SIJIL IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL

dokumen-dokumen yang mirip
PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SIJIL IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

Giro Takaful Pelindung

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SIJIL IKHLAS GROUP PERSONAL ACCIDENT TAKAFUL (TAKAFUL AMANI)

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

SIJIL IKHLAS GROUP PERSONAL ACCIDENT TAKAFUL (CORPORATE TRAVEL PERSONAL ACCIDENT)

SIJIL IKHLAS PERSONAL ACCIDENT TAKAFUL

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SIJIL IKHLAS P.A. PERMATA TAKAFUL

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

SIJIL TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

SIJIL IKHLAS GROUP PERSONAL ACCIDENT TAKAFUL

Takaful Kasih Plus (GPA)/GTT UNTUK TRONEXUS

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

Sijil Skim Domestic Servant Takaful

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

a) Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)1 Semulajadi : RM50, b) Kematian atau TPD Akibat Kemalangan : RM50,000.

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SOALAN-SOALAN LAZIM : KEMPEN BELI RUMAH DAPAT KERETA BERSAMA BANK RAKYAT

SIJIL IKHLAS FIRE PROTECT TAKAFUL

Produk ini memberi perlindungan kepada harta anda dari kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

SIJIL IKHLAS COMPUTER COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

KEMALANGAN DIRI PROGRESSIVE POLISI INSURANS KEMALANGAN DIRI

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SIJIL IKHLAS HOUSEOWNER TAKAFUL SKIM PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN TAKAFUL

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

POLISI INSURANS PEMBANTU RUMAH DOMESTIK

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Kehilangan sebelah kaki dari paras atau di atas pergelangan buku lali dan penglihatan

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

PA KELUARGA PROGRESSIVE

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

POLISI EMPUNYARUMAH / ISIRUMAH APAKAH YANG MEMBENTUK POLISI INI

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

SIJIL INDUK UNTUK TAKAFUL Complimentary Group Personal Accident

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Perayaan Terma & Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Transkripsi:

SIJIL IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL SALAM SEJAHTERA DAN TERIMA KASIH Kerana memilih Takaful IKHLAS sebagai penyedia perlindungan Pampasan Pekerja Asing anda. PENGENALAN Peserta dan pihak pihak Syarikat bersetuju bahawa: 1. Borang Cadangan ini akan termaktub dan menjadi asas kepada Sijil ini. 2. Peserta bersetuju untuk membayar Sumbangan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual. 3. Borang Cadangan yang dilengkapkan dengan penuh dan benar, akan menjadi pra-syarat kepada sebarang tanggungan pihak pihak Syarikat. 4. Perlindungan Takaful ini adalah tertakluk kepada terma-terma yang terkandung di dalam Sijil ini merangkumi peruntukan-peruntukan had kawasan dan Tempoh Takaful seperti yang dinyatakan di dalam Jadual. 5. Perkaitan di antara pihak Syarikat dengan Peserta di dalam Sijil ini, adalah tertakluk dan diterjemahkan mengikut Undang-undang Malaysia. DEFINISI Di bawah Sijil ini: 1. Kemalangan hendaklah bermaksud kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tidak dijangka / di luar kawalan, luar biasa dan pada masa dan tempat tertentu, termasuk kecelakaan ketika di dalam perjalanan yang melibatkan Peserta atau orang yang dilindungi. 2. Kecederaan Anggota Badan hendaklah melibatkan pancaindera fizikal: akibat dari Kemalangan; dan Sepenuhnya dan tidak bergantung dengan sebab lain, kecuali melibatkan penyakit yang berpunca dari rawatan perubatan atau rawatan pembedahan yang diperlukan berikutan dari kecederaan anggota badan, kejadian yang menyebabkan kematian atau lumpuh Kepada Peserta dalam tempoh dua belas (12) bulan bermula dari tarikh Kemalangan. 3. Sijil bermaksud terdiri daripada semua Borang Cadangan dan Jadual yang dilampirkan bersama dengan Sijil ini hendaklah menjadi pelengkap antara satu sama lain. 4. pihak Syarikat adalah Takaful Ikhlas Berhad, penggantinya atau pemegang serah hak. 5. Sumbangan bermaksud sebarang jumlah yang perlu dibayar oleh Peserta yang dikehendaki oleh pihak Syarikat untuk menyertai pelan Takaful. 6. Orang yang Dilindungi bermaksud orang yang tertera di dalam Jadual. 7. Endosmen bermaksud perubahan bertulis kepada terma-terma, syarat-syarat dan had-had Sijil yang ditunjukkan di dalam Jadual. 8. Akaun Pelaburan Risiko Am (GRIA) Akaun di mana Sumbangan awal Peserta untuk produk Takaful Am dibuat. 9. Peserta bermaksud individu yang tertera namanya di dalam Jadual sebagai Peserta. 11. Tempoh Takaful hendaklah bermaksud: 1

a) Dari permulaan Sijil ini berkuatkuasa sehinggalah tarikh akhir tempoh Takaful atau, b) Dari tarikh pembaharuan Sumbangan bagi tahun yang berikutnya yang telah dipersetujui untuk pembaharuan Takaful bagi tahun berikutnya. 12. Cadangan bermaksud Borang Cadangan yang telah ditandatangani oleh Peserta dan segala maklumat yang diberikan kepada pihak Syarikat oleh Peserta atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Peserta. 13. Qard bermaksud kaedah pinjaman yang tidak melibatkan sebarang faedah. 14. Dana Risiko bermaksud kumpulan dana yang berasaskan kepada konsep Tabarru yang memberikan perlindungan dan pampasan bersama di kalangan Peserta-peserta. 15. Jadual bermaksud Jadual Sijil di mana kedua-dua butiran yang dilindungi dan Jumlah Dilindungi dinyatakan. 16. Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru akan diperuntukan ke dalam Dana Risiko. 17. Takaful bermaksud suatu skim berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta jika diperlukan yang dengannya peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. 18. Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah. 19. Waranti bermaksud sekatan atau kewajipan yang dikenakan terhadap Peserta di dalam Sijil. Pemungkaran waranti akan melayakkan pihak Syarikat untuk menolak tuntutan Peserta terhadap kerugian atau kerosakan atau liabiliti. FASAL MELINDUNGI Bahawasanya tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat, pengecualian-pengecualian dan had-had yang terkandung di dalam atau yang diendors pada Sijil ini yang selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai terma-terma Sijil ini. Syarikat akan mengendalikan bayaran ganti rugi kepada Peserta berhubung dengan sebarang kejadian dilindungi yang berlaku semasa Tempoh Takaful. SEKSYEN 1 TAKAFUL PAMPASAN PEKERJA Sekiranya dalam Tempoh Takaful, mana-mana pekerja asing yang bekerja dengan Peserta seperti yang tersebut di dalam Jadual mengalami kecederaan kerana Kemalangan atau penyakit akibat dari pekerjaan yang dilakukan dan di dalam pekerjaan dengan Peserta dan sekiranya Peserta bertanggungjawap membayar pampasan bagi kecederaan tersebut di bawah undang-undang yang dinyatakan di dalam Sijil dan tertakluk kepada terma-terma Sijil yang terkandung selepas ini atau diendorskan pada Sijil ini, maka Syarikat akan mengendalikan bayaran ganti rugi Peserta bagi semua kos dan perbelanjaan yang dikenakan kepada Peserta. Dan sebagai tambahan akan bertanggungjawab ke atas semua kos dan perbelanjaan yang timbul dengan kebenaran Syarikat dalam pembelaan terhadap sebarang tuntutan untuk pampasan tersebut. Dengan Syarat bahawa jika berlaku sebarang perubahan dalam Undang-Undang atau penggantian lain-lain Perundangan, maka Seksyen ini kekal berkuatkuasa tetapi liabiliti Syarikat akan terhad kepada jumlah yang perlu dikendalikan oleh Syarikat sekiranya undang-undang tersebut tidak diubah. Undang-Undang Seperti yang dipinda sehingga Sijil berkuatkuasa. AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952 AKTA PAMPASAN PEKERJA (PINDAAN) 1956 2

AKTA PAMPASAN PEKERJA (PINDAAN) 1976 PERINTAH PENGUBAHSUAIAN UNDANG-UNDANG (PAMPASAN PEKERJA) (LANJUTAN DAN PENGUBAHSUAIAN) 1981 AKTA PAMPASAN PEKERJA (PINDAAN) 1996 PERINTAH PAMPASAN PEKERJA (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING) (INSURANS) 1998 Dan sebarang pindaan berikutnya kepada Akta dan Enakmen berkenaan yang berkuatkuasa sebelum tarikh Sijil dikeluarkan. Syarat Khas Bagi Seksyen 1 Sekiranya berlaku kematian Pekerja yang dilindungi akibat kecederaan tubuh badan Kemalangan semasa bertugas, Syarikat akan membayar pampasan tambahan sebanyak RM7,000.00. Pengecualian Bagi Seksyen 1 Syarikat tidak bertanggungjawab di bawah Seksyen ini sekiranya :- tanggungan Peserta ke atas pekerja-pekerja yang digaji oleh kontraktor yang dilantik oleh Peserta mana-mana pekerja yang bukan pekerja (workman) dalam erti kata Undang-Undang Pengecualian Liabiliti Common Law Apa jua syarat-syarat yang disebut di dalam Sijil ini, tidak termasuk Liabiliti Common Law SEKSYEN 2 PERBELANJAAN PENGHANTARAN PULANG Tertakluk kepada Terma-terma di bawah Seksyen ini Syarikat akan mengendalikan pampasan kepada Peserta bagi perbelanjaan yang dikenakan bagi menghantar balik pekerja asing tersebut (seperti yang didefinisikan di bawah) sekiranya dalam tempoh Takaful yang dipersetujui Orang Yang Dilindungi meninggal dunia atau kehilangan keupayaan berkekalan. sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia atau kehilangan upaya yang berkekalan dalam masa dua belas bulan daripada Kemalangan atau sakit yang berlaku di dalam Tempoh Takaful. Definisi kepada Seksyen 2 Perbelanjaan penghantaran pulang adalah perbelanjaan sebenar yang dikenakan atau RM4,800.00 (yang mana lebih rendah) bagi pengangkutan penghantaran Orang Yang Dilindungi ke Negara asalnya. SEKSYEN 3 TAKAFUL KEMALANGAN DIRI (DI LUAR WAKTU KERJA) Tertakluk kepada terma-terma seksyen ini Syarikat akan mengendalikan bayaran ganti rugi kepada Orang Yang Dilindungi atau wakil yang dilantik dan sah di sisi undang-undang, untuk kecederaan tubuh badan yang dialami berikutan dari Kemalangan yang berlaku dalam tempoh Takaful atau di luar waktu kerja. (c) jumlah sebanyak RM23,000.00 jika berlaku kematian atau kehilangan upaya yang berkekalan dalam masa dua belas bulan selepas mengalami Kemalangan; dan/atau satu amaun berdasarkan jumlah kapital RM23,000.00 dikira mengikut Jadual Pertama Akta Pampasan Pekerja (Pindaan) 1996 berhubung Kehilangan Upaya Kekal Sementara; dan/atau satu amaun yang dikira mengikut Seksyen 8 (e) Akta Pampasan Pekerja 1952 berhubung Kehilangan Upaya Sementara; dan/atau (d) perbelanjaan Perubatan berdasarkan peruntukan Akta Pampasan Pekerja 1952. Had Kawasan : Malaysia 3

Peruntukan Khas kepada Seksyen 3 1. Hilang satu anggota badan atau sebahagiannya bererti kehilangan secara putus anggota fizikal atau kehilangan penggunaan anggota secara berkekalan dan menyeluruh. 2. Jumlah keseluruhan yang dibayar bagi Kehilangan upaya yang berkekalan kerana kecederaan pada lebih daripada satu bahagian anggota tidak melebihi jumlah yang boleh dibayar akibat kecederaan pada keseluruhan anggota badan atau bahagiannya. 3. Bayaran hanya akan dibuat samada di bawah manfaat atau dan tidak kedua-duanya. 4. Manfaat maksimum yang boleh dibayar di bawah dan ialah RM23,000.00. Syarat Khas Kepada Seksyen 3 1. Takaful ini tidak berkuatkuasa bagi Orang Yang Dilindungi yang telah mencapai berumur 65 tahun. 2. Notis bertulis hendaklah diberi kepada Syarikat jika berlaku Kemalangan pada Orang Yang Dilindungi yang boleh menimbulkan satu tuntutan di bawah seksyen ini dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh Kemalangan. Segala laporan, sijil dan maklumat yang diperlukan oleh Syarikat hendaklah diberikan oleh Peserta. Orang Yang Dilindungi hendaklah dari masa ke masa menjalani pemeriksaan kesihatan seperti yang diperlukan berkaitan dengan sesuatu tuntutan dan perbelanjaan pemeriksaan tersebut adalah ditanggung oleh Syarikat. Sekiranya berlaku terdapat keraguan ke atas tuntutan kematian seorang pengamal perubatan yang layak dilantik oleh Syarikat dibenarkan membuat pemeriksaan autopsi ke atas mayat Orang Yang Dilindungi dan perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh Syarikat. 3. Bagi Skim ini, Syarat Am 6 tidak boleh digunakan untuk, & (c) Seksyen ini. 4. Seksyen ini tidak boleh dipindah hak milik, Pembayaran bagi sebarang manfaat yang tertakluk di bawah seksyen ini hanya boleh dibuat kepada Orang Yang Dilindungi atau warisnya di mana bukti penerimaannya adalah menjadi pelepasan kepada Syarikat. Pengecualian kepada Seksyen 3 1. Tiada pembayaran akan dibuat di bawah Seksyen ini kerana kecederaan tubuh badan berpunca dari : (c) (d) (e) (f) (g) sebarang tindakan Orang Yang Dilindungi yang menyalahi undang-undang atau sengaja mendedahkan diri kepada bahaya, membunuh diri atau cuba membunuh diri atau sengaja mencederakan diri (selain dari cuba menyelamatkan nyawa orang lain) kesan atau pengaruh alkohol atau dadah (sementara atau sebaliknya) yang tidak dipreskripsikan oleh pengamal perubatan yang layak, penyakit kelamin, gila atau AIDS. kehamilan atau melahirkan anak, keguguran atau pengguguran. memanjat bukit batu, mendaki gunung (yang memerlukan penggunaan tali atau pemandu), menyelam, payung terjun, polo, lumba kuda berhalang, memburu, perlumbaan selain daripada secara berjalan kaki. Terbang sebagai seorang krew udara dalam sebarang pesawat dengan tujuan perdagangan atau operasi teknikal atau terbang bukan sebagai penumpang berbayar dalam mana-mana pesawat yang diperakui dan berlesen yang dibina untuk membawa penumpang. Menunggang motosikal, Skuter, basikal berenjin atau basikal yang pemijaknya dibantu secara mekanikal (sebagai pemandu atau penumpang) untuk sukan, pertunjukan. Kerja-kerja yang dibuat berkaitan dengan pekerjaan Orang Yang Dilindungi dengan Peserta. 4

PENGECUALIAN AM Pihak Syarikat tidak akan membayar ganti rugi kepada Peserta dan/atau Orang yang Dilindungi berikutan dari: 1. sebarang tindakan bagi mendapatkan pampasan yang dibuat di Mahkamah Undang-Undang di luar Malaysia. 2. kerugian, kerosakan atau kecederaan disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Kemalangan atau penyakit peperangan, pencerobohan, penentangan musuh asing, (samada peperangan diisytihar atau tidak), perang saudara, dahagi, pemberontakan, revolusi, penderhakaan, rampasan kuasa tentera tindakan seseorang atau seseorang bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana pertubuhan dengan tujuan menyingkirkan secara kekerasan kerajaan dejure atau defacto atau mempengaruhi dengan menggunakan kekejaman atau keganasan. 3. sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh radiasi ion atau pencemaran radioaktif dari bahan api nukleus atau dari sebarang bahan buangan nukleus dari pembakaran bahan api nukleus. Bagi tujuan pengecualian ini pembakaran termasuk proses pembelahan semulajadi nukleus. bahan senjata nuklear. SYARAT-SYARAT AM 1. DEFINISI Tempoh takaful hendaklah ditakrifkan sebagai tempoh yang dispesifikasikan di dalam Jadual dan ketika mana Orang Yang Dilindungi bekerja dengan Peserta tetapi tidak termasuk tempoh bila Orang Yang Dilindungi pulang ke negara asal. Perlindungan tamat apabila Orang Yang Dilindungi meninggalkan Malaysia dan bersambung semula bila kembali ke Malaysia. 2. KONTRAK Sijil dan Jadual adalah dibaca bersama sebagai satu kontrak dan sebarang perkataan atau ungkapan dimana sesuatu maksud tertentu telah disebutkan di dalam mana-mana bahagian Sijil atau Jadual akan membawa maksud yang sama di mana sahaja ia dinyatakan. 3. PEMATUHAN Liabiliti Syarikat adalah dengan syarat peserta dan Orang Yang Dilindungi mematuhi terma-terma Sijil ini. 4. TINDAKAN BERJAGA-JAGA Peserta dan Orang Yang Dilindungi hendaklah mematuhi tanggungjawab statutori. 5. PROSEDUR TUNTUTAN Sekiranya berlaku sebarang Kemalangan di mana tuntutan boleh dibuat di bawah Sijil ini. Peserta perlu hendaklah (i) (ii) melaporkan Kemalangan itu kepada Jabatan Buruh dengan segera seperti yang terkandung di bawah Seksyen 13 (1) & (2) Akta Pampasan Pekerja 1952. memberi notis bertulis kepada Syarikat dalam masa 10 hari setelah berlakunya Kemalangan menyatakan bagaimana Kemalangan berlaku dan keadaan kecederaan. 5

Pampasan yang boleh dibayar yang ditafsir oleh Pesuruhjaya berdasarkan Akta akan dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh syarikat menerima taksiran tersebut. 6. LAIN-LAIN TAKAFUL/INSURANS Sekiranya pada masa berlakunya kejadian di mana tuntutan boleh dibuat di bawah Sijil ini terdapat lain-lain takaful/insurans melindungi risiko yang sama samada yang dibuat oleh peserta atau orang lain yang melindungi kehilangan, kehilangan kerosakan atau liabiliti tersebut, Syarikat tidak bertanggungjawab membayar lebih daripada perkadaran kena bayar bagi sebarang bayaran berhubung kerosakan atau kehilangan atau liabiliti tersebut. 7. PERUNTUKAN SUMBANGAN Pembayaran Sumbangan Takaful oleh Peserta seperti yang diterangkan di dalam Jadual akan dimasukkan ke dalam GRIA di mana pihak Syarikat diberi kuasa untuk mengurus mengikut prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat dan berlandaskan prinsip Shariah. Pihak Syarikat akan mengenakan yuran Wakalah sekali gus pada permulaan tempoh Sijil berkuatkuasa sehingga 25% daripada Sumbangan dan baki Sumbangan akan ditempatkan di dalam Dana Risiko sebagai Tabarru bagi membantu Peserta lain yang ditimpa musibah. 8. LEBIHAN Pada setiap akhir tahun kewangan, Aktuari akan menilai kedudukan lebihan di dalam Dana Risiko. Pihak Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada lebihan bolehagih kasar dari Dana Risiko pada setiap akhir tahun. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat boleh mengenakan caj SAC kurang daripada 50% daripada lebihan boleh-agih kasar mengikut budi bicara dan kesesuaian. Sebarang lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan seluruhnya (100%) kepada Peserta. Sekiranya jumlah untuk Peserta kurang daripada RM10 untuk setiap Sijil, jumlah tersebut akan terus disimpan di dalam Dana Risiko. Sebarang kekurangan dalam Dana Risiko akan dibiayai melalui pinjaman tanpa faedah (Qard) daripada Dana Pemegang Saham. Caj ke atas pembiayaaan ini hendaklah diambil kira terlebih dahulu bila mana lebihan diperolehi pada masa hadapan. Jika defisit di dalam Dana Risiko berlaku akibat dari kecuaian pihak Syarikat, maka menjadi tanggungjawab pihak Syarikat untuk memastikan dana tersebut stabil melalui kaedah pindahan tanpa syarat (outright transfer) dan tidak dianggap sebagai pendahuluan melalui Qard. 9. CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) Caj kami tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan dan/atau pihak berkuasa pada masa akan datang (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)). Setelah perlaksanaan GST, kami berhak mengenakan caj GST bagi maksud Sijil Takaful ini yang dikehendaki dibayar di bawah undang-undang. SIJIL INI DAN SEMUA SYARAT HENDAKLAH DITELITI SEBAIK SAHAJA DITERIMA OLEH PESERTA DAN JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN HENDAKLAH DIKEMBALIKAN DENGAN SEGERA UNTUK PEMBETULAN. DAN LANGGANAN YANG BERTERUSAN OLEH PESERTA TERHADAP PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL INI DIANGGAP SEBAGAI PENERIMAAN DAN PERSETUJUAN PESERTA UNTUK DIIKAT DAN MEMAHAMI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SIJIL INI. NOTIS PENTING Kami amat prihatin dengan perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan kami, dan adalah menjadi tanggungjawab kakitangan kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak kami, sila utarakan kepada kami melalui: Jabatan Pengurusan Pelanggan, Takaful Ikhlas Berhad, IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, 6

No. 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. Telefon: 03-27239999 No. Fax: 03-27239998 Alamat E-mail: complaints@takaful-ikhlas.com.my Kami akan memastikan masalah anda dikaji secara komprehensif. Namun, sekiranya masih wujud ketidakpuasan hati, sila kemukakan pemasalahan anda kepada jabatan berikut untuk siasatan terhadap amalan pasaran yang tidak adil oleh Pengendali Takaful / pihak Syarikat Insurans. Biro Pengantaraan Kewangan Level 14, Dataran Kewangan Darul Takaful No 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur. Tel : 03-2272 2811 Fax : 03-2274 5752 E-mail: enquiry@fmb.org.my Contact Centre (BNMTELELINK) Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) Fax : 03-21741515 E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my 7