Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

dokumen-dokumen yang mirip
CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

1. Apa produk ini berkenaan?

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Overdraf. November 2017

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

SYNERGY CARDS SDN BHD

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

10.75% RM672, Jumlah Pembayaran berdasarkan Harga Jualan Bank adalah RM672,105.60

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Transkripsi:

CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada Januari 2015 Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil CashLite. Sila pastikan anda juga membaca terma-terma dan syarat-syarat umum. 1. Apa produk ini berkenaan? CIMB CashLite ( CashLite ) adalah kemudahan pendahuluan tunai yang memberikan anda bahagian daripada ketersediaan had kredit di bawah kad kredit CIMB yang dibayar ke akaun semasa atau simpanan pilihan anda dengan Bank CIMB atau bank-bank lain dan dibayar balik ke Bank CIMB jumlah yang dibayar kepada anda bersama-sama dengan faedah yang dikenakan melalui ansuran bulanan tetap sehingga 48 bulan. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan amaun CashLite yang rendah di mana terma-terma (seperti amaun, kadar faedah dan/atau tempoh) adalah berbeza dari terma-terma yang diminta oleh anda. Anda boleh menerima tawaran secara lisan atau menggunakan amaun CashLite di mana Bank CIMB mengkreditkan kepada akaun anda. 2a. Apakah yang akan saya dapat dari Produk ini? Anda akan dapat menikmati pendahuluan tunai tiada kerumitan pada kadar faedah yang lebih rendah. CashLite yang dipohon, adalah tertakluk kepada kelulusan Bank CIMB, akan diperolehi daripada had kad kredit anda. Kadar Faedah CashLite dikenakan seperti berikut: Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun Tempoh 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% Setelah permohonan CashLite anda diluluskan, had kredit gabungan anda akan dikurangkan dengan menyekat keluar amaun yang sama dengan amaun CashLite yang diluluskan dan jumlah faedah yang dikenakan ke atas amaun CashLite (dan fi pemindahan antara bank ("IBG") sebanyak RM2.00 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) sekiranya anda meminta amaun CashLite dikeluarkan ke akaun bank anda yang lain). Had kredit anda akan secara progresif dipulihkan dan disediakan untuk kegunaan anda (mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan yang dibayar dan setakat pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. Amaun CashLite yang diluluskan akan menjadi sebahagian daripada jumlah keseluruhan had kredit yang sedia ada untuk semua akaun kad kredit Bank CIMB anda, termasuk akaun kad kredit tambahan anda. Akaun CashLite berasingan dengan nombor akaun 16 digit akan diberikan kepada anda untuk tujuan kemudahan CashLite anda. 2b. Apakah amaun CashLite minimum dan maksimum yang boleh saya pohon? Amaun minimum untuk permohonan CashLite ialah RM1, 000 dan amaun maksimum adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit anda dan mengikut budi bicara Bank CIMB. Apa-apa penggunaan kad kredit di antara masa permohonan dan masa kelulusan akan mengurangkan had kredit anda. Bergantung kepada had kredit anda pada masa kelulusan, Bank CIMB boleh meluluskan dan mengeluarkan amaun CashLite yang lebih rendah daripada apa yang anda pohon. 1

3. Apakah obligasi bulanan saya? Pembayaran ansuran bulanan tetap anda ( Pembayaran Bulanan ) boleh dikira berdasarkan kaedah pembayaran balik baki pengurangan seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap Pembayaran Bulanan CashLite akan dibilkan ke akaun CashLite anda dan anda akan membuat Pembayaran Bulanan secara penuh sebelum Tarikh Matang setiap bulan. Ilustrasi di bawah menunjukkan potongan bulanan pada amaun principal dan faedah dari amaun principal CashLite tertunggak berdasarkan kepada ansuran bulanan. Amaun CashLite RM5,000 Kadar faedah 8.99% setiap tahun Tempoh 12 bulan Pembayaran Bulanan RM 454.13 Bulan Amaun Prinsipal CashLite Tertunggak Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan Faedah Bulanan Ansuran Bulanan 1 5,000.00 384.97 69.15 454.13 2 4,615.03 390.73 63.39 454.13 3 4,224.29 396.50 57.63 454.13 4 3,827.80 402.26 51.87 454.13 5 3,425.54 408.02 46.10 454.13 6 3,017.52 413.79 40.34 454.13 7 2,603.73 419.55 34.58 454.13 8 2,184.18 425.31 28.81 454.13 9 1,758.87 431.07 23.05 454.13 10 1,327.80 436.84 17.29 454.13 11 890.96 442.60 11.53 454.13 12 448.36 448.36 5.76 454.13 Jumlah 5,000.00 449.50 5,449.56 4. Adakah fi dan caj lain yang perlu saya bayar? Berdasarkan kepada garispanduan Bank Negara Malaysia, Bank CIMB boleh mengenakan caj kewangan di atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan CashLite tertakluk kepada kadar maksimum semasa 18% setahun (berdasarkan kepada cara pembayaran seperti yang dicatatkan di dalam garispanduan Bank Negara) sekiranya anda gagal untuk membayar baki tertunggak Pembayaran Bulanan pada tarikh matang dan caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh penyata seterusnya. Tiada fi untuk pendahuluan tunai, fi pemprosesan atau fi penyelesaian awal yang dikenakan pada kemudahan CashLite. 2

5. Apakah akibat sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi pembayaran saya? Caj Pembayaran Lewat: Sekiranya Pembayaran Bulanan CashLite tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak pada Pembayaran Bulanan (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang seterusnya. Hak Penolakan: Kami mempunyai hak untuk menolak sebarang baki kredit dalam akaun anda yang dikekalkan dengan kami terhadap apa-apa baki tertunggak dalam akaun kad kredit ini dengan memberi tujuh (7) hari kalendar notis terlebih dahulu. 6. Apakah sekiranya saya menyelesaikan sepenuhnya akaun CashLite sebelum kematangan? Tiada tempoh penguncian atau fi penyelesaian awal yang dikenakan pada akaun CashLite anda. Anda boleh melaksanakan penyelesaian awal pada amaun jumlah tertunggak sebelum tarikh tamat tempoh sebenar, dengan memanggil kami di pusat panggilan kami dan memberikan kami tidak kurang daripada 30 hari notis terlebih dahulu. Untuk penyelesaian awal tersebut, anda dikehendaki membayar Bank CIMB amaun prinsipal tertunggak CashLite. Berdasarkan ilustrasi berikut, sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk membuat penyelesaian awal (menyelesaikan sebelum tarikh matang) pada bulan 6, pelanggan dikehendaki membayar amaun prinsipal jumlah tertunggak CashLite sebanyak RM3,017.52. Amaun CashLite RM5,000 Kadar faedah 8.99% setiap tahun Tempoh 12 bulan Pembayaran Bulanan RM 454.13 Bulan Amaun Prinsipal CashLite Tertunggak Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan Faedah Bulanan Ansuran Bulanan 1 5,000.00 384.97 69.15 454.13 2 4,615.03 390.73 63.39 454.13 3 4,224.29 396.50 57.63 454.13 4 3,827.80 402.26 51.87 454.13 5 3,425.54 408.02 46.10 454.13 6 3,017.52 413.79 40.34 454.13 7 2,603.73 419.55 34.58 454.13 8 2,184.18 425.31 28.81 454.13 9 1,758.87 431.07 23.05 454.13 10 1,327.80 436.84 17.29 454.13 11 890.96 442.60 11.53 454.13 12 448.36 448.36 5.76 454.13 3

7. Apakah risiko-risiko utama yang terlibat? Pembayaran Bulanan perlu dibayar sepenuhnya sebelum tarikh matang penyata. Fikirkan tentang keupayaan pembayaran balik anda apabila memohon untuk CashLite. Caj kewangan dikenakan ke atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan pada tarikh matang adalah berdasarkan kepada struktur penentuan harga berperingkat mengikut sejarah pembayaran balik anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam pembayaran baki kad kredit, sila hubungi kami awal untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. 8. Boleh saya membatalkan CashLite saya selepas permohonan? Sekiranya anda ingin membatalkan permohonan CashLite anda, anda harus menghubungi Pusat Panggilan Kad CIMB dalam tempoh masa 24 jam dari masa anda membuat permohonan. Apa-apa pembatalan selepas 24 jam dari masa anda membuat permohonan, perkara 6 di atas akan terpakai terhadap anda. 9. Adakah saya layak untuk mata ganjaran dan rebat tunai? Anda tidak akan layak untuk apa-apa mata ganjaran dan rebat tunai untuk transaksi dilaksanakan berkenaan dengan CashLite. 10. Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan kepada butiran perhubungan saya? Adalah mustahak anda memberitahu kami apa-apa perubahan kepada butiran perhubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat disampaikan kepada anda tepat pada masanya. Sila hubungi pusat panggilan kami di 03-6204 7788 untuk menukar butiran perhubungan. Secara alternatif, anda boleh mengubah butiran perhubungan anda dengan mengunjungi kami di mana-mana cawangan CIMB seluruh negara. 11. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan CIMB CashLite, sila hubungi kami di 03-6204 7788. 12. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan? a) Sekiranya anda mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik, anda harus menghubungi kami seawal mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di: Pusat Kad CIMB Bank Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-6204 7788 Faks: 03-2381 7198 / 03-2095 3690 Emel: cardcentre@cimb.com 4

Secara alternatif, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan perkhidmatan percuma atas pengurusan wang, kaunseling kredit dan penyusunan semula hutang untuk individu. Anda boleh menghubungi mereka di: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575 Emel: enquiry@akpk.org,my b) Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Pusat Kad CIMB Bank Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-6204 7788 Faks: 03-2381 7198/ 2095 3690 Emel: cardcentre@cimb.com c) Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA SEKIRANYA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN BALIK AKAUN CASHLITE CIMB ANDA. Anda boleh melayari www.cimbbank.com.my/cards untuk melihat Terma-terma dan Syarat-syarat lengkap. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan CIMB di 03-6204 7788. Informasi yang diberikan di dalam lembaran penerangan adalah sah seperti pada Januari 2015. 5

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat 6

Terma-terma dan Syarat syarat CashLite Program CashLite 1. Program CashLite ( Program ) ditawarkan kepada Pemegang Kad prinsipal kad kredit CIMB Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) ( Bank CIMB ) tertakluk kepada terma-terma dan syaratsyarat ini. Kesemua kad Tambahan Bank CIMB, Kad Korporat dan Kad Islam Bank CIMB adalah tidak layak untuk Program ini. 2. Amaun CashLite ( Amaun CashLite ) adalah di sini dirujuk kepada amaun yang boleh dikeluarkan oleh Pemegang Kad dari kad kredit mereka melalui Program ini. 3. Program ini hanya dibuka kepada Pemegang Kad yang telah dihubungi melalui telefon oleh Bank CIMB untuk menyertai Program atau memberitahu Bank CIMB bahawa mereka ingin menyertai Program ini. Had Minimum dan Maksimum CashLite 4. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit kad kredit Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang Kad untuk Bank CIMB untuk mengambil Amaun CashLite, pada kadar faedah dan tempoh yang ditunjukkan kepada Bank CIMB atau sebagai mungkin dinyatakan dalam mana-mana Borang Permohonan pada Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Bank CIMB adalah dianggap telah menerima tawaran Pemegang Kad apabila Bank CIMB memberitahu Pemegang Kad secara bertulis Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah di bawah Klausa 15 di sini. Sekiranya Bank CIMB tidak menerima tawaran Pemegang Kad tetapi sebaliknya menawarkan kepada Pemegang Kad Amaun CashLite yang berbeza, kadar faedah dan/atau tempoh, mengikut mana yang berkenaan, Pemegang Kad boleh menerima tawaran balas tersebut secara lisan atau dengan menggunakan Amaun CashLite yang ditawarkan oleh Bank CIMB yang telah dikreditkan ke akaun Pemegang Kad yang dirujuk dalam Klausa 16 di sini, mengikut mana-mana yang berlaku sebelum ini. Sebarang perbezaan di antara Amaun CashLite, kadar faedah atau tempoh dipohon dan amaun, kadar faedah atau tempoh akhirnya diluluskan oleh Bank CIMB tidak akan menjejaskan kesahan Terma-terma dan Syaratsyarat ini. Rujukan kepada Amaun CashLite ini ditafsirkan sebagai merujuk kepada Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang dipohon atau Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang berbeza (mengikut mana yang berkenaan). 5. Amaun CashLite minimum yang boleh dipohon atau diluluskan oleh Bank CIMB adalah RM1,000. Akaun CashLite Berasingan 6. Apabila permohonan Pemegang Kad untuk Program diluluskan, akaun CashLite dengan 16-digit nombor akaun ( Akaun CashLite ) akan diberikan untuk tujuan Amaun CashLite yang diluluskan. Pemegang Kad akan menerima satu penyata berasingan dengan Amaun CashLite yang diluluskan secara terperinci (termasuk tempoh, kadar faedah yang dikenakan dan amaun yang perlu dibayar untuk ansuran bulanan ( Pembayaran Bulanan )). Amaun bagi Pembayaran Bulanan adalah berdasarkan kepada Amaun CashLite yang diluluskan dan jenis pelan yang dipohon oleh Pemegang Kad. 7

7. Setiap Pembayaran Bulanan akan dicajkan ke Akaun CashLite Pemegang Kad. Pembayaran Bulanan akan dinyatakan pada penyata CashLite CIMB Pemegang Kad dan mesti dibayar sepenuhnya. Sekiranya Pembayaran Bulanan tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata seterusnya. Caj pembayaran lewat adalah dikenakan sebagai ganti rugi dan bukan sebagai penalti dan mesti dibayar sebelumnya, termasuk selepas apa-apa perintah mahkamah atau penghakiman. Caj Kewangan 8. Berdasarkan kepada garispanduan Bank Negara Malaysia, Bank CIMB boleh mengenakan caj kewangan di atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan yang dicajkan kepada akaun CashLite Pemegang Kad tertakluk kepada kadar maksimum semasa 18% setahun (berdasarkan kepada cara pembayaran seperti yang dicatatkan di dalam garispanduan Bank Negara) sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan pada tarikh matang dan caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata seterusnya. Had Kredit 9. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan, ketersediaan gabungan had kredit Pemegang Kad akan dikurangkan sementara dengan menyekat amaun yang setara dengan Amaun CashLite yang diluluskan dan jumlah faedah dicajkan pada amaun CashLite (dan fi pemindahan antara bank ( IBG ) sebanyak RM2 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) sekiranya Pemegang Kad meminta amaun CashLite dibayar ke akaun bank lain Pemegang Kad), tetapi had kredit akan secara progresif dinaikkan dan disediakan untuk kegunaan Pemegang Kad (atas budi bicara tunggal dan mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan apabila setiap Pembayaran Bulanan dibayar dan sehingga pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. 10. Amaun CashLite yang diluluskan akan membentuk sebahagian daripada jumlah ketersediaan had kredit untuk kesemua akaun kad kredit Pemegang Kad Bank CIMB, termasuk akaun kad kredit tambahan. Tiada peningkatan kepada ketersediaan had kredit samada setara dengan Amaun CashLite yang diluluskan atau sebaliknya. Hak untuk menolak 11. Program ini adalah sah untuk satu tempoh sebagaimana Bank CIMB atas budi bicara mutlaknya tentukan. 12. Sekiranya Bank CIMB menawarkan Program ini kepada Pemegang Kad tetapi mendapati kemudiannya bahawa Pemegang Kad telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat kad kredit mereka ("Perjanjian Kad") atau tidak mempunyai had kredit yang mencukupi, Bank CIMB berhak untuk membatalkan tawaran dibuat dan menarik balik Amaun CashLite yang diberikan. 8

Pembatalan & Pembayaran Awal 13. Sekiranya Pemegang Kad ingin membatalkan permohonan CashLite, Pemegang Kad mesti menghubungi Pusat Panggilan Kad CIMB dalam tempoh masa 24 jam dari masa permohonan CashLite dibuat oleh Pemegang Kad. Untuk pembatalan atau pembayaran awal Akaun CashLite oleh Pemegang Kad sebelum tarikh luput tempoh yang dipersetujui, Pemegang Kad mesti menghubungi pusat panggilan Bank CIMB dan memberikan Bank CIMB notis terlebih dahulu tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari. Pemegang Kad mesti membayar semula Bank CIMB jumlah baki tertunggak (iaitu Ansuran Bulanan tertunggak termasuk caj lewat dan caj kewangan) dan jumlah amaun prinsipal Akaun CashLite yang dihutang di bawah Akaun CashLite untuk pembatalan atau pembayaran awal. Surat Notifikasi 14. Satu surat notifikasi generasi sistem akan dihantar kepada Pemegang Kad memberitahu samada permohonan di bawah Program telah diluluskan atau ditolak. Di mana permohonan telah diluluskan, satu surat notifikasi akan menyatakan Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah yang dicajkan. Pembayaran 15. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan (di mana CIMB boleh meluluskan keseluruhan atau sebahagian untuk amaun rendah di bawah Klausa 4 di sini), Bank CIMB akan mengkreditkan Amaun CashLite yang telah diluluskan dalam denominasi Ringgit Malaysia ke satu akaun bank Malaysia yang dibuka oleh Pemegang Kad seperti yang dispesifikasikan di dalam permohonan Pemegang Kad yang diperolehi. Akaun yang diberikan tidak boleh akaun nama bersama. 16. Untuk pengkreditan Amaun CashLite yang telah diluluskan ke akaun bank lain Pemegang Kad, kos IBG RM2 dan GST yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) setiap transaksi akan dibayar oleh Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk mencajkan RM2 untuk setiap IBG seterusnya disebabkan butiran IBG yang tidak sah dan/atau tidak tepat yang diberikan oleh Pemegang Kad. Caj-caj IBG akan dicajkan ke akaun CashLite Pemegang Kad. Amaun CashLite yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun Simpanan/Semasa Bank CIMB Pemegang Kad atau ke akaun bank Pemegang Kad yang lain dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari hari permohonan diterima. Tiada Mata Bonus atau Rebat Tunai 17. Transaksi yang dikaitkan dengan Program ini adalah tidak layak untuk apa-apa Mata Bonus atau rebat tunai. Peristiwa Keingkaran 18. Sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar Pembayaran Balik untuk 3 bulan berturut-turut tidak kira samada peristiwa keingkaran telah berlaku, Bank CIMB berhak atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu kepada Pemegang Kad, membatalkan Program yang disediakan kepada Pemegang Kad, di mana kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah kemudahan CashLite Pemegang Kad yang 9

merangkumi jumlah tertunggak ansuran bulanan CashLite dan jumlah prinsipal CashLite yang belum dibilkan bersama-sama dengan caj kewangan dan faedah yang dikenakan dan baki kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah akaun CashLite Pemegang Kad adalah terhutang dan harus dibayar serta-merta, di mana Bank CIMB berhak untuk menuntut sepenuhnya dari Pemegang Kad. Bank CIMB berhak untuk menggunakan haknya di bawah Perjanjian Kad. Permohonan melalui Panggilan Telefon 19. Persetujuan Pemegang Kad yang diperolehi melalui panggilan telefon adalah dianggap bukti konklusif arahan Pemegang Kad untuk memohon Program dan menerima Amaun CashLite yang diluluskan atas terma-terma dan syarat-syarat ini dan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Kad. Hak untuk meminda, undang-undang Malaysia & Perjanjian Kad 20. Bank CIMB menyimpan haknya atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mengubah, meminda, memotong atau menambahkan mana-mana terma dan syarat di dalam ini pada bilabila masa dengan memberikan Pemegang Kad notis terdahulu dua puluh satu (21) hari dan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda akan menjadi sah pada tarikh tersebut di mana Bank CIMB boleh tentukan dan nyatakan di dalam notis. 21. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsir menurut undangundang Malaysia. 22. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tambahan kepada dan tanpa prejudis kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan pada Perjanjian Kad. Sekiranya terdapat percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan terma-terma dan syaratsyarat di dalam Perjanjian Kad berkenaan Program, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi dan menjadi konklusif. 23. Bank CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa keingkaran berkenaan dengan Program ini disebabkan apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, rebut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah Bank CIMB. 24. Untuk sebarang bantuan, Pemegang Kad boleh menghubungi Bank CIMB melalui: Pusat Kad Bank CIMB Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-6204 7788 Faks: 03-2381 7198/ 2095 3690 Emel: cardcentre@cimb.com 10

25. Untuk bantuan dan pembelaan, Pemegang Kad boleh menghubungi di bawah: No Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 1 Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575 Emel: enquiry@akpk.org,my 2 Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-21741515 Klausa Privasi 26. Pemegang Kad dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Syarikat Bank CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Kad. Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai terkandung di dalam terma-terma dan syarat-syarat. 27. Sekiranya Pemegang Kad memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan tanggungan (di mana Pemegang Kad seorang individu) atau maklumat yang berhubungan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan Pemegang Kad (di mana Pemegang Kad sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun / kemudahan Pemegang Kad dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank CIMB, Pemegang Kad (a) mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank CIMB dan untuk Bank CIMB menggunakannya mengikut terma-terma dan syaratsyarat ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini secara bertulis sekiranya ada apaapa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank CIMB untuk menamatkan terma-terma dan syarat-syarat ini, sekiranya persetujuan dari mana-mana pihak ketiga tersebut ditarik balik. 28. Di mana Pemegang Kad mengarahkan Bank CIMB untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank CIMB dan/atau ejen-ejen Bank CIMB untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Kad, Pemegang Kad bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut. 11

29. Bank CIMB mungkin menggunakan agensi pelaporan / rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank CIMB perlu (a) memeriksa butiran mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolioportfolio Pemegang Kad; dan/atau mendapatkan semula hutang. Pemegang Kad akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang Pemegang Kad gunakan atau telah gunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank CIMB juga boleh berkongsi maklumat tentang Pemegang Kad dan bagaimana Pemegang Kad menguruskan akaun/kemudahan Pemegang Kad dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan. 30. Selepas Pemegang Kad memberi maklumat Pemegang Kad kepada Bank CIMB, Pemegang Kad masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank CIMB mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut. 31. Bank CIMB menyimpan hak untuk meminda Klausa Privasi (iaitu Klausa 26 sehingga 33 di sini) dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada Pemegang Kad dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau meletak notis-notis di dewan perbankan atau di tempat-tempat yang bersesuaian di dalam cawangan-cawangan Bank CIMB. 32. Untuk tujuan Klausa Privasi ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan Bank CIMB hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB. 33. Klausa ini adalah tanpa prejudis kepada klausa-klausa lain di dalam terma-terma dan syaratsyarat ini yang berkaitan dengan pendedahan maklumat. Terma-Terma dan Syarat-syarat Bahasa Malaysia 34. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, konflik, kesamaran atau percanggahan di antara teks Bahasa Inggeris atau versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan dibuat oleh Pemegang Kad untuk versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini Bank hendaklah memberikannya dan membenarkan Pemegang Kad untuk melengkapkan borang-borang berkenaan dalam Bahasa Malaysia dan apa-apa bentuk dalam Bahasa Malaysia lengkap dan ditandatangani hendaklah menjadi asas kontrak di antara Bank dan Pemegang Kad. 12