Sinopsis bagi novel Di Sebalik Wajah, iaitu salah satu novel Tingkatan Dua bermula tahun 2011

dokumen-dokumen yang mirip
Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah

BAHAGIAN B. Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Bengkel Ibu Bapa Hari Sabtu. Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran BAHAGIAN A. 2. Seorang budak perempuan sedang mandi sambil tersenyum riang.

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Isikan tempat kosong dengan dari arau daripada. 3. Mary menerima hadiah kakaknya. 7. Ayah baru pulang tempat kerjanya.

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

1 (1) berdiri (2) didirikan (3) mendirikan (4) pendirian. 2 (1) asalkan (2) berasal (3) diasalkan (4) mengasalkan

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal.

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TANGGA DAN SUNGAI. Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Bahagian A: Imbuhan (10 markah)

Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

Penangguhan (Wijaya Mala)

# $% &'( # )*+,-. )*+ - )*+ /,0 )*+ 1(*+!" * 2 # 32,

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KATA PEMERI. Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi. 03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.

(3) tumbuk rusuk (4) bagai aur dengan tebing. (5) bagai cembul dengan tutup (6) seperti ikan pulang ke lubuk

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

A. Padankan gambar dengan ayat yang betul. ( 5x2m=10m) 1. Navin dan Mizi mengambil gambar Tugu Negara.

Latihan 2

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

kotor kuat kusut lagi

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

: Duit syiling 1 sen Lampiran 1 - Lembaran grafik Lampiran 2 - Borang senarai semak

11 Cerita Sosial Adab

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

SJK(C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KERTAS 1 PEMAHAMAN) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENGGAL (1) MASA: 1 JAM

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

BAHAGIAN A PENDIDIKAN JASMANI

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

SAMPEL IMBUHAN. Imbuhan Awalan cakap = bercakap Adik Min sudah boleh bercakap. ber. me (me, men, mem, meng, menge)

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

SP 1 : PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA STANDARD PEMATUHAN 1 PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

1. Apakah kepentingan kita melakukan regangan badan sebelum menjalankan aktiviti? B. memastikan badan kita bersedia untuk meneruskan aktiviti

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

PERATURAN ~ PERATURAN AM SEKOLAH

Page 1 of 8 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SINTAKSIS PROSES PENERBITAN AYAT

01 Tanda keselamatan yang wajib ini bermakna.

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

BENGKEL UNTUK IBU BAPA DARJAH 3 & DARJAH Februari Saya Yakin!

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEMESTER LIMA :JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : TUGASAN INDIVIDU

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.

SJK ( C ) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( 3 ) Nama: ( ) Markah: % Kelas :1 ( ) Tarikh : /8/2017

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

BUKU PANDUAN IBU BAPA

BAB II RINGKSAN CERITA. timah yang bernama Djuasin bin Djamaludin Ansori. Isi surat itu menyatakan kuli yang naik

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENGGAL I. Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2016

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P3 & P4. Tarikh: 1hb Februari 2013 Tempat: ML Room

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

Di Unduh dari : Bukupaket.com

Transkripsi:

Sinopsis bagi novel Di Sebalik Wajah, iaitu salah satu novel Tingkatan Dua bermula tahun 2011 Novel ini mudah difahami dan perkembangan plot adalah kronologi. Cerita novel ini telah dimasukkan teknik kejutan dan saspens sehingga perkembangan cerita bertambah menarik. Bab Satu Di luar wad bersalin, hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Cikgu Saiful kelihatan cemas untuk menunggu kelahiran anaknya. Dalam masa yang agak lama, isterinya berada di dalam wad itu sehingga Cikgu Saiful berasa bimbang. Dia berdoa semoga anak dapat dilahirkan dengan selamatnya. Cikgu Saiful amat sayang akan isteri, Halipah. Dia bertimbang rasa dan simpati akan kesukaran yang dihadapi oleh isteri ketika mengandung. Dia mengimbas kembali tentang isterinya yang mengandung mengidamkan daging rusa. Setelah berusaha payah mencari daging rusa di seluruh Kota Kinabalu, dia tetap tidak dapat mencari daging rusa sehingga dia membeli sup daging arnab untuk membohongi isteri. Tiba tiba namanya dipanggil oleh seorang doktor India yang bernama Vasutheven bahawa isterinya perlu dibedah kerana kandungannya songsang. Setelah menandatangani kebenaran, Cikgu Saiful termenung di bawah pohon semarak api yang rentang. Ketika itu dia diajak oleh seorang doktor berbangsa Melayu untuk bersolat sembahyang. Atas nasihat doktor itu, dia semakin tenang. Di dalam minda, cikgu Saiful hendak menamakan anak lelakinya sama dengan doktor itu, iaitu Doktor Fikri. Jika anak perempuan, namanya akan diserahkan kepada isterinya untuk menentukannya. Kemudian dia diberitahu oleh doktor, anaknya telah selamat dilahirkan. Cikgu Saiful bersyukur lalu menuju ke bilik bayi. Dia meminta kebenaran daripada seorang jururawat Cina untuk bernazar kepada anaknya. Akhirnya dia dibenarkan menjumpainya anaknya. Cikgu Saiful tidak dapat menerima seorang bayi yang berambut kuning emas, dan kulit merah yang jauh berbeza dengan bayi lain. Atas nasihat dan pengesahan doktor dan jururawat, Cikgu Saiful menyesal atas gelagatnya. Dia bernazar kepada anaknya dan menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu anak balar. Ketika isteri terjaga, dia cuba menasihati isteri agar menerima satu kenyataan, iaitu anak mereka merupakan anak balar. Cikgu Saiful memberitahu Halipah bahawa dia hendak menamakan anak mereka Doktor Fikri. Bab Dua Setelah 14 tahun kemudian, Cikgu Saiful sudah meletakkan jawatan sebagai seorang guru dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga telah berpindah dari Tuaran ke pekan Menggatal, Kota Kinabalu. Anaknya yang bernama Doktor Fikri telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Doktor Fikri telah ditempatkan di Kelas Tingkatan Dua Mawar. Seluruh murid Tingkatan Dua Mawar terkejut dengan kehadiran seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih. Setelah memperkenalkan diri sebagai Doktor Fikri, semua pelajar ketawa dan mereka melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, Doktor Fikri sabar dan menerima segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan sedemikian. Sebelum itu Doktor Fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid lain sering meminggirnya. Ketika masa rehat, Doktor Fikri makan bekalan yang disediakan oleh emak sambil membaca novel yang dipinjam daripada Perpustakaan Negeri. Hobinya adalah membaca novel. Ketika itu, seorang pelajar perempuan, Josy dari Tingkatan Dua Melati berminat terhadapnya dan asyik bertanya kepadanya. Doktor Fikri memberitahukan keadaan keluarga secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengetahui Doktor Fikri mempunyai tabung sebanyak RM 1000 di bank dan simpanan itu adalah hasil daripada menjual sayur sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang pelajar Tingkatan Empat( Narius, dan rakannya) masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar lalu mengejek Doktor Fikri sudah pandai memikat hati perempuan. Mereka juga habis makan dan minum bekalan Doktor Fikir. Gelagat ketiga tiga murid Tingkatan Empat diperhatikan oleh murid Tingkatan Dua Mawar. Mereka menasihati Doktor Fikri supaya melaporkan kejadian kepada guru disiplin, Cikgu Wahad. Doktor Fikri berterima kasih kepada mereka. Bab Tiga Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz yang gemuk telah mengayuh basikal ke rumah Doktor Fikir yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar, Menggatal. Mereka disambut dengan mesra oleh ibu Doktor Fikri. Doktor Fikri begitu gembira kedatangan rakan rakan baharunya dan membawa mereka ke bilik bacanya. Mereka kagum akan bilik baca Doktor Fikri yang penuh dengan bacaan. Doktor Fikri tidak keberatan untuk meminjamkan bukunya kepada rakan rakannya. Setelah itu, mereka juga dibawa ke belakangan rumah untuk melihat kebun sayur sayuran dan reban ayamnya. Mereka tidak menyangka bahawa Doktor Fikri sanggup mengerjakan kebun sayur sayurannya dan berbaja tahi lembu. Mereka bergurau senda dan berjanji akan membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur sayuran di Tamu di pekan baru Menggatal pada hari minggu. Ketika melihat kepulangan rakannya yang mengayuh basikal, Doktor Fikri ingin meminta kebenaran daripada ayahnya untuk membeli sebuah basikal.

Babak Empat Keesokan hari, Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang dibeli dengan wang simpanannya. Sesungguhnya Cikgu Saiful sentiasa memenuhi segala permintaan anak kesayangannya dan sentiasa membantu anaknya untuk mempraktikkan ilmu yang telah diajarkan di sekolah, seperti menanam sayur sayuran, memelihara ayam dan menjual sayuran seperti yang telah diajar dalam Kemahiran Hidup, malah dia pernah mengumpul tahi lembu dengan Doktor Fikri. Ketika sampai di pintu sekolah, dia mendapati bahawa dia telah lewat ke sekolah. Pintu pagar telah ditutup. Nasib baik guru disiplin Cikgu Wahad terkenal sebagai guru yang tegas membuka pintu pagar untuknya dan memberikan amaran supaya dia tidak lewat ke sekolah lagi. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahad. Ketika masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar, Doktor Fikri telah ditegur oleh guru kelasnya Cikgu Asnawi dan mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama baik kelas Tingkatan Dua Mawar. Keadaan kelas sangat bising, tetapi Doktor masih leka membaca bukunya. Tiba tiba murid Tingkatan Enam masuk ke kelas mereka dan mengingatkan mereka supaya berlatih sukan pada petang itu memandangkan hari sukan akan menjelang sebulan lagi. Sanin telah mengajak Doktor Fikri supaya menyertai pasukannya, iaitu rumah Tun Ismail. Bab Lima Pada awal pagi hari minggu, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz telah datang ke rumah Doktor Fikri, setelah bersarapan pagi, mereka membantu Doktor Fikri menimbang dan membungkus sayur sayuran, iaitu sawi, kacang bendi, bayam, cili,dan tomato. Setelah itu mereka berbasikal dengan sayur sayuran itu ke tamu. Pada awal pagi, mereka sempat menjual seringgit sayur sawi kepada seorang perempuan. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Rakan rakan berasa hampa kerana sayur sayuran itu tidak laku dijual. Namun demikian, Doktor Fikri kelihatan tenang dan sabar kerana untung rugi merupakan fitrah perniagaan. Bab Enam Pada petang itu, Narius, Jamadi, dan Jais (murid Tingkatan Empat) menghalang Josy, Dayang Mahani, Suriani untuk menanyakan Doktor Fikri. Suriani terjatuh lalu mengugut bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahad tentang peristiwa itu. Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah untuk mengikuti latihan sukan, dia ditahan oleh ketiga tiga murid jahat itu. Mereka meminta wang keselamatan daripada Doktor Fikri. Apabila mendapati bahawa Doktor Fikri tidak membawa wang. Mereka memarahinya dan mengugutnya supaya membawa wang esok. Bab Tujuh Perhimpunan khas telah diadakan di dewan. Pengetua sekolah Puan Hamidah telah merotan Narius, Jamadi dan Jais di khalayak untuk memberikan amaran kepada semua murid supaya tidak melakukan peras ugut di sekolah. Bab Lapan Doktor Fikri berasa bimbang kerana mereka mungkin akan membalas dendam terhadapnya walaupun dia tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah. Keesokan hari, Doktor Fikri berkunjung ke perpustakaan sekolah, dia terserampak dengan Narius, Jamadi dan Jais. Mereka menyindir Doktor Fikri supaya tidak menunjuk nunjuk. Doktor Fikri terus membaca buku di perpustakaan kerana kebetulan tidak ada guru di dalam kelas. Di dalam kelas, Cikgu Wahad mengadakan pemeriksaan secara mendadak di kelas dua Mawar kerana banyak pelajar melaporkan bahawa mereka kehilangan buku, dompet dan pen di perpustakaan. Ketika memeriksa beg Doktor Fikir, terdapat buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal yang dilaporkan telah hilang itu. Seluruh kelas tergempar kerana tidak disangka bahawa murid baru ialah pencuri. Kemudian Doktor Fikri telah dipanggil ke pejabat kaunseling, Cikgu Wahad telah mendakwa Doktor Fikri mencuri. Doktor Fikri menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu sahaja. Cikgu Wahad mengambil keputusan untuk memberitahukan hal itu kepada ayahnya. Seluruh sekolah tergempar kerana kes Doktor Fikri. Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa dan marah atas kejadian. Mereka tidak mahu lagi berkawan dengan Doktor Fikri. Mereka sengaja meminggirnya. Hanya Josy seorang sahaja yang bertegur sapa kepadanya dan masih mempercayainya. Dia turut mendengar rintihan Doktor Fikri. Sejak itu Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua rakan di kelasnya mendakwa dia sebagai panjang tangan. Bab Sembilan Sukan Tahunan sekolah telah diadakan secara meriah.

Bab Sepuluh Doktor Fikri berseluar panjang dan berbaju lengan panjang serta bertopi untuk menghindar cahaya matahari yang terik. Dia mengambil bahagian dalam acara 1500 meter lelaki B. Ibu bapa turut datang ke sekolah untuk memberikan sokongan kepadanya. Hakikatnya penyertaan dalam rumah Tun Ismail tidak disokong oleh anggota rumah sukannya. Josy yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah memberikan semangat kepadanya. Semasa acara 1500 meter lelaki B diadakan, Doktor Fikri berlari dengan selaju lajunya untuk membuktikan keupayaan kepada rakannya tetapi langkahnya semakin perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan. Walaupun telah ketinggalan, Doktor Fikri tidak berputus asa dan masih meneruskan larian untuk ke garis penamat. Hanya beberapa langkah lagi ke garis penamat, dia jatuh pengsan. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya ke khemah rawatan. Ibu Doktor Fikri mendekatinya dan bercadang untuk membawanya pulang ke rumah. Ibunya melarangnya menunggang basikal dan mengarahkan dia menaiki kereta bapanya dan basikal diletakkan di belakang kereta. Ketika Doktor Fikri mencari basikalnya, dia terkejut kerana basikal telah hilang. Jeritan jauh kedengaran. Bab Sebelas Semua murid memperkatakan peristiwa itu. Rakannya masih mengatakan bahawa memang padan kerana panjang tangan telah mencuri panjang tangan. Rakan sekelasnya masih mendakwa bahawa Doktor Fikri memang suka menunjukkan kebolehan walaupun tidak mampu seperti menyertai lumba lari. Bab Dua belas Doktor Fikri berasa kecewa kerana basikal baru yang dibeli dengan wang simpanannya itu telah dicuri. Dia berasa tidak tenteram atas kejadian demi kejadian yang menimpanya. Lebih lebih lagi kawan baiknya Josy akan berpindah sekolah. Dalam pendidikan Jasmani, tidak ada murid hendak bermain dengannya. Apabila termenung di bawah pokok, Cikgu Wahad (guru disiplin) telah mendekatinya dan meminta ke pejabat. Doktor Fikri berasa cemas. Kemudian cikgu Wahad memberitahu bahawa basikal telah ditemukan oleh pihak polis. Pencuri telah ditahan. Mereka adalah Narius, Jamadi, dan Jais. Menurut Cikgu Wahad, ketiga tiga berguru dengan seorang bekas banduan. Bekas banduan telah mengarahkan mereka mencuri. Bapa Doktor Fikri diminta ke balai polis untuk mengambil balik basikal Doktor Fikri. Cikgu Wahad berasa malu kerana pernah mendakwa Doktor Fikri mencuri barang di perpustakaan. Bab Tiga Belas Ketika sampai di rumah, Doktor Fikri berasa gembira dan memberitahukan kejadian itu kepada ibunya. Setelah ayahnya pulang dia pun meminta ayah ke balai polis. Ketika ke balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius menangis di lokap dan bapa Narius yang tua tidak mampu memberikan wang jamin untuk mengeluarkan Narius. Doktor Fikir berasa simpati terhadap Narius yang berkeluarga miskin lalu meminta bapanya menjamin Narius. Pihak polis terkejut terhadap tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana Narius telah mencuri basikalnya. Setelah dijamin, Narius dan bapa segera berterima kasih kepada mereka. Narius berasa segan dan terharu kerana dia pernah menganiaya dan memfitnah Doktor Fikri tetapi Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan membantunya. Bab Empat Belas Apabila ternampak Doktor Fikri sedang berbual mesra dengan Narius, Jamadi, dan Jais di sekolah, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa. Mereka beranggapan bahawa Doktor Fikri telah terpengaruh oleh murid jahat. Suriani berpendapat bahawa mereka ada tanggungjawab untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada terus terjerumus ke lembah hina. Mereka pun berbincang untuk membantu Doktor Fikri daripada bergaul dengan murid jahat. Bab Lima Belas Doktor Fikri sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah. Rakan sekelasnya menyangka bahawa dia telah pandai ponteng sekolah. Tiba tiba, Narius, Jamadi, dan Jais masuk ke kelas Dua Mawar dan menyerahkan surat Doktor Fikri kepada mereka. Mereka bertiga meminta maaf kepada semua murid kelas Dua Mawar dan mengatakan bahawa mereka telah mencemarkan nama baik kelas Dua Mawar dan mengakui bahawa merekalah yang mencuri bahan bahan di perpustakaan lalu memasukkannya ke dalam beg Doktor Fikri. Narius juga memberitahu bahawa ketika ditahan di lokap, bapa Doktor Fikri telah menjaminnya walaupun dialah yang mencuri basikal Doktor Fikri dan menganiayainya sebelum itu. Dayang Mahani telah membaca isi

kandungan surat Doktor Fikri. Dalam surat itu, Doktor Fikri menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja di Jepun selama lima tahun. Dia juga mengatakan bahawa dia menghargai persahabatan mereka terutamanya mereka menjual sayur sayuran dan mendapat keuntungan satu ringgit di samping meminta maaf atas menyinggung perasaan mereka. Selain itu, dengan murah hati, dia menghadiahkan basikal baru kepada Dayang Mahani., Suriani, Sanin dan Aziz dan membiarkan mereka membuat pilihan untuk memilikinya. Semua rakan terharu terhadap kemuliaan Doktor Fikri dan selama ini mereka telah salah faham terhadapnya. Bab Enam Belas Setelah setahun berada di Osaka, Jepun, Doktor Fikri sekeluarga telah balik ke Sabah untuk bercuti selama dua bulan. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Doktor Fikri tidak sabar untuk menjumpai rakannya. Dayang Mahani., Suriani, Sanin dan Aziz telah menunggu di luar balai ketibaan. Mereka bertegur sapa dan bersalam salaman lalu bertolak ke rumah mereka di Menggatal. Doktor Fikri dan rakannya terus masuk bilik bacanya. Dia menceritakan pengalamannya di Jepun kepada rakan di samping memaparkan album foto. Doktor Fikri juga menghadiahkan jam tangan penggera elektronik yang canggih kepada mereka masing masing. Doktor Fikri juga menceritakan bahawa dia telah mendapat trofi dalam pertandingan reka cipta. Dia telah mereka cipta sebuah kereta mainan yang dapat mengesan depan, belakang dan tepinya. Dipercayai kereta ini jika dikomersialkan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya dengan berhenti tiba tiba. Mereka kagum akan kreatif Doktor Fikri. Bab Tujuh Belas Teringat Fujiyama, Doktor Fikri bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ibu dan bapanya juga bersetuju. Setelah memohon cuti daripada pejabat, Cikgu Saiful telah memberitahu bahawa mereka bertolak pada keesokan hari. Doktor Fikri meminta ayahnya supaya membeli jaket dan sarung muka. Bab Lapang Belas Mereka sekeluarga bertolak di Taman Negara Kinabalu. Mereka terpesona oleh pemandangan yang indah dan udara yang dingin. Pada malam itu, mereka tinggal di sebuah chalet. Babk Sembilan Belas Pada awal pagi, sebuah lori pikap sudah berada di chalet untuk membawa mereka ke kaki gunung. Akibat terlalu sejuk,mereka tidak mandi pagi dan bersiap sedia untuk meneruskan pengembaraan mereka. Atas bimbingan jurupandu, mereka bertiga mula mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4101 meter dari aras laut. Tidak lama kemudian, mereka berasa sangat letih, tercungap cungap, penat, dan terpaksa melangkah dengan perlahan sambil berehat kerana lutut yang sakit. Dengan perlahan sekali, mereka sampai juga di tengah tengah lereng Gunung Kinabalu, iaitu Panalaban pada waktu senja. Ketika itu, banyak pelancong sudah berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri menyaksikan pemandangan yang indah di situ. Udara di situ sangat sejuk. Dia dinasihati supaya berehat dengan secukup cukupnya kerana keesokan pagi pukul tiga mereka akan bertolak untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu. Cikgu Saiful juga menerangkan bahawa mereka perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditudungi kabus yang tebal sehingga boleh menyebabkan kesesatan. Bab Dua Puluh Ketika pukul empat pagi, udara terlalu sejuk dan Doktor Fikri mendapati bahawa dia telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang lain. Dalam kegelapan itu, dia hanya mengesan lampu cahaya picit yang agak jauh. Dia berasa cemas dan takut kerana mendapati bahawa dia telah tersesat. Dia meminta tolong tetapi tiada orang di sekitar. Tiba tiba dia ternampak cahaya merah yang hilang wujud. Dia menuju ke arah sinar itu. Tiba tiba dia ternampak seekor naga. Dia berasa sangat takut kerana mulut naga itu mengeluarkan api dan deruman yang terlalu bising. Dia berlari dengan sekuat kuatnya kerana takut dimakan oleh naga itu. Belum sempat menjadi mangsa kepada naga, dia telah terhumban ke dalam gaung. Bab Dua Puluh Satu

Jeritan Doktor Fikri telah mengejutkan semua penghuni di rumah rehat itu. Rupa rupanya dia hanya bermimpi dan jatuh dari katil. Doktor Fikri masih dalam ketakutan, dia memberitahu ibu bapanya tentang mimpi yang ngeri itu. Ayahnya menyuruhnya masuk tidur lagi kerana masih awal lagi. Doktor Fikri meminta ibu bapanya supaya bersama sama dengan ibu bapa ketika mendaki nanti. Puan Halipah mengurau bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke gaung tetapi jatuh ke bawah katil. Mereka bertiga turut ketawa Tamat WATAK UTAMA DOKTOR FIKRI BIN SAIFUL Doktor Fikri ialah seorang budak yang berumur 14 tahun. Dia bukan seorang doktor tetapi diberi nama sebagai Doktor Fikri kerana ketika dia dilahirkan, bapanya Cikgu Saiful telah menemui seorang doktor yang bersopan dan beriman. Doktor itu bernama Fikri. Cikgu Saiful berharap agar anaknya sama seperti doktor itu. Doktor Fikri merupakan seorang budak cacat dari segi kulit, iaitu balar. Rambutnya kuning emas, kuliltnya berwarna merah. Rupanya yang luar biasa sehingga dia sering dipulaukan oleh rakan sekolahnya. Doktor Fikri merupakan pelajar yang rajin dan teguh. Contohnya dia sanggup menanam sayur sayuran dan menjual hasil tanamannya di tamu. Dia suka membaca buku, terutama novel. Doktor Fikri ialah anak yang hormat dan taat kepada ibu bapa. Contoh dia sentiasa meminta kebenaran ibu bapanya sebelum bertindak, seperti dia meminta kebenaran ibunya untuk membeli basikal baru. Selain itu, dia juga bersikap sabar dan tabah. Misalnya dia tabah menghadapi layanan yang buruk daripada rakannya, terutamanya ketika dia didakwa sebagai pencuri. Seterusnya, dia juga bersifat simpati dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya dia sanggup meminta ayahnya membayar wang jaminan untuk melepaskan Narius yang telah mencuri basikal baharunya dan pernah menganiaya Doktor Fikri sehingga dia dianggap sebagai pencuri. Dia tidak menaruh dendam terhadap mereka yang menganiayainya. Di samping itu, dia juga sentiasa bersikap gigih untuk menghadap cabaran, seperti dia tetap hendak meneruskan lariannya dalam acara 1500 meter Lelaki B walaupun dia berasa sesak nafas dan kakinya sakit.