengujudkan hobi lama mereka untuk membuat tuduhan bodoh atas semua perkara. Ianya bukan satu kebenaran, tetapi di selubungi oleh nafsu mereka untuk terus menentang Islam dan Rasulullah. Konsep detik-hati dan naluri yang mendorong mereka membuat tuduhan liar ini sebenarnya adalah pembohongan dan mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang tahu, sebaliknya mempunyai hobi untuk tuduh perkara yang bukan-bukan. Cakap-cakap mereka sekejap Rasulullah sebagai pawang, sekejap lagi sebagai gila, dan sekejap lagi sebagai penyair. Kemudian mereka kaitkan tuduhan itu dengan detik-hati atau naluri bohong mereka. Sesungguhnya mereka telah celaru atas tuduhan-tuduhan mereka itu. Kemudian mereka menuduh yang al Quraan itu adalah tulisan Rasulullah. Mereka menuduh semua kandungan al Quraan itu tidak betul, Kemudian di katakan dari Allah. Sedangkan al Quraan itu telah tersebar kepada semua umat arab pada masa itu. Mereka tahu yang semua tahu al Quraan benar dan mereka tidak mau beriman dengannya. Justeru itu Allah mencabar mereka supaya membawa satu al Quraan lain yang sekurang-kurangnya dapat menandingi al Quraan yang didakwah oleh Rasulullah itu, Firman Allah: 27

(Allah mencabar mereka!) Jika benarlah dakwaan mereka itu, maka ciptalah sebuah seperti al Quraan itu!.(34) Tafsiran ayat 34: Cabaran supaya mereka yang mempertikaikan al Quraan yang di dakwah oleh Rasulullah itu, dengan meminta mereka mengadakan sebuah al Quraan lain yang dapat menandinginya, dan ianya terbuka sehingga hari Kiamat. Al Quraan bukan sebuah buku cerita, yang memuatkan babak-babak luar yang senang diterima sebagai hiburan, Al Quraan punyai misi tersendiri, punyai rahsia dalam yang terlalu komplek untuk dijelaskan dengan perkataan. Al Quraan mempunyai rahsia di mana ada rasa kefahaman khusus dalam ayat-ayatnya, baik yang pendek maupun yang panjang. Pembaca dan peniliti kandungannya akan terdetik dengan adanya perkara-perkara yang tersirat dalam makna yang nak dijelaskan. Ada yang dapat merasainya, dan ada yang kurang dapat merasainya. Al Quraan memerlukan keperluan mengupas inti sari ayatnya, makna, kefahaman nya dan perlu kepada penyelidikan demi untuk mengorek keluar apa yang tersirat sebenarnya sebagai juadah petunjuk kepada manusia dari Allah. Al Quraan memberi tujahan yang kuat pada perasaan, hati dan akal fikiran. Ini dapat dilihat dalam kontek amalan individu, masyarakat dan manusia keseluruhannya. Banyak ditekankan konsep fitrah dengan mengambil contoh-contoh manusia, perisitiwa lalu, pegangan dan amalan dan semuanya digarabkan menjadi satu juadah untuk kita teliti dan membentuk hidyah kita. Akhirnya al Quraan, pada asasnya cuba membawa manusia melalui persekitarannya kepada kestabilan fizikal dan spiritual, dan membimbing ke arah kesejahteraan yang melibatkan iman, amal dan kepercayaan adanya Hari Kemudian. Hasilnya, jika al Quraan baru yang hendak dicipta mestilah merangkumi semua fakta-fakta ini, dan bukan membawa sebuah buku cerita yang tidak punyai apa-apa nilai. 28

Nasihat dan penjelasan ini bukan hanya untuk kaum Quraisy sahaja, tetapi ianya juga mengetuk hati-hati kita untuk menjiwai al Quraan. Al Quraan di masa ini telah dilupakan, dibiar sebagai buku hiasan atas-meja kita atau rakrak buku di rumah kita. Bolehkah kita mengatakan yang kita juga dari kalangan orang yang sedang ditafsir oleh ayat ini? Firman Allah dalam ayat-ayat 35 hingga ayat 43 berikut seolah-olah bertanya kepada mereka persoalan mengapa mereka masih tidak mahu beriman dengan Allah, menerima Rasul Nya dan mengikut al Quraan; Dalam ayat 35 ini; Allah cuba mencelarukan fikiran orang kafir ini dengan membawa dan bertanya mereka semula kepada kejadian mereka! Firman Allah: Atau adakah mereka selama ini tercipta dengan sendirinya; bahkan mungkin mereka menyangka yang mereka mencipta diri mereka sendiri?.(35) Tafsiran ayat 35: Mereka harus lihat pada kewujudan diri mereka sendiri! Bolehkah mereka terjadi dengan sendirinya? Pasti tidak dan mereka sendiri pun mengakui tidak benar. Jadi adakah mereka mencipta diri mereka sendiri? Juga tidak logik Kalau kedua-dua perkara ini ditolak, maka benar lah seperti kata al Quraan yang mereka dicipta oleh Allah yang Esa itu. Allah adalah pencipta mereka! Berbalik lah pada Allah dan tinggalkan kekufuran itu. Masih tidak mahu insaf, firman Allah lagi: Atau adakah merekalah yang mencipta langit dan bumi ini? Kalau lah mereka anggap itu benar, mereka sendiri pun tidak yakin.(36) 29

Tafsiran ayat 36: Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi ini? Tidak, mereka sendiri tercipta dari semua sistem yang ada. Mustahil langit dan bumi ini terjadi dengan sendirinya, malah mesti ada Penciptanya. Selalunya diakui yang menciptanya ialah Allah, namun mereka tidak jelas perkara ini dan hampir tak Yakin yang Allah pencipta Nya. Jadi, adakah mereka memiliki khazanah kekuasaan Allah, punyai kuasa menumbuh dan meneruskan hidupan mengikut keperluannya? Firman Allah: Atau adakah mereka menyimpan khazanah ketuhanan TuhanMu! Atau mereka punyai kuasa pemerintahan tersendiri (atas sesuatu itu?.(37) Tafsiran ayat 37: Memiliki khazanah, dengan kekuasaan agong penciptaan makhluk adalah mustahil bagi mereka. Jadi jika mereka tidak punyai kekuasaan ini, maka siapakah pemilik Nya? Pemilik dan Pentadbir yang begitu agong dan menstabilkan seluruh hidup ini hanya ada pada Allah. Jika semuanya tidak boleh dijawab, sedangkan Muhammad selalu berkata, ia hanya mendapat wahyu dari Allah yang diturunkan dari atas. Jika mereka mahu, bolehkah mereka mendapatkan satu tangga untuk mereka mendengar melalui intipan wahyu tersebut? Firman Allah: Atau mereka mempunyai tangga untuk mengintip (Tuhan yang berada di langit), maka dicabar agar mereka jelaskan apa yang mereka dapat dari intipan itu, sebagai bukti yang wajar?.(38) Tafsiran ayat 38: Perlukah mereka mengintip untuk mencari hakikat sebenarnya wahyu dan al Quraan itu diturunkan kepada Muhammad? Ceritalah kalau ada, hasil dari 30

intipan tersebut untuk membuktikan kekufuran mereka. Sebenarnya, al Quraan tidak perlu diintip sumbernya, tetapi dengan hanya memahami, mengorek segala isinya dan falsafahnya sudah cukup untuk beriman dengan Allah. Kemudian Allah membawa minda kita kepada sangkaan buruk mereka terhadap malaikat yang dikatakan sebagai perempuan dan merupakan anakanak perempuan Allah; Firman Allah: Atau adilkah diskriminasi mereka mengatakan yang Allah punyai anak perempuan sedangkan mereka pula punyai anak lelaki?.(39) Tafsiran ayat 39: Tanpa pengetahuan tentang Allah, tetapi terus membuat tohmahan yang malaikat ialah anak perempuan Allah; sedangkan mereka yang benci pada anak perempuan itu, mengagongkan mereka mempunyai anak lelaki. Sehingga Tuhan sendiri pun mereka mendiskriminasikan Nya. Orang-orang Quraisy benci pada anak perempuan dan memberinya kepada anak-anak Allah ; iaitu para malaikat. Mereka pula suka pada anak lelaki dan mereka suka serta menamakan anak-anak mereka sebagai lelaki, ini satu diskriminasi yang tak adil. Adakah mereka berhutang dengan Rasulullah, yang memberi khidmat dakwah pada mereka sehingga bebannya menyebabkan mereka malu? Firman Allah: Atau pernahkan engkau meminta upah dari mereka (atas dakwah mu itu) sehingga menyebabkan mereka terasa berat untuk melunaskan nya).(40) 31

Tafsiran ayat 40: Sebenarnya tidak ada upah yang diminta oleh Rasulullah dalam khidmat dakwahnya pada mereka. Jadi untuk mereka menolak dan tidak perlu malu untuk berhadapan dengan dakwah Rasulullah tidak menjadi masalah. Adakah mereka punyai ilmu ghaib? Yang merancang penciptaan, pentadbiran dan kewujudan makhluk? Firman Allah: Atau adakah mereka memiliki sesuatu (seperti Loh Mahfuz) yang terdapat di dalamnya semua perkara ghaib, lalu mereka menyalin daripadanya (untuk mencabar kebenaran yang engkau dakwahkan nya).(41) Tafsiran ayat 41: Pastinya mereka tidak punyai apa-apa ilmu ghaib, malah mereka tidak punyai ilmu yang secukupnya untuk membimbing diri mereka sendiri. Bila tidak punyi ilmu ghaib, mustahil mereka boleh mentadbir. Jika ini juga tidak ada pada mereka, dan mereka masih sombong menolak Allah dan al Quraan, mungkin mereka bertahan dengan nafsu yang cuba memutarbelitkan fakta untuk terus kufur pada Allah tanpa ilmu; Firman Allah: Atau mereka merancang sesuatu penipuan (dan rancangan jahat); maka bagi orang yang kafir ingkar inilah yang akan ditimpa balasan dari rancangan jahat mereka itu.(42) Tafsiran ayat 42: Bila semuanya yang dibentangkan itu tidak punyai asas logiknya, maka apa yang ada pada mereka ialah nafsu jahat yang cuba memutarbelitkan fakta. 32

Mereka didapati merancang sesuatu penipuan, demi menegakkan kekufuran mereka. Sesungguhnya Allah dapat mengatasi penipuan mereka itu. Akhirnya mereka disoal terus; adakah mereka punyai tuhan selain dari Allah, yang punyai kuasa seperti Allah? Firman Allah: Atau (pada masa timpaan itu), adakah mereka mempunyai tuhan-tuhan penyelamat selain dari Allah? Mahasuci Allah itu dari sebarang penyekutuan mereka.(43) Tafsiran ayat 43: Sekali lagi sindiran ini sebagai tamparan pada mereka. Betulkah mereka mempunyai tuhan selain dari Alah yang boleh menjaga, mentadbir dan menolak sebarang mudarat yang terkena pada mereka? Mahasuci Allah, sesungguhnya tidak ada yang berkuasa selain dari Allah. Dengan sindiran-sindiran ini, maka berakhir lah siri mengenal pasti apa sebenarnya sebab-sebab yang mereka meneruskan diri menjadi kufur. Segala-galanya terbongkar dan hasil sindiran itu mereka tidak dapat membuktikan dengan penuh ilmu mengapa mereka terus berdusta dan menolak Allah, dan hari Akhirat. Dengan ini jelaslah mereka sengaja menjadi penentang pada kebenaran dan berpegang dengan amalan syubhah dan kufur. Contoh yang dikemukakan dalam ayat berikut beoleh menjelaskan hal ini, Firman Allah: Dan jika mereka ternampak sepotong besar objek jatuh dari atas sehingga mereka mengatakan itu adalah kumpulan awan berkelompok.(44) Tafsiran ayat 44: Bandingan kepada orang yang terlibat dalam syubhah ini ialah; jika mereka diturunkan azab oleh Allah; katakan terhadap sekeping batu hitam yang 33

dilemparkan dari atas langit ke atas mereka, mereka akan berkata: oh! Itulah hanya segumpul awan hitam, yang terdapat dalamnya air dan penghidupan!. Ini sebagai ingkar dan tak mau memperakui azab dari Allah, atau tidak mau berserah pada Allah. Sebenarnya ayat ini ditujukan kepada azab yang pernah diturunkan atas kaum-kaum A ad yang menggelarkan asap hitam itu sebagai hujan yang membawa rahmat, tetapi sebenarnya ialah azab dari Allah. Kisah ini disebut dalam surah al Ahqaf ayat 24: (Apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala kelembahlembah mereka; maka mereka berkata: Inilah dia awan yang membawa hujan pada kita! Jawab Hud: Itu bukan awan, tetapi azab yang kamu minta disegerakan atas kamu selama ini! Azab ini akan menghancur-leburkan segalagalanya dengan izin Allah ) Al Ahqaf 24-25 Begitulah bandingan yang diberi oleh Allah untuk menjadi panduan kepada kita agar kita tidak diselewengkan sesuatu yang syubhah dengan yang benar. Katakan berlaku tsunami yang membunuh beribu-ribu jiwa, kita menganggapnya sebagai phenomena keadaan cuaca. Mungkin itu azab dari Allah atas kurangnya kita beriman dengan Allah, atau kurang mendekati al Quraan yang telah diturunkan pada kita. Kerugian besar menanti kita di masa hadapan. Setelah Allah menyindir dengan membawa beberapa soalan yang perlu dijawab dengan menggunakan ilmu telah hampir gagal dijawab dengan baik, dan menggambarkan had-had penentangan kaum kuffar ini pada Allah, Kitab Nya dan dakwah yang dianjur oleh Rasulullah saw maka Allah membawa minda kita kepada Rasulullah. Apakah yang harus Rasulullah lakukan atas semua petunjuk ini? Apa nasihat Allah kepada baginda? Pertama, Rasulullah dinasihatkan membiarkan mereka dengan kebodohan mereka; kedua biarlah mereka menemui hari akhirat mereka dengan keadaan kesombongan mereka dengan AZAB yang pasti mereka hadapi nanti dan ketiga meminta supaya baginda bersabar sehingga datang hukum Allah untuk membantu, menjaga dan mentadbirkan baginda dan muslimin, dan 34

Keempat menggalakkan Rasulullah dan muslimin banyak bertasbih mengingati Allah, Tuhan mereka di waktu subuh dan diwaktu petang. Firman Allah: Maka biarkan lah mereka dengan ingkar mereka! Sehingga lah mereka bertemu dengan hari yang sebenarnya mereka akan dibinasakan (hari kiamat).(45) Hari tersebut mempastikan bahawa semua rancangan jahat mereka itu tidak lagi berguna, malah mereka tidak punyai pembantu yang boleh menolong.(46) Disamping seksaan biasa itu terdapat seksaan lain yang telah menimpa orang yang zalim ingkar itu, dan perkara ini tidak diketahui oleh kebanyakan mereka. (47) (Wahai Muhammad!) berbanyak sabar sehingga datang hukum Allah; sesungguhnya Engkau sentiasa berada di bawah pemerhatian Kami; dan banyakkan lah bertasbih memuji-muja Tuhan mu sewaktu kamu memulakan sesuatu kerja baik (solat dsb nya).(48) Dan diwaktu malam pula, maka perbanyakkan tasbih mu, dan berakhirnya (tasbih itu) sehingga semua bintang-bintang menghilangkan diri (waktu subuh).(49) Tafsiran ayat 45-49: Allah menasihatkan Rasulullah agar baginda membiarkan lah kumpulan kufur ini dengan kekufuran mereka sehingga mereka menemui hari di mana 35

mereka pasti akan dibinasakan seperti dijelaskan dalam awal surah ini. Pada hari itu tiupan sangkakala kedua akan membangkitkan mereka semua untuk menghadapi hari besar dan penuh huruhara itu. Hari yang tiada siapa yang boleh membantu dan menolong mereka. Ego, tipuhelah dan perancangan mereka musnah dan tidak dapat dilaknasakan sebagaimana mereka rancangkan dahulu. Disamping azab yang telah ditetapkan atas mereka, terdapat sebelum ini beberapa azab lain yang ditetapkan tetapi mereka tidak tahu. Apakah jenis azab itu? Ada pentafsir mengatakan bahwa azab tersebut ialah azab berlakunya kemarau panjang di Mekah selama tujuh tahun yang telah menyebabkan huruhara yang benar-benar menghantui mereka. Ada yang mengatakan bahawa azab tersebut susulan azab kubur dan kemudian yang menyusuli hingga datangnya hari Kiamat. Azab tersebut telah berlaku dan sepatutnya mereka mengambil iktibar sebelum datangnya azab akhirat yang lebih mengerikan itu dan beriman dengan Allah. Sayangnya mereka tidak mempedulikan implikasinya dan terus dalam kekufuran. Mungkin ini maksud ayat 47 di atas. Seterusnya Allah menasihatkan Rasulullah supaya terus bersabar menghadapi karenah orang-orang kafir ini, bersabar menghadapi pembohongan mereka, perancangan jahat mereka, iaitu dengan terus berdakwah dan meneruskannya walaupun dihalang. Sabar hanya sehingga datang hukum Allah untuk menentukan apa yang Dia kehendaki. Allah menggunakan perkataan iaitu kata-kata yang meransangkan baginda untuk tunduk sabar menhadapi situasi cemas ini. Mafhum dari ayat itu ialah bersabar lah kamu wahai Muhammad! sehingga datang hukum Allah atas kamu, maka sesungguhnya Engkau wahai Muhammad sentiasa di bawah pemerhatian Kami. Pujukan begini sangat tinggi nilai hormatnya Allah pada baginda Rasulullah yang sangat khusus. Akhir sekali, Allah menasihatkan semua kita yang melalui surah ini agar banyak bertasbih memuji memuja Allah, dengan menyakini kita ini di bawah jagaan Nya. Bertasbih pada masa-masa yang telah dicadangkan dalam ayat 36

ini iaitu di waktu pagi sehingga terbitnya matahari dan di waktu malam pula kita bertasbih sehingga terbenamnya semua bintang-bintang dilangit. Inilah waktu-waktu yang dicadangkan dan dalam waktu-waktu ini, dapatlah baginda dan muslimin bertasbih mendekati diri mereka dengan Allah dimana pastinya bertasbih akan manambah kedekatan kita pada Allah dan mencantum hati-hati kita dengan Allah. Para pembaca surah ini, telitilah berkali-kali kehendak Allah dari surah ini, kepada kita sebagai seorang yang beriman pada Allah, agar meneliti setiap perjalanan Rasulullah yang berhadapan dengan masalah iktikad dan iman. Dengan menginsafi segala peristiwa, segala saranan dan petunjuk yang ada dalam surah ini, maka perkuatkanlah iman kita pada Allah, Rasul Nya dan al quraan untuk terus kita dapat melepaskan diri dari huruhara kiamat dan hari- والله أعلم nanti. hari Mahsyar yang PASTI akan kita temui Surah ini siap ditulis pada 3 Rabiulawwal 1437. 37