TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF AL-QURAN

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

AMALAN TADABBUR AL-QURAN KE ARAH PEMERKASAAN JATI DIRI DAN PEMANTAPAN ROHANI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

BAB II GAMBARAN UMUM KISAH-KISAH DALAM AL-QUR AN. Quraish Shihab berpendapat bahwa al-qur an secara harfiyah berarti bacaan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika


BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGGUNAAN KATA TANYA/ ISTIFHANIAH DALAM ALQUR AN (SUATU KAJIAN TAFSIR TEMATIK DALAM TAFSIR AL MISHBAH PADA SURAT AL BAQARAH, ALI IMRAN, AN NISA )

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

BAB I PENDAHULUAN. Allah Swt. menciptakan makhluk-nya tidak hanya wujudnya saja, tetapi

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Ditulis oleh administrator Senin, 15 Desember :29 - Terakhir Diperbaharui Rabu, 20 Mei :36

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 1

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

MUTLAK DAN MUQAYYAD DALAM AL-QURAN

Memburu Malam Seribu Bulan

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ZUHRI USUL TAFSIR. minggu kedua: ASBABUN NUZUL. 6 April 2017 Ustazah Rohana Ithnin

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Allah Telah Memudahkan Alquran Untuk Dipelajari

LAMPIRAN A: Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

: :

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Mukadimah. Pengkajian

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

Transkripsi:

TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF AL-QURAN Rohana bt. Zakaria Hayati Bt. Hussin Kolej Iniversiti Islam Antarabangsa Selangor Mohd Nur Adzam Rasdi Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang penuh dengan mukjizat. Matlamat diturunkan al- Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar untuk bacaan dan hafazan semata-mata, namun ia lebih besar dan lebih agung lagi matlamat dan tujuannya adalah untuk ditadabbur, difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini cuba membincangkan mengenai kepentingan tadabbur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mencapai objektif dan matlamat utama dalam bermuamalah dengan al-quran. Terdapat empat syarat utama dalam mencapai objektif al-quran iaitu 1: membaca al-quran 2: Faham al-quran 3: beriman dengan al-quran 4: mengikut petunjuk al-quran. Diharapkan kertas kerja ini menjadi salah satu sumbangan ke arah penerapan kefahaman sebenar terhadap matlamat agung al-quran diturunkan dan sekaligus menolak tanggapan bahawa al-quran sekadar untuk dibaca, dikhatamkan dan dihafal semata-mata oleh masyarakat kita. Tetapi hakikat sebenar al-quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan di samping berusaha menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat melalui amalan tadabbur. Kata kunci: Tadabbur al-quran, objektif al-quran.

PENDAHULUAN Matlamat diturunkan al-quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW kepada kita adalah untuk kita tadabbur ayat-ayat Allah yang terdapat dalam al-quran. Sebagaimana firman-nya: Maksudnya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. ( Saad 38:29) Ayat ini menjelaskan bahawa al-quran perlu difahami dengan teliti dan dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan setiap diri Muslim yang beriman kepada Allah( al-ahdal 2012). Orang yang membaca al-quran dituntut untuk mentadabbur dan memahaminya. Ini adalah tujuan utama Allah menurunkan al-quran iaitu untuk ditadabbur ( Alwi al-maliki 2010). Dalam masa yang sama, Allah mencela dan memperlekehkan orang yang tidak bertadabbur dengan al-quran. Maksudnya: Setelah diterangkan yang demikian maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-quran)? (Muhammad 47: 24) Jelas ayat-ayat ini menunjukkan al-quran diturunkan untuk melakukan tadabbur dan ini adalah dalil tentang kewajipan melakukan tadabbur terhadap al-quran. Orang yang tidak melakukan tadabbur hati mereka seakan-akan telah terkunci untuk mendapat kebenaran, kerana tidak mengetahui kandungan al-quran yang menjadi kewajipan mereka.

PENGERTIAN TADABBUR Secara etimologi, kalimah tadabbur berasal daripada perkataan dabara dalam bahasa Arab ertinya belakang. Manakala terminologi tadabbur bermaksud merenung,memperhatikan,meneliti (Al-Mu jam Al-Arabiy al-muyassar:lidurus 1991). Tadabbur adalah salah satu cara untuk memahami al-quran. Tadabbur bererti merenungkan, menghayati dan memikirkan serta pencermatan ayat-ayat al-quran untuk dapat memahami makna, hikmah, ataupun maksud. Sebab itu seindah apapun susunan ayat-ayat al- Quran seilmiah apapun kandungan Al-Quran dan sebesar apapun mukjizat al-quran tanpa mentadabburkan ayat-ayatnya, maka amat sukar untuk kita memahami dan menerima pengajaran dan ibrah untuk diimplementasikan dalam kehidupan kita (Mohd Solleh 2011). Imam as-suyuti menyebut, sifat tadabbur itu adalah menyibukkan hatinya dengan memikirkan makna perkataan yang dilafazkannya, maka ia mengetahui makna setiap ayat, mengamati setiap suruhan dan larangan serta bersedia untuk menerima perkara tersebut ( as- Suyuti 1996). Menurut pandangan Imam Ibnu Qayyim pula, tadabbur bermakna memerhatikan maknamakna di dalam al-quran dengan sepenuh hati dan menyatukannya di dalam akal fikiran serta berfikir tentangnya. Memahami dan tadabbur terhadap al-quran akan membuahkan iman dalam hati (Ibnu Qayyim1997; Jil 1, 327 ) Yusof al-qardhawi berpendapat bahawa tadabbur adalah memikirkan di sebalik sesuatu perkara yakni akibatnya. Ia hampir dengan makna tafakkur. Namun makna tafakkur adalah menggerakkan hati atau memikirkan dalil. Manakala tadabbur menggerakkan fikiran tentang akibatnya (al-qardhawi 1999 ) Kesimpulannya tadabbur boleh dirumuskan sebagai membaca al-quran yang disertai dengan penggunaan akal dan hati dalam memahami, menghayati dan memikirkan setiap ayat al- Quran dengan kefahaman terhadap maknanya serta merealisasikan makna tersebut melalui perbuatan, sikap dan amalan dalam kehidupan seharian. Oleh itu setiap anggota badan seharusnya memainkan peranan dalam merealisasikan bacaaan al-quran secara tadabbur.

SERUAN TADABBUR AL-QURAN Dalam al-quran terdapat beberapa ayat yang menyebut kalimah tadabbur dan menunjukkan kepada seruan mentadabbur al-quran. sepertimana firman Allah: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-quran? kalaulah al-quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (an-nisa 4:82) Maksudnya: Maka Adakah mereka melakukan Yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu Yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka Yang telah lalu? (al-mukminun 23:68) Maksudnya:(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Shaad 38:29)

Maksudnya: (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? ( Muhammad 47:24) Orang yang tidak melakukan tadabbur hati mereka seakan-akan telah terkunci untuk mendapat kebenaran, kerana tidak mengetahui kandungan al-quran yang menjadi kewajipan mereka. Menerusi ayat tersebut dapat difahami ia adalah suatu kutukan terhadap diri orang yang membaca tanpa memahami dan menghayati isi al-quran. Bahkan, ia suatu gesaan atas manusia agar membaca al-quran dengan penuh penghayatan dan kefahaman (As-Syanqithi 2010). Berkata Hassan al-basri : Demi Allah, bukanlah tadabbur itu dengan menghafaz hurufhuruf al-quran itu dan mencuaikan undang-undangnya sehingga ada yang berkata; Aku telah membaca al-quran, tidak satupun hurufnya yang tertinggal. Demi Allah, dia telah meninggalkan semuanya kerana tidak nampak sedikitpun kesan pengajaran al-quran pada akhlak dan amalannya (al-shabuni 1999). Sayidina Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah mengingatkan bahawa: Tiada kebaikan dalam ibadah bagi yang tidak memahaminya, dan tiada kebaikan dalam membaca al-quran bagi yang tidak tadabbur padanya ( al-darimi jil1hlm 230). Menurut Hassan al-basri pula: Sesungguhnya para sahabat memandang al-quran sebagai surat daripada Tuhan mereka. Mereka bertadabbur dengannya pada waktu malam dan mengamalkan kandungannya pada siang harinya (an-nawawi 1992). Imam az-zarkasyi mengatakan bahawa membaca Al-Qur'an tanpa tadabbur makruh hukumnya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru yang berbunyi ' dianggap tidak faham orang yang membaca al-qur'an kurang dari 3 hari. Ia dicela kerana telah mempercepatkan lafaz-lafaznya dan meninggalkan proses memahami isinya yakni tadabbur ' (az-zarkasyi 1972). Menyedari hal inilah, maka kita perlu berusaha dan berusaha bagi mencapai tahap tadabbur.

SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI TADABBUR 1. Tilawah al-quran Tilawah al-quran adalah ibadah yang sangat penting kerana ia adalah jalan untuk memahami petunjuk hidup sepanjang zaman. Selama berpegang kepada al-quran dan sunnah, kita terjamin tidak akan pernah tersesat dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Tilawah al-quran bererti membaca al-quran dengan sepenuh hati, khusyuk dan sepenuh pengertian. Hal ini diungkapkan sebagaimana firman Allah : Maksudnya: orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-baqarah 2:121) Al-Imam al-tibrisi (1997; Jil 1, 290) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan membacanya itu sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Tidak mengubah, tidak ditambah-tambah dan tidak dikurangi. Selain itu yang dimaksudkan ayat itu juga adalah hendaklah menghalalkan apa yang dihalalkan al-quran dan ia mengharamkan apa yang diharamkan al-quran. Ertinya amalkan apa yang disuruh oleh Allah di dalam al-quran dan tinggalkan apa yang diharamkan-nya. Oleh itu, arahan membaca al-quran dengan tartil bukan setakat bacaan sahaja,tetapi merangkumi dengan pemahaman. Inilah yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al- Asqalani r.a katanya: Bab tartil dalam bacaan iaitu kejelasan huruf-hurufnya dan kecermatan dalam melakukannya agar ia lebih membawa kepada faham maknanya (al- Asqalani 1996: Jil 10,109 ).

Matlamat daripada tilawah adalah untuk tadabbur dan memahami kalam Allah SWT. Ketika berinteraksi dengan al-quran, hak tilawah perlu diraikan dan ditunaikan seperti membaca secara bertajwid dan tartil. Sebagaimana Iman al-jazari mengatakan bahawa membaca al-quran dengan tajwid wajib hukumnya, kerana itu merupakan penjagaan terhadap keaslian al-quran (al- Jazari ) 2. Kefahaman yang sahih terhadap ayat al-quran Al-Quran yang dibaca perlu difahami dan dihayati. Sekiranya gagal untuk menghayati dan memahaminya, maka kita gagal juga untuk mengamalkannya. Sekaligus kita gagal untuk memelihara al-quran,. Ini disebabkan matlamat utama al-quran tidak tercapai. Sesungguhnya kefahaman terhadap al-quran merupakan daripada Allah SWT. Ia anugerah kepada mereka yang bersungguh-sungguh mempelajari isi kandungan al-quran. Maka kita perlu mengikuti kaedah yang boleh membantu memahami al-quran. Antaranya adalah : 1. Menguasai Bahasa Arab Tanpa menguasai bahasa Arab, ia adalah suatu kekurangan dalam memahami dan merasai betapa indah dan mukjizatnya al-quran dalam bahasa Arab. Sekalipun al-quran mampu diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, namun roh dan semangat al-quran sama sekali berbeza berbanding bahasa Arab. Hanya bahasa Arab sahaja yang mampu memberi kefahaman yang tepat dan penghayatan yang sebenar tentang isi kandungannya.tiada kaedah yang terbaik yang boleh merealisasikan cita-cita mendekatkan diri dengan al-quran. 2. Merujuk Kitab Tafsir dan mempelajari daripada ahli Tafsir. Dalam memahami isi kandungan al-quran, peringkat yang paling asas adalah menerusi pembacaan terjemahan al-quran. kita yang dilahirkan bukan daripada bangsa arab dan tidak bertutur dengan bahasa arab, maka kita boleh merujuk al-quran terjemahan. Ia adalah wasilah yang membantu memahami al-quran dengan mendalam. Antaranya Pimpinan al-rahman, al- Quran Per kata versi Bahasa Melayu, Terjemahan al-quran Bahasa Indonesia Cetakan

Mujamma Malik Fahad Madinah, Arab Saudi dan sebagainya. Melalui pembacaan terjemahan al-quran, seseorang sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk memahami isi kandungan al-quran dan bertadabbur dengannya. Selain itu, boleh juga merujuk kepada kitab tafsir yang lain. Kitab-kitab tafsir yang dikarang oleh para ulama. Antara kitab tafsir yang menghuraikan secara ringkas ialah Tafsir al- Jalalain oleh Imam as-suyuti dan Imam al-mahalli, Kitab Safwah al-tafasir oleh Imam al- Sabuni dan Tafsir al-sa di dan sebagainya. Seterusnya kita merujuk kitab tafsir yang lebih mendalam seperti Tafsir al-quran al- Azim oleh Imam Ibnu Kathir, al-asas fi al-tafsir oleh Syeikh Sa id Hawwa, Tafsir fi Zilal al-quran oleh al-syahid Syed Qutb, Tafsir al-azhar oleh Prof Dr. Hamka dan sebagainya. 3. Memahami Sirah dan Sejarah hidup Nabi Muhammad SAW. Bagi memahami al-quran secara realiti kita perlu mempelajari dan memahami sirah dan sejarah Baginda SAW dari segenap segi. Allah menceritakan kepada manusia di dalam al-quran peristiwa-peristiwa sejarah agar manusia mengambil iktibar daripadanya. Contohnya peristiwa peperangan Badar mendidik manusia bahawa bergantung kepada senjata dan kekuatan manusia semata-mata tidak akan membawa kemenangan kepada mereka. Antara kitab sirah yang dicadangkan dan mudah diperolehi ialah: Fiqh as-sirah oleh Dr Sa id Ramadhan al-bouti, Fiqh as-sirah oleh Syeikh Muhammad al-ghazali, ar-rahiq al-makhtum oleh Syeikh Rahman al- Mubarakfuri dan sebagainya. 4. Memahami ayat ahkam dan hukum Fiqh dalam al-quran. Merujuk kitab-kitab dalam bidang usul fiqh, terdapat keterangan bahawa terdapat 500 ayat hukum dalam al-quran. Menurut Abdul Wahab khallaf pula, jumlah ayat ahkam dalam al- Quran sebanyak 368 ayat (Mohd solleh 2011). Ayat-ayat hukum ini hanya akan dapat difahami dengan jelas dan terang sekiranya kita memahami ayat hukum dan hukum fiqah yang terdapat dalam ayat tersebut. Hasilnya ia akan membantu memahami ayat dengan lebih tepat dan jelas. Sebagai contoh, di dalam surah al-maidah, ayat sebagainya. ke 6 menerangkan rukun-rukun dalam berwudhuk dan

5. Memahami asbab an-nuzul. Asbab nuzul atau sebab-sebab turunnya wahyu merupakan aspek penting dalam proses tadabbur al-quran. Syeikh Manna al-qattan (1998) menyebut 2 kefahaman dalam memahami makna sebab. Pertama, berlaku sesuatu peristiwa lalu wahyu turun berkaitan peristiwa tersebut. Kedua, ketika Rasulullah ditanya tentang hukum sesuatu perkara atau hakikat sesuatu perkara dan sebagainya. Maka pentingnya mengetahui dan memahami asbab nuzul akan membuahkan pengetahuan dan menyelami kisah dan sebab sebelum turunnya wahyu serta hukum sebenar yang disebut dalam al-quran. 3. Beriman dan Yakin pada Kitab al-quran Nilai yang paling agung sebuah al-quran adalah ia merupakan sebuah kitab yang tidak ada sebarang keraguan. Sebuah kitab yang seratus peratus benar dan tepat. Al-Quran telah mengisytiharkan bahawa ia merupakan sebuah kitab yang tiada keraguan padanya. Firman Allah SWT: Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. ( al-baqarah 2:2) Kitab al-quran tidak perlu diragukan tentang kebenarannya. Ianya merupakan wahyu daripada Allah, dibawa oleh Jibril dan bukannya karangan Rasul. Al-Quran menjadi petunjuk untuk orang yang ingin bertaqwa. Sesiapa yang beriman dengan al-quran nescaya keimanannya akan mendorong dirinya ke arah taqwa dan membawa kejayaan di dunia dan diakhirat. 4. Beramal dengan isi kandungan al-quran dan perintahnya.

Beramal dengan isi kandungan al-quran merupakan matlamat terbesar penurunan al-quran. Tuntutan agar kita mengamalkan setiap intisari al-quran telah disebut secara jelas oleh Allah SWT dalam al-quran. Seruan ini didatangkan agar kita beramal dengan intisari al-quran. Sebagaimana firman-nya: Maksudnya: Dan turutlah al-quran - sebaik-baik. Panduan hidu yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. ( az-zumar 39:55) Setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasaskan al-quran dan sunnah. Apabila syariat dipatuhi umat Islam akan mencapai hasanah atau kejayaan di dunia dan di akhirat. Sebaliknya apabila umat berpaling daripadanya, mereka akan ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya kekuatan umat Islam akan dapat dikembalikan jika mereka sentiasa berdampingan dengan kitab al-quran dan melaksanakan ajarannya. Hal ini disebabkan al-quran merupakan petunjuk Ilahi. Tanpanya manusia pasti sesat. Allah menjelaskan dalam al-quran sebagaimana firmannya: Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (An-Nahl 16: 89)

Oleh itu, kita diseru agar menyahut seruan Allah SWT supaya beramal dengan al-quran yang diturunkan. KESIMPULAN Allah mewahyukan al-quran dengan hikmah agar ia menjadi panduan kepada umat Islam. Panduan ini akan dapat diperoleh jika kita dapat menghayati al-quran. Kefahaman yang betul perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Untuk menghayati al-quran, proses utamanya adalah dengan mentadabbur Quran itu sendiri. Objektif utama Allah SWT telah menurunkan al- Quran agar kita tadabbur kemudian beramal dengannya. Oleh itu bagi menggapai dahan tadabbur al-quran, perlu kepada 4 syarat utama iaitu tilawah al-quran, kefahaman yang sahih terhadap ayat al-quran, beriman serta yakin pada kitab al-quran, dan seterusnya beramal dengan isi kandungan dan perintah al-quran. Justeru itu kita mesti mengorak langkah ke arah mentadabburkan al-quran sepertimana yang dilakukan oleh generasi umat Islam terdahulu. Kita mesti membaca al-quran dengan lidah, akal dan hati. Al- Quran difahami dan dihayati, iman umat Islam akan meningkat sekaligus membawa mereka kepada kecemerlangan. Sesungguhnya kekuatan umat Islam akan dapat dikembalikan jika sentiasa berdampingan dengan kitab al-quran dan melaksanakan ajarannya. Al-Quran adalah sumber kekuatan hakiki untuk umat Islam dan sumber hidayah yang mampu memimpin ke arah kemakmuran hidup bertamadun di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

RUJUKAN Al-Quran Al-Mu jam Al-Arabiy al-muyassar. Li Durus 1991 Dr Yusuf Al-Qardhawi 1999. Kaifa Nataa Maa al-quran al- Azim. Dar as-syuruq 1999 As-Suyuti (911H) 1996.al-Itqan Fi Ulum al-quran.muassasah al-kutub al-thaqafiah Syeikh As-Syanqithi. Tafsir adhwa ul Bayan tafsiral-quran dengan al-quran.takhrij Syaikh Muhammad& AAbdul Aziz Al-Khalidi. Pustaka Azzam.Cetakan Oktober 2010 Sayyid Muhammad Alwi al-maliki 2010: Keistimewaan-keistimewaan al-quran.terbitan Alam Raya Enterprise. Februari 2010. Ibnu Qayyim al-jauziyyah 1997. Zaad al-ma ad Fi Hadyi Khairi al-anam. Tahqiq Syuaib al-arnaut dan Abd al-qadir al-arnaut. Muassasah al-risalah, Beirut Lebanon. Ibn Hajar al- Asqalani 1996. Fath al-bari bi Syarh Sahih al-bukhari. Dar al-fikr Beirut Lebanon. Al-Imam al-tibrisi 1997. Majma al-bayan fi Tafsir al-quran. Dar Al-Kotob al-ilmiyah Beirut Lebanon. Al-Imam az-zarkasyi ( 1972 ) Al-Burhan Fii Ulumil Qur'an. Al-Maktabah al-asriyyah, Beirut. An-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-din (1992). Al-Tibyan fi Adab Hamalah al- Quran. Tahqiq: Basyir Muhammad Uyun. Dimasyq: Maktabah Dar al-bayan. Manna al-qattan 1998. Mabahith Fi Ulum al-quran, Beirut; Muassasah al-risalah