CABARAN PENARAFAN SIJIL KURSUS ASAS PENGAJIAN ISLAM SEBAGAI PISH UMCCED

dokumen-dokumen yang mirip
MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA. Titik Rujukan dan Persefahaman Bersama Tentang Kelayakan Pengajian Tinggi di Malaysia

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Program Doktor Pendidikan Tinggi

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Kerangka Kelayakan Malaysia. Titik rujukan dan persefahaman bersama tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

BAB 14 AUDIT DALAMAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

CHIA CHONG YANG A143398

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Bengkel Penggabungan/ Pecahan/Penjumudan Program Akademik 4 April 2017 (Selasa) Pusat Pembangunan Kurikulum

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

Transkripsi:

CABARAN PENARAFAN SIJIL KURSUS ASAS PENGAJIAN ISLAM SEBAGAI PISH UMCCED Wan Adli Wan Ramli Unit Pengajian Awam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya E-mel: wanadli@um.edu.my Abstrak Pelaksanaan program pendidikan Islam sepanjang hayat (PISH) masih boleh diperbaiki. Pembaikan ini antaranya melalui penyelarasan dengan kerangka, standard dan garis panduan kelayakan dan akreditasi Malaysia. Mengambil kes dan pengalaman Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), kertas ini membincangkan cabaran dalam mencapai objektif PISH antaranya untuk memberikan kesinambungan pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat sedangkan apa yang disediakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pengajian Islam belum melibatkan semua lapisan masyarakat. Lapisan yang dimaksudkan ialah golongan profesional di luar bidang pengajian, pentadbiran, pengurusan atau hal ehwal Islam yang sudah atau hampir bersara, yang hendak mendapatkan pendidikan Islam hanya untuk diri sendiri, bukan untuk kesarjanaan, kerjaya atau orang lain. Sehubungan itu, kertas ini menganalisis ruang dan peluang yang ada dalam kerangka, standard dan garis panduan kelayakan dan akreditasi untuk diselaraskan dengan PISH bagi sasaran lapisan masyarakat yang dimaksudkan. Akhirnya kertas ini mendapati dan mencadangkan suatu Sijil Kursus Asas Pengajian Islam untuk pembaikan berterusan. Dalam pada itu, perbandingan yang dilakukan turut menuntut penambahbaikan oleh MQA. Kata Kunci: PISH, sijil kursus asas pengajian Islam, Standard Program Pengajian Islam, Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum 1

Pendahuluan Kertas ini mengandungi empat bahagian utama. Bahagian pertama mendakwa ada kelompangan dalam pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat kini jika dinilai kepada objektifnya yang lebih luas, yang dapat diisi oleh institut pengajian tinggi. Bahagian kedua membincangkan cabaran institut pengajian tinggi untuk terlibat dalam mengisi kelompangan tersebut dalam konteks khusus yang dimaksudkan di sini. Bahagian ketiga menjangkakan beberapa idea utama dalam menghadapi cabaran tersebut. Seterusnya bahagian keempat cuba mengemukakan suatu bentuk program pengajian yang konkrit. Kelompangan dalam pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan salah satu inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Portal Rasmi PSH menyatakan bahawa objektif pelaksanaan PISH ialah: pertamanya, untuk memberikan kesinambungan pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat; dan keduanya, memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok pelajar maahad, belia dan komuniti. Objektif ini dijelaskan lagi bahawa ia bermakna golongan sasaran mendapat pendidikan agama Islam secara berterusan di samping memperoleh ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat. 1 Di sini, dapat diperhatikan bahawa ada dua fokus dalam objektif PISH ini iaitu pendidikan agama dan juga pendidikan atau lebih tepat lagi latihan kemahiran dalam ilmu keduniaan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi. Seterusnya, boleh diandaikan bahawa fokus pertama disasarkan kepada semua lapisan masyarakat, sama ada yang telah memperolehi pendidikan agama atau tidak, yang muda atau tua, yang bekerja atau bersara, dan sebagainya. Manakala sasaran untuk fokus kedua boleh diandaikan dikhususkan kepada lepasan pelajar aliran agama. Bagi fokus kedua, kolej komuniti yang telah dilantik sebagai sekretariat nampaknya telah memainkan peranan dan tanggungjawab sesuai dengan kepakaran kolej komuniti setempat. Contohnya, kolej komuniti menawarkan beberapa program ilmu kemahiran kepada pelajar tahfiz dan pelajar sekolah pondok antaranya termasuklah servis kenderaan ringan, 1 Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, Portal Rasmi Pembelajaran Sepanjang Hayat, http://www.mohe.gov.my/portalpsh/?p=3785 2

fotografi, kulinari, bakeri, jaringan komputer dan pemasangan elektrik. 2 Selain itu, kolej komuniti, seperti Kolej Komuniti Ledang yang merupakan kolej komuniti pertama dilancarkan PISH, ada juga menjalankan kursus pendek bagi program agama contohnya Klinik Azan dan al-fatihah, Mudahnya Tajwid, Kursus Penghayatan Solat, Kursus Tahsin Qiraat dan sebagainya. 3 Walau bagaimanapun, bagi fokus pertama, nampaknya ada kelompangan untuk diisi oleh institut pengajian tinggi. Pada dasarnya, telah dinyatakan dengan jelas bahawa pendekatan pelaksanaan PISH melibatkan kerjasama, perkongsian dan kolaborasi sesama dan dengan agensi Kerajaan yang lain, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institusi dibawahnya iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) serta institusi tahfiz dan sekolah pondok. Begitu pun, semua institusi ini tidak mencapai tahap kepakaran, pengalaman dan wibawa institut pengajian tinggi, khususnya yang menawarkan pengajian Islam, seperti Universiti Malaya (melalui Akademi Pengajian Islam), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan seumpamanya. Sehubungan itu, masih dapat dinyatakan bahawa pelaksanaan PISH turut menuntut kerjasama, perkongsian dan kolaborasi dengan institut pengajian tinggi. Selain itu, perlu disedari bahawa bagi fokus pertama, kategori ilmu yang terlibat bukan setakat ilmu kemahiran amal ibadah agama seperti cara wuduk, azan, solat dan seumpamanya; malah untuk memberikan kesinambungan pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat, ilmu yang bersifat mendasar, fardu ain, usuluddin dan konseptual perlu diberikan. Berlatarbelakangkan cabaran terorisme agama di suatu ekstrem dan liberalisme agama di suatu ekstrem yang bertentangan, amatlah diperlukan kepakaran, pengalaman dan wibawa institut pengajian tinggi dalam menyampaikan ilmu agama yang muktabar. Tambahan pula, khusus bagi lapisan masyarakat dari kalangan profesional di luar bidang pengajian, pentadbiran, pengurusan atau hal ehwal Islam yang sudah atau hampir bersara, yang hendak mendapatkan pendidikan Islam hanya untuk diri sendiri, bukan untuk kesarjanaan, kerjaya atau orang lain, institut pengajian tinggi seperti Akademi Pengajian Islam mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dan menarik. Malah, Akademi Pengajian Islam telah merekodkan pengalaman berharga dalam menyediakan kursus 2 Roswani Ab. Rahman, Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti, Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, http://www.jpkk.edu.my/jpkk/images/dokumen/pishdikolejkomuniti.pdf 3 Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Ledang, http://www.kklej.edu.my/v2/index.php/ms/kursustawaran/kursus-pendek/takwim-kursus-pendek 3

pengajian Islam kepada golongan seperti ini, yang terdiri daripada bekas pegawai kanan kerajaan dan malah menteri sendiri. Secara praktikalnya, golongan ini perlu diberikan perhatian yang lebih memandangkan pengaruh mereka yang lebih luas dalam kalangan masyarakat. Justeru, pandangan dan pendapat mereka, termasuk dalam hal keagamaan, boleh dikatakan sudah tentu lebih memberi kesan yang mendalam. Sehubungan itu, pendidikan Islam kepada lapisan masyarakat yang istimewa seperti ini perlu disampaikan oleh institusi yang juga setara. Di sini, dapat dirumuskan bahawa masih ada kelompangan dalam pelaksanaan PISH khususnya untuk mencapai objektif pertamanya iaitu untuk memberikan kesinambungan pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat, termasuk kalangan profesional yang sudah atau hampir bersara, yang hendak mendapatkan pendidikan Islam hanya untuk diri sendiri, bukan untuk kesarjanaan, kerjaya atau orang lain. Kelompangan ini dapat diisi apabila institut pengajian tinggi seperti Universiti Malaya melalui Akademi Pengajian Islam dapat memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memberikan kerjasama, perkongsian dan kolaborasi dalam pelaksanaan PISH yang lebih menyeluruh. Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Institut Pengajian Tinggi Dalam menjalankan sebarang program pengajian, termasuk PISH, institut pengajian tinggi sepatutnya turut mengambil kira dokumen Kerangka Kelayakan Malaysia yang merupakan instrumen membangunkan dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa dan menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit. Di sini, mungkin timbul persoalan mengenai keperluan suatu program pengajian yang ingin dibangunkan untuk memenuhi pelaksanaan PISH tertakluk juga kepada Kerangka Kelayakan Malaysia. Namun, apabila diteliti dengan lebih mendalam, didapati bahawa fasa pelaksanaan PISH bukan setakat dengan menggerakkan dan meluaskan kolaborasi pelbagai pemegang taruh yang merupakan fasa pertama; malah fasa kedua menuntut konsep program yang berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensi dan institusi terlibat. 4 Wawasan yang baik ini sudah tentu tidak perlu dibataskan kepada kolaborasi antara kolej komuniti dengan maahad tahfiz dan sekolah pondok sahaja, malah boleh diguna pakai untuk pelaksanaan PISH oleh institut pengajian tinggi. Ini secara 4 Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. 4

langsung akan menyumbang kepada fasa ketiga pelaksanaan PISH untuk melestarikan ummah. Selain itu, Kerangka Kelayakan Malaysia menyediakan laluan pendidikan yang menghubungkaitkan kelayakan secara sistematik. Ia adalah baik sebagai titik rujukan yang sahih dan telus mengenai maklumat pengajian kepada semua pihak. Tambahan pula, ia memantapkan sistem pendidikan sedia ada dengan memberi garis panduan yang jelas untuk reka bentuk program dan menamakan kelayakan secara sistematik. Khusus dalam tujuan PISH, Kerangka Kelayakan Malaysia merealisasikan keseluruhan dasar PSH termasuk PISH yang penting bagi membina masyarakat berasaskan ilmu. 5 Semua ini dapat memastikan kualiti program pengajian PISH yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi di samping memastikan keyakinan dan tarikan berterusan golongan sasaran terhadap program pengajian tersebut. Walaupun mungkin lapisan masyarakat yang ingin disasarkan tidak mempedulikan soal sijil atau pengiktirafan, tetapi soal kualiti dan kewibawaan tetap tidak boleh dipandang rendah. Ia juga membolehkan pembangunan program pengajian PISH yang konsisten di semua institut pengajian tinggi yang ingin terlibat. Malah, pasaran program ini dapat diluaskan dengan program yang memenuhi kerangka, standard dan garis panduan ini sudah tentu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat yang lain, termasuk yang masih memerlukan sijil dan pengiktirafan untuk memajukan pendidikan atau kerjaya. Selain itu, ia boleh sahaja ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi berkenaan dengan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, masjid, pihak swasta, malah organisasi bukan kerajaan. Rujukan kepada dan penerimaan Kerangka Kelayakan Malaysia ini secara langsung bermaksud pelaksanaan PISH sedia bekerjasama, berkongsi dan berkolaborasi dengan kerangka, standard dan garis panduan kelayakan dan akreditasi yang telah disediakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Secara teknikalnya, pelaksanaan PISH perlu diselaraskan dengan beberapa dokumen lain seperti Dokumen Standard Program Pengajian Islam dan Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk Dan Penyampaian Kurikulum. Begitu pun, penyelarasan ini menuntut pembaikan dan penyempurnaan di kedua-dua pihak program pengajian PISH dan kerangka, standard dan garis panduan MQA. Penyelarasan yang Diperlukan untuk Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 5 Kerangka Kelayakan Malaysia, Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi, http://www.mqa.gov.my/portalmqa/dokumen/kerangka%20kelayakan%20malaysia_2011.pdf 5

Banyak pembaikan yang diperlukan untuk membina suatu program pengajian PISH yang selaras dengan kerangka, standard dan garis panduan MQA. Dalam kertas ini hanya kerangka tahap, standard kandungan kurikulum dan garis panduan struktur dan kredit kurikulum dirasakan paling penting untuk ditinjau terdahulu, dan supaya menjadi suatu ujian sama ada penyelarasan ini boleh dicapai atau tidak. Kerangka Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia menyusun kelayakan kepada lapan tahap daripada tahap satu yang merupakan sijil kemahiran kepada tahap lapan yang merupakan ijazah kedoktoran. Diploma berada di tahap keempat, manakala ijazah sarjana muda berada di tahap keenam. Susunan lengkap tahap kelayakan tersebut adalah seperti berikut. Jadual 1: Kelayakan dan Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia 6 Tahap Sektor Kemahiran Vokasional dan Teknikal Pengajian Tinggi PSH 8 Ijazah Kedoktoran 7 Ijazah Sarjana 6 Ijazah Sarjana Muda Pengakreditan 5 Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan Pengalaman- 4 Diploma Diploma Diploma Pembelajaran 3 Sijil Kemahiran 3 Sijil Terkumpul Sijil Vokasional dan 2 Sijil Kemahiran 2 Teknikal 1 Sijil Kemahiran 1 Bagi setiap tahap ada huraian yang disediakan. Contohnya, tahap satu hingga tiga yang dinamakan sijil dianugerahkan kepada individu yang telah menunjukkan kebolehan yang telah diperoleh atau diamalkan dengan kompeten untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kerja yang lazimnya bersifat manual. Tahap enam yang dinamakan ijazah sarjana muda pula dianugerahkan kepada individu yang antara lain boleh menguasai kemahiran belajar sendiri untuk meneruskan pengajian lanjutan dengan autonomi yang tinggi. 7 Dapat diperhatikan dalam kerangka di atas, tiada kerangka tahap dan nama khusus untuk kelayakan bagi PSH. Berikutan itu, bagi PISH, mungkin kerangka sektor pengajian tinggi boleh digunakan berbanding kerangka sektor kemahiran atau vokasional dan teknikal. Hal ini disebabkan pendidikan dan pengajian Islam bukan sahaja meliputi aspek praktis, 6 Kerangka Kelayakan Malaysia. 7 Kerangka Kelayakan Malaysia. 6

malah mesti didasari oleh aspek teoretikal dan kefahaman. Amalan pendidikan dan pengajian Islam sedia ada juga telah menggunakan kerangka pengajian tinggi. Dalam konteks ini, telah sedia ada pengajian Islam tahap diploma ke atas yang banyak. Namun, bagi PISH yang disasarkan pula kepada pesara profesional yang bermatlamatkan amalan peribadi semata-mata, mungkin sijil adalah tahap yang paling sesuai. Walau bagaimanapun, dapat dilihat bahawa tahap permulaan dalam kerangka ini adalah sijil yang berada pada tahap tiga. Sehubungan itu, tahap ini patut difahami dengan lebih mendalam ke arah pembangunan program PISH yang lebih relevan. Demi melihat perbezaan antara tiga tahap permulaan ini, perlu dirujuk kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Jadual 2: Penjelasan Tahap 1 3 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 8 Tahap Penjelasan Terampil dalam melakukan sekumpulan duti pada tahap ini bagi bidang pekerjaan berkaitan. Tahap 1 Keterampilan yang terkandung dalam tahap ini kebanyakannya adalah rutin dan dijangka. Terampil dalam melakukan sekumpulan duti pada tahap ini. Keterampilan yang terkandung Tahap 2 dalam tahap ini sesetengahnya adalah bukan rutin dan dilakukan dalam pelbagai konteks yang memerlukan tanggungjawab persendirian dan autonomi. Terampil dalam melakukan sekumpulan duti pada tahap ini. Keterampilan yang terkandung Tahap 3 dalam tahap ini merangkumi sekumpulan duti yang luas dalam pelbagai konteks dan bukan rutin dan autonomi serta perlu memberi kawalan dan panduan kepada yang lain. Penelitian terhadap tahap-tahap ini memperlihatkan kriteria ini yang membezakannya adalah pada sifat rutin sesuatu ilmu atau kemahiran, serta keupayaan memahami dan melakukan sendiri atau mengawal orang lain. Kriteria ini boleh diaplikasikan kepada pengajian Islam dalam membina program pengajian PISH tahap sijil yang lebih rencam. Apabila pengaplikasian ini dilakukan, maka program pengajian PISH boleh dibentuk dalam tiga tahap sijil. Jadual 3: Cadangan Penjelasan Tahap 1 3 Kerangka Sijil PISH Tahap Penjelasan Terampil, cekap, mampu dan kompeten memahami dan melakukan tanggungjawab fardu ain Tahap 1 yang terkandung dalam rukun Iman, rukun Islam dan prinsip Ihsan yang merupakan rutin dan dijangka bagi seseorang Muslim. Tahap 2 Terampil, cekap, mampu dan kompeten memahami dan melakukan ajaran agama yang fardu 8 Marlini Mansor, Implikasi Kelayakan SKM pada Graduan Kejuruteraan dan Teknikal: Perspektif Stakeholders, (Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2012), 16-17. 7

ain dan fardu kifayah bukan rutin secara bersendirian dalam pelbagai konteks yang dijangkakan bagi seseorang Muslim yang hidup bermasyarakat. Terampil, cekap, mampu dan kompeten memahami dan melakukan keseluruhan ajaran dan Tahap 3 tanggungjawab agama untuk seseorang individu Muslim di samping memberi kawalan dan panduan kepada yang lain. Mengambil contoh dari kerangka kemahiran, dan memandangkan pengajian Islam melibatkan kedua-dua aspek kefahaman teoretikal dan kemahiran praktikal, maka kerangka sijil pengajian PISH untuk tiga tahap tersebut boleh dinamakan Sijil Kursus Asas Pengajian Islam (Tahap 1, 2 dan 3). Standard Kandungan Kurikulum Dokumen Standard Program Pengajian Islam menyatakan bahawa kandungan kurikulum teras umum pengajian Islam perlu memasukkan sembilan item berikut: 9 1. Akidah 2. Fiqah 3. Akhlak dan Tasawuf 4. Ulum al-qur an 5. Ulum al-hadith 6. Sirah 7. Dakwah 8. Tilawah dan Hafazan al-qur an 9. Bahasa Arab Bagi Sijil Kursus Asas Pengajian Islam (SKAPI), termasuk tahap 1, semua kesembilan item yang disyaratkan di atas boleh sahaja dimasukkan dalam kurikulum, kalaupun mungkin bukan sebagai suatu subjek yang tersendiri setiap satunya. Tiga subjek prinsip iaitu Akidah, Fiqah dan Akhlak adalah suatu kemestian yang tidak boleh dibahaskan lagi. Seterusnya, Ulum al-qur an dan Ulu mal-hadith mungkin boleh digabungkan dalam satu subjek yang bermatlamat memberi gambaran awal kepada wahyu sebagai sumber ajaran dan tanggungjawab agama. Demikian juga, Sirah dan Dakwah boleh digabungkan dalam bentuk subjek Fiqah Sirah yang mempelajari pengajaran dakwah dalam sejarah Rasulullah. Manakala item Bahasa Arab boleh dilaksanakan bersama dengan item Tilawah dan Hafazan al-qur an dengan cara menjadikan surah-surah dan ayat-ayat al-qur an yang dipilih untuk dibaca dan dihafaz sebagai bahan dalam mengajar Bahasa Arab, yang secara langsung berfungsi untuk memahamkan pelajar mengenai perkara yang dibaca dan dihafaz, selain aspek Tajwidnya. Berdasarkan kurikulum yang dibentuk untuk SKAPI tahap 1, pembentukan SKAPI tahap 2 dan tahap 3 boleh berkembang berdasarkan jumlah kredit yang juga perlu 9 Dokumen Standard Program Pengajian Islam, Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi, http://www.mqa.gov.my/qad/garispanduan/2014/ps%20islamic%20studies%20bm.pdf 8

dibincangkan. Di sini, dalam konteks kurikulum yang disasarkan kepada pesara profesional, perlu difikirkan keluasan kandungan yang relevan kepada lapisan masyarakat sebegini, di samping mengambil kira kepentingan sumber Turath dan perbincangan mengenai kefahaman dan pengamalan ajaran agama dalam konteks semasa dan setempat. Contohnya, dari aspek Turath, sasaran sebegini mungkin perlu didedahkan dengan teks atau matan utama Akidah seperti Umm al-barahin yang telah menjadi bahan pengajian tradisi ulama dan masyarakat Melayu sekian lama. Mungkin juga teks lain yang lebih menyeluruh seperti Jawharah al-tawhid. Namun, adalah tidak relevan untuk mengajar sebarang teks syarahan Akidah kepada sasaran sebegini. Selain itu, dari aspek kontekstual, pesara profesional mungkin perlu mengetahui pendekatan semasa dan setempat dalam pembayaran zakat seperti kemudian atas talian, atau fatwa semasa dan setempat mengenai kuota haji sebagai salah satu syarat istita ah lalu keperluan menabung di Tabung Haji secara umumnya, atau persoalan fardu ain lain seperti kewajipan menggunakan akaun bank yang patuh Syariah juga kemudahan takaful untuk jaminan keselamatan kenderaan contohnya. Namun, adalah tidak relevan rasanya untuk membincangkan segala kompleksiti hukum mengenai sistem kewangan Islam di Malaysia dengan mereka. Dalam pengalaman Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) melalui program yang ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCEd), dua program khusus yang boleh dianggap sebagai pelaksanaan PISH sedang ditawarkan, iaitu Kursus Pengajian Usuluddin dan Kursus Pengajian Syariah, selain Kursus Kemahiran Membaca al-qur an yang lebih bersifat kemahiran. Sebelumnya, kedua-dua kursus ini dinamakan sijil tetapi kini diubah kepada program kursus sahaja kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan MQA. Kedua-dua kursus ini ditawarkan dalam suatu struktur modul tiga tahap yang mengandungi subjek-subjek seperti di bawah. Jadual 5: Struktur Program PISH APIUM-UMCCEd Kini Kursus Modul Subjek Asas Akidah Modul Pengajian Tafsir Kurus 1 Pengajian Hadis Pengajian Sirah Rasulullah Usuluddin Modul Pemikiran Islam 2 Akhlak Islam 9

Asas Dakwah Asas Akidah II Tasawuf Modul Perbandingan Agama 3 Aliran Pemikiran Islam Falsafah Islam Pengantar Kepada Syariat Islam Modul Pengajian Al-Quran 1 Pengajian Al-Sunnah Amalan Ijtihad Sistem Ibadat Islam Kursus Modul Sistem Kekeluargaan Islam Pengajian 2 Sistem Jenayah Islam Syariah Sistem Muamalat Islam Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia Modul Sistem Politik Islam 3 Sistem Pengadilan Islam Pentadbiran Syariat Islam di Malaysia Perbandingan antara subjek kedua-dua kursus ini dengan kandungan kurikulum teras umum pengajian Islam mendapati ada item yang masih kekurangan dalam kedua-dua kursus. Contohnya, dalam kedua-dua kursus tiada item tilawah atau bahasa Arab. Bagi Kursus Pengajian Usuluddin, tiada item Fiqah. Manakala bagi Kursus Pengajian Syariah pula, lebih banyak item yang tidak ada seperti Akidah, Akhlak, Sirah dan Dakwah. Sehubungan itu, program yang ditawarkan oleh APIUM dan UMCCEd ini masih belum selaras dengan standard MQA. Maka, pembaikan masih perlu dilakukan terhadap program ini. Apa pun, dalam konteks perbincangan di sini, perlu ditekankan sekali lagi bahawa kandungan kurikulum yang hendak dicadangkan mestilah mengambil kira sasaran program pengajian PISH khusus iaitu profesional di luar bidang pengajian, pentadbiran, pengurusan atau hal ehwal Islam yang sudah atau hampir bersara, yang hendak mendapatkan pendidikan Islam hanya untuk diri sendiri, bukan untuk kesarjanaan, kerjaya atau orang lain. Dengan latar belakang pendidikan, pengajian dan kerjaya seumpama ini, maka tahap dan kandungan kurikulum Islam yang perlu difikirkan mestilah sesuai sebagai pengetahuan asas mengenai Islam pada tahap fardu ain meliputi prinsip dasar Iman, Islam dan Ihsan sahaja. Garis Panduan Struktur Dan Kredit Kurikulum 10

Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk Dan Penyampaian Kurikulum 10 menyatakan, antara lain, struktur kurikulum hendaklah memenuhi kredit dan beban akademik yang telah ditetapkan oleh MQA. Dalam Kerangka Kelayakan Malaysia, terlampir panduan kredit minimum seperti di bawah. Jadual 5: Kredit Minimum yang Dicadangkan Kerangka Kelayakan Malaysia 11 Tahap Kelayakan Kredit Minimum 8 Ijazah Kedoktoran Tiada Kredit Bergraduat Ijazah Sarjana Melalui Penyelidikan Tiada Kredit Bergraduat 7 Ijazah Sarjana yang Diajar Sepenuhnya atau Separuh 40 Diploma Pascasiswazah 30 Sijil Pascasiswazah 20 Ijazah Sarjana Muda 120 6 Diploma Siswazah 60 Sijil Siswazah 30 5 Diploma Lanjutan 40 4 Diploma 90 1-3 Sijil 60 Sijil Kemahiran Mengikut Kemahiran dan Tahap Dalam jadual di atas, dapat diperhatikan bahawa tiada kredit minimum ditetapkan bagi kelayakan sijil tahap 1 dan 2. Sehubungan itu, dalam menentukan jumlah kredit untuk tahap 1 dan 2, mungkin pembahagian secara mudah boleh dilakukan, iaitu jika tahap 3 memerlukan 60 kredit, maka tahap 2 memerlukan 40 kredit, dan tahap 1 memerlukan 20 kredit. 20 kredit ini boleh dianggap munasabah memandangkan Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk Dan Penyampaian Kurikulum mencadangkan jumlah antara 36 ke 56 kredit setahun sebagai panduan umum pengajian. 12 Bagi kursus tahap 1, sudah pasti tempoh pengajian tidak akan mencapai sehingga setahun. Maka, adalah boleh diterima andaian tempoh pengajiannya yang hanya selama setengah tahun, dengan itu mewajarkan pembentukan suatu program pengajian dengan jumlah kredit sebanyak 20 kredit. Selain itu, perlu diambil perhatian bahawa biasanya program pengajian PISH ini, seperti yang sedang dilaksanakan oleh APIUM-UMCCEd kini, hanya mengadakan kelas kuliah pada hujung minggu. Malah, apa yang diamalkan sekarang, hanyalah kelas kuliah sebanyak lapan jam untuk setiap subjek, menjadikan satu-satu modul boleh dihabiskan 10 Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk Dan Penyampaian Kurikulum, Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi, http://www.mqa.gov.my/qad/garispanduan/2013/ggp%20cdd _bm.pdf 11 Kerangka Kelayakan Malaysia. 12 Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk Dan Penyampaian Kurikulum. 11

melalui kelas kuliah selama 32 jam, atau 96 jam kelas kuliah untuk keseluruhan kursus. Jumlah ini sudah tentu jauh berbeza dengan garis panduan MQA yang mungkin memerlukan sekurang-kurangnya (20 kredit X 1 jam kelas kuliah X 14 minggu) 280 jam kelas kuliah sebagai komponen perjumpaan bersemuka dalam pengiraan masa pembelajaran pelajar (SLT) bagi 20 kredit. Maka, dirasakan sudah memadai 20 kredit untuk suatu program PISH dengan kelayakan sijil tahap 1. Rumusannya, setakat ini, semua idea penyelarasan yang diperlukan antara PISH dan MQA memerlukan keterbukaan kedua-dua pihak, iaitu penganjur atau penawar program PISH dan MQA untuk membincangkan dengan lebih lanjut dan menyediakan kerangka, standard dan garis panduan yang lebih khusus agar cadangan seperti Sijil Kursus Asas Pengajian Islam (Tahap 1, 2 dan 3) ini dapat dilaksanakan. Sijil Kursus Asas Pengajian Islam Tahap 1: Suatu Cadangan Konkrit Berdasarkan perbincangan di atas, kertas ini mencadangkan suatu Sijil Kursus Asas Pengajian Islam Tahap 1, yang turut mendapat pengiktirafan MQA, sebagai suatu program pengajian PISH anjuran APIUM-UMCCEd, khusus disasarkan kepada profesional di luar bidang pengajian, pentadbiran, pengurusan atau hal ehwal Islam yang sudah atau hampir bersara, yang hendak mendapatkan pendidikan Islam hanya untuk diri sendiri, bukan untuk kesarjanaan, kerjaya atau orang lain. Malah, dengan pengiktirafan MQA, program ini boleh turut disasarkan kepada semua pihak lain seperti kakitangan kerajaan atau swasta yang dapat menggunakan sijil ini bagi tujuan kerjaya mereka, atau individu yang ingin mendapatkan pengiktirafan tambahan atau sokongan untuk tujuan mereka melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Secara umumnya, Sijil Kursus Asas Pengajian Islam Tahap 1 boleh digambarkan dalam struktur seperti di bawah. Modul Subjek Kredit Ulum al-qur an 2 Modul 1: Ulum al-hadith 2 Ilmu Alat Tilawah dan Hafazan 2 Bahasa Arab 2 Akidah 2 Modul 2: Akhlak dan Tasawuf 2 Ilmu Sirah 2 Usuluddin Dakwah 2 Modul 3: Pengenalan Syariat Islam 2 12

Ilmu Fiqah Ibadat dan Munakahat 2 Syariah Fiqah Muamalat dan Jinayat 2 Syariat Islam di Malaysia 2 Jumlah 24 Dicadangkan agar struktur Sijil Kursus Asas Pengajian Islam Tahap 1 ini ditawarkan dalam bentuk modul agar memudahkan pelaksanaan program. Dalam konteks pengamalan APIUM-UMCCEd, struktur seumpama ini tidak jauh berbeza dengan struktur yang sedia ada ditawarkan. Malah, setiap pelajar yang lulus satu-satu modul boleh dianugerahkan dahulu sijil penyertaan, sehinggalah tamat ketiga-tiga modul untuk dianugerahkan Sijil Kursus Asas Pengajian Islam Tahap 1 sepenuhnya. Ia juga memudahkan para pelajar yang dapat menyusun masa jika terdapat kekangan masa pada pihak mereka. Secara keseluruhannya, sijil ini mungkin boleh ditamatkan dalam masa setahun. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar suatu lontaran idea yang mesti diperdebatkan oleh pelbagai pihak khususnya pentadbir dan pengurus di APIUM dan UMCCEd sendiri, di samping mencari justifikasi yang kukuh untuk dibentangkan kepada pihak yang lebih tinggi demi mendapatkan pengiktirafan pada tahap kelayakan ini jika diizinkan wujud. Penutup Kemajuan sesebuah negara malah sesuatu peradaban biasanya dinisbahkan kepada kesanggupan masyarakatnya membina dan menerima sesuatu idea baru yang inovatif. Dalam pada itu, masyarakat tersebut perlu tetap terikat kepada kerangka, standard, garis panduan, peraturan dan amalan sedia ada. Imbangan yang dinamik antara dua tarikan pemikiran ini perlu diaplikasikan dalam memikirkan, merancang, membangun, melaksana dan menilai program PISH yang pada dasarnya mempunyai objektif dan matlamat yang murni. Sebaliknya, inovasi penuh imaginatif semata-mata tanpa ikatan undang-undang hanya boleh membawa kekacauan dalam masyarakat. Demikian juga, keterikatan kepada undang-undang manusia semata-mata hanya akan menjumudkan ummah. Atas kesedaran ini, idea yang ada dalam kertas ini perlu dibahaskan lagi dengan lebih panjang-lebar secara adil dan hikmah. 13