OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Koko BUKU PANDUAN TANAMAN KOKO TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 11
Isi Kandungan Bil. Tajuk Muka Surat 1 Pendahuluan 3-6 2 Penanaman 6 2.1 Penyediaan Tanah 6 2.2 Bahan Tanaman 7 2.3 Cara Menanam 7 3 Penyelenggaraan 8 3.1 Pembajaan 8 3.2 Kawalan Rumpai 8 3.3 Pemangkasan 8 3.4 Pengurusan Makhluk Perosak 8-9 4 Kemantangan Dan Mengutip Hasil 9-10 5 Pengendalian Lepas Tuai Dan Penyimpanan 10 6 Rujukan 11 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 11
1.0 PENDAHULUAN Sejarah Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis tumbuhan yang boleh ditanam di Malaysia. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko. Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil bermula apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini. Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau. Ia tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki dari aras laut (m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Biji koko biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur sepanjang 15-30 cm dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap biji mengandungi 40-50% lemak dalam bentuk mentega koko. Botani Koko tergolong di dalam keluarga Sterculiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak lebih 20 spesies tetapi hanya Theobroma cocoa L yang sesuai ditanam secara komersil. Varieti koko adalah : 1. Koko Criollo - Asal dari Amerika Tengah, penghasilan sedikit dan tanaman kurang penting. 2. Koko Forestero Amazon - Asal dari Brazil, Afrika Barat dan Ecuador. 3. Koko Trinitario - Asal dari Trinidad, penghasilan yang tinggi. 4. Koko Amelonado - Asal dari Afrika Barat, dan merupakan satu populasi homogenus dan penting dalam program pembiakbakaan. 5. Koko Hibrid - Kacukan antara Ferestero Amazon dengan Amelonado atau Trinitario. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 11
Spesies koko adalah berlainan di antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji koko. Pokok Setelah mencapai ketinggian tertentu, batang vegetatif menghentikan pemanjangan dan kelompok tunas sekunder berkembang membentuk tiga hingga lima cabang yang tersusun secara terminal. Terbahagi kepada dua cabang : 1. Cabang Ortotrop - menegak dan cantasan perlu dilakukan. 2. Cabang Plagiotrop - mendatar dan dipelihara. Sistem Akar Koko membiak melalui biji benih yang bercambah dengan mengeluarkan kotiledon di atas permukaan tanah. Akar tunjang berfungsi untuk meneguhkan pokok sehingga 2 meter ke dalam tanah. Akar sisi yang tumbuh dari akar tunjang akan menjalar sehingga 5-6 meter dari pangkal pokok dan berfungsi untuk menyerap air dan zat makanan. Daun Daun koko berbentuk ringkas dengan urat daun yang berpinat. Tulang daun keras berselang-seli dan lazimnya mempunyai lima hingga tujuh urat dasar. Bentuk daun bujur dan membulat di bahagian pangkal. Daun muda berwarna hijau muda atau merah dan apabila matang berwarna hijau tua. Bunga Pokok koko mula berbunga pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Bunga yang dihasilkan adalah hermafrodit yang terbit dari cabang yang matang. Kebiasaanya hanya 1-2% bunga membentuk buah. Pendebungaan koko boleh berlaku dengan cara kacukan sendiri atau dengan debunga dari pokok lain. Buah Buah koko akan matang antara 5-6 bulan selepas pendebungaan. Saiz buah dan bentuk buah banyak bergantung kepada klon. Setiap buah koko mengandungi antara 30-50 biji koko yang dikelilingi oleh lendir manis. Buah kebiasaannya berwarna hijau atau merah sebelum matang dan bertukar kuning sewaktu matang atau masak. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 11
Keperluan Persekitaran Iklim Pokok koko sesuai ditanam di kawasan beriklim khatulistiwa dan memerlukan taburan hujan antara 1100 mm-1300 mm setahun. Di kawasan yang mengalami musim kemarau, tanaman koko masih boleh ditanam tetapi hasilnya berkurangan. Suhu maksimum yang sesuai adalah antara 30-32 0 C dan suhu minimum antara 18-21 0 C. Tanah Tanah yang paling sesuai untuk tanaman koko ialah tanah yang mempunyai struktur tanah liat. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 11
Jenis-Jenis Koko Hibrid Hibrid ialah hasil tanaman koko yang terhasil dari kacukan yang bebas dan ianya diperolehi dari baka berikut: UIT 1 X NA 32 UIT 1 X NA 33 UIT 1 X SCA 6 UIT 1 X SCA 12 UIT 2 X SCA 6 UIT 2 X SCA12 Klon Klon ialah tanaman koko hasil daripada pembiakan tampang daripada pokok induk terpilih seperti melalui cantuman, keratan dan tut. Contohnya: KKM 1,2,3,4,5,6,15,17,19,22,252,26,27,28 PBC 113,123,130,159,140,179,207,211,236,247 (Latest cocoa) 2.0 PENANAMAN 2.1 Penyediaan Tanah Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman koko hendaklah dibersihkan. Kerja ini termasuklah membuang dan membakar tunggul kayu yang ada. Sebelum menanam, kawasan perlulah dibersihkan dan dikerjakan terutama bagi kerja menggembur tanah, memperbaiki tekstur tanah dan pengudaraan, menambah bahan organik dan nutrien ke dalam tanah dan membaiki keadaan tanah untuk menyimpan air. 1. Membajak Piring (plough) Tujuan utama ialah untuk memecahkan tanah yang keras dan memusnahkan rumpai dan mahluk perosak. 2. Membajak Putar (rotovate) Ia dijalankan selepas membajak piring dengan tujuan untuk menggemburkan tanah dan memperbaiki tekstur tanah. Mengapur hanya dilakukan pada tanah yang ph kurang dari 5 dan tanah mesti mempunyai saliran yang baik. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 11
2.2 Bahan Tanaman Bahan tanaman dipilih dari pokok yang mempunyai ciri-ciri hasil yang tinggi, biji yang bermutu, kandungan lemak yang tinggi dalam biji dan daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama. Jenis bahan tanaman adalah dari jenis hibrid dan klon. Keperluan Lindungan Pokok lindungan seperti Gliricidia sp., Albiznia sp., Leucaenia sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam pada jarak 3m x 3m antara pokok koko. Pokok lindungan ini perlu dicantas apabila pokok membesar. Jarak Dan Susunan Tanaman Jarak tanaman paling sesuai bagi tanaman pokok koko ialah: - 3 m x 3 m. - Kepadatan pokok sehektar ialah 1241 pokok. 2.3 Cara Menanam Sebelum Menanam: 1. Kawasan perlulah dibersihkan dan dibangunkan seperti dibajak, menentukan jalan dan sistem perparitan yang sempurna, membuat teres dan tapak tanaman, kerja pengapuran dan lain-lain. 2. Kerja memancang kawasan dilakukan dengan jarak tanaman 3 m x 3 m dan menggunakan sistem tanaman empat segi tepat. 3. Pemilihan anak benih koko yang baik dan berkualiti sama ada dari jenis hibrid ataupun klon. 4. Peralatan pertanian dan keperluan baja diperlukan seperti cangkul, kayu sokongan, pisau kecil, tali plastik, jeli dan baja CIRP. Semasa Menanam: Cara-cara menanam : 1. Gali lubang berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m. 2. Tabur baja CIRP ke dalam lubang dengan kadar 250 gram/lubang. 3. Masukkan sedikit tanah atas (top soil) ke dalam lubang. 4. Letakkan anak benih koko di tengah lubang dan pastikan polibeg ditanggalkan. Tanah polibeg hendaklah separas dengan paras tanah sekeliling. 5. Tabur jeli di keliling pokok dalam lubang dengan kadar 2 kg / lubang. 6. Kambus lubang dengan tanah dan dipadatkan. 7. Pancangkan kayu sokongan di sebelah pokok dan diikat dengan tali plastik supaya tumbuh tegak dan tidak tumbang. 8. Siram dan selenggara pokok mengikut jadual yang ditetapkan. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 11
3.0 PENYELENGGARAAN 3.1 Pembajaan Keperluan pembajaan koko adalah seperti berikut :- Umur Pokok (Tahun) Jenis Baja Kadar/pokok (gm) Jadual 1 : Keperluan Pembajaan Koko 3.2 Kawalan Rumpai 1 18:11:5:2.5 20 3 18:11:5:2.5 40 6 18:11:5:2.5 70 9 18:11:52.5 100 10 GML 200 12 18:11:5:2.5 120 16 18:11:5:2.5 150 20 18:11:5:2.5 150 22 GML 200 24 18:11:5:2.5 150 Merumpai secara manual dilakukan sehingga anak pokok berumur 9 bulan dan selepas itu penggunaan racun kimia boleh dilakukan sehingga pokok berumur 3 tahun. 3.3 Pemangkasan Pemangkasan yang betul sangat penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Jika pemangkasan tidak dilakukan dengan betul maka baja yang diberikan tidak akan memberikan kesan pada pokok. Pemangkasan juga boleh mengurangkan penyakit kulat dan serangan makhluk perosak serta meningkatkan hasil. 3.4 Pengurusan Makhluk Perosak Senarai perosak-perosak utama tanaman kopi dan kawalannya adalah seperti berikut: Penyakit (Agen Penyebab) Penyakit Akar Merah (Ganoderma psedoferrum) Penyakit Akar Putih (Rigidoporous lignosus) Tanda-tanda Daun layu, kekuningan dan kemudian pokok mati. Daun layu sama seperti penyakit akar putih dan meninggalkan Kawalan Pada peringkat awal kawalan menggunakan Tridemorph atau Propicanazole. Pada peringkat awal kawalan menggunakan Tridemorph atau Propicanazole. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 11
Mati Rosot jalur Vaskular (VSD) Oncosbacudium Theobromae) Lain penyakit: Phytophora palmivora, Marasmius cyphella, Cortisium salmonicolor, Cephaleuros Virescens. maiselium putih. Pucuk yang diserang akan mati rosot Jadual 2 : Penyakit Koko dan Kawalannya - Gunakan variety tanaman yang toleran Serangga biasa menyerang koko ialah :- Serangga Tanda-tanda Kawalan Ulat Pengorek Buah koko (Conopomorpha cramerella Snell) Helopeltis Apogonia spp/adoretus spp/ Chaetadoretus spp) Menyerang buah mengakibatkan buah menjadi masak muda tompok kuning Menyerang pada peringkat buah muda Serangga makan daun dan aktif waktu malam Jadual 3 : Perosak koko dan kawalannya Petik buah masak antara 10-14 hari untuk elak edaran hidup. Cantasan mudah sembur racun. Sembur dengan Cypermethrin deltametrin pada kadar 0.1 % ai Sembur Cypermethrin/Propoxur pada kadar 0.1 % ai setiap 7 hari. Guna Carbaryl, Carbofuran dan Acephate. Sembur waktu petang. 4.0 PENUAIAN HASIL Kematangan Koko mula berbunga pada umur 18-30 bulan selepas ditanam. Buah koko samada warna hijau atau merah semasa muda akan bertukar warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah sedia untuk dipetik atau dipungut. Hasil Hasil koko adalah antara 1 hingga 5 tan metrik/ha/tahun bergantung kepada amalan pengurusan ladang. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drp 11
Musim Terdapat 2 musim koko iaitu musim utama dan luar musim. Penuaian Hasil Penuaian boleh dilakukan apabila buah mencapai tempoh matang iaitu 5 hingga 6 bulan selepas pendebungaan. Buah yang matang perlu dipungut dan tidak dibiarkan di atas pokok. 5.0 PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN Pengendalian Lepas Tuai Buah koko perlu dibelah untuk mendapat biji koko. Elakkan biji koko tercedera sewaktu membelah buah koko dan ini akan memberi kesan kepada kualiti biji. Pemprosesan Biji koko basah perlu penapaian selama 7 hari dengan tujuan mematikan benih dan meningkatkan perasa coklat. Biji kemudian dijemur di bawah cahaya matahari atau menggunakan jentera pengering. Penyimpanan Koko kering perlu disimpan di dalam guni jut dan diletakkan di tempat yang tinggi dan kering bagi mengelakkan serangan kulat yang boleh menjejaskan kualiti. Penggredan Penggredan koko adalah seperti berikut :- Gred Bil. biji/100g Serangan Kulat Biji Ungu Kelabu Diserang Serangga SMC 1A <100 <3.00 % <3.00 % <2.5 % 1B >100<110 <3.00 % <3.00% <2.5 % 1 C >110<120 <3.00 % <3.00 % <2.5 % SMC 11A <100 <4.00% <8.00% <5.0 % 11 B >100<110 <4.00 % <8.00 % <5.0 % 11 C >110 <120 <4.00 % <8.00 % <5.0 % Sub standard >120 >4.00 % >8.00 % >5.0 % Jadual 4 : Penggredan koko TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drp 11
6.0 RUJUKAN 1. MARDI.1990. Siri Panduan Tanaman, Panduan Penanaman dan Pemprosesan Koko, Berita Publishing Sdn. Bhd. 2. http://agrolink.moa.my/doa/bm/croptechbm/koko.html 3. http://www.sabah.gov.my/tani/bm/koko.htm 4. http://www.koko.gov.my/industri/pendidikan/artikel%20mengenai%20koko.htm TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drp 11