GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN


DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

PEKELILING PENDAFTAR

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Universiti Malaysia PAHANG

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

SYARAT PERMOHONAN MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI LATIHAN

URUS TADBIR PROPOSAL & REKOD PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA TEL : +603 8946 1242/1633 FAKS : +603 8945 1673

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik, Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan Siswazah Penyelidik ini adalah untuk diterimapakai dalam urusan pelantikan bagi perkhidmatan tersebut di atas di Universiti Putra Malaysia. 2. TAKRIF 2.1 Penolong Penyelidik : Merujuk kepada individu yang dilantik secara rasmi bagi menjalankan penyelidikan, pengumpulan data, mengurus peralatan penyelidikan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan projek penyelidikan penyelia. 2.2 Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) 2.3 Siswazah Penyelidik Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) Fellowship Penyelidik Siswazah Antarabangsa (IGRF) Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) Pembantu Penyelidik Siswazah Khas (SGRA) : Merujuk kepada individu yang dilantik secara rasmi bagi membantu dalam operasi pentadbiran sesebuah pusat penyelidikan (RC) / PusatTanggungjawab seperti menguruskan perkara berkaitan surat menyurat, sistem rekod dan fail, urusan kewangan, dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan pentadbiran penyelidikan. : Merujuk kepada pelajar ijazah yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia yang dilantik secara rasmi (dengan dibayar elaun) bagi membantu penyelidik dalam projek penyelidikan dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan. 3. SYARAT LANTIKAN CALON Syarat lantikan calon adalah sepertimana yang dinyatakan bagi setiap jawatan: 1/10

JAWATAN KELAYAKAN Penolong Penyelidik Calon yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dengan CGPA tidak kurang daripada 3.00 bagi bidang sains sosial atau 2.75 bagi bidang sains dan teknologi atau kelayakan lain yang setaraf dengannya. Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) Siswazah Penyelidik Calon yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya dua (2) gred C dalam matapelajaran yang berkaitan dan lulus Pengajian Am atau Diploma dengan CGPA tidak kurang daripada 3.00 atau kelayakan lain yang setaraf dengannya. Calon yang dilantik hendaklah dari kalangan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana atau PhD di Universiti Putra Malaysia dengan ketetapan syarat seperti di Lampiran A. 4. TARAF PELANTIKAN 4.1 Bagi jawatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan), pelantikan adalah bertaraf kontrak secara sepenuh masa, dan permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, permohonan dari kalangan bukan warganegara adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penaja geran. 4.2 Bagi lantikan Siswazah Penyelidik, pelantikan adalah bertaraf kontrak dan permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Walau bagaimanapun, permohonan dari kalangan bukan warganegara adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penaja geran. 4.3 Mana-mana calon yang dilantik ke jawatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) tidak dibenarkan menyambung pengajian sepanjang tempoh pelantikan tersebut kerana taraf pelantikan adalah secara sepenuh masa. 4.4 Universiti tidak berkewajipan untuk melantik calon Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) ke jawatan tetap. 2/10

5. TEMPOH PELANTIKAN Tempoh pelantikan bagi Penolong Penyelidik, Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan Siswazah Penyelidik adalah seperti berikut: 5.1 Bagi lantikan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan), tempoh pelantikan hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan pada satu-satu masa. 5.2 Bagi lantikan Siswazah Penyelidik, tempoh lantikan adalah mengikut lantikan seperti berikut: 5.2.1 GRF dan GRA: Tempoh minimum pelantikan pelajar Master dan PhD ialah satu (1) semester, manakala tempoh maksimum pelantikan ialah pengajian pelajar hendaklah tidak melebihi empat (4) semester bagi pelajar Master dan enam (6) semester bagi pelajar PhD. 5.2.2 IGRF: Tempoh maksimum pelantikan pelajar PhD ialah empat (4) semester. 5.2.3 SGRA: Tempoh maksimum pelantikan ialah satu (1) semester dan tempoh pelantikan dibuka sepanjang semester. 5.3 Pelanjutan tempoh pelantikan Siswazah Penyelidik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada: 5.3.1 Prestasi perkhidmatan memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Penyelidik / Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mana berkenaan. 5.3.2 Peruntukan geran penyelidikan mencukupi bagi tujuan pembayaran elaun, kemudahan dan faedah yang berkaitan. Nota: Geran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia hanya membenarkan lantikan calon dari kalangan warganegara Malaysia sahaja. 6. GAJI / ELAUN SARA HIDUP LANTIKAN KELAYAKAN GAJI / ELAUN Julat Gaji/bulan : KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN Penolong Penyelidik Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana PhD RM 1,200.00 RM 2,520.00 RM 1,800.00 RM 4,140.00 RM 2,500.00 RM 6,500.00 RM 120 RM 180 RM 250 3/10

LANTIKAN KELAYAKAN GAJI / ELAUN Julat Gaji/bulan: KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan ) SPM / STPM / Diploma RM 900.00 RM 1,800.00 RM 90 Julat Elaun/bulan: Siswazah Penyelidik GRF IGRF GRA Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Masters/PhD) Masters: RM 1,500.00 dan pengecualian yuran pelajaran PhD: RM 1,800.00 dan pengecualian yuran pelajaran Tidak berkaitan Julat Elaun/bulan: Siswazah Penyelidik SGRA Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Masters/PhD) Masters: RM 1,500.00 dan tiada pengecualian yuran pelajaran PhD: RM 1,800.00 dan tiada pengecualian yuran pelajaran Tidak berkaitan Nota Penting: 1. Tawaran pelantikan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) hendaklah berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun penetapan gaji permulaan yang berbeza adalah berdasarkan tahun pengalaman dalam bidang yang sama dan dalam kelayakan yang sama, atau mengikut baki peruntukan geran yang ada. 2. Bagi lantikan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan), penyandang boleh dipertimbangkan pembaharuan kontrak dan layak dipertimbangkan kenaikan gaji / elaun dengan syarat tidak melebihi had maksimum gaji yang ditetapkan seperti jadual di atas atau kadar siling yang ditetapkan dalam garis panduan pihak penaja, yang mana berkenaan tertakluk kepada: Calon menunjukkan prestasi yang cemerlang dan telah mencapai KPI yang telah ditetapkan; dan Peruntukan geran penyelidikan penyelidik adalah mencukupi. 4/10

3. Pembayaran gaji / elaun bulanan adalah tertakluk pegawai mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan dan KPI yang ditetapkan. 4. Calon yang dilantik tidak boleh dibayar sebarang honorarium sebagai tambahan kepada gaji / elaun sedia ada. 5. Bagi lantikan Siswazah Penyelidik GRA dan SGRA, calon yang dilantik boleh dipertimbangkan elaun bulanan yang lebih tinggi tertakluk kepada persetujuan penyelia, jumlah peruntukan geran dan kadar siling yang ditetapkan dalam garis panduan pihak penaja. 7. KOS OPERASI Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kos operasi bagi tujuan pengambilan ke pelantikan ini bagi tempoh yang dicadangkan adalah mencukupi. 8. FAEDAH DAN KEMUDAHAN Kemudahan dan faedah yang diberikan adalah sepertimana yang dinyatakan: Perkara Perubatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Kemudahan perubatan untuk diri sendiri yang merangkumi rawatan perubatan / pergigian di PKU sahaja atas kadar tidak melebihi RM 600.00 setahun (Pro-rata RM 50.00 sebulan). Had maksimum bayaran rawatan pergigian adalah RM 300.00 setahun dan ini termasuk dalam kadar RM 600.00 yang layak diterima. Tuntutan bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan resit asal bayaran perubatan kepada pegawai kewangan di Zon dengan mengemukakan borang yang disediakan dan perlu mendapat pengesahan atau perakuan Ketua Penyelidikan / PTJ. Siswazah Penyelidik Kemudahan perubatan untuk diri sendiri disediakan di Pusat Kesihatan UPM / mengikut kelayakan pelajar. Cuti Rehat Mengikut kadar 14 hari setahun Cuti Sakit Mengikut kadar lima (5) hari setahun Tidak berkaitan Tuntutan Perjalanan KWSP SOCSO Cukai Pendapatan Mengikut syarat dan kadar yang terpakai di Universiti Putra Malaysia Mengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa (warganegara sahaja) Mengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa (warganegara sahaja) Mengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 Tidak berkaitan Tidak berkaitan Tidak berkaitan Tidak berkaitan 5/10

Perkara Ganjaran Bonus Lain-lain Insentif Yuran Pelajaran Nota Penting: Penolong Penyelidik dan Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Tidak berkaitan Tidak berkaitan Tidak berkaitan Tidak berkaitan Siswazah Penyelidik Pengecualian yuran pelajaran kecuali SGRA 1. Kos rawatan perubatan atau pergigian, caruman KWSP / SOCSO dan tuntutan perjalanan (mana berkenaan) bagi Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) akan dicaj daripada peruntukan geran penyelidikan yang berkaitan. 2. Pegawai yang dilantik dari kalangan bukan warganegara hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak Universiti dan Kerajaan Malaysia. 9. PRESTASI UTAMA / KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) KPI bagi lantikan Penolong Penyelidik, Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan Siswazah Penyelidik ditunjukkan seperti dalam Lampiran B. 10. PROSES LANTIKAN 10.1 Permohonan Pelantikan 10.1.1 Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) a) Permohonan untuk melantik calon hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidik Projek / Penyelidik Utama melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan) / Pengarah kepada Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) untuk kelulusan pelantikan dengan mengemukakan: Skim Penolong Penyelidik / Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) Dokumen Borang permohonan Salinan Kad Pengenalan / Pasport Ringkasan Biodata Diri (CV) Salinan sijil akademik termasuk transkrip akademik Skop tugas yang dipertanggungjawabkan beserta milestone aktiviti kajian penyelidikan yang dijalankan b) Kelulusan pelantikan oleh Jawatankuasa Pemilih (Penyelidikan) yang bersidang setiap bulan. 6/10

10.1.2 Siswazah Penyelidik a) Permohonan untuk melantik calon hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidik Projek / Penyelidik Utama melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan) / Pengarah kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk kelulusan dengan mengemukakan: Skim GRF IGRF GRA SGRA Dokumen Borang permohonan Salinan Kad Pengenalan Salinan surat tawaran pengajian / Keputusan semester terkini Kertas penerbitan (jika ada) Salinan surat tawaran MyBrain 15 (MyMaster) / Salinan Permohonan MyBrain 15 (My Master/MyPhD) Salinan keputusan akhir / transkrip peringkat Bacelor/Masters Borang permohonan Salinan Pasport Salinan keputusan TOEFL / IELTS Surat dari kedutaan pelajar bahawa pemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan / biasiswa / pendapatan daripada mana-mana agensi atau kerajaan Kertas penerbitan (penerbitan mestilah affiliation dengan UPM) Borang permohonan Salinan surat kelulusan geran penyelia Surat pengesahan daripada Ketua Projek Penyelidikan berkenaan tarikh peruntukan projek penyelidikan tersebut dijangka akan diterima. Borang permohonan Salinan surat kelulusan geran penyelia Surat pengesahan daripada Ketua Projek Penyelidikan berkenaan tarikh peruntukan projek penyelidikan tersebut dijangka akan diterima. b) Kelulusan pelantikan oleh Jawatankuasa Pemilih Biasiswa (Siswazah) yang bersidang setiap semester bagi lantikan GRF / IGRF dan GRA. 10.2 Surat Tawaran 10.2.1 Surat tawaran pelantikan ditandatangani oleh (wakil Pendaftar) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi jawatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan (wakil Pendaftar) Sekolah Pengajian Siswazah bagi lantikan Siswazah Penyelidik dan disalinkan mengikut butiran berikut: 7/10

Skim Penolong Penyelidik / Pembantu Penyelidik (Siswazah Penyelidikan) Siswazah Penyelidik Salinan Kepada Bendahari Ketua Projek Ketua PTJ Fail Projek Pengarah RMC Bendahari Ketua Projek Ketua PTJ Pengarah RMC Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 10.2.2 Surat tawaran pelantikan kepada calon perlu mengandungi perkara perkara berikut: i) Nama jawatan / lantikan yang ditawarkan ii) Taraf pelantikan iii) Tempoh pelantikan iv) Gaji / Elaun yang ditawarkan v) Nama projek (jika berkenaan) vi) Maklumat berkaitan dengan urusan Jabatan Imigresen Malaysia (bagi calon bukan warganegara) vii) NDA / Affiliation UPM viii) Borang penerimaan lantikan ix) Pengesahan lapor diri 10.2.3 Kenyataan berkaitan keperluan untuk menyerahkan semua maklumat dan data-data yang berkaitan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab sebelum menamatkan perkhidmatan di Pusat Penyelidikan / Pusat Tanggungjawab masingmasing. 10.3 Pemberitahuan Melapor Diri Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab bagi pelantikan yang mana berkenaan perlu melaporkan tarikh calon mula bertugas kepada (wakil Pendaftar) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan (wakil Pendaftar) Sekolah Pengajian Siswazah bagi membolehkan pembayaran gaji kepada calon diuruskan. Calon bukan warganegara bagi jawatan Penolong Penyelidik perlu mengemukakan pas profesional semasa melapor diri. 8/10

11. PEMANTAUAN KPI 11.1 Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab perlu memantau KPI calon sepertimana dinyatakan dalam Perenggan 9 di atas dengan melengkapkan Borang Penilaian dan mengemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Sekolah Pengajian Siswazah, yang mana berkaitan untuk rekod dan tindakan (jika perlu) setiap enam (6) bulan iaitu pada Jun dan Disember setiap tahun tertakluk kepada tempoh lantikan. 11.2 Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab perlu melaporkan masalah disiplin calon atau ketidakhadiran untuk bertugas oleh calon (jika ada) kepada Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) / Sekolah Pengajian Siswazah, yang mana berkaitan untuk tindakan selanjutnya. 12. PENAMATAN PERKHIDMATAN 12.1 Penamatan perkhidmatan boleh dibuat sama ada oleh calon ataupun pihak Universiti Putra Malaysia dengan memberi 14 hari notis bertulis. 12.2 Penamatan perkhidmatan ini tidak terpakai bagi Siswazah Penyelidik kerana tertakluk kepada kontrak pelantikan yang telah dipersetujui dengan pihak Sekolah Pengajian Siswazah. 12.3 Calon perlu menyerahkan: 12.3.1 Kad Pengenalan Kampus kepada Pengarah Keselamatan, Bahagian Keselamatan UPM; dan 12.3.2 Semua maklumat, data-data dan peralatan yang berkaitan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab sebelum menamatkan perkhidmatan di Pusat Penyelidikan / Pusat Tanggungjawab masing-masing. 12.4 Bagi calon bukan warganegara, surat penyelesaian cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mesti diperolehi terlebih dahulu bagi maksud pembayaran gaji terakhir. 12.5 Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab bagi pelantikan yang mana berkenaan untuk melaporkan kepada Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) / Sekolah Pengajian Siswazah, yang mana berkaitan 9/10

sekiranya terdapat calon yang tidak hadir bertugas tanpa kebenaran untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil. 13. PERKARA-PERKARA LAIN 13.1 Imigresen Calon atau Ketua Projek dikehendaki berurusan sendiri dengan Jabatan Imigresen Malaysia melalui Pejabat Antarabangsa UPM untuk mendapatkan Pas Profesional. Segala perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung sendiri oleh calon. Walau bagaimanapun, pelantikan calon bukan warganegara tidak digalakkan kecuali jika kepakaran calon tidak diperolehi secara tempatan. 13.2 Pengeluaran Kad Kampus Surat akuan akan dikeluarkan oleh (wakil Pendaftar) Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) kepada Bahagian Keselamatan UPM untuk calon Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) membuat Kad Pengenalan Kampus. 13.3 Syarat-syarat lain Calon MyBrain15 (MyPhD) atau calon pemegang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana penganjur tidak boleh dilantik sebagai Siswazah Penyelidik. Sekiranya didapati ada pertindihan jawatan, tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu berkenaan. Disediakan oleh: Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM 1 September 2015 10/10

LAMPIRAN A SYARAT LANTIKAN CALON SISWAZAH PENYELIDIK SKIM Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) SYARAT LANTIKAN a) Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program Master atau PhD (mod penyelidikan) di UPM; b) Permohonan juga terbuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master atau PhD (mod penyelidikan). Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut: i) Status pengajian calon adalah Baik. Pelajar yang berstatus Menangguh atau Probation tidak layak untuk memohon. ii) Semester pengajian semasa tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD (semasa permohonan dikemukakan). iii) Calon tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme. iv) Calon memperolehi CGPA peringkat Bacelor 3.000 ke atas bagi Kluster Sains / Teknikal dan 3.500 bagi Kluster Sastera / Sains Sosial. v) Calon telah mendapat tawaran MyMaster atau telah mengemukakan permohonan MyMaster / MyPhD. c) Permohonan juga terbuka kepada Pegawai Kerajaan / Swasta yang mendapat kebenaran Cuti Belajar tanpa Gaji. d) Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa / bantuan kewangan / bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. Sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar, semua kemudahan yang diberikan akan ditarik balik dan pelajar perlu membayar balik elaun yang telah diberikan. 1/4

LAMPIRAN A SKIM Fellowship Penyelidik Siswazah Antarabangsa (IGRF) SYARAT LANTIKAN a) Permohonan adalah terbuka kepada pelajar dari kalangan bukan warganegara yang sedang mengikuti program PhD dengan memenuhi syarat-syarat berikut: i) Calon mestilah berdaftar sebagai pelajar UPM dengan status pengajian adalah "Baik". Pelajar yang berstatus "Percubaan" atau yang telah menangguh pengajian adalah tidak layak untuk memohon. ii) Calon hendaklah dalam pengajian di akhir semester kedua program PhD. iii) Calon tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme. iv) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua artikel jurnal berwasit yang telah diterbitkan atau berstatus accepted. v) Calon hendaklah mempunyai satu cadangan penyelidikan. vi) Calon hendaklah mempunyai borang laporan kemajuan penasihat / penyelia. b) Pemohon hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut: i) IELTS (Band 6), atau ii) TOEFL : Skor minimum kertas ujian ialah 550; Skor minimum Ujian Komputer ialah 213; Skor minimum Ujian Internet ialah 79-80, atau iii) Lulus Program Bahasa Inggeris Tertiari (TEP) c) Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa / bantuan kewangan / bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. Sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar, semua kemudahan yang diberikan akan ditarik balik dan pelajar perlu membayar balik elaun yang telah diberikan. 2/4

LAMPIRAN A SKIM Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) SYARAT LANTIKAN a) Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program Master (dengan tesis) atau PhD di UPM bagi semester pertama pengajian. b) Permohonan juga adalah terbuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master (dengan tesis) atau PhD. Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut: i) Mendaftar sebagai pelajar di UPM dan status pengajian adalah Baik. ii) Pelajar yang berstatus Menangguh atau Percubaan tidak layak untuk memohon. c) Setiap permohonan mestilah mendapat sokongan daripada Penasihat / Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan / atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti / Pengarah Institut. d) Biasiswa ini dibiayai oleh geran penyelidikan Penyelia / Pengerusi / Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis Pelajar. Geran penyelidikan mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM 10,000.00 setiap pelajar semasa pelantikan dibuat. e) Bagi geran penyelidikan yang baharu diluluskan atau sekiranya wang penyelidikan yang diperuntukan masih belum dimasukkan ke dalam akaun, pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut bersama dengan permohonan yang dihantar kepada pihak Sekolah Pengajian Siswazah: i) Salinan surat kelulusan geran penyelidikan; ii) Surat pengesahan daripada Ketua Projek Penyelidikan berkenaan tarikh jangkaan peruntukan projek penyelidikan tersebut akan diterima. f) Bilangan semester pengajian pemohon mestilah tidak melebihi: i) Master : 4 semester ii) PhD : 6 semester g) Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa / bantuan kewangan / bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. Sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar, semua kemudahan yang diberikan akan ditarik balik dan pelajar perlu membayar balik elaun yang telah diberikan. 3/4

LAMPIRAN A SKIM Pembantu Penyelidik Siswazah Khas (SGRA) SYARAT LANTIKAN a) Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar siswazah (dengan tesis) UPM yang sedang dalam tempoh pengajian. b) Permohonan dibuka sepanjang semester dengan syarat pelajar mendaftar untuk semester tersebut. c) Setiap permohonan hendaklah mendapat sokongan daripada Penasihat / Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan / atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti / Pengarah Institut di mana geran penyelidikan tersebut diluluskan. d) Pembiayaan elaun adalah daripada geran penyelidikan Penyelia / Pengerusi / Ahli Jawatankuasa penyeliaan geran. Bilangan pelajar yang layak ditaja di bawah geran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penaja. e) Jumlah geran penyelidikan mestilah cukup untuk membayar elaun yang akan dibayar dalam tempoh pelantikan. f) Tempoh maksimum pelantikan ialah satu (1) semester dan tempoh pelantikan dibuka sepanjang semester. g) Pelantikan adalah berkuatkuasa setelah surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah. Sebarang kerja yang dilakukan sebelum surat tawaran dikeluarkan tidak akan dibayar sebarang elaun. 4/4

LAMPIRAN B KPI PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRNA PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK LANTIKAN KPI Penolong Penyelidik Bagi Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Menjalankan aktiviti kajian penyelidikan mengikut milestone. Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh Ketua Projek mengikut tempoh yang ditetapkan. Membantu dalam menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) cadangan penyelidikan di peringkat universiti / awam / swasta / antarabangsa. Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan penyelidikan yang dipertanggungjawab oleh Ketua Penyelidikan / Projek / PTJ mengikut tempoh yang ditetapkan. Siswazah Penyelidik Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit bagi (Master) atau dua (2) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit bagi (PhD); iaitu satu daripadanya hendaklah sebagai penulis pertama dalam tempoh pengajian selaras dengan keperluan SGS kecuali bagi lantikan Penolong Penyelidik (Projek) SGRA. Aktiviti kajian penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut milestone pengajian siswazah. Bagi Kelayakan Ijazah Sarjana Menjalankan aktiviti kajian penyelidikan mengikut milestone. Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh Ketua Projek mengikut tempoh yang ditetapkan. Membantu dalam pengajaran / tutorial / amali / kerja makmal / penyeliaan pelajar tahun akhir dan / atau menunjuk ajar untuk tempoh tidak melebihi 4 jam seminggu bagi pelajar Master dan 6 jam seminggu bagi pelajar PhD termasuk dalam cuti semester kecuali bagi lantikan SGRA. Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) cadangan penyelidikan di peringkat universiti / awam / swasta / antarabangsa. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit atau satu (1) penerbitan bab dalam buku. Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh penyelia dalam perkara yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengajaran yang akan memberikan manfaat bersama dalam tempoh yang ditetapkan. 1/4

LAMPIRAN B LANTIKAN Penolong Penyelidik Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) pembentangan kertas kerja di seminar peringkat universiti / dalam negara / antarabangsa. Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Siswazah Penyelidik Mengendalikan atau membantu mengendalikan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti jaringan / rangkaian kerjasama penyelidikan di peringkat awam / swasta / antarabangsa. Bagi Kelayakan Ijazah PhD Menjalankan aktiviti kajian penyelidikan mengikut milestone. Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh Ketua Projek mengikut tempoh yang ditetapkan. Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) cadangan penyelidikan di peringkat universiti / awam / swasta / antarabangsa. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit atau dua (2) penerbitan bab dalam buku. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) pembentangan kertas kerja di seminar peringkat universiti / tempatan / antarabangsa. 2/4

LAMPIRAN B LANTIKAN Penolong Penyelidik Mengendalikan atau membantu mengendalikan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti jaringan / rangkaian kerjasama penyelidikan di peringkat awam / swasta / antarabangsa. Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Siswazah Penyelidik 3/4