D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Undang-Undang Malaysia

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 37/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a [ ]

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1 D.R. 23/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) D.R. 43/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

AKTA PILIHAN RAYA 1958

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

Yayasan Labuan 1 D.R. 26/2009 RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN 2009

D.R. 21/98 RANG UNDANG-UNDANG FRANCAIS 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DR. 42/91 RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1991

' "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;';

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 D.R. 35/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN AM UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Undang-Undang Malaysia

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Transkripsi:

1 D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful 1984. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Takaful (Pindaan) 2007. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Takaful 1984 [Akta 312] yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 (a) dengan memasukkan selepas takrif "faedah takaful" takrif yang berikut: "institusi asing" ertinya suatu syarikat asing yang menjalankan perniagaan di luar Malaysia yang serupa dengan perniagaan takaful sebagaimana

2 Rang Undang-Undang yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau suatu syarikat asing yang menjalankan apa-apa perniagaan kewangan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;'; (b) dengan menggantikan takrif "pengendali" dengan takrif yang berikut: "pengendali" ertinya suatu syarikat atau persatuan yang menjalankan perniagaan takaful yang didaftarkan di bawah seksyen 8 dan termasuklah suatu pengendali takaful antarabangsa yang didaftarkan di bawah seksyen 40B;'; (c) dengan menggantikan takrif ' "pengendali takaful", "ejen takaful" dan "broker takaful" ' dengan takrif yang berikut: "pengendali takaful", "pengendali takaful antarabangsa", "ejen takaful" dan "broker takaful" ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan takaful masingmasing sebagai pengendali takaful, pengendali takaful antarabangsa, ejen takaful dan broker takaful;'; (d) dengan memasukkan selepas takrif "perniagaan takaful" takrif yang berikut: "perniagaan takaful antarabangsa" ertinya perniagaan takaful dalam mata wang selain ringgit;'; dan (e) dengan memasukkan selepas takrif "sijil takaful" takrif yang berikut: ' "syarikat asing" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;'. Pindaan seksyen 8 3. Subseksyen 8(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "perniagaan" dengan perkataan "pengendali".

3 Takaful (Pindaan) Pindaan seksyen 11 4. Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut: "(d) pengendali gagal mengekalkan lebihan aset daripada liabiliti mengikut perenggan 4(2)(b), atau, dalam hal pengendali takaful antarabangsa, pengendali takaful antarabangsa itu telah gagal mematuhi kehendak seksyen 40c, mengikut mana-mana yang berkenaan;". Bahagian baru HA 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II Bahagian yang berikut: "BAHAGIAN IIA PERNIAGAAN TAKAFUL ANTARABANGSA Kehendak bagi menjalankan perniagaan sebagai pengendali takaful antarabangsa 40A. (1) Tiada seorang pun, selain seorang pengendali takaful yang mendaftar di bawah seksyen 8, boleh menjalankan atau melakukan transaksi atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau melakukan transaksi perniagaan takaful antarabangsa melainkan orang itu merupakan (a) suatu syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965; atau (b) suatu institusi asing, dan didaftarkan di bawah Bahagian ini untuk menjalankan perniagaan itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lapan puluh ribu ringgit, dengan ditambah sebanyak enam belas ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang dia dibuktikan telah melakukan kesalahan itu, atau

4 Rang Undang-Undang dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya. Pendaftaran pengendali takaful antarabangsa oleh Ketua Pengarah 40B. (1) Suatu syarikat atau institusi asing yang membuat permohonan untuk pendaftaran di bawah Bahagian ini hendaklah membuat permohonan itu secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan hendaklah membekalkan (a) suatu salinan memorandum persatuan dan artikel persatuan atau surat cara lain yang di bawahnya syarikat atau institusi asing itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, diperbadankan, yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai kanan syarikat atau institusi asing itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) apa-apa dokumen atau maklumat lain yang diperlukan oleh Ketua Pengarah. (2) Permohonan untuk didaftarkan berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am boleh dibuat oleh pengendali takaful antarabangsa yang telah pun didaftarkan berkenaan dengan yang satu lagi itu. (3) Ketua Pengarah tidak dikehendaki untuk menimbangkan suatu permohonan di bawah Bahagian ini, melainkan jika dia berpuas hati bahawa tujuan dan pengendalian perniagaan takaful antarabangsa yang hendak dijalankan itu tidak akan melibatkan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh Agama Islam. (4) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa seseorang pemohon telah mematuhi semua kehendak seksyen ini dan seksyen 40c, Ketua Pengarah hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Menteri dan melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, Ketua Pengarah

5 Takaful (Pindaan) hendaklah mendaftarkan pemohon itu berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am atau kedua-duanya (a) tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan di bawah seksyen 9; dan (b) dengan atau tanpa syarat yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 10. (5) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis mengenai apa-apa pendaftaran suatu pengendali takaful antarabangsa disiarkan dalam Warta. Wang modal atau wang kerja bersih minimum 40c. (1) Tiada seorang pun boleh didaftarkan di bawah seksyen 40B dan tiada seorang pun yang didaftarkan di bawah seksyen itu boleh menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah jika (a) dalam hal suatu syarikat, wang modalnya yang tidak terjejas oleh kerugian atau selainnya adalah kurang daripada amaun minimum; atau (b) dalam hal suatu institusi asing, wang kerja bersihnya yang tidak terjejas oleh kerugian atau selainnya adalah kurang daripada amaun minimum. (2) Bagi maksud seksyen ini "amaun minimum" ertinya apa-apa amaun wang modal atau apa-apa amaun wang kerja bersih yang disenggarakan oleh pengendali takaful antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah, melalui pemberitahuan dalam Warta; "wang kerja bersih" ertinya apa-apa liabiliti bersih institusi asing di luar Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dan dikira mengikut apa-apa cara yang dinyatakan melalui notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah; dan

6 Rang Undang-Undang "wang modal" ertinya modal berbayar dan rizab dan apaapa sumber modal lain sebagaimana yang ditakrifkan dan dikira mengikut apa-apa cara yang dinyatakan melalui notis secara bertulis oleh Ketua Pengarah. (3) Penetapan amaun minimum yang hendaklah disenggarakan di bawah subseksyen (2) hendaklah dipatuhi dalam tempoh tangguhan yang sama yang tidak kurang daripada tiga bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu. (4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lapan puluh ribu ringgit, dengan ditambah sebanyak enam belas ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang dia dibuktikan telah melakukan kesalahan itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya. Kuasa Menteri untuk mengubah suai peruntukan tertentu yang hendak dijadikan terpakai bagi pengendali takaful antarabangsa 40D. (1) Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa suatu pengendali takaful atau pengendali takaful antarabangsa hendaklah, berkenaan dengan perniagaan takaful antarabangsa yang dijalankan olehnya, menjadi tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai bagi pengendali takaful hendaklah terpakai bagi pengendali takaful antarabangsa seolah-olah sebutan mengenai pengendali takaful dalamnya ialah sebutan mengenai pengendali takaful antarabangsa. (2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, berkenaan dengan perniagaan takaful antarabangsa yang dijalankan oleh suatu pengendali takaful atau pengendali takaful antarabangsa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apaapa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang difikirkannya patut.". Pindaan seksyen 45 6. Subseksyen 45(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "subseksyen (3) seksyen 8", perkataan "atau dalam hal pengendali takaful antarabangsa, subseksyen 40B(1)".

7 Takaful (Pindaan) Seksyen baru 59A 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 59 seksyen yang berikut: "Pengecualian 59A. Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, jika difikirkannya selaras dengan maksud Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan dengan atau tanpa syarat, mana-mana pengendali takaful, pengendali takaful antarabangsa atau mana-mana orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.". Seksyen baru 69 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 68 seksyen yang berikut: "Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, dsb. 69. Ketua Pengarah atau Menteri, boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan, surat pekeliling atau nota sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Ketua Pengarah atau Menteri bagi menguatkuasakan tujuan Akta ini.". HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Takaful 1984 ("Akta 312"). 2. Fasal I mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. 3. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan ungkapan tertentu ke dajam seksyen 2 Akta 312 iaitu takrif "syarikat asing", "institusi asing" dan "perniagaan takaful antarabangsa" dan untuk meminda takrif "pengendali" supaya termasuk juga pengendali takaful antarabangsa.

8 Rang Undang-Undang 4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 8(8) untuk menghendaki pendaftaran pengendali takaful disiarkan dalam Warta. 5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 11(1 )(d) untuk memperuntukkan bahawa suatu pengendali takaful antarabangsa yang gagal mematuhi kehendak dalam seksyen baru 40c boleh menyebabkan pendaftarannya dibatalkan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 11(1). 6. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baru IIA untuk mengadakan peruntukan mengenai rangka kerja undang-undang bagi pendaftaran pengendali takaful antarabangsa. Seksyen baru 40A yang dicadangkan memperuntukkan mengenai larangan am ke atas mana-mana orang daripada menjalankan perniagaan takaful antarabangsa melainkan jika kehendak yang disebut dalamnya dipatuhi, yang pelanggarannya merupakan suatu kesalahan. Seksyen baru 40B yang dicadangkan membenarkan syarikat atau institusi asing membuat permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi pendaftaran menjalankan perniagaan sebagai pengendali takaful antarabangsa tertakluk kepada kehendak pelesenan tertentu yang dinyatakan dalam seksyen itu. Seksyen baru 40c yang dicadangkan mengadakan peruntukan mengenai kehendak wang modal minimum bagi suatu syarikat dan kehendak wang kerja bersih minimum bagi institusi asing yang hendaklah disenggarakan oleh manamana orang yang ingin didaftarkan di bawah seksyen 40B. Seksyen baru 40D yang dicadangkan memperuntukkan bahawa pengendali takaful atau pengendali takaful antarabangsa hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta 312 berkenaan dengan perjalanan perniagaan sebagai pengendali takaful antarabangsa, dan mana-mana peruntukan Akta yang terpakai bagi pengendali takaful hendaklah terpakai bagi pengendali takaful antarabangsa dan Menteri, atas syor Ketua Pengarah, diberi kuasa untuk membuat ubah suaian yang perlu dalam pemakaian peruntukan Akta 312 bagi pengendali takaful antarabangsa. 7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 45(4) untuk menjadikan peruntukan itu juga terpakai bagi pengendali takaful antarabangsa. 8. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 59A ke dalam Akta 312 untuk memberi Menteri kuasa, atas syor Ketua Pengarah, untuk mengecualikan mana-mana pengendali takaful, pengendali takaful antarabangsa atau orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini. 9. Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 69 ke dalam Akta 312 untuk memberi Menteri atau Ketua Pengarah kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, surat pekeliling atau nota yang perlu bagi menguatkuasakan Akta ini.

9 Takaful (Pindaan) IMPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN(U 2 )2584]