KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2008

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

11 LANGKAH PENJIMATAN

MALAYSIA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2002

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1999

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 5 TAHUN 2010 POLISI PERBELANJAAN BERHEMAT

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PENGURUSAN BELANJAWAN NEGARA KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

KANDUNGAN TAKLIMAT 1. SISTEM KEWANGAN NEGARA 2. KUMPULANWANG YANG DISATUKAN 3. PERATURAN KEWANGAN YANG BERKAITAN DENGAN BELANJAWAN 4

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2003 PERATURAN BAGI PEROLEHAN DAN PEMBAIKAN/SENGGARAAN BOT/KAPAL KERAJAAN

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

SURAT PEKELILING BENDAHARI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

KERAJAAN MALAYSIA. Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KERAJAAN MALAYSIA. Peraturan Dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

NOTA PERCAKAPAN YBHG. DATO HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH BHEUU SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 2/ FEBRUARI 2013 (SELASA), 8.

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 1995 PERATURAN PEROLEHAN BAGI JABATAN/AGENSI KERAJAAN YANG BERTEMPAT DI LUAR NEGERI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

SUKATAN PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N29

KERAJAAN MALAYSIA. Peraturan Bagi Pemasangan, Penyelenggaraan Dan Penggantian Alat Penyaman Udara Di Bangunan Kerajaan Persekutuan

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN. Kursus Persediaan Peperiksaan Perkhidmatan dan Khas Bil. 1/2010. Oleh: Khalijah Hj. Bakar Jabatan Bendahari

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2004 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 2 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KORPORAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

Transkripsi:

BS(29.00)202/2-1(SK-2) JD.6 ( 35 ) KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2008 Semua Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan/Ketua Badan Berkanun mengenai langkah-langkah untuk memantapkan perbelanjaan secara berhemat bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), Arahan Perbendaharaan dan konsep Let Managers Manage dalam pelaksanaan Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS), Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala dasar perbelanjaan Kementerian/Jabatan dilakukan secara teliti, cekap, berkesan, mempunyai value for money, berjimat dan berpegang kepada amalan-amalan yang terbaik supaya pengurusan kewangan berada pada tahap yang terkawal dan telus. Perkara ini telah diberi peringatan secara bertulis dalam surat perlantikan Pegawai Pengawal. LANGKAH MEMANTAPKAN AMALAN BELANJA BERHEMAT 3. Bagi memantapkan lagi amalan perbelanjaan secara berhemat, Pegawai Pengawal diingatkan untuk terus melaksanakan dengan lebih tegas langkah-langkah berhemat yang digariskan dalam pekeliling ini.

2 Kawalan Perbelanjaan 4. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan dikendalikan berdasarkan sistem kawalan dalaman yang kukuh dan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan. Adalah menjadi amalan pengurusan yang baik untuk berbelanja secara berhemat dan value for money. 5. Pegawai Pengawal juga hendaklah mempertingkatkan peranan Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan untuk memastikan audit pengurusan kewangan dan audit prestasi dilaksanakan bagi menentukan sistem kewangan, perbelanjaan, hasil, aset dan stor diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan berkaitan serta memastikan sumber-sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan. 6. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan pelaksanaan sesuatu program/aktiviti/projek adalah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Peruntukan tambahan tidak akan disediakan kecuali dalam keadaan tertentu. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan tanggungan tahun lalu yang belum dijelaskan atau pelaksanaan sesuatu keputusan baru ditampung melalui penjimatan peruntukan tahun semasa atau dilakukan secara trade-off dengan Dasar Sedia Ada. 7. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan semua peruntukan yang diluluskan mempunyai jadual pelan tindakan supaya dapat dibelanjakan mengikut perancangan sebelum akhir tahun. Perbelanjaan secara bunching pada penghujung tahun hendaklah dielakkan. Elaun Lebih Masa 8. Perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal. Ketua Jabatan/Agensi dan pegawai yang mengarahkan kerja lebih masa hendaklah berpuas hati bahawa kerja lebih masa itu benar-benar mustahak untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Semua arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan. Perjalanan Di Dalam Negeri 9. Perbelanjaan bagi perjalanan di dalam negeri hendaklah dihadkan kepada perjalanan yang benar-benar perlu sahaja dengan bilangan pegawai yang minima dan cara perjalanan yang menjimatkan, tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

3 Perjalanan Ke Luar Negara 10. Pegawai Pengawal dikehendaki merancang dengan teliti semua perjalanan ke luar negara dan memastikan pegawai yang diberi kelulusan ke luar negara adalah pegawai yang terlibat secara langsung serta perbelanjaan yang terlibat adalah pada kos yang berpatutan. Perjalanan ke luar negara yang didapati tidak mendatangkan faedah hendaklah dielakkan sama sekali walaupun Kementerian/Jabatan mempunyai peruntukan yang mencukupi. 11. Bagi lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan Y.B. Menteri, Y.B. Timbalan Menteri dan lain-lain Anggota Pentadbiran hendaklah mematuhi arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2000 Jabatan Perdana Menteri. 12. Lawatan sambil belajar ke luar negara dan lawatan ke luar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak atau projek sama ada dibiayai di bawah Perbelanjaan Mengurus atau Perbelanjaan Pembangunan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kelulusan Perbendaharaan. Sewaan/Pengubahsuaian Pejabat 13. Semua cadangan untuk menyewa pejabat baru/tambahan sewaan ruang pejabat atau pengubahsuaian pejabat sedia ada adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan Perbendaharaan. Penggunaan Utiliti Dan Bahan 14. Usaha penjimatan penggunaan utiliti seperti air, elektrik, alat perhubungan dan bahan bakar serta bahan-bahan lain hendaklah dipertingkatkan melalui penyediaan dan penguatkuasaan peraturan dalaman Kementerian/Jabatan. Penganjuran Persidangan/Seminar/Pameran/Mesyuarat/Kursus/Bengkel/ Retreat Tempatan/Antarabangsa 15. Semua agensi Kerajaan dikehendaki menghadkan penganjuran persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/retreat kepada yang perlu sahaja dan hendaklah diadakan dengan keutamaan diberi kepada premis Kerajaan kecuali bagi persidangan/seminar/pameran/mesyuarat antarabangsa yang melibatkan bilangan peserta yang lebih besar dan memerlukan kemudahan logistik yang lebih baik. Dalam hubungan ini, Pegawai Pengawal hendaklah memastikan premis yang digunakan adalah memadai dengan matlamat penganjuran persidangan/seminar/majlis rasmi/mesyuarat/kursus/bengkel/retreat tersebut. 16. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan perbelanjaan yang terlibat dalam penganjuran persidangan/seminar/pameran/mesyuarat/kursus/bengkel/retreat tersebut dibuat secara sederhana pada kadar yang diluluskan Kerajaan dan tanpa perbelanjaan yang keterlaluan untuk perhiasan, acara persembahan, cenderamata dan jamuan makan.

4 Penganjuran Acara Majlis/Upacara Keraian 17. Sebarang penganjuran majlis/upacara keraian seperti pembukaan pejabat/penganugerahan/perasmian/pelancaran program hendaklah secara sederhana dan perbelanjaan yang terlibat dihadkan kepada yang benar-benar penting dan tidak melibatkan perbelanjaan yang besar seperti mengadakan sambutan besar-besaran dan pertunjukan pentas. Pemberian Cenderamata/Door Gift 18. Amalan pemberian cenderamata/door gift kepada tetamu upacara rasmi Kerajaan/majlis keraian seperti majlis penganugerahan/perasmian/pelancaran/ persidangan/makan malam/mesyuarat dan sebagainya hendaklah mematuhi kadar dan syarat peraturan kewangan yang ditetapkan. Pelaksanaan Kempen 19. Pelaksanaan kempen oleh Kementerian/Jabatan hendaklah diadakan bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang dikenal pasti. Pegawai Pengawal dikehendaki menilai keberkesanannya serta memastikan tujuan kempen memenuhi impak yang hendak dicapai. Bayaran Bagi Acara/Majlis 20. Sekiranya agensi menggunakan Event Manager untuk menganjurkan acara/majlis seperti di perenggan 15 hingga 19, Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan item-item perbelanjaan yang termasuk dalam pakej dan akan dibayar kepada Event Manager adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan serta mematuhi semua peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan 21. Pelaksanaan projek hendaklah mematuhi skop dan siling yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebagaimana arahan Ketua Setiausaha Negara dalam Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan semua projek Kementerian/Jabatan yang telah diluluskan dilaksanakan mengikut jadual dan siap dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran Bil dan Tuntutan 22. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan tiada tunggakan bayaran bil dan tuntutan ke atas bekalan dan perkhidmatan yang telah diberi oleh pembekal dan kontraktor selaras dengan arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2006. Pegawai Pengawal juga dikehendaki memastikan semua bil dan tuntutan bagi sesuatu tahun dijelaskan sebelum berakhirnya tahun kewangan berkenaan.

5 PEMATUHAN GARIS PANDUAN 23. Pegawai Pengawal hendaklah mengawasi dengan rapi setiap perbelanjaan dan hendaklah sentiasa mengingatkan pegawai bawahannya bahawa tindakan surcaj dan tatatertib boleh diambil ke atas mereka sekiranya di dapati garis panduan dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Pekeliling ini dan juga peraturan-peraturan pengurusan kewangan yang sedia ada tidak dipatuhi. PEMAKAIAN 24. Badan Berkanun yang menerima pakai Arahan-arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan hendaklah menerima pakai Pekeliling ini. 25. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1999 mengenai Garis Panduan Untuk Mengawal Perbelanjaan Awam dimansuhkan. TARIKH KUAT KUASA 26. Pekeliling ini berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 2 Mei 2008 s.k.: Ketua Setiausaha Negara Ketua Audit Negara Akauntan Negara Malaysia Setiausaha Kerajaan Negeri Pegawai Kewangan Negeri