Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian & Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang

dokumen-dokumen yang mirip
PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PruBSN GADAI JANJI DAN TAKAFUL RUMAHKU LINDUNGI ASET PALING BERNILAI KELUARGA ANDA

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

PruBSN Gadai Janji dan Takaful Rumahku

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Giro Takaful Pelindung

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Produk ini memberi perlindungan kepada harta anda dari kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SOALAN-SOALAN LAZIM : KEMPEN BELI RUMAH DAPAT KERETA BERSAMA BANK RAKYAT

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

i-secure Soalan Lazim:

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

SIJIL TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SIJIL IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

a) Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)1 Semulajadi : RM50, b) Kematian atau TPD Akibat Kemalangan : RM50,000.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Takaful Kasih Plus (GPA)/GTT UNTUK TRONEXUS

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin. MEDICAL

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

IKHLASlink SECURE TAKAFUL. Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda

PRUcash double reward

Kehilangan sebelah kaki dari paras atau di atas pergelangan buku lali dan penglihatan

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

K E L U A R G A D E N G G

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Transkripsi:

Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian & Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang Memiliki sebuah rumah tidak pernah semudah ini.

Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian & Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian (MRTT) dan Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO) merupakan pelan pakej 2 dalam 1 yang direka oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia) eksklusif untuk peminjam pinjaman/pelanggan pembiayaan di Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP). Kini, melalui pelan pakej 2 dalam 1 ini anda akan mendapat ketenangan fikiran kerana keluarga dan hartanah anda selamat dilindungi.

Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian (MRTT) A. Kelebihan-kelebihan 1. Ketenangan fikiran ke atas penjelasan baki pinjaman/pembiayaan tertakluk kepada jadual jumlah perlindungan berkurangan ke atas kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD). 2. Perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal sehingga mencapai umur 65 tahun. 3. Tambahan manfaat khairat kematian sehingga jumlah agregat RM3,000 untuk setiap sijil. 4. Perlindungan tidak terhad ke atas perjalanan, kediaman atau pekerjaan. 5. Sumbangan tunggal yang mampu dibayar. 6. Apabila penjelasan awal ke atas pinjaman/pembiayaan dibuat, nilai serahan (jika ada) akan dibayar. 7. Permohonan/Pendaftaran yang mudah. B. Terma-terma pengeluaran Ini merupakan Pelan Takaful Keluarga Gadai Janji Berkelompok Sumbangan Tunggal yang memberikan perlindungan ke atas kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Untuk layak menikmati perlindungan MRTT, anda perlu memastikan anda telah menandatangani dan menghantar surat penerimaan pinjaman/pembiayaan kepada BPP*. * Tertakluk kepada keperluan pengunderaitan Sun Life Malaysia. Kelayakan Minimum Maksimum Umur kemasukan 18 tahun 65 tahun mengikut hari jadi terdekat Tempoh penangguhan (jika ada) 1 tahun 5 tahun Tempoh pinjaman/pembiayaan (Tertakluk pada pinjaman/pembiayaan tetap) 3 tahun 30 tahun Tempoh takaful (termasuk tempoh penangguhan) 3 tahun 35 tahun C. Bayaran sumbangan & caj-caj Sumbangan Sumbangan tunggal dilunaskan secara sekaligus. Ia akan berbeza mengikut umur kemasukan, jantina, jumlah permulaan yang dilindungi, faedah pinjaman/kadar keuntungan pembiayaan, terma-terma pinjaman/pembiayaan dan tempoh penangguhan. (Sumbangan bersih akan diperuntukkan ke akaun peserta selepas ditolak yuran wakalah) Yuran wakalah Yuran wakalah adalah peratusan daripada sumbangan MRTT dan dicaj untuk menampung belanja pengurusan dan komisen. Ia akan berbeza mengikut umur kemasukan, jantina dan tempoh perlindungan. Tabarru Pemotongan tabarru (derma) secara bulanan akan dibuat daripada akaun peserta dan akan dikreditkan ke dalam dana tabarru peserta untuk digunakan bagi membantu semua peserta yang ditimpa musibah. Amaun sebenar pemotongan bulanan tabarru bergantung pada umur kemasukan, jantina, kadar faedah pinjaman/kadar keuntungan pembiayaan, terma-terma pinjaman/pembiayaan dan tempoh penangguhan.

Perkongsian lebihan Sebarang pengagihan lebihan daripada dana tabarru peserta akan diagihkan seperti berikut: Pengagihan lebihan ke Sun Life Malaysia 50% Pengagihan lebihan dikreditkan ke akaun peserta anda 50% Perkongsian keuntungan pelaburan Sebarang perkongsian keuntungan pelaburan daripada akaun peserta akan diagihkan seperti berikut: Perkongsian keuntungan pelaburan ke Sun Life Malaysia 10% Perkongsian keuntungan pelaburan ke akaun peserta anda 90% Diagram konsep takaful Sumbangan tunggal orang yang dilindungi (Diterima daripada pemegang kontrak induk) Yuran wakalah (Sumbangan - yuran wakalah) Perkongsian keuntungan 10% ke atas keuntungan pelaburan Potongan tabarru Dana operator Akaun peserta Dana tabarru peserta 50% Pembayaran Qard 50% Lebihan (ditentukan setiap tahun) Qard apabila diperlukan Perbelanjaan pengurusan, komisen, kos pemasaran dan lain-lain Pembayaran nilai akaun peserta apabila serahan/ kematian/tpd/ pada tarikh tamat Pembayaran manfaat takaful dan manfaat khairat kematian D. Perlindungan utama Kematian Jika berlaku kematian terhadap anda semasa tempoh takaful, manfaat kematian bersamaan dengan jumlah yang mana lebih tinggi di antara jumlah yang dilindungi yang berkurangan atau nilai akaun peserta anda, akan dibayar. Hilang upaya menyeluruh dan kekal Sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), manfaat TPD bersamaan dengan jumlah yang mana lebih tinggi di antara jumlah yang dilindungi yang berkurangan atau nilai akaun peserta anda, akan dibayar. TPD ditakrifkan seperti berikut dan akan diperincikan secara lanjut pada penyata maklumat sijil anda: - Jika anda bekerja, TPD merupakan hilang upaya menyeluruh dan kekal yang menghalang anda daripada melakukan tugas, pekerjaan atau profesion. - Jika anda tidak bekerja, TPD bermaksud ketidakupayaan kekal dan berterusan yang menghalang anda daripada melakukan sekurang-kurangnya 3 aktiviti kehidupan harian seperti berpakaian, mandi dan makan.

Manfaat tambahan: Manfaat khairat kematian Sun Life Malaysia akan membayar manfaat khairat kematian sekiranya berlaku kematian terhadap anda, pasangan suami/isteri atau anak-anak anda mengikut jadual di bawah: Kematian Orang yang dilindungi Pasangan (seorang suami/ isteri) Anak-anak (sehingga 2 orang) Manfaat khairat kematian akan dibayar (setiap orang) RM1,000 RM1,000 RM500 (dari umur 30 hari hingga 18 tahun untuk anak-anak yang bergantung dari segi kewangan dan sehingga umur 23 tahun untuk anak yang merupakan pelajar sepenuh masa) Kontrak induk MRTT boleh dibaca di laman web sunlifemalaysia.com. E. Had perlindungan utama Pengecualian-pengecualian 1. Kematian Manfaat kematian tidak akan dibayar sekiranya kematian disebabkan oleh bunuh diri. Sekiranya kejadian seperti ini berlaku, hanya nilai akaun peserta semasa kematian akan dibayar. 2. Hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) Manfaat TPD tidak akan dibayar sekiranya TPD disebabkan oleh perkara-perkara berikut: a) Mogok, rusuhan, kekacauan awam, pemberontakan, peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak); b) Berada di bawah pengaruh minuman keras yang memabukkan atau sebarang dadah atau narkotik; c) Bunuh diri, percubaan membunuh diri/mencederakan diri sendiri (sama ada siuman atau tidak siuman); d) Memasuki, mengendali atau menservis, naik atau turun dari atau dengan menggunakan apaapa peranti udara atau alat pengangkut kecuali jika anda berada dalam sesebuah pesawat yang dikendalikan oleh penerbangan penumpang komersial dalam perjalanan penumpang berjadual yang biasa mengikut laluan penumpang yang telah ditetapkan; e) Menyertai dalam perlakuan melanggar undang-undang (melainkan sebagai pihak yang tidak bersalah) atau menjadi ahli organisasi haram; f) Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau kompleks/keadaan yang berkaitan; g) Penyertaan di dalam apa-apa aktiviti di dalam air yang memerlukan penggunaan alat bantuan pernafasan; atau h) Bahan senjata nuklear, pengionan, radiasi atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada apa-apa bahan nuklear atau sisa nuklear daripada pembakaran bahan nuklear. (Hanya untuk penggunaan pengecualian ini, pembakaran adalah termasuk apa-apa proses pembelahan nuklear yang berlaku dengan sendirinya). F. Terma-terma penerbitan 1. Penamatan Perlindungan takaful anda akan ditamatkan sekiranya berlaku perkara-perkara berikut: a) Pada tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful individu; b) Apabila kematian anda atau TPD; c) Apabila sijil takaful individu diserahkan; d) Apabila sijil takaful dibatalkan; atau

e) Apabila kemudahan pembiayaan/pinjaman ditamatkan atau apabila anda bukan lagi pelanggan pemegang kontrak induk sebelum tempoh perlindungan takaful tamat atas sebarang sebab. Walau bagaimanapun, sekiranya perkara (e) berlaku, anda mempunyai pilihan untuk meneruskan perlindungan takaful sehingga tamat tempoh perlindungan takaful yang dinyatakan dalam sijil takaful dengan memberi notis bertulis kepada Sun Life Malaysia. 2. Keperluan pengunderaitan BPP akan menasihati anda sekiranya anda perlu menjalani sebarang pemeriksaan perubatan sebelum diterima untuk menyertai skim ini. 3. Ini adalah risalah produk dan bukan dokumen kontrak. Sila rujuk kepada ilustrasi manfaat dan dokumen keterangan produk untuk maklumat lanjut mengenai pelan dan juga kontrak induk untuk terma-terma dan syarat-syarat lengkap di bawah pelan ini. Anda boleh merujuk kontrak induk di BPP atau di laman web sunlifemalaysia.com. 4. Anda boleh membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari selepas ia dihantar dan amaun bayaran balik yang anda terima adalah sumbangan yang telah dibayar ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan. 5. Sekiranya anda membatalkan sijil anda pada tahun-tahun awal, anda mungkin mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda bayar. 6. Amaun sumbangan dan/atau yuran wakalah dan/atau tabarru adalah tidak terjamin dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada anda dengan memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh berkuatkuasa. 7. Amaun sumbangan yang dibayar boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO) A. Kelebihan-kelebihan 1. Pembaharuan tahunan tidak diperlukan. 2. Sumbangan tunggal yang mampu dibayar. 3. Perlindungan komprehensif B. Terma-terma pengeluaran Jenis pelan Ini merupakan sijil takaful am Pemilik Rumah Jangka Panjang Berkelompok Sumbangan Tunggal yang memberikan perlindungan ke atas kerugian atau kerosakan ke atas hartanah. Manfaat Tempoh perlindungan Sun Life Malaysia akan membayar ganti rugi kepada anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan ke atas hartanah dilindungi yang disebabkan oleh bencana-bencana yang dilindungi di bawah sijil. Tempoh perlindungan minimum dan maksimum yang ditawarkan oleh Sun Life Malaysia adalah seperti berikut: Tempoh minimum pinjaman/pembiayaan Tempoh maksimum pinjaman/pembiayaan 3 tahun 30 tahun atau sehingga berumur 95 tahun, yang mana lebih awal

C. Perlindungan utama/standard 1. Banjir 2. Gempa bumi atau letupan gunung berapi 3. Kebakaran, kilat, petir atau kebakaran bawah tanah 4. Kecurian 5. Kerugian sewa 6. Kesan kerosakan 7. Letupan 8. Letupan atau limpahan tangki air domestik, alat-alat atau paip 9. Liabiliti awam peribadi 10. Pesawat dan peranti udara lain dan/atau barang terhempas 11. Ribut, siklon, taufan atau ribut angin D. Had perlindungan utama Pengecualian-pengecualian a) Peperangan, serangan, perbuatan musuh asing, penentangan atau operasi seakan peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), peperangan sivil; b) Pemberontakan, tunjuk perasaan, pemberontakan tentera atau umum, penentangan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau pengepungan atau sebarang kejadian atau sebab-sebab yang menentukan pengisytiharan atau penyelenggaraan pemerintahan tentera atau pengepungan; c) Kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pemberhentian kerja-kerja; atau melalui rampasan, arahan, permintaan atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta tersebut dengan arahan kerajaan menurut undang-undang atau de facto atau mana-mana perbandaran awam atau pihak berkuasa tempatan negara atau kawasan yang mana hartanah tersebut berada atau berlaku pada hartanah melalui penapaiannya sendiri, pemanasan asli atau pembakaran spontan atau dengan ia melalui sebarang proses pemanasan atau pengeringan; d) Kerugian, kerosakan atau lain-lain kejadian luar jangka yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau timbul dari atau akibat dari atau disumbangkan oleh bahan senjata nuklear; e) Kerugian, kerosakan atau lain-lain kejadian luar jangka yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau timbul dari atau akibat dari atau disumbangkan oleh radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktif daripada sebarang bahan bakar nuklear atau daripada sebarang sisa nuklear dari pembakaran bahan bakar nuklear; f) Kerugian atau kerosakan akibat ribut, siklon, taufan atau ribut angin kepada sebarang bangunan yang sedang di dalam proses pembinaan, pembinaan semula atau pembaikpulihan melainkan kesemua pintu luar, tingkap, dan lain-lain bukaan padanya adalah lengkap dan terlindung dari bahaya sedemikian atau kepada serombong asap keluli, sengkuap, bidai, papan tanda dan lain-lain lekapan atau kelengkapan luaran termasuk pintu pagar dan pagar; atau g) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penenggelaman atau tanah runtuh kecuali apabila ia di sebabkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi. E. Bayaran sumbangan & caj-caj Sumbangan Sumbangan tunggal dilunaskan secara sekaligus. Ia akan berbeza mengikut jumlah permulaan yang dilindungi, tempoh pinjaman/pembiayaan dan kategori bangunan. Yuran wakalah Yuran wakalah akan ditolak terlebih dahulu daripada sumbangan. Pelan Yuran wakalah (dari sumbangan) Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang 30%

Perkongsian lebihan Sebarang perkongsian lebihan daripada dana takaful am (GTF) akan diagihkan seperti berikut: Pengagihan lebihan kepada Sun Life Malaysia (Yuran prestasi dana) Pengagihan lebihan kepada anda (Dibayar kepada anda sekiranya lebihan adalah lebih daripada RM10. Jika sebaliknya, ia akan kekal dalam GTF) Diagram konsep takaful 50% 50% Peserta Lebihan (50%) Bayaran tuntutan/ Nilai serahan Derma Sumbangan Yuran wakalah Dana takaful am Yuran prestasi dana (50%) Pembayaran semula Qard Qard (Pinjaman tanpa faedah) Operator F. Terma-terma penerbitan 1. Hak anda sebagai pemegang sijil Anda layak terhadap bahagian sumbangan takaful yang belum luput sebaik sahaja pembatalan sijil. 2. Penamatan Perlindungan takaful anda akan ditamatkan sekiranya berlaku perkara-perkara berikut: a) Apabila tamatnya tempoh takaful seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful; b) Apabila rumah telah dijual; atau c) Pembayaran di atas pembatalan. 3. Keperluan pengunderaitan BPP akan menasihatkan anda mengenai risiko yang dilindungi mengikut kategori bangunan.

Soalan-soalan yang sering ditanya 1. Siapakah Sun Life Malaysia? Sun Life Malaysia adalah syarikat usahasama di antara Renggis Ventures Sdn Bhd, subsidiari kepada Khazanah Nasional Berhad dan Sun Life Assurance Company of Canada, subsidiari kepada Sun Life Financial Inc. 2. Apakah yang dilindungi oleh Pelan Takaful Pengurangan Tempoh Gadai Janji dengan Manfaat Khairat Kematian (MRTT)? MRTT Sun Life Malaysia memberikan manfaat takaful kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sebagai tambahan kepada yang di atas, manfaat khairat kematian juga akan dibayar ke atas kematian anda, pasangan suami/isteri atau anak-anak anda, tertakluk kepada pembayaran agregat maksimum RM3,000 setiap sijil. 3. Bilakah perlindungan MRTT bermula? Perlindungan MRTT akan bermula dari tarikh anda menerima surat tawaran pinjaman/pembiayaan daripada BPP. 4. Apakah yang dilindungi oleh Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO)? LTHO Sun Life Malaysia memberikan perlindungan ke atas kerugian atau kerosakan ke atas hartanah semasa tempoh takaful. 5. Adakah saya akan mendapat pampasan sepenuhnya ke atas kerugian atau kerosakan yang berlaku ke atas hartanah yang dilindungi? Pembayaran pampasan maksimum adalah terhad ke atas jumlah hartanah dilindungi atau nilai pasaran hartanah, mengikut yang mana lebih rendah. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk memastikan perlindungan adalah mencukupi dengan mengemaskini jumlah hartanah dilindungi mengikut nilai pasaran dengan kos tambahan dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut 1. Anda boleh merujuk kepada kontrak induk yang terdapat di BPP atau di laman web sunlifemalaysia.com untuk maklumat lanjut mengenai pelan pakej 2 dalam 1 ini. 2. Anda seharusnya memastikan bahawa pelan ini bersesuaian dengan keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah pelan ini merupakan amaun yang anda mampu bayar. 3. Pelan ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M), pengendali takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 4. Risalah ini memberikan ringkasan ciri-ciri utama produk ini untuk tujuan pemberian maklumat dan bukan merupakan kontrak takaful.

Sun Life Malaysia Money for Life Perancangan yang baik memang penting sentiasa masa. Sama ada anda impikan kehidupan persaraan yang hebat atau risau tentang kejadian yang tidak dijangka, ia tidak terlalu awal atau terlewat untuk memulakan perancangan hidup anda. Money for Life merupakan kaedah perancangan kewangan dan perlindungan khas dari Sun Life Malaysia untuk membantu anda memahami keperluan anda pada tahap kehidupan yang berbeza, supaya anda sentiasa dilindungi dengan sepenuhnya. Berbincanglah dengan penasihat kami hari ini atau layari moneyforlife.my untuk maklumat lanjut.

Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M) Level 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone (603) 2612 3600 Facsimile (603) 2698 7035 Customer Careline 1300-88-5055 sunlifemalaysia.com A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd November 2014