UNIT 1. Dengar catatan Anim Suraya pada hari pertama di sekolah menengah. Kemudian, lengkapkan peta minda yang menyatakan perasaan Anim Suraya itu.

dokumen-dokumen yang mirip
1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke. Abad ke-19

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

TINGKATAN 2. b. Sultan Omar Ali Saifuddin (Sultan Brunei)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PENGETAHUAN. Matlamat

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 1. PUSTAKAWAN (GRED S41) Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut: a) Warganegara Malaysia;

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

GARIS PANDUAN KELAB KEWANGAN PELAJAR SEKOLAH

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

TEKUN Nasional Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 1 NEGERI M 2 KAWASAN 3 PENGUNDI BERDAFTAR. KONTRAKTOR KECIL NO.AKAUN: Sila tandakan

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (Pertandingan Bola Tampar Jabatan Perdana Menteri 2012)


JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak. Kerja kursus geografi ting. 2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEMESTER LIMA :JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : TUGASAN INDIVIDU

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PERATURAN PERTANDINGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

3. Agenda dan Minit Persidangan lalu serta laporan-laporan lain akan diedarkan berasingan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Transkripsi:

Teks Mendengar UNIT 1 CD Track 1 Dengar catatan Anim Suraya pada hari pertama di sekolah menengah. Kemudian, lengkapkan peta minda yang menyatakan perasaan Anim Suraya itu. 3 Januari 2014 Hari ini, hari pertama aku melangkah ke sekolah menengah. Aku berasa sangat teruja. Walau bagaimanapun, aku berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah rendah. Aku berharap dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baharu, rakan-rakan baharu, dan guru-guru baharu. Setelah selesai urusan pendaftaran dan mengambil buku teks, aku ditempatkan di Tingkatan 1 Amanah. Aku berasa kecewa kerana tiada seorang pun rakanku daripada sekolah rendah berada dalam tingkatan yang sama. Cikgu Rabita, iaitu guru kelas kami menyuruh kami memperkenalkan diri masing-masing. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan banyak rakan baharu. Setelah berkenalan, Cikgu Rabita menyuruh kami melantik seorang ketua kelas. Setelah undian dibuat, Farid menjadi ketua kelas dan aku menjadi pilihan rakan-rakan untuk menjadi penolong ketua kelas. Aku berasa terharu kerana mendapat kepercayaan daripada rakan-rakan. Aku menerima tugas ini dengan hati yang terbuka. Aku berjanji akan melaksanakan tugasku ini dengan penuh tanggungjawab. UNIT 2 CD Track 2 Dengar dan fahami petikan. Kemudian, lengkapkan rajah di bawah tentang faedah menjadi ahli koperasi sekolah. Koperasi sekolah merupakan sebuah badan yang menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan modal yang diperoleh daripada sumbangan ahli-ahlinya. Penubuhan koperasi ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi pemegang saham syarikat sekali gus mendapat untung dalam bentuk saham dan dividen. Koperasi ini akan menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi melancarkan perjalanan koperasi. Antaranya ialah jawatankuasa audit dan saham, stok, pengiklanan, dan keceriaan. Sementara itu, beberapa orang jurujual yang terdiri daripada para pelajar akan dipilih. Mereka akan bertugas selama 20 minit secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah disusun oleh guru koperasi. Semasa jualan berlangsung, seorang guru koperasi akan bertindak sebagai pemerhati untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan baik, amanah, dan bertanggungjawab. Kewujudan koperasi ini banyak membawa manfaat kepada ahli koperasi, terutama kepada jurujual koperasi sekolah. Mereka berpeluang mengetahui selok-belok mengendalikan urusan asas perniagaan seperti cara-cara untuk menetapkan harga barangan, menulis rekod penjualan barangan, dan memahami konsep perakaunan yang asas. Selain itu, pemupukan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan nilai amanah turut dapat dipupuk dalam jiwa pelajar yang menyertai koperasi sekolah. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D1 LEMBARAN PBS Bahasa Malaysia Tingkatan 1

UNIT 3 CD Track 3 Dengar dialog. Bulatkan perkataan dan frasa yang terdapat dalam dialog. Kemudian, ceritakan keunikan mutiara dengan menggunakan perkataan yang dibulatkan itu. Intan : Baizura, lihatlah rantai tangan saya. Cantik bukan? Baizura : Wah, cantiknya! Kamu membeli rantai ini di mana? Intan : Rantai ini hadiah daripada abang saya yang pulang dari Sabah. Rantai ini diperbuat daripada mutiara. Baizura : Mutiara? Patutlah cantik. Intan : Ya. Mutiara asli yang terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram. Baizura : Betul kata kamu, Intan. Mutiara asli hanya boleh dijumpai di dalam cangkerang tiram dan proses pembentukan mutiara berlaku selama beberapa tahun. Intan : Betul, Baizura. Mutiara asli ini sangat sukar ditemukan dan mahal harganya. Baizura : Walaupun mahal, tetapi mutiara asli ini tetap menjadi pilihan kaum wanita. Intan : Ibu dan kakak saya mempunyai koleksi barangan perhiasan yang dibuat daripada mutiara. Antara koleksi kesayangannya ialah rantai tangan, kerongsang, cincin, dan subang yang berwarna merah jambu dan hitam. Baizura : Rasa saya, mutiara Sabah dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong. Intan : Saya bersetuju dengan pendapat Baizura kerana mutiara Sabah ini berkualiti dan lebih murah jika dibandingkan dengan negara pengeluar yang lain. UNIT 9 CD Track 4 Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, susun isi-isi penting di bawah mengikut urutan. Sebelum kurun ke-19, Sarawak diletakkan di bawah pengaruh Kesultanan Brunei. Sultan Brunei membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah dan melantik ketua tempatan dalam kalangan orang Melayu dan orang Dayak untuk mentadbir daerah tersebut. Pada tahun 1930-an pula, Sultan Brunei telah melantik Pangeran Indera Mahkota, seorang pembesar Brunei sebagai wakilnya di Sarawak. Sebagai akibatnya, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan mereka tidak berpuas hati terhadap tindakan Pangeran Indera Mahkota yang mengukuhkan pengaruhnya dan menguasai kekayaan Sarawak. Akhirnya, mereka bangkit dan menentang di bawah pimpinan Datu Patinggi Ali. Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat pemberontakan tersebut. Maka, Sultan Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantunya. Pada tahun 1840, Pangeran Raja Muda Hashim telah meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantiknya sebagai Gabenor Sarawak jika berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. James Brooke yang sedang mencari kawasan di rantau ini bersetuju dan berjaya menamatkan pemberontakan. Kemudiannya, James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak tanpa kebenaran Sultan Brunei setelah James Brooke membedil Kuching. Pada tahun 1842, Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke. Hal ini demikian kerana, bimbang akan kehadiran angkatan tentera laut British yang dibawa bersama oleh James Brooke. Akhirnya, pada 1846, Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D2 LEMBARAN PBS Bahasa Malaysia Tingkatan 1

UNIT 13 CD Track 5 Dengar maklumat melalui audio. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sempena cuti sekolah, suatu program Literasi ICT dan Celik Komputer akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9(2) pada 15 hingga 17 Mei 2014. Program ini dijalankan secara intensif selama tiga hari dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Kelab Komputer sekolah. Objektif program ini adalah untuk menghasilkan pelajar yang celik komputer, selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan pelajar yang holistik yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan yang terdapat dalam program ini ialah pengurusan, perkakasan komputer, perisian, network, dan Internet. Dalam hal ini, pelajar lebih didedahkan kepada kemahiran hands-on di samping pengetahuan berkaitan semasa menjalankan aktiviti berkenaan. Penyertaan terbuka kepada semua murid tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah berhubung dengan setiausaha Persatuan Komputer sekolah atau mana-mana guru penasihat Kelab Komputer. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2014. UNIT 15 CD Track 6 Dengar dengan teliti pidato melalui audio. Kemudian, senaraikan kebaikan menyertai aktiviti kesukarelawanan. Yang dihormati Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Warisan, Puan Rosni Ghani, barisan para hakim yang arif, barisan guru penolong kanan, guru-guru, rakan pelajar, serta hadirin sekalian. Berdirinya saya pada pagi yang ceria ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk Faedah menyertai aktiviti kesukarelawanan. Hadirin sekalian, Aktiviti sukarelawan merupakan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau organisasi tertentu secara sukarela serta tidak mengenakan sebarang bayaran. Sukarelawan juga tidak mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran atas pertolongan yang dilakukannya. Malaysia umpamanya, sering menghantar sukarelawan negara ke misi menyelamat di peringkat antarabangsa. Jelaslah bahawa aktiviti kesukarelawanan ini dapat menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan. Rakan pelajar yang saya kasihi sekalian, Jangan sesekali menganggap bahawa aktiviti ini hanya membuang masa kita sahaja. Masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada kegiatan melepak dan perbuatan tidak bermoral. Masa itu sangat berharga kepada manusia, maka masa yang terluang ini perlulah diisi dengan sebaik mungkin dengan menyertai aktiviti berfaedah seperti ini. Selain itu, aktiviti kesukarelawan ini membolehkan kita berbakti kepada masyarakat. Di luar sana, terdapat puluhan malahan ratusan masyarakat yang memerlukan bantuan kita. Bantuan itu bukan sahaja dari segi wang ringgit, tetapi sumbangan idea dan tenaga kita kepada mereka juga boleh dilakukan. Misalnya, dengan menyertai aktiviti sukarelawan di rumah anak-anak yatim, kita boleh mengajar anak-anak ini dengan menjadi tenaga pengajar di kelas-kelas tambahan. Dalam hal ini, kita tidak perlu menggunakan modal yang tinggi untuk merealisasikan aktiviti ini. Kepakaran yang ada pada kita, kita salurkan kepada mereka dengan penuh keikhlasan. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D3 LEMBARAN PBS Bahasa Malaysia Tingkatan 1

Aktiviti sukarelawan ini dapat juga membentuk jiwa yang murni dan berhemah tinggi. Aktiviti kesukarelawanan menuntut para sukarelawan untuk turun padang, melihat, berkongsi, serta membantu golongan kurang upaya, mangsa-mangsa bencana alam, dan golongan tidak berkemampuan. Saat ini, jiwa pasti tersentuh apabila melihat ketidakupayaan pelbagai peringkat umur dan bangsa yang sedang berjuang meneruskan kehidupan seharian. Hadirin sekalian, Masa sangat mencemburui kita. Akhir kalam, saya sudahi pidato saya pada kali ini dengan harapan akan wujudnya badan sukarelawan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Warisan yang menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat setempat. Sekian, terima kasih. UNIT 20 CD Track 7 Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, tulis perkataan atau frasa yang berkaitan dengan kaedah menuai padi tersebut. Musim menuai dikenal sebagai musim mengerat atau mengiau. Musim ini biasanya jatuh ketika musim kemarau. Beberapa kaedah tradisi seperti mengetam, mengiau, dan mengerat dilakukan untuk mendapatkan hasil padi. Kaedah mengetam menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai mata di atasnya yang dikenal sebagai renggam. Alat ini akan digunakan untuk memotong tangkai padi yang telah masak untuk dijadikan gemal padi. Kaedah mengiau pula sama dengan kaedah mengetam, iaitu memotong tangkai pokok padi dengan menggunakan pisau mengiau. Kaedah ini seringkali dilakukan pada pokok padi yang rebah. Kaedah mengerat pula dilakukan pada pokok padi dengan menggunakan pisau pengerat. Batang pokok padi akan dipotong dengan menggunakan pisau pengerat. Batang pokok padi yang dipotong itu, kemudiannya dihimpunkan untuk dijadikan kedap. UNIT 22 CD Track 8 Dengar panduan tunjuk arah dengan teliti. Kemudian, lakarkan pada peta yang diberikan. Dari Pusat Komersial Sri Aman, pusing ke kanan dan berjalan terus sehingga berjumpa dengan simpang tiga. Apabila tiba di simpang tiga, belok ke kiri dan jalan terus melalui Jalan Permai sehingga tiba di lampu isyarat. Di lampu isyarat itu, belok ke sebelah kanan dan jalan terus melalui Jalan Indah. Di sepanjang jalan tersebut, anda akan dapat melihat kawasan Perindustrian Aman, Hotel M & M, dan Taman Aman Fasa 2 di sebelah kanan anda. Di simpang tiga yang ketiga, anda perlu berbelok ke kanan, iaitu melalui Jalan Damai sehingga tiba di lampu isyarat. Selepas lampu isyarat, anda harus berjalan terus dan berbelok ke kanan apabila berjumpa dengan deretan rumah kedai. Kedai Emas Pak Jala terletak di No. 1, Lorong 1/1, Taman Aman Fasa 2, iaitu di deretan pertama rumah kedai tersebut. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D4 LEMBARAN PBS Bahasa Malaysia Tingkatan 1

UNIT 24 CD Track 9 Dengar petikan-petikan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, catat maklumat tentang individu yang berkaitan. Petikan 1 Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Semasa Jepun memerintah Malaya, persekolahannya tergendala dan beliau berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraf tangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, beliau menyambung pelajarannya sehingga lulus dengan ijazah perubatan MBBS di Universiti Malaya, Singapura. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Dalam tempoh tersebut, banyak kemajuan yang dicapai oleh negara. Beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia kerana berjaya membangunkan negara dalam bidang perindustrian, permotoran, multimedia, dan pembinaan projek mega seperti Litar Antarabangsa Sepang, pusat pentadbiran negara, Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, dan banyak lagi. Petikan 2 Beliau dilahirkan di Kuala Lipis. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974. Beliau mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya. Beliau merupakan ahli Parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu. Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat antara kaum. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D5 LEMBARAN PBS Bahasa Malaysia Tingkatan 1