UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kesing/Pianggang dewasa dan nimfanya menyerang padi dengan menghisap biji padi pada peringkat susu. Hasil akan terjejas teruk kerana biji padi akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Amalan pengurusan seperti ini adalah penting dari segi kos dan isu alam sekitar.

Batang : Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau.. Buku warna hijau atau ungu.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

v. Akar dan kelihatan keluar dari lubang pasu.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Menurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station ::

Luka Terbakar dan Melecur

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KLASIFIKASI KETAHANAN SEMULAJADI KAYU KAYAN MALAYSIA Oleh: Noor Azrieda Abd Rashid & Dr Salmiah Ujang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1. Cara Membuat IMO1 (MOL Nasi)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/TPU/P003

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2.0 FERTIGASI (PENANAMAN ROCKMELON) 2.1 PENGENALAN

Cuaca di Sekeliling Kita

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

III. METODE PENELITIAN A. Tempat dan Waktu Penelitian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TINJAUAN PUSTAKA Botani Manggis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENGHASILAN KOMPOS DARIPADA SISA PEPEJAL KANTIN DAN SISA TUMBUHAN

TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA) SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE)

1.0 PENGENALAN PANDUAN PENGURUSAN FAIL DAN REKOD UNIVERSITI 1.1 TUJUAN

KERTAS 1 KERTAS 2 NO PENERANGAN MARKAH BAHAGIAN A. (b) Apabila masa bertambah, isipadu gas yang dibebaskan juga bertambah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/TPU/P003

Arkib Negara Malaysia

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH

: Kelapa : Cocos nucifera : Palma

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (TK 1) PEGAWAI PERTANIAN G41

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

1.1 Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia adalah dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada luas tanah negara.

KOLEKSI MODUL PECUT 2015 SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

LOGO. Kandungan. 6.1 Pembiakan Secara Keratan Batang. 6.2 Penanaman Anak Pokok. 6.3 Penjagaan

TIPS MEMBUAT CHEESECAKE

Jenis-jenis Pencemaran. Pencemaran Bunyi Pencemaran Udara Pencemaran Air Pencemaran Tanah

PENANGANAN PASCA PANEN MANGGIS. Nafi Ananda Utama. Disampaikan dalam siaran Radio Republik Indonesia 20 Januari 2017

PANEN DAN PASCAPANEN JAGUNG

GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

PENGURUSAN PEROSAK UTAMA TANAMAN MANGGA

Sebiji Benih Menjadi Rimba

Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+

2. Staf biasa boleh memohon untuk tinggal di Perumahan Staf Universiti sekiranya rumah disediakan untuk staf biasa atau terdapat kekosongan.

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

BAB 7 PENGURUSAN STOR

: DOF MICROGRAPHIC SYSTEM (M) SDN BHD : UNIT PEMELIHARAAN DAN PENDIGITAN

BUDIDAYA DURIAN PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN TAKLIMAT. Nyamuk aedes Denggi Rawatan denggi Pencegahan denggi Statistik Kes Dan Kematian Aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah

PETUNJUK LAPANGAN 3. PANEN DAN PASCAPANEN JAGUNG

TAKLIMAT TATACARA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

BAHAGIAN A. Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah.

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

Baja bal{teria. Bacto-IO istimewa

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN KOD VAC3033 KURSUS:TANAMANLADANG

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK?

M+'t H,r? UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II sesr 20lll20r2 SULIT SULIT

PENGURUSAN REKOD PMM-PK-PS-09

II. TINJAUAN PUSTAKA. Manggis dengan nama latin Garcinia mangostana L. merupakan tanaman buah

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KUALITI UDARA DALAMAN. Lecture 4

TAJUK PROJEK: PERLAKSANAAN KAEDAH KESIHATAN GEROMPOK DAN PEMBIAKAN KERBAU DI SABAH

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD

JABATAN PEGUAM NEGARA

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

SDS Risalah Data Keselamatan

PENANGANAN PANEN DAN PASCA PANEN

Transkripsi:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Manggis BUKU PANDUAN TANAMAN MANGGIS TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 6

Isi Kandungan Bil. Tajuk Muka Surat 1 Pendahuluan 3 2 Penanaman 3 2.1 Variati/kultivar 3 3 Penyelenggaraan 3 3.1 Pengurusan Air 3 3.2 Kawalan Penyakit Dan Perosak 3-4 3.3 Kawalan Rumpai 4-5 3.4 Tempoh Dilarang Mengutip Hasil 5 4 Kematangan Dan Mengutip Hasil 5 5 Pengendalian Lepastuai dan Penyimpanan 5-6 6 Rujukan 6 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 6

1. PENDAHULUAN Manggis (Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20 o C dan 30 o C Ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm setahun dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir. 2. PENANAMAN 2.1 Variati/kultivar yang disyorkan Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. 3. PENYELENGGARAAN 3.1 Pengurusan Air Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau. Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar. Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi. 3.2 kawalan Penyakit Dan Perosak Kawalan Serangga Bagi Tanaman Manggis Jenis Serangga Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan 1. Pelombong Daun (Phyllocnictis citrella) Larva memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat. Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun. Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 6

2. Pengorek Buah (Curculio sp.) Kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah. Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa). Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera. Kawalan Penyakit Bagi Tanaman Manggis Jenis Penyakit Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan 1. Cerana Zignoela (Zignoela garcianneae) 2. Cendawan Angin (Corticum salmonicolor) Kerosakan Lain: Menyerang dahan dan batang. Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu dan luruh. Pokok akan mati. Menyerang batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang. Daundaun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati. Musnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit dari merebak. Dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum. Gamosis Selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal. Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah. Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi. 3.3 Kawalan Rumpai Kawalan rumpai perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air. Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 6

boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha). 3.4 Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH): Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak. Sebagai panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah seperti berikut:- Racun Perosak 1. Racun berasaskan kuprum tiada TDMH (bilangan hari) 2. Dimethoate 23 4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali. Buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25 o C - 30 o C. Pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan. 5. PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN Pengendalian di ladang Buah-buah yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu. TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 6

Pengendalian di Pusat Pembungkusan Di rumah pembungkusan, buah dipilih. Buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan. Penggredan Buah digred mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred:- - berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg. - kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh serangga. - kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras. - tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai. - ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan. Pembungkusan Buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan. Penyimpanan Bagi pasaran segar, penggunaan bilik sejuk pada suhu 5 o C dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis. Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu. Pengangkutan Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat. 6. RUJUKAN SUMBER : JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 6