Drama 1400 (Nordin Hassan)

dokumen-dokumen yang mirip
Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Penangguhan (Wijaya Mala)

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Mellisa (Abdullah Hussain)

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

My Journey with Jesus #2 - Perjalananku dengan Yesus #2 THE JOY OF THE LORD SUKACITA DALAM TUHAN

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

2. "Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada. " Kolose 4:5.

1 1-4 Kepada yang kekasih saudara saya seiman Titus yaitu anak rohani

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Surat Paulus kepada Titus

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA


Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

1. Siapa berjalan pada jalannya sampai.

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Surat Petrus yang kedua

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

BAHAGIAN A. 21. Semasa wukuf jemaah haji dikehendaki berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM


Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

SKEMA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 KERTAS 1

kotor kuat kusut lagi

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Yakub si penipu

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yakub si penipu

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

YUNUS. 1 Yunus 1. Yunus menolak perintah ALLAH untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe

Entahlah, suamiku. Aku juga tidak pernah berbuat jahat dan bahkan selalu rajin beribadah, jawab sang isteri sambil menahan air mata.

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

Disebarluaskan melalui: website: Desember, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

YUNUS. 1 7/15/15 Yunus 1. Yunus menolak perintah Allah untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe

للسنة االولى مصلح فتح الرمحن.

Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

١٢٢٣/2 PENDIDIKAN ISLAM SET 2

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. MANIPULATIF. AGRESIF CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

I. Apa yang tepat sesuai dengan Kitab James?

Renungan tentang kehidupan

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

GPIB Immanuel Depok Minggu, 18 Maret 2018

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Ratu Ester yang Cantik

Drama Dato Onn (Othman Hj Zainudin)

Janji Allah kepada Abraham

Page 1 of 8 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III

Pengetahuan Baik & Jahat. "Bilamana mereka menolak Allah dalam pengetahuan-nya, Hati yang tegar itu digelapkan."

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

SD kelas 6 - BAHASA INDONESIA BAB 7. MEMBACA SASTRALatihan Soal 7.6

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

SD kelas 6 - BAHASA INDONESIA BAB 7. MEMBACA SASTRALatihan Soal 7.9

APAKAH SAUDARA INGIN BERTUMBUH?

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Ratu Ester yang Cantik

Puasa sesuai Al Qur'an dan Hadist

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Ratu Ester yang Cantik


LALUAN KEHIDUPAN

APOCRYPHA Bel dan Naga KING JAMES BIBLE Bel dan naga

Transkripsi:

Sinopsis Drama 1400 (Nordin Hassan) Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat. Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya. Pemikiran Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat. justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.

Persoalan 1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta 2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan 3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit 4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah 5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu Plot Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram. (ii) Perkembangan Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah. (iii) Konflik Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya. Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung. Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang.

(iv) Klimaks Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya. (v) Peleraian Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut. Teknik Plot 1. Kejutan Dollah bertemu dengan mayat ibunya Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh 2. Suspens Dollah disondol binatang ganjil 3. Pemerian Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap... 4. Imbas Kembali Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut? Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh. 5. Monolog Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-mu.

Watak dan Perwatakan Watak Utama 1. Dollah Capik, miskin dan dihina masyarakat Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya. Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah.. Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak. Watak Sampingan 1. Intan Siti Rahimah Isteri Dollah Perempuan yang cantik Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka. 2. Abu Lahab Broker tanah Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung. 3. Pak Sudin Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.

Latar 1. Latar masa Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut Minggu depan Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau Petang di surau, Dollah berbual dengan Pak Long 2. Latar tempat Kampung Kuala dan memelihara kuda-kuda Kampung Kenanga tempat Dollah membeli tanah dan Sungai Nenek airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda Surau tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji Di rumah pawang Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya 3. Latar masyarakat Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan. Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki. Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk. Masyarakat yang mementingkan diri. Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah. Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.

Gaya Bahasa 1. Simpulan Bahasa Besar hati, naik kepala, duri dalam daging 2. Repetisi Mereka, merekalah Cakap, cakap, cakap, cakap... 3. Personifikasi Kambing-kambing tersenyum 4. Kata Pinjaman Bahasa Inggeris Order, secret,you, I Bahasa Arab Fajar, sidik, hijrah Nilai 1. Nilai kesabaran Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung. 2. Nilai tolong-menolong Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

3. Nilai menghargai barangan tempatan Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali. 4. Nilai kasih sayang antara suami isteri Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik. 5. Nilai ketaatan Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung. Pengajaran 1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan. 2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin. 3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.dollah mencemarkan sungai dengan najisnajis kuda yang dipeliharanya. 4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu. 5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.

Latihan 1. Mengapakah Dollah meminta bantuan daripada bomoh? Jawapan: untuk membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan kekayaan. 2. Apakah makanan kesukaan Intan Siti Rahimah semasa mengandung? Jawapan: udang galah, ikan sungai dan pucuk paku.