UNDANG-UNDANG MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

' "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;';

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Undang-Undang Malaysia

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PILIHAN RAYA 1958

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

Undang-Undang Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Undang-Undang Malaysia

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Undang-Undang Malaysia

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Undang-Undang Malaysia

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 666

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) D.R. 43/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN AM UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN

Undang-Undang Malaysia

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

D.R. 7/93 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950.

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 D.R. 35/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkara berkaitan Kemudahan Pembiayaan Harta. Ijarah-I yang diberikan oleh CIMB ISLAMIC BANK. BERHAD (Company No H) ( Bank ) kepada

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

D.R. 29/90 RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990

BAHAGIAN I PERMULAAN

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

AKTA PERKONGSIAN LIABITI TERHAD 2012 PERATURAN-PERATURAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012 SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN BAHAGIAN I PERMULAAN

Transkripsi:

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1449 Akta REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013 JW000084 A1449 (BM).indd 1 1/22/13 9:20:48 AM

2 Undang-Undang Malaysia Akta A1449 Tarikh Perkenan Diraja...... 18 Januari 2013 Tarikh penyiaran dalam Warta... 22 Januari 2013 Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). JW000084 A1449 (BM).indd 2 1/22/13 9:20:48 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG malaysia Akta A1449 AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PINDAAN) 2013 Suatu Akta untuk meminda Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2013. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 3 2. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 [Akta 552], yang disebut Akta ibu dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1) dengan memasukkan selepas takrif ditetapkan takrif yang berikut: Jurnal Rasmi ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang diterbitkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 46a;. JW000084 A1449 (BM).indd 3 1/22/13 9:20:48 AM

4 Undang-Undang Malaysia Akta A1449 Pindaan seksyen 12 3. Perenggan 12(2)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan Malaysia perkataan atau di tempat lain. Pindaan seksyen 22 4. Subseksyen 22(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan Warta dengan perkataan Jurnal Rasmi. Pindaan seksyen 25 5. Seksyen 25 Akta ibu dipinda (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan dua dengan perkataan empat ; dan (b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan Warta dengan perkataan Jurnal Rasmi. Pindaan seksyen 26 6. Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan Warta di mana-mana jua ia terdapat dengan perkataan Jurnal Rasmi. Pindaan tajuk Bahagian V 7. Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian V dengan tajuk yang berikut: REKA BENTUK PERINDUSTRIAN BERDAFTAR SEBAGAI HARTA SENDIRI. Penggantian seksyen 29 dan 30 8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29 dan 30 dengan seksyen yang berikut: Reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri 29. (1) Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri dan boleh diserahhakkan, dipindahkan atau JW000084 A1449 (BM).indd 4 1/22/13 9:20:48 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 5 diuruskan melalui kuat kuasa undang-undang sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain, tertakluk kepada peruntukan seksyen ini. (2) Apa-apa perpindahan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian adalah tertakluk kepada apa-apa hak yang diletakhakkan pada mana-mana orang lain yang notis mengenainya telah dicatatkan dalam Daftar atau yang notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar. (3) Sesuatu penyerahhakan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian tidak berkuat kuasa melainkan jika penyerahhakan itu adalah secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, wakil dirinya. (4) Subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi penyerahhakan sebagai sekuriti sebagaimana yang berhubungan dengan manamana penyerahhakan yang lain. (5) Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh menjadi subjek suatu kepentingan sekuriti sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain. (6) Pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar boleh memberi lesen kepada mana-mana orang untuk menggunakan reka bentuk perindustrian berdaftar itu. (7) Apa-apa hak berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh dikuatkuasakan sebagaimana berkenaan dengan harta sendiri atau harta alih yang lain. Perekodan penyerahhakan, dsb. 30. (1) Jika seseorang menjadi berhak kepada (a) sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti; atau (b) sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan, JW000084 A1449 (BM).indd 5 1/22/13 9:20:49 AM

6 Undang-Undang Malaysia Akta A1449 dia hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya dalam Daftar. (2) Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam Daftar. (3) Tiada penyerahhakan atau perpindahan atau kuat kuasa undang-undang atau urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh berkuat kuasa terhadap pihak ketiga melainkan jika direkodkan dalam Daftar.. Pindaan seksyen 35 9. Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: (4) Mahkamah hendaklah enggan mengawardkan kos kepada pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar yang menjadi berhak kepada reka bentuk perindustrian berdaftar itu melalui penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu pelanggaran melainkan jika (a) suatu permohonan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya telah dibuat di bawah seksyen 30 sebelum berakhirnya tempoh enam bulan yang bermula dari tarikh urus niaga yang berkenaan; atau (b) Mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak praktik bagi permohonan tersebut dibuat sebelum berakhirnya tempoh tersebut dan bahawa suatu permohonan telah dibuat dengan secepat yang praktik selepas itu.. Seksyen baru 46a 10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46 seksyen yang berikut: Jurnal Rasmi Harta Intelek 46a. (1) Pendaftar hendaklah menerbitkan suatu Jurnal Rasmi Harta Intelek yang hendaklah mengandungi (a) semua perkara yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian yang dikehendaki untuk disiarkan JW000084 A1449 (BM).indd 6 1/22/13 9:20:49 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 7 di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian yang didapati berguna atau penting secara amnya oleh Pendaftar. (2) Jurnal Rasmi hendaklah disediakan kepada awam apabila fi yang ditetapkan dibayar. (3) Penyiaran dalam Jurnal Rasmi hendaklah menjadi notis yang mencukupi bagi apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Sesalinan Jurnal Rasmi hendaklah atas pengemukaannya diterima dalam prosiding undang-undang sebagai keterangan tanpa bukti lanjut diberikan bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian. (5) Sesalinan Jurnal Rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya. (6) Jika Jurnal Rasmi diterbitkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi pertama disiarkan dalam apa-apa bentuk.. Pindaan seksyen 47 11. Subseksyen 47(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: (ca) mengawal selia prosedur bagi merekodkan perkara yang dikehendaki di bawah seksyen 30; (cb) menetapkan apa-apa perkara atau maklumat yang dikehendaki untuk disiarkan dalam Jurnal Rasmi;. Kecualian dan peralihan 12. (1) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. JW000084 A1449 (BM).indd 7 1/22/13 9:20:49 AM

8 Undang-Undang Malaysia Akta A1449 (2) Apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disiarkan dengan sewajarnya dalam Warta seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. (3) Apa-apa permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (4) Kecuali bagi reka bentuk perindustrian berdaftar yang dikecualikan di bawah seksyen 49 Akta ibu, sesuatu reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini boleh, atas suatu permohonan di bawah seksyen 25 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, dilanjutkan bagi tempoh berturut-turut lanjutan yang ada selama lima tahun bagi setiap kali lanjutan. (5) Apa-apa perkara yang disiarkan dalam Warta di bawah Akta ibu hendaklah disifatkan disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan seksyen 46a hendaklah terpakai dengan sewajarnya tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang lain. JW000084 A1449 (BM).indd 8 1/22/13 9:20:49 AM