UNDANG-UNDANG MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA PILIHAN RAYA 1958

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

AKTA SARAAN HAKIM 1971

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Peranti Perubatan 1 D.R. 9/2011. RANG UNDANG-UNDANG peranti perubatan 2011

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 D.R. 35/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 30 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI Mengandungi segala pindaan hingga 1 Februari 2009

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Teknologis dan Juruteknik 1 D.R. 30/2014 RANG UNDANG-UNDANG TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2014

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Transkripsi:

014b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 1:00 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 14 AKTA JURURAWAT 1950 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

014b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 1:00 PM 2 AKTA JURURAWAT 1950 Pertama kali diperbuat 1950 (Ordinan No. 32 tahun 1950) Disemak 1969 (Akta 14 bermula pada 14 April 1970) Teks bahasa kebangsaan ialah teks sahih P.U.(B)197/1994 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama 1992 Cetakan Semula Yang Kedua 1999 DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006

014b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 1:00 PM Jururawat 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 14 AKTA JURURAWAT 1950 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Penubuhan dan keanggotaan Lembaga Jururawat 4. Daftar jururawat 5. Peraturan-peraturan 6. Kemasukan orang yang dilatih di luar Malaysia ke dalam daftar 7. Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar atau terhadap keengganan meluluskan institusi 8. Penyampaian notis 9. Tatacara mengenai rayuan 10. Penalti kerana menggunakan dengan cara tidak sah gelaran jururawat berdaftar dan kerana memalsukan Daftar 11. Pemansuhan dan peruntukan berbangkit

014b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 1:00 PM

014b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 1:00 PM Jururawat 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 14 AKTA JURURAWAT 1950 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran jururawat untuk pesakit. [Semenanjung Malaysia 20 Disember 1950, Ord. 32 tahun 1950; Sarawak 1 November 1969, P.U.(A)433/1969; Sabah 1 Januari 1978, P.U.(A)373/1977; Wilayah Persekutuan Labuan 16 April 1984, P.U.(A) 218/1985] Tajuk ringkas 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jururawat 1950 dan terpakai di seluruh Malaysia. (2) (Ditinggalkan). Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ditetapkan ertinya ditetapkan oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Penubuhan dan keanggotaan Lembaga Jururawat 3. (1) Bagi maksud Akta ini suatu Lembaga Jururawat (dalam Akta ini disebut Lembaga ) hendaklah ditubuhkan. (2) Lembaga itu hendaklah dianggotai menurut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

014b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 1:00 PM 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 14 Daftar jururawat 4. (1) Hendaklah menjadi kewajipan Lembaga, tertakluk kepada dan menurut Akta ini, untuk mengadakan dan menyimpan suatu daftar (dalam Akta ini disebut Daftar ) jururawat untuk pesakit. (2) Daftar itu hendaklah mengandungi bahagian yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) suatu bahagian am yang mengandungi nama semua jururawat yang memenuhi syarat kemasukan ke dalam bahagian itu Daftar itu; suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama penolong jururawat; suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat yang terlatih untuk merawat dan menjaga orang yang mengidap penyakit mental dan mengandungi tiga seksyen, satu seksyen bagi jururawat yang dimasukkan ke dalam bahagian am Daftar, satu seksyen bagi penolong jururawat dan satu seksyen lagi bagi jururawat yang tidak dapat dimasukkan dalam salah satu daripada dua seksyen yang lain itu; suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat yang terlatih dalam kesihatan awam; suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat luar bandar di Semenanjung Malaysia; suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat masyarakat di Sarawak; suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat kesihatan luar bandar di Sabah; dan apa-apa bahagian tambahan lain sebagaimana yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang belum lagi didaftarkan dalam bahagian am Daftar boleh didaftarkan di bawah perenggan (d). (3) Dalam apa-apa prosiding, suatu perakuan di bawah tandatangan Pengerusi Lembaga yang menyatakan sama ada

014b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 1:00 PM Jururawat 7 seseorang itu didaftarkan di bawah Akta ini atau tidak adalah menjadi keterangan konklusif bagi fakta itu dan bagi fakta lain yang relevan dengan fakta itu yang mungkin terkandung dalam perakuan itu. (4) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai Daftar hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana bahagian Daftar, dan ungkapan berdaftar hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Peraturan-peraturan 5. (1) Menteri boleh membuat peraturan bagi mana-mana maksud yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) untuk mengawal selia pembentukan, penyenggaraan dan penerbitan Daftar; untuk mengawal selia syarat kemasukan ke dalam Daftar; untuk mengawal selia perjalanan mana-mana peperiksaan yang mungkin ditetapkan sebagai suatu syarat bagi kemasukan ke dalam Daftar dan apa-apa perkara yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu peperiksaan itu; untuk menetapkan alasan yang baginya, syarat yang di bawahnya dan cara bagaimana jururawat boleh dikeluarkan dari Daftar, dan tatacara bagi kemasukan semula jururawat yang telah dikeluarkan darinya; untuk menetapkan keanggotaan Lembaga dan mengawal selia pemanggilan mesyuarat Lembaga dan prosiding Lembaga (termasuk kuorum); untuk membolehkan Lembaga menubuhkan jawatankuasa dan untuk membenarkan pewakilan mana-mana kuasanya kepada jawatankuasa dan untuk mengawal selia prosiding jawatankuasa (termasuk kuorum); untuk menetapkan fi yang kena dibayar; dan pada amnya, untuk apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawa peruntukan

014b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 1:00 PM 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 14 patut dibuat bagi menguatkuasakan Akta ini (termasuk pengeluaran perakuan kepada jururawat yang didaftarkan di bawah Akta ini dan berkenaan dengan gelaran yang boleh digunakan dan pakaian seragam atau lencana yang boleh dipakai oleh jururawat berdaftar itu), dan untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan. (2) Peraturan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi peruntukan (a) (b) (c) yang menghendaki sebagai suatu syarat bagi kemasukan mana-mana orang ke dalam Daftar bahawa orang itu hendaklah telah menjalani latihan yang ditetapkan, dan hendaklah mempunyai pengalaman yang ditetapkan, untuk merawat pesakit; dan yang menghendaki bahawa latihan yang ditetapkan itu hendaklah dijalankan di suatu institusi yang diluluskan oleh Lembaga bagi maksud itu dan menetapkan keperluan bagi kemasukan ke sesuatu institusi itu dan kursus pengajaran yang akan diberikan di institusi itu. (Dipotong oleh Akta A486). (3) Semua peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan jika suatu ketetapan diluluskan dalam masa tiga bulan selepas mana-mana peraturan itu dibentangkan di dalam Dewan itu yang menetapkan bahawa peraturan itu atau mana-mana daripadanya hendaklah dibatalkan atau dipinda dengan apa-apa cara jua pun, maka peraturan yang mengenainya ketetapan itu telah dibuat hendaklah, tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan di bawahnya, disifatkan sebagai dibatalkan atau dipinda mulai dari tarikh kelulusan ketetapan itu disiarkan dalam Warta. Kemasukan orang yang dilatih di luar Malaysia ke dalam daftar 6. (1) (Dipotong oleh Akta A486). (2) Jika mana-mana orang membuktikan hingga memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah dilatih di sesuatu tempat di luar Malaysia di mana piawai latihan dan peperiksaan tidak rendah daripada piawai latihan dan peperiksaan yang dikehendaki di

014b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 1:00 PM Jururawat 9 bawah Akta ini, sama ada sebagai jururawat am untuk pesakit atau sebagai jururawat sesuatu kelas khas, dan memuaskan hati Lembaga tentang identitinya dan kelakuan baiknya, maka Lembaga boleh, sama ada selepas peperiksaan atau tanpa peperiksaan, apabila dibayar fi yang ditetapkan untuk pendaftaran di bawah Akta ini, mengarahkan supaya orang itu didaftarkan dalam mana-mana bahagian yang berkenaan dalam Daftar. Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar atau terhadap keengganan meluluskan institusi 7. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan pengeluaran namanya dari Daftar boleh, dalam masa tiga bulan selepas tarikh notis telah disampaikan kepadanya oleh Lembaga yang menyatakan namanya telah dikeluarkan sedemikian, merayu terhadap pengeluaran itu kepada Menteri dan atas rayuan itu Menteri boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai perkara itu. (2) Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk meluluskan sesuatu institusi bagi maksud peraturan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan latihan, boleh merayu terhadap keengganan itu kepada Menteri dan Menteri boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenainya dan Lembaga hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan sedemikian. Penyampaian notis 8. Apa-apa notis yang diarahkan supaya disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini atau di bawah peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu jika notis itu telah dihantar dengan pos berdaftar ke alamatnya yang diberikan dalam Daftar, atau sekiranya orang itu tidak didaftarkan, ke alamat yang diberikan olehnya kepada Lembaga. Tatacara mengenai rayuan 9. Tiap-tiap rayuan di bawah seksyen 7 hendaklah dibuat melalui petisyen bertulis yang, melainkan jika diperuntukkan selainnya, hendaklah diserahkan dalam masa empat belas hari dari tarikh

014b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 1:00 PM 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 14 notis mengenai keputusan Lembaga itu disampaikan kepada orang yang berkenaan itu. Bersama dengan petisyen itu, Menteri boleh menimbangkan apa-apa jawapan bertulis oleh Lembaga terhadap petisyen itu. Keputusan Menteri mengenai sesuatu petisyen adalah muktamad. Penalti kerana menggunakan dengan cara tidak sah gelaran jururawat berdaftar dan kerana memalsukan Daftar 10. (1) Tiap-tiap orang yang (a) (b) (c) walaupun bukan seorang yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini, memakai atau menggunakan gelaran jururawat berdaftar atau gelaran yang setaraf dengannya dalam apa-apa bahasa lain, sama ada gelaran itu sahaja atau disertakan dengan apa-apa perkataan atau huruf lain, atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana yang membayangkan bahawa dia didaftarkan di bawah Akta ini atau diiktiraf oleh undang-undang sebagai seorang jururawat berdaftar, atau menggunakan apa-apa gelaran, pakaian seragam atau lencana yang ditetapkan untuk kegunaan jururawat berdaftar di bawah Akta ini; seorang yang namanya termasuk dalam mana-mana bahagian Daftar, memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana, atau selainnya melakukan apa-apa jenis perbuatan, yang membayangkan bahawa namanya termasuk dalam sesuatu bahagian lain Daftar yang tidak mengandungi namanya; atau dengan niat hendak memperdaya, menggunakan apaapa perakuan pendaftaran sebagai seorang jururawat yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepadanya atau kepada mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah Majistret, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

014b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 1:00 PM Jururawat 11 (2) Tiap-tiap orang yang dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa catatan palsu dalam Daftar melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan oleh sesuatu Mahkamah Majistret, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan. Pemansuhan dan peruntukan berbangkit 11. (1) Ordinan Pendaftaran Jururawat Sabah [Bab 165] dengan ini dimansuhkan. (2) Dengan pemansuhan Ordinan tersebut, maka nama jururawat yang terkandung dalam daftar yang disenggarakan di bawahnya hendaklah dipindahkan, dan dimasukkan (dan sehingga tindakan itu telah dilakukan, hendaklah disifatkan telah dipindahkan dan dimasukkan) ke dalam bahagian yang berkenaan dalam Daftar yang disenggarakan di bawah Akta ini. (3) Seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuatkuasanya Akta ini di Negeri Sabah.

014b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 1:00 PM 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 14 AKTA JURURAWAT 1950 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Ord. 53/1955 Ord. 5/1957 L.N. 332/1958 P.U.(A)432/1969 Tajuk ringkas Ordinan Pendaftaran Jururawat (Pindaan) 1955 Ordinan Pendaftaran Jururawat (Pindaan) 1957 Perintah Perlembagaan Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan-Ordinan dan Perisytiharan- Perisytiharan) 1958 Perintah Pengubahsuaian Undang- Undang (Pendaftaran Jururawat) (Pengubahsuaian dan Perluasan ke Malaysia Timur) 1969 Berkuat kuasa dari 01-01-1956 23-04-1957 13-11-1958 30-10-1969 P.U.(A)218/1985 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Akta Jururawat) 1985 16-04-1984 Akta A486 Akta Jururawat (Pindaan) 1980 25-10-1985

014b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 1:00 PM 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 14 AKTA JURURAWAT 1950 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 4 Akta A486 25-10-1985 5 Akta A486 25-10-1985 6 Akta A486 25-10-1985 10 Akta A486 25-10-1985