PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA RESILIENT CITIES ASIA PACIFIC 2016 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mempelawa semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo sempena Program Resilient Cities Asia-Pacific 2016 (RCAP 2016). Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan bandar raya yang berdaya tahan meliputi isu-isu seperti peningkatan suhu bumi dan cara penyesuaiannya, pengurangan risiko bencana, jaminan makanan dan penggubalan dasar. Peraturan penyertaan pertandingan adalah seperti yang berikut: PERATURAN PENYERTAAN 1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 30 tahun. 2. Tempoh penyertaan dibuka mulai 20 Januari 2016 hingga 20 Februari 2016. 3. TEMA : Ke Arah Masa Depan Bandar Raya Yang Mampan Dan Berdaya Tahan 4. SPESIFIKASI MEREKA CIPTA LOGO a) Format dan Saiz Logo hendaklah : i) direka menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam 2 format fail asal (softcopy) iaitu : (a) format PSD atau AI atau EPS; dan (b) format JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 ; dan ii) dicetak (hardcopy) pada kertas bersaiz A4 (ukuran 210mm x 297mm) berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board. b) Rekaan i) Warna dan bentuk yang digunakan mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. ii) Peserta bebas untuk mengemukakan ciptaan logo tetapi mestilah berdasarkan tema di atas. iii) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan di dalam rekabentuk logo.
c) Warna Peserta hanya dibenarkan menggunakan tiga (3) kombinasi warna sahaja tidak termasuk warna hitam dan putih. Warna gradient tidak dibenarkan. 5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN a) Reka bentuk logo hendaklah mengikut tema yang diberi. Penerangan mengenai logo, bentuk dan warna perlu : i) diterangkan dengan jelas, ii) dicetak dan ditampal di bahagian belakang hasil karya, dan iii) diserahkan kepada urusetia dalam format PDF (softcopy) b) Logo yang dihasilkan ialah reka cipta yang baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur dan elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. c) Setiap peserta boleh menghantar sehingga 5 reka bentuk logo dengan menggunakan borang penyertaan yang berasingan setiap satu. Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan. d) Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.mbmb.gov.my. e) Penyertaan hendaklah dihantar melalui pos dalam bentuk - hardcopy (menggunakan kertas A4 berukuran 210mm x 297mm berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board) dan - softcopy (dimasukkan ke dalam CD). f) Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri. g) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami sepanjang menyertai pertandingan ini. 6. KATEGORI PERTANDINGAN a) Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu: Kategori A : Terbuka Kategori B : IPTA / IPTS
b) Butir-butir peribadi seperti nama, jantina, nombor kad pengenalan, nombor matriks (Kategori B), nombor telefon, alamat e-mel dan alamat yang lengkap hendaklah ditulis / ditaip dengan jelas di dalam Borang Penyertaan. 7. HADIAH PERTANDINGAN a) Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja. b) Hadiah bagi Kategori A : 1 x Hadiah Pertama : RM2000.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Kedua : RM1500.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Ketiga : RM1000.00 + hamper + sijil. 3 x Hadiah Saguhati : RM500.00 + hamper + sijil (setiap satu). c) Hadiah bagi Kategori B : 1 x Hadiah Pertama : RM1500.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Kedua : RM1000.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Ketiga : RM750.00 + hamper + sijil. 3 x Hadiah Saguhati : RM500.00 + hamper + sijil (setiap satu). d) Semua peserta yang menyertai pertandingan mencipta logo akan menerima sijil penyertaan. 8. KEPUTUSAN PERTANDINGAN a) Penganjur akan menilai semua penyertaan yang mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan sahaja. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan. Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD. b) Keputusan pertandingan akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup. Hanya peserta yang berjaya sahaja yang akan dimaklumkan. Peserta yang tidak dihubungi selepas tempoh tersebut adalah dianggap tidak berjaya. c) Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel juri memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.
9. HAK CIPTA a) Semua logo yang diterima oleh penganjur adalah hak milik MBMB. MBMB berhak meminda mana-mana yang sesuai sama ada pada perkataan atau logo (jika diperlukan) bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana barangan dan program MBMB. b) Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau ciplak. c) Semua logo yang diterima oleh penganjur tidak akan dikembalikan. 10. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 20 Februari 2016. 11. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat yang berikut : Penganjur Pertandingan Mereka Cipta Logo RCAP 2016, Bahagian Teknologi Maklumat dan Inovasi, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Graha Makmur, No.1 Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, peserta boleh berhubung melalui: E-mel : Telefon : rcap@mbmb.gov.my 06-285 9740 - Puan Salfadura / Puan Shamsuriahany 06-285 9738 - Puan Aimi Amirah
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA RESILIENT CITIES ASIA PACIFIC 2016 TEMA : Ke Arah Masa Depan Bandar Raya Yang Mampan Dan Berdaya Tahan Perhatian : Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan. Borang penyertaan serta penerangan/rasional logo hendaklah ditampal di belakang hasil karya. Nama penuh :.. (seperti dalam KP) No. KP [Baru] : Umur : Tarikh Lahir : Jantina : * Ruangan ini MESTI di isi oleh peserta bagi Kategori B : IPTA / IPTS sahaja Universiti / Kolej : No. Matriks :. Alamat surat menyurat :......... Telefon [R/P] :.. Tel. Bimbit :.. E-mel :.. Adalah saya dengan ini mengaku bahawa idea, konsep, dan penerangan berkaitan logo yang disertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha sendiri, asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak, atau diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain. Saya juga akan bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak terhadap logo ini. Tandatangan :.. Tarikh :..