Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

dokumen-dokumen yang mirip
SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Mach Debit Card (Dikemaskini pada 1 April 2017)

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

- Akaun Simpanan Asas/-i /Semasa Asas/-i ( BSA/BCA/-i ) - Generic/Junior - Kad Perbankan Prioriti ( PB )

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

BANK SIMPANAN NASIONAL

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

SOALAN-SOALAN LAZIM KAD DEBIT/-i VISA BSN BAHARU. 1. Apakah Kad Debit/-i Visa BSN?

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Penambahbaikan Sistem Bank Muamalat

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

TERMA DAN SYARAT KAD-i DEBIT CIMB ISLAMIC

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

13.5% (Peringkat 1) 16% (Peringkat 2) 17.5% (Peringkat 3)

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

Perjanjian Maybankard Platinum

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

Terma & Syarat Kad Combo-i Bank Rakyat

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

2. KESAHAN MATA GANJARAN

Terma & Syarat Kad Debit-i Bank Rakyat


Terma & Syarat Kad Debit-i MasterCard Bank Rakyat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma & Syarat Kad Debit BSN Visa

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

Panduan Penggunaan Peniaga

HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD. Akaun Junior-i 3 dalam 1. Terma dan Syarat

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Polisi Privasi. Pengenalan

1. Apakah produk ini?

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas? Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Fasal-fasal yang dipinda

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

TERMA & SYARAT DEBIT MASTERCARD UOB

PERSATUAN BANK SINGAPURA. Engenai Akaun- Akaun Bank. Apakah yang anda perlu tahu...

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

Terma dan Syarat Kad AmBank Debit MasterCard

Transkripsi:

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim 1. Apakah itu kad PIN & BAYAR? Kad PIN & BAYAR adalah kad berkeupayaan PIN yang membolehkan anda membuat pembelian dengan memasukkan PIN 6 digit, tanpa memerlukan tandatangan. Ia adalah kaedah pembayaran yang dipertingkatkan dan akan menjadikan sistem pembayaran menjadi lebih selamat. Perubahan kepada kaedah pembayaran PIN & BAYAR adalah satu inisiatif seluruh industri yang dimandatkan oleh Bank Negara Malaysia. 2. Apa itu PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang dipilih oleh anda untuk membuktikan bahawa anda adalah pemegang kad yang sah. PIN untuk kad kredit CIMB Islamic yang dikeluarkan di Malaysia mempunyai 6 digit. PIN anda mestilah sentiasa dirahsiakan dan tidak boleh dicatit di mana mana atau dikongsikan / didedahkan kepada sesiapa. 3. Mengapakah PIN & BAYAR lebih selamat daripada tandatangan? Pengesahan tandatangan tidak lagi diperlukan dengan kedua-dua kad dan PIN 6 digit yang dipilih oleh anda. Disebabkan PIN hanya diketahui oleh anda, anda akan terlindung daripada penipuan sekiranya kad anda hilang atau dicuri. Jadi ingat, sentiasa rahsiakan PIN anda! 4. Mengapakah saya perlu menerima kad baharu untuk menggunakan PIN? Anda akan diberikan kad PIN & BAYAR baharu kerana kad sedia ada anda tidak disediakan untuk menggunakan PIN. Bermula dari 1 Januari 2017, semua terminal pembayaran di Malaysia hanya menerima kad PIN & BAYAR. 5. Bilakah saya akan menerima kad PIN & BAYAR saya? Kami akan mengeluarkan kad PIN & BAYAR secara berperingkat pada tahun 2016 bagi menggantikan kad sedia ada. Buat sementara itu, anda boleh terus menggunakan kad sedia ada anda sehingga kad gantian anda diterima. 6. Bolehkah saya meminta kad PIN & BAYAR dihantar lebih awal? Tidak, anda tidak perlu menghubungi kami untuk meminta kad PIN & BAYAR kerana peralihan kepada kad PIN & BAYAR merupakan satu proses automatik dan berperingkat. 7. Bolehkah saya terus menggunakan kad sedia ada saya selepas saya menerima kad PIN & BAYAR saya? Kad sedia ada anda akan dinyahaktifkan 90 hari selepas kad PIN & BAYAR baharu anda dikeluarkan. Sila aktifkan dan gunakan kad PIN & BAYAR anda sebaik sahaja anda menerimanya untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.

8. Perlukah saya membayar fi penggantian untuk mendapatkan kad PIN & BAYAR baharu? Tiada fi tambahan dikenakan untuk kad PIN & BAYAR baharu anda. 9. Saya baru menerima kad baharu saya pada bulan Oktober 2015, bilakah paling lewat saya akan menerima kad PIN & BAYAR? Anda akan menerima kad PIN & BAYAR anda selewat-lewatnya pada bulan Januari 2017. 10. Bagaimana jika saya tidak menerima kad PIN & BAYAR baharu saya sebelum bulan Januari 2017? Untuk menerima kad PIN & BAYAR baharu anda, sila hubungi nombor yang tertera di belakang kad anda. 11. Bagaimana cara kad baharu dihantar kepada saya? Kad PIN & BAYAR baharu anda akan dihantar kepada anda melalui pos atau serahan kurier, bergantung kepada kad kredit semasa anda. 12. Apa yang perlu saya lakukan setelah saya menerima kad kredit PIN & BAYAR? Anda harus AKTIFKAN kad anda mengikut arahan yang disertakan bersama kad baharu anda. Jika anda telah mendaftar nombor telefon mudah alih anda dengan pihak bank, anda akan menerima PIN Sementara anda melalui SMS. Kemudiannya, anda harus menukar PIN Sementara kepada PIN Peribadi anda. 13. Bagaimana untuk mendapatkan PIN Sementara jika saya tidak mendaftar nombor telefon mudah alih saya dengan bank? Anda akan menerima PIN Sementara melalui kiriman pos yang mana perlu anda tukarkan kepada PIN Peribadi anda. 14. Bagaimana saya boleh menukar PIN Sementara saya? Anda boleh melakukannya melalui 2 pilihan: (i) ATM CIMB BANK/CIMB ISLAMIC atau (ii) CIMB Clicks (www.cimbclicks.com.my) Anda dinasihatkan untuk menukar PIN Sementara kepada PIN Peribadi yang diketahui oleh anda sahaja. 15. Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama seperti PIN yang digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM? Ya, setiap kad hanya mempunyai satu PIN dan boleh digunakan untuk pembelian di terminal jualan (POS) dan pengeluaran tunai di ATM. Arahan tentang cara untuk mengaktifkan kad dan menukar PIN akan dihantar bersama kad baharu anda.

16. Adakah saya boleh menggunakan susunan PIN 6 digit yang sama untuk kad kredit CIMB atau kad debit CIMB MasterCard saya yang lain? Ya. Anda boleh menggunakan susunan PIN 6 digit yang sama untuk kad kredit CIMB atau kad debit CIMB MasterCard anda yang lain. Harap maklum bahawa anda perlu menukar PIN untuk semua kad CIMB anda secara berasingan di ATM CIMB atau CIMB Clicks. 17. Adakah PIN akan digunakan untuk melakukan pembelian dalam talian atau melalui telefon? Tidak, PIN yang anda gunakan untuk transaksi di POS dan ATM tidak seharusnya dimasukkan di dalam talian atau didedahkan melalui telefon. 18. Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan kad PIN & BAYAR saya di terminal yang tidak menyokong PIN? Saya dapati bahawa sesetengah terminal tempatan dan luar negara tidak menerima kaedah bayaran PIN. Di terminal POS yang tidak menyokong PIN termasuk terminal tempatan dan luar negara, tandatangan anda diperlukan untuk mengesahkan transaksi anda. Sila pastikan anda menandatangani di kad PIN & BAYAR baharu anda sebaik sahaja anda menerimanya. 19. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya melancong ke luar negara tanpa PIN, dan saya diminta untuk memasukkan PIN apabila membuat bayaran dengan kad PIN & BAYAR baru? Jika anda melancong ke luar negara tanpa PIN dan diminta untuk memasukkan PIN, sila minta peniaga untuk memintas pengesahan PIN kepada tandatangan. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk mengaktifkan kad baru anda dan menukar PIN sementara kepada PIN Peribadi secepat mungkin kerana beberapa negara mungkin sudah mewajibkan bayaran dibuat menggunakan PIN dan bukan tandatangan. Terdapat risiko kad anda ditolak jika anda tidak menggunakan PIN apabila diminta oleh peniaga. Anda perlu memastikan bahawa kad baru anda telah diaktifkan dan PIN sudah diubah sebelum meninggalkan Malaysia. Jika anda tidak mengingati PIN Peribadi anda apabila di luar negara, sila hubungi nombor di belakang kad anda untuk menetapkan semula PIN peribadi anda. 20. Saya pernah terlihat beberapa terminal di luar negara hanya membenarkan transaksi menggunakan PIN 4 digit. Bagaimanakah saya boleh melengkapkan transaksi saya di terminal ini dengan kad PIN & BAYAR baru saya? Walaupun tetapan PIN bagi kad pembayaran di Malaysia adalah 6 digit, tetapan PIN bagi kebanyakan pasaran luar negara adalah 4 digit. Terdapat kemungkinan apabila anda melancong ke luar negara dengan kad PIN baru dan PIN 6 digit anda, anda mungkin akan menghadapi masalah menggunakan kad anda pada terminal luar negara jika terminal tersebut mengehadkan PIN kepada 4 digit. Hasil daripada peraturan kad antarabangsa, contoh terminal jualan yang tidak menyokong PIN yang lebih besar dari 4 digit, dalam pasaran yang menggunakan standard PIN 4 digit adalah terhad. Walau bagaimanapun, terdapat dua pilihan bagi anda sekiranya anda berdepan dengan terminal yang hanya membenarkan PIN 4 digit.

Yang pertama adalah untuk meminta peniaga memintas penggunaan PIN dengan tandatangan. Jika langkah pertama gagal, atau peniaga enggan menggunakan tandatangan, anda perlu memilih kaedah pembayaran yang lain. 21. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui apabila PIN diperlukan di terminal POS peniaga? Terminal POS peniaga akan menentukan sama ada PIN diperlukan atau tidak. Jika PIN diperlukan, ia akan meminta PIN. Anda hanya perlu mengikuti langkah yang diarahkan oleh terminal. 22. Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila menggunakan kad saya di kiosk atau terminal layan diri di Malaysia? Jika terminal atau kiosk layan diri tersebut menyokong transaksi menggunakan PIN, ia akan meminta anda untuk memasukkan PIN apabila anda memasukkan kad anda ke dalam terminal. Anda perlu megetahui PIN anda dan anda harus memasukkan PIN anda untuk melengkapkan transaksi tersebut. Sekiranya anda tidak mengetahui PIN anda, atau anda tidak mempunyai kad berkeupayaan PIN, anda tidak boleh meggunakan kad anda di kiosk atau terminal layan diri yang menyokong PIN. Salah satu contoh terminal layan diri ialah pam layan diri di luar stesen minyak. Walaupun anda mungkin boleh menandatangan di terminal yang dijaga sekiranya anda tidak mengetahui PIN anda sehingga 1 Julai 2017, anda tidak dibenarkan untuk menandatangan di terminal layan diri kerana tiada juruwang atau operator yang boleh mengesahkan tandatangan anda. Ini adalah salah satu sebab mengapa anda harus memasukkan PIN anda di terminal layan diri yang menyokong PIN. 23. Adakah saya perlu masukkan PIN saya apabila saya menggunakan kad di Malaysia? Tidak, bukan semua transaksi di POS memerlukan PIN: Transaksi kad kredit tanpa sentuhan di bawah RM250 tidak memerlukan PIN Di terminal yang tidak menyokong PIN, tandatangan anda diperlukan 24. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah? Anda akan dibenarkan untuk membuat tiga (3) percubaan sebelum PIN anda disekat. Percubaan PIN yang terhad melindungi anda daripada kemungkinan penjenayah menggunakan kad anda. Jika PIN anda disekat, sila hubungi kami untuk mendapatkan PIN Sementara yang baharu. Anda boleh menghubungi nombor yang tertera di belakang kad anda atau melayari CIMB Clicks. Pertukaran PIN melalui CIMB Clicks akan disediakan mulai 21 November 2015. 25. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlupa PIN saya? Sebelum 1 Julai 2017, tandatangan masih dibenarkan apabila menggunakan kad PIN & BAYAR baharu anda. Jika anda terlupa PIN anda semasa melakukan transaksi di tempat jualan yang mempunyai juruwang, juruwang akan membantu anda untuk melengkapkan transaksi anda

menggunakan tandatangan. Selepas 1 Julai 2017, anda tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan kad anda di terminal tempat jualan di Malaysia tanpa PIN anda. Sebagai langkah keselamatan, anda mesti memasukkan PIN anda di dispenser petrol automatik dan terminal layan diri, walaupun sebelum 1 Julai 2017. Jika anda terlupa PIN, anda tidak akan dapat menggunakan kad anda di terminal tanpa juruwang ini. Jika anda terlupa PIN anda, sila hubungi kami untuk mendapatkan PIN Sementara yang baharu. Anda boleh menghubungi nombor yang tertera di belakang kad anda atau melayari CIMB Clicks. Pertukaran PIN melalui CIMB Clicks akan disediakan mulai 21 November 2015. 26. Bagaimanakah saya memastikan PIN saya selamat? Adalah sangat penting untuk anda merahsiakan PIN anda supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian. Berikut beberapa langkah untuk memastikan PIN anda tidak diketahui oleh orang lain dengan mudah: ELAKKAN - mengguna nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh lahir, nombor telefon atau kad pengenalan. - menyimpan salinan bertulis berkenaan PIN anda. - dari membenarkan orang lain untuk melihat PIN anda apabila anda memasukkannya. - dari mendedahkan PIN anda kepada sesiapa termasuk ahli keluarga atau orang-orang berkuasa atau pasangan. SILA memaklumkan pengeluar kad anda dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah diketahui oleh orang lain. 27. Apakah maksud ikon WiFi yang terdapat pada kad kredit saya? Ini bermakna kad kredit anda dilengkapi dengan ciri Tanpa Sentuhan. Anda hanya perlu imbas kad anda pada pembaca kad berkeupayaan tanpa sentuhan untuk membuat pembayaran. 28. Bagaimanakah saya boleh menggunakan kad PIN & BAYAR bagi transaksi tanpa sentuhan? Setelah kad anda diimbas pada pembaca kad berkeupayaan tanpa sentuhan, terminal akan meminta PIN untuk transaksi kad kredit melebihi RM250. Transaksi tanpa sentuhan di bawah RM250 tidak memerlukan PIN. Walau bagaimanapun, had RM250 adalah tertakluk kepada perubahan. 29. Bagaimana dengan kad tambahan? Adakah ia juga akan ditukar? Ya. Semua kad tambahan yang dihubungkan dengan kad utama sedia ada anda akan ditukar kepada kad PIN & BAYAR baharu.

30. Adakah saya akan menerima kad utama/tambahan yang saya ada secara serentak? Peralihan kepada kad PIN & BAYAR dilakukan secara berperingkat dan anda mungkin tidak akan menerima semua kad utama/tambahan pada masa yang sama. 31. Bagaimana pula dengan ahli kad tambahan dan PIN mereka? Kad tambahan PIN & BAYAR yang baharu akan dihantar ke alamat ahli kad utama yang didaftarkan dengan bank. PIN Sementara kad tambahan akan dihantar kepada ahli kad utama, selepas itu, ahli kad tambahan harus menukar PIN Sementara kepada PIN Peribadi. 32. Adakah saya akan menerima penaik tarafan untuk kad PIN & BAYAR saya? Bergantung kepada kad kredit semasa anda, anda mungkin akan mendapat naik taraf untuk kad PIN & BAYAR baharu anda. Bagi pelanggan yang menerima naik taraf kepada kad PIN & BAYAR mereka, harap maklum bahawa anda akan menerima nombor kad kredit baharu dan ini mungkin akan tertera di CIMB Clicks atau penyata akaun anda sebelum anda menerima kad baharu anda. 33. Adakah had kredit semasa saya akan dinaikkan? Tidak. Had kad kredit baharu anda akan kekal sama seperti kad sedia ada anda. 34. Saya telah mendaftarkan kad sedia ada saya untuk auto-bil/ arahan tetap/ takaful/ IPP. Adakah saya perlu mengubahnya secara manual? Tidak. Semua auto-bil/ arahan tetap/ takaful/ IPP semasa anda akan dipindahkan secara automatik ke kad baharu anda. 35. Kad sedia ada saya dihubungkan dengan kad Touch `n Go Zing. Apa yang perlu saya lakukan? Kad Touch `n Go Zing anda akan dipindahkan secara automatik ke kad baharu selepas pengaktifan kad. Jika tiada sebarang pengaktifan selepas 90 hari, tambah nilai automatik kad Zing akan disekat sementara. Apabila anda mengaktifkan kad baharu anda, sila berikan 2 hari bekerja bagi membolehkan tambah nilai automatik kad Zing. 36. Apa akan berlaku kepada kad kredit baharu saya jika saya gagal untuk mengaktifkannya dalam tempoh 90 hari? Kad kredit baharu adalah masih sah untuk diaktifkan. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang transaksi ditolak, anda digalakkan untuk mengaktifkan kad baharu anda dengan sertamerta sebaik sahaja anda menerimanya.

37. Adakah saya perlu menghubungi Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan kad gantian atau pergi ke cawangan untuk mengaktifkannya selepas 90 hari? Tidak. Sila ikut arahan pada lampiran kad tentang langkah-langkah bagaimana untuk mengaktifkan kad anda serta menukar PIN. 38. Saya telah mengumpul mata bonus dengan kad sedia ada saya. Apa yang akan terjadi kepada semua mata bonus dengan kad baharu? Semua mata bonus sedia ada anda akan dipindahkan kepada kad baharu. Ini hanya layak untuk CIMB Islamic Platinum MasterCard sahaja. 39. Kad kredit yang saya miliki sekarang dihubungkan kepada akaun semasa/simpanan saya, yang saya boleh gunakan sebagai kad ATM/debit untuk urusan perbankan harian saya. Bolehkah saya terus menikmati perkhidmatan ini dengan kad kredit PIN & BAYAR baharu? Tidak, kad kredit PIN & BAYAR baharu tidak boleh lagi dihubungkan kepada akaun semasa/simpanan anda. 40. Bolehkah saya hentikan fungsi pengeluaran wang tunai ATM untuk kad baharu ini? Tidak, anda tidak boleh menghentikan fungsi ini kerana kad kredit PIN & BAYAR baharu mempunyai pengeluaran tunai sebagai ciri piawai. Pra Kebenaran bagi Kad di Terminal Layan Diri di Stesen Minyak 41. Apakah yang bakal berlaku sekiranya saya menggunakan kad di terminal layan diri? Apabila anda menggunakan kad anda di terminal layan diri (dispenser minyak automatik) di mana mana stesen minyak, terminal layan diri perlu mengesahkan transaksi tersebut sebelum anda boleh mengisi minyak untuk kenderaan anda. Pengesahan ini dilakukan dengan menghantar jumlah pra-kebenaran dari kad kepada pengeluar kad anda. 42. Apakah yang dimaksudkan dengan pra-kebenaran? Pra-kebenaran bermaksud memegang jumlah tertentu dari baki kad anda secara sementara. Ia digunakan untuk mengesahkan bahawa kad anda masih aktif dan mempunyai baki yang mencukupi sebelum anda boleh mengisi minyak. 43. Berapakah jumlah pra kebenaran yang akan diambil dari kad saya apabila saya menggunakan terminal layan diri? Oleh sebab pra-kebenaran harus dilakukan sebelum mengisi minyak, jumlah sebenar minyak yang diisi tidak diketahui sewaktu pra kebenaran dilakukan. Jumlah pra kebenaran yang dipersetujui di terminal layan diri di Malaysia telah ditetapkan kepada RM200.

44. Apakah yang akan berlaku sekiranya jumlah minyak yang dipam adalah kurang daripada jumlah pra-kebenaran? Jumlah pra kebenaran bukanlah caj dan tidak ada baki yang ditolak dari akaun kad anda. Jumlah pra kebenaran tersebut akan dikurangkan dari baki akaun anda, buat sementara waktu. Apabila anda telah selesai mengisi minyak, jumlah transaksi yang sebenar akan dihantar ke bank yang mengeluarkan kad anda. Pada waktu ini, jumlah transaksi yang sebenar akan ditolak dari akaun anda, dan jumlah pra-kebenaran akan dipulangkan. Jumlah pra - kebenaran mungkin mengambil masa 3-4 hari untuk dipulangkan selepas anda mengisi minyak dan pra-kebenaran itu dihasilkan. 45. Apakah yang perlu saya lakukan jika baki akaun saya adalah kurang daripada RM200 atau jika saya mahu mengelak dari RM200 dipegang secara sementara dari baki akaun saya? Pelanggan yang ingin mengelak dari pra kebenaran di terminal layan diri dinasihatkan untuk membayar di kaunter, di mana jumlah transaksi yang sebenar akan ditolak dari akaun pemegang kad. Ciri Tanpa Sentuhan bagi Kad PIN & BAYAR Anda 46. Bolehkah saya membuat pembelian secara tidak sengaja menggunakan kad tanpa sentuhan saya apabila saya berjalan melintas pengimbas kad tanpa sentuhan? Tidak. Kad tanpa sentuhan anda perlu diimbas / disentuh di pembaca kad tanpa sentuhan dan peniaga mesti memasukkan jumlah transaksi terlebih dahulu untuk pengesahan anda. 47. Adakah terdapat peluang bagi bayaran untuk ditolak sebanyak dua kali jika saya mengimbas / menyentuh kad tanpa sentuhan saya seccara tidak sengaja sebanyak dua kali di pembaca kad tanpa sentuhan? Tidak. Pembaca kad tanpa sentuhan hanya boleh memproses satu transaksi pada satu masa. Walaupun kad tanpa sentuhan anda diimbas / disentuh lebih daripada sekali secara tidak sengaja, urus niaga anda hanya akan dicaj sebanyak sekali sahaja. 48. Bolehkah butiran kad tanpa sentuhan saya dipintas dan dibaca oleh penipu menggunakan pembaca kad tanpa sentuhan yang terletak berdekatan dengan kad tanpa sentuhan di dalam dompet saya? Maklumat yang terdapat di dalam cip kad tanpa sentuhan anda hanyalah nombor kad tanpa sentuhan tersebut dan tarikh luput, nombor akaun kad tanpa sentuhan dan kod dinamik unik berubah selepas setiap transaksi. Kod dinamik unik adalah berbeza dari kod yang direkod di jalur magnetik kad tanpa sentuhan anda. Jika penipu cuba menggunakan data yang dipintas untuk menghasilkan kad palsu, pihak Bank akan dapat mengenal pasti transaksi itu sebagai penipuan.

49. Apakah yang akan berlaku jika saya mempunyai lebih daripada satu kad tanpa sentuhan di dalam dompet saya dan saya menyentuh dompet saya pada pembaca kad tanpa sentuhan? Jika anda memegang kad anda pada pembaca kad tanpa sentuhan dan terdapat kad tanpa sentuhan lain yang berdekatan, pembaca kad tanpa sentuhan tersebut mungkin akan mengesan lebih daripada satu kad dan pembayaran tidak akan diteruskan. Anda perlu melakukan transaksi tersebut sekali lagi. Sila pastikan bahawa anda hanya memegang satu kad tanpa sentuhan dan sentiasa keluarkan ia dari dompet anda. 50. Adakah akaun kad tanpa sentuhan saya akan dicaj sekiranya terdapat penipu yang meletakkan pembaca kad tanpa sentuhan berdekatan dengan kad tanpa sentuhan di dalam dompet saya (penyeluk saku elektronik)? Perlindungan telah ditetapkan untuk mengelakkan penggunaan butiran keselamatan bagi kad yang dipintas tanpa kebenaran. Setiap transaksi tanpa sentuhan mempunyai kod unik yang berubah dengan setiap transaksi, yang hanya boleh digunakan sebanyak sekali sahaja dan hanya boleh dijana melalui cip di dalam kad tanpa sentuhan asal anda. Ini bakal menghalang kad palsu daripada dihasilkan melalui salinan butiran keselamatan kad yang dipintas. Sekiranya baki ditolak dari akaun kad tanpa sentuhan anda tanpa kebenaran, bayaran tanpa kebenaran tersebut boleh dikesan oleh pihak Bank. 51. Bolehkah penipu mencuri kad tanpa sentuhan saya dan menggunakannya untuk mengosongkan akaun kad tanpa sentuhan saya? Tidak, terdapat perlindungan bagi akaun kad tanpa sentuhan anda. Setiap transaksi tanpa sentuhan (i.e. transaksi dengan mengimbas / menyentuh kad tanpa sentuhan anda pada pembaca kad tanpa sentuhan) adalah terhad kepada RM250. Bagi urusniaga melebihi RM250, anda perlu menandatangan (hanya sehingga 1 Julai 2017) atau memasukkan PIN anda untuk melengkapkan urus niaga. Terdapat had kawalan tertentu yang ditetapkan oleh Bank terhadap penipuan berkaitan dengan urus niaga tanpa kebenaran.