FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

LALUAN KEHIDUPAN

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Tafsir Surat Al-Kautsar

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

HALAL, HARAM & SYUBHAT

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2


Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Fadhilat Berbaik Sangka

Khutbah Jumat Masjid Nabawi: Bagaimana Setelah Ramadhan?

Kisah Zul Qarnain: Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:83-98

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46).

BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

FATWA FIQIH JINAYAH : BOM BUNUH DIRI Oleh: Nasruddin Yusuf ABSTRAK

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Qana ah dan Tasamuh. Aspek Akhlak

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

: : :

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

Perintah Pertama di Dalam Alquran

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM

Surat Untuk Kaum Muslimin

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Himpunan Doa Didalam Al Quran

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH


BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA


LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

*** Bahaya Vonis Kafir

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB V PENUTUP. menyelasaikan seluruh masalah yang ada dalam penelitian: 1. Apakah dalam teks lagu Iwan Fals mengandung nilai dakwah?

Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah:

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Transkripsi:

ZAMAN fitnah ini ialah penghujung zaman yang penuh dengan ujian dan pancaroba sebelum terjadinya kiamat. Daripada aspek syarak, fitnah yang banyak terjadi ini telah pun dijelaskan ALLAH SWT dan Rasul-Nya kepada kaum yang beriman. Malangnya, hanya segelintir dalam kalangan umat Islam yang sedar dan memahami situasi yang terjadi. FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA Rehal mendapatkan pandangan daripada pendakwah, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain mengenai kemelut fitnah yang berlaku dalam kalangan ummah pada akhir zaman ini. Jelas beliau antara fitnah dan ujian yang melanda umat manusia hari ini ialah banyaknya perselisihan dan pertelagahan. Perbalahan dalam memahami sesuatu isu dalam masyarakat adalah perkara biasa dan sering berlaku, namun kesan fitnah ini hingga ke tahap pergaduhan, permusuhan dan juga peperangan yang memusnahkan serta mengorbankan banyak nyawa. Menurutnya, ramai manusia berada dalam dilema, orang yang dicerobohi tanah dan negara dianggap musuh, manakala penceroboh pula adalah orang yang berhak dan tidak dianggap bersalah atas alasan yang direka-reka dengan penuh dusta. Manakala golongan yang mahu kembali kepada Islam dan ingin menegakkan syariat ALLAH dianggap sebagai pengganas dan membawa minda ekstrem dan pihak lain yang menentang tertegaknya hukum ALLAH disanjung sebagai pejuang dan pembawa idea perdamaian, demokrasi dan kemanusiaan sejagat. Sedangkan merekalah yang menceroboh dan menindas kebanyakan negara umat Islam atas alasan terorisme dan tidak kurang ratusan ribu terkorban dengan alasan sebegitu. Segala fitnah dan ujian yang dihadapi umat Islam ini bagi satu pihak sebagai bencana dan mala petaka buat mereka, namun sebahagian lain beranggapan ia kebaikan buat kaum yang 1 / 6

benar-benar beriman, sepertimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ayat 31 dan Surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, ulasnya. ALLAH yang menciptakan ujian dan dugaan itu agar manusia menyedari dan merenung hikmah yang tersembunyi. Bukan sahaja dapat membezakan antara kawan dan lawan, benar dan salah, jujur dan munafik. Tetapi juga, mendidik diri supaya lebih dekat kepada Pencipta. Semua ini adalah satu rahmat ALLAH kepada hamba-nya, akan tetapi segelintir sahaja yang dapat memahami dan menerima. Justeru, apakah jalan terbaik untuk melepaskan diri dari terjerumus ke dalam ujian fitnah ini? BINA BENTENG HADAPI FITNAH Sebelum diperincikan solusi ampuh bagi mengatasi kemelut ini, ada baiknya diperhatikan apa yang dinyatakan ALLAH yang sentiasa mengasihi hamba-nya yang beriman. Kasih sayang ALLAH itu melebihi kasih sayang bonda dan ayahanda yang membesarkan, malah melampaui daripada diri mereka sendiri. Nabi Muhammad SAW juga sentiasa mengasihi umatnya. Baginda SAW telah diciptakan dan dihiasi dengan rahmat sebagai nabi yang diutus oleh Rabbul alamin untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Bertepatan dengan firman-nya: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaum kamu sendiri, berat berasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi kamu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman. (Surah al-taubah: 128) Maka inilah benteng yang kukuh dan teguh dengan jaminan daripada kalam Tuhan dan sunnah Nabi SAW. Adalah wajar bagi kaum yang beriman untuk merenungkan beberapa jenis benteng pertahanan diri yang dapat menyelamatkannya daripada terjerumus ke dalam lembah ujian dan fitnah: 1- Benteng diri Berdoa 2 / 6

Benteng paling ampuh (keyakinan dan keimanan tauhid yang sahih) ialah sentiasa bergantung harap kepada ALLAH. Tidak akan lari daripada memohon dan mengharapkan keselamatan daripada-nya. Hatinya sentiasa berpaut kepada tali ALLAH dalam apa jua ujian yang menimpa. 2- Benteng diri Ilmu Ilmu adalah benteng paling kukuh yang perlu dibina dalam jiwa manusia yang beriman kepada ALLAH dan rasul-nya. Benteng ilmu ini mampu melenyapkan segala kejahilan dan melapangkan jalan kebenaran bagi setiap generasi ummah. Ilmu juga mengukuhkan pendirian seseorang daripada segala bentuk kesamaran dan keraguan yang timbul serta membinasakan segala bentuk kejahatan yang muncul. Antara ilmu yang dianjurkan untuk diteladani pembaca ialah membaca sirah Nabi SAW dan sahabat. Bagaimanakah cara terbaik mereka menghadapi ujian fitnah yang melanda diri, serta panduan mengatasinya? 3- Benteng diri Ibadah dan amalan kebajikan Apabila manusia berasa resah dan gelisah, mereka perlu mengikuti sunnah Nabi SAW. Malah, Baginda SAW sendiri pun, saat menghadapi suatu masalah, resah dan gelisah, berduka mahu pun gundah, Baginda SAW segera melaksanakan solat mengadu kepada ALLAH. Segala urusan itu diserahkan kepada ALLAH, berusaha menyelesaikannya dengan kemampuan yang ada dan bertawakal kepada ALLAH, di samping melaksanakan amalan kebaikan untuk diri dan juga orang lain. 4- Benteng diri Iman sejati 3 / 6

Iman yang sejati diperoleh dengan mengagungkan perintah ALLAH, berdampingan dengan-nya dan menjaga ketakwaan dalam diri sepanjang hari. Iman yang ikhlas kepada ALLAH akan mencambahkan nilai kasih sayang, mengharapkan reda dalam setiap perkara dan mengutamakannya pada setiap amalan. TAMBAH IMAN, YAKIN Ustaz Mohd Fikri turut mengupas persoalan bagaimanakah cara untuk menambah iman dan keyakinan terhadap agama? Jawapannya ialah, banyakkan membaca, memahami dan mengkaji al-quran. Sering membaca dan memahami terjemahannya, janji ALLAH kepada hamba-nya yang patuh, mematuhi suruhan-nya dan meninggalkan segala bentuk syahwat dan perkara yang diharamkan ALLAH. Mereka melaksanakan setiap suruhan al-quran itu, kerana takutkan ALLAH dan janji-nya di akhirat kelak. Malah mereka bersikap tamak dalam memburu ganjaran pahala daripada ALLAH di akhirat kelak bukan kerana habuan dunia. Nabi SAW sendiri mendidik sahabatnya hanya bergantung harap dengan ALLAH dan mengikat hati mereka untuk mencari janji syurga, walaupun mereka berada dalam penderitaan, bahaya fitnah dan juga ancaman daripada musuh ALLAH silih berganti. Malah pernah suatu ketika Baginda SAW melintasi keluarga Yasir yang sedang diseksa dengan seksaan yang dahsyat di bawah terik panas cahaya matahari. Baginda SAW lantas memberikan jaminan kepada mereka dengan jaminan yang bukanlah berupa kesenangan dan kemewahan di dunia, tetapi sabdanya: Bersabarlah wahai keluarga Yasir! Sesungguhnya janji kamu adalah syurga. (Hadis dikeluarkan oleh Abu Nu aim dan Ibn Asakir) Kita disarankan untuk beramal dengan ilmu yang diperoleh. Dalam menghadapi zaman penuh fitnah ini, seseorang itu harus beramal dengan pegangan agama yang sahih sebagaimana ia diturunkan. Sebahagian golongan yang berpegang dengan al-quran dan Sunnah menggelar diri mereka sebagai ahli atsar atau pun ahli Sunnah kerana mengikut dalil wahyu yang diturunkan dalam kedua-dua sumber syariat Islam tersebut, katanya. Golongan ahli sunnah ini perlulah menyampaikan segala kebaikan, membetulkan segala kesalahan dan menyeru manusia agar menegakkan kebaikan dan meninggalkan segala 4 / 6

larangan ALLAH, supaya masyarakat tidak terjatuh dalam lembah fitnah yang membinasakan. Namun, kini terdapat satu golongan yang mendakwa mengajak kepada sunnah tetapi mempertikaikan hadis-hadis yang sahih dan membawa amalan yang tidak jelas asal usulnya. Sedangkan perbuatan yang salah dan tiada asas itu perlu dikaji dan dinilai semula. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud; Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan daripada urusan kami, maka ia adalah tertolak. (Riwayat Muslim) KEMBALI PADA ALLAH Tegakkan syariat dan berpegang dengan ajarannya, agar menjadi kelompok yang berpegang teguh dengan kebenaran. Kembalilah kepada al-quran dan Sunnah, dengan menyampaikan ilmu-ilmunya. Usaha ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan mereka daripada berbuat kesilapan dan kesalahan. ALLAH berfirman: Dan sekiranya mereka betul-betul melaksanakan perintah yang diberikan, sudah tentu itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan ( iman mereka ) (Surah An-Nisaa: 66) Mereka yang menunjukkan amalan kebaikan berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki itu pasti akan mendapat kebaikan, ketetapan iman, ganjaran pahala yang besar dan petunjuk ke arah jalan yang lurus. 5- Benteng diri Jauhi fitnah Dalam keadaan yang getir ini, sebaiknya pilihlah untuk berada dalam posisi paling selamat. Kekalkan sikap amanah, jujur, tawaduk dan warak dalam diri agar selamat daripada fitnah yang melata. Pada saat berhadapan dengan fitnah harta, wanita atau seumpamanya, berusahalah untuk berlepas diri agar tidak terkena dengan sebarang musibah dan ujian fitnah. 5 / 6

Golongan ulama terdahulu ingatkan kita agar hindari diri daripada sebarang fitnah. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Abi Mulaikah: Aku mengenali lebih 30 orang sahabat Rasulullah dan semua mereka begitu takutkan kemunafikan terkena pada diri mereka. Namun, kini sikap hipokrit begitu berleluasa dalam kalangan umat Islam, sukar untuk dipercayai siapa yang baik dan sebaliknya. Imej, personaliti dan budaya berpakaian langsung tidak boleh dipercayai kerana sikap pembohong yang wujud dalam kalangan manusia hari ini. Abu Hurairah RA pernah berkata: Fitnah yang berlaku ini seolah-olah tidak mempunyai tempat untuk menyelamatkan diri daripadanya, melainkan dengan berdoa (sebanyak-banyaknya) seperti doa orang yang hampir lemas. Apa yang dimaksudkan Abu Hurairah RA? Doa orang yang hampir lemas itu adalah doa yang penuh harap kerana ketakutan berada dalam air dan mati lemas. Justeru, apa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita dalam menghadapi bahana fitnah ini adalah dengan memperbanyakkan amalan soleh. 6- Benteng diri Gabung dengan jemaah Antara kaedah penting dalam menolak ujian fitnah kalangan umat Islam adalah sering bersama jemaah Muslimin dan mengelakkan diri daripada perpecahan. Sesungguhnya perpecahan itu adalah suatu keburukan yang tercela, sedangkan penyatuan pula rahmat yang akan menghasilkan kesatuan, kekuatan ikatan dan ketinggian wibawa dalam kalangan kaum Muslimin seluruhnya. Kesimpulannya, dalam usaha kita menghindari segala bentuk ujian fitnah ini, fokus utamanya adalah dengan kembali berpegang kepada al-quran dan sunnah. Kedua-dua sumber itulah penyelamat kita daripada terjerumus kepada jalan yang terseleweng dan membawa kepada bencana yang besar di akhirat kelak. Kita memohon kepada ALLAH supaya menyelamatkan diri kita dan seluruh kaum Muslimin daripada fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah dajal pada akhir zaman. 6 / 6