UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN I PERMULAAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I PERMULAAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 1 D.R. 20/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

D.R. 14/2005 RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL DAN ATURAN-ATURAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

UNDANG- UNDANG KECIL

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Undang-Undang Malaysia

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Undang-Undang Malaysia

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN FELCRA MALAYSIA BERHAD

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

SUSUNAN FASAL BAHAGIAN. 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran.

UNDANG UNDANG KECIL KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Undang-Undang Malaysia

AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEMBANGUNAN USAHASAMA MASYARAKAT MAJU SABAH BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

MEMORANDUM DEPOSIT SAHAM DAN SYER

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA 2 SERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

Transkripsi:

9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 502 AKTA KOPERASI 1993 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan koperasi; untuk menggalakkan perkembangan koperasi mengikut nilai-nilai kejujuran, kebolehpercayaan dan ketelusan koperasi bagi menyumbang ke arah mencapai objektif sosioekonomi negara dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [22 Januari 1994, P.U. (B) 37/1994] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Koperasi 1993. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia atau bagi mula berkuat kuasanya peruntukanperuntukan yang berlainan dalam Akta ini.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain anggota termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan koperasi itu dan seseorang atau sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota koperasi mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecilnya selepas pendaftaran; cawangan termasuklah pejabat berdaftar koperasi, suatu pejabat, suatu agensi, suatu pangkalan elektronik dan termasuklah suatu tempat yang diadakan dan disenggarakan bagi apa-apa tempoh masa untuk menjalankan urusan koperasi; deposit ertinya suatu jumlah wang yang (a) diterima atau dibayar atas terma yang kena dibayar balik, dengan atau tanpa pulangan atau faedah atau dengan suatu premium atau diskaun; atau (b) diterima atau dibayar atas terma yang kena dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang, dan pembayaran balik itu adalah sama ada atas permintaan atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu dan orang yang menerimanya, tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, pendahuluan, pelaburan, simpanan, jualan atau jualan dan belian semula, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide (i) dengan cara suatu pendahuluan atau suatu pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak bagi jualan, sewaan atau peruntukan lain harta atau perkhidmatan, dan kena dibayar balik hanya dalam keadaan bahawa harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau selainnya diperuntukkan; (ii) dengan cara jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau dengan cara jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang.

Koperasi 11 mungkin berbangkit daripada ketidaklaksanaan sesuatu kontrak; dan (iii) tanpa menjejaskan subperenggan (ii), dengan cara jaminan bagi penyerahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam suatu keadaan baik yang tertentu atau selainnya, dan hendaklah termasuk wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan sesuatu koperasi dalam suatu akaun deposit tetap atau akaun simpanan atau akaun deposit lain tetapi tidak termasuk suatu syer, yuran atau simpanan khusus; ditentukan, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan; ditetapkan, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan; dividen ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka; dokumen mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; harta ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah (a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa ini atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan apaapa harta, atau selainnya yang mempunyai nilai; (b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menetapkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau memiliki atau yang dia berhak kepada suatu hak yang

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 kontingen, sama ada bagi semua kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang; (c) apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur dan kumpulan wang; (d) apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas bank, nota pembawa, bil perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan sijil deposit boleh niaga; (e) apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada menurut undangundang atau saksama, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain yang menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa ini atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; dan (f) apa-apa harta ketara atau tidak ketara lain; honorarium ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit koperasi yang diagihkan antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi saraan; kanak-kanak mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; kemudahan kredit mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665]; kesalahan boleh daftar ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7] sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu; ketua pegawai eksekutif, berhubung dengan suatu koperasi, ertinya seseorang dengan apa jua nama dipanggil yang, sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang lain atau lebih bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa Lembaga, bagi perjalanan urusan dan aktiviti koperasi; koperasi ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya.

Koperasi 13 mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta ini; koperasi asas ertinya koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1); koperasi atasan ertinya koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(3); koperasi ditetapkan ertinya suatu koperasi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya melalui perintah secara bertulis mengikut kelas, kategori, jenis, aktiviti dan perihalan koperasi itu; koperasi menengah ertinya koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(2); Kumpulan Wang Rizab Statutori ertinya suatu kumpulan wang yang disenggara oleh tiap-tiap koperasi menurut subseksyen 57(1) daripada keuntungan bersih teraudit setiap tahun; Lembaga ertinya badan pengelola sesuatu koperasi yang kepadanya pengurusan hal ehwal koperasi itu diamanahkan; Menteri ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi; mesyuarat agung permulaan ertinya mesyuarat agung yang padanya orang yang berhasrat hendak menubuhkan suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan; pegawai berhubung dengan suatu koperasi, ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah (a) ketua pegawai eksekutif; (b) mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, peraturanperaturan atau perintah atau undang-undang kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan koperasi itu; atau

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (c) mana-mana pekerja; pembiayaan Islam mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007; Pengerusi Eksekutif ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya; peraturan-peraturan ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; perbadanan mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; perbadanan berkaitan ertinya suatu subsidiari atau perbadanan bersekutu sesuatu koperasi atau sesuatu perbadanan bersekutu suatu subsidiari sesuatu koperasi; perbadanan bersekutu ertinya suatu perbadanan yang tidak kurang daripada dua puluh peratus dan tidak lebih daripada lima puluh peratus daripada syer perbadanan itu dipegang oleh suatu perbadanan lain, dengan perbadanan yang mula-mula disebut menjadi suatu perbadanan sekutu bagi perbadanan yang lain itu; pelantikan termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula; perwakilan ertinya (a) wakil anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan; atau (b) wakil sesuatu koperasi yang juga ialah anggota suatu koperasi yang lain, yang dalam mesyuarat wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya; prinsip koperasi termasuklah (a) keanggotaan sukarela dan terbuka; (b) kawalan demokratik oleh anggota; (c) penglibatan ekonomi oleh anggota;.

Koperasi 15 (d) autonomi dan kebebasan; (e) pendidikan, latihan dan maklumat; (f) kerjasama antara koperasi; dan (g) mengambil berat terhadap masyarakat; pulangan termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urus niaga, transaksi atau surat cara; rebat langganan ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh; sabitan termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan; sekuriti mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]; simpanan khas ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan suatu koperasi dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan; subsidiari suatu koperasi ertinya suatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi itu, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi itu, dan termasuklah suatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu; Suruhanjaya ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007; syer ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi itu;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 tahun kewangan ertinya tempoh kewangan perniagaan bagi setiap koperasi sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecilnya; undang-undang kecil ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah suatu pindaan berdaftar undang-undang kecil itu; wang lebihan ertinya, tertakluk kepada peraturan-peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh suatu koperasi bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu; yuran ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam suatu koperasi dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil atau apabila tamat keanggotaannya. 3. (Dipotong oleh Akta A1297). BAHAGIAN II Koperasi yang boleh didaftarkan PENDAFTARAN 4. (1) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang individu sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas. (2) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi menengah. (3) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi menengah sahaja atau koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi atasan. Syarat-syarat bagi pendaftaran.