Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

dokumen-dokumen yang mirip
Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Program Doktor Pendidikan Tinggi

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BORANG SOALSELIDIK Keperluan dan penerimaan dakwah

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Ulasan Buku/Book Review

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 1 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Sustainable Education 54

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju oleh Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM shahrin@ukm.my ABSTRAK Sebahagian besar calon-calon Sarjana Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat bagi memperoleh ijazah sarjana pendidikan, mereka dikehendaki mengemukakan satu projek penyelidikan. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini penyertaan guru-guru agama Islam dalam pengajian program sarjana pendidikan ini amat menggalakkan. Sehubungan dengan itu, hasil-hasil penyelidikan mereka dalam bidang Pendidikan Islam telah meningkat dan amat berguna sebagai teras perkembangan profesionalisme keguruan. Namun sejauhmana penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan tersebut benar-benar memenuhi keperluan dan keutamaan bidang Pendidikan Islam di Malaysia masih belum dapat dipastikan. Kertas ini akan menganalisis hasil-hasil penyelidikan pelajar sarjana Pendidikan Islam UKM tersebut dari segi topik atau fokusnya, metodologi penyelidikan yang digunakan, kaedah penganalisisan data dan rumusan hasil kajian mereka. Seterusnya mencadangkan satu bentuk dan mekanisma penyelidikan yang efektif sekaligus mampu meningkatkan profesionalisme keguruan Pendidikan Islam. PENDAHULUAN Perkataan penyelidikan pada hari ini seolah-olah menjadi satu perkataan keramat. Banyak pihak yang bercakap tentang kepentingan penyelidikan terutamanya pihak kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi hinggalah kepada badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya. Beberapa langkah telah diambil bagi merealisasikan cita-cita murni ini seperti menyediakan kemudahan prasarana, sumber manusia dan peruntukan kewangan yang diperlukan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri telah dikenalpasti

sebagai salah sebuah universiti penyelidikan dan dipertanggungjawabkan untuk membudayakan penyelidikan berkualiti tinggi dikalangan pensyarah dan mahasiswanya. KONSEP DAN TUJUAN PENYELIDIKAN Penyelidikan dari segi bahasa bermaksud memeriksa sesuatu yang belum terang, menyiasat dan mendapatkan keterangan tentang sesuatu dan mempelajari sungguhsungguh untuk mengetahui sesuatu (Kamus Dewan, Edisi 3,1998). Sementara dari segi istilahnya, penyelidikan didefinisikan sebagai suatu susunan aktiviti pengumpulan dan analisis data yang dirancang dengan teliti untuk mendapatkan dan memperkembangkan pengetahuan (Mohd Majid Konting; 1998). Terdapat banyak definisi tentang pengertian penyelidikan ini dan kesemuanya merujuk kepada konsep pendidikan dan ilmu pengetahuan yang sememangnya telah ditegaskan oleh al-quran melalui wahyunya yang pertama yang berkaitan dengan IQRA (al-quran 96;1). Malah Allah swt. berulangkali mengingatkan manusia supaya menggunakan akal, melihat, memeriksa dan mengkaji. Firman Allah swt. yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik, membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu. Al-Quran (49; 6) Konsep penyelidikan ini wajar difahami dengan jelas oleh para penyelidik terutama guru-guru yang baru mempelajari bidang ini supaya tidak terkongkong atau tenggelam dalam pelbagai istilah statistik yang merupakan hanya sebagai salah satu kaedah penganalisisan data. Tujuan penyelidikan adalah untuk mencari kebenaran atau hakikat tentang sesuatu fenomena alam dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Penyelidikan dalam Islam boleh dikategorikan kepada tiga disiplin ilmu utama, iaitu;

i) Penyelidikan Ilmu Wahyu yang menghubungkan manusia dengan Penciptanya. ii) Penyelidikan Ilmu Sains Kemanusiaan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia. iii) Penyelidikan Ilmu Sains Tabii yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan alam di sekelingnya. Ketiga-tiga bidang penyelidikan ilmu ini saling berkait di antara satu sama lain dan perlu berpaksikan kepada paradigma Tauhid. Rajah berikut mungkin boleh menggambarkan kerangka konseptual bidang penyelidikan ilmu menurut perspektif Islam; ALLAH Penyelidikan Ilmu Wahyu Penyelidikan Ilmu Sains Kemanusiaan TAUHID Penyelidikan Ilmu Sains Tabii Manusia Alam Rajah 1 : Kerangka konseptual bidang penyelidikan ilmu Islam Objektif penyelidikan juga boleh dibahagikan kepada dua objektif umum yang utama iaitu (Anuar Puteh & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus) ; i) Kefahaman terhadap ciptaan Tuhan dan mengakui kebesarannya. ii) Memajukan dan membangunkan ummah untuk mendapat keredhaan Allah. Objektif kedua ini boleh dicapai melalui;

Mencari penemuan baru Melengkap dan menambahkan apa yang sedia ada Menyelesaikan masalah / persoalan ummah Mengelakkan eksploitasi musuh Islam Mohd Yusof Hj. Othman (2003) menyenaraikan lima kriteria penting bagi mempastikan sesuatu penyelidikan tersebut berkualiti; i) Menghayati objektif ii) Perancangan yang rapi iii) Keterampilan yang mampan iv) Sistem pemantauan yang berkesan v) Adab dan akhlak yang mulia. Konsep dan tujuan penyelidikan di atas disamping beberapa kriteria penyelidikan berkualiti ini penting difahami bagi melihat sejauhmana penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar sarjana Pendidikan Islam UKM mencapai tahap tersebut. STRUKTUR PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN ISLAM Program Sarjana Pendidikan Islam seperti mana modul pengajian sarjana pendidikan yang lain di UKM terbahagi kepada tiga jenis; Program A : Penulisan Tesis ( tanpa kerja kursus ) Calon dikehendaki menyediakan tesis sarjana yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam yang tidak melebihi 60,000 patah perkataan. Program B : Kerja Kursus dan Disertasi (36 unit) i) Kerja kursus (27 unit)

a) 3 kursus wajib (9 unit) GB6013 Kaedah Penyelidikan I GB6023 Kaedah Penyelidikan II GC6033 Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia b) 4 kursus teras (12 unit) GC6443 Falsafah Pendidikan Islam GC6423 Sumber-sumber Pendidikan Islam GC6373 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam GC6543 Tamadun Islam I GC6623 Tamadun Islam II c) 2 kursus pilihan (6 unit) Mana-mana kursus sarjana lain yang berkaitan ii) Penulisan Disertasi yang tidak melebihi 30,000 patah perkataan (9 unit) Program C : Kerja Kursus dan Tugasan Projek i) Kerja kursus (30 unit) a) 3 kursus wajib fakulti (9 unit) b) 5 kursus teras (15 unit) c) 2 kursus pilihan (6 unit) ii) Tugasan projek (6 unit) a) Projek I (3 unit) b) Projek II (3 unit) Struktur program ini mula dilaksanakan pada tahun 1996 dan semenjak tarikh tersebut bilangan pelajar sarjana telah meningkat dari masa ke semasa. Kebanyakkan pelajar memilih program B atau C iaitu berbentuk kerja kursus dan disertasi atau kertas

projek. Program ini memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk berinteraksi atau berdiskusi dengan pensyarah dan rakan pelajar yang lain sebelum menjalankan penyelidikan. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, ruang untuk pelajar menjalankan penyelidikan agak terbatas kerana peruntukan unit yang kecil berbanding dengan kerja-kerja kursus yang lain. TINJAUAN RINGKAS Untuk menjelaskan fokus dan hala tuju penyelidikan pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM ini, satu tinjauan ringkas telah dilakukan ke atas hasil-hasil penyelidikan mereka yang terkini. Tujuan tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti profil pelajarpelajar yang menjalankan penyelidikan tersebut, fokus atau bidang kajian yang dilakukan dan metodologi penyelidikan yang digunakan. Dapatan tinjauan ringkas ini adalah seperti berikut; Jadual 1 : Profil Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM Item N % 1. Jantina Lelaki : 4 40% Perempuan : 6 60% 2. Warganegara Malaysia : 9 90% Indonesia : 1 10% 3. Guru / Bukan Guru Guru : 10 100% Bukan guru : 0 0% 4. Bentuk pengajian Sepenuh masa : 3 30% Separuh masa : 7 70%

Jadual 2 : Jenis Penyelidikan Pendidikan Jenis Penyelidikan N % 1. Penyelidikan Sejarah / Dokumen 1 10% 2. Penyelidikan Deskriptif / Penerokaan 9 90% 3. Penyelidikan Eksprimen 0 0 Jadual 3 : Fokus atau Subjek Penyelidikan Fokus Penyelidikan N % 1. Guru / Pensyarah 2 20% 2. Pelajar 5 50% 3. Perkaedahan Pengajaran 2 20% 4. Sekolah 1 10% Jadual 4 : Metodologi Penyelidikan Metodologi Penyelidikan N % 1. Alat Kajian Soalselidik 5 50% Soalselidik & Temubual 3 30% Soalselidik & Ujian 1 10% 2. Sampel Pelajar sahaja 4 40% Guru sahaja 4 40% Pelajar & Guru 1 10% Dokumen 1 10% 3. Analisis Data Deskriptif 4 40% Inferensi 0 0% Deskriptif & Inferensi 5 50%

PERBINCANGAN Tinjauan ringkas daripada hasil-hasil penyelidikan sama ada dalam bentuk kertas projek atau disertasi pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM di atas boleh dirumuskan seperti berikut; i) Majoriti pelajar sarjana Pendidikan Islam masih merupakan guru-guru di sekolah atau pensyarah di maktab-maktab perguruan. Sebahagian besar daripada mereka (70%) adalah pelajar separuh masa yang melanjutkan pelajaran dengan perbelanjaan sendiri, Pegawai-pegawai pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri yang menguruskan kurikulum, pengajaran pembelajaran, buku teks, peperiksaan dan sebagainya masih terlalu kurang yang mengikuti program sarjana. ii) Para pelajar pada keseluruhannya didapati lebih cenderung (90%) untuk melakukan penyelidikan berbentuk deskriptif atau penerokaan. Penyelidikan jenis ini memang sesuai untuk topik-topik yang masih belum atau kurang dikaji. Namun terdapat beberapa penyelidikan yang dilakukan telah dikaji berulangkali dan banyak yang terbatas kepada kajian persepsi. Justeru itu, adalah diharapkan terdapat kepelbagaian yang seimbang dalam jenis penyelidikan terutama yang berbentuk eksprimen, pembinaan model atau rekabentuk baru. Demikian juga kajian yang berkaitan dengan konsep atau teori pendidikan yang terdapat di dalam al-quran dan as-sunnah masih terlalu kecil. iii) Fokus atau subjek penyelidikan adalah seimbang berdasarkan kepada latar belakang penyelidik yang kebanyakkannya merupakan guru-guru di sekolah.

Kajian banyak dilakukan terhadap pelajar (50%) yang merupakan bidang tugas utama mereka disamping masalah yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran. Kajian yang berkaitan dengan kurikulum, buku teks, pentaksiran dan sebagainya dalam Pendidikan Islam masih terlalu kurang. Isuisu tersebut jika tidak ditangani dengan baik banyak mempengaruhi pencapaian Pendidikan Islam kerana bidang tugas guru di sekolah adalah terbatas dan tidak mampu diselesaikan oleh mereka. iv) Metodologi penyelidikan yang digunakan oleh para pelajar adalah memadai dan bersesuaian dengan rekabentuk penyelidikan. Pelajar didapati cenderung menggunakan soalselidik sebagai alat pengumpulan data yang mudah dilaksanakan. Ini mungkin disebabkan kekangan waktu terutama bagi pelajarpelajar yang mengikuti pengajian secara separuh masa. Pelajar juga didapati berminat untuk mengaplikasikan ilmu statistik deskriptif dan inferensi dalam penganalisisan data seperti Ujian T, Korelasi dan ANOVA. Walaubagaimanapun laporan penyelia dan pembaca kedua hasil-hasil penyelidikan ini banyak menyentuh tentang kelemahan pelajar dari segi penulisan pernyataan masalah yang kurang konkrit dan rumusan kajian yang kurang mantap. Pelajar biasanya tidak mempunyai masalah untuk menulis tentang literatur yang berkaitan tetapi kurang mahir dari segi penganalisisan data. RUMUSAN DAN PENUTUP Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Fakulti Pendidikan UKM telah mengambil langkah pro aktif untuk mengenal pasti bidang tujahan penyelidikannya. Sebuah Pusat Kepelbagaian Pelajar yang ditubuhkan akan memberi fokus terhadap 3 tujahan penyelidikan iaitu; i) Pengajaran dan Pembelajaran ii) Peranan sekolah dan komuniti dalam pembangunan insane iii) Kelestarian pembangunan melalui pendidikan

Ketiga-tiga tujahan penyelidikan ini mempunyai pelbagai sub-bidang penyelidikan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, semua pensyarah dan pelajar sarjana dan doktor falsafah mempunyai focus dan hala tuju penyelidikan yang lebih jelas dan spesifik. RUJUKAN Anuar Puteh & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Penyelidikan dan Pembangunan Menurut Perspektif Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam UKM (Siri 2). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Othman. 2003. Metodologi Penyelidikan Dalam Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam UKM (Siri 2). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Shahrin Awaludin. 2003. Ke Arah Memantapkan Program Penyelidikan Sarjana Pendidikan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam UKM (Siri 2). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.