JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA d/a No.18, Jalan Makyong 6A/KU5, Bandar Bukit Raja 41050 Klang Selangor Darul Ehsan No. Rujukan JAIS : JAI.SEL.BPM/01/033 (042) Tarikh : 27 April 2011 bersamaan 23 Jamadilawal 1432H Rujukan Kami : JPMBBR (WDP/ 003/11) Kepada, Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Assalammualaikum Wmt.Wbt. Yang Berbahagia Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, PERMOHONAN SUMBANGAN DERMA / INFAQ DAN PELAWAAN WAKAF UNTUK PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA, KLANG No. Kebenaran Membina Masjid : JAI.SEL.BPM/01/033 (042) No. Kebenaran Memungut Khairat : MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/24(2) Semoga Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan sentiasa berada dalam nikmat kemanisan iman dan diberkati oleh Allah S.W.T. hendak-nya. 2. Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja ingin memohon perhatian Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan untuk menghulurkan sumbangan derma, infaq dan wakaf bagi membiayai pembinaan masjid Bandar Bukit Raja. 3. Sebagai makluman anda, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengeluarkan kelulusan rasmi bagi kebenaran membina masjid dan memungut khairat (derma) bagi tujuan tersebut. 4. Bersama sama dengan ini, dilampirkan 3 borang untuk diisi dan memohon pertimbangan Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan. Sekiranya borang tersebut tidak mencukupi, sila fotostat untuk tujuan edaran tambahan kepada jiran tetangga, rakan taulan dan saudara mara yang lain.
5. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Bendahari Projek Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, Encik Mohamad Halim bin Jantan (013-2089896) atau menerusi media rasmi projek iaitu emel masjid@bandarbukitraja.org atau www.facebook.com/ Rakan Masjid Bandar Bukit Raja atau blogmasjid.bandarbukitraja.org 6. Segala kerjasama dan hubungan baik dengan Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan amat kami hargai. Usaha murni ini menjadi kewajipan pada semua lapisan masyarakat Islam khususnya penduduk Bandar Bukit Raja. Segala bentuk bantuan yang dihulur, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jazakumullah Khairan Kathira. Yang melaksanakan amanah, MD NAZRI BIN HJ MOHAMED NOR s.k. 1.Penaung Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja Dato Setia Diraja Dato Abdul Ghani Bin Pateh Akhir 2.Penasihat-Penasihat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja. 3.Fail
BORANG PERSETUJUAN SUMBANGAN DERMA / INFAQ d/a No.18, Jalan Makyong 6A/KU5 Bandar Bukit Raja 40150 Klang Selangor Darul Ehsan Assalammualaikum Tuan, SUMBANGAN DERMA / INFAQ BAGI PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA, KLANG Saya yang bernama... dan pemegang no. K/P... yang beralamat di...... ingin menghulur sumbangan / derma / infaq. Bersama-sama ini, saya sertakan wang tunai / cek / draf bank yang bernilai RM... (RinggitMalaysia :......) di atas nama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja (No. Akaun: 1277-0000702-105 Bank CIMB Islamic). Sekian, terima kasih. Yang benar, Tarikh :
BORANG BERKUMPULAN Bil. Nama No. K/P (baru) RM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 JUMLAH SEMUA Kami bantu memungut bagi pihak yang lain-lain mewakili ; Nama Wakil / Syarikat : Alamat : No. Telefon : No. Faks : NOTA : Sila fotostat borang ini jika ruang di atas tidak mencukupi.
BORANG AKUAN WAKAF d/a No.18, Jalan Makyong 6A/KU5 Bandar Bukit Raja 40150 Klang Selangor Darul Ehsan Tuan, PEMBELIAN LOT TANAH UNTUK DIWAKAFKAN BAGI PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA, KLANG Saya yang bernama... dan pemegang no. K/P... yang beralamat di...... ingin membeli... kaki persegi dengan harga RM... Bersama-sama ini, saya sertakan wang tunai / cek bernilai RM... (Ringgit Malaysia :......) di atas nama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja (No. Akaun: 1277-0000702-105 Bank CIMB Islamic). Pembelian lot tanah untuk diwakafkan bagi tujuan pembinaan bangunan Masjid Bandar Bukit pada nilai harga RM 100.00 untuk satu kaki persegi (1 lot) dengan nilai gandaan seterusnya. Kesemua lot tersebut saya wakafkan dengan suci hati dan ikhlas untuk merealisasikan pembinaan Masjid Pahala dan ganjaran daripada wakaf tersebut saya hadiahkan kepada : Bil. Nama Bil. Lot 1. 2. 3. 4. 5. Sekian, terima kasih. Yang benar, Tarikh :