Terma dan Syarat Pinjaman Peribadi UOB ( Terma dan Syarat ) ini akan mentadbir Pinjaman Peribadi UOB ( Pinjaman ) yang kami akan sediakan kepada anda.

dokumen-dokumen yang mirip
jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL BIL KREDIT YANG DIBELI

PERJANJIAN CLUB CARD. 1. Sila baca terma dan syarat di dalam dokumen ini sebelum mengesahkan penerimaan dan/atau penggunaan CLUB CARD.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

1.3 Tujuan pinjaman adalah terhad kepada penggunaan peribadi atau perniagaan.

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN PERIBADI UOB

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Fasal-fasal yang dipinda

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PREMIUM MATA WANG GLOBAL. bermakna sebuah mesin juruwang automatik.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN WEALTH PREMIUM (Berkuat kuasa dari 15 November 2015)

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma dan Syarat OCBC SME Access

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma Dan Syarat Yang Mentadbir Perkhidmatan Pelaburan

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR i-account (berkuatkuasa dari 2hb Januari 2015)

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN DEPOSIT TETAP (Berkuat kuasa dari 1 Mei 2017)

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING ( Terma dan Syarat ) (Berkuatkuasa 1 Julai 2014)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PREMIUM MATA WANG GLOBAL (berkuatkuasa dari 1hb Julai 2014)

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PRIVILEGE (berkuatkuasa dari 1hb Mei 2017)

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

Overdraf. November 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

1. TAFSIRAN 1.1 Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai maksud berikut:

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATA WANG ASING (13 Jun 2017)

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN SIMPANAN (berkuatkuasa dari 1hb Mei 2015)

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

BUTIRAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

bermakna Kod Hasil Dalam Negeri 1986 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Polisi Privasi. Pengenalan

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN SEMASA (Berkuatkuasa dari 1hb Julai 2014) bermakna Akaun Semasa yang dibuka dan/atau dikekalkan dengan kami.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Transkripsi:

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN PERIBADI UOB Terma dan Syarat Pinjaman Peribadi UOB ( Terma dan Syarat ) ini akan mentadbir Pinjaman Peribadi UOB ( Pinjaman ) yang kami akan sediakan kepada anda. 1.0 AM 1.1 Amaun dan tempoh ( Tempoh ) Pinjaman ialah amaun dan tempoh yang diluluskan oleh kami pada budi bicara mutlak kami, tetapi ia tidak akan melebihi amaun dan tempoh yang telah dipohon oleh anda. 1.2 Tujuan Pinjaman ini adalah terhad kepada penggunaan peribadi atau perniagaan. 1.3 Kami akan memaklumkan anda secara bertulis setelah kami meluluskan Pinjaman ( Surat Kelulusan ). Kandungan Surat Kelulusan tersebut akan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat yang akan mentadbirkan Pinjaman. 1.4 Kami kemudiannya akan mewujudkan satu akaun pinjaman peribadi ( Akaun ) di bawah nama anda. 1.5 Kami akan menolak duti setem dan sebarang fi atau caj lain yang dikenakan atau ditanggung oleh kami pada bila-bila masa, termasuk sebarang fi Giro Antara Bank (Interbank Giro atau IBG ) daripada Pinjaman sebelum mengkredit ke dalam akaun yang ditentukan oleh anda dalam borang permohonan ( Akaun yang Dipilih ). Pada masa yang sama, Pinjaman akan didebitkan daripada Akaun anda. 1.6 Jika Akaun yang Dipilih ialah akaun simpanan atau semasa yang anda kekalkan bersama kami, Pinjaman akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun tersebut. Jika Akaun yang Dipilih ialah akaun simpanan atau semasa yang dikekalkan dengan mana-mana institusi kewangan lain di Malaysia, Pinjaman akan dihantar ke akaun tersebut melalui IBG.

1.7 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang caj, kerugian, ganti rugi atau liabiliti dalam apa-apa bentuk sekalipun yang anda mungkin mengalami akibat kelewatan atau kegagalan kami dalam meluluskan sebarang permohonan atau dalam menghantarkan Pinjaman kepada Akaun yang Dipilih oleh anda. 1.8 Anda mesti membayar balik Pinjaman melalui ansuran bulanan untuk prinsipal dan faedah sepanjang Tempoh, atau sehingga Pinjaman dan semua faedah dan wang lain yang mesti dibayar di bawah Pinjaman telah dibayar sepenuhnya. 1.9 Amaun ansuran bulanan dan permulaan bayaran ansuran bulanan akan dinyatakan dalam surat Kelulusan. Kami boleh mengubah amaun ansuran bulanan dan Tempoh pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami dengan memberikan anda notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu. 1.10 Ansuran bulanan perlu dibayar walaupun anda tidak mengeluarkan sebarang jumlah daripada Pinjaman yang telah dikreditkan atau dihantar ke dalam Akaun yang Dipilih oleh anda. 1.11 Anda boleh melaksanakan bayaran dengan mana-mana cara berikut atau manamana cara lain yang diluluskan oleh kami dari masa ke semasa, pada budi bicara mutlak kami:- (a) di mana-mana mesin deposit tunai kami; (b) di mana-mana mesin deposit cek kami; (c) melalui IBG; (d) melalui perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi kami; (e) di mana-mana mesin juruwang automatik; (f) di mana-mana cawangan kami; (g) melalui penghantaran cek, draf bank atau kiriman wang ke alamat yang dinyatakan pada slip pembayaran pinjaman; (h) melalui arahan tersedia dari salah satu daripada akaun yang anda kekalkan bersama kami. 1.12 Bayaran anda tidak akan dianggap telah diterima sehingga kami mendapati dana telah diterima dengan sempurna. Sebarang bayaran berhubung dengan Pinjaman yang diterima daripada anda akan dikreditkan ke dalam Akaun.

2.0 CAJ FAEDAH 2.1 Faedah pada Pinjaman akan dicajkan pada kadar rata yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan ( Kadar yang Ditentukan ). 2.2 Kadar faedah seperti berikut (atau sebarang kadar lain yang kami mungkin kenakan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami), yang akan dikira pada baki harian ( Kadar Faedah Keingkaran ), akan dicajkan pada wang tertunggak dan belum dibayar kepada kami, termasuk faedah, fi, komisen dan caj yang belum dibayar apabila tamat tempoh: 1% setahun ke atas Kadar Faedah Efektif pada sebarang ansuran tertunggak, tertakluk kepada bayaran minimum RM10.00 (atau sebarang jumlah minimum lain yang kami mungkin kenakan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami). 2.3 Kadar Faedah Efektif adalah dikira seperti berikut: Kadar Faedah Efektif = 2NF (300C + NF) 2N²F + 300C (N+1) Di mana: N = Jumlah bilangan ansuran dalam Tempoh C = Jumlah ansuran yang akan dibayar dalam setahun F ditentukan oleh formula berikut:- F = 100C x T N x A Di mana: C = Sama seperti di atas T = Jumlah faedah perlu dibayar pada Pinjaman di bawah Tempoh N = Jumlah bilangan ansuran dalam Tempoh A = Jumlah Pinjaman

2.4 Kadar Faedah Keingkaran akan dicajkan daripada tarikh keingkaran sehingga tarikh pembayaran penuh, kedua-dua selepas dan sebelum sebarang tuntutan atau pengadilan, dan walaupun jika hubungan jurubank-pelanggan telah berakhir. 2.5 Jika berlaku sesuatu Peristiwa Keingkaran (seperti yang dinyatakan dalam klausa 5.2), kadar faedah yang digunakan (atau sebarang kadar lain yang kami mungkin kenakan pada bila-bila masa pada budi bicara kami) yang kami akan caj pada Baki Tertunggak Terselaras Baru (seperti yang ditakrifkan dalam klausa 2.7 di bawah) adalah seperti berikut dan dikira pada dasar kadar harian ( Kadar Faedah Panggil Balik ) :- 1% setahun melebihi Kadar Faedah Efektif pada Baki Tertunggak Terselaras Baru tolak sebarang bayaran yang dilakukan oleh anda terhadap penyelesaian Pinjaman selepas Peristiwa Keingkaran telah berlaku. 2.6 Jumlah faedah yang dicajkan selaras dengan klausa 2.5 akan dikompaunkan pada akhir setiap bulan ( Faedah Dikompaun ) dan Faedah Dikompaun tersebut akan dimasukkan ke dalam kiraan Baki Tertunggak Terselaras Baru untuk bulan yang berikut. 2.7 Baki Tertunggak Terselaras Baru ialah jumlah dari yang berikut:- a. Pinjaman tolak ansuran bulanan sebelumnya (tidak termasuk caj dan faedah); b. Wang tertunggak dan patut dibayar kepada kami di bawah Akaun termasuk ansuran bulanan tertunggak, faedah, fi, komisen dan caj yang masih belum dibayar apabila dijangka pada tarikh berlakunya Peristiwa Keingkaran;: c. Faedah Dikompaun untuk bulan sebelumnya, jika ada. 2.8 Kadar Faedah Dipanggil Balik akan dicajkan dari tarikh di mana Peristiwa Keingkaran berlaku sehingga tarikh pembayaran penuh, kedua-dua selepas dan sebelum sebarang tuntutan atau penghakiman, dan walaupun perhubungan pelanggan-juru bank telah ditamatkan. Ini tidak akan menjejaskan hak kami untuk meminta bayaran untuk wang yang patut dibayar..

2.9 Kami boleh menukar sebarang kadar faedah pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami dengan memberi anda notis dua puluh satu (21) hari. 3.0 PRABAYARAN/PEMBATALAN 3.1 Anda tidak boleh melakukan prapembayaran atau membatalkan Pinjaman tanpa kebenaran kami, yang adalah pada budi bicara mutlak kami. 4.0 PENYELESAIAN AWAL 4.1 Anda boleh menyelesaikan Pinjaman dengan sepenuhnya sebelum tarikh akhir Tempoh dengan memberikan kami notis bertulis sebulan (atau tempoh notis lain sedemikian seperti yang kami mungkin tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami), atau dengan membayar faedah untuk tempoh notis sebagai ganti kepada notis. 4.2 Suatu Fi penyelesaian awal sebanyak 3.0% (atau kadar lain yang kami mungkin tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami) akan dicajkan pada jumlah tertunggak pada masa tersebut, tertakluk kepada jumlah minimum RM300.00 (atau jumlah minimum lain yang kami mungkin tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami). 4.3 Jumlah amaun yang anda mesti bayar kepada kami pada penyelesaian awal Pinjaman adalah agregat seperti berikut: a. Jumlah baki yang masih perlu dibayar di bawah Tempoh asal dan ansuran. b. Jumlah perlu dibayar di bawah Klausa 4.2. c. Sebarang jumlah lain yang patut dan perlu dibayar kepada kami di bawah Pinjaman atau sebaliknya, tolak rebat untuk penyelesaian awal ( Rebat ). Rebat tersebut dikira seperti berikut (atau berdasarkan pada formula lain yang kami mungkin tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami): Rebat = C^r(r+1) t (t+1)

Di mana: C = Faedah perlu dibayar untuk keseluruhan Tempoh r = Jumlah baki ansuran bulanan untuk Tempoh t = Keseluruhan Tempoh dalam bulan 5.0 PERISTIWA KEINGKARAN 5.1 Jika mana-mana peristiwa yang disenaraikan dalam Klausa 5.2 (setiap satu adalah Peristiwa Keingkaran ) berlaku, kami tidak lagi bertanggungjawab untuk melaksanakan sebarang tanggungjawab kami kepada anda menurut Terma dan Syarat. Berikutan suatu Peristiwa Keingkaran - a. semua jumlah wang (termasuk prinsipal atau faedah) yang terhutang pada masa tersebut mesti dibayar oleh anda kepada kami dengan serta-merta apabila dituntut; dan b. kami akan berhak untuk mendapat balik wang tersebut dengan faedah pada Kadar Faedah Keingkaran; dan c. kami akan berhak untuk melaksanakan sebarang hak dan kuasa di bawah Terma dan Syarat dan di bawah undang-undang yang boleh dilaksanakan terhadap suatu keingkaran tanpa memaklumkan anda. 5.2 Peristiwa Keingkaran adalah seperti berikut: a. Anda gagal membayar sebarang wang, atau melepaskan sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang perlu dibayar oleh anda kepada kami pada tarikh tamat tempoh berkenaan. b. Anda gagal mematuhi Terma dan Syarat, Surat Kelulusan, borang permohonan, notis, atau sebarang dokumen sekuriti lain. c. Anda meninggal dunia atau menjadi tidak waras. d. Anda menjadi muflis atau tidak mampu bayar, atau tidak menjelaskan sebarang pengadilan untuk dua puluh satu (21) hari atau lebih.

e. Anda melakukan suatu tindakan kebankrapan, atau tidak dapat membayar hutang anda, menggantungkan bayaran hutang anda, atau memasuki sebarang komposisi atau pengaturan dengan atau untuk manfaat pemiutang anda. f. Terdapat sebarang litigasi (sama ada sivil atau jenayah), penimbangtaraan atau prosiding pentadbiran yang belum selesai, masih berterusan atau dilaksanakan ke atas anda; g. Suatu kebankrapan, pengurusan penghakiman atau petisyen penggulungan atau proses lain yang setara dikemukakan berhubung dengan anda atau suatu resolusi diluluskan untuk melaksanakan yang sama. h. Anda berhenti, atau mengugut untuk berhenti, menjalankan perniagaan anda, atau memindah atau menjual, atau berniat untuk memindah atau menjual, sebahagian besar daripada aset anda, atau menukar, atau berniat untuk menukar jenis atau skop perniagaan anda. i. Pada pendapat kami, terdapat pertukaran atau ugutan pertukaran dalam keadaan yang akan menjejaskan perniagaan atau keadaan kewangan anda dengan ketara dan secara material, keupayaan anda untuk melaksanakan sebarang tanggungjawab anda kepada kami atau status anda sebagai seorang pemastautin. j. Ia telah melanggari undang-undang untuk kami mematuhi tanggungjawab kami atau untuk terus menyediakan Pinjaman disebabkan oleh pertukaran dalam undang-undang, peraturan atau keperluan pengawalan, atau dalam interpretasi atau penggunaannya oleh mana-mana pihak berkuasa yang relevan; k. Terdapat sebarang penyiasatan oleh polis atau pengawal selia yang belum selesai, masih berterusan atau dilaksanakan terhadap anda; l. Suatu notis atau cadangan untuk pemerolehan yang wajib terhadap manamana hartanah anda dikeluarkan atau dilaksanakan di bawah sebarang undang-undang;

m. Anda disenaraihitamkan menurut garis panduan Sistem Maklumat Cek Tidak Laku (Dishonoured Cheques Information System atau DCHEQS) atau manamana garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ) atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami; n. Mana-mana akaun anda ditutup oleh kami untuk apa-apa sebab. o. Kami memutuskan pada budi bicara mutlak kami bahawa penerusan Pinjaman mungkin menjejaskan kedudukan kami sendiri atau sebaliknya tidak sesuai, atau kedudukan keterjaminan kami berada dalam keadaan yang memudaratkan. p. Jika mana-mana keterhutangan anda layak, di bawah terma yang relevan, untuk diisytiharkan sebagai patut dijelaskan sebelum tamat tempohnya disebabkan oleh keingkaran anda terhadap tanggungjawab anda, atau anda gagal membayar keterhutangan tersebut apabila perlu dijelaskan atau diminta, atau sekuriti untuk mana-mana keterhutangan tidak boleh dikuatkuasakan. 6.0 KEINGKARAN SILANG 6.1 Kami akan berhak untuk menjalankan tindakan undang-undang terhadap anda atau menarik balik Pinjaman, faedah, dan semua wang lain yang perlu dijelaskan kepada kami di bawah Pinjaman, atau menahan atau menarik balik Pinjaman, jika - a. anda gagal melepaskan sebarang tanggungjawab atau liabiliti kepada kami atau mana-mana individu lain; b. anda melakukan sesuatu keingkaran dalam sebarang pinjaman, kemudahan atau pengaturan yang sama dengan mana-mana individu (termasuk kami) yang memberi hak kepada pemiutang berkenaan (termasuk kami) untuk menuntut pembayaran balik pinjaman, kemudahan atau pengaturan sebelum tempoh pembayarannya, untuk menarik balik pinjaman, kemudahan atau pengaturan, atau untuk menguatkuasakan sekuriti untuk pinjaman, kemudahan atau pengaturan; atau

c. terdapat sesuatu keingkaran dalam pembayaran sebarang wang di bawah akaun mana-mana individu lain di mana anda menyediakan sekuriti. 7.0 NOTIS 7.1 Anda mesti mengekalkan satu alamat surat-menyurat tempatan yang tetap di Malaysia 7.2 Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta mengenai sebarang pertukaran alamat dan/atau pekerjaan atau perniagaan, atau jika anda berhasrat untuk meninggalkan Malaysia bagi tempoh selama lebih daripada tiga puluh (30) hari. 7.3 Sebarang maklumat akaun, promosi pemasaran atau kempen kami, Penyata Akaun, surat-menyurat atau notis kepada anda boleh dihantar secara peribadi atau melalui telefaks atau pos (berdaftar, AR Berdaftar, biasa atau sebaliknya) atau melalui SMS atau MMS atau mel elektronik, ke alamat atau nombor hubungan telefon bimbit anda yang akhir diketahui oleh kami, dan perkhidmatan tersebut akan dianggap telah dilaksanakan pada masa penghantaran atau transmisi melalui telefaks, SMS, MMS atau tiga (3) Hari Perniagaan selepas tarikh pengeposan, walaupun ia gagal dihantar atau dikembalikan. 7.4 Jika anda tidak memaklumkan kami mengenai sebarang pertukaran alamat, anda bersetuju bahawa kami boleh pada budi bicara mutlak kami, bergantung pada - a) sebarang alamat ternyata dalam borang permohonan atau sebarang alamat lain yang didapati dalam sistem kami, atau b) sebarang alamat yang kami memperoleh daripada sebarang komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami. 7.5 Sebarang kegagalan oleh anda untuk memaklumkan kami mengenai pertukaran alamat akan mengakibatkan penangguhan atau tiada penghantaran sebarang Penyata Akaun, surat-menyurat dan/atau notis yang tidak akan menjejaskan hak atau hak milik kami di bawah Terma dan Syarat. 7.6 Tanpa menghiraukan sebarang peruntukan dalam Klausa 7, kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, memberi notis kepada anda dengan kaedah lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada -

a) pengiklanan dalam satu akhbar harian; b) memaparkan notis, di mana sesuai, di premis kami; dan notis akan dianggap telah diberi kepada anda pada tarikh iklan tersebut keluar dalam akhbar, atau tarikh notis mula dipaparkan di premis kami. 8.0 PENDEDAHAN 8.1 Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau manamana individu lain yang dibenarkan oleh kami untuk mengakses rekod, suratmenyurat atau sebarang material lain berkaitan dengan anda atau Pinjaman anda) boleh mendedahkan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami tanpa memaklumkan anda, sebarang maklumat berkaitan dengan anda, akaun anda bersama kami, Pinjaman ini dan Terma dan Syarat ini, kepada individuindividu berikut:- (a) mana-mana cawangan kami, agensi, pegawai wakil, syarikat bersekutu, gabungan atau berkaitan, dan pegawai, kakitangan atau agen masing-masing mereka, sama ada di Malaysia atau di tempat lain ( Kumpulan Bank ), untuk mana-mana tujuan berikut::- (i) menyediakan perkhidmatan perbankan kepada anda. (ii) pelaporan. (iii) pemadanan data. (iv) mempromosi, meningkatkan dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami. (v) pencegahan penipuan atau jenayah. (vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan pengubahan wang haram dan aktiviti jenayah. (vii) kutipan hutang. (viii) khidmat kepakaran luar untuk operasi kami. (ix) pelaksanaan tugas sebagai pegawai kami atau berkaitan dengan kelakuan audit atau menjalankan pengurusan risiko. (x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau fungsi mana-mana ahli Kumpulan Bank. (xi) pematuhan kepada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan Bank. (xii) pelaksanaan peraturan korporat. (xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami.

(b) (c) (xiv) mana-mana individu untuk atau berkaitan dengan sebarang tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapat kembali wang yang perlu dijelaskan dan dibayar oleh anda kepada kami di bawah Perjanjian ini. mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami bagi tujuan menyediakan, mengemaskini, menyenggarakan dan meningkatkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyiasatan percanggahan, kesilapan atau tuntutan. (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang kami lantik bagi tujuan menjalankan atau berkaitan dengan prestasi perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat kepakaran luar. pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan penyiasatan berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki. syarikat kad kredit dan institusi kewangan berkaitan dengan pertanyaan kad kredit. kepada bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain (hanya untuk maklumat kredit). juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional kami. pencetak alat tulis kami, vendor sistem komputer yang digunakan oleh kami dan individu sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya dan pembekal bahan atau penyedia perkhidmatan lain yang digunakan oleh kami. sebarang biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli lain dan/atau jawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian. mana-mana agensi penarafan, rakan kongsi perniagaan bersekutu, pembekal insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung. mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubung dengan sebarang tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan di antara kami dan anda, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) atau mana-mana dari mereka. mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank.

(n) (o) mana-mana individu yang kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank dibenarkan atau diperlukan untuk memberi pendedahan di bawah undangundang mana-mana negara. mana-mana individu lain di mana pendedahan tersebut dianggap oleh kami adalah untuk kepentingan kami, atau kepentingan mana-mana ahli Kumpulan Bank (tidak digunakan untuk perkongsian strategik bagi tujuan pemasaran dan promosi). 8.2 Klausa 8.1 akan dikekalkan selepas penamatan Perjanjian ini. 9.0. PERINTAH MAHKAMAH 9.1 Kami boleh bertindak dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai, tanpa berunding dengan anda sebelumnya, jika kami dilaksanakan sesuatu perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh sebuah mahkamah dalam sebarang bidang kuasa. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mempertanggungjawabkan kami untuk sebarang kerugian atau ganti rugi berhubung dengan tindakan kami. 9.2 Klausa 9.1 akan dikekalkan selepas penamatan Perjanjian ini. 10.0 PERLINDUNGAN DATA 10.1 Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, kakitangan atau agen kami) dan Kumpulan Bank dibenarkan untuk mengutip, merekodkan, memegang, mengguna, menyimpan dan mengatur Data Peribadi anda. 10.2 Data Peribadi mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, tarikh lahir, kad pengenalan (NRIC), jantina, status perkahwinan, bangsa, alamat kediaman terkini, nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, butiran kad kredit, nama majikan, nama perniagaan yang dimiliki oleh anda, pekerjaan, nama keluarga ibu anda sebelum beliau berkahwin, kelayakan pendidikan tertinggi, pendapatan tahunan, ID pengguna dan kata laluan anda untuk perbankan internet, maklumat terkandung dalam Pinjaman anda dan sebarang kemudahan lain yang anda mungkin kekalkan dengan kami sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain dan/atau sebarang maklumat lain yang kami mungkin terima berhubung dengan Pinjaman dan

sebarang kemudahan lain yang anda mungkin kekalkan dengan kami sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain. 10.3 Tujuan kami mengutip Data Peribadi termasuk yang berikut: (a) memproses permohonan anda bagi sebarang produk dan perkhidmatan perbankan; (b) untuk membolehkan kami mempertimbangkan sama ada kami patut menyediakan atau menerus menyediakan sebarang produk dan perkhidmatan perbankan kepada anda; (c) menyediakan perkhidmatan perbankan kepada anda; (d) untuk pemprosesan data atau tujuan pelaporan; (e) untuk membalas sebarang pertanyaan atau aduan daripada anda; (f) untuk mempromosikan, meningkatkan dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank kepada anda; (g) untuk tujuan pengutipan hutang; (h) untuk menguatkuasakan hak dan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat; (i) untuk mematuhi sebarang undang-undang dan/atau keperluan regulatori; (j) untuk memproses arahan anda dan menjanakan sebarang surat-menyurat, pengesahan, nasihat dan/atau Penyata Akaun; (k) untuk memastikan bahawa maklumat dalam rekod Usaha Wajar Pelanggan kami adalah tepat; atau (l) untuk sebarang pemasaran secara langsung bagi produk dan perkhidmatan perbankan dan/atau insurans kami. 10.4 Anda bersetuju dan memberi kebenaran bahawa kami boleh memindahkan Data Peribadi ke luar Malaysia. Negara-negara lain mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan yang sama untuk data berbanding Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan Bank akan diberi tahap perlindungan yang wajar terhadap sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, serta pendedahan, penukaran atau pengeluaran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja.

10.5 Anda berhak untuk meminta sebarang maklumat secara bertulis berhubung dengan Data Peribadi anda yang kami pegang atau simpan, setelah membayar fi yang ditetapkan. 10.6 Anda boleh memilih untuk tidak menerima sebarang bahan pemasaran secara langsung mengenai perkhidmatan dan produk kami. Anda boleh menghubungi Pusat Kad kami melalui telefon atau faksimile mengenai permintaan anda dan kami akan mengeluarkan nama anda daripada senarai penghantaran pemasaran secara langsung kami tanpa sebarang caj. 11.0 TERMA DAN SYARAT LAIN 11.1 Sebarang pertukaran pada Terma dan Syarat akan dikuatkuasakan selepas pemberian notis dua puluh satu (21) hari kepada anda. Mod pemakluman mungkin secara bertulis, melalui cara elektronik, atau dipaparkan di premis perniagaan dan laman web kami, pada budi bicara mutlak kami. 11.2 Kami tidak diwajibkan untuk memberi Pinjaman tersebut jika, pada bila-bila masa sebelum pelepasan Pinjaman, suatu Peristiwa Keingkaran seperti yang dihuraikan dalam Klausa 5.2 telah berlaku. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang akibat daripada penarikan balik Pinjaman, dan anda akan bertanggungjawab untuk sebarang caj yang ditanggung. 11.3 Liabiliti dan tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat akan terus sah dan terikat untuk semua tujuan walaupun berlakunya sebarang perubahan yang diakibatkan oleh kebankrapan, kematian anda atau sebaliknya. 11.4 Tanggungjawab kami untuk menyediakan dan terus menyediakan Pinjaman adalah tertakluk kepada yang berikut: a. Anda atau pasangan anda, ibu bapa atau anak anda tidak digaji oleh atau bukan seorang ahli Lembaga Pengarah sebarang institusi kewangan dalam Kumpulan Bank. b. Tiada Peristiwa Keingkaran telah berlaku, sedang berlaku, atau akan berlaku akibat penyediaan sebarang pendahuluan atau penerusan penyediaan Pinjaman tersebut.

c. Pematuhan pada undang-undang Malaysia dan peraturan dan pengawalan BNM atau mana-mana pihak berkuasa relevan lain. d. Pinjaman atau prestasi atau pematuhan pada sebarang tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat tidak akan bercanggah dengan atau mengakibatkan pelanggaran sebarang undang-undang, statut, pengawalan, pengadilan, arahan, kontrak, perjanjian, surat ikatan amanah atau instrumen lain, pengaturan, tanggungjawab atau tugasan di mana anda adalah tertakluk padanya. e. Anda tidak mengingkari sebarang perjanjian, dan tiada litigasi, penimbangtaraan atau tindakan undang-undang terkini, belum selesai atau akan dilaksanakan yang mungkin menjejas kemampuan bayar anda secara material atau keupayaan anda untuk melaksanakan tanggungjawab anda. f. Anda tidak mempunyai sebarang penyiasatan oleh polis atau pihak pengawal selia yang masih belum selesai, masih berterusan atau dilaksanakan ke atas anda. g. Semua maklumat yang anda telah berikan apabila memohon Pinjaman tidak mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau meninggalkan sebarang fakta yang membuat mana-mana kenyataan mengelirukan, dan anda tidak menyedari bahawa sebarang fakta material atau keadaan yang belum didedahkan kepada kami yang mungkin, jika didedahkan, menjejas keputusan kami dengan ketara untuk memberi atau terus memberi Pinjaman. h. Tiada Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau sedang berlaku. i. Penyelesaian dokumentasi undang-undang dan perlaksanaan sebarang syarat duluan yang diperlukan oleh kami. 11.5 Kami boleh melakukan yang berikut pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, tanpa menjejaskan liabiliti dan tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat: a. Menetapkan, mengubah, meningkat atau mengurangkan Pinjaman atau mana-mana kemudahan lain yang diberi kepada anda dengan memberi pemberitahuan dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada anda. b. Memberi anda kemudahan lain. c. Memberi anda masa atau peruntukan. d. Berurusan dengan, menukar ganti, melepaskan atau mengubah sebarang hak yang kami miliki daripada atau terhadap anda pada bila-bila masa. e. Memasuki satu surat ikatan kandungan dengan anda.

f. Pada permintaan anda, menerima sebarang bayaran untuk apa-apa wang yang perlu dijelaskan atau yang akan perlu dijelaskan di bawah Terma dan Syarat dalam amaun ansuran sedemikian yang bertambah atau berkurangan. g. Menyemak semula atau menukar sebarang Terma dan Syarat dengan memberi pemberitahuan dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada anda. h. Menggunakan sebarang remedi atau cara yang kami anggap sesuai untuk memperoleh semula sebarang wang yang perlu dijelaskan kepada kami. 11.6 Kami boleh menyemak semula Pinjaman pada bila-bila masa, sama ada suatu Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau tidak, dan mengenakan syarat-syarat lanjutan yang kami anggap perlu. Kami tidak diwajibkan untuk menyediakan atau terus menyediakan Pinjaman kepada anda. Walaupun dengan apa-apa yang ternyata dalam Terma dan Syarat, Pinjaman dan semua faedah, kos dan fi berikutannya akan perlu dijelaskan pada tuntutan. 11.7 Jika ia menjadi lebih mahal untuk kami mengekalkan Pinjaman oleh sebab perubahan dalam pencukaian, keperluan rizab yang lebih tinggi, atau sebarang perubahan ketara lain dalam keadaan kewangan atau persekitaran ekonomi, anda akan bertanggungjawab untuk kos tambahan bagi mengekalkan Pinjaman. Untuk memenuhi kos tambahan ini, kami akan (pada budi bicara tunggal kami selepas memberi anda notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu) sama ada menghantar bil kos tambahan kepada anda atau melakukan penyelarasan yang diperlukan untuk meningkatkan bilangan ansuran yang perlu dibayar dan/atau amaun ansuran bulanan anda. 11.8 Kami boleh, pada bila-bila masa dan pada budi bicara mutlak kami, dan tanpa memberi anda sebarang sebab, menggantung atau membatalkan Pinjaman dan menuntut pembayaran balik amaun Pinjaman dengan serta-merta. Tiada apaapa dalam dokumen ini mewajibkan kami untuk memberi Pinjaman kepada anda. 11.9 Anda akan melindungi kami terhadap sebarang kerugian atau perbelanjaan (termasuk perbelanjaan guaman) yang ditanggung oleh kami kerana keingkaran anda dalam pembayaran sebarang jumlah yang perlu dibayar berkaitan dengan Pinjaman.

11.10 Pada permintaan kami, anda akan melaksanakan sebarang gadai janji, caj, penyerahan hak, pemindahan atau perjanjian yang berpihak kepada kami yang kami mungkin perlukan dan pada semua atau mana-mana bahagian estet, aset atau perniagaan anda, dan manfaat semua lesen berkaitan, bagi mendapatkan semua wang dan liabiliti yang patut dan perlu dibayar kepada kami di bawah Pinjaman. Gadai janji, caj, penyerahan hak, pemindahan atau perjanjian akan disediakan oleh kami pada kos anda, dan akan mengandungi sebarang terma dan syarat yang kami perlukan. 11.11 Jika sebarang jumlah yang dibayar atau diperolehi balik berkaitan dengan liabiliti anda di bawah Pinjaman adalah kurang daripada amaun terhutang, kami boleh pada budi bicara mutlak kami menggunakan jumlah tersebut pada faedah, fi, prinsipal, atau sebarang amaun yang patut dibayar dalam perkadaran, aturan, dan cara sedemikian yang kami anggap sesuai, atau mengkreditkan semua atau sebahagian yang sama kepada akaun tergantung tanpa faedah. Tanpa menghiraukan sebarang pembayaran sedemikian, jika terdapat sebarang prosiding terhadap anda untuk kebankrapan atau ketakmampuan bayar, kami mungkin membuktikan dan bersetuju untuk menerima sebarang dividen atau komposisi berkaitan dengan keseluruhan atau apa-apa bahagian amaun tertunggak terhadap anda pada baki am sedemikian dalam cara yang sama seolah-olah sekuriti tidak diwujudkan di bawah klausa 9.10 di atas, dan tiada wang atau dividen yang diterima oleh kami akan dianggap sebagai diterima, sehingga kami telah menerima seratus sen dalam Ringgit pada baki muktamad sepenuhnya terhadap anda daripada semua sumber. Selepas kami menerima baki muktamad sedemikian dengan sepenuhnya, apa-apa tuntutan oleh anda bagi sebarang lebihan adalah semata-mata penyelarasan di antara kami dan anda dan/atau sesiapa yang membuat tuntutan pada amaun lebihan tersebut. Anda akan bertanggungjawab untuk pembayaran penuh semua kos dan perbelanjaan (termasuk semua kos guaman) berkaitan dengan peruntukan, penyenggaraan, perlindungan, pemprosesan, pelaksanaan dan perolehan semula wang yang tertunggak di bawah Pinjaman, termasuk faedah ( pada kadar yang akan kami tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami) dari tarikh kos dan perbelanjaan ditanggung sehingga tarikh pembayaran penuh. Anda akan bertanggungjawab untuk pembayaran penuh semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung untuk peruntukan sekuriti (termasuk penyediaan dokumen sekuriti) walaupun berlakunya pembatalan Pinjaman sebelum pelepasan pinjaman untuk apa-apa sebab sekalipun.

12.0 HAK UNTUK MENDEBIT 12.1 Tanpa memerlukan pengesahan anda selepas memberi anda notis tujuh (7) hari, kami boleh memilih untuk mendebitkan mana-mana akaun anda bersama kami dan/atau mendebitkan baki dalam kemudahan overdraf (jika ada) dengan semua faedah terakru, ansuran bulanan belum dibayar, indemniti, fi, caj, kos, perbelanjaan dan semua wang lain yang perlu dibayar pada Pinjaman. 12.2 Jika kami mendebitkan akaun anda, pendebitan tersebut tidak akan menjejaskan sebarang hak lain yang kami mungkin miliki, dan tidak akan dianggap sebagai bayaran untuk amaun yang perlu dibayar (kecuali sehingga takat sebarang amaun yang dikreditkan ke dalam akaun anda) atau satu penepian untuk sebarang Peristiwa Keingkaran dalam Terma dan Syarat. 12.3 Jika sebarang pendebitan dari akaun anda mengakibatkan akaun anda terlebih keluar, faedah pada Kadar Faedah Keingkaran perlu dibayar sewajarnya. 13.0 PENYATA KEWANGAN DAN MAKLUMAT 13.1 Pada permintaan kami, anda mesti memberi kami semua penyata, maklumat, bahan dan penerangan berkaitan dengan perniagaan dan kedudukan kewangan anda, yang mesti disediakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas penutupan setiap tahun kewangan perniagaan anda. 14.0 HAK UNTUK TOLAK SELESAI DAN PENGGABUNGAN 14.1 Sebagai tambahan kepada sebarang hak am untuk menolak selesai di bawah undang-undang atau apa-apa perjanjian lain, anda bersetuju bahawa kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menggabungkan atau menyatukan baki tertunggak pada Pinjaman dengan semua atau mana-mana akaun sedia ada anda dengan kami, sama ada secara tunggal atau bergabung dengan manamana individu lain. Anda membenarkan kami, selepas memberi anda notis selama tujuh (7) hari, untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang jumlah tertunggak pada kredit dari mana-mana akaun anda terhadap menyelesaikan sebarang jumlah yang dijangka dan perlu dibayar oleh anda kepada kami di bawah Terma dan Syarat.

14.2 Setelah pengeluaran notis yang dinyatakan dalam Klausa 12.1 di atas, anda bersetuju bahawa anda mempunyai hak untuk memperuntukkan atau memegang kepada apa-apa wang yang berada pada kredit dalam semua atau mana-mana akaun sedia ada anda dengan kami, sebelum menolak selesaikannya dan anda tidak akan berhak untuk mengeluarkan wang tersebut tanpa sebelum mendapatkan kebenaran bertulis kami. 14.3 Di mana sesuatu kombinasi, tolak selesai atau pemindahan memerlukan pertukaran antara mata wang, pertukaran tersebut akan dikira pada kadar pertukaran lazim kami pada masa tersebut (seperti yang ditetapkan oleh kami pada budi bicara mutlak kami) untuk membeli mata wang tersebut yang adalah merupakan tanggungjawab anda. 15.0 PENEPIAN 15.1 Jika kami tidak melaksanakan mana-mana Terma dan Syarat ini, atau bertindak terhadap sesuatu pelanggaran oleh anda, ia tidak akan menjejaskan hak kami pada bila-bila masa selepas ini untuk bertindak dengan tegas mengikut Terma dan Syarat berkaitan dengan sebarang pelanggaran pada masa lampau atau masa hadapan. 16.0 SIJIL 16.1 Sebarang sijil atau penyata yang dikeluarkan oleh kami yang menyatakan amaun tertunggak yang perlu dibayar dan yang anda hutang kepada kami berhubung dengan Pinjaman akan dijadikan bukti muktamad sebagai amaun tertunggak yang perlu dibayar dan yang anda hutang kepada kami berhubung dengan Pinjaman; sijil atau penyata ini akan mengikatkan anda untuk semua tujuan termasuk tujuan untuk sebarang tindakan undang-undang. 17.0 PERUBAHAN 17.1 Terma dan Syarat ini dan kesediaan, had, kadar faedah, fi dan caj Pinjaman adalah tertakluk kepada garis panduan dari BNM atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan yang lain, dan penyemakan semula dan perubahan kami dari

masa ke semasa pada budi bicara mutlak kami. Jika terdapat sebarang pindaan atau perubahan, kami akan memberi anda notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu sebelum perubahan tersebut dikuatkuasakan. 18.0 KEBOLEHASINGAN 18.1 Jika mana-mana Terma dan Syarat ini adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia tidak akan menjejaskan kesahan atau penguatkuasaan Terma dan Syarat lain, yang akan kekal berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya. 19.0 PENYERAHAN HAK / PERTUKARAN DALAM PENUBUHAN 19.1 Kami boleh menyerah hak dan/atau memindah semua hak, faedah, manfaat dan tanggungjawab kami kepada mana-mana individu atau syarikat yang kami pilih, tanpa memaklumkan anda. Anda akan membayar semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh kami, pemegang serah hak atau penerima pindahan berkaitan dengan penyerahan hak atau pemindahan. Berikutan penyerahan hak atau pemindahan, pemegang serah hak atau penerima pindahan akan berhak kepada hak, faedah dan tanggungjawab kami seolah-olah pemegang serah hak atau penerima pindahan telah menjadi pihak kepada Terma dan Syarat selain daripada kami, dan anda akan diikat oleh sebarang Penyata Akaun yang menyatakan jumlah perlu dibayar kepada kami. 19.2 Liabiliti dan/atau tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat akan terus sah dan mengikat walaupun dengan adanya pemindahan atau penyerahan hak perniagaan, operasi, aset atau liabiliti kami, atau pertukaran akibat penyatuan, penggabungan, pembentukan semula atau sebaliknya yang melibatkan kami atau sebuah syarikat di mana perniagaan kami sedang dijalankan. 20.0 UNDANG-UNDANG 20.1 Terma dan Syarat akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia, dan anda secara muktamad -

a. menyerah kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia; b. mengetepikan sebarang bantahan pada dasar tempat atau forum adalah tidak sesuai atau pada sebarang dasar yang sama; dan c. bersetuju kepada proses perkhidmatan melalui mel biasa atau dalam apaapa cara yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia. 21.0 PENGEKALAN HAK 21.1 Hak kami di bawah dokumen ini akan terus dikuatkuasakan dan dilaksanakan, dan akan terus wujud mahupun terdapat sebarang pembatalan, penarikan balik atau penggantungan Pinjaman. 22.0 PENTAKRIFAN DAN PENAFSIRAN 22.1 Kita dan kami merujuk kepada United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (No. Syarikat. 271809-K). Anda dan awak merujuk kepada pemohon Pinjaman dalam borang permohonan. 22.2 Penyata Akaun merujuk kepada yang berikut: (i) notis pendahuluan pada ansuran yang perlu dibayar yang kami akan keluarkan kepada anda pada setiap bulan, yang menunjukkan jumlah amaun yang anda perlu bayar untuk Pinjaman pada atau sebelum tarikh perlu bayar yang dinyatakan dalam notis pendahuluan; dan (ii) Penyata yang akan dikeluarkan kepada anda setiap tahun, menunjukkan jumlah baki tertunggak di bawah Pinjaman, bayaran yang telah dilakukan oleh anda terhadap penyelesaian Pinjaman dan faedah, fi dan caj yang ditanggung (jika ada).