Prosa Tradisional (Merah Silu)

dokumen-dokumen yang mirip
Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III

Hikayat Opu Daeng Menambun

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Penangguhan (Wijaya Mala)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Anak kesayangan menjadi hamba

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Mellisa (Abdullah Hussain)

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2005

Beta amat murka dengan tindakan Tun Mutahir yang mengumpul banyak harta. Adakah beliau hendak menandingi kedudukan beta sebagai sultan?

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Drama 1400 (Nordin Hassan)

SMP kelas 8 - BAHASA INDONESIA BAB 1. TEKS CERITA MORAL/FABELLatihan Soal 1.3

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

kotor kuat kusut lagi

SET 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan.

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

Peranan Guru Peranan Pelajar Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tatabahasa: Kosa kata umum mandur, perdu, betah,sabak Istilah -fasik, maniac, knob

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Yakub si penipu

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yakub si penipu

kediaman tuhan Hindu iaitu Brahma, Siva dan Vishnu. Latihan: Pelanduk Mitos Hindu Pokok Melaka 1. Senarai di atas berkaitan dengan A asal usul Parames

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

Kisah Ashabul Kahfi. Adapun lokasi gua Ashabul Kahfi tersebut ada 3 pendapat yaitu:

SD kelas 6 - BAHASA INDONESIA BAB 7. MEMBACA SASTRALatihan Soal 7.6

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Terdapat beberapa pendapat tentang sejarah permulaan Jikey. Secara umumnya terdapat tiga keterangan mengenai permulaan Jikey.

F U H U A P R I M A R Y S C H O O L

ARTIKEL KHAS UNTUK ANDA.. MENGAPA ANDA HARUS MENYIMPAN EMAS?

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

SJK ( C ) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( 3 ) Nama: ( ) Markah: % Kelas :1 ( ) Tarikh : /8/2017

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Syurga, Rumah Allah Yang Indah

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Syurga, Rumah Allah Yang Indah

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

2. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini? 3. Melalui peristiwa ini, apa lagi yang diajar oleh Yesus tentang doa?

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Orang Kristen Dan Dirinya Sendiri

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

1. Bagaimana Mordekhai dan orang-orang Yahudi menerima berita itu?

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

Gereja menghadapi kesulitan

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi

Page 1 of 8 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

ASAL MULA DESA NGALIYAN DAN DESA JAWENG.

PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Kisah Sulaiman dengan Jin dan Binatang

Transkripsi:

Prosa Tradisional (Merah Silu) Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelanggelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari, Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak

mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Tema Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup. Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku l- Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Persoalan 1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya.

2. Persoalan perkara di luar logik akal Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. 3. Persoalan keberanian anak raja Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku l-nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. 4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. 5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan. Watak dan Perwatakan Watak Utama Merah Silu Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong Mempunyai saudara bernama Merah Hasum Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Suka menyabung ayam Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.

Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang. Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan. Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam. Watak Sampingan 1. Merah Hasum Adik kepada Merah Silu Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga. Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar. Bersikap tegas Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar. 2. Megat Iskandar Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku l-nasar. Tinggal di Buluh Telang. Mempunyai ladang yang luas. Bapa angkat kepada Merah Silu. Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku l-nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang. 3. Sultan Maliku l- Nasar Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun.

Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun Berani Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat. Latar Latar Tempat 1. Negeri Semerlanga Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau. 2. Beruana Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum. Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. 3. Kerbau Kampung Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar. 4. Hulu Karang Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka. 5. Negeri Buluh Telang Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar. Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam. 6. Rimba Jerun Peperangan antara Sultan Maliku l-nasar dengan Merah Silu. Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku l-nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat. Latar Masa 1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.

2. Waktu malam semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya. 3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan. Latar Masyarakat 1. Golongan bangsawan Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku l-nasar 2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. 3. Golongan bawahan orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar Golongan askar golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan. Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ. Gaya Bahasa 1. Bahasa Klasik anderak, dibantunnya), senawat 2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda, anakanda 3. Bahasa Arab berkat, Allah Taala 4. Personifikasi matahari mati 5. Metafora kerbau jalang 6. Hiperbola - Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan. - Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.

Nilai 1. Nilai Taat Setia rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. 2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. 3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku l-nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun. 4. Nilai Berdikari Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum. Pengajaran Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat. Kita hendaklah menghormati tetamu. Kita janganlah menganiayai binatang. Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan. Latihan 1. Terangkan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerita Merah Silu. 2. Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam cerita Merah Silu. Jawapan: 1. Latar Tempat Negeri Semerlanga Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut berwarna keemasan Puteri Betong yang menyebabkan kematiannya. Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad. Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh.

Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau. Beruana Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum. Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Rimba Jerun Di perintah oleh Sultan Maliku l-nasar. Megat Iskandar mahu merajakan Merah Silu di situ. Peperangan antara Sultan Maliku l-nasar dengan Merah Silu. Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku l-nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat. 2. Nilai Nilai taat setia Contoh: Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. Nilai murah hati Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. Megat Iskandar menjamu Merah Silu dan mempelawa Merah Silu menetap di negerinya. Nilai keberanian Contoh: Merah Silu berani keluar merantau dari Beruana setelah di halau oleh adiknya, Merah Hasum Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku l-nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.

Nilai berdikari Contoh: Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.