SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA KONVENSYEN MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA

dokumen-dokumen yang mirip
PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) D.R. 8/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

Tatakelakuan. Pembekal

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

KETETAPAN 1325 MAJLIS KESELAMATAN PBB MENGENAI WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PROTOKOL KEPADA PERJANJIAN BERBILANG HALA MENGENAI PEMBEBASAN PENGANGKUTAN UDARA ANTARABANGSA

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK


PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

Universiti Malaysia PAHANG

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Transkripsi:

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA SUHAKAM HAK ASASI UNTUK SEMUA Cetakan Pertama, 2009 Diterbitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 603-2612 5600 Faks: 603-2612 5620 E-mail: humanrights@suhakam.org.my URL: http://www.suhakam.org.my ISBN 978-983-2523-58-1 Dicetak oleh: RDA PRESS SDN BHD N0. 3, Jalan 60/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur Tel : 03-6188 6288 Faks : 03-6287 5679 Konvesyen_Suhakam.indd 1 12/23/2009 12:59:52 PM

KONVENSYEN MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA Diterima dan dibuka untuk tandatangan, ratifikasi dan penyetujuan oleh resolusi Perhimpunan Agung (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 34/180 oleh catatan 18 Disember 1979 yang dikuatkuasakan pada 3 September 1981, yang selaras dengan perkara 27(1) (Malaysia mengekalkan reservasi terhadap Perkara 5(a),7(b),9(2),16 (1)(a),(c),(f),(g) dan 16 (2) dalam Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita) Konvesyen_Suhakam.indd 2 12/23/2009 12:59:52 PM

Mukadimah NEGARA-NEGARA ANGGOTA KONVENSYEN INI: Menyedari bahawa Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu menaruh penuh keyakinan terhadap hak-hak asasi manusia, maruah dan harga diri seseorang insan dan hak-hak yang sama antara lelaki dan wanita. Menyedari bahawa Perisytiharan Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia mengesahkan prinsip yang menolak diskriminasi, dan mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan sama dari segi maruah serta hak-hak, dan bahawa setiap orang berhak kepada semua hak dan kebebasan yang telah ditetapkan terdahulu di dalamnya, tanpa sebarang perbezaan, termasuk jantina. Menyedari bahawa Negara-Negara Anggota kepada Perjanjianperjanjian Antarabangsa ke atas Hak Asasi Manusia mempunyai kewajipan bagi memastikan hak yang sama antara lelaki dan wanita untuk menikmati semua hak-hak ekonomi, sosial, kebudayaan, sivil dan politik. Mengambil kira konvensyen-konvensyen antarabangsa yang dipersetujui di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensi khusus yang menggalakkan kesamaan dalam hak-hak antara lelaki dan wanita. Juga menyedari tentang resolusi, perisytiharan dan cadangan-cadangan yang diterima oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensi khusus yang menggalakkan kesamaan dalam hak-hak antara lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, wujud kebimbangan, disebabkan diskriminasi berleluasa terhadap wanita masih berterusan, meskipun pelbagai instrumen seperti ini diadakan. 1 Konvesyen_Suhakam.indd 1 12/23/2009 12:59:52 PM

Menegaskan semula bahawa diskriminasi terhadap wanita merupakan pencabulan ke atas prinsip-prinsip kesamaan hak dan rasa hormat terhadap maruah manusia, serta berdasarkan persamaan dengan lelaki, merupakan halangan bagi penyertaan wanita dalam kehidupan politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan di negara mereka, menjejaskan kemajuan masyarakat dan keluarga, serta menjadikan pembangunan lengkap potensi wanita untuk berkhidmat kepada negara mereka dan manusia sejagat lebih sukar. Bimbang bahawa dalam situasi kemiskinan, wanita paling kurang mendapat akses kepada makanan, kesihatan, pendidikan, latihan dan peluang-peluang mendapat pekerjaan serta keperluan lain. Berkeyakinan bahawa penubuhan oder baru ekonomi antarabangsa yang berdasarkan kesaksamaan dan keadilan, akan memberi sumbangan yang amat besar kepada penggalakan persamaan antara lelaki dan wanita. Menekankan bahawa pembasmian aparteid, segala bentuk rasisme, diskriminasi ras, kolonialisme, neo-kolonialisme, keagresifan, pendudukan dan penguasaan asing serta campur tangan dalam hal-ehwal negara adalah penting untuk pencapaian sepenuhnya hak-hak lelaki dan wanita. Menegaskan bahawa pengukuhan keamanan dan keselamatan antarabangsa, pengenduran ketegangan antarabangsa, saling bekerjasama di kalangan semua negara tanpa mengira perbezaan sistem sosial dan ekonomi, perlucutan senjata, khususnya senjata nuklear di bawah pengawalan antarabangsa yang ketat dan berkesan, pengesahan semula prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan faedah bersama dalam hubungan di antara negara-negara, dan merealisasikan hak orang-orang yang berada di bawah penguasaan asing dan penjajah dan penaklukan kuasa luar ke atas penentuan diri sendiri dan kemerdekaan, serta menghormati kedaulatan sesebuah negara dan integriti wilayah, akan menggalakkan kemajuan dan pembangunan sosial, dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian kesaksamaan penuh antara lelaki dan wanita. Berkeyakinan bahawa pembangunan penuh dan menyeluruh sesebuah negara, kebajikan dunia dan usaha ke arah keamanan, menghendaki penyertaan maksimum wanita berdasarkan persamaan dengan lelaki dalam semua bidang. 2 Konvesyen_Suhakam.indd 2 12/23/2009 12:59:52 PM

Mengingati betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kebajikan keluarga dan pembangunan masyarakat, yang sehingga kini belum diiktiraf sepenuhnya, betapa pentingnya kedudukan para ibu dalam masyarakat dan peranan kedua-dua ibu bapa dalam keluarga serta dalam membesarkan anak-anak, dan menyedari bahawa peranan wanita dalam penambahan zuriat tidak harus dijadikan asas untuk mendiskriminasi, akan tetapi pembesaran anak-anak memerlukan perkongsian tanggungjawab antara lelaki dan wanita serta seluruh masyarakat. Menyedari bahawa perubahan dalam peranan tradisional lelaki serta peranan wanita dalam masyarakat dan keluarga diperlukan untuk mencapai kesaksamaan sepenuhnya antara lelaki dan wanita. Dengan keazaman untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang telah termaktub dalam Pengisytiharan mengenai Pembasmian Diskriminasi terhadap Wanita dan, untuk maksud tersebut, mengambil langkahlangkah yang perlu bagi pembasmian diskriminasi sedemikian dalam semua bentuk dan manifestasi. Telah bersetuju atas perkara-perkara berikut: BAHAGIAN I Perkara 1 Untuk tujuan Konvensyen ini, istilah diskriminasi terhadap wanita harus membawa maksud sebarang perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat berdasarkan jantina yang mempunyai kesan menghalang atau menafikan pengiktirafan, penggunaan atau perlaksanaan oleh wanita, hak-hak dan kebebasan asasi manusia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, kehidupan awam atau sebarang bidang lain. Perkara 2 Negara-Negara Anggota mengecam diskriminasi terhadap wanita dalam semua bentuk, bersetuju berusaha mewujudkan segera suatu dasar menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dengan cara yang bersesuaian dan, bagi tujuan tersebut, mengambil langkah-langkah berikut: 3 Konvesyen_Suhakam.indd 3 12/23/2009 12:59:52 PM

(a) Untuk membentuk prinsip persamaan dengan kaum lelaki dan dalam perlembagaan negara mereka atau perundangan lain yang bersesuaian sekiranya ia belum lagi dimuatkan ke dalam perlembagaan tersebut, serta memastikan melalui undang-undang dan cara-cara lain yang bersesuaian, untuk pencapaian praktis prinsip ini; (b) Untuk menggunakan perundangan dan cara lain yang bersesuaian, termasuk hukuman jika diperlukan, mencegah semua bentuk diskriminasi terhadap wanita; (c) Untuk mengadakan perlindungan perundangan ke atas hakhak wanita berdasarkan persamaan dengan kaum lelaki, serta memastikan perlindungan berkesan bagi wanita daripada sebarang perlakuan diskriminasi, melalui tribunal nasional dan institusiinstitusi awam lain; (d) Untuk menghalang daripada terlibat dalam sebarang tindakan atau amalan diskriminasi terhadap wanita serta memastikan pihakpihak berkuasa dan institusi-institusi awam bertindak selari dengan kewajipan ini; (e) Untuk mengambil segala langkah yang bersesuaian bagi menghapus diskriminasi terhadap wanita oleh mana-mana individu, organisasi atau perusahaan; (f) Untuk mengambil semua langkah bersesuaian, termasuk perundangan, bagi mengubah-suai atau membatalkan undangundang, peraturan, adat-resam serta amalan-amalan sedia ada yang merupakan diskriminasi terhadap wanita; (g) Untuk memansuh semua peruntukan jenayah negara yang merupakan diskriminasi terhadap wanita. Perkara 3 Negara-Negara Anggota akan melibatkan diri dalam semua bidang, khususnya politik, sosial, ekonomi dan budaya, menerusi semua langkah yang bersesuaian, termasuk perundangan, bagi memastikan pembangunan serta kemajuan sepenuhnya bagi kaum wanita, bertujuan memberi jaminan kepada mereka untuk mengguna dan menikmati hak- 4 Konvesyen_Suhakam.indd 4 12/23/2009 12:59:53 PM

hak dan kebebasan asasi manusia berdasarkan persamaan dengan kaum lelaki. Perkara 4 1. Penerimaan Negara-Negara Anggota terhadap langkah-langkah sementara bertujuan mempercepatkan persamaan de facto antara kaum lelaki dan wanita, tidak harus dianggap sebagai diskriminasi seperti yang didefinisikan dalam Konvensyen ini, akan tetapi tidak seharusnya pula dilihat sebagai natijah pengekalan standard yang tidak seimbang atau berasingan; langkah-langkah ini akan dihentikan apabila matlamat persamaan peluang dan layanan telah tercapai. 2. Penerimaan Negara-Negara Anggota terhadap langkah-langkah istimewa, termasuk yang terkandung dalam Konvensyen ini, bertujuan melindungi status para ibu tidak harus dianggap mendiskriminasi. Perkara 5 Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian: (a) Untuk mengubahsuai pola-pola tingkah laku sosial dan budaya kaum lelaki dan wanita, bertujuan membasmi prejudis dan amalan budaya serta amalan lain yang berdasarkan kepada idea rendah diri atau tinggi diri oleh mana-mana kumpulan jantina atau peranan stereotaip oleh lelaki atau wanita. (b) Untuk memastikan bahawa pendidikan keluarga merangkumi pemahaman yang betul tentang status ibu sebagai fungsi sosial, serta pengiktirafan tanggungjawab bersama oleh lelaki dan wanita dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka, yang difahamkan bahawa kepentingan anak-anak merupakan pertimbangan paling asal kehidupan manusia dalam semua kes. 5 Konvesyen_Suhakam.indd 5 12/23/2009 12:59:53 PM

Perkara 6 Negara-Negara Anggota akan mengambil semua langkah bersesuaian, termasuk perundangan, bagi membasmi segala bentuk perdagangan serta eksploitasi pelacuran ke atas wanita. BAHAGIAN II Perkara 7 Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian bagi menghapus diskriminasi terhadap wanita dalam kehidupan politik dan awam negara dan, secara khususnya akan memastikan kesamarataan wanita dengan kaum lelaki iaitu hak: (a) Untuk mengundi dalam semua pilihanraya dan pungutan suara awam serta berkelayakan untuk pemilihan kepada semua pertubuhan yang dipilih secara ramai. (b) Untuk mengambil bahagian dalam pembentukan dasar kerajaan serta perlaksanaannya, dan memegang jawatan serta menjalankan fungsi-fungsi awam di semua peringkat kerajaan. Perkara 8 Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian bagi memastikan kesamarataan kaum wanita dengan lelaki, dan tanpa sebarang diskriminasi, berpeluang mewakili kerajaan mereka di peringkat antarabangsa dan mengambil bahagian dalam aktiviti organisasi antarabangsa. Perkara 9 1. Negara-Negara Anggota akan memberi hak-hak yang sama kepada wanita untuk memperolehi, menukar atau mengekalkan kerakyatan mereka. Negara-Negara Anggota akan memastikan secara khusus bahawa perkahwinan mereka dengan warga asing, atau pertukaran kerakyatan suami mereka semasa tempoh perkahwinan tidak akan 6 Konvesyen_Suhakam.indd 6 12/23/2009 12:59:53 PM

menukar kerakyatan isteri, menyebabkan isteri tiada kerakyatan manamana negara atau memaksanya memilih kerakyatan si suami. 2. Negara-Negara Anggota akan memberikan kepada kaum wanita hakhak yang sama seperti lelaki berkaitan kerakyatan anak-anak mereka. BAHAGIAN III Perkara 10 Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian menghapuskan diskriminasi terhadap wanita bagi memastikan hak-hak mereka yang sama dengan lelaki dalam bidang pendidikan diperolehi, dan khususnya bagi memastikan persamaan antara kaum lelaki dan wanita: (a) Syarat-syarat yang sama untuk mendapat panduan kerjaya dan pekerjaan, akses kepada pelajaran dan memperolehi diploma di institusi-institusi pendidikan dalam semua kategori, sama ada di luar bandar mahu pun di kawasan-kawasan bandar; persamaan ini harus dijamin dalam pendidikan pra-persekolahan, umum, teknik, profesional dan teknik tinggi, serta dalam semua jenis latihan pekerjaan. (b) Akses kepada kurikulum yang sama, peperiksaan yang sama, tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan yang setanding dan premis serta peralatan sekolah yang mempunyai kualiti setara. (c) Pemansuhan sebarang konsep stereotaip tentang peranan kaum lelaki dan wanita di semua peringkat dan dalam semua bentuk pendidikan dengan menggalakkan pendidikan campuran serta bentuk pendidikan lain yang boleh membantu pencapaian matlamat ini dan, khususnya, dengan semakan semula buku-buku teks serta program-program sekolah dan penyesuaian kaedah pengajaran. (d) Peluang-peluang yang sama untuk mendapatkan kemudahan biasiswa-biasiswa dan bantuan pelajaran lain. (e) Peluang-peluang yang sama untuk mendapat akses kepada program-program pendidikan lanjutan, termasuk program- 7 Konvesyen_Suhakam.indd 7 12/23/2009 12:59:53 PM

program pendidikan literasi fungsian 1, khususnya yang menjurus kepada pengurangan, sebarang jurang dalam pendidikan antara lelaki dan wanita, pada masa seawal mungkin. (f) Pengurangan kadar keciciran pelajar-pelajar wanita dan penyusunan program-program bagi kanak-kanak perempuan dan wanita-wanita yang telah meninggalkan persekolahan terlalu awal. (g) Peluang-peluang yang sama untuk mengambil bahagian secara aktif dalam acara sukan dan pendidikan jasmani. (h) Akses kepada maklumat pendidikan yang khusus bagi membantu menjamin kesihatan dan kesejahteraan keluarga, termasuk maklumat serta nasihat mengenai perancangan keluarga. Perkara 11 1. Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan bagi memastikan hak-hak yang sama, atas dasar persamaan antara lelaki dan wanita, khususnya: (a) Hak untuk bekerja sebagai hak manusia yang tak terpisah. (b) Hak mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sama, termasuk pemakaian kriteria-kriteria pemilihan yang serupa dalam pekerjaan. (c) Hak kebebasan memilih profesyen dan pekerjaan, hak kenaikan pangkat, jaminan pekerjaan dan semua faedah dan syarat perkhidmatan serta hak mendapat latihan pekerjaan dan latihansemula, termasuk perantisan, latihan pekerjaan di peringkat tinggi dan latihan berulangan. (d) Hak mendapat upah yang sama, termasuk faedah tertentu, dan mendapat layanan serupa dalam melakukan pekerjaan yang mempunyai nilai setara, serta layanan yang sama dalam penilaian mutu pekerjaan. 1 Pendidikan tidak formal yang memberi peluang kepada orang dewasa, belia-belia wanis dan remaja yang tercicir daripada pendidikan formal mendapat ilmu pengetahuan 8 Konvesyen_Suhakam.indd 8 12/23/2009 12:59:53 PM

(e) Hak mendapat jaminan sosial, terutama dalam kes-kes persaraan, hilang pekerjaan, keuzuran, hilang keupayaan dan usia tua dan ketidakupayaan lain untuk bekerja, serta hak mendapat cuti bergaji. (f) Hak mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan semasa bekerja, termasuk perlindungan fungsi reproduksi. 2. Bagi mencegah diskriminasi terhadap wanita atas alasan perkahwinan atau mengandung, dan bagi memastikan hak pekerjaan mereka yang berkesan, Negara-Negara Anggota akan mengambil langkah-langkah bersesuaian: (a) Melarang pemecatan atas alasan mengandung atau cuti bersalin dan diskriminasi dalam pemecatan berdasarkan status perkahwinan tertakluk kepada tindakan hukuman. (b) Memperkenalkan cuti bersalin bergaji atau dengan faedah-faedah sosial yang setara tanpa kehilangan pekerjaan asal, kekananan atau elaun-elaun sosial. (c) Menggalakkan penyediaan perkhidmatan sokongan sosial yang sesuai bagi membolehkan ibu bapa menggabungkan tanggungjawab keluarga dengan tugas-tugas pekerjaan, serta penyertaan dalam kehidupan awam, khususnya melalui penggalakan penubuhan dan pembangunan rangkaian kemudahan penjagaan kanak-kanak. (d) Menyediakan perlindungan khusus kepada wanita sewaktu hamil bagi jenis-jenis pekerjaan yang terbukti boleh membahayakan diri mereka. 3. Perundangan perlindungan berkaitan perkara-perkara yang disentuh di dalam artikel ini akan disemak dari semasa ke semasa, berasaskan pengetahuan saintifik dan teknologi dan akan disemak, dimansuhkan, atau diperluaskan skopnya seperti yang diperlukan. Perkara 12 1. Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam 9 Konvesyen_Suhakam.indd 9 12/23/2009 12:59:53 PM

aspek penjagaan kesihatan bagi memastikan, berdasarkan persamaan antara kaum lelaki dan wanita, akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, termasuk yang berkaitan dengan perancangan keluarga. 2. Walaupun diwujudkan peruntukan-peruntukan perenggan 1 artikel ini, Negara-Negara Anggota akan memastikan kaum wanita mendapat perkhidmatan yang sesuai berkaitan dengan penghamilan, ketika bersalin dan selepas bersalin, bantuan perkhidmatan percuma apabila diperlukan, dan juga makanan berkhasiat secukupnya sewaktu hamil dan penyusuan. Perkara 13 Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian bagi menghapus diskriminasi terhadap wanita dalam bidang ekonomi dan kehidupan sosial bagi memastikan, berdasarkan persamaan antara kaum lelaki dan wanita, hak-hak yang sama, khususnya: (a) Hak mendapat faedah-faedah keluarga. (b) Hak mendapat pinjaman bank, gadaian dan bentuk pinjaman kewangan lain. (c) Hak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi, acara sukan serta aspek kehidupan kebudayaan lain. Perkara 14 1. Negara-Negara Anggota akan mengambil kira masalah-masalah khusus yang dihadapi wanita luar bandar dan peranan-peranan penting yang dimainkan mereka dalam survival ekonomi keluarga, termasuk pekerjaan mereka dalam sektor ekonomi bukan-kewangan, dan akan mengambil langkah-langkah bersesuaian bagi memastikan perlaksanaan peruntukan-peruntukan Konvensyen ini bagi golongan wanita luar bandar. 2. Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian bagi menghapus diskriminasi terhadap wanita luar bandar bagi memastikan, berdasarkan persamaan antara kaum lelaki dan wanita, bahawa mereka mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada pembangunan luar bandar khususnya, akan memastikan hak terhadap mereka: 10 Konvesyen_Suhakam.indd 10 12/23/2009 12:59:53 PM

(a) Mengambil bahagian dalam penggubalan dan perlaksanaan perancangan pembangunan di semua peringkat. (b) Mendapat akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi, termasuk maklumat, nasihat dan perkhidmatan perancangan keluarga. (c) Mendapat faedah langsung daripada program-program perlindungan sosial. (d) Memperolehi semua jenis latihan dan pendidikan, secara formal dan tidak formal, termasuk yang berkaitan dengan kebolehan melaksanakan tugas-tugas tertentu, serta antara lain, faedah semua perkhidmatan komuniti dan tambahan, bagi menambah keupayaan teknikal mereka. (e) Menyusun kumpulan-kumpulan bantu-diri dan pertubuhanpertubuhan kerjasama bagi memperolehi akses yang sama pada peluang-peluang ekonomi melalui pekerjaan atau bekerja sendiri. (f) Mengambil bahagian dalam semua kegiatan komuniti. (g) Mendapat akses kepada kredit dan pinjaman pertanian, kemudahan pemasaran, teknologi yang bersesuaian dan layanan serupa dalam reformasi tanah dan pertanian serta dalam skim penempatan semula tanah. (h) Menikmati kemudahan tempat tinggal yang mencukupi, khususnya berhubung dengan perumahan, penjagaan kebersihan, bekalan elektrik dan air, pengangkutan dan komunikasi. BAHAGIAN IV Perkara 15 1. Negara-Negara Anggota akan memperuntukkan kepada wanita hak persamaan dengan lelaki di sisi undang-undang. 2. Negara-Negara Anggota akan memperuntukkan kepada wanita, dalam hal-hal sivil, keupayaan perundangan sepertimana yang diperuntukkan kepada lelaki, dan peluang-peluang yang sama 11 Konvesyen_Suhakam.indd 11 12/23/2009 12:59:53 PM

untuk menggunakan keupayaan tersebut. Negara-Negara Anggota khususnya, akan memberikan hak yang sama kepada wanita untuk memeterai kontrak dan mentadbir harta-benda, dan akan melayani mereka secara saksama dalam semua peringkat prosedur mahkamah dan tribunal. 3. Negara-Negara Anggota bersetuju bahawa semua kontrak dan instrumen persendirian lain dalam apa jua bentuk yang menyebabkan kesan perundangan menyekat keupayaan perundangan wanita, akan dianggap terbatal dan tidak sah. 4. Negara-Negara Anggota akan memperuntukkan kepada lelaki dan wanita hak yang sama mengikut undang-undang berkaitan pergerakan perseorangan dan kebebasan memilih rumah dan tempat tinggal mereka. Perkara 16 1. Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah bersesuaian bagi menghapus diskriminasi terhadap wanita dalam semua perkara berkaitan hubungan perkahwinan dan keluarga, dan khususnya akan memastikan, berdasarkan persamaan antara kaum lelaki dan wanita: (a) Hak yang sama untuk berkahwin. (b) Hak yang sama dan kebebasan dalam memilih pasangan dan berkahwin, hanya dengan persetujuan mereka yang bebas. (c) Hak dan tanggungjawab yang sama semasa berkahwin dan perceraian. (d) Hak dan tanggungjawab yang sama sebagai ibu bapa, tanpa mengira status perkahwinan mereka, dalam hal-hal berkaitan anak-anak mereka; dalam semua kes kepentingan anak-anak harus diutamakan. (e) Hak-hak yang sama untuk membuat keputusan secara bebas serta bertanggungjawab ke atas bilangan dan kekerapan anak-anak mereka dan mendapat akses kepada maklumat, pendidikan dan cara bagi membolehkan mereka menggunakan hak-hak tersebut. (f) Hak dan tanggungjawab yang sama berkaitan penjagaan, 12 Konvesyen_Suhakam.indd 12 12/23/2009 12:59:54 PM

perlindungan, pengamanahan dan pengambilan anak-anak angkat, atau institusi-institusi serupa di mana konsep demikian wujud dalam perundangan negara; dalam semua kes kepentingan anak-anak harus diutamakan. (g) Hak peribadi suami dan isteri yang sama, termasuk hak untuk memilih nama keluarga, profesyen dan pekerjaan. (h) Hak yang sama bagi kedua-dua pasangan berhubung pemilikan, penguasaan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan pemindahan harta-benda, sama ada secara percuma atau bayaran yang bersesuaian. 2. Pernikahan dan perkahwinan seorang kanak-kanak tidak akan membawa kesan perundangan, dan semua tindakan yang perlu, termasuk tindakan perundangan, akan diambil bagi menetapkan umur minimum perkahwinan, serta mewajibkan pendaftaran rasmi perkahwinan di dalam daftar perkahwinan. BAHAGIAN V Perkara 17 1. Bagi maksud mengukur kemajuan yang dicapai dalam perlaksanaan Konvensyen ini, sebuah Jawatankuasa Pembasmian Diskriminasi terhadap Wanita (yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa) akan dibentuk, yang mengandungi, semasa penguatkuasaan Konvensyen ini, lapan-belas dan, selepas ratifikasi atau penyetujuan Konvensyen ini, oleh tiga puluh lima buah Negara-Negara Anggota, dua puluh tiga orang pakar yang berkedudukan serta berkebolehan tinggi dalam bidang-bidang yang diliputi Konvensyen ini. Pakar-pakar ini dilantik oleh Negara-Negara Anggota daripada kalangan rakyat mereka dan akan berkhidmat atas kapasiti peribadi mereka, di mana pertimbangan akan berdasarkan kepada tebaran geografi secara adil, kepada kepelbagaian tamadun perwakilan serta sistem perundangan utama. 2. Anggota-anggota Jawatankuasa ini akan dilantik secara undian rahsia daripada senarai calon yang dikemukakan oleh Negara-Negara 13 Konvesyen_Suhakam.indd 13 12/23/2009 12:59:54 PM

Anggota. Setiap Negara Anggota boleh mencalonkan seorang daripada kalangan rakyatnya. 3. Pencalonan awal akan diadakan enam bulan selepas berkuatkuasanya Konvensyen ini. Sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh setiap pemilihan, Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu akan menghantar surat kepada Negara-Negara Anggota mempelawa mereka menyerahkan pencalonan mereka dalam tempoh dua bulan. Setiausaha Agung akan menyediakan senarai dalam susunan abjad nama-nama mereka yang telah dicalonkan, dengan menandakan Negara-Negara Anggota yang mencalonkan mereka, dan kemudian akan menyerahkannya kepada Negara-Negara Anggota. 4. Pencalonan anggota-anggota Jawatankuasa akan dijalankan pada mesyuarat Negara-Negara Anggota yang dipanggil oleh Setiausaha Agung di Ibu pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada mesyuarat tersebut, dengan korum seramai tiga-perempat daripada jumlah Negara-Negara Anggota, mereka yang dipilih ke Jawatankuasa terdiri daripada mereka yang mendapat jumlah undi terbanyak dan undi majoriti mutlak perwakilan-perwakilan Negara-Negara Anggota yang hadir dan mengundi. 5. Anggota-anggota Jawatankuasa akan dipilih untuk tempoh empat tahun. Walau bagaimanapun, tempoh sembilan orang anggota yang dipilih pada pemilihan pertama akan tamat selepas dua tahun; sebaik sahaja selesai pemilihan pertama nama-nama sembilan orang anggota ini akan dipilih secara cabutan oleh Pengerusi Jawatankuasa. 6. Pemilihan lima orang anggota tambahan jawatankuasa akan dijalankan menurut peruntukan perenggan-perenggan 2, 3 dan 4 artikel ini, selepas ratifikasi atau penyetujuan oleh tiga puluh lima (Negara-Negara Anggota). Tempoh bagi dua orang daripada anggota tambahan yang dipilih secara cabutan oleh Pengerusi Jawatankuasa akan tamat selepas dua tahun. 7. Bagi mengisi kekosongan secara tiba-tiba, Negara Anggota yang mana tenaga pakarnya telah berhenti, Jawatankuasa hendaklah melantik seorang pakar lain daripada kalangan rakyatnya, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa. 14 Konvesyen_Suhakam.indd 14 12/23/2009 12:59:54 PM

8. Dengan kelulusan Persidangan Agung, anggota-anggota Jawatankuasa akan menerima emolumen daripada sumber Bangsa- Bangsa Bersatu atas peraturan serta syarat seperti yang diputuskan oleh Persidangan, setelah mengambil kira peri mustahaknya tanggungjawab Jawatankuasa ini. 9. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu akan menyediakan kakitangan dan kemudahan untuk tujuan perlaksanaan fungsi-fungsi Jawatankuasa dengan berkesan di bawah Konvensyen ini. Perkara 18 1. Negara-Negara Anggota akan menyerahkan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk pertimbangan Jawatankuasa, satu laporan mengenai langkah-langkah perundangan, kehakiman, pentadbiran serta langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan oleh mereka bagi memberi kesan kepada peruntukan Konvensyen ini serta kemajuan yang dicapai dalam aspek ini: (a) Dalam tempoh satu tahun selepas berkuatkuasanya (Konvensyen ini) di negara berkenaan. (b) Selepas itu, sekurang-kurangnya setiap empat tahun dan selanjutnya apabila Jawatankuasa menghendakinya. 2. Laporan boleh mengenal pasti faktor dan masalah-masalah yang menjejaskan usaha melaksanakan tanggungjawab di bawah Konvensyen ini. Perkara 19 1. Jawatankuasa akan menggunakan peraturan-peraturan prosedurnya sendiri. 2. Jawatankuasa akan melantik pegawai-pegawainya sendiri untuk tempoh dua tahun. 15 Konvesyen_Suhakam.indd 15 12/23/2009 12:59:54 PM

Perkara 20 1. Jawatankuasa lazimnya akan bermesyuarat untuk tempoh yang tidak melebihi dua minggu dalam tempoh setahun, bagi menimbangkan laporan-laporan yang diserah menurut artikel 18 Konvensyen ini. 2. Mesyuarat Jawatankuasa lazimnya akan diadakan di Ibu pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu atau di tempat lain yang sesuai seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa. Perkara 21 1. Menerusi Majlis Ekonomi dan Sosial, Jawatankuasa akan melaporkan setiap tahun kepada Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai aktiviti-aktivitinya, dan mengemukakan cadangan dan syor-syor umum berdasarkan penelitian laporan serta maklumat yang diterima daripada Negara-Negara Anggota. Cadangan dan syor-syor tersebut akan diterap ke dalam laporan Jawatankuasa berserta komenkomen, jika ada, daripada Negara-Negara Anggota. 2. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu akan menyampaikan laporan Jawatankuasa kepada Suruhanjaya mengenai Status Wanita untuk maklumannya. Perkara 22 Agensi-agensi khusus berhak diwakili dalam perbincangan tentang perlaksanaan peruntukan-peruntukan Konvensyen ini yang terkandung dalam skop kegiatan mereka. Jawatankuasa boleh menjemput agensiagensi khusus menyerahkan laporan mengenai perlaksanaan Konvensyen ini bagi bidang-bidang yang terkandung dalam skop kegiatan mereka. 16 Konvesyen_Suhakam.indd 16 12/23/2009 12:59:54 PM

BAHAGIAN VI Perkara 23 Tiada apa-apa dalam Konvensyen ini yang boleh menjejaskan manamana peruntukan yang lebih berkesan dalam usaha mencapai persamaan antara kaum lelaki dengan wanita, yang sama ada terkandung: (a) Dalam perundangan Negara Anggota; atau (b) Dalam konvensyen antarabangsa lain, perjanjian atau persetujuan yang berkuatkuasa di Negara tersebut. Perkara 24 Negara-Negara Anggota akan mengambil segala langkah yang perlu di peringkat nasional, bertujuan menghasilkan pencapaian sepenuhnya hak-hak yang diiktiraf dalam Konvensyen ini. Perkara 25 1. Konvensyen ini terbuka untuk ditandatangani oleh semua Negara Anggota. 2. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu dilantik sebagai penyimpan Konvensyen ini. 3. Konvensyen ini tertakluk kepada ratifikasi. Instrumen-instrumen ratifikasi akan diserahkan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. 4. Konvensyen ini akan dibuka untuk persetujuan semua Negara. Penyetujuan akan dilakukan dengan penyerahan instrumen penyetujuan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Perkara 26 1. Permohonan untuk menyemak Konvensyen ini boleh dibuat pada bilabila masa oleh Negara-Negara Anggota melalui pemberitahuan yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. 17 Konvesyen_Suhakam.indd 17 12/23/2009 12:59:54 PM

2. Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu akan memutuskan langkah-langkah, jika ada, yang akan diambil ke atas permohonan tersebut. Perkara 27 1. Konvensyen ini akan berkuatkuasa pada hari ketiga belas selepas tarikh penyerahan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, instrumen ratifikasi dan persetujuan yang kedua puluh. 2. Bagi setiap negara yang meratifikasi Konvensyen ini atau menyetujuinya selepas penyerahan instrumen ratifikasi dan penyetujuan yang kedua puluh, Konvensyen ini akan berkuatkuasa pada hari ketiga belas selepas tarikh penyerahan instrumen ratifikasi dan penyetujuannya. Perkara 28 1. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu akan menerima dan mengedarkan kepada semua negara teks reservasi yang dibuat oleh Negara-Negara pada masa ratifikasi atau penyetujuan. 2. Reservasi yang bercanggah dengan matlamat dan tujuan Konvensyen ini tidak akan dibenarkan. 3. Reservasi boleh ditarik balik pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bagi maksud tersebut, yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, yang kemudiannya akan memaklumkan kepada semua negara tentang perkara itu. Perkara 29 1. Sebarang pertikaian di antara dua atau lebih Negara-Negara Anggota mengenai tafsiran atau pemakaian Konvensyen ini yang tidak dapat diselesaikan melalui rundingan, atas permohonan salah satu pihak di antara mereka, akan diserahkan kepada timbangtara. Sekiranya dalam tempoh enam bulan daripada tarikh permohonan untuk mengadakan timbangtara pihak-pihak masih tidak bersetuju dengan pembentukan timbangtara itu, satu pihak tersebut boleh merujuk pertikaian itu ke 18 Konvesyen_Suhakam.indd 18 12/23/2009 12:59:54 PM

Mahkamah Pengadilan Antarabangsa melalui permohonan menurut Statut Mahkamah tersebut. 2. Setiap Negara Anggota boleh pada masa menandatangani atau meratifikasi Konvensyen ini atau penyetujuan kepadanya, mengisytiharkan bahawa ia beranggapan tidak terikat kepada perenggan 1 artikel ini. Negara-Negara Anggota lain tidak akan terikat kepada perenggan tersebut berhubung dengan mana-mana Negara Anggota yang telah membuat reservasi sedemikian. 3. Mana-mana negara yang telah membuat reservasi menurut perenggan 2 artikel ini boleh pada bila-bila masa menarik balik reservasi tersebut melalui pemberitahuan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Perkara 30 Teks konvensyen ini, dalam Bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol sah digunakan, akan diserahkan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. DENGAN DISAKSIKAN penandatangan, yang diperturunkan kuasa, telah menandatangani Konvensyen ini. 19 Konvesyen_Suhakam.indd 19 12/23/2009 12:59:54 PM