Mansor Bin Sulaiman (UMP)

dokumen-dokumen yang mirip
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Dr. Mohd Nasir bin Masroom Universiti Teknologi Malaysia

JAWI. Warisan Warga Alam Melayu. Muhammad Bukhari Lubis Makmur Haji Harun Alizah binti Lambri

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 3: 1

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ulasan Buku/Book Review

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PENENTUAN TEMPOH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK: SATU KAJIAN TINJAUAN

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Dapatkan Skema di

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Himpunan kertas peperiksaan percubaan SPM dari sekolah-sekolah lain

1. Dalam sistem pentadbiran Melaka, Sultan dibantu oleh empat orang pembesar iaitu,(m/s 58) a) b) c) d)

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

1249/1 Nama :... Sejarah Kertas 2 Tingkatan :... Ogos ½ jam SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 6

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Khat & jawi: mutiara kesenian Islam sejagat. Sinopsis:

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19


Cikgu Azila SMSSI BAB 1: SEJARAH DAN KITA. D. sumber-sumber sejarah. Para sejarawan mengkaji rekod-rekod masa lampau

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

Bahagian A. [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar 1 menunjukkan warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB VI PENUTUP. akan cuba didedahkan beberapa dapatan kajian. Selain beberapa pengamatan yang boleh

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis:

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan


SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU SULEIMAN 2014 BESERI, PERLIS 21/2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2014 SEJARAH

SEJARAH SPM 1249/2 (Set C)

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

Dapatkan Skema di

SEJARAH SPM 1249/2 (Set A)

DSP KEPERLUAN MINIMA PBS SEJARAH TINGKATAN BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 1249/2

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Sejarah Perjuangan Melayu Patani

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEMULIHARAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

CONTOH SOALAN IDA 152

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAB 1 SEJARAH TINGKATAN 2

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi

Transkripsi:

Tulisan Jawi sebagai penanda aras penguasaan tamadun Islam di Nusantara : Meneladani peranan tamadun Islam silam dalam mengukuhkan penggunaan tulisan Jawi Mansor Bin Sulaiman (UMP) Tulisan ini cuba mengenengahkan bahawa tulisan jawi sebagai penanda aras kepada penguasaan tamadun Islam terhadap umat Islam. Tulisan ini akan cuba mengupas persoalan ini dengan mengenengahkan peranan tamadun Islam dalam mengembangkan penguasaannya sehingga ke dunia sebelah nusantara ini, dengan tulisan jawi sebagai petunjuk kepada penguasaan tersebut. Seterusnya tulisan ini juga akan mengeluarkan beberapa pengajaran daripada analisis ini yang boleh digunakan oleh generasi hari ini dalam mengukuhkan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Malaysia khususnya. Sehubungan itu, kajian ini akan menggunakan pendekatan sejarah dengan tumpuan terhadap perkembangan tamadun Islam silam serta kesannya terhadap dunia selain Arab khususnya Nusantara sehingga membawa kepada penerimaan cara hidup Arab-Islam termasuk kemasukan tulisan jawi itu sendiri ke dunia sebelah sini. Seterusnya analisis akan dilakukan terhadap dapatan ini dengan mengeluarkan faktor-faktor yang membawa kepada penggunaan tulisan jawi di nusantara serta kaitannya dengan penguasaan tamadun Islam di dunia pada ketika itu. Akhirnya penulis akan mengemukakan beberapa cadangan aplikasi faktor-faktor pengukuhan tulisan jawi pada hari ini di Malaysia, berdasarkan dapatan daripada kajian sejarah ini. PENDAHULUAN Tulisan Jawi telah bertapak sejak sekian lama di nusantara ini termasuk Malaysia. Sejarahnya yang panjang bermula dengan kemasukan seterusnya perkembangannya begitu selari dengan perkembangan Islam di nusantara dan dunia. Justeru kertas kerja ini akan cuba mengupas persoalan keselarian ini dan seterusnya mengambil pengajaran-pengajaran yang boleh diperolehi bagi tujuan memperkukuhkan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia khususnya pada hari ini. TULISAN JAWI DAN TAMADUN ISLAM Tulisan jawi merupakan tulisan yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam. Ia merupakan tulisan Arab yang telah disesuaikan dengan bahasa melayu menerusi beberapa perubahan dan penambahbaikan. Menurut sejarah, tulisan ini telah wujud di nusantara sejak zaman awal Islam iaitu sejak abad ke 3 hijrah. Antara bukti-bukti yang dikemukakan adalah menerusi penemuan beberapa batu nisan di beberapa tempat di nusantara yang tertera tulisan jawi, salah satu daripadanya adalah penemuan batu nisan yang bertulis angka dalam bahasa 1

Arab di Kedah pada 651 Masihi, seterusnya ditemui wang dinar di Kelantan pada 1181 Masihi dan beberapa penemuan lain (Hashim Musa, 1997). Manakala bukti yang menunjukkan ia digunakan secara menyeluruh dalam masyarakat Melayu serta kesannya yang kuat dengan pengaruh tamadun Islam boleh dilihat menerusi penemuan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303 masihi yang antaranya menjelaskan berkenaan sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam. Keluasan penggunaannya juga boleh dilihat menerusi cakupannya yang meluas sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua Franca bagi 84 bahasa lain yang pernah dituturkan oleh masyarakat nusantara pada ketika zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka. Perkembangan tulisan jawi di rantau ini adalah selari dengan perkembangan tamadun Islam di dunia ini. Iaitu menurut sejarah, tamadun Islam dengan syariat al-quran yang dirintis oleh Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad (SAW) bermula pada kurun ke 7 masihi. Ketika era perkembangan Islam, tamadun Islam berkembang dengan begitu pesat sehingga meliputi beberapa benua di dunia ini termasuk benua Asia. Berhubung tamadun Islam ini, ia perlu dilihat sebagai tamadun yang bukan bersifat kebangsaan walaupun generasi Islam awal yang dominan adalah terdiri daripada bangsa Arab. Ini adalah disebabkan tamadun Islam bukanlah merupakan tamadun bangsa, ia merupakan tamadun yang berteraskan kepada agama Islam itu sendiri. Menerusi teras ini, tamadun Islam boleh sahaja digerak dan dibangunkan oleh manamana bangsa di dunia ini dengan syarat, berteraskan agama Allah iaitu Islam. Selain itu, tamadun Islam juga bukanlah tamadun baru lahir bermula pada zaman Nabi Muhammad, tetapi ia telah wujud sejak dahulu lagi menerusi tamadun-tamadun dunia yang pernah berteraskan kepada ajaran yang diturunkan Allah. Manakala unsur-unsur Arab yang kuat terdapat dalam tamadun Islam adalah berbetulan dengan bangsa yang pernah dominan dan dianggap perintis kepada tamadun Islam adalah bangsa Arab, walaupun selepas itu terdapat bangsa-bangsa lain yang dominan seperti bangsa Turki pada era Othmaniyah serta bangsa Melayu di nusantara. Di samping itu, bahasa al-quran dan al-hadith yang berpaksikan bahasa Arab juga menjadi faktor utama sehingga menjadikan pencinta Islam dengan sendirinya berusaha untuk menguasai bahasa ini. Perkara ini secara tidak langsung membawa mereka kepada menguasai sumber-sumber asas yang menjadikan rujukan kepada ajaran Islam. Selain itu, beberapa syiar di dalam Islam yang berasaskan Bahasa Arab seperti sebutan salam, lafaz azan, doa-doa yang ma thur (di ambil daripada Rasulullah) dan sebagainya menjadikan 2

Bahasa Arab tidak dapat lari daripada digunakan oleh masyarakat Islam walaupun mereka bukan daripada bangsa Arab. Menerusi penjelasan di atas ia menunjukkan bahawa kedatangan unsur-unsur Arab di dalam dunia nusantara termasuk unsur tulisan Arab yang dikenali sebagai jawi di dalam tamadun Melayu ini bukanlah bermaksud penguasaan bangsa Arab terhadap dunia nusantara ini tetapi ia merupakan kesan daripada pengaruh tamadun Islam terhadapnya. Perkara ini diperkukuhkan dengan pelbagai teori kedatangan Islam di Malaysia ini, iaitu pertama teori yang menyatakan Islam datang menerusi pedagang Arab 1, kedua teori yang menyatakan Islam datang menerusi pedagang Islam dari China 2 dan teori ketiga, Islam datang menerusi pedagang Islam daripada India 3. Kesemua teori ini sekiranya digabungkan menunjukkan bahawa dunia nusantara ini telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang Islam yang datang daripada pelbagai pelusuk dunia. Ia juga menunjukkan bahawa tamadun Islam telah meliputi cakupan yang luas serta mempunyai kekuatan tersendiri sejak era awal Islam lagi sehinggakan pengaruh Islam mudah untuk diterima oleh masyarakat luar Tanah Arab termasuk nusantara. Pengaruh tamadun Islam yang besar ini bukan sekadar mempengaruhi nusantara tetapi kesan yang sama, malahan lebih besar lagi berlaku di sebahagian besar dunia pada zaman kegemilangan Islam. Antara lain pengaruhnya sehingga ada di antara sesetengah bangsa dan negara bukan sekadar mengambil tulisan Arab sebagai tulisan untuk menyampaikan bahasa tetapi sehingga peringkat mengambil Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka dan meninggalkan bahasa asal mereka. Antara Negara-negara tersebut adalah seperti Mesir, Maghribi dan sebagainya. Malahan menurut Ayob Jadwat, seorang pengkaji Bahasa Indonesia, bahawa terdapat 34 bahasa yang masih menggunakan tulisan Arab dalam bahasa mereka pada awal abad ke 20, antaranya ialah bahasa Farsi, Turki, Kurdis dan Melayu (Abd. Razak Abu Cik, 2006). Di Malaysia sendiri, sehingga hari ini kita boleh menemui banyak 1 Antaranya terdapat catatan yang menunjukkan bahawa Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah diislamkan oleh seorang ulama Arab iaitu Sheikh Abdullah Bin Sheikh Ahmad al-qaumiri al-yamani pada tahun 531H / 1136M. (Abdullah Ishak, 1990) 2 Antara hujah di sebalik teori ini adalah peristiwa perpindahan masyarakat Arab-Islam dari wilayah selatan China ke Kedah dan Palembang kerana menyelamatkan diri daripada peristiwa pemberontakan di Canton pada 878 masihi yang menyebabkan kematian seramai 100,00 orang asing di situ (Azhar Hj. Mad Aros, 2000) 3 Kemasukan Islam dari India menerusi pedagang-pedagang India yang telah lama memeluk Islam (Abdullah Ishak, 1990) 3

perkataan Arab yang telah dijadikan perkataan yang digunakan dalam Bahasa Melayu, antaranya seperti musykil, ilmu, kalbu, amal, sabar, maut dan sebagainya. Kemungkinan besar sekiranya dunia nusantara ini tidak dijajah dan tamadun Melayu yang ada dapat bertapak dengan lebih lama, kemungkinan orang Melayu pada hari ini bertutur dalam bahasa Arab. KEMASUKAN TULISAN JAWI DI MALAYSIA Kemasukan tulisan jawi ini merupakan petunjuk berkenaan pengaruh Arab-Islam yang berjaya memasuki dan mempengaruhi masyarakat Melayu yang pada suatu masa dahulu tidak memiliki tulisan sendiri. Bukan sekadar itu sahaja, malahan tulisan Arab ini telah dikembangkan bagi menyesuaikan dengan penggunaan bahasa Melayu. Antara contoh penyesuaian tersebut adalah seperti penambahan huruf nga dan cha. Perkembangan tulisan ini sehingga peringkat ia dijadikan tulisan dalam penulisan naskhah-naskhah dan buku-buku berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Sehingga terdapat kajian yang menyatakan bahawa daripada permulaan penggunaan tulisan jawi sehingga kurun ke 20 terdapat tidak kurang 10,000 manuskrip yang ditulis dengan tulisan jawi. Manakala Dr. Kang pula berpendapat bahawa berkemungkinan terdapat lebih-kurang 7000 naskhah penulisan daripada khazanah dunia melayu yang menggunakan tulisan jawi masih berada di muzium-muzium di barat dan tiada salinannya di dunia Melayu(Abd. Razak Abu Cik. 2006). Selain itu, tulisan ini juga menjadi tulisan yang digunakan sebagai medium penyebaran ilmu di nusantara terutamanya ilmu Islam. Ia boleh dilihat antaranya ketika Perlak menjadi pusat penyebaran Islam menggantikan Melaka yang telah jatuh ke tangan Portugis, buku-buku ilmiah yang dihasilkan pada ketika itu adalah menggunakan tulisan jawi. Bahkan sepanjang zaman kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu Islam nusantara, tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan termasuk dalam urusan politik kenegaraan adalah tulisan jawi itu sendiri. Malahan orangorang Inggeris yang berurusan dengan pemerintah Melayu pada ketika itu juga perlu menggunakan tulisan jawi dalam tulisan-tulisan yang berkaitan dengan urusan politik kenegaraan. Penerimaan dan perkembangan tulisan Arab yang kemudiannya dikenali sebagai jawi ke dalam bahasa Melayu ini memberikan petunjuk kepada kekuatan pengaruh tamadun Islam pada ketika itu. Berlatarbelakangkan dunia nusantara atau kawasan territory bangsa melayu 4

yang luas serta terdedah kepada hubungan dengan beberapa kuasa besar yang mempunyai sejarah tamadun yang hebat dan lama seperti tamadun China dan India, penerimaan tulisan Arab-Islam berbanding tulisan China dan India merupakan suatu petunjuk pengaruh Arab- Islam lebih dominan di nusantara berbanding kuasa-kuasa besar setempat yang telah lama dominan di dunia sebelah sini. Perkembangan tulisan Jawi yang lebih meluas pada kurun pertengahan iaitu antara kurun ke 15 sehingga ke 16 juga telah dikaitkan dengan peralihan fokus pengaruh Islam ke dunia sebelah sini berikutan kejatuhan tamadun Islam di barat seperti di Sepanyol dan sekitarnya. Pada ketika ini juga nusantara menjadi salah satu pusat perkembangan Islam yang pesat sehingga membawa kepada peralihan perhatian kuasa-kuasa barat ketika itu yang sangat bermusuhan dengan kerajaan Islam seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol kepada penaklukan dan penjajahan dunia sebelah sini dengan beralasan keperluan perdagangan. Walaupun penaklukan dan penjajahan barat berlaku di sini tetapi tulisan jawi tetap kukuh untuk beberapa kurun selepas itu. Ia sebagai gambaran betapa asas di sebalik kewujudan tulisan Jawi itu sudah begitu kukuh mencengkam dalam sanubari masyarakat pengamal tulisan Jawi ini iaitu bangsa Melayu-Islam. Asas yang kukuh itu tidak lain dan tidak bukan adalah pegangan agama Islam yang merupakan asas kepada kerangka tamadun Islam itu sendiri. Selain itu, walaupun dunia nusantara menghadapi ancaman penaklukan, tetapi dalam masa yang sama tamadun Islam secara umumnya masih bertapak di sebahagian besar dunia ini dan masih mempunyai pengaruh tersendiri terhadap ummahnya di bahagian lain dunia ini. KEJATUHAN TULISAN JAWI Kejatuhan tulisan jawi bukan berlaku secara mendadak, tetapi ia berlaku secara sedikit demi sedikit sehingga akhirnya ia menjadi suatu yang hampir tidak digunakan dalam masyarakat Malaysia hari ini. Walaupun begitu, peringkat akhir kejatuhannya tidak mengambil masa yang agak lama iaitu dalam tempoh lebih kurang 50 tahun daripada tarikh penggunaan tulisan Rumi menggantikan tulisan jawi secara rasmi dalam pembelajaran peringkat sekolah di Malaysia. Tempoh ini dikira berdasarkan kepada kewujudan dua perkara besar dalam sejarah tanah air iaitu Penyata Razak 1954 4 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 5 yang digubal oleh anak 4 Antara lain, ia berbunyi: Kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan perkara menggunakan tulisan rumi atau jawi dalam bahasa kebangsaan itu dan cadangan digunakan tulisan rumi dengan syarat diadakan pelajaran jawi bagi murid-murid Islam. 5

bangsa Melayu dan bukan penjajah. Kedua-dua perkara ini telah menjadi titik-tolak kepada pengambil alihan tulisan Rumi akan kedudukan tulisan jawi yang selama ini mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat Melayu di Tanah Melayu khususnya. Penulis menyatakan ia mengambil masa yang tidak lama menerusi perbandingan keberadaan tulisan Jawi yang telah bertapak lebih daripada 700 tahun di tanah air jika mengambil kira tulisan yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu pada tahun 1303 masihi. Apa yang menyedihkan ialah kejatuhan ini berlaku selepas ia melalui era kegemilangan yang cukup membanggakan masyarakat Melayu nusantara terutamanya boleh dilihat ketika era penjajahan menyeluruh barat terhadap Tanah Melayu. Menurut seorang pengkaji, Sohair Abdel Munem Sery, terdapat pelbagai akhbar dan majalah dalam tulisan Jawi muncul dalam pelbagai bentuk keluaran sama ada mingguan, bulanan, dwi bulanan dan tahunan di beberapa buah negeri Perseketuan Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Kemunculan tulisan-tulisan ini dilihat begitu rancak selapas lahirnya akhbar Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1876. Keadaan ini menunjukkan betapa tulisan ini telah digunakan dengan amat meluas pada ketika itu, manakala tajuk-tajuk majalah dan naskhah yang kebanyakannya menggunakan Bahasa Arab pula menunjukkan pengaruh Islam yang masih segar walaupun Tanah Melayu berada di bawah penguasaan penjajah (Abd. Razak Abu Cik. 2006). Pada ketika itu, pihak penjajah sendiri perlu menggunakan tulisan jawi sebagai perantara dan bahasa melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam komunikasi dengan masyarakat melayu di sini. Perkara ini dibuktikan menerusi warkah Francis Light antara 1786 hingga 1794 yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874 serta Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 (Mohamad Shafiq, 2012). Begitu juga, tulisan jawi memberikan kesan yang besar dalam perjuangan kemerdekaan terutamanya apabila saluran penyebaran maklumat diperluaskan menerusi medium penulisan yang rataratanya pada ketika itu menggunakan tulisan Jawi. Manakala penggerak-penggerak utamanya pula adalah ramai daripada golongan agamawan yang pernah mendapat pendidikan di Timur Tengah. 5 Antara lain, ia berbunyi: Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa itu tidak melarang penggunaan tulisan melayu yang lebih dikenal dengan tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan. 6

Kejatuhan yang berlaku kalau diamati adalah ia serentak dengan kejatuhan dan kesuraman tamadun Islam di dunia ini sendiri. Perkara ini boleh dilihat di kala Tanah Melayu sedang bergelut untuk mencapai kemerdekaan pada saat tamadun Islam sedang dalam era kejatuhan, dalam masa yang sama telah terdapat segolongan anak bangsa Melayu sendiri yang cuba mencadangkan penggunaan tulisan Rumi lebih diutamakan daripada tulisan Jawi dengan mengenengahkan kelebihan-kelebihan tulisan Rumi serta kelemahan-kelemahan tulisan Jawi dalam konteks penggunaannya bagi bahasa Melayu 6. Antara lainnya sepertimana dicatatkan dalam sejarah, menjelang perang dunia pertama, hampir seluruh dunia Islam telah dijajah atau dikalahkan oleh penjajah-penjajah barat. Bahkan kerajaan penaung tamadun Islam terbesar pada ketika itu iaitu Turki juga telah mengalami kekalahan dalam perang tersebut seterusnya telah mengubah dasar negara daripada sebuah negara berteraskan agama Islam kepada sebuah negara sekular. Pada ketika itu jugalah tulisan Jawi di negara ini sedang menghadapi ancaman kejatuhan secara sedikit demi sedikit sehingga akhirnya pada hari ini kita tidak dapat lagi menemui walaupun satu akhbar harian berbahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi walaupun bangsa Melayu merupakan majoriti di negara ini. TELADAN BAGI MENGUKUHKAN TULISAN JAWI Penulis melihat menerusi penulisan ini bahawa tulisan Jawi sebagai salah satu indicator kekukuhan tamadun Islam pada suatu masa dahulu. Kehadirannya ketika tamadun Islam di peringkat kegemilangan manakala kejatuhannya di peringkat tamadun Islam di peringkat kelemahan dan kesengsaraan. Kehadiran tulisan Jawi pada suatu masa dahulu dilihat antaranya sebagai medan pengenalan kepada masyarakat Melayu terhadap huruf-huruf Arab yang menjadi huruf-huruf yang digunakan al-quran. Penguasaan tulisan Jawi menjadikan seseorang mempunyai asas untuk mengetahui bacaan al-quran. Hanya tinggal sedikit usaha lagi iaitu mengetahui tajwid dan mendalami bahasa Arab maka seseorang itu akan dapat memahami kandungan al-quran. Perkembangan yang berlaku di Tanah Melayu dengan banyak perkataan Arab yang telah menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu serta gaya bahasa kitab-kitab atau naskhah Jawi khususnya dalam lapangan pengajian Islam yang lebih 6 Pada tahun 1954, sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se- Malaya Kedua di Seremban, telah membandingkan sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. Hasil daripada penyiasatan itu maka disimpulkan dalam Memorondum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954, sebelas kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi. Hasilnya, Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan: Sudah sepatutnya tulisan Rumi di rasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya (Sabariah Bahrun, 2011) 7

hampir dengan gaya bahasa Arab menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sudah agak hampir kepada Bahasa Arab atau pun bahasa al-quran. Walaupun begitu, dengan kepupusan tulisan Jawi, jambatan yang selama ini dibina selama ratusan tahun akhirnya jatuh menyembah bumi menyebabkan masyarakat Melayu amnya kembali terpisah daripada al- Quran dan Bahasa Arab. Pengajaran yang boleh diambil bagi mengukuhkan semula penggunaan tulisan jawi ini adalah antaranya pengukuhan penggunaanya perlu dimulakan dengan pengukuhan jati diri umat Islam terlebih dahulu. Pengukuhan jati diri ini bermaksud pengukuhan pegangan terhadap Islam dan diikuti dengan rasa cinta kepada agama ini. Ia secara tidak langsung akan membuah rasa cinta terhadap segala perkara yang berkaitan dengan apa yang dicintai tersebut termasuklah tulisan jawi itu sendiri. Sejarah silam menunjukkan bagaimana kekukuhan tulisan jawi pada zamannya adalah berselari dengan kekukuhan jati diri bangsa yang menggunakannya pada ketika itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan banyak faktor yang memperkukuhkan jati diri ini, antaranya sepertimana kegemilangan tamadun Islam itu sendiri termasuk tamadun Melayu-Islam pada zaman tersebut. Sepatutnya seorang yang berbangsa Melayu perlu malu kepada bangsa lain seperti bangsa cina dan India di Malaysia yang begitu lantang mempertahankan tulisan dan bahasa mereka walaupun mereka bukan rakyat India atau pun China tetapi jati diri bangsa mereka tetap kukuh walau di mana mereka berada. KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan tulisan Jawi pada masa lalu di nusantara umumnya dan Malaysia khususnya sangat berselari dengan kekukuhan jati diri umat Islam di sini. Oleh kerana itu, antara faktor yang boleh membantu untuk memperkukuh dan memperkasakan tulisan ini pada hari ini adalah menerusi pemerkasaan jati diri umat Islam itu sendiri. Walaupun begitu, tulisan Jawi perlu dilihat sebagai satu indicator kekukuhan tamadun Islam tetapi dalam masa yang sama ia masih bersifat sebagai jambatan yang menyambungkan umat Islam dengan al-quran itu sendiri. Disebabkan itu, sekiranya umat Islam berupaya untuk terus pergi mendekati al-quran dengan mengenali dan memahami bahasa al-quran serta tulisannya secara terus tanpa menerusi jambatan tulisan Jawi, ia menunjukkan indicator yang lebih kukuh kepada penguasaan tamadun Islam itu sendiri. 8

RUJUKAN Abd. Razak Abu Cik. (2006), Menghayati sejarah tulisan bahasa Arab dan tulisan Jawi, Utusan Malaysia, Bahagian Bicara Agama, 2 Mac 2006. Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia. Azhar Hj. Mad Aros, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hashim Musa (1997), Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong (2012), Martabatkan kembali tulisan jawi, Sinar Harian, 7 Mei 2012. Sabariah Bahrun (2011) Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Prosiding konferensi antarabangsa Borneo, Universiti Mulawarman, Indonesia. 9