Peraduan Play DT Local di Malaysia Peraturan Rasmi (diterbitkan pada 20 September 2016)

dokumen-dokumen yang mirip
Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN RASA & MENANG

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

SELFIE & HASHTAG #COMFORTHIJABI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

a. Giant b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

TERMA & SYARAT PERADUAN

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

TERMA PENGGUNAAN. Skop

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma & Syarat ) KEMPEN PROMOSI HARI RAYA ( Kempen ) UNTUK PELANGGAN INDIVIDU DAN PELANGGAN BUKAN INDIVIDU.

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma & Syarat Peraduan DSG 45th Anniversary

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

Peraduan InstaHarapan AADK

JomPAY epayment Campaign Terma & Syarat

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma & Syarat. 1.3 Hanya transaksi menggunakan kad ATM/Debit layak untuk menyertai promosi ini.

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

PROJEK BLISS: TRANSFORMASI DIRIKU TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Transkripsi:

Peraduan Play DT Local di Malaysia Peraturan Rasmi (diterbitkan pada 20 September 2016) PEMBELIAN ATAU PEMBAYARAN TIDAK DIPERLUKAN. SEBARANG JENIS PEMBELIAN ATAU PEMBAYARAN TIDAK AKAN MENINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK MENANG. Notis: WV Services Malaysia Sdn. Bhd. berhak mengikut budi bicaranya untuk mengubah suai atau menukar Peraturan Rasmi ini tanpa notis. 1. Kelayakan Peraturan Play DT Local di South Africa ( Peraduan ) adalah terbuka untuk penyertaan hanya kepada Ahli DreamTrips yang berusia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun pada masa penyertaan dan sepanjang Tempoh Peraduan dan mereka yang menetap di negara WorldVentures beroperasi, tidak termasuk Puerto Rico, Rusia dan Taiwan. ( Peserta Layak ), tertakluk kepada terma dan syarat Peraturan Rasmi ini. Selain itu, untuk melayakkan diri sebagai Peserta Layak, seseorang individu mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) akaun Twitter atau Instagram untuk menyertai. Para pekerja WorldVentures Marketing, LLC atau mana-mana ahli gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanannya atau mana-mana syarikat lain atau individu yang terlibat dengan reka bentuk, pelaksanaan pengeluaran atau pengedaran Peraduan dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, ibu bapa atau ibu bapa tiri, adik-beradik atau adik-beradik tiri dan anak atau anak tiri) dan ahli isi rumah (orang yang berkongsi kediaman yang sama sekurangkurangnya tiga (3) bulan dalam setahun) bagi setiap orang pekerja sedemikian tidak layak dan tidak boleh layak sebagai Peserta Layak. Peraduan dan penyertaan dalam Peraduan adalah tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan persekutuan, negeri dan tempatan yang berkuat kuasa. Peraduan dan penyertaan dalam Peraduan adalah tidak sah di mana dilarang oleh undang-undang. Penyertaan dalam Peraduan membentuk perjanjian peserta yang lengkap dan tidak bersyarat terhadap Peraturan Rasmi ini. Keputusan penaja adalah muktamad dan terikat dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan. Memenangi hadiah adalah bergantung kepada pemenuhan semua keperluan yang ditetapkan di sini. 2. Penaja Peraduan WV Services Malaysia Sdn. Bhd. adalah satu-satunya penaja dan eksklusif bagi Peraduan ini (No. Syarikat 1159385H) yang beralamat di Suite 17.02 & 17.03, Level 17, Centrepoint North, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia ( Penaja ). Keputusan penaja adalah muktamad dan terikat dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan. Peraduan tidak terendors, ditaja atau dikaitkan dengan Facebook, Twitter, Instagram atau manamana pihak ketiga lain. 1

3. Tempoh Peraduan Peraduan akan bermula 20 September 2016 pada 12:01AM. Zon Waktu Malaysia ( MYT ) dan berakhir 25 September 2016 pada 11:59PM MYT. ( Tempoh Peraduan ). Penaja adalah penjaga masa rasmi untuk Peraduan ini. Penaja boleh menamatkan atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya. 4. Cara Penyertaan Bermula pada 20 September 2016, sepanjang Tempoh Peraduan, seseorang yang layak di bawah Peraturan Rasmi ini boleh menyertai Peraduan dengan memuat naik foto/videonya yang terbaik semasa melawat pekongsi DT Local di Pretoria atau Johannesburg ke akaun Intragram atau Twitternya termasuk hashtag #PlayDTLocal. Selain itu, beliau boleh memuat naik foto/video beliau yang terbaik pada tapak web peraduan. Peserta Layak juga boleh menyertai peraduan menggunakan aplikasi DreamTrips dengan memuat naik fotonya yang terbaik dengan #PlayDTLocal. Sila lihat aplikasi DreamTrips untuk pekongsi DT Local yang mengambil bahagian di Kuala Lumpur atau klik di sini untuk mendapatkan senarai lengkap. Nota: Hanya Foto/Video yang diambil di restoran DT Local yang menawarkan faedah atau tawaran DT Local layak untuk menyertai peraduan. Foto/Video mesti digeotag di lokasi yang mengambil bahagian. Semua Foto/Video dan siaran mesti benar-benar mematuhi Peraturan Rasmi ini dan terma penggunaan tapak media sosial masing-masing. Penaja tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan, kesilapan teknikal atau kegagalan dalam sebarang kemampuan peserta untuk menyertai Peraduan disebabkan oleh kegagalan perkakasan atau perisian peserta atau kegagalan disebabkan oleh mana-mana tapak media sosial. Mana-mana individu yang menyertai atau cuba menyertai Peraduan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kegagalan untuk menyertai Peraduan. 5. Syarat-syarat Foto/Video Setiap gambar foto/video yang dimuat naik dan/atau disiarkan menurut Peraduan ini ( Foto / Video ) mesti memenuhi kesemua syarat-syarat berikut atau ia tidak akan layak untuk dipertimbangkan dalam Peraduan: Foto/Video mesti, mengikut budi bicara Penaja, lengkap dan memenuhi kriteria pemilihan pemenang di bawah. Foto/Video tidak boleh mengandungi imej mana-mana individu tanpa persetujuan bertulis mereka yang nyata. Setiap Peserta Layak mesti mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada setiap individu yang digambarkan dalam mana-mana Foto/Video bagi Foto/Video yang akan digunakan untuk tujuan Peraduan. Setiap Peserta Layak mesti memberikan Penaja dengan segera, mengikut permintaan Penaja, persetujuan bertulis yang diberikan oleh individu yang digambarkan dalam 2

Foto/Video dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Peserta Layak tidak layak untuk menyertai Peraduan. Foto/Video mesti asli, hak milik tunggal Peserta Layak yang menyerahkan Foto/Video dan sebelum ini tidak pernah diserahkan kepada mana-mana peraduan atau cabutan bertuah lain. Foto/Video tidak boleh memasukkan, menggambarkan atau memaparkan sebarang jenama, logo, reka bentuk atau tanda perkhidmatan, tanda dagangan pihak ketiga selain daripada Penaja tanpa keizinan bertulis pemilik yang nyata. Peserta Layak bersetuju bahawa penggunaan mana-mana hak milik Penaja dalam mana-mana Foto/Video adalah tertakluk kepada kelulusan Penaja terlebih dahulu. Foto/Video tidak boleh mencabuli mana-mana hak pihak ketiga, termasuk tanpa pengehadan hak privasi, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, hak cipta dan hak publisiti. Foto/Video tidak boleh mengandungi bahan (atau menggalakkan aktiviti) yang jelas berunsur seksual, lucah, pornografi, keganasan, mencacatkan diri (cth. berkaitan dengan pembunuhan, jualan senjata, kekejaman, penyalahgunaan, dsb.), mendiskriminasi (berdasarkan bangsa, jantina, agama, negara asal, ketidakupayaan fizikal, orientasi seksual atau usia), ucapan membenci, menyalahi undang-undang (cth. mabuk di bawah umur, penggunaan tembakau di bawah umur, penyalahgunaan dadah, penggodaman komputer, dsb.), menyakitkan hati, mengugut, tidak senonoh atau mengganggu atau pun kandungan yang tidak sesuai seperti yang ditetapkan oleh Penaja mengikut budi bicaranya. Penaja berhak sepenuhnya dalam budi bicaranya untuk menentukan, kesesuaian atau kewajaran Foto/Video untuk kegunaan dalam Peraduan. Foto/Video yang mengandungi kandungan sedemikian akan hilang kelayakan dengan serta-merta dan sesiapa sahaja yang menyerahkan Foto/Video sedemikian tidak akan layak sebagai Peserta Layak. 6. Terma Penyerahan Dengan menyerahkan Foto/Video, anda sebagai Peserta Layak secara muktamad memberikan Penaja hak dan lesen tanpa royalti, tanpa had, boleh diperuntukkan dan selama-lamanya ( Lesen ) untuk menggunakan Foto/Video, secara komersial dan/atau bukan komersial, termasuk hak seluruh dunia untuk menyalin, mengeluarkan semula, menerbitkan dan memaparkan Foto/Video dan keterangan Foto/Video dalam mana-mana media untuk pengiklanan dan publisiti, kesemuanya tanpa semakan oleh Peserta Layak atau pampasan kepada Peserta Layak. Lesen termasuk hak tanpa had untuk Penaja dan wakil, pekerja, kontraktor, ejen, penerima hak, ahli gabungan dan entitinya yang berkaitan untuk mengedit, mengubah suai, meminda dan mencipta kerja terbitan berdasarkan Foto/Video anda tanpa semakan oleh Peserta Layak atau pampasan untuk Peserta Layak. Dengan menyertai Peraduan, Peserta Layak mewakili dan menjamin bahawa (i) setiap Foto/Video yang diserahkan oleh anda sebagai Peserta 3

Layak adalah kerja asli Peserta Layak dan bahawa Peserta Layak tidak menyalin atau menggunakan kerja lain dalam Foto/Video yang diserahkan tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada pemilik sah Foto/Video untuk berbuat demikian; (ii) tiada seseorangpun, selain daripada Peserta Layak mempunyai sebarang hak, hak milik atau kepentingan dalam mana-mana bahagian Foto/Video yang diserahkan; (iii) Foto/Video yang diserahkan tidak atau tidak akan melanggar, menyalahgunakan atau mencabuli sebarang hak pihak ketiga atau entiti, termasuk, tanpa pengehadan, sebarang rahsia perdagangan, hak cipta, tanda perkhidmatan, tanda dagangan, hak privasi atau hak publisiti mana-mana pihak ketiga; (iv) Foto/Video yang diserahkan tidak atau tidak akan meletakkan mana-mana individu atau entiti dalam pemalsuan, memfitnah atau memfitnah bertulis mana-mana individu atau entiti, menyalahgunakan idea atau hak milik manamana individu atau entiti atau melanggar sebarang kontrak; (v) anda sebagai Peserta Layak mempunyai semua hak, lesen, keizinan dan persetujuan yang perlu untuk menyerahkan Foto/Video menurut Peraturan Rasmi ini. Anda sebagai Peserta Layak memahami bahawa Penaja berhak untuk membatalkan kelayakan, enggan untuk menyiarkan atau mengalihkan keluar sebarang Foto/Video daripada siaran pada bila-bila masa atas apa jua sebab mengikut budi bicaranya. DENGAN MENYERAHKAN FOTO/VIDEO, ANDA SEBAGAI PESERTA LAYAK MEWAKILI DAN MENJAMIN BAHAWA ANDA SEBAGAI PESERTA LAYAR MEMPUNYAI KESEMUA HAK, HAK MILIK DAN KEPENTINGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBERIKAN PENAJA LESEN YANG DIBERIKAN DI ATAS TERMASUK TANPA PENGEHADAN HAK DAN LESEN SELURUH DUNIA, TIDAK BOLEH MANSUH DAN TIDAK TERHAD UNTUK MENYESUAIKAN, MENERBITKAN, MENGGUNAKAN, MENYUNTING DAN/ATAU MENGUBAH SUAI FOTO/VIDEO SEDEMIKIAN DALAM APA JUA CARA DAN MENYIARKAN FOTO/VIDEO DI INTERNET ATAU MENGGUNAKAN FOTO/VIDEO DALAM APA JUA CARA YANG LAIN. ANDA BERSETUJU UNTUK MEMPERTAHANKAN, MELINDUNGI DAN TIDAK MENSABITKAN PENAJA DAN TAPAK MEDIA SOSIAL YANG DICAPAI UNTUK TUJUAN PERADUAN DARIPADA SEBARANG DAN SEMUA TUNTUTAN, KERUGIAN, KEROSAKAN DAN TUNTUTAN MAHKAMAH, TERMASUK TANPA PENGEHADAN BAYARAN PEGUAM DAN PERBELANJAAN PENAJA, YANG TIMBUL DARIPADA DAN/ATAU YANG BERKAITAN DENGAN PELANGGARAN PERJANJIAN INI OLEH PESERTA LAYAK, SETIAP FOTO/VIDEO YANG DISERAHKAN OLEH PESERTA LAYAK DAN/ATAU PENGGUNAAN SETIAP FOTO/VIDEO SEDEMIKIAN OLEH PENAJA DAN/ATAU WAKIL, PEKERJA, EJEN, KONTRAKTOR, PENERIMA HAK, AHLI GABUNGAN DAN ENTITINYA YANG BERKAITAN. 7. Pemilihan Pemenang Penaja mengikut budi bicaranya akan menentukan Foto/Video yang memenangi peraduan berdasarkan kemahiran fotografi dan Foto/Video yang mempunyai kreativiti, keghairahan dan penglibatan terbaik dalam komuniti DTL. Seperti yang dinyatakan, Penaja akan membuat penentuan Foto/Video yang memenangi peraduan mengikut budi bicaranya. 4

Seorang (1) pemenang Peraduan (setiap orang sebagai Pemenang Peraduan ) akan diumumkan setiap hari bermula pada atau sekitar 21 September 2016 berdasarkan penyertaan hari sebelumnya dalam DreamTrips Local: Halaman Facebook, Instagram dan Twitter Afrika Selatan pada atau sekitar tengah hari Waktu Standard Tengah. Selain itu, seorang (1) Pemenang Peraduan mingguan akan diumumkan di penghujung tempoh Peraduan, pada atau sekitar 26 September 2016. Setiap enam orang (6) Pemenang Peraduan harian dan seorang (1) Pemenang Peraduan mingguan akan dimaklumkan selepas pengumuman Pemenang Peraduan dibuat. Kelayakan untuk memenangi Peraduan tertakluk pada penentusahan seperti yang disediakan dalam Peraturan Rasmi ini. Seperti dinyatakan di bawah, jika mana-mana Pemenang Peraduan yang berpotensi didapati tidak layak atau tidak mematuhi Peraturan Rasmi ini, jika pemberitahuan kemenangan dikembalikan sebagai tidak dapat dihantar atau jika hadiah ditolak, maka Pemenang Peraduan yang berpotensi akan dianggap tidak layak atau dibatalkan kelayakan dan hadiah akan dianggap sebagai terlupus serta tertakluk kepada Penaja memberikan hadiah kepada pemenang gantian. Hadiah tidak boleh dipindahkan dan tiada penebusan tunai atau penggantian hadiah dibenarkan. 8. KELAYAKAN SETIAP PEMENANG PERADUAN YANG BERPOTENSI TERTAKLUK KEPADA PENENTUSAHAN OLEH PENAJA YANG KEPUTUSANNYA ADALAH MUKTAMAD DAN TERIKAT DALAM SEMUA PERKARA BERKAITAN DENGAN PERADUAN. 9. Penentusahan Pemenang Peraduan yang Berpotensi Semua Pemenang Peraduan mesti terus mematuhi kesemua terma dan syarat Peraturan Rasmi ini dan kemenangan bergantung kepada pemenuhan semua keperluan yang ditetapkan dalam Peraturan Rasmi ini. Seperti dinyatakan di atas, Pemenang Peraduan akan diumumkan setiap hari semasa Tempoh Peraduan melalui halaman Facebook, Twitter dan Instagram Penaja dan Pemenang Peraduan akan dihubungi melalui nombor telefon dan alamat e-mel terakhir yang diketahui pada fail dengan Penaja, ketepatan dan kelengkapan maklumat tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pemenang Peraduan sepenuhnya. Pemenang Peraduan yang berpotensi akan dikehendaki untuk menandatangani dan mengembalikan notis kepada Penaja dalam masa lima (5) hari selepas tarikh notis tersebut dihantar, afidavit kelayakan dan pelepasan liabiliti/publisiti (kecuali yang dilarang) untuk menuntut hadiah beliau jika berkenaan. Jika Pemenang Peraduan yang berpotensi tidak dapat dihubungi, gagal menandatangan atau mengembalikan afidavit kelayakan dan pelepasan liabiliti/publisiti dalam tempoh masa yang diperlukan (jika berkenaan) atau jika hadiah atau pemberitahuan hadiah dikembalikan sebagai tidak dapat dihantar, Pemenang Peraduan akan dianggap sebagai telah melupuskan hadiah tersebut. Sekiranya Pemenang Peraduan yang berpotensi dibatalkan kelayakan atas apa jua sebab, Penaja boleh memberi hadiah berkenaan kepada pemenang gantian dengan memilih Peserta Layak dengan Foto/Video terbaik seterusnya, mengikut budi bicara Penaja. 5

10. Hadiah. Tertakluk kepada terma dan syarat Peraturan Rasmi ini, enam orang (6) Pemenang Peraduan harian akan dipilih mengikut budi bicara Penaja dan setiap pemenang akan layak menerima hadiah satu (1) kad hadiah dalam mata wang tempatan yang bersamaan dengan USD$100. Selain itu, seorang (1) Pemenang Peraduan mingguan akan dipilih mengikut budi bicara Penaja dan setiap pemenang akan layak menerima hadiah satu (1) kad hadiah dalam mata wang tempatan yang bersamaan dengan USD$200. Kadar pertukaran yang berkenaan akan ditetapkan pada tarikh tamat Tempoh Peraduan. Setiap hadiah tidak boleh dipindah milik dan penggantian tidak akan dibuat. Penaja berhak untuk menggantikan kad hadiah dengan hadiah yang sama atau bernilai lebih tinggi atas apa jua sebab atau tanpa sebab mengikut budi bicara Penaja dan dibuat tanpa notis. Setiap Pemenang Peraduan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua cukai dan bayaran berkaitan dengan hadiah beliau. 11. Pelepasan Dengan menyertai Peraduan, setiap peserta dengan ini melepaskan Penaja dan pekerja, kontraktor, ejen, penerima hak, ahli gabungan dan entitinya yang berkaitan serta mana-mana tapak media sosial yang dicapai untuk tujuan Peraduan daripada atau terhadap sebarang atau semua ganti rugi, tuntutan mahkamah, tuntutan, perbelanjaan dan liabiliti, sebarang jenis atau bentuk, sama ada berdasarkan tort, pelanggaran kontrak atau asas lain, sama ada diketahui atau tidak diketahui, pada masa lalu, sekarang atau masa hadapan, berkaitan dengan dan/atau timbul daripada Peraduan, sebarang tuntutan berdasarkan, secara keseluruhan atau sebahagian, terhadap atau berkaitan dengan sebarang pelanggaran privasi yang didakwa (di bawah pengambilan, pencerobohan, pendedahan umum fakta persendirian, pemalsuan pada pandangan umum atau teori undang-undang lain), memfitnah, menslander, memfitnah bertulis, pencabulan hak publisiti, pelanggaran tanda dagangan, tanda perkhidmatan, hak cipta atau hak harta intelektual lain (secara kolektif Tuntutan Dilepaskan ). Tuntutan Dilepaskan, tanpa pengehadan, termasuk tuntutan yang berkaitan dengan dan/atau yang timbul daripada kerosakan harta benda, kematian atau kecederaan diri, yang timbul daripada dan/atau yang berkaitan dengan kemasukan peserta, penciptaan sesuatu penyertaan atau penyerahan penyertaan, Peraduan, sebarang Foto/Video, penyertaan dalam Peraduan, penerimaan atau penggunaan atau penyalahgunaan hadiah (termasuk mana-mana perjalanan atau aktiviti berkaitan dengannya) dan/atau penyiaran, eksploitasi atau penggunaan penyertaan ke dalam Peraduan. 12. Publisiti Penyertaan dalam Peraduan membentuk persetujuan selama-lamanya Pemenang Peraduan kepada Penaja dan wakil, ejen, kontraktor, pekerja, ahli gabungan dan entiti Penaja yang 6

berkaitan untuk menggunakan nama, persamaan, fotograf, video, suara, pendapat dan/atau kampung halaman dan negeri Pemenang Peraduan bagi tujuan promosi dalam mana-mana media, seluruh dunia, tanpa sebarang pertimbangan tambahan. 13. Komunikasi Penyertaan dalam Peraduan membentuk persetujuan peserta untuk menerima komunikasi melalui e-mel daripada Penaja dan ahli gabungan serta entitinya yang berkaitan di Amerika Syarikat dan luar negara. Penyertaan dalam Peraduan membentuk persetujuan peserta untuk pemindahan data yang diserahkan bagi tujuan Peraduan. 14. Syarat Umum Seperti yang dinyatakan di atas, Penaja berhak untuk membatalkan, menggantung, dan/atau mengubah suai Peraduan ini, atau mana-mana bahagiannya, jika apa-apa penipuan, kegagalan teknikal atau apa-apa faktor lain yang menjejaskan kewibawaan atau keupayaan Peraduan berfungsi dengan betul, seperti yang ditetapkan oleh Penaja atas budi bicaranya. Penaja berhak atas budi bicaranya untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang didapati cuba mengganggu proses kemasukan atau pengendalian Peraduan atau cuba melanggar Peraturan Rasmi ini atau mana-mana promosi lain atau berkelakuan di luar semangat kesukanan atau mengganggu. Apaapa percubaan oleh mana-mana orang dengan niat untuk menjejaskan operasi Peraduan yang sah secara sengaja boleh melanggar undang-undang sivil dan jenayah, dan, jika percubaan sedemikian dibuat, Penaja berhak untuk menuntut ganti rugi daripada mana-mana orang sedemikian ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Kegagalan Penaja menguatkuasakan mana-mana terma Peraturan Rasmi ini tidak dianggap sebagai penepian peruntukan tersebut. 13. Had Liabiliti PENAJA DAN PARA PEKERJA, WAKIL, AGEN, PETUGAS, KONTRAKTOR, AHLI GABUNGAN DAN ENTITI YANG BERKAITAN DI BAWAH PENAJA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI BAWAH APA-APA JUA KEADAAN TERHADAP UNTUNG RUGI, GANTI RUGI SAMPINGAN, GANTI RUGI BERBANGKIT, GANTI RUGI PUNITIF, GANTI RUGI SEBENAR, ATAU APA-APA JENIS GANTI RUGI ATAU KERUGIAN TANPA MENGIRA KERUGIAN ATAU GANTI RUGI SEDEMIKIAN TIMBUL DI BAWAH TORT, KONTRAK, LIABILITI KETAT ATAU APA-APA TEORI ATAU ALASAN TANPA MENGIRA SAMA ADA KERUGIAN ATAU GANTI RUGI SEDEMIKIAN DIJANGKAKAN DAN TANPA MENGIRA SAMA ADA PENAJA DAN PARA PEKERJA PENAJA, WAKIL, AGEN, PETUGAS, KONTRAKTOR, AHLI GABUNGAN DAN ENTITI BERKAITAN MENERIMA NOTIS KERUGIAN ATAU GANTI RUGI SEDEMIKIAN. 14. Pertikaian 7

Peserta bersetuju bahawa: (a) mana-mana dan kesemua pertikaian, tuntutan dan tindakan undang-undang yang timbul dari Peraduan ini, atau mana-mana hadiah yang diberikan, selain daripada yang berkenaan pentadbiran Peraduan ini atau penentuan pemenang, hendaklah diselesaikan secara individu, tanpa mengambil apa-apa bentuk tindakan undang-undang; (b) mana-mana dan kesemua pertikaian, tuntutan dan tindakan undang-undang timbul dari atau berhubung dengan Peraduan ini, atau mana-mana hadiah yang diberikan, hendaklah diselesaikan secara eksklusif oleh Mahkamah Jajahan Amerika Syarikat atau Mahkamah Negeri Texas yang terletak di Daerah Collin, Texas; (c) mana-mana dan kesemua tuntutan, penghakiman dan award hendaklah dihadkan kepada kos sebenar yang dibelanjakan, termasuk kos yang berkaitan dengan kemasukan Peraduan ini, tetapi tidak sekali-kali termasuk fi perkhidmatan guaman; dan (d) dalam apa-apa jua keadaan peserta tidak dibenarkan untuk memperoleh ganjaran bagi, dan peserta dengan ini mengepikan kesemua hak untuk menuntut ganti rugi punitif, sampingan dan berbangkit dan apa-apa ganti rugi lain, selain daripada perbelanjaan sebenar yang digunakan, dan mana-mana dan kesemua hak untuk menggandakan atau menambahkan ganti rugi. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, OLEH YANG DEMIKIAN PERKARA DI ATAS TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA. Kesemua isu dan pertanyaan berkenaan pembentukan, keesahan, pentafsiran dan penguatkuasaan Peraturan Rasmi ini, atau hak dan kewajipan peserta dan Penaja dalam hubungan dengan Peraduan ini, hendaklah ditadbirkan oleh, dan diertikan menurut, undangundang Negeri Texas, tanpa menjejaskan mana-mana pilihan undang-undang atau konflik ke atas peraturan undang-undang (sama ada Negeri Texas atau mana-mana bidang kuasa lain), yang akan mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang bagi mana-mana bidang kuasa selain daripada Negeri Texas. 15. Keputusan Peraduan Bagi mendapatkan keputusan Peraduan, hantarkan sampul surat berstem bertulis alamat sendiri, selepas 27 September 2016, ke Senarai Pemenang Play DT Local di Malaysia, d/a WorldVentures Marketing, LLC 5100 Tennyson Parkway, Plano, Texas 75024. Permintaan bagi mendapatkan senarai pemenang mesti diterima pada 20 November 2016. Peraduan ini tidak sekali-kali ditaja, terendors atau ditadbirkan oleh, atau berkaitan dengan Facebook, Twitter atau Instagram. Anda memberikan maklumat anda kepada WorldVentures Marketing, LLC, dan bukan kepada Facebook, Twitter, atau Instagram. Maklumat yang anda berikan hanya akan digunakan bagi tujuan Peraduan ini dan akan menghubungi anda oleh WV Services Malaysia Sdn. Bhd. dan syarikat berkaitannya menurut peraturan ini. 8