Jenayah dan Isu Pemerdagangan Orang Di Kalangan Warga Asing

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT LIS AN

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan Tip 2008: MALAYSIA (SENARAI PEMERHATIAN TINGKAT 2)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan TIP 2009:

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED (PULAI)

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LIS AN 11 JUN 2014

DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN LISAN LISAN 24 MAC 2015

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

TEKS UCAPAN KETUA CAWANGAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN & SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA KE-44 PADA 4 MEI 2016 KPDNKK SG PETANI

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA LIS AN TUAN TEO KOK SEONG [ RASAH ] {RABU)

Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat. Persoalan Dasar

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LISAN 29 MAC 2017

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ]

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

FACT SHEET

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. menyatakan senarai jumlah kes Skim Cepat Kaya di bawah Akta

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN [ KULIM BANDAR BAHARU 1 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS)

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 6 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Undang-Undang Malaysia

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Transkripsi:

Jenayah dan Isu Pemerdagangan Orang Di Kalangan Warga Asing Mohd Bakri Mohd Zinin PENDAHULUAN 1. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-nya kita dapat bersama-sama hadir di Seminar On National Resilience (SNAR) pada pagi yang penuh ceria dan indah ini. 2. Sebelum saya meneruskan ucaptama pada pagi ini, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan rasa bangga dan gembira saya kerana diberi penghormatan untuk berkongsi dengan hadirin sekalian isu yang menjadi topik perbincangan yang hangat sejak kebelakangan ini iaitu isu pemerdagangan orang. 3. Sebagaimana yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memikul tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar di dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara Malaysia terpelihara dan terjamin. Setiap hari masyarakat didedahkan dengan berita mengenai jenayah sama ada ia berbentuk jenayah kekerasan mahupun yang berkaitan dengan harta benda. PDRM akan terus memikul tugas yang berat ini serta akan memastikan ia kekal relevan sebagai Pasukan Penguatkuasa Undang-Undang utama negara, selaras dengan peranan yang termaktub di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, iaitu: i. Memelihara Undang-Undang Dan Ketenteraman Awam. ii. Mengekalkan Keamanan Dan Keselamatan Persekutuan. iii. Mencegah Dan Mengesan Jenayah. iv. Menangkap Dan Mendakwa Penjenayah. v. Mengumpul Risikan Keselamatan. 1

Seminar on National Resilience 4. Selain daripada menghadapi jenayah berbentuk konvensional seperti samun, bunuh, ragut, pecah rumah dan seumpamanya, skop peranan PDRM kini berubah apabila sempadan dunia semakin tipis dengan wujudnya globalisasi atau dunia tanpa sempadan. Ini telah mewujudkan trend baru dalam perlakuan jenayah melibatkan jenayah rentas sempadan atau jenayah transnasional merangkumi penyeludupan senjata api, dadah, kenderaan serta perjudian. 5. Perkembangan ini tidak terhenti di situ kerana kini trend jenayah rentas sempadan semakin parah dengan berkembangnya aktiviti pemerdagangan orang yang semakin membimbangkan. 6. Pemerdagangan orang atau apa yang juga dikenali sebagai sistem perhambaan cara moden merupakan salah satu jenayah terancang yang melanggar hak asasi dan etika masyarakat. Manusia diperniagakan seolah olah suatu komoditi yang boleh dijual beli dan dieksploitasi di pasaran. 7. Pemerdagangan orang merupakan industri jenayah yang pantas dan terlaris di dunia dengan keuntungan tahunan mencecah antara 5 hingga 42 bilion dolar Amerika (USD$5 - USD$42 bilion). Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir 2.5 juta manusia dari 127 buah negara telah diperdagangkan di seluruh dunia. 8. Usaha untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang bukanlah sesuatu yang mudah kerana jenayah ini begitu komplikated dan semakin sofistikated. Sindiket pemedagangan orang begitu licik dan sentiasa berusaha melindungi aktiviti mereka, mengelakkan diri daripada disiasat, apatah lagi diambil tindakan undang-undang. PEMERDAGANGAN ORANG DI MALAYSIA 9. Malaysia masih dianggap sebagai negara destinasi serta transit bagi aktiviti pemerdagangan orang. Namun, ia tidak dapat mengelak 2

daripada turut menjadi negara sumber, walaupun masih di tahap rendah. Malaysia berada di Tier 2 mengikut Laporan US Department of State - Trafficking in Persons Report 2008 berikutan kejayaan negara mengubal Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007. Malangnya, mengikut kajian US Department of State, usaha Malaysia masih belum menyeluruh dan konkrit di dalam usaha menangani masalah ini menyebabkan negara diturunkan semula ke Tier 3 pada tahun 2009. Alhamdulillah, setelah melihat betapa gigih dan komitednya negara bertindak melalui pendekatan bersepadu semua Pasukan Penguatkuasa Undang-Undang, Malaysia kembali ke Tier 2 dalam laporan US Department of State yang dikeluarkan pada bulan Jun 2010 lalu. 10. Kenapa Malaysia menjadi negara destinasi serta transit? 11. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kebanjiran aktiviti pemerdagangan orang ke negara ini antara lain termasuklah kemiskinan, kurang pendidikan (iliterasi), krisis ekonomi, konflik dalaman dan serantau dan ketidakstabilan politik. 12. Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, kaya dan makmur dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah ASEAN menjadinya tarikan utama kepada pendatang dari seluruh dunia. Kerancakan ekonomi negara yang bermula tahun 1970-han bukan sahaja menarik para pelabur ke Malaysia tetapi penghijrahan atau migrasi manusia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk sektor perusahaan, perladangan dan perkhidmatan. Keperluan tenaga kerja ini telah membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. 13. Masalah ekonomi dan ketidakstabilan politik beberapa buah negara di Asia Selatan turut mendorong mereka mengorbankan sejumlah wang simpanan atau harta pusaka untuk datang ke Malaysia mencari rezeki. Peraturan dan undang-undang imigrasi serta pekerjaan 3

Seminar on National Resilience yang fleksibel membolehkan mereka datang bekerja di Malaysia dengan mudah. Dengan budaya rakyat Malaysia yang pelbagai dan sentiasa bertoleransi, memudahkan mereka mengasimilasi diri mereka dengan rakyat tempatan dengan mudah. 14. Semua yang indah ini merupakan tarikan yang disalahgunakan oleh sindiket pemerdagangan orang untuk menjerat individu yang akhirnya menjadi mangsa pemerdagangan orang. ASPEK PERUNDANGAN 15. Sebagai negara yang disifatkan dunia sebagai salah satu negara yang menjadi destinasi, transit dan sumber pemerdagangan orang, Malaysia terpaksa mengakui dan akur akan cabaran serta ancaman akibat dari jenayah merentasi sempadan ini. Dalam konteks ini, Malaysia telah memanisfestasikan keseriusannya dalam menanganinya jenayah ini melalui pengubalan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670). Ini juga sejajar dengan persetujuan dan perjanjian yang telah Malaysia tandatangani di peringkat antarabangsa. 16. Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) ini mendapat sumbernya dari dua (2) protokol, iaitu: i. Protokol Mencegah, Membendung dan Menghukum Pemerdagang Orang khususnya Wanita dan Kanakkanak, dan ii. Protokol Menentang Penyeludupan Manusia Melalui Darat, Laut dan Udara. 17. Kedua dua Protokol ini adalah tambahan kepada Konvensyen PBB menentang Jenayah Merentasi Sempadan atau United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC ) yang mana Malaysia bersetuju dan menandatanganinya. 4

TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH PDRM 18. Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi penguat kuasa yang terulung Negara sentiasa memandang serius terhadap jenayah pemerdagangan orang. Bagi memastikan tumpuan yang khusus diberikan kepada masalah ini, PDRM telah bertindak menubuhkan Unit Antipemerdagangan Orang ( Unit ATIP) yang berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Unit ATIP ini antara lain bertanggungjawab mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas kes-kes pemerdagangan orang, membanteras sindiket yang terlibat, mengumpul maklumat dan risikan serta menjalankan penguatkuasaan di premis dan tempat yang berkaitan dengan kesalahan ini. 19. Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh PDRM memberi penekanan kepada jenis pengeksploitasian yang termaktub di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang merangkumi: i. Eksploitasi seks; ii. Kerja atau perkhidmatan paksa (force labour); iii. Perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan dan pengabdian; iv. Pemindahan organ manusia; atau v. Apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Eksploitasi seks. 20. Tidak dapat dinafikan pelacuran yang merupakan aktiviti yang tertua di dunia, sukar dihapuskan malah ianya diwarisi dari generasi ke generasi. Kegiatan ini mempergunakan dan mengeksploitasi wanita dari seawal usia 10 tahun. Berpandukan kajian yang dijalankan oleh PBB pada tahun 2006 bagi seluruh dunia, adalah dianggarkan daripada 800,000 orang telah diseludup masuk dan diperdagangkan, 80 peratus adalah merupakan wanita dan yang menyedihkan, daripada jumlah ini, 50 peratus terdiri daripada kanak-kanak. Angka ini tidak termasuk pemerdagangan di negara sendiri. 5

Seminar on National Resilience 21. Di Malaysia, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 mula dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008. Walaupun Akta ini baru berusia (6) bulan ketika itu, Malaysia telah merekodkan sabitan pertamanya pada tahun 2008, apabila seorang wanita warganegara India telah berjaya disabitkan dengan kesalahan pemerdagangan orang melibatkan eksploitasi seks. Bagi tempoh 28 Februari 2008 hingga 27 Jun 2010, sebanyak (165) kes pemerdagangan orang melibatkan eksploitasi seks telah dicatatkan. Statistik juga menunjukkan bahawa dari sejumlah (808) mangsa pemerdagangan orang yang telah diselamatkan dari eksploitasi seks, kesemuanya (100 peratus) adalah dari kalangan warga asing. Dari sejumlah itu pula, seramai (42) adalah mangsa kanak-kanak. 22. Kejayaan mengesan mangsa-mangsa pemerdagangan orang melibatkan eksploitasi seks adalah hasil dari tindakan proaktif PDRM, khasnya Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) dengan menyelamatkan mangsamangsa pelacuran di pusat-pusat hiburan dan tempat-tempat kurungan tertentu. Dalam konteks ini, orang ramai telah memainkan peranan penting kerana tidak jemu - jemu menyalurkan maklumat tepat sehingga PDRM berjaya memberkas beberapa individu yang terlibat di samping berjaya melemahkan aktiviti-aktiviti sindiket-sindiket pelacuran. Untuk itu, PDRM ingin melahirkan rasa berterima kasih kepada masyarakat di atas keprihatinan dan kerjasama mereka. 23. Di arena antarabangsa pula, PDRM turut melakar sejarah dalam usaha menangani isu pemerdagangan orang apabila berjaya membongkar dan melumpuhkan satu sindiket pemerdagangan orang dengan tertangkapnya (3) individu kerana memperdagangkan perempuanperempuan warganegara Malaysia dan warganegara China ke negara Australia untuk tujuan pelacuran. Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Manusia. 24. Apabila menyebut isu pemerdagangan orang, ramai orang keliru dan menyamakannya dengan masalah penyeludupan manusia. Kedua- 6

dua istilah ini merujuk kepada dua masalah yang berbeza. Namun demikian, penghujungnya sering berkait-rapat. Jika pemerdagangan orang lebih merujuk kepada elemen paksaan, penyeludupan manusia pula lebih kepada elemen rela hati. Penyeludupan manusia merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pengangkutan manusia merentasi sempadan antarabangsa ke pintu masuk bukan rasmi negara destinasi, bagi pelbagai. Selalunya mereka yang diangkut tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau kebenaran untuk memasuki negara destinasi. Dianggarkan seramai 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dan 80% daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak. 25. Di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat sebanyak (21) kes penyeludupan manusia yang disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Seramai (521) mangsa terlibat di dalam kes-kes ini yang terdiri daripada warga Asia Selatan termasuklah Sri Lanka, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Iraq dan Nepal. Hasil daripada siasatan dan risikan yang dijalankan, jelas menunjukkan bahawa negara Malaysia digunakan sebagai transit bagi mangsa penyeludupan ini untuk ke negara ketiga. Dalam kes-kes ini, destinasi mereka adalah negara Australia. Penjualan Bayi. 26. Masalah penjualan bayi di Malaysia masih belum serius. Sebaliknya, Negara kita lebih berdepan dengan masalah atau isu pembuangan bayi yang agak membimbangkan. Walau demikian, di sebalik semua ini, terdapat mereka yang mengambil kesempatan dan mengeksploitasi keadaan. Sebelum ia berjaya berkembang, aktiviti penjualan bayi oleh kumpulan dan sindiket-sindiket penjualan bayi tersebut berjaya dikesan oleh pihak Polis. 27. Operasi menangani aktiviti penjualan bayi atau lebih dikenali dengan OPS KASIH, telah berjaya mengesan sehingga tertangkapnya seramai (10) individu yang terlibat. Seramai (16) bayi dapat dikesan 7

Seminar on National Resilience dan diselamatkan. Ketiga-tiga individu yang terlibat telah dihadapkan ke Mahkamah dan kini menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Perhambaan (Slavery). 28. Isu perhambaan berkait rapat dengan pemerdagangan orang kerana konsepnya adalah seiras dengan ciri-ciri perhambaan moden. Perhambaan adalah satu bentuk guna tenaga yang tidak adil. Sungguhpun dunia mengharamkan perhambaan namun realitinya ia masih wujud di beberapa negara. Walaupun Negara kita tiada rekod menunjukkan berlakunya perhambaan dalam erti kata sebenarnya (slavery per se), namun statistik menunjukkan terdapat sebanyak (44) kes yang diklasifikasi sebagai perkhidmatan paksa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Dalam kategori ini, mangsanya termasuklah dari kedua-dua jantina (both gender). 29. Bagi jenis eksploitasi ini, PDRM juga telah berjaya menumpaskan satu sindiket di sempadan Malaysia - Thailand dengan tertangkapnya seramai (4) individu. Kesemua mereka telah pun dihadapkan ke Mahkamah dan kini sedang menghadapi perbicaraan. MAJLIS DAN JAWATANKUASA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG 30. Bagi memperkemaskan tindakan menangani aktiviti pemerdagangan orang, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 penubuhan sebuah badan yang dikenali dengan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) telah diujudkan oleh Kerajaan. Pada masa ini, MAPO dipengerusikan oleh seorang Ketua Setiausaha (KSU) dengan lain-lain keahlian seramai (16) orang. 31. Antara lain, fungsi MAPO termasuklah: 31.1 menyelaras perlaksaanan Akta; 31.2 merumus dasar dan program bagi mencegah dan 8

menghapus pemerdagangan orang; 31.3 merumuskan program perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang ; 31.4 program pendidikan meningkatkan kesedaran awam, dan lain-lain. 32. Dalam melaksanakan peranan berkenaan, MAPO telah mewujudkan beberapa Jawatankuasa-khas yang terdiri daripada: 32.1 Jawatankuasa Perundangan, 32.2 Jawatankuasa Penguatkuasaan ( diketuai oleh PDRM ) 32.3 Jawatankuasa Perlindungan/Rehabilitasi. 32.4 Jawatankuasa khas menangani eksploitasi buruh 32.5 Jawatankuasa Media dan Publisiti PELAN TINDAKAN NASIONAL 2010-2015 33. Kedudukan Malaysia yang begitu strategik menjadikan negara ini amat menarik untuk dijadikan pangkalan (base) sindiket pemerdagangan orang. Jika sesuatu yang drastik tidak diambil, negara akan dilabel tidak serius di mata dunia dan kemungkinan terus berada di Tier 3. Untuk itu, Pelan Tindakan Nasional 2010-2015 telah dirumuskan sebagai menunjukkan komitmen dan aspirasi negara dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang. Ia telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri pada 31 Mac 2010. 34. Pelan Tindakan ini menggariskan hala tuju dan pendekatan yang akan diambil oleh Malaysia bagi tempoh (5) tahun dalam usaha negara ini menangani jenayah pemerdagangan orang ini. Dengan visi 1Malaysia, Collectively Committed To Combating Trafficking In Persons, Pelan Tindakan ini menggariskan (9) program dan (9) pencapaian strategik. 9

Seminar on National Resilience CABARAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN 35. Kewujudan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 tidak bermakna isu pemerdagangan orang ini dapat diatasi dengan sempurna. Terdapat cabaran yang dikenalpasti berkemungkinan akan menggugat tindakan-tindakan yang akan diambil bagi membanteras gejala ini termasuk: a. masalah kekurangan maklumat dan data; b. menentukan sama ada mangsa benar-benar angkara pemerdagangan; c. taktik pedagang yang berubah-ubah; d. masalah kekurangan pengalaman bagi pihak penguatkuasa menangani kes-kes terlibat; e. wujud mangsa yang terus mahu kembali ke tempat asal tanpa memikirkan kepentingan pendakwaan; f. kurang sambutan atau tindak balas masyarakat umum; g. keengganan mangsa atau saksi untuk tampil ke hadapan; risiko diusir balik; h. keperluan untuk mengadakan sistem kerjasama antara badan-badan penguat kuasa. KESIMPULAN 36. Pemerdagangan Orang adalah jenayah yang kompleks melibatkan sindiket dan organisasi yang terancang dengan jaringan kerjasama yang mantap. Justeru itu satu pendekatan yang selaras dan komprehensif adalah amat diperlukan dalam usaha kita menangani jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. 37. Selain daripada itu kerjasama dan kolaborasi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa adalah penting dalam menjamin kejayaan ini. 38. Dengan tindakan-tindakan proaktif yang diambil oleh Kerajaan melalui MAPO dan agensi-agensi penguat kuasa negara, khususnya 10

PDRM, telah memperlihatkan suatu perubahan yang positif ke arah membendung dan mencegah kegiatan global ini. 39. Apa yang perlu dilakukan adalah bagi semua Badan Penguatkuasa dan mereka yang terlibat untuk terus memberikan komitmen, kesefahaman dan kerjasama yang tinggi dan bersepadu dalam melaksanakan tindakan-tindakan berpandukan teras undang-undang ini serta lain-lain peruntukan undang-undang yang sedia ada di samping mencetuskan tindakan sampingan yang proaktif. 40. Kesedaran awam dan komitmen masyarakat keseluruhannya juga dilihat memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Pelan Tindakan Negara ke arah 1Malaysia - Bersama dan Komited Dalam Membanteras Pemerdagangan Orang. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan terima kasih. 11