CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

dokumen-dokumen yang mirip
Legal Notice. Nota Ringkas: Khas GST Infokerjaya Resources, SEPTEMBER Disclaimer

Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan

UCAPAN MENTERI KEWANGAN RANG UNDANG UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014 PADA 3 APRIL 2014 DI DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

GST SEMINAR PENDAFTARAN GST

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Kesannya Kepada Pengguna

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK. Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin. Ahli Kumpulan

SEKALUNG PENGHARGAAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

Salam sukses untuk anda! Page 1

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

K E L U A R G A D E N G G

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SIARAN MEDIA PRESS RELEASE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA TUANTEOKOKSEONG[RASAH]

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Apa itu GST? Kadar GST. Mengapa GST perlu dilaksanakan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DATO NORAINI BINTI AHMAD (PARIT SULONG) Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Akaun Pelaburan Waheed

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Kepada Para Pelanggan yang Dihargai

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

Akaun Semasa Mudarabah

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Bertempoh

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Transkripsi:

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

2 RUKUN NEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang kesopanan dan Kesusilaan

3 PENDAHULUAN Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika dalam pembentangan Bajet 2014 yang berlangsung di Parlimen pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan pelaksanaan GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. GST mula dilaksanakan di Perancis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 buah negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

4 Apakah GST? GST adalah cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

5 Adakah GST merupakan cukai kepenggunaan yang baharu? GST akan menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). SST GST Pengumuman pelaksanaan GST di Malaysia sebenarnya telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2005 yang menyatakan GST akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST bagi membolehkan peniaga membuat persediaan kepada sistem pengkomputeran dan memberikan pendedahan dan latihan yang bersesuaian kepada kakitangan yang terlibat.

6 Pada 16 Disember 2009, Rang Undangundang GST telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama. Rang Undangundang ini sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua dan seterusnya tetapi telah ditangguhkan bagi mengambil kira pandangan dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat. Isu mengenai tindakan kerajaan terlalu drastik dalam melaksanakan GST adalah tidak relevan kerana kerajaan telah melakukan kajian terperinci, mengambil kira pandangan semua pihak dan memberi masa yang secukupnya untuk semua pihak bersedia sebelum ianya diumumkan.

7 Mengapa GST diperkenalkan? Mengurangkan kos perniagaan Di bawah SST, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, melalui GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah atau barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah. KOS

8 Meningkatkan pematuhan SST mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih terkawal dan seterusnya meningkatkan pematuhan. Mengurangkan karenah birokrasi Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.

9 Pengilang KESAKSAMAAN GST Peruncit Pemborong Perkhidmatan Memberi kesaksamaan GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

10 Menjadikan harga lebih berpatutan kepada pengguna GST menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding SST. HARGA BARANG LEBIH BERPATUTAN

11 Menjamin ketelusan GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih telus, efektif, efisien dan mesra perniagaan. GST lebih telus daripada SST kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

12 Berapa kadar GST dan threshold GST? Kadar GST yang ditetapkan adalah sebanyak 6% berbanding dengan kadar SST iaitu 5%, 10% dan kadar spesifik bagi cukai jualan. Sementara cukai perkhidmatan adalah pada kadar 6% dan kadar spesifik. Threshold GST - RM500,000 setahun. Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan. CUKAI JUALAN 5%, 10% dan kadar spesi fik CUKAI PERKHIDMATAN 6% dan kadar spesi fik KADAR GST HANYA 6%

13 Bagaimana GST dilaksanakan? GST dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Setiap peniaga dalam rantaian pembekalan membayar GST kepada pembekal masingmasing ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi dan pada masa yang sama mengenakan serta memungut GST ke atas barang atau perkhidmatan yang dijual oleh mereka.

14 PEMBEKAL PENGILANG PEMBORONG PERUNCIT PENGGUNA Petunjuk : Bayar GST Pungutan GST

15 Bagaimanakah pengiraan GST? Pada akhir setiap tempoh bercukai, peniaga boleh menolak GST yang dibayar (cukai input) dari GST yang dikenakan (cukai output). Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada kerajaan. Jika cukai input melebihi cukai output, peniaga boleh menuntut pulang balik dari kerajaan.

16 GST dikenakan Harga Jualan RM 20.00 Tambah GST 6% RM 1.20 Jumlah RM 21.20 Harga Jualan RM 30.00 Tambah GST 6% RM 1.80 Jumlah RM 31.80 Pembekal Pengilang Pemborong GST dipungut GST dikenakan RM 1.20 kepada pengilang Tolak GST telah dibayar RM 0.00 GST kena bayar RM 1.20 GST dikenakan RM 1.80 kepada pemborong Tolak GST telah dibayar RM 1.20 GST kena bayar RM 0.60 Harga Jualan RM 40.00 GST dikenakan RM 2.40 kepada peruncit Tambah GST 6% RM 2.40 Tolak GST telah dibayar RM 1.80 Jumlah RM 42.40 GST kena bayar RM 0.60 Peruncit Harga Jualan RM 50.00 Tambah GST 6% RM 3.00 Jumlah RM 53.00 GST dikenakan RM 3.00 kepada pengguna Tolak GST telah dibayar RM 2.40 GST kena bayar RM 0.60 Pengguna Harga belian oleh RM 53.00 Jumlah GST dikenakan RM 3.00 pengguna

17 Adakah semua barang dan perkhidmatan di negara ini akan dikenakan GST? Tidak semua barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut. Barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, daging ternakan, telur dan beberapa makanan asas yang lain tidak dikenakan GST. BARANG-BARANG YANG TIDAK DIKENAKAN GST

18. Kemudahan perkhidmatan asas seperti bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan (bagi pengguna domestik), perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta tanah pertanian juga tidak akan dikenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan pelaksanaan GST.

19 Bagaimanakah kerajaan akan mengawal peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dengan pelaksanaan GST ini? Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang serius untuk memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah yang diambil ialah dengan memperkenalkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, penguatkuasaan yang intensif melalui penubuhan Majlis Harga Negara dan penerbitan Shoppers Guide. PENERBITAN SHOPPERS GUIDE

20 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Selain itu, bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, denda dan penalti akan dikenakan kepada peniaga yang tidak beretika dalam menaikkan harga barangan.

PENUTUP Secara keseluruhannya, pelaksanaan GST akan mengatasi pelbagai kelemahan yang terdapat di dalam sistem percukaian sedia ada. Ianya juga akan menjadikan sistem percukaian negara lebih telus, adil, saksama dan mesra peniaga. Pada masa yang sama, GST juga merupakan salah satu langkah terbaik bagi mengukuhkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Kenyataan yang menyatakan GST akan memiskinkan rakyat adalah tidak tepat. Struktur GST yang dicadangkan telah mengambilkira corak perbelanjaan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. GST akan menjadikan sistem percukaian negara lebih telus, adil, saksama dan mesra peniaga 21

22 Ini dapat dilihat apabila pelbagai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak akan dikenakan GST. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani sebarang kesan perlaksanaan GST. Undang-undang yang berkaitan, program penguatkuasaan dan pendidikan serta penyebaran maklumat bagi tujuan kesedaran juga telah dilaksanakan di dalam memastikan kejayaan pelaksanaan GST.

23 Kita ingin menjadi negara yang berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk kesejahteraan rakyat. Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri

24 APA KATA MEREKA? Bajet 2014 akan menyediakan Malaysia untuk menghadapi persekitaran yang lebih mencabar. Salah satu daripada langkah-langkah untuk persediaan ini adalah untuk melaksanakan GST. GST dengan kadar 6% tidak diguna pakai untuk makanan asas seperti beras. Saya yakin bahawa pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat. Sudah ada lebih 100 negara yang mengimplementasi GST termasuk negara maju dan membangun. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua GST tidak akan memberi kesan kepada rakyat. Ia telah dilaksanakan di lebih daripada 170 buah negara. GST hanya penggantian cukai jualan dan perkhidmatan. Untuk Sabah dan Sarawak, pengumuman untuk penyelarasan harga di negeri-negeri itu dan di Semenanjung sangat dialu-alukan. Datuk Richard Riot Menteri Sumber Manusia

Mengenai GST, ini memang sudah dijangka untuk jangka masa pendek, tetapi untuk jangka panjang, kita perlu mereformasikan sistem percukaian kita. Cukai 6% adalah munasabah kerana tekanan inflasi akan menjadi sederhana dan akan meningkatkan pendapatan. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan 25 Bagi GST, kita telah berbincang tentang implementasinya sejak bertahun-tahun. Pada Disember 2009, rang undangundang GST telah dibentangkan, dengan notis yang mencukupi diberikan kepada perniagaan, supaya semua orang bersedia. Ini bukan cukai baharu tetapi ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Pada kadar 6%, ia adalah salah satu kadar paling rendah di rantau Asean dan di dunia. Datuk Seri Abdul Wahid Omar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sumber : www.astroawani.com/news/show/ reaksi-bajet-2014-apa-kata-mereka-24602

26 Reaksi masyarakat mengenai GST GST merupakan salah satu usaha positif oleh kerajaan untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara. Kesan positifnya akan dapat dirasai dalam jangka masa panjang. Rosmaeza Ahmad Rosli Pekerja sektor perbankan Satu hasrat murni kerajaan untuk menambah jumlah pendapatan negara dan sekaligus dapat memberi manfaat kepada rakyat. Ia juga merupakan satu sistem percukaian yang lebih adil dan teratur. Mohd Nizam Pekerja Swasta GST adalah pendekatan yang bagus kerana pengecualian GST ke atas beberapa makanan asas dan perkhidmatan dapat meringankan beban kami. Kerajaan juga masih memberi inisiatif lain seperti BR1M yang dapat membantu kami mengurangkan perbelanjaan barangan keperluan harian. Sivaneswary a/p Paramasivam Pekerja Kontrak

27 Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 1300-888-500 03-8882 2111 www.gst.customs.gov.my emel: gst@customs.gov.my

Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel : webmaster@inform.gov.my B.064 (B.M) NOVEMBER 2013 (110.)