Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat

dokumen-dokumen yang mirip
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Akaun Simpanan-i Komoditi Murabahah Terma & Syarat

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Terma & Syarat Deposit Islamik

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

Fasal-fasal yang dipinda

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Terma dan Syarat OCBC SME Access

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TERMA DAN SYARAT UMUM YANG DITERIMA PAKAI BAGI SEMUA AKAUN DEPOSIT/ PRODUK/ PERKHIDMATAN

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK


2. KESAHAN MATA GANJARAN

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Transkripsi:

1.0 UMUM 1.1 Terma-terma dan syarat-syarat ("T&S") yang dinyatakan di sini akan diguna pakai bagi semua produk deposit Islamik MBSB seperti Akaun Simpanan Wadi'ah-i, Akaun Simpanan Cheeky-i, Akaun Simpanan CashRich-i, Akaun Pelaburan Am-i, Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i dan Deposit Money Market-i;. 1.2 Produk-produk ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan prinsip-prinsip Syariah. 2.0 KONSEP SYARIAH YANG DIGUNA PAKAI 2.1 Berikut adalah konsep-konsep Syariah yang diguna pakai ke atas produk deposit Islamik MBSB; 2.1.1 Wadi ah Yad Dhamanah: 2.1.1.1 Berdasarkan prinsip Wadi'ah Yad Dhamanah di mana barangan atau deposit yang disimpan dengan pihak yang diamanahkan (Penyimpan) yang bukan pemilik, dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya; 2.1.1.2 Wadi'ah Yad Dhamanah adalah kontrak simpanan terjamin di mana kebenaran untuk menggunakan aset di dalam jagaan telah diberikan oleh Penyimpan (Pendeposit) dan Penjaga (MBSB) akan menjamin aset yang telah diletakkan di bawah jagaannya; 2.1.1.3 Pendeposit akan memberi kebenaran kepada MBSB untuk menguruskan kesemua atau mana-mana bahagian daripada wang tersebut dalam manamana perniagaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembiayaan atau pelaburan) yang mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah; 2.1.1.4 Pendeposit tidak berhak ke atas mana-mana keuntungan tetapi Penyimpan boleh memberi pulangan kepada pendeposit sebagai tanda penghargaan (Hibah). 2.1.2 Mudarabah: 2.1.2.1 Berdasarkan prinsip Mudarabah yang tiada sekatan di mana satu perjanjian dimeterai antara pemberi dana (Pendeposit) dan usahawan (Institusi Kewangan). 2.1.2.2 Melalui konsep ini, Pendeposit bersetuju untuk meletak sejumlah wang tertentu dari semasa ke semasa bagi tempoh tertentu bertujuan untuk mengambil bahagian dalam keuntungan yang dijana daripada dana pelaburan Institusi Kewangan. Pulangan keuntungan yang diperoleh daripada jumlah pelaburan (jika ada) akan diagihkan di antara Institusi Kewangan dengan Pendeposit berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan ("NPK") yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa kontrak dimeterai. Page 1 of 15

2.1.2.3 Sekiranya berlaku kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh Pendeposit, kecuali dalam kes-kes di mana terdapat bukti kecuaian dan/atau salah-laku yang disengajakan oleh Institusi Kewangan dalam menguruskan dana Pendeposit. Dana-dana yang diterima melalui akaun Mudarabah akan digunakan tanpa sekatan dalam pelbagai jenis pelaburan dan pembiayaan selaras dengan kehendak Syariah. 2.1.3 Komoditi Murabahah: 2.1.3.1 Komoditi Murabahah atau Tawarruq ditakrifkan sebagai jualan barangan pada kos dan ditambah keuntungan pada kaedah bayaran tertunda di mana aset dijual secara tunai kepada pihak ketiga. Di bawah konsep ini, Pelanggan melantik Institusi Kewangan untuk membeli komoditi bagi pihak Pelanggan daripada broker terlibat dan menjual semula komoditi tersebut kepada Institusi Kewangan melalui kontrak Murabahah secara bayaran tertunda; 2.1.3.2 Pelanggan melantik MBSB untuk bertindak sebagai ejen bagi setiap pembelian dan jualan komoditi berdasarkan T&S ini. MBSB hanya bertindak sebagai ejen Pelanggan, dan tidak mengambil kira, atau mempunyai sebarang andaian atau apa-apa obligasi tambahan, atau mempunyai apa-apa kaitan/hubungan dengan Pelanggan selain daripada yang tertera di dalam T&S ini; 2.1.3.3 Setelah bayaran dibuat oleh Pelanggan di mana harga komoditi adalah setara dengan jumlah deposit dengan MBSB, MBSB akan membeli komoditi tersebut daripada peniaga atau pembekal komoditi; 2.1.3.4 Pelanggan seterusya akan menjual komoditi tersebut kepada MBSB berdasarkan kontrak Murabahah secara bayaran tertunda. Harga jualan adalah mewakili: i) Jumlah deposit; dan ii) Keuntungan ke atas deposit Pengiraan Harga Jualan adalah berdasarkan formula seperti berikut: i) Pengiraan Keuntungan: Keuntungan = P X R X T/365 Di mana: P = Jumlah Prinsipal R = Kadar Keuntungan (%) diberi semasa penempatan deposit T = Tempoh (bilangan hari, dari tarikh penempatan deposit sehingga tarikh matang) ii) Pengiraan bagi Harga Jualan (Murabahah): Harga Jualan (Murabahah) = Jumlah Deposit + Keuntungan (jumlah keuntungan diterima) Page 2 of 15

Ilustrasi: Jumlah Deposit RM10,000.00 Kadar Keuntungan 3.60% Tempoh 12 bulan Bilangan Hari 365 Tarikh Penempatan 1/1/2015 Tarikh Matang 1/1/2016 Kadar Keuntungan Harga Jualan (Murabahah) RM360.00 RM10,360.00 3.0 PEMBUKAAN AKAUN 3.1 Pelanggan yang membuat penempatan deposit di dalam produk deposit Islamik MBSB buat pertama kalinya dikehendaki untuk melengkapkan dan menandatangani Borang Permohonan Pembukaan Akaun, Borang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"), Borang Pengakuan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing ("FATCA"), Deposit Slip dan lain-lain borang yang dikehendaki sekiranya diperlukan. 3.2 Penempatan deposit seterusnya yang ditempatkan oleh Pelanggan yang sama adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan Pembukaan Akaun. Melainkan jika diarahkan oleh Pelanggan sebaliknya, mandat yang diberikan di dalam Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini adalah terpakai bagi setiap deposit yang berikutnya; 3.3 Deposit yang diterima adalah di dalam mata wang Ringgit Malaysia ( RM ) sahaja. 3.4 Berikut adalah ciri-ciri bagi produk deposit Islamik di MBSB; 3.4.1 Akaun Simpanan Wadi ah-i; 3.4.1.1. Akaun ini berasaskan konsep Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah; 3.4.1.2. Akaun ini dibuka kepada individu (residen dan bukan residen) yang sekurang-kurangnya berumur lapan belas (18) tahun; dan bukan individu seperti perniagaan milikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan badan-badan kebajikan; 3.4.1.3. Individu boleh membuka akaun peribadi mereka atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang; 3.4.1.4. Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa. Page 3 of 15

3.4.2 Akaun Simpanan Cheeky-i; 3.4.2.1. Akaun ini berasaskan konsep Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah; 3.4.2.2. Akaun ini dibuka kepada individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh seorang pemegang amanah; 3.4.2.3. Pemegang amanah merupakan seorang ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut menjadi benefisiari akaun; 3.4.2.4 Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.2.5 Apabila benefisiari mencapai umur lapan belas (18), semua faedah yang tertakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan berkuatkuasa pada bulan berikutnya. Akaun Simpanan Cheeky-i secara automatik akan ditukarkan kepada Akaun Simpanan Wadi'ah beserta dengan ciri-ciri dan faedah-faedah yang berkaitan dengannya. 3.4.3 Akaun Simpanan CashRich-i; 3.4.3.1. Akaun ini berasaskan konsep Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah; 3.4.3.2. Akaun ini terbuka kepada individu sahaja (residen dan bukan residen) yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun; 3.4.3.3. Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang; 3.4.3.4. Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM 100.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa. 3.4.4 Akaun Pelaburan Am-i; 3.4.4.1 Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Mudarabah; 3.4.4.2 Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun; dan bukan individu iaitu perbadanan korporat, syarikat-syarikat komersial, badan-badan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan; 3.4.4.3 Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum seramai tiga (3) orang pemegang akaun; Page 4 of 15

3.4.4.4 Bagi bukan individu, semua entiti yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia; 3.4.4.5 Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 1,000.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.4.6 Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.4.7 Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini. 3.4.5 Deposit Bertempoh-i: 3.4.5.1 Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah; 3.4.5.2 Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia lapan belas (18) tahun dan bukan individu iaitu syarikat korporat, syarikat komersial, badan-badan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuanpersatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan; 3.4.5.3 Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum seramai tiga (3) orang pemegang akaun; 3.4.5.4 Bagi bukan individu, semua entiti yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia; 3.4.5.5 Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.5.6 Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.5.7 Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini. 3.4.6 Deposit Bertempoh Junior-i ( JTD-i ); 3.4.6.1. Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah; 3.4.6.1. Akaun ini dibuka untuk individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dan tertakluk kepada akaun tersebut dikendalikan oleh seorang pemegang amanah. Syarikat-syarikat, pertubuhan korporat, perkongsian, persatuan-persatuan dan kelab-kelab adalah tidak dibenarkan untuk membuka akaun JTD-i; Page 5 of 15

3.4.6.2. Pemegang amanah merupakan seorang ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut akan menjadi benefisiari akaun; 3.4.6.3. Apabila benifisiari tersebut mencapai had umur lapan belas (18) tahun, semua faedah-faedah yang tetakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan berkuatkuasa setelah tamatnya tempoh matang penempatan. Sebarang pembaharuan akaun yang berikutnya akan berdasarkan Akaun Deposit Bertempoh-i dengan ciri-ciri dan faedah-faedah yang berkaitan dengannya; 3.4.6.4. Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.6.5. Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa; 3.4.6.6. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini. 3.4.7. Deposit Pasaran Wang-i; 3.4.7.1. Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah. 3.4.7.2. Akaun ini dibuka untuk bukan individu sahaja iaitu badan-badan korporat, badan-badan kerajaan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa awam, syarikat-syarikat multi-nasional dan lain-lain; 3.4.7.3. Tempoh penempatan deposit bagi akaun ini adalah di antara satu (1) hari sehingga tiga ratus enam puluh lima (365) hari atau sebarang tempoh sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa. 4.0 HIBAH / KADAR KEUNTUNGAN 4.1 Akaun Simpanan Wadi ah-i / Akaun SImpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i 4.1.1. MBSB mengikut budi bicaranya mutlak boleh memberi Hibah kepada pemegang akaun sebagai tanda penghargaan. Hibah (jika ada) mungkin berbeza dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditentukan oleh MBSB dan akan dikreditkan secara bulanan atau pada bila-bila waktu yang ditentukan MBSB; 4.1.2. Hibah, (jika ada), akan dikira berdasarkan baki harian atau apa-apa kadar lain seperti yang mungkin ditentukan oleh MBSB mengikut budi bicaranya. Pengkreditan hibah, jika ada, akan ditunjukkan apabila Pelanggan mengemukakan buku Akaun Simpanan-i mereka kepada MBSB untuk dikemaskini. Page 6 of 15

4.2. Akaun Pelaburan Am-i 4.2.1. MBSB akan memberi keuntungan dalam bentuk dividen kepada pemegang akaun di mana keuntungan yang dibayar tidak akan lebih rendah daripada Nisbah Perkongsian Keuntungan antara kedua-dua pihak; 4.2.2. Nisbah Perkongsian Keuntungan bermakna nisbah perkongsian keuntungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk dikongsi di antara Pelanggan sebagai Pembekal Modal dan MBSB sebagai usahawan; 4.2.3. Sebarang komunikasi mengenai kadar keuntungan sebelum penempatan Akaun Pelaburan Am-i adalah pada kadar Indikatif dan pulangan sebenar hanya akan ditentukan selepas tarikh matang penempatan. 4.3. Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 4.3.1. Kadar keuntungan ke atas penempatan deposit ditentukan terlebih dahulu semasa penempatan/ pembaharuan seperti yang dinyatakan pada slip Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i; 4.3.2. Pelanggan boleh mengeluarkan keuntungan yang dibayar dalam tempoh masa penempatan, walau bagaimanapun, sekiranya Pelanggan membuat keputusan untuk menamatkan Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i sebelum tempoh matang, MBSB berhak untuk menarik semula keuntungan yang dikeluarkan oleh Pelanggan daripada jumlah pokok semasa pengeluaran dilakukan. 5.0 DEPOSIT 5.1 Deposit boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atau pemindahan telegrafik atau pemindahan dari akaun selain MBSB atau mana-mana medium yang lain seperti yang dibenarkan oleh MBSB; 5.2. Deposit seperti yang dinyatakan pada klausa 5.1 hendaklah dibuat dengan melengkapkan slip deposit, di mana boleh didapati di premis MBSB. Apabila Pelanggan melakukan transaksi deposit pada akaun mereka, mereka akan menerima satu salinan slip deposit yang mengandungi tandatangan Pegawai cawangan yang diberi kuasa; 5.3. Bagi mana-mana penempatan deposit yang dibuat melalui cek, akaun tersebut adalah sah hanya selepas penjelasan cek. Cek-cek dan instrumen-instrumen deposit yang lain yang mana tidak dapat ditunaikan akan dikembalikan kepada pelanggan di alamat terakhirnya yang diketahui melalui pos biasa tertakluk ke atas risiko-risiko dan perbelanjaan sendiri; 5.4. Buku Akaun Simpanan-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa pembukaan Akaun Simpanan-i; 5.5 Sijil Akaun Pelaburan Am-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun tersebut; 5.6 Slip Deposit Bertempoh-i atau Slip Deposit Bertempoh Junior-i akan diberikan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun tersebut. Page 7 of 15

6.0 TRANSAKSI PENGELUARAN 6.1 Akaun Simpanan Wadi ah-i / Akaun Simpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i 6.1.1 Setiap pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh Pelanggan bagi pemegang akaun individu, Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun-akaun bukan individu di cawangan asal atau mana-mana cawangan MBSB yang lain; 6.1.2 Pelanggan hendaklah membawa bersama buku Akaun Simpanan-i mereka berserta dokumen pengenalan diri mereka seperti yang diperlukan oleh MBSB dan perlu melengkapkan borang pengeluaran ketika ingin membuat pengeluaran. 6.2 Akaun Pelaburan Am-i 6.2.1 Sekiranya Pelanggan bercadang untuk menamatkan Akaun Pelaburan Am-i, Pelanggan hendaklah mengisi borang pengeluaran dan borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa dan yang berdaftar dengan MBSB; 6.2.2 Sebarang pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa di cawangan asal sahaja, pengeluaran di cawangan-cawangan MBSB yang lain tidak dibenarkan; 6.2.3. Pemegang akaun perlu hadir di cawangan asal dan mengemukakan Sijil Akaun Pelaburan Am-i untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan cawangan asal untuk memindahkan amaun tersebut ke mana-mana akaun deposit yang khusus seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun; 6.2.4. Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Pelaburan Am-i, kecuali jika berlaku kesilapan ke atas pengiraan keuntungan, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan; 6.2.5. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan. 6.3 Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 6.3.1 Sekiranya Pelanggan bercadang untuk menamatkan Akaun Deposit Bertempoh-i / Akaun Deposit Bertempoh Junior-i, Pelanggan hendaklah melengkapkan borang pengeluaran dan ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa dan yang berdaftar dengan MBSB; 6.3.2 Setiap pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun sahaja atau penandatangan yang diberi kuasa di cawangan asal sahaja. Pengeluaran di cawangancawangan lain tidak dibenarkan. Page 8 of 15

6.3.3. Pemegang akaun perlu hadir di cawangan asal dan mengemukakan Slip Deposit Bertempoh-i atau Slip Deposit Bertempoh Junior-i untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan cawangan asal untuk memindahkan amaun ke mana-mana akaun simpanan seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun. 6.3.4. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan. 7.0 PENGELUARAN AWAL / PRA-MATANG 7.1 Akaun Pelaburan Am-i 7.1.1 Sekiranya Pelanggan-Pelanggan membuat pengeluaran pra-matang sebelum tempoh matang akaun mereka sebelum tempoh tarikh matang, syarat-syarat berikut akan diguna pakai: i) Bagi setiap penempatan di bawah tempoh tiga (3) bulan, keuntungan tidak akan dibayar jika penempatan dikeluarkan sebelum lengkap sepenuhnya dalam tempoh kontrak; atau ii) iii) Bagi penempatan melebihi tempoh tiga (3) bulan yang mana deposit tersebut dikeluarkan sebelum tamatnya tempoh tiga (3) bulan, tiada keuntungan akan dibayar; dan Bagi tempoh kontrak melebihi tiga (3) bulan, keuntungan yang dibayar akan dikira pada kadar separuh daripada kadar keuntungan semasa MBSB bagi bulan penempatan yang telah lengkap, dengan syarat penempatan minimum tiga (3) bulan telah dipenuhi. 7.2 Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 7.2.1 Jika berlaku penamatan sebelum tempoh tarikh matang atau pengeluaran awal bagi pembayaran Harga Jualan (Murabahah), Pelanggan bersetuju bahawa MBSB akan membayar suatu jumlah yang kurang daripada Harga Jualan (Murabahah) yang dipersetujui berdasarkan yang berikut: i) Jika tempoh deposit adalah tiga (3) bulan atau kurang daripadanya, dan tempoh matang belum dipenuhi atau jika tempoh deposit melebihi tiga (3) bulan dan di mana penempatan tersebut dikeluarkan sebelum tamatnya tempoh tiga (3) bulan, pengeluaran awal adalah dibenarkan oleh MBSB tertakluk kepada persetujuan pelanggan memberi rebat / ibra' di mana tiada keuntungan akan dibayar; ii) Jika tempoh deposit melebihi tiga (3) bulan dan pengeluaran dibuat selepas memenuhi tempoh tiga (3) bulan tetapi sebelum tempoh matang, pengeluaran awal adalah dibenarkan oleh MBSB tertakluk kepada persetujuan pelanggan memberi rebat / ibra' berdasarkan pengiraan seperti berikut: Rebat / Ibra = Harga Jualan Murabahah - [(P x R x T/365 x 50%) + P] Page 9 of 15

Di Mana: Harga Jualan Murabahah = Jumlah Prinsipal + Keuntungan P = Jumlah Prinsipal T = Bilangan hari lengkap R = Kadar Kentungan (Bulan Lengkap) 7.2.2 Bagi pengeluaran awal/pra-matang, MBSB boleh mengenakan caj-caj kepada pelanggan di atas mana-mana pegangan, urusan pengendalian dan caj-caj broker / caj-caj yang dikenakan oleh mana-mana pihak ketiga bagi penjualan dan pembelian komoditi di mana ianya akan ditolak daripada jumlah bayaran Harga Jualan (Murabahah); 7.2.3. Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i, kecuali jika berlaku kesilapan ke atas pengiraan keuntungan, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan. 8.0 PEMBAHARUAN DEPOSIT 8.1 Akaun Pelaburan Am-i 8.1.1. Sekiranya tarikh matang jatuh pada hari tidak bekerja, setiap arahan pembaharuan deposit oleh Pelanggan akan dilaksanakan pada hari bekerja berikutnya. Walau bagaimanapun, keuntungan akan terus terkumpul dan dibayar sehingga tarikh pembaharuan tersebut. 8.1.2. Jika Pelanggan tidak memperbaharui Akaun Pelaburan Am-i selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada. 8.1.3. Walaubagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini adalah terpakai bagi jumlah tempoh yang tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 21.0 di bawahnya; 8.1.4. Sebarang perubahan ke atas nisbah perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan indikatif ke atas Akaun Pelaburan Am-i yang diperbaharui, ianya adalah mengikut kadar keuntungan semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di cawangan MBSB atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui mana-mana kaedah sekalipun yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan nisbah perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan indikatif hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan cadangan perubahan tersebut, Pelanggan boleh menamatkan penempatan akaun GIA-i dengan sewajarnya. 8.2 Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 8.2.1. Jika Pelanggan tidak membaharui Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada dan peruntukan di bawah klausa 2.1.3.4 adalah terpakai bagi pengiraan Harga Jualan (Murabahah) Page 10 of 15

8.2.2. Walaubagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini hanya terpakai bagi jumlah tempoh tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 21.0 di bawahnya; 8.2.3. Sebarang perubahan ke atas kadar keuntungan bagi Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i yang diperbaharui tertakluk kepada kadar keuntungan semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di premis cawangan atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui apa jua kaedah yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan ke atas kadar keuntungan hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan cadangan perubahan, Pelanggan boleh menamatkan kontrak Komoditi Murabahah tersebut. 9.0 CAGARAN SEBAGAI SEKURITI 9.1 Akaun Pelaburan Am-i atau Deposit Bertempoh-i boleh dicagarkan sebagai sekuriti bagi sesuatu pelaksanaan atau tanggungan atau liabiliti bagi mana-mana pelanggan MBSB, yang mana berkenaan. Melainkan yang dinyatakan, Akaun Pelaburan Am-i dan Deposit Bertempohi tidak boleh dicagar dengan apa-apa alasan yang lain. 10.0 HAK UNTUK PENOLAKAN DAN PENYELARASAN 10.1 MBSB, sebagai tambahan ke atas mana-mana lien am atau mana-mana hak yang berkaitan di bawah undang-undang, boleh pada bila-bila masa, dengan notis yang secukupnya, menggabungkan atau menyelaraskan mana-mana atau kesemua akaun kemudahan (jika ada) dengan liabiliti Pelanggan terhadap MBSB dengan melupuskan atau memindahkan manamana jumlah atau jumlah terkini bagi salah satu akaun kredit atau akaun-akaun MBSB yang lain ke atas keperluan daripada mana-mana liabiliti kepada MBSB sama ada yang akaun utama atau cagaran atau akaun bersama atau akaun berasingan. 11.0 PERKONGSIAN 11.1 Pelanggan perlu memaklumkan kepada MBSB dengan segera secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas rakan kongsi, pertukaran nama bagi akaun atau pertukaran penandatangan yang diberi kuasa. 12.0 BUKU AKAUN SIMPANAN-i 12.1 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh dipindah milik ataupun ditukar hakmilik dan ianya hendaklah dikemukakan di kaunter premis MBSB bagi setiap transaksi pengeluaran; 12.2 Sebarang bayaran yang dibuat oleh MBSB bagi pengemukaan Buku Akaun Simpanan-i oleh Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan oleh penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bukan-individu, adalah mempunyai kesan yang sama seperti pembayaran dibuat kepada Pelanggan secara peribadi dan MBSB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan atau mana-mana pihak yang lain; Page 11 of 15

12.3 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh diubah atau dipinda terhadap mana-mana perkara yang berkaitan dengan transaksi sama ada oleh Pelanggan atau oleh mana-mana pihak lain. Pelanggan perlu memeriksa Buku Akaun Simpanan-i dan berpuas-hati bahawa setiap transaksi yang dibuat adalah betul sebelum meninggalkan premis MBSB; 12.4 Buku Akaun Simpanan-i perlu dikemukakan kepada MBSB apabila dikehendaki oleh MBSB untuk setiap hibah atau transaksi yang belum dikemaskini. Buku ini adalah sebagai rujukan Pelanggan dan tidak semestinya memaparkan baki akaun yang betul disebabkan deposit mungkin dibuat atau terdapat sebarang caj-caj dikenakan tanpa sebarang entri dibuat di dalam Buku Akaun Simpanan-i; 12.5 Entri yang terdapat di dalam Buku Akaun Simpanan-i adalah tidak sah melainkan ianya direkodkan oleh mesin pencetak MBSB. 13.0 KELAYAKAN DEPOSITOR UNTUK BERKONTRAK 13.1 Pelanggan mestilah mempunyai kapasiti untuk menyertai sesuatu kontrak. Di bawah polisi MBSB, hanya individu yang berumur lapan belas (18) tahun adalah layak untuk membuka akaun peribadi mereka. Seseorang kanak-kanak juga boleh membuka akaun mereka dengan syarat akaun tersebut hendaklah dibuka bersama dan hanya dikendalikan oleh ibu bapa / penjaga ("Pemegang Amanah"); 13.2 Akaun Simpanan-i boleh ditutup di atas permintaan Pelanggan, mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB. Akaun boleh dihentikan jika berlakunya kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman pada pemegang akaun. 14.0 KEHILANGAN BUKU AKAUN SIMPANAN-i 14.1 Sekiranya buku Akaun Simpanan-i hilang atau musnah, Pelanggan dengan serta-merta hendaklah memberi notis secara bertulis kepada MBSB untuk memaklumkan mengenai kehilangan atau kemusnahan buku tersebut. Semasa mengemukakan bahan bukti atau pelaksanaan ganti rugi dengan sejumlah bayaran yang ditentukan MBSB, MBSB boleh menutup akaun utama Pelanggan dan membuka akaun yang baru; 14.2 Jika buku Akaun Simpanan-i telah rosak, MBSB boleh menghantar buku akaun tersebut dengan sejumlah bayaran yang ditentukan MBSB, menggantikan buku yang rosak atau mengeluarkan buku akaun simpanan baru kepada Pelanggan. 15.0 KEHILANGAN SIJIL AKAUN PELABURAN AM-i / SLIP DEPOSIT BERTEMPOH-i 15.1 Pelanggan hendaklah menyimpan Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i dengan selamat dan dikehendaki untuk melaporkan dengan segera secara bertulis kepada MBSB jika berlaku kehilangan atau kecurian. Penggantian Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i yang telah hilang boleh dilakukan sekiranya Surat Indemniti telah ditandatangani, tertakluk kepada bayaran telah dibuat bagi duti setem dan caj perkhidmatan sebanyak RM 15.00 atau apa-apa jumlah yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa; Page 12 of 15

15.2 Penggantian Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i hanya boleh dilakukan di cawangan MBSB di mana akaun tersebut dibuka di mana ianya tertakluk kepada terma dan syarat operasi yang mengawal Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i. 16.0 PENUTUPAN AKAUN 16.1 MBSB berhak untuk menutup akaun Pelanggan di atas permintaan Pelanggan mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB; 16.2 Akaun boleh ditutup / ditamatkan jika berlakunya mana-mana perkara berikut:- i) Pelanggan telah bankrap atau muflis; atau ii) Pengeluaran oleh Pelanggan ke atas semua atau sebahagian daripada jumlah deposit yang diletakkan; atau iii) Pelanggan melakukan pelanggaran pada mana-mana terma dan syarat yang tertakluk; atau iv) Arahan daripada mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang. 17.0 JIKA BERLAKU KEMATIAN 17.1 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan dengannya, jlka berlaku kematian ke atas salah seorang pemegang akaun bersama, MBSB boleh menahan manamana baki kredit atau baki terkini atau baki terkemudian ke mana-mana akaun peribadi atau akaun bersama atau mana-mana sekuriti yang dimiliki pemegang akaun bersama atas arahan dan tanpa prejudis ke atas hak MBSB untuk menggabungkan atau penyelarasan yang tertakluk di sini atau hak-hak MBSB yang berkaitan dengan mana-mana baki akaun atau sekuriti yang timbul daripada mana-mana tuntutan cagaran, lien atau mana-mana langkah di mana MBSB fikirkan perlu diambil berdasarkan mana-mana tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain; 17.2 Sekiranya pemegang akaun adalah Muslim atau salah seorang pemegang akaun bersama adalah Muslim telah meninggal dunia, pemegang akaun yang satu lagi akan menerima wang si mati sebagai pentadbir yang dilantik (wasi') serta kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki akaun berdasarkan undang-undang harta pusaka (fara'id), MBSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan sama ada pentadbir yang dilantik (wasi ) mengagihkan harta tersebut berdasarkan mana-mana undang-undang substantif atau undang-undang harta pusaka (fara'id). 18.0 PERTUKARAN ALAMAT 18.1 Semua penyata akaun dan surat-menyurat yang dihantar kepada Pelanggan di alamat terakhir yang diketahui dan berdaftar dengan MBSB adalah dianggap telah dihantar dengan sepatutnya. Sebarang pertukaran pada alamat surat-menyurat Pelanggan hendaklah dimaklumkan kepada MBSB secara bertulis dan ditandatangani oleh Pelanggan. Hal ini adalah penting bagi memastikan bahawa semua komunikasi yang dibuat akan sampai kepada Pelanggan dengan segera. Page 13 of 15

19.0 CAJ DAN YURAN 19.1 MBSB boleh pada bila-bila masa di atas budi bicaranya yang mutlak dengan notis bertulis dihantar kepada Pelanggan (melalui mana-mana medium yang difikirkan sesuai oleh MBSB), mengubah kadar semasa dan/atau jumlah bayaran caj atau yuran yang perlu dibayar oleh Pelanggan. Perubahan tersebut adalah berdasarkan dengan mana-mana keperluan Syariah atau undang-undang yang berkaitan dan akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan pada notis tersebut, di mana penguatkuasaannya adalah tidak kurang daripada tempoh 21 hari dari tarikh notis tersebut. 20.0 AKAUN DORMAN / AKAUN TIDAK AKTIF 20.1 Akaun dorman ditakrifkan sebagai akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi untuk tempoh satu tahun. Surat peringatan akan dihantar kepada Pelanggan sekiranya akaun tersebut akan menjadi dorman; 20.2 Bagi akaun dorman dengan jumlah baki sebanyak RM10, MBSB menurut budi bicaranya boleh menutup akaun tersebut dan menyerap bakinya sebagai caj; 20.3 Bagi akaun dorman dengan jumlah baki melebihi RM10, MBSB akan mengenakan yuran perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 sehingga jumlah baki yang selebihnya dipindahkan sebagai wang tidak dituntut menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (sila rujuk perenggan 21.0 seperti di bawah bagi klausa Akta Wang Tak Dituntut 1965); 20.4 Tiada caj akan dikenakan ke atas pengaktifan akaun dorman. 21.0 AKTA WANG TIDAK DITUNTUT 1965 21.1 Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang yang tidak dituntut bermaksud kesemua jumlah wang di dalam akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekali pun oleh pemilik untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun. Wang yang tidak dituntut kemudiannya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut (RUM). Sebelum dana dari sesuatu akaun dorman dipindahkan kepada RUM itu, notis akan diberikan kepada Pelanggan sekurangkurangnya 21 hari sebelum pemindahan berlaku. 22.0 PINDAAN KE ATAS TERMA DAN SYARAT 22.1 MBSB berhak untuk menambah, memadam atau mengubah mana-mana atau kesemua T&S ini pada bila-bila masa, tertakluk ke atas prisip-prinsip yang dibenarkan oleh Syariah. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa selepas tempoh dua puluh satu (21) hari daripada tarikh notis dipaparkan di premis MBSB atau mana-mana medium komunikasi yang difikirkan sesuai oleh MBSB. 23.0 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENTADBIR 23.1 Perjanjian ini adalah ditadbir oleh, ditafsirkan dan digunakan selaras dengan bidang kuasa dan undang-undang di Malaysia; Page 14 of 15

23.2 Pihak-pihak yang terlibat hendaklah mematuhi setiap peruntukan bagi undang-undang bertulis yang harus mereka patuhi termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi dan mana-mana Akta, Enakmen atau Ordinan atau undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan atau lain-lain perundangan subsidiari di bawah Akta, Enakmen atau Ordinan atau mana-mana arahan, perintah, keperluan atau arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa di bawah undang-undang bertulis. 24.0 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 24.1. Pelanggan dengan ini mengisytiharkan dan bersetuju bahawa mana-mana data/maklumat (termasuk data peribadi) yang berkaitan atau yang dirujuk atau berkaitan dengan permohonan Pelanggan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal Pelanggan sama ada di sini atau kemudiannya pada permohonan ini mungkin boleh digunakan atau didedahkan oleh MBSB bagi tujuan pemprosesan permohonan ini atau bagi menyediakan perkhidmatan seterusnya atau lain-lain produk dan perkhidmatan dan/atau pemasaran langsung (jika berkenaan) untuk berkomunikasi dengan Pelanggan bagi tujuan tersebut. 25.0 PENGISYTIHARAAN 25.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan bahawa semua kenyataan dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan betul berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka. 26.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT 26.1 MBSB dibenarkan/diberi kuasa untuk mendedahkan, mengguna pakai, dan mendapatkan mana-mana maklumat berhubung dengan Pelanggan, akaun atau perkara-perkara yang berkaitan selaras dengan mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan atau arahan atau MBSB di atas budi bicaranya yang dianggap sesuai atau diperlukan serta MBSB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan dalam apa jua alasan bagi pendedahan yang sedemikian. [Tamat] Page 15 of 15